Jiran ialah orang yang tinggal di sekeli

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan,
dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah
kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat
penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan
membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah
mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil
untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui
aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang
tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka
akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus
membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal
ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak
kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara
bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan
untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan
meningkatkan hubungan sesama jiran.
Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa
sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan

memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara
rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman
dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam
masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah
yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah
terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu
mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih
erat lagi.
Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa
aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri
dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah,
dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin
bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini
hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi,
atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat
sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan
perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap
dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam

aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah
membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur.
Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli.
Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti
Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung,
Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan
Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan
taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat
kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang
mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam
kehidupan.
Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam
kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat
kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui
aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita.
Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa
jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau
kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata

memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah
berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya
ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai
segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan
kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh
jiran kita itu.
Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak
mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah
Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika
hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan
perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan,
perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah
sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara
supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu
diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlualah mempunyai
semangat dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu

memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah
dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada semangat kejirana inilah terjalinnya
perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke
erah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa
Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat

menghasilkan sesuatu yang baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan
kepada masyarakat. Apakah kepetingan-kepentingan tersebut?
Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur
sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang
tenang dan aman. Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan
keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotongroyong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam
membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat
meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal
ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.
Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah
masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan
mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah
masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan

bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan
dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri
dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah
untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu
sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersamasama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu
pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat
kejiranan yangmantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan
perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat
kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang
demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi
seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan
dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah
masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk
mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap
dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara
kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya
dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu

selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan
dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian sepertimencuri, merompak dan
menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan. Masyarakat harus meningkatkan
keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini

berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat
rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamtan penduduk terjamin. Ibu bapa akan
berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan.
Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan.
Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat
meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.
Semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat dapat menarik minat
pelancong untuk datang bercuti di Malaysia. Malaysia yang mempunyai perpaduan yang
teguh akibat semangat kejiranan masyarakat pelbagai kaum menarik minat warga asing
untuk melihat sendiri perpaduan kaum tersebut. Pelancong memerhati sikap
masyarakat Malaysia yang baik dan mempunyai hubungan yang erat antara kaum
mengagumkan mereka. Semangat kejiranan yang mewujudkan sebuah masyarakat
yang harmoni dan aman sejahtera dapat meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dengan
kedatangan pelancong. Oleh itu, semaangat kejiranan bukan shaja bertumpu kepada
sesebuah masyarakat tetapi ianya juga mendatangkan kebaikan kepada negara.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada
semangat kejiranana. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat
harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat
kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang
maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 20200,
kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini.
Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan
kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu,
semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang
kaum   dan   hidup   secara   bersama   sehati   sejiwa   ibarat   peribahasa seikat   bak   sirih,
serumpun bak serai.   Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup
berjiran   di   kawasan   bandar   ataupun   di   kawasan   luar   bandar   dan   mereka   saling
berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun terdapat lakaran suram
yang   menyelubungi   kita   bahawa   ada   pandangan   yang   menyatakan   bahawa   semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis
ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan   usaha telah dijalankan oleh
pelbagai   pihak   untuk   merapatkan   kembali   hubungan   dalam   kalangan   jiran   kerana

semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota
masyarakat di   sesuatu   tempat   .   Kerjasama   ini   boleh   dipupuk   melalui   penglibatan
anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka

tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong­royong, majlis sambutan perayaan  atau
perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan
merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan
tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan
bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan
anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan
dan   melahirkan   masyarakat   yang   bersatu   padu. Mengimbas   kembali   Peristiwa   13
Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah­belah,
negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman.
Tuntasnya,   semangat   kejiranan   membolehkan   semua   anggota   masyarakat   memahami
antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari  perbezaan
budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar
dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan
penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu

pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan
kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan
kepada rakyat. SloganNegara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup
dalam   keadaan   sihat   sejahtera   maka   pelbagai   rancangan   pembangunan   dapat   diatur,
dirancang   dan   dilaksanakan   secara   lancar   tanpa   sebarang   kekangan.   Jika   masyarakat
dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang
disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama­sama
secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai
kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman­taman perumahan seperti dewan orang
ramai, balai raya, taman permainan kanak­kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif,
semangat   kejiranan   dan   perpaduan   yang   ditunjukkan   oleh   anggota   masyarakat   di
sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu
anggota   masyarakat   dalam   suatu   kawasan   kejiranan   menikmati   pelbagai   kemudahan
awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu
padu   seia   sekata   .   Jika   masyarakat   dapat   berganding   bahu   dan   saling   mengekalkan
kehidupan   yang   harmoni   maka   negara   akan   melakar   kejayaan   gemilang.   Semangat
kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan
anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan

negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai­nilai
patriotisme   dapat   diimplimentasikan.   Sebagai   contoh,   mengibarkan   jalur   gemilang,
mengadakan   pameran   sempena   ulang   tahun   kemerdekaan   negara   ataupun   menyertai
perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan   contoh paling
jelas, dan atas sokongan  rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo
mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini

jelas   menunjukkan   keharmonian   kehidupan   rakyat   Malaysia   membolehkan   mereka 
melakukan   sesuatu   hal   dan   perkara   yang   amat   hebat   bagi   melonjakkan   Malaysia   di
persada antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong
asing   ke   negara   ini   banyak   disebabkan   kehidupan   masyarakat   Malaysia   yang   unik,
mempunyai   pelbagai   seni   budaya   yang   menarik   dan   hidup   secara   harmoni   dalam
komuniti   kejiranan.   Sesungguhnya,  perpaduan   masyarakat   banyak   membantu   menarik
kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada
sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta­pesta tertentu
menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat   disukai
oleh   para   pelancong   asing   tersebut   .   Selain   di   kawasan   bandar,   produk   pelancongan
seperti   Program   Homestay   atau   Inap   Desa   di   kawasan   luar   bandar   juga   dapat

menunjukkan   semangat   hidup   berjiran   dalam   kalangan   masyarakatnya   .   Maka
sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah
dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
Intihanya,   semangat   kejiranan   merupakan   sebahagian   daripada   amalan   dan   menjadi
budaya   masyarakat   di   Malaysia   yang   menjadikan   negara   kita   unik   pada   pandangan
masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan
bukan  sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di
negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia
terus  cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana   rakyatnya
yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat
memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.
Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah
negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang
utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu
bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap
individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan
keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu,semangat
kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru,senario ini haruslah
disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah
seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian
negara.
Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan
termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan
hubungan silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi ini sangat
digalakkan dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke rumah,sudah semestinya
kita akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh
adab sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama
individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.

Selain itu,semangat kejiranan dapat turut dipupuk melalui amalan gotongroyong. Amalan gotong-royong sememangnya membawa banyak manfaat kepada
masyarakat. Hal ini kerana apabila segolongan masyarakat bersatu menjalankan aktiviti
gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, mereka bukan sahaja dapat
memelihara kebersihan tempat kediaman mereka malah dapat mengeratkan hubungan
sekaligus memupuk semangat kerjasama. Di samping itu, nilai kerjasama dan
masyarakat yang prihatin juga dapat diwujudkan. Justeru,masyarakat mestilah
melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini untuk kebaikan bersama.
Tambahan pula,rumah-rumah terbuka yang lazimnya diadakan ketika musim
perayaan wajar dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam usaha memupuk
semangat kejiranan. Negara kita yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum
membolehkan kita melihat pelbagai jenis adat dan budaya. Apabila rumah terbuka
diadakan,masyarakat akan dapat mengenali adat dan budaya kaum lain. Hal ini akan
dapat mewujudkan persefahaman dan sekaligus mengelakkan perselisihan faham yang
boleh menjejaskan perpaduan kaum. Oleh itu,amalan rumah terbuka ini wajar diteruskan
dalam masyarakat.
Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar dipandang
enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang sangat penting dalam
masyarakat. Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan
lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita. Sebesar rumah bermula dengan
seketul bata. Oleh itu,perpaduan kaum haruslah bermula semangat kejiranan yang utuh.
Zaman remaja diakui sebagai zaman yang sangat indah namun penuh pancaroba. 
Remaja akan meneroka pelbagai sudut kehidupan demi mencari hala tuju mereka. 
Dalam tempoh pengembaraan itu, remaja akan berdepan dengan pelbagai masalah 
yang menguji ketabahan mereka. Ada remaja yang berjaya menangani masalah dengan
baik namun ada juga yang tewas dalam kancah emosi sehingga mencetuskan 
permasalahan yang lebih serius. Remaja seperti inilah yang perlu dibantu agar mampu 
menangani tekanan emosi dalam jiwa mereka dengan cara yang bijak.
Apabila dibebani masalah, remaja lebih cenderung untuk melarikan diri daripada 
masalah dengan mencetus masalah lain. Contohnya, remaja selalu berdepan dengan 
konflik keluarga kerana pandangan yang berbeza. Jika itu berlaku, mereka mengambil 
jalan mudah dengan keluar melepak bersama rakan­rakan yang mungkin mendorong 
mereka untuk melakukan perkara­perkara negatif. Mereka mula tidak pulang ke rumah 
kerana tidak ingin bertembung dengan punca masalah di rumah. Hakikatnya tindakan itu
tidak bijak kerana langkah terbaik adalah dengan mencari punca masalah tersebut dan 
berbincang bersama­sama agar yang keruh dapat dijernihkan. Jelas bahawa merungkai 
benang yang kusut adalah lebih baik daripada terus menambah masalah.
Ada juga remaja yang gemar memendam rasa apabila berdepan dengan masalah. 
Mereka akan menjadi pendiam dan jika keadaan itu dibiarkan berterusan, kemungkinan 
mereka akan menjadi murung. Kemurungan yang berlebihan akan membawa kepada 

