Kursus Tamadun Islam di IPTA Satu Mekani
International Conference on Da'wah and Islamic Management, USIM (23-24 Nov. 2010)
ICDAIM2010
Nor Hayati Fatmi Binti Talib
Bani Hidayat Bin Mohd Shafie
Mohd Huzairi Bin Awang @ Husain
Hajarul Bahti Binti Zakaria
Prof. Madya Dr. Ab. Halim Tamuri
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kursus Tamadun Islam di IPTA Satu Mekanisme Dakwah
ABSTRAK
Kekuatan Tamadun Islam bergantung kepada elemen akidah atau kepercayaan secara istiqamah
berpaksikan perjuangan bagi mendapatkan keredaan Allah swt melalui dakwah. Kertas kerja ini
bertujuan mengetengahkan empat elemen-elemen dakwah di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kursus Tamadun Islam di IPTA. Kursus ini merupakan kursus wajib bagi semua
pelajar untuk bergraduasi sama ada pelajar beragama Islam dan bukan beragama Islam.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “sampaikan lah daripada Ku walaupun satu ayat”.
Antara elemen-elemen dakwah yang boleh diketengahkan pertamanya, kedudukan sains yang
tidak bertentangan dengan ajaran Islam malah Islam membawa manusia kepada penguasaan
sains seperti proses kejadian manusia (al-Alaq : 1-5), cap jari sebagai pengenalan (al-Qiyamah
3-4), ciptaan langit dan bumi (al-Anbiya’ : ayat 30) dan lain-lain lagi. Keduanya, perbezaan di
antara manusia adalah realiti yang mesti difahami kerana manusia diciptakan berbangsabangsa, kebenaran mesti difahami dengan harmoni dan kebatilan mesti dibanteras walaupun
dalam diri sendiri. Ketiganya, pembinaan akhlak dan keperibadian sebagai pembentuk individu,
keluarga, masyarakat, negara dan ketamadunan dan keempat keilmuan membawa makna dan
kejayaan dalam kehidupan sama ada di dunia mahupun di akhirat dan ilmu Islam bukan untuk
orang Islam sahaja tetapi untuk kesejahteraan seluruh manusia.
PENDAHULUAN
Firman Allah swt yang bermaksud : “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan mu dengan hikmah
dan pelajaran yang baik dan berdebat lah mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya
Tuhan mu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari Jalan-Nya dan Dialah
yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”(Surah an-Nahl (16) : 125). Ayat
ini menyarankan tiga kaedah berdakwah iaitu :
1. Secara „al-Hikmah‟ : disebut sebanyak 210 kali di dalam al-Quran, bermaksud
kebijaksanaan, mempunyai pendapat dan pemikiran yang baik, cermat dan teliti dalam
melaksanakan sesuatu serta berilmu pengetahuan.
2. Secara Maw‟izah : bermaksud nasihat, ingatan akibat sesuatu perbuatan, ajakan kepada
kebaikan dalam perkara „haq‟ (kebenaran)
3. Secara Mujadalah : bermaksud berdebat, berbincang atau berdiskusi untuk
menyampaikan dan menegakkan kebenaran, mesti berasaskan ilmu dan sandaran yang
jelas dan benar yang dilaksanakan dengan penuh harmoni.
Dakwah adalah satu wasilah atau kaedah yang Allah swt tentukan dalam menyampaikan
ajaran-Nya kepada umat manusia. Dakwah secara umumnya ialah menyeru, mengajak,
memujuk, mentarbiyah, mendidik, melatih serta memimpin orang yang diseru supaya mengakui
kebenaran risalah Allah swt yang dibawa oleh pesuruh-Nya iaitu Rasulullah Saw. Dakwah
menyeru kepada kepercayaan dan keyakinan bahawa tiada yang berkuasa selain Allah yang
Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, yang tiada sekutu kepadanya, Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Syariat Allah adalah rahmat kepada manusia dan seluruh alam. Dakwah membawa
manusia mengenal kebenaran ini, memelihara kesucian dan kemuliaan ajaran Islam serta
memastikan ia terus berkembang untuk seluruh umat sehingga hari kiamat.
