Pembangunan Model Blended Learning Mengg

The 9th International Malaysian Studies Conference (MSC9)

MALAYSIA’S DEVELOPMENT:
2020 AND BEYOND
18 – 20 August 2014

TITLE OF PRESENTATION:
Author
Title
Institution
Email

Muhamad Azhar Bin Stapa @ Mustapa, Mohamad Bin Ibrahim,
Amri Bin Yusof
Pembangunan Model Blended Learning Menggunakan Teknologi Web
2.0 Dalam Pembelajaran Aliran Vokasional
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
stapaazhar@yahoo.com

PRINCIPAL CONVENOR

Malaysian Social Science Association (MSSA / PSSM)

CO-CONVENOR & HOST
Universiti Malaysia Terengganu (UMT),

CO-CONVENOR
Institute of Malaysian & International Studies (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

1

ABSTRAK
Penyampaian pengetahuan dalam bidang kemahiran kepada pelajar di Kolej Vokasional (KV)
selama masa mereka berkursus adalah perkara yang sukar untuk mencapai kesempurnaan
dengan kaedah pembelajaran konvensional yang diamalkan sekarang. Sesuai dengan konsep
pembelajaran bestari yang diamalkan di sekolah, satu kaedah pembelajaran yang lebih
berkesan perlu dicari dan diamalkan di KV agar ianya lebih releven dengan kehendak
pembelajaran masa kini. Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk membangun dan
mengkaji keberkesanan e-pembelajaran (e-learning) menggunakan teknologi Web 2.0 bagi
pelajar aliran vokasional dalam pembelajaran subjek vokasional. Dalam sistem pendidikan

vokasional sebenar, strategi e-learning masih tidak diterokai secara menyeluruh bagi
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini mengandungi dua fasa iaitu
fasa pertama ialah reka bentuk dan pembangunan modul pembelajaran prototaip epembelajaran yang diberi nama Voc-Learning (Vocational Learning) dengan menggunakan
model reka bentuk ADDIE dan dilaksanakan secara blended learning. Fasa kedua untuk
melihat keberkesanan Voc-Learning dan diikuti dengan rawatan kepada pelajar KV. Kaedah
blended learning adalah mengabungkan dua cara pembelajaran iaitu secara e-pembelajaran
(e-learning) dan juga bersemuka (face to face). Reka bentuk kajian ini adalah percubaan
kuasai ujian pra dan ujian pasca dengan kumpulan kawalan. Sampel kajian melibatkan
seramai 32 orang pelajar untuk sebuah KV. Kaedah pembelajaran secara blended learning
telah menarik minat ramai penyelidik untuk membuat kajian dalam pelbagai cabang bidang.
Web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel yang mana pengguna
boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat
dalamnya. Pengguna boleh menyumbang idea dan berkongsi maklumat mereka dalam web
yang menggunakan teknologi Web 2.0. Kajian ini juga dapat memberi satu inovasi baru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perpindahan ilmu kemahiran
dari guru kepada pelajar, ianya bukan sahaja teori tetapi juga melibatkan latihan berbentuk
amali atau hands-on.
Kata kunci: Web 2.0; Blended learning; Vokasional

1.0


Pendahuluan

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan suatu pendekatan pendidikan yang
berorientasi latihan dan memberi penekanan pada apa yang perlu dilakukan di tempat kerja
sebagai hasil pembelajaran sama ada untuk memenuhi keperluan kerja atau meningkatkan
prestasi pelajar kepada tahap kemahiran yang perlu dimiliki. Pelajar harus mengikuti proses
pembelajaran dan mencapai tahap kemahiran berdasarkan pada standard yang ditetapkan oleh
2