masalah jiwa. Perkara ini boleh dielakkan jika remaja mencari seseorang yang boleh 
dipercayai untuk meluahkan masalah mereka. Teman baik merupakan orang yang 
sepatutnya dijadikan sandaran namun remaja perlu bijak memilih orang yang paling 
dipercayai. Walaupun orang yang mendengar tidak mampu membantu, sekurang­
kurangnya luahan masalah itu dapat meringankan kekusutan yang bermain di minda. 
Melepaskan apa yang terbuku di jiwa merupakan terapi paling baik dalam menangani 
stres.
Selain itu, cara yang tepat untuk mengatasi stres adalah dengan mendekatkan diri 
kepada Tuhan. Berdoa dan meluahkan rasa hati kepada Tuhan dapat meringankan 
bebanan. Dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, remaja dapat menerima hakikat 
bahawa masalah yang datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap 
keimanan seseorang. Dugaan itu akan dipandang dari sudut yang positif jika remaja 
menerima segala masalah sebagai ketentuan atau takdir daripada Tuhan. Maka 
mendekatkan diri kepada Tuhan dengan beribadat merupakan cara yang paling tepat 
untuk menghilangkan keresahan hati dan remaja boleh memohon petunjuk daripada 
Tuhan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kerunsingan terbukti dapat dihindarkan atau diatasi dengan cara beriadah. Jika ada 
masalah, luangkan masa untuk bersenam atau berjalan­jalan di kawasan riadah yang 
tenang. Ini selaras dengan slogan badan cergas otak cerdas. Aliran darah yang lancar 
hasil aktiviti riadah dapat mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan 
kemungkinan remaja dapat melupakan seketika masalah yang sedang ditanggung. 
Remaja juga patut mengajak rakan atau ahli keluarga untuk bersama­sama beriadah 
dan hasil komunikasi ketika sesi riadah dapat membantu meringankan masalah. 
Tuntasnya, proses biologi yang tercetus ketika beriadah dapat memberi ilham kepada 
remaja untuk menyelesaikan masalah emosi yang ditanggung.
Kesimpulannya, stres tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana implikasinya terlalu 
besar. Orang yang sedang dalam tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat 
mengawal diri sendiri. Justeru, jika kita sedang mengalami stres, berusahalah untuk 
mengatasinya secepat mungkin. Begitu juga jika kita melihat rakan yang sedang dalam 
tekanan, carilah jalan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum
parah adalah jalan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur.
Stress berlaku apabila seseorang menghadapi masalah besar dan berfikiran negative
terhdap sesuatu perkara. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan stress berlaku dalam
seseorang   individu.Antara   punca stress adalah   mengalami   masalah   hidup   seperti
masalah kewangan, rumahtangga, persahabatandan stress juga disebabkan oleh faktor
sekeliling.

