Krisis di Sudan Selatan Pergelutan Polit
KRISIS DI SUDAN SELATAN: PERGELUTAN POLITIK- KUASA MENGUBAH
IMPIAN (HARAPAN) SEBUAH NEGARA BARU KEPADA MIMPI BURUK
OLEH SHAFIY MAZLAN (APR 2014)
9 Julai 2011, ribuan penduduk selatan bersorak ‘kebebasan’ bagi meraikan
kelahiran sebuah negara baru. Penhisytiharan kemerdekaan selatan yang turut
disambut oleh pemimpin- pemimpin politik di Selatan, termasuklah, Presiden Salva
Kiir bukan sahaja meraikan penamatan penguasaan dominasi Arab Utara tetapi juga
lebih menunjukkan peristiwa yang amat signifikan dalam menamatkan konflik
berpanjangan yang telah mengorbankan hampir 2.5 juta manusia dan ribuan lagi
menjadi pelarian. Namun kini, harapan telah bertukar kepada mimpi buruk apabila
krisis politik dalaman telah membantutkan usaha pembangunan di Selatan Sudan
dan menurut kenyataan PBB, angka korban akibat konflik dijangka akan terus
meningkat disamping jumlah pelarian yang hampir mencecah 1 juta orang. Memetik
laporan VOA (Voice of America) pada 1 April 2014, lebih 1 juta orang dipaksa
meninggalkan kediaman masing- masing akibat konflik, disamping itu, dianggarkan
254600 orang melarikan diri ke negara jiran dan 803000 orang menjadi pelarian di
negara sendiri.
Krisis di Sudan selatan semakin meruncing apabila dilaporkan bahawa dalam
tempoh 100 hari semenjak tercetusnya konflik, dianggarkan lebih 1 juta orang telah
menjadi pelarian bagi mendapatkan perlindungan, manakala 3.7 juta orang
diancam kebuluran. Lebih menyayat hati apabila terdapat laporan media yang
menyebut bahawa pelarian terpaksa memakan rumput bagi semata- mata untuk
meneruskan hidup. Krisis kemanusiaan di sudan selatan berlaku disebabkan
pergelutan kuasa antara pemimpin- pemimpin elit selatan terutamanya
membabitkan penguasaan dalam SPLA. Pertelingkahan politik dan perebutan kuasa
adalah masalah yang diperhatikan oleh para penganalisis sebagai krisis yang
mampu mengugat kebebasan dan legitimasi kemerdekaan selatan. Insiden pada 15
Disember 2013 bermula setelah berlaku pertelingkahan politik yang ketara apabila
Dr. Riek Machar, Pagan Amum dan Rabecca Nyandeng de Mabior yang membuat
keputusan untuk memboikot mesyuarat National Liberation Council yang diadakan
di Nyakuron. Episod konflik di selatan tidak berkesudahan di situ sahaja, malah
pertelingkahan antara Presiden Kiir dan Riek Machar menjadi semakin serius
selepas berlaku pertempuran bersenjata antara Dinka dan Nuer.
Krisis semasa telah tercetus semenjak tahun 2012 apabila Machar
mengisytiharkan hasrat untuk bertanding bagi kepimpinan SPLM. Machar telah
mendapat sokongan daripada pemimpin- pemimpin tertinggi SPLM termasuklah,
Pagan Amum dan Rebecca Nyandeng. Situasi ini dilihat sebagai ancaman besar
kepada legasi politik Kiir, sekaligus, Kiir menggunakan kuasa dekri presiden dengan
menyingkirkan Machar sebagai Naib Presiden dan merombak kabinet. Pada 14
Disember 2013, kumpulan Machar merancang untuk mengadakan protes jalanan
bagi menentang apa yang didakwanya sebagai pencabulan kuasa oleh Kiir. Pada 15
Disember, Machar, Amum dan Rebecca Nyandeng telah memboikot mesyuarat NLC.
SItuasi semakin tegang apabila Kiir telah mengarahkan Major General Marial
Ciennoung balik ke HQ bagi melaksanakan perlucutan senjata kepada semua
anggota tentera Dinka dan Nuer. Namun, pertikaian telah berlaku setelah tentera
Nuer tidak berpuas hati apabila hanya tentera Dinka sahaja yang diarahkan
mengangkat senjata. Tentera Nuer dilaporkan telah menceroboh masuk stor senjata
dan insiden ini telah mencetuskan pertempuran antara etnik yang berlaku di Juba
dan meluas ke wilayah Jonglei. Pada 16 Disember 2013, Kiir mendakwa Machar
cuba untuk merampas kuasa, tetapi Machar telah menafikan tuduhan tersebut.
Konflik di Selatan telah menggambarkan pergelutan politik antara etnik.
Tambahan pula, para penganalisis telah mengjangkakan bahawa masalah
pergelutan politik dan keganasan etnik dianggap sebagai masalah utama di Sudan
Selatan selepas tiga tahun mengecapi kemerdekaan. Pergelutan kuasa dalam
SPLM/A bukanlah isu baru dalam sejarah penubuhan Sudan Selatan, pada tahun
1991 (semasa Perang Utara- Selatan sedang meletus) Machar (Komander SPLM/A
Nuer) telah berpecah dari organisasi tersebut yang ketika itu diketuai oleh John
Garang. Machar bertindak demikian kerana mendakwa Garang telah mencabuli hak
asasi manusia dalam objektif menentang Khartoum. Permainan politik oleh kerajaan
Sudan juga dengan membiayai pergerakan kumpulan- kumpulan yang berpecah
dari SPLM/A dilihat sebagai faktor perpecahan dalam SPLM/A. Pada Disember 2014,
Kiir juga telah merujuk perpecahan 1991 sebagai amaran kepada tindakan Machar
yang cuba mencabar kuasa eksekutif presiden.
Pergelutan kuasa di Selatan juga menunjukkan pergelutan kelas yang
menunjukkan perebutan antara etnik untuk menguasai kekayaan minyak
terutamanya di kawasan konflik seperti Upper Nile dan Unity. Laporan BBC pada 22
Disember 2013, melaporkan Machar menguasai kawasan- kawasan penting
termasuklah Unity, kawasan yang kaya dengan minyak yang menampung hampir
95 peratus ekonomi Selatan. Kemungkinan ada relevannya dengan mengaitkan
konflik di Selatan dengan pergelutan kelas iaitu kemungkinan perbezaan kelas yang
ketara antara etnik yang menjadi punca kepada konflik. Karl Marx menyebut ‘But
every class Struggle is a political struggle’. Sememangnya, penguasaan
kekayaan (sumber alam) oleh Nuer tidak boleh diterima oleh pemimpin Dinka,
apatah lagi, membabitkan perebutan kuasa politik. Namun, ketidakpercayaan
antara pemimpin Selatan terus menghancurkan penyatuan dan yang menjadi
mangsanya adalah ribuan kanak- kanak yang mengimpikan sebuah negara yang
aman dan stabil seperti yang dijanjikan tiga tahun dahulu.