KERJA KURSUS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

KERJA KURSUS BULAN SABIT
MERAH MALAYSIA (BSMM)
SEMESTER 1
HBU117
NAMA
MOHAMMAD IKMAL ALIF BIN
ISMAIL

NO. PELAJAR
2015229912

JURULATIH: PUAN SITI KHADIJAH BINTI IBRAHIM
TARIKH DIHANTAR: 21 DISEMBER 2015

KUMPULAN
A

ISI KANDUNGAN

BIL
.


PERKARA

MUKA SURAT

1.
2.
3.
4.

PENGENALAN
KEMALANGAN INDUSTRI
TERBAKAR
RUJUKAN

1
2-9
10-21
22


PENGENALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan kemalangan industri? Kemalangan
didefinisikan sebagai kejadian yang berlaku tanpa sebab diduga manakala industri
perusahaan kebiasaannya secara besar-besaran untuk menghasilkan atau
mengeluarkan barang secara banyak. Kemalangan industri ialah kemalangan yang
berlaku di tempat kerja tanpa sebab yang diduga. Pelbagai punca berlakunya
kemalangan ini seperti berpunca daripada manusia atau peralatan di tempat kerja.
Punca-punca ini perlu dibendung agar kejadian-kejadian tidak diingini berlaku.
Terdapat dua kategori kemalangan iaitu kemalangan besar dan kemalangan kecil.
Kemalangan ini dapat dibendung dengan melakukan berbagai-bagai langkah yang
terdiri daripada aspek pekerja, majikan dan persekitaran.

Seterusnya, maksud terbakar ialah kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu
badan disebabkan terkena haba kering. Hal ini boleh disebabkan oleh api yang
menyala, bahan api, objek-objek panas, bahan kimia, bahan radiasi atau arus
elektrik. Kecederaan perlu dirawat dengan segera dengan menilai tahap terbakar
tersebut. Tahap terbakar tersebut dinilai dengan luas permukaan yang terkena,
tempat terbakar dan lapisan kulit yang terlibat. Peraturan Sembilan atau Rules of
Nine digunakan untuk menilai peratusan terbakar seseorang.


1

TAJUK 1: KEMALANGAN INDUSTRI
Definisi:
Kemalangan industri boleh ditakrifkan sebagai kemalangan yang berlaku di
tempat industri atau tempat kerja yang disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor
manusia, faktor pentadbiran dan faktor fizikal. Kejadian ini juga berlaku tanpa sebab
yang boleh diduga.

Suasana kerja yang selamat:













Susun atur yang kemas dan teratur
Ruang kerja yang selesa.
Pencahayaan yang mencukupi bagi kerja yang dilakukan.
Pengaliran udara yang baik
Bunyi bising yang terkawal.
Peralatan berfungsi dengan baik dan sesuai.
Peranti keselamatan pada mesin yang sesuai.
Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang selamat.
Sistem pencegah kebakaran yang lengkap dan berfungsi.
Tanda-tanda amaran yang jelas dan mencukupi.
Tanda-tanda arahan keselamatan yang jelas dan mencukupi.

Perilaku yang perlu diamalkan di tempat kerja:
 Menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang dilakukan.
 Tidak dipengaruhi alcohol atau dadah semasa kerja, jika di bawah pengaruh
ubat dos yang tinggi, jangan kendalikan mesin.
 Menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi yang sesuai
dengan betul.

 Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.
 Tidak makan, minum atau merokok semasa bekerja.
 Menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dari masa ke
semasa.

Punca-punca kemalangan:
2

Faktor manusia
 Disebabkan oleh kecuaian. Sifat cuai manusia dengan tidak atau kurang
memberi tumpuan terhadap kerja, mengelamun atau berkhayal semasa kerja
atau mengendalikan sesuatu.
 Kurang ilmu, tidak pakar dalam kerja yang dilakukan. Hal ini termasuk juga
mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil serta latihanlatihan dalam menjalankan tugas secara terperinci.
 Sikap manusia yang sambil lewa, tidak cakna dan suka mengambil jalan
pintas dalam melaksanakan tugas. Tambahan, sikap tidak berdisiplin dengan
tidak mematuhi arahan keselamatan turut menjadi punca dalam kemalangan
di tempat kerja.

Faktor pentadbiran

 Pentadbiran yang kurang kukuh oleh pemimpin yang lemah dan tidak
menitikberatkan soal keselematan pekerja.
 Tidak kuatkuasa undang-undang dan peraturan tidak dilaksanakan dengan
sepenuh hati.
 Tiada arahan keselamatan daripada ketua seksyen sebelum melakukan kerja.
 Kawalan keselamatan yang sangat longgar dan tiada sebarang prosedur
yang ditetapkan.
 Kurang latihan berkaitan pencegahan keselamatan pekerja.
 Kekurangan alat perlindungan diri di tempat kerja.