KURSUS TAMADUN ISLAM DI IPTA
Kursus Tamadun Islam adalah kursus wajib diambil dan wajib lulus bagi semua mahasiswa
beragama Islam dan bukan beragama Islam di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
termasuk semua peringkat pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(KPTM). Antara tujuan kursus ini ditawarkan adalah untuk memberi pengetahuan dan
kefahaman serta meningkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai tamadun-tamadun yang ada di
sekeliling mereka khususnya tamadun Islam dan memahami serta mengaplikasikan nilai-nilai
murni yang terkandung di dalamnya. Pelaksanaan kursus ini adalah secara kuliah, perbincangan,
penyelesaian masalah dan terdapat IPTA menggunakan kaedah E-Pembelajaran. Di peringkat
Politeknik KPTM, subjek ini membawa dua kredit melibatkan 2 jam kuliah dan 1 jam tutorial
setiap minggu, dilaksanakan selama 15 minggu dan melibatkan penilaian secara penilaian
berterusan. Di dalam pelaksanaan kursus Tamadun Islam ini, selain daripada tujuan asal kursus
ini ditawarkan, pelaksana kursus ini sama ada pensyarah atau tutor perlu bijak berperanan
sebagai pendakwah, membawa para pelajar melihat pelbagai dimensi tentang Islam melalui
proses pengajaran dan pembelajaran Tamadun Islam. Ini adalah kerana kebenaran tentang Islam
sangat sesuai diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Tamadun Islam dan ia
adalah suatu dakwah.
DAKWAH
Di dalam Islam, setiap Muslim adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dakwah. Ia
merupakan warisan para nabi kepada umatnya untuk dilaksanakan sebaik mungkin dengan
segala keupayaan dan kemampuan yang dimiliki. Keagungan dan kegemilangan umat Islam pada
zaman silam hingga muncul sebagai „khaira ummah’ (sebaik-baik ummah) ketika itu hasil
daripada kejayaan melaksanakan tanggungjawab dakwah dengan berkesan, usaha dengan penuh
kegigihan mengajak manusia ke jalan Allah, menyeru melakukan kebaikan dan mencegah segala
bentuk kemungkaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu
satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh
berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya” ( Surah ali-Imran, ayat
104).
Firman Allah swt dalam surah an-Nahl (19) : ayat 44 yang bermaksud : “(Mereka Kami
utuskan) dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan
adz-Zikr (al-Quran) kepada mu agar engkau menerangkan kepada manusia apa yang telah
diturunkan kepada mereka dan agar mereka memikirkannya”. Ilmu merupakan satu anugerah
Allah kepada manusia. Seseorang yang mencintai ilmu, hatinya akan sentiasa terpaut untuk
mencari dan mempelajarinya tidak kira dengan apa juga medium sekalipun. Mereka yang
mempunyai ilmu pula wajib menyebarkannya kepada orang lain demi kemaslahatan umat Islam
bersama. Rasulullah bersabda “Sampaikan apa yang diambil daripada ku walau satu ayat” (HR
Bukhari). Di zaman kontemporari ini, inovasi penyebaran dakwah sebenarnya menjadi cukup
mudah. Medium dakwah harus dipelbagaikan dan diperluas dengan mengambil setiap peluang
yang ada dari kekuatan teknologi masa kini sebagaimana sabda Rasulullah “Kamu lebih tahu hal
ehwal dunia kamu” (HR Muslim).
Untuk mencapai keberkesanan dalam perjalanan dakwah, sejarah Rasulullah berdakwah
perlu dihayati bersama, cabaran dakwah Baginda dari mula menerima wahyu hinggalah Islam
mencapai kemenangan dan menegakkan Daulah Islamiyah. Ekspedisi dakwah Rasulullah ke Taif
yang disambut dengan lontaran batu sehingga berlumuran darah dan dimaki hamun. Baginda
mengadu kepada Allah dan akhirnya Jibrail datang mengkhabarkan berita bahawa malaikat yang
menjaga bukit bersedia untuk menghempaskan bukit ke atas penduduk Taif tetapi tawaran itu
ditolak oleh Baginda. Baginda tetap bersabar dan terus berusaha hingga akhirnya Islam diterima
di Taif dan Taif menjadi kubu kuat Islam selepas peristiwa Hijrah. Inilah uslub dakwah yang
diamalkan oleh Rasulullah.
