BAB 10: PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN 10.1 Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran - Bab 10 Video v2

BAB 10: PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

10.1 Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

  Video adalah sejenis media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia boleh mempergunakannya dalam bilik darjah. Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan masa. Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan. Pernahkan anda melihat proses bunga berkembang dalam rancangan televisyen? Sekiranya anda hendak melihat bunga sebenar berkembang tentulah mengambil masa yang lama. Tetapi melalui teknik rakaman masa sela, masa boleh dipendekkan di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak perlu menonton begitu lama untuk melihat bunga berkembang dalam keadaan sebenar.

  Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi. Adalah mustahil untuk membawa murid-murid melihat letupan gunung berapi dalam situasi yang sebanar. Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid, sementara murid-murid juga boleh melihat ruang angkasa melalui jarak jauh. Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. Teknik ini memerlukan sedikit kemahiran bagi menghasilkan pergerakan yang biasanya akan menjadi tarikan kepada minat murid terhadap pelajaran.

  Setelah membaca tentang kelebihan-kelebihan video, anda mungkin teringin untuk sendiri bahan video untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebelum anda memulakan kerja-kerja penggambaran adalah lebih baik anda ikuti terlebihi dahulu tentang beberapa aspek berkaitan dengan penerbitan video. Dalam bahagian seterusnya anda akan diterangkan tentang jenis-jenis kamera dan perakam video.

10.2 Jenis-Jenis Kamera Video

  Anda mungkin pernah melihat orang menggunakan kamera video yang kecil dalam majlis-majlis seperti perkahwinan, harijadi atau aktiviti-aktiviti sosial. Dalam situasi lain pula anda mungkin melihat wartawan memikul kamera video di bahu. Anda mungkin tertanya-tanya apakah perbezaannya selain daripada saiz yang berbeza. Sebenarnya terdapat dua format video kamera yang utama iaitu kamera video analog dan kamera video digital.

  10.2.1 Kamera video analog Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya sahaja.

Gambar 1.1 : Kamera Video analog yang menggunakan kaset video VHS

  10.2.2 Kamera video digital Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan menggunakan perisian- perisian suntingan video secara digital melalui komputer.

Gambar 1.2 : Kamera Video Digital (DVC)

10.2.3 Bahagian-Bahagian Asas Kamera Video

  Sebelum anda menggunakan sebuah kamera video, anda haruslah dapat mengenali bahagian-bahagian asas sebuah kemera video. Sila lihat gambarajah di bawah dan cuba kenal pasti fungsi bahagian-bahagian tersebut.

  Pemidang Tilik Pelekap mata Butang Zoom Lensa

  Gelang Fokus Butang White balance

  Rajah 1.3 : Bahagian kamera video

  Butang rakam

  Rajah 1.4 : Gambar Bahagian Butang Rakaman

10.3 Jenis-Jenis Shot dan Pergerakan Kamera

  Tonton beberapa rancangan televisyen. Semasa menonton, lihat pertukaran-pertukaran imej dan pergerakan-pergerakan kamera. Semasa anda menonton anda akan dapati ada ketikanya sesuatu imej itu diambil dari jarak dekat dan ada ketikanya pula dari jarak jauh. Ada masanya kamera bergerak dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Lihat pula bagaimana kedudukan kamera semasa orang sedang bercakap atau berbual. Semua perubahan-perubahan imej ini ada kaitan dengan jenis-jenis shot dan pergerakan

  kamera.

  10.3.1 Jenis-jenis shot Rajah 1.5 menunjukkan shot-shot yang baik dan shot-shot yang dilarang.

  Big Close-Up (B.C.U.) Close-Up (C.U.) Bust Shot (B.S.) Waist Shot (W.S.)

  Knee Shot (K.S.) Full Length Shot (F.L.S.) Long Shot (L.S.)

  Seimbang Kepala terpotong Berat di Berat ke kanan bawah

  Rajah 1.5 : Jenis-jenis shot

  10.3.2 Jenis-jenis pergerakan kamera Rajah 1.6 menunjukkan beberapa jenis-jenis pergerakan kamera. Perhatikan pergerakan kemera yang dinyatakan.

  Panning Pan ke kanan Pan ke kiri

  Tilting Tilt Up Tilt Down

  Dolly In Dolly Out Pergerakan Dolly Rajah 1.6 : Pergerakan Kamera

  Terdapat beberapa proses yang perlu diikuti ketika merancang peberbitan video untuk pengajaran. Berikut adalah urutan proses-proses terbut:

  Pergerakan Truck Truck ke kanan Truck ke kiri

10.3 Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran

  1. Tetapkan Tujuan dan Objektif Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. Siapakan kumpulan sasarannya dan bagaimana bahan itu akan digunakan dalam pengajaran.

  2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan

  Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebaginya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran.

  3. Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai Bahan yang anda kumpul mungkin terlalu banyak. Pilih bahan-bahan yang difikirkan benar- benar perlu.

  4. Menulis Skrip Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.

  5. Bersedia Membuat Penggambaran Sediakan jadual penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugas masing- masing.

  6. Sediakan Bahan-Bahan Grafik Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Kalau tidak ia akan mengganggu kelancaran penggambaran

  7. Sediakan Bahan dan Peralatan Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.

  8. Mulakan Penggambaran Anda mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.

  9. Menyunting Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.

  10. Membuat Rakaman Audio Langkah ini adalah untuk memasukkan narasyen, Kesan bunyi dan muzik latar.

  11. Prebiu Rancangan perlu dipratonton oleh satu kumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.

  12. Gunakan Dalam Pengajaran Di sinilah anda menggunakan program video yang telah dihasilkan.

  13. Penilaian Di sinilah anda perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

10.4 Menyediakan skrip video atau papan cerita

  Anda telah pun melalui pengalaman menghasilkan skrip audio. Sebenarnya konsep penyediaan skrip audio dan video adalah sama. Hanya terdapat sedikit perbezaan dari segi formatnya. Cuba anda perhatikan contoh skrip video di bawah. Bolehkan anda membuat perbezaannya?