Faktor fizikal
3

Terbahagi kepada tiga, iaitu:
 Kawasan persekitaran di tempat kerja. Kawasan kerja yang tidak diberi
perhatian seperti tidak dibersihkan, tidak tersusun akan menggangu cara
kerja pekerja. Pencahayaan amat penting dalam pekerjaan dan hal ini
haruslah dititikberatkan kerana hal ini akan menjadi salah satu punca
kemalangan jika pencahayaan yang ada tidak mencukupi. Seterusnya,
kebisingan melampau yang melebihi tahap pendengaran akan menyebabkan

pekerja hilang focus dalam kerja, memberi kesan psikologi, mengganggu
komunikasi dan boleh menyebabkan hilang daya pendengaran jika terdedah
dalam jangka masa yang lama. Tambahan lagi, sistem pengudaraan yang
tidak baik menggangu kecerdasan minda dan tumpuan individu, serta
pengendalian system pelupusan yang tidak teratur boleh menambah
keburukan kawasan persekitran.
 Punca daripada peralatan dan mesin yang digunakan. Terjadi apabila mesin
digunakan mungkin tidak sesuai dengan ruang kerja dan dapat memberi
kesan yang buruk kepada pekerja yang menggunakannya. Keadaan mesin
yang lama atau tidak diselenggara secara berkala ialah tidak sesuai
digunakan kerana ini akan menjadi salah satu sebab berlakunya kemalangan
pekerja. Penggunaan, penyimpanan dan pengendalian mesin yang salah
serta tidak selamat membahayakan keselamatan pekerja.
 Sistem pendawaian sesebuah bangunan yang terlalu lama iaitu melebihi 40
tahun menyebabkan kebocoran arus dan terlebih beban meningkatkan risiko
kebakaran dan membahayakan nyawa pekerja-pekerja. Pendawaian
tambahan tanpa pengetahuan jurutera terlatih dan pendawaian yang salah
menyebabkan boleh berlaku litar pintas di sesebuah tempat.

Kategori kemalangan:

Kategori
 Kemalangan
kecil

Kemalangan
 Tidak hilang
upaya kekal

Kemalangan
besar

 Hilang
upaya kekal
 Maut



Keterangan
 Sebarang kemalangan industri yang
tidak menjejaskan keaslian tubuh

badan anggota manusia atau tiada
kehilangan anggota badan
 Sebarang kemalangan yang
melibatkan tubuh anggota manusia
sehingga menjejaskan cara kerja atau
kehilangan anggota tubuh.
 Sebarang kemalangan yang
menyebabkan kematian.

Jenis-jenis kemalangan:
4

Fizikal
 Pekerja yang terdedah dengan suhu yang tinggi, menyebabkan hilang fokus
dalam pekerjaan. Suhu yang tinggi juga menyebabkan berlakunya dehidrasi
kepada tubuh, di mana tubuh kehilangan banyak air melalui perpeluhan dan
kesannya kelatihan atau heart stroke. Contoh tempat ialah tempat
melombong arang.
 Pekerja yang terdedah dengan getaran, yang menggunakan alat bergetar
seperti gergaji. Penggunaan berterusan akan memberi kesan jangka panjang

seperti gangguan saraf, kerosakan tulang dan gangguan penglihatan. Contoh
pekerja ialah pemotong pokok.
Kimia
 Pekerja yang menggunakan bahan-bahan kimia di makmal untuk ujikaji atau
sebagainya. Bahan kimia boleh meresap ke dalam badan melalui tiga cara
iaitu melalui pernafasan, penghadaman dan kulit. Contoh pekerja ialah
jurutera kimia.
Psikologi
 Tekanan dengan beban kerja yang terlampau banyak, majikan yang tidak
memahami dan gangguan sekitar. Hal ini akan menggangu emosi pekerja dan
kesannya sakit kepala, strok, tekanan darah tinggi.
Mekanikal dan Elektrikal
 Kemalangan yang berkaitan dengan mesin dan peralatan elektrik.
Kemalangan ini boleh menyebakan kehilangan nyawa.
Biologikal
 Disebabkan oleh terdedah kepada hazard biological seperti darah, virus atau
parasite. Menyebabkan pekerja mendapat jangkitan daripada bakteriabakteria tersebut.