Allah berfirman yang bermaksud :“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap
kaum-kaum yang kafir” (al-Baqarah, 286).
Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan dakwah,
antaranya ancaman bagi yang tidak berdakwah (surah 2 : ayat 174; surah 3 : ayat 187; surah 16 :
ayat 44; surah 33 : ayat 4), dakwah tugas para Rasul (surah 24 : ayat 54; surah 29 : ayat 18),
kaedah berdakwah (surah 14 : ayat 4; surah 41 : ayat 44; surah 17 : ayat 53; surah 18 : ayat 54;
surah 29 : ayat 46; surah 43 : ayat 57-59, surah 13 : ayat 22-23; surah 23 : ayat 96; surah 25 :
ayat 63; surah 28 : ayat 5; surah 41 : ayat 34-35; surah 2 : ayat 26; surah 39 : ayat 27; surah 14 :
ayat 25; surah 25 : ayat 33; surah 6 : ayat 108) dan batas-batas berdakwah (surah 2 : 256; 10 : 9;
18 : 29; 22 : 78; 4 : 171; 5 : 177; 3 : 73; 2 : 193; 4 : 89; 28 : 86; 66 : 9; 4 : 162; 5 : 44-48 & 69; 6
: 52, 53, 68, 69, 108; 7: 87)
Dalam usaha menyebarkan dakwah dan ilmu kepada masyarakat, skop dakwah perlu
lebih berkualiti, fleksibel, praktis dan futuristik terutamanya terhadap remaja yang akan menjadi
simbolik untuk kepimpinan negara di masa hadapan. Penyebaran dakwah dalam arus perubahan
moden hari ini memerlukan kekuatan dan kematangan dari segi keyakinan, kesungguhan,
kecekalan, kekuatan ilmu dan berkemahiran teknologi bagi menghadapi era digital dunia tanpa
sempadan.
SAINS TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM
Antara elemen dakwah yang disentuh dalam kertas kerja ini adalah kedudukan sains tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Seorang doktor perubatan Perancis bernama Maurice Bucaille
(1978) menyatakan dalam bukunya „The Bible, The Al-Quran and Science‟ : “where as
monumental errors are to be found in the Bible, I could not find a single error in the Quran”
bermaksud : „sementara terdapat kesalahan-kesalahan yang amat ketara di dalam Bible, saya
tidak mendapati satu kesalahan pun dalam Quran‟.
Al-Quran merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada nabi Muhammad saw yang
merupakan kitab yang lengkap sebagai panduan perjalanan kehidupan manusia dan di dalamnya
tidak terdapat sebarang percanggahan. Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa‟ ayat 82 yang
bermaksud : “Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau kiranya Al-Quran itu
bukan dari sisi Allah, tentu mereka mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya”.
Di dalam al-Quran terdapat banyak rujukan ilmu merangkumi ilmu kemasyarakatan yang
memandu manusia berkaitan halal haram, muamalat antara manusia dalam bidang ekonomi,
sosio budaya, perhubungan antarabangsa dan sebagainya termasuk juga isyarat atau kunci
kepada kajian sains. Al-Quran bukanlah kitab sains, tetapi banyak fakta-fakta saintifik
dinyatakan dengan jelas di dalamnya yang sebahagiannya mampu di singkap melalui
kecanggihan teknologi di abad ke 20. Al-Quran diturunkan pada abad ke 7 di mana kemajuan
sains ketika itu sangat rendah, tiada keupayaan teknologi untuk menyelidiki alam semesta,
masyarakat ketika itu mempercayai gunung ganang menongkat langit yang kemudiannya
dijelaskan oleh al-Quran dalam surah ar-Ra‟d ayat 2 yang bermaksud : “Tuhanlah Dia yang
meninggikan langit-langit tanpa tiang”, Manusia ketika al-Quran diturunkan juga mempunyai
sedikit pengetahuan mengenai astronomi, fizik, biologi dan geografi apatah lagi struktur
atmosfera, keseimbangan yang membolehkan adanya kehidupan di muka bumi dan sebagainya,
manusia mula menguasainya melalui bimbingan al-Quran.
