Bab 1 Semantik dalam Bahasa Melayu Bab 2

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

BAB 5 : PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:
 Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu;
 Mengetahui tentang prinsip-prinsip pembentukan istilah;
 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM;
 Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu;
 Cabaran dan masa depan peristilahan.

Bab 1: Semantik dalam Bahasa Melayu

5.1 Pengenalan
5.2 Peranan MABBIM
5.3 Peranan DBP
5.4 Dasar Pembentukan Istilah
dalam Bahasa Melayu
5.5 Prinsip Pembentukan
Peristilahan


Bab 2: Makna Leksikal dalam Bahasa
Melayu
Bab 3: Makna Ayat dalam Bahasa Melayu
Bab 4: Perubahan Semantik
Bab 5: Peristilahan Bahasa Melayu
Bab 6: Peribahasa Bahasa Melayu
Bab 7: Sumber Istilah Bahasa Melayu

RINGKASAN
RUJUKAN

Bab 8: Istilah Singkatan dan Lambang
Bahasa Melayu

1

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

 KERANGKA TAJUK-TAJUK


PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Peranan DBP

Peranan MABBIM

5.1 PENGENALAN

Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politik dan
ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan
kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga – tiga negara itu juga mempunyai kaedah
tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu.
Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis
Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam –
Indonesia – Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu
bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan
untuk pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap
pelbagai ilmu pengetahuan.
Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa

bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek
khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui
jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai.
Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang
menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang
ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah
menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai
konsep khusus dan bersifat teknikal.

2

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidangbidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan bidang
linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan
tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna.
Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi
tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi
oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara,
iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.

Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu, Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini, DBP
telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang
kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan
bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu
tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak
menghargai sumbangan badan berkenaan, dan bersama – sama meletakkan bahasa Melayu
sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya.

Definisi Istilah
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata
atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang
ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks
bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tata
istilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah
yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi
satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada.

Misalnya, tata istilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.

Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu
(termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan
kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun
demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan
maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal,
fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.
5.1.1 Morfem dan Proses Peristilahan
Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang
digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah
pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.
3

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

5.1.1.1 Kata akar
Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.
Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.
5.2.1.2 Imbuhan dan Pengimbuhan
Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan.
Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an (pemprosesan).


5.1.1.3 Penggandaan
Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh
(kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

5.1.1.4 Gabungan
Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses
penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara,
bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di
dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini
berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan
penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah
dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa
ini istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di
dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula
selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.
Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan
mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan
individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik.
Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang

dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Sebagai pengerusi dan pengarah
pertama DBP, beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan. Ungku A. Aziz telah
menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak
menyenangkan beliau.

4

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

1. Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan.
2. Untuk menguji pengetahuan
dan kefahaman anda kaitkan peranan Bahasa

Melayu dari segi jati diri rakyat Malaysia. Dapatkan seberapa banyak
maklumat dari perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

5.2 Peranan MABBIM

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu
Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis

Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu
Pernyataan
Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri
Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan
Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara
Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura
masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.

Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau
bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM
bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai
bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi
realiti apabila usaha – usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua
bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan,
perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.

1. Untuk perkembangan Bahasa Melayu, atas alasan apakah dasar-dasar
pembentukan istilah dilaksanakan? Mengapa?
2. Nyatakan dasar –dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di Malaysia.
3. Dengan sokongan pengurusan grafik, bandingkan perbezaan peranan DBP

dan MABBIM dengan perkembangan bahasa Melayu di Malaysia.

5

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

5.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap sekiranya
peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. DBP merupakan satu satu badan
yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu. Sehingga hari ini,
peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada
badan – badan lain yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya.
Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah
bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan
melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan
pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah,
mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga
bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan
umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.

Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun
1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah
melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus,
rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat,
mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu” dan mengawasi penggunaan bahasa
Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang
dijalankan oleh DBP melalui bahagian - bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi
tetapi teratur dan sistematik.
Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama
dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia
Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei
Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga
tiga buah negara yang terlibat.
Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian
Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
 Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
 Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
 Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
 Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
 Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat

penyebaran dan pemasyarakatan istilah.
 Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan
kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negaranegara lain.
6

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan
Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu,
pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan
teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat
maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an.
Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu
pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Kalau
tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai di
Indonesia, kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di
Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah
dibentuk baharu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau
istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi
istilah Melayu. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu.
Oleh yang demikian, istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau
fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu.
Di bawah ini diberikan contohnya:
a) Acid
b) Aciditiy
c) Acidic

-

asid (bukan acid)
keasidan (bukan asiditi)
berasid (bukan asidik)

Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi,
dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa
Inggeris.
Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman
pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.
Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta
diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.

Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang
progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,
Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau
masyarakat pemakai bahasa,
Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular,
hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,
Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa
Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa MelayuIndonesia; dan

7

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

v.

Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas
dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang telah ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubalpenggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah
peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat
dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja.
Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu
hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata
terjemahannya dalam bahasa Melayu.
Contohnya adalah seperti yang berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)

Biology
Anthropology
Sociology
Archeology
Phonology
Geology
Psychology
Climatology

-

kaji hayat
kaji manusia
kaji masyarakat
kaji purba
kaji bunyi
kaji bumi
kaji jiwa
kaji iklim

Berdasarkan contoh – contoh di atas, bentuk istilah sememangnya baik dan sesuai kerana
ianya seragam, serta boleh dijadikan sebagai panduan untuk membentuk pelbagai istilah
dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kaji
serangga, kaji bintang, kaji haiwan, kaji tumbuhan, kaji lautan, kaji penyakit dan berbagaibagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa
bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata
istilah baharu dalam bahasa Melayu.
Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan
keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada, tetapi mengapa pula
perkataan “organ” diciplak daripada bahasa Inggeris, bahasa asing juga?
Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, maka ditetapkan dasar
kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis, dan kita dapat menggubal
istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar
luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi,
antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting, kerana
bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa
Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana pengaruh
persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa
8

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat
berkongsi membaca buku-buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang
terbit di Malaysia.
Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua,
iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat
memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan
kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang
kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa
Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau
menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang
sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk
bahasa barat yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk
merealisasikan dasar – dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau
cara, iaitu:
Bagi istilah pinjam-terjemah.
a)
Meminjam terjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu.
Misalnya:
i. Fixed price
harga tetap
ii. Market price
harga pasaran
iii. Price list
senarai harga
iv.
Cost price
harga kos
v.
Cost section
bahagian kos

Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi dan ilmiah,
maka (mengikut keutamaan):
i.

ii.

iii.

Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu
bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah
Melayunya;
Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau
dalam apa bidang sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja
istilah Melayunya; dan
Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk
istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau
suku kata yang minimum.

Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut:
i.

Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu
hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan):
9

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna
hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi,
kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya.
b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran
atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina
Passo, James Watt dan lain-lain.
c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada
persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan
yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital
camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian
ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera.
d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat
pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio,
televisyen dan sebagainya.
Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah:
Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata
sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang
dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu.
Contohnya kita meminjam hanya perkataan “atom” dan tidak boleh meminjam kata atomic,
atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh
dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas.
Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang
dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan
keutamaannya adalah seperti yang berikut:
a) Mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.
Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
b) Mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu
bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu:
i.
Menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal RumawiYunani atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atau
ii.
Menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi
menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah.

Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara dan tajuk
baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedoman ini menjadi
panduan yang jelas dan tidak mengelirukan.

10

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah:
i.
Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah
khusus dan istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan,
kata berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau
perangkat kata;
ii.
Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan
istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut:
a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai,
b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai,
c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai,
d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai,
e) Kata dalam bahasa Inggeris,
f) Kata dalam bahasa asing lain,
h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.

1. Pada pendapat anda, mengapakah pengistilahan amat penting di negara
kita?
2. Secara ringkas, sila nyatakan usaha-usaha yang telah dimainkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap perkembangan dan kemajuan
peristilahan di Malaysia.

11

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

5.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan
Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu,
pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan
teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat
maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita
mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik,
kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.
Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun
semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan
pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi
dasar, cara dan pedoman, iaitu:
i.

Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang
progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;

ii.

Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat
pemakai bahasa;

iii.

Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah
sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;

iv.

Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa
Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa MelayuIndonesia; dan

v.

Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan
istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal
istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea rah peringkat
antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan
melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam
bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan katakata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.

12

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

5.5 Prinsip Pembentukan Istilah

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan
kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman
Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang
seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab
mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan
tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses
pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa
bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan
pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.

Istilah juga boleh dibentuk dengan menggunakan;
i.
ii.
iii.
iv.

Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.
Kata terbitan.
Kata ganda.
Kata gabungan.