Tanpa disedari, stress akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia jika
mengalami tekanan yang berterusan. Oleh yang demikian, individu haruslah bijak untuk
menangani masalah stress yang selalu berlaku dalam diri manusia.
Antara cara untuk mengatasi masalah stress adalah mengatur pemakanan yang betul.
Makanan   adalah   penting   untuk   individu   mempunyai   tenaga   bagi   menjalankan   aktiviti
harian.
Pemilihan makanan akan mempengaruhi tenaga kita sekaligus mengurangkan perasaan
stress   tersebut   timbul.   Tambahan   lagi,   pengambilan   makanan   secara   diet   yang
seimbang juga akan dapat menambah zat makanan yang diperlukan dalam tubuh badan
manusia. Dengan itu, adalah amat penting untuk mengambil makanan yang menjamin
kesihatan tubuh badan.
Langkah   seterusnya   berfikiran   positif.   Hal   ini   amat   penting   untuk   kita   berfikir   secara
bernas  dan  bijak  ketika  berada  dalam  sesuatu  situasi  yang  tegang.   Semua  masalah
boleh diselesaikan jika kita berfikir secara positif dan rasional dan stress hanya akan
membebanka nmasalah yang timbul dalamdiri seseorang.
Oleh   itu,   seseorang   akan   lebih   mudah   mengawal   emosi   jika   berfikiran   positif   dan
bersedia untuk mencari altenatif penyelesaian yang terbaik dalam usaha menyelesaikan
masalah tanpa perlu mempengaruhi kesihatan diri sendiri.  Selain itu, individu juga tidak
perlu membeban kandiri masing­masing. Hal ini berlaku apabila seseorang itu menaruh
harapan yang tinggi dalam sesuatu perkara hingga terlupa akan kemampuan diri yang
dimiliki beliau. Oleh itu, individu harus sedarakan kemampuan kita kerana stess akan
berlaku jika kita tidak mendapat apa yang diinginkan atau mengalami kegagalan. Lalu,
jalan penyelesaian adalah melakukan tugasan secara sistematik agar perasaan stress
dapat dielakkan dari semasa ke semasa.
Berehat juga boleh mengatasi masalah stress. Kebiasaannya, individu yang mengalami
stress akan sibuk dan kekurangan masa untuk tidur. Hal ini bermaksud, tubuh badan
tidak   memperolehi   rehat   yang   secukupnya   lalu   ia   akan   memudaratkan   kesihatan
seseorang. oleh yang demikian, seseorang individu hendaklah mengatur masa tidur dan
rehat secara sistematik agar tubuh badan tidak menjadi lemah. Tambahan lagi, beriadah
dan   mendengar   music   secaraber   sendiri   juga   boleh   merehatkan   minda   daripada
masalah stress.
Alternatif   yang   seterusnya   ialah   berkomunikasi   dengan   keluarga   dan   rakan­rakan.
Sebagai seorang  manusia, kita hendaklah berinteraksi  dengan orang lain agar  hidup
tidak   berseorangan.   Hal   ini   kerana   berseorangan   juga   boleh   menimbulkan   perasaan
stress. Kita perlukan seseorang untuk menyokong dan mendorong supaya hidup lebih
bermotivasi dan ia jugaa kan menghilangkan rasa rungsing yang berada dalam fikiran.
Olehitu, individu haruslah meluangkan masa bersama keluarga dan rakan­rakan pada
masa kelapangan.

Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan
maksud   peribahasa,   bumi   mana   yang   tidak   ditimpa   hujan   dan   lautan   mana   yang   tidak   bergelora.
Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza­beza  tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan
dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula
tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang
berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa  kejayaan dan kebahagiaan
dalam  kehidupan, manakala  yang lainnya  pula menganggap tekanan sebagai  sumber  kesengsaraan  dan
penderitaan   sehingga   tekanan   yang   dihadapi   itu   membawa   kepada   pengakhiran   kehidupan.   Sebagai
pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi  tekanan yang berpunca daripada pelbagai  faktor
terutamanya faktor pelajaran. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah
saya ambil bagi menangani masalah tekanan.
             
Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah untuk
kesihatan   fizikal,   mental   dan   psikologi   kita.   Kegiatan   tersebut   ialah   riadah,   iaitu   aktiviti   yang   sering
dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara kegiatan riadah yang kerap saya
lakukan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar­siar di taman rekreasi dan
memancing ikan. Selepas bermain futsal dan badminton umpamanya, selain peluh mengalir membasahi
tubuh,   kepenatan   akan   dapat   dirasakan.   Selepas   mandi   dan   membersihkan   diri,   saya   akan   berehat
melepaskan   lelah.   Keadaan   akan   menjadi   lebih  baik   apabila   saya   dapat   melelapkan   mata.   Oleh   sebab
kepenatan selepas melakukan riadah, saya akan  tidur dengan sangat lena. Hilang sebentar segala masalah
yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya fikiran menjadi lapang. Ada waktunya
saya  melakukan  riadah  bersama­sama  ibu  bapa  saya.  Peluang  keemasan  itu  saya  gunakan  sepenuhnya
dengan melakukan perbincangan, sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun masalah
pelajaran yang sering memberikan tekanan kepada saya. Lantaran itu, saya menganggap kegiatan riadah
sebagai serampang dua mata yang membantu meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi salah satu
cara untuk mengurangkan tekanan.
Sesungguhnya   saya   amat   meyakini   bahawa   cara   kita   berfikir   amat   mempengaruhi   kesihatan   diri,
terutamanya   kesihatan   mental.   Lantas,   demi   memastikan   saya  memiliki   kesihatan   yang   baik   tanpa
menghadapi tekanan, saya  sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan
sukar. Apabila menerima pujian, saya tidak akan  berbangga dengan pujian tersebut, sebaliknya saya akan
memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas atau diberikan kepada saya kerana ada udang
di   sebalik   batu. Berkemungkinan   pujian   itu   diberikan   secara   bersahaja,   atau   jika   tidak   pun   saya
menerimanya sebagai satu penghargaan. Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran pula yang diberikan,
saya akan menerimanya dengan minda terbuka dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu
sering mengingatkan saya bahawa kritikan yang diberikan oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan
memiliki nilai kejujuran berbanding dengan pujian yang selalunya lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan
yang diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri lalu membaiki segala kekurangan yang ada agar
saya tidak menerima kritikan yang sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat menerima
kritikan  tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya akan terjerat dalam
kancah tekanan yang melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.
Saya   ialah   penggemar   dan   pencinta   muzik   sama   ada   muzik   ciptaan   anak   tempatan   mahupun   muzik
antarabangsa. Seandainya muzik tidak didengar menerusi cakera padat, masih ada muzik di dalam jiwa
saya yang membuatkan kaki bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus kegembiraan dan keceriaan, walaupun
sesekali   muzik   mengundang   kesedihan   dan   kedukaan.   Hal   ini   bertepatan   dengan   pandangan   ahli­ahli
psikologi bahawa muzik merupakan salah satu wahana terapi yang efesien dan sumber ketenangan fikiran
yang sering diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar
kesedaran   diri,   saya   seperti   berada   di   alam   yang   lain.   Muzik   yang   rancak   akan   menyebabkan   kaki
bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri dibuai perasaan.  Seni katanya yang