a. Proses Kejadian Manusia
Keith Moore (1982), seorang profesor di Universiti Toronto, telah menulis sebuah buku berjudul
The Developing Human, edisi ke-3 yang menceritakan kehairanannya dengan cerita
pertumbuhan embrio seperti mana yang terkandung di dalam al-Quran. Peringkat pertama
kejadian manusia bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah
berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : ayat 2 yang
bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang
bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami
jadikan dia mendengar dan melihat”. Peringkat kedua pembentukan alaqah ialah pada hujung
minggu pertama / hari ketujuh di mana telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di
dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah
SWT yang bermaksud :“Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah” (Surah alMukminun : ayat 14).
Peringkat ketiga pembentukan mudghah pada minggu keempat. Perkataan mudghah
disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun
ayat 14. Firman Allah yang bermaksud“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging” (Surah al-Mukminun : ayat 14) di mana berlaku pembentukan otak, saraf tunjang,
telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Vilus
yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula
mula berdegup. Darah mula mengalir dengan lebih banyak bagi membekalkan oksigen dan
pemakanan yang secukupnya. Pada tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
Peringkat keempat, pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila
tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT
di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu
menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”. Satu sistem yang
kompleks terbentuk termasuk perut dan usus, seluruh saraf, otak dan tulang belakang, organ
pembiakan, kelenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih
sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin
sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Peringkat kelima iaitu janin, kuku-kukunya pun mula tumbuh, saiz makin membesar dan
sempurna manakala peringkat keenam iaitu peringkat peniupan roh dan perkembangan ketika ini
bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telah pun mempunyai hubungan
dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam
al-Quran surah al-A‟raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk
meningkatkan martabat dan kejadian insan di sisi Allah SWT.
b. Cap Jari Sebagai Pengenalan
Allah menyatakan di dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagi-Nya untuk membangkitkan
manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan melalui firman Allah yang
bermaksud : “Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali)
tulang-belulang nya? Bahkan, sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jarijemarinya dengan sempurna” (Surah al-Qiyamah; 3-4). Allah menyediakan set cap jari setiap
orang adalah unik bagi dirinya yang berbeza dengan orang lain sebagai pengenalan diri yang
eksklusif kepada pemiliknya. Barat telah memperkenalkan sistem pengenalan diri seperti sistem
Bertillon yang diperkenalkan oleh tokoh Perancis iaitu Alphonse Bertillon menggunakan
pendekatan gambar muka, ukuran panjang dan lebar kepala, panjang kaki kiri, panjang lengan
kiri dan panjang jari kecil kiri. Sistem ini gagal sebagai pengenalan diri kerana terdapat
persamaan dengan individu yang lain (The Colombia Encyclopedia 2008). Melalui pengenalan
diri melalui cap jari dapat menyelesaikan kes jenayah, sebagai alat perakam waktu bekerja, kunci
rumah, kunci pejabat, urusan perbankan dan sebagainya. Bekas-bekas cap jari ini juga akan
menjadi bahan bukti di sisi Allah di hari akhirat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah
mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan
dalam Kitab Induk yang nyata (Loh Mahfuzh)” (surah Yaasin : ayat 12).
c. Ciptaan Langit dan Bumi
Al-Quran menjelaskan bahawa langir dan bumi diciptakan oleh Allah s.w.t. sebagaimana
firmanya dalam surah al-An‟am ayat 101 yang bermaksud : “Dia adalah maha Pencipta langit
dan bumi”. Penemuan sains kontemporari dalam bidang astrofizik menyimpulkan bahawa alam
semesta telah terhasil melalui satu letupan yang besar dikenali sebagai „Big Bang‟, fenomena ini
selari dengan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa alam ini wujud
daripada tiada kepada ada dan Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses
yang dikehendakiNya. Kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian
dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud: "dan apakah orang-orang
kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang
padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami
jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah AlAnbi’a : 30)
Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan mengatakan bahawa alam semesta
mempunyai sifat statik tetapi kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan menggunakan
teknologi moden telah menunjukkan bahawa alam semesta berkembang secara konstan. Pada
permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi
Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah
dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang (Eric Christian 1998).
