Sejarah Olahraga Lari Pecut Tahun

1.0 SEJARAH OLAHRAGA LARI PECUT
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah
dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan di kalangan
pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19, lari pecut menjadi semakin
popular. Acara ‘stade’ adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan
jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan.
Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu
marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet
menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza-beza. Pagar permulaan
yang dinamakan ‘husplex’ digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari
pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan,
prosedur permulaan serta penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan
sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau
bagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara
permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880-an, ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu
larian. Antara permulaan awal ialah ‘pencil start’, di mana para atlet berlari 20 meter pertama
dengan memegang pensel. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan.
Kemudian wujud gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai
‘kangaroo start’. Sebelum tahun 1921 kebanyakan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,

pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson
dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula
adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun
1928 dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum Olimpik moden dibayangi oleh larian
yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh.
Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagianbahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga
jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga
anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani,
guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka.
Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:
a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.

b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki
tersebut.
c) Tangan digerakkkan dengan pantas.
d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan).

Bagi seorang atlet, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa
kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan

acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,
kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil
bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Amat sukar bagi seseorang untuk
berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak
sedemikian. Untuk berlari dengan pantas, seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran
dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semula jadi. Latihan yang teratur dan
berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang
sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut,
iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari
haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau
badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula bergantung kepada panjang kaki,
kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter
hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada
latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

2.0 PERALATAN OLAHRAGA LARI PECUT
a) Kasut
Kasut sukan atau lebih dikenali sebagai ‘spike’ merupakan peralatan penting bagi setiap
atlet olahraga yang mengambil bahagian terutamanya acara pecut. Penggunaan kasut
sukan ini amat penting dalam membantu larian serta meningkatkan prestasi sukan. Namun,

pemilihan jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlet secara individu Terdapat jenama
kasut sukan yang dikenali dan mempunyai kualiti yang tinggi seperti Adidas, Asics, Puma,
Mizuno dan sebagainya.

b) Blok permulaan
Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan di awal garisan permulaan untuk
membantu pelari pecut membuat lonjakan yang pantas, maksimum dan secara eksplosif
semasa memulakan larian. Blok permulaan digunakan di seluruh dunia dalam acara
olahraga dan merupakan alatan penting yang digunakan terutamanya bagi catatan masa
acara larian yang menggunakan ‘elektronik time’.

c) Pakaian sukan
Pakaian sukan bagi para atlet olahraga juga penting untuk keselesaan semasa
pertandingan. Dalam kejohanan besar seperti Olimpik, dan sukan yang biasa dibuat seperti
sukan Sea, sukan Asean dan sebagainya, atlet memakai singlet atau dikenali sebagai
‘running vest’ dan terdapat nombor peserta, negara ataupun pasukan yang diwakili serta
nama penganjur yang menganjurkan sama ada penganjur ataupun ‘sponsorship’.

3.0 FASA-FASA PERGERAKAN OLAHRAGA LARI PECUT
Olahraga lari pecut terdiri daripada tiga fasa larian iaitu fasa permulaan, fasa larian dan fasa

penamat.

a.

Fasa permulaan

Fasa permulaan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan
gaya panjang. Terdapat juga dua jenis larian, iaitu memulakan larian tanpa blok permulaan
serta memulakan larian dengan blok permulaan.

i. Memulakan larian tanpa blok permulaan ·
 Gaya peluru
 berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
 hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan
 ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. ·

 Gaya sederhana
 berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
 lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan
 ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. ·


 Gaya panjang
 berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
 lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan
 ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

ii. Memulakan larian dengan blok permulaan ·
 Gaya peluru
 blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan
 blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang
setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. ·

 Gaya sederhana
 letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan
 blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
·
 Gaya panjang
 blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan
 blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.


b.

Fasa larian
i.

Pecutan ·
 Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempat di blok
permulaan. ·
 Tangan lurus dan dibuka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dengan luas
dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan di belakang garisan
mula. ·
 Kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari 'torso'. Mata

pandang ke

hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul
diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan. ·
 Selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan dengan
hayunan pergerakan yang kuat pada bahagian tangan dan kaki. ·
 Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan

hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan
dibengkokkan pada sudut 90. ·
 Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah.
Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak
di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong
ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

ii. Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan ·
 Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada awal larian.
·

 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18 meter. ·
 Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya ditentukan
oleh tahap kecergasan fizikal atlet.

iii.

Larian di selekoh ·
 Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari, semakin kuat kuasa
'centrifugal'. ·

 Pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan larian
selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal'.·
 Tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke
dalam.

c.

Fasa penamat

 Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya.
 Pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat.
 Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah menonjolkan bahagian dada ke
hadapan.

4.0 LATIHAN ANSUR MAJU OLAHRAGA LARI PECUT
Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan
kekuatan kaki dan latihan pecutan.
a) Latihan mendorong
-


Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.

-

Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.

-

Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi
berlari untuk mengelakkan diri disentuh.

-

Lari berganti-ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan.

b) Larian teknik pecut
-

Berlari dengan melangkah panjang.


-

Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.

-

Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

-

Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

-

Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

-

Berlari menyepak ke belakang.


-

Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

-

Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di
siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

c) Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan
-

Melonjak untuk jarak.

-

Melangkah panjang (bounding)

-

Melonjak dan melangkah melepasi halangan.

-

Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.

-

Berpasangan: berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

http://laripecut.blogspot.my/p/sejarah-lari-pecut.html
https://www.scribd.com/doc/49749878/PENGENALAN-ACARA-LARI-PECUT
http://welovehs20.blogspot.my/2015/04/peralatan-olahraga-pecut-100-meter.html

http://nota-notapismppj.blogspot.my/2012/06/larin-pecut.html

Dokumen yang terkait

Analisis Pengaruh Pengangguran, Kemiskinan dan Fasilitas Kesehatan terhadap Kualitas Sumber Daya Manusia di Kabupaten Jember Tahun 2004-2013

21 388 5

PENGALAMAN KELUARGA DALAM MERAWAT ANGGOTA KELUARGA DENGAN GANGGUAN JIWA (SKIZOFRENIA) Di Wilayah Puskesmas Kedung Kandang Malang Tahun 2015

28 256 11

Analisis Pertumbuhan Antar Sektor di Wilayah Kabupaten Magetan dan Sekitarnya Tahun 1996-2005

3 59 17

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Peningkatan keterampilan menyimak melalui penerapan metode bercerita pada siswa kelas II SDN Pamulang Permai Tangerang Selatan Tahun Pelajaran 2013/2014

20 223 100

Pengaruh kualitas aktiva produktif dan non performing financing terhadap return on asset perbankan syariah (Studi Pada 3 Bank Umum Syariah Tahun 2011 – 2014)

6 101 0

Peranan Hubungan Masyarakat (Humas) Mpr Ri Dalam Mensosialisasikan Empat Pilar Bangsa Tahun 2014

4 126 93

Makna Kekerasan Pada Film Jagal (The Act Of Killing) (Analisis Semiotika Roland Barthes pada Film Dokumenter "Jagal (The Act of Killing)" tentang Pembunuhan Anti-PKI pada Tahun 1965-1966, Karya Joshua Oppenheimer)

17 109 98

Perancangan Logo Ulang Tahun Kota Cimahi Ke Delapan Di Pemerintah Kota Cimahi

1 42 1