melankolik   akan   menyumbang   ke   arah   penghayatan   yang   tinggi   seolah­olah   saya   turut   merasakan
kedukaan   yang   sedang   dialami   oleh   pelantun   lagu   tersebut.  Jika   tekanan   menghimpit   perasaan,   tanpa
disedari saya telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan
kata­kata   pujangga   yang   menukil   bahawa   muzik   tak   mungkin   dapat   dipisahkan   daripada   jiwa   setiap
manusia.   Tanpa   muzik   juga   kehidupan   akan   menjadi   sepi.  Oleh   itu, muzik   bukan   sahaja   dapat
menghiburkan   hati,   malah   muzik   seperti   memiliki   kuasa   magis   yang   berupaya   mengurangkan
tekananyang saya hadapi, bertepatan dengan maksud peribahasa sambil menyelam minum air.
Saya   juga   menjadikan   ibadat sebagai   salah   satu   cara   untuk   mengurangkan   tekanan   yang
dihadapi.Setiap   hari   saya   akan   mendirikan   solat   ,   sekurang­kurangnya   lima   kali   sehari   kerana   solat
merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini bermakna runtuhlah agama saya.
Sesungguhnya, solat memberikan ketenangan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata­kata. Solat
yang   khusyuk   akan   menjadikan   saya   melupakan   semua   tekanan   yang   saya   hadapi,   malah   saya   dapat
merasakan betapa dekatnya diri  saya dengan Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati
juga menjadi bersih. Benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh  seorang penceramah gaya hidup sihat,
Encik   Norhisham   Mustaffa   bahawa   solat   merupakan   senaman   yang   paling   ampuh   untuk   memberikan
kesihatan   terbaik   buat   tubuh   badan   kita   .   Ketika   rukuk   dan   sujud,   darah   akan   mengalir   dengan   lebih
sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika saya duduk di antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta
akhir,   kedudukan   tubuh  dan  jari­jari  kaki  memberikan  bentuk   senaman   yang  begitu  berkesan.   Selepas
mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu membersihkan dan memberikan kedamaian kepada hati
serta jiwa. Saya sangat menyedari dan menginsafi bahawa hanya Allah yang dapat membantu saya dalam
segala   hal.   Lantaran   itu,   saya   menjadikan   ibadat   sebagai   usaha   yang   terbaik   untuk   menghindari   dan
mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Melancong merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti­nantikan. Setiap tahun ayah dan 
ibu akan membawa saya serta adik melancong ke luar negara. Sehingga kini kami telah melawat Indonesia,
China, Kemboja dan India selain melancong di dalam negara. Sejujurnya, setiap kali melancong saya dapat 
merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan segala masalah yang 
membelenggu fikiran. Secara tidak langsung, tekanan yang mengganggu fikiran yang berpunca daripada 
masalah yang dihadapi dapat saya atasi atau setidak­tidaknnya dapat saya lupakan sebentar. Ketika 
melancong itu, saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping 
menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut, bertepatan dengan maksud 
peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pula pengalaman. Ketika melawat Solo dan 
Jogjakarta di Pulau Jawa, Indonesia umpamanya, saya dapat menyaksikan keunikan budaya mereka 
walaupun kita masih dalam rumpun yang sama, iaitu Melayu. Seni tari mereka sangat halus dan 
mempesona berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan tubuh mereka dengan iringan muzik gamelan yang 
syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan untuk tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan 
beraja tidak lagi diamalkan di republik tersebut. Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan 
seni binanya yang amat halus. Keseluruhan aktiviti ketika melancong itu termasuk sesi membeli­belah 
cukup membantu saya melupakan segala tekanan yang dihadapi.
Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang saya lakukan untuk menghadapi tekanan dalam 
kehidupan. Walau apa­apa pun yang berlaku, mahu atau tidak, saya terpaksa menghadapi segala tekanan 
yang ada demi kelangsungan hidup yang lebih bermakna. Tekanan merupakan masalah dan tekanan juga 
merupakan sumber motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup kurang berseri umpama pokok yang tidak 
berbunga. Dengan tekanan jugalah fikiran saya menjadi lebih matang dan dewasa. Di sebalik ketabahan 
saya menghadapi tekanan itu, saya masih memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih 
rasional. Dalam hal ini, kedua­dua ibu bapa akan menjadi sumber rujukan saya di samping rakan­rakan 
sebaya yang rapat hubungannya dengan saya. Saya juga tidak melupakan guru yang mendidik dan 

mengajar saya menjadi insan berilmu. Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh 
dapat membantu saya menghadapi semua tekanan dengan tenang.



Ambil masa anda – Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran anda yang
sedang bercelaru tersebut. Anda boleh pergi ke tempat yang anda rasa boleh menenangkan fikiran
anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang berlaku. Dengan bersendirian anda
mampu berfikir dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan tekanan tersebut.



Luangkan masa dengan keluarga dan rakan anda – Ketika menghadapi tekanan, keluarga
adalah penyembuh utama segala kedukaan di hati kita. Keluarga sentiasa ada di sisi kita ketika
susah dan senang oleh itu bersama mereka adalah sesuatu yang membahagiakan dan
mengembirakan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama rakan anda seperti
beriadah dan makan malam bersama. Dengan itu, hati akan menjadi lebih ceria dari sebelumnya.