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929
oleh Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika menggunakan teleskop dan mengisytiharkan
bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara
berterusan. Semua benda di alam semesta secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka,
jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam
tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan (J.
George 2008). Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi
pernah diketahui oleh manusia melalui firman Allah swt yang bermaksud :“Dan langit itu Kami
bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskan nya. (Surah azDzariyat;47)
Al-Quran menerangkan tentang orbit iaitu laluan cakerawala melalui firma Allah swt
yang bermaksud : “Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka
berenang di falak (tempat peredarannya)” (Surah al-Anbiya : 33). “Dan matahari beredar di
tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui”
(Surah Yaasin : 38). “Demi langit yang mempunyai jalan-jalan” (Surah az-Dzariyat : 7). Fakta
ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar
astronomi, matahari yang jaraknya 149,597,900 km dari bumi dengan suhu 5,500 ̊̊
C bergerak
dalam kelajuan yang besar selaju 720,000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit
tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam
secara anggaran (di bumi). Semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti
matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama begitu juga semua bintang
berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan. Terdapat lebih kurang 200 bilion
galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu.
Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini
mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah
ditetapkan. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam
keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya,
bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan
untuk mereka tanpa bertembung (NASA 2010).
Al-Quran menerangkan tengan keadaan bumi melalui firmanNya yang bermaksud : "Dia
menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan
membungkuskan siang atas malam...” (Surah Az-Zumar : 5). Bermaksud bumi adalah sesuatu
yang melilit atau membalut (bulat) secara kiasan bukannya terhampar. “Dan Kami jadikan
langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan
Allah) yang terdapat padanya” (Surah al-Anbiya : 32). Bermaksud bumi mempunyai bumbung
yang „protective‟ bagi mengekalkan kehidupan, menghalang meteor-meteor mendekati bumi,
menapis sinaran dari luar angkasa yang membahayakan , melindungi bumi dari kesan pembekuan
dari luar angkasa (suhu -270 ̊ C). Fungsi ini dibantu oleh jalur Allan Velt yang dihasilkan oleh
medan magnet bumi yang berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang berbahaya
(Nick Lane 2010).
Al-Quran menceritakan tentang 7 lapisan langit melalui firman Allah swt yang
bermaksud : “Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia
berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui
segala sesuatu” (Surah al-Baqarah : 29). “Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua
masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat
dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya.
Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui” (Surah Fusilat : 12). Kajian
kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling
tindih menindih di antara satu sama lain, Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri
daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan
atmosfera dan kandungan gas. Lapisan atmosfera yang paling hampir kepada permukaan bumi di
panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala
lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana
penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang
terdiri dari sebahagian gas ion yang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil
eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.
PERBEZAAN ANTARA MANUSIA ADALAH REALITI
Elemen dakwah yang kedua yang disentuh dalam kertas kerja ini adalah perbezaan antara
manusia adalah realiti di dalam ajaran Islam. Malaysia contohnya mempunyai identiti
masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya yang menghadapi
pelbagai persoalan dan melibatkan banyak perbincangan dan perancangan dalam pelbagai aspek.
Persoalan dan permasalahan begini juga sering timbul dan diperbincangkan oleh semua negara di
dunia ini termasuk pada setiap persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Perbincangan demi perbincangan dijalankan, namun tiada penyelesaian muktamad diperoleh
walaupun banyak persetujuan telah dicapai dan kadangkala gagal untuk dipraktikkan. Hanya
Islam satu-satunya cara yang dapat menyelesaikannya.