  Mengedit Video

  Semasa anda membuat penggambaran, kemungkinan rakaman-rakaman tidak dibuat dalam susunan yang sepatutnya. Kemungkinan juga terdapat imej-imej yang dirakam terlalu panjang, atau tidak berkaitan sehingga keseluruhan rancangan yang dirakam itu tidak berjalan dengan licin dan sempurna. Melalui proses mengedit, bahan-bahan rakaman boleh disusun semula bagi menghasilkan video yang lebih licin dan sempurna.

  Mengedit video analog

  Kerja mengedit video analog memerlukan mesin mengedit. Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa tanpa mesin mengedit anda tidak boleh melakukan pengeditan. Untuk kerja- kerja mengedit yang mudah dan murah, anda hanya memerlukan sebuah pemain

  

video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-duanya perlu

  disambungkan. Sila lihat gambar di bawah dan cuba anda buat sambungannya dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah anda.

  Apakah perbezaan di antara pemain dan perakam video?

Pemain video dan perakam video adalah sama. Perbezaannya ialah

perakam video boleh merakam video. Ini boleh dikenalpasti dengan

kehadiran butang Record yang biasanya berwarna merah.

  Butang Rakaman (Record) Butang pegun (Pause/ Still)

Gambar 1.7 : Perakam video

  Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel Pemain Perakam

  A

  V A

  V in in out out A V A

  V Kabel in in AV out out

  TV TV

Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel

  A menandakan audio V menandakan video

Gambar 1.9 : Kabel AV

  Proses mengedit sebuah rakaman dilakukan dengan cara memainkan sebuah rakaman video pada unit pemain dan tekan butang Record pada unit perakam. Untuk menyunting bahagian yang tidak dikehendaki, tekan butang Pause pada unit perakam dan cari bahagian yang hendak dimasukkan pada unit pemain. Kemudian tekan semula Record pada unit perakam untuk meneruskan rakaman.

  Mengedit video digital

  Terdapat beberapa proses dalam penyuntingan video digital seperti berikut:

1. CAPTURE

  Proses capture gambar/ video merupakan proses pemindahan gambar dari memori penyimpanan (MiniDV atau MicroSD) ke dalam hardisk komputer/ laptop.

2. EDITING DALAM SOURCE MONITOR

  Proses editing dilakukan untuk memotong beberapa klip video yang mungkin ingin hendak dibuang atau disimpan. Dalam proses ini, pemotongan dan penyambungan berlaku.

  a. Pemotongan Gambar

  Ada dua jenis pemotongan gambar dalam editing, iaitu cut dan transisi. Cut bererti perpindahan dari satu shot ke shot berikutnya secara langsung, tanpa ada transisi sama sekali. Jenis pemotongan cut terbahagi kepada dua cara: i. matched cut - kesinambungan antara shot satu dengan cut shot berikutnya ii. cut away - sebuah sambungan atau cut dipengaruhi oleh beberapa faktor.

b. Penyambungan

  Ketika shot disambungkan satu sama lain sehingga menjadi satu rangkaian, maka rangkaian shot tersebut haruslah dapat difahami. Suntingan yang dilakukan berdasarkan kepada prinsip penyambungan shot, yang terdiri daripada sequence shot, cutting to continuity, classical cutting,

  thematic montage, dan abstract cutting.

i. Sequence Shot – jenis suntingan tanpa membuat pemotongan shot.

  Rakaman video telah dirancang mengikut babak yang berurutan secara teratur. Kaedah ini digunakan semasa kewujudan teknologi penyuntingan. ii. Cutting to Continuity - merupakan sambungan atau cut digunakan untuk melanjutkan cerita, cutting to continue telling the story. iii. Classical Cutting - sebuah pemotongan untuk memperjelas, sesuatu cerita (shot), cutting to clarify, dramatize or underline the previous shot. iv. Thematic Montage - sebuah suntingan untuk menyambung satu cerita dengan cerita lain, sebuah babak untuk menyambung babak lain; cutting

  to connect one story to another; cutting to argue one thesis to another.

3. EDITING DALAM TIMELINE

  Jika terdapat bahagian yang masih ingin dihilangkan, lakukan proses dengan menggunakan banyak alat untuk mengedit klip di dalam timeline seperti dibawah ini : i. Razor Tool : Memotong klip ii. Move Tool : Memilih Klip iii. Rate Stretch Tool : Mengatur kecepatan putar klip

  4. PENAMBAHAN EFEK

  Klip-klip yang ada di dalam timeline dapat diberikan efek tambahan untuk menjadikannya lebih menarik.

  5. PENAMBAHAN TRANSISI

  Proses penambahan transisi dilakukan agar terjadi perpindahan antar dua atau beberapa klip menjadi lebih halus.

  6. RENDERING VIDEO

  Proses ini merupakan, langkah terakhir setelah semua pengubahsuaian telah dilakukan. Bahan yang disunting akan menjalani proses rendering dengan mebuat penetapan setting seperti jenis format video.

  Rumusan

  Penguasaan kemahiran teknik asas merakam movie menggunakan kamera video, sama ada analog mahupun digital membolehkan penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Kerja-kerja penyuntingan rakaman menggunakan aplikasi seperti WMM, VCD Cutter dan penyuntingan video dengan menggunakan Ulead VideoStudio 8, Pinnacle 11, Adobe Premier akan menghasilkan kerja bagaikan seorang profesional.