Contoh gambar dan keratan akhbar kemalangan di tempat kerja atau industri:
5


6

Statistik kemalangan industri:
7

STATISTIK KEMALANGAN PEKERJAAN MENGIKUT SEKTOR SEHINGGA
DISEMBER 2013

Langkah-langkah untuk mencegah kemalangan industri:
8

 Pemeriksaan kesihatan dan keselamatan berkala. Kesihatan pekerja amat
penting bagi memperoleh focus kerja yang jitu. Pemeriksaan keselamatan
dilakukan agar tempat merbahaya dikenal pasti dan di tambah baik serta
memberikan kesedaran kepada ppekerja tentang kepentingan keselematan
dalam pekerjaan.
 Penyemakan kejuruteraan oleh jurutera terlatih dan diiktiraf badan kerajaan.
Setiap kawasan perlu disemak oleh jurutera untuk memastikan keselamatan
tahap maksima.
 Tanggungjawab pekerja dengan peka terhadap keselamatan diri sendiri,
orang sekeliling dan persekitaran. Mengikuti kursus agar lebih tahu tentang
peranan dalam sesebuah organisasi serta mematuhi segala undang-undang
keselamatan yang telah ditetapkan.
 Tanggungjawab majikan memberi peluang kepada pekerja menghadiri kursus
keselamatan dan melantik ketua untuk memastikan keselamatan pekerja
sentiasa terjamin. Tambahan, majikan perlu menyediakan alat-alat
keselamatan mencukupi seperti topi, goggle dan sebagainya.
 Untuk memastikan persekitaran terjaga, jadual bertugas dikeluarkan agar
kekemasan dan kebersihan sentiasa terjaga.

9

TAJUK 2: TERBAKAR
Definisi:
Terbakar adalah kecederaan kepada kulit yang melibatkan sebahagian tisutisu yang di sebabkan oleh bahan panas, kimia, arus elektirk dan juga pancaran
radiasi. Terbakar juga ditakrifkan sebagai pendedahan terlalu lama kepada haba
kering, arus elektrik atau agen radioaktif yang mencederakan tisu badan.

Sebab-sebab terbakar:







Akibat dari api
Air panas
Objek yang panas seperti besi panas
Bahan kimia (asid dan alkali) yang dapat menghakis
Elektrik dan kilat
Pancaran Radioaktif (radiasi)

Tanda atau gejala terbakar:
 Tanda serta merta yang dapat dilihat pada kulit iaitu warna kemerahan atau
kehitaman.
 Kemudian, kulit akan menggelembung dan menghasilkan blister di mana di
dalam nya terkandung cecair yang dipanggil sebagai plasma.
 Rasa sakit yang amat sangat, tapi untuk kecederaan terbakar tahap tiga
mungkin tidak berasa sakit kerana semua saraf telah musnah.

10

Penilaian terhadap luka terbakar:
Penilaian perlu dilakukan untuk menilai tahap sesuatu kecederaan terbakar
kerana maklumat ini penting sebelum bantuan sampai. Aspek yang dinilai ialah:






Bagaimana luka terbakar terjadi.
Salur udara mangsa terjejas atau tidak.
Lokasi luka terbakar tersebut.
Kedalaman luka terbakar.
Takat kecederaan.

Terdapat tiga jenis klasifikasi tahap kebakaran, iaitu:
 Kebakaran tahap pertama (1st degree burn).
 Kebakaran tahap kedua (Partial thickness burn or 2nd degree burn).
 Kebakaran tahap ketiga (3rd degree burns/ full thickness burn)

11

Peringkat pertama (1st degree burn)






Hanya melibatkan kulit bahagian atas sahaja iaitu epidermis.
Warna kulit menjadi kemerahan, lembik, kesakitan dan bengkak pada kulit.
Proses penyembuhan tidak mengambil masa yang lama iaitu dalam masa
seminggu
Kecederaan ini juga sama jika kita terdedah terlalu lama kepada cahaya
matahari (sunburnt).

12

Peringkat kedua (Partial thickness burn or 2nd degree burn)








Ia melibatkan bahagian kulit atas (epidemis) dan juga sebahagian dari lapisan
bawah kulit (dermis). Kesan kepada lapisan luar dan separa dalam.
Terbahagi kepada 2 iaitu:
 Kebakaran separa tebal atas;
 Kebakaran separa tebal dalam.
Kulit menjadi bertompok-tompok merah, bengkak dan berair (blister)
Kesakitan yang teramat dan mencederakan sehingga ke tisu dan otot.
Proses penyembuhan dalam masa 2 hingga 3 minggu dan meninggalkan
parut.