Ketika Nabi Muhammad saw dilantik sebagai ketua negara di Madinah, masyarakat
Madinah ketika itu terdiri daripada bangsa Arab dan bukan berbangsa Arab, beragama Islam dan
bukan beragama Islam, berbeza dengan ketara dari segi fizikal, rupa paras, adat, budaya,
pemikiran dan sebagainya. Keadaan ini menimbulkan banyak pertelingkahan, perbalahan
sehingga kepada pertumpahan darah. Perbezaan di antara manusia diterima baik dan dianggap
suatu realiti di dalam Islam. Semua manusia adalah sama di sisi Islam, Allah tidak melihat rupa
paras, bangsa dan keturunan tetapi di dalam Islam, manusia yang paling baik adalah manusia
yang bertakwa dan baik akhlaknya. Rasulullah telah mengiktiraf perbezaan antara manusia
dengan penuh bijaksana, dalam Piagam Madinah contohnya, telah memberi ruang dan hak
kepada rakyat yang bukan beragama Islam (zimmi) terhadap tanah, bangunan dan harta benda
mereka terpelihara, mesti dilayan dengan baik dan tidak boleh diganggu, nyawa dan kehormatan
mereka dipelihara di bawah undang-undang dan sama-sama bertanggungjawab bersama dengan
orang Islam dalam mempertahankan negara.
Perbezaan antara manusia adalah disebabkan oleh faktor iklim, lingkungan tempat
tinggal, pemakanan, kebiasaan kehidupan dan sebagainya mempengaruhi pembentukan watak,
cara berfikir, cara bertindak, minat, kecenderungan serta adat dan kebiasaan. Inilah hakikat
perbezaan di antara manusia yang tidak dapat dinafikan tetapi dalam masa yang sama ada
persamaan sesama manusia yang perlu diutamakan daripada perbezaan tersebut iaitu hakikat
manusia semuanya sama sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi dan tertakluk kepada
suruhan dan larangan Allah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Keharmonian yang
ditunjukkan oleh Islam terhadap perbezaan ini adalah setiap muslim perlu menghormati
perbezaan ini, menghormati antara satu sama lain, saling bertoleransi dan bersikap positif selagi
tidak bertentangan dengan syariat Islam.
PEMBINAAN AKHLAK DAN KEPERIBADIAN PEMBENTUK DIRI, KELUARGA,
MASYARAKAT, NEGARA DAN KETAMADUNAN
Elemen dakwah yang ketiga yang disentuh dalam kertas kerja ini adalah pembinaan akhlak dan
keperibadian pembentuk diri, keluarga masyarakat dan ketamadunan. Perkataan akhlak berasal
daripada perkataan arab „khuluq‟, boleh juga dibaca „khulqun‟ atau „khuluqun‟ bermaksud „assajiyyah‟ iaitu tabiat, perangai dan tingkah laku yang menggambarkan jiwa atau batin manusia di
mana perhitungan dosa dan pahala lebih banyak bergantung pada gambaran batin daripada
gambaran zahir (Ibnu Manzur 1956). Menurut Muhammad Abu Bakar (1981), akhlak adalah
pecahan daripada perkataan „khalq‟ bererti ciptaan dan keindahan kejadian manusia dengan
bentuknya yang zahir. Keadaan rohani yang sepatutnya terbentuk dengan sebaik-baiknya
dipanggil „khuluq‟ yang bermaksud adat, perangai, maruah dan agama.
Abdul Monir Yaakob dalam Abdul Monir et.al (2005), menjelaskan kepentingan etika
dan moral termasuk juga akhlak dalam mengurangkan masalah kecurangan dalam kerjaya
profesional. Usaha perlu dilakukan bagi memantapkan ketinggian akhlak dalam kerjaya
profesional memerlukan beberapa langkah pertamanya, mewujudkan satu suasana pembelajaran
yang bersih dari segala faktor yang merangsang keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sama ada
di peringkat sekolah rendah, menengah ataupun di peringkat pengajian tinggi, keduanya kegiatan
kokurikulum hendaklah seiring dan selaras dengan usaha serta matlamat untuk memupuk
kerohanian, cinta kepada yang Maha Pencipta dan menanam komitmen yang kuat kepada nilainilai akhlak yang mulia. Ketiganya subjek etika profesional dari kaca mata Islam dengan huraian
konsep, falsafah, amalan bekerja serta langkah-langkah pengukuhan mengikut bidang perlu
diserap di peringkat pengajian tinggi.