5.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)
Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata
kerja, dan kata adjektif.
Contoh:
Kata nama: buruj
constellation
rawan
gristle
cahaya
light
Kata kerja:

pecut
Imbas
reka

Kata adjektif: kenyal
Rawak
Cemas

accelerate
scan
invent

elastic
random
anxious

13

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang
terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang
boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh :
Cerpen
tabika
pawagam
MARA
BERNAMA
KOBENA

cereka
kugiran
RISDA
ADUN
PLUS
BERNAS

5.5.2 Istilah Kata Terbitan
Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran,
sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan
bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

a. Paradigma kata dengan imbuhan berContoh:
belajar
bertapa
bertani

pelajar
pertapa
petani

pelajaran
pertapaan
pertanian

b. Paradigma dengan Penambah me(N)Contoh:
Menulis
mengajar
mengamal
membesar
mengubah
mengairi

penulis
pengajar
pengamal
pembesar
pengubah
-

penulisan
pengajaran
pengamalan
pembesaran
pengubahan
pengairan

14

tulisan
ajaran
amalan
-

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

c. Paradigma dengan me(N)-, berContoh:
memberhentikan
-

-

pemberhentian
perkecualian
pembelajar

perhentian
pelajaran

d. Paradigma kata dengan me(N)-, perContoh:
Mempersatukan
Memperoleh
mempelajari

e. Paradigma kata dengan ke - an
Contoh:
saksi
bermakna
terbuka
penduduk
sesuai

pemersatu
pemeroleh
pelajar -

pemersatuan persatuan
pemerolehan perolehan
pelajaran

Kesaksian
Kebermaknaan
Keterbukaan
Kependudukan
kesesuaian

f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -inContoh:
Gigi
susu
tapak
kuncup
sambung

gerigi
tenusu
telapak
kemuncup
sinambung

5.5.3. Istilah Kata Ganda
Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau
sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.
a. Ganda Penuh
Contoh:
langit-langit
labi-labi
buku-buku

kanak-kanak
paru-paru
guru-guru
15

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

b. Ganda Suku Kata Awal
Contoh:
Tetikus
Cecair
gegua

rerongga
Rerambut
jejari

c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan
Contoh:
dedaunan
pepohonan
jejarian

d. Kata Ganda Berentak
Contoh:
Warna-warni
Serta-merta
Bolak-balik
Dolak dalih

Batu-batan
Bengkang-bengkok
Hingar-bingar
Mudar mandir

5.5.4 Istilah Bentuk Gabungan
Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam
gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa
imbuhan.

i. Tanpa Imbuhan:
Contoh:
garis lintang
daftar masuk
mesin kira tangan
ganda tiga

atas aras laut
mesin atur huruf
segi empat tepat
kamera laut dalam

16

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya
Contoh- contoh seperti :
saksi pendakwa
pelarasan gaji
dalam talian
atas talian
mengambil alih
menerima pakai
penerima janji gelombang melintang

iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur
Contoh - contoh seperti:
Jagaan perlindungan kedudukan anggaran
Perjanjian meluluskan
perbelanjaan terealisasi

Berdasarkan contoh – contoh di atas, cuba anda senaraikan contoh –
contoh lain yang berkaitan dengan istilah kata ganda dan bentuk
gabungan.

17

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu



Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan
beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan
konsep atau objek khas dalam bidang tertentu.



Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif
yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan.



Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan
bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri.



Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum
Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah.



Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan
kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam
sesuatu bidang ilmu atau profesyen.



DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk
memajukan bahasa Melayu.



Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh
Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan
Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan.

18

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164)
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
______________. 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
_____________. 1986. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. 2005. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bloomfield, L. 1957. Language. George Allen & Unwin Ltd.
Clark, H.H & Clark, E.V. 1977. Psychology and Language: An Introduction to
Psycholinguistics. New York: Harcourt Brace Jovanovich.
Collins, J.T. 1986. Penyusunan Salasilah Bahasa di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Crystal, D. 1974. Linguistics. Middlesex: Penguin Books Ltd.
Darwis
Harahap
(1994).
Binaan
Makna.
awang/meaning.html accessed on 5 July 2007.

http://www.angelfire.com/id/ahmad

Dik, S. 1978. Fuctional Grammar. Amsterdam: North-Holland.
_____________. 1999. Tatabahasa Za’ba dalam Perspektif Sejarah Penulisan Tatabahasa
Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa 43 (6): 514-523.

19

Bab 5 Peristilahan Bahasa Melayu

Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. 2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramli Md. Salleh. 1995. Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ramli Md. Salleh, Sanat Md. Nasir dan Noor Ein Mohd. Noor (sunt). 1997. Kamus
Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zulkifliey Hamid, Ramli Md Salleh, Rahim Aman. 2007. Linguistik Melayu Edisi Kedua.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

20