Naquib al-Attas dalam Wan Mohd Nor (2005) menyatakan bahawa, orang yang terpelajar
adalah orang yang baik, beradab dalam pengertian yang menyeluruh meliputi kehidupan spiritual
dan material, sentiasa berusaha menanam kualiti kebaikan yang diterimanya, orang yang baik
adalah orang yang insaf sepenuhnya tanggungjawab dirinya kepada tuhan, bersikap adil terhadap
dirinya dan masyarakat serta sentiasa berusaha menjadi lebih baik. Nik Mustapha (2008)
berpendapat, akhlak yang sempurna menjamin keadilan sosial, menghayati akhlak mulia dalam
menjalani tugasan dan kehidupan adalah penting dan perlu untuk membimbing setiap individu
dalam urusan mereka, masyarakat dan negara. Islam mempunyai asas akhlak yang tersendiri
bersumberkan semangat falsafah tauhid. Akhlak pula sistem perilaku yang ditentukan oleh Allah
swt untuk manusia dalam menjalani kehidupannya. Sumber akhlak Islam adalah al-Quran dan
Hadis. Terdapat 1504 ayat di dalam al-Quran berbentuk metodologi yang komprehensif
(menyeluruh) merangkumi contoh teladan yang baik, pendekatan penceritaan, pendekatan
ganjaran dan dendaan yang boleh membentuk akhlak dalam diri, keluarga, masyarakat, negara
dan ketamadunan.
ILMU SUMBER KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT DAN ILMU ISLAM
UNTUK SELURUH MANUSIA
Elemen dakwah yang keempat yang disentuh dalam kertas kerja ini adalah ilmu sumber kejayaan
di dunia dan di akhirat dan ilmu Islam untuk seluruh manusia. Ilmu merupakan Wasilah
terpenting dan berkesan untuk manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ilmu
pengetahuan akan melengkapkan keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah swt. Allah
berjanji akan meletakkan kedudukan orang yang berilmu pada kedudukan yang tinggi. Allah swt
telah berfirman dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud : “Allah meninggikan
kedudukan orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu
beberapa darjat”. Melalui ilmu pengetahuan, manusia dapat membangunkan apa yang ada di
muka bumi ini untuk diambil manfaat dan digunakan oleh manusia dengan cara yang terbaik.
Menurut Hasan Langgulung (1981), tumpuan ilmu pengetahuan adalah untuk perubahan dan
keseimbangan di dalam kehidupan.
Antara ciri-ciri keistimewaan ilmu di dalam Islam ketuhanan. Tuhan merupakan sumber
kepada ilmu sama ada melalui al-Quran, as-Sunah, melalui pengkajian alam semesta (yang
dijadikan oleh tuhan) secara benar. Ilmu ini mesti digunakan dalam ruang lingkup yang
dibenarkan oleh Islam dan tidak boleh digunakan secara salah, menimbulkan kezaliman,
menindas, menghancurkan orang lain, merosakkan dan sebagainya. Ilmu yang diperoleh tidak
boleh bermatlamatkan kepentingan peribadi (pangkat, kuasa dan sebagainya) tetapi mesti
bermatlamatkan kesejahteraan dan kebaikan bersama.
Ilmu Islam juga bersifat terbuka, Islam tidak membataskan sumber memperoleh ilmu,
hanya ilmu berkaitan dengan syarak (akidah, ibadat dan akhlak) mesti diperoleh dari orang Islam
yang dipercayai. Ilmu-ilmu lain boleh dituntut walaupun bukan dari orang Islam. Semua ilmu
yang berguna sepatutnya dimiliki oleh orang Islam dan dalam masa yang sama Islam melarang
monopoli ilmu, ilmu mesti dikongsi walaupun terhadap bukan Islam. Sejarah membuktikan
bahawa orang-orang Eropah telah datang beramai-ramai ke Qardova dan Sicily untuk mengutip
ilmu daripada sarjana-sarjana Islam pada zaman pertengahan dulu tanpa sebarang halangan oleh
orang Islam walaupun mereka bukan beragama Islam.
Ilmu Islam juga „syumul‟ iaitu merangkumi keseluruhan ilmu yang mendatangkan
manfaat kepada manusia sama ada ilmu syariat atau ilmu pengurusan tamadun manusia. Tiada
pemisahan ilmu malah meletakkannya secara seimbang supaya manusia berilmu ini tidak tercicir
dalam ketamadunan manusia dalam masa yang sama tidak tercicir dari segi syariat.
Abad ke 21 adalah abad pengetahuan, abad yang meletakkan ilmu pengetahuan sebagai
asas dan sumber utama bagi pembangunan diri manusia, negara dan dunia, ilmu pengetahuan
sebagai pemacu ekonomi, survival politik, pembaharuan sosiobudaya, dan dalam masa yang
sama ia merupakan tiang agama. Ilmu pengetahuan telah berjasa membangunkan tamadun klasik
seperti Mesopotamia, Mesir purba, China, India dan lain-lain. Ilmu pengetahuan juga telah
menaikkan martabat dan kegemilangan Tamadun Islam ketika Eropah dan dunia seluruhnya
berada di dalam „The Dark Eges‟. Zaman Renaisans juga tidak mungkin muncul tanpa ilmu
pengetahuan.
PENUTUP
Kertas kerja ini hanya mengetengahkan beberapa aspek dakwah yang boleh diterapkan semasa
melaksanakan kursus Tamadun Islam di IPTA amnya dan di politeknik khasnya. Banyak lagi
elemen dakwah yang boleh diketengahkan dalam aspek yang sama seperti dalam kertas kerja ini,
banyak juga elemen dakwah dalam aspek lain seperti, kehebatan sistem ekonomi Islam dalam
pengagihan kekayaan berbanding ekonomi konvensional, keunikan sistem politik Islam dan
sebagainya. Dakwah juga merupakan satu seni, isi dakwah adalah sesuatu yang amat penting
tetapi dalam masa yang sama pendekatan dakwah adalah salah satu perkara yang tidak kurang
pentingnya. Dakwah mesti dilakukan dengan cara yang menyentuh hati, kreatif, mudah difahami,
lemah lembut, menarik dan „versatile‟. Berbangga lah menjadi muslim dengan tanggungjawab
sebagai pendakwah.
RUJUKAN
Al-Quranul Karim
Abdul Monir Yaakob. Pertembungan akhlak dengan etika. Dalam Abdul Monir & Norhanizah
Ismail. 2005. Islam Hadhari : himpunan isu-isu kontemporari. Kuala Lumpur : Institut
Kefahaman Islam Malaysia.
Eric Christian. 1998. Science magazine named the evidence (not proof) the universe‟s expansion
is accelerating as a „breakthrough of the year‟ for 1998. http://helios.gsfc. nasa.gov/qa_
sp_ex html#friedman : Akses (22 September 2010)
Hassan Langgulung. 1981. Bentuk dan falsafah kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibnu Manzur. 1956. Lisan al-Arab. Jilid 14. Beirut : Dar Sadir.
J. Georg V. B. 2008. Expansion of the universe. Acta Physica Polonica B. no. 6 vol. 39. http : //
th-www.if.uj.edu.pl/acta/vol39/pdf/v39p1501.pdf : Akses (22 September 2010)
Keith L. Moore. W. B. Saunders. 1982. The Developing Human. http://www.goshen.
edu/bio/dvert/environmentalfacts.htm (22 September 2010)
Maurice Bucaille. 1978. The Bible, the al-Quran and science. American Trust Publication.
http://www.islamicity.com/science/baucaille.html : Akses (31 Ogos 2010)
Muhammad Abu Bakar Abd Qadir ar-Razi. 1981. Mukhtar al-Sihah. Beirut : Dar al-Fikr.
NASA. 2010. http ://solarsystem.nasa.gov/planet/profile.cfm?object=sun : Akses (22 September
2010)
Nick Lane. 2010. Change or Necessity? Bioenergetics and the probability of life. Journal of
Cosmology 2010. Vol 10 : page 3286 – 3304.
Nik Mustapha Nik Hassan. 2008. Akhlak sempurna jamin keadilan sosial. Berita Harian, 4 Mac
h. 13.
The Colombia Encyclopedia, sixth Edition. 2008. http : //www.encyclopedia.com (22 September
2010)
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Falsafah dan amalan pendidikan Islam Syed Mohd Naquib AlAttas. Satu huraian konsep asli Islamisasi. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
View publication stats