13

Peringkat ketiga (3rd degree burns/ full thickness burn)

Melibatkan lapisan atas (epidemis), lapisan bawah (dermis), tisu dalam dan
hipodermis.
Warna kulit menjadi kehitam-hitaman ataupun putih kelabu
Bau terbakar juga dapat di hidu di peringkat ini
Kebanyakan urat saraf yang berada di bahagan atas telah musnah
Tidak merasa sakit kerana saraf-saraf telah musnah, mengambil masa yang
sangat lama untuk sembuh.
Dalam kecederaan ini, kulit akan mati. Bahagian yang rosak tidak akan
diganti dan perlu dibuat tampalan (skin grafting).

Pengendalian dan rawatan:
14

Tanggalkan semua barang perhiasan
Tinggikan bahagian cedera
Siram dengan air yang banyak di tempat yang terbakar
Jika menggunakan air batu jangan letakkan secara terus kebahagian yang
terbakar
 Jika terdapat gelembong air (blister) jangan pecahkan. Jika pecah, tutupkan
dengan kain basah yang bersih
 Selimut / balut anggota yang terbakar dengan kain basah dan bersih





PERINGATAN:
Jangan gunakan sebarang bentuk ubat sapu seperti ubat gigi, spray dan
sebagainya.

Langkah-langkah awal pertolongan kecederaan terbakar:
DRABC amat penting untuk menyelamatkan nyawa.
Bawa mangsa ke tempat yang selamat.
Dapatkan tindak balas untuk menentukan perlu atau tidak CPR dijalankan.
Jika kecederaan teruk iaitu peringkat kedua atau ketiga, tutup kecederaan
dengan kain sementara menunggu ambulans sampai. Kecederaan ini boleh
menyebabkan renjatan.
 Bagi kecederaan yang tidak teruk tetapi melibatkan anggota-anggota yang
sensitif seperti pancaindera, kemaluan atau melibatkan bayi, hendak di bawa
ke hospital.
 Bagi kecederaan terbakar yang kurang teruk dan kecil-kecil, boleh dirawat
sendiri dan tidak perlu hantar ke hospital. Cara merawatnya ialah dengan:
 Letakkan anggota yang terbakar di bawah aliran air. Jangan gunakan
ais kerana ais akan menambah kesakitan kepada mangsa. Air
mengurangkan rasa sakit dan ini akan mengambil masa dalam 20-30
minit.
 Keringkan dengan berhati-hati dan tutup dengan kain yang bersih.
 Untuk memastikan keselesaan pesakit, sapukan dengan krim
antiseptic atau krim penahan sakit. Jangan sapu sebarang minyak
kerana minyak melembutkan kulit dan menjadikannya mudah pecah.
 Jangan pecahkan blister kerana ini dapat membuatkan berlakunya
jangkitan kuman.





Rawatan yang berpunca daripada cecair atau bahan kimia:
15

Tujuan utama rawatan ini dilakukan untuk membuang bahan kimia yang
melekat pada kulit mangsa secepat mungkin. Hal ini dapat mengelakkan cecair
kimia meresap masuk ke kulit dalam dan tisu.

Cara-cara rawatan awal berpunca daripada cecair atau bahan kimia ialah:
 Alirkan air secara berterusan ke bahagian yang terkena bahan kimia selama
10 hingga 20 minit
 Setelah bahan kimia itu hilang, buka pakaian yang terkena bahan kimia
tersebut dan siram kulit yang terkena kimia sehingga bersih
 Tanggalkan semua barang perhiasan
 Keringkan kawasan yang terlibat dengan kain bersih tetapi jangan gosok
 Hantar pesakit ke hospital

Rawatan awal yang berpunca daripada elektrik:
 Jauhkan mangsa dari punca elektrik dengan segera. Pastikan nyawa mangsa
dalam keadaan selamat.
 Berusaha seboleh mungkin untuk tutup suis utama. Arahkan orang ramai
supaya berada jauh dari kawasan tersebut.
 Pastikan mangsa masih bernafas. Periksa nadi mangsa.
 Jika mangsa tiada nadi dan pernafasan, lakukan CPR.
 Periksa anggota yang terbakar.
 Jika terdapat luka, tutup luka dengan kain kering dan bersih.
 Pastikan tiada kepatahan dan pendarahan.
 Jika ada, rawat dan hantar mangsa ke hospital.

RULE’S OF NINE:
16

Satu kaedah yang digunakan untuk menganggarkan peratusan tubuh badan
dewasa atau kanak-kanak yang terbakar, penggantian cecair dan pengeluaran air
kencing. Ia digunakan untuk menghitung kemelaratan kecederaan dan memutuskan
tahap rawatan yang perlu diberikan kepada mangsa.

Dewasa:






Kepala= 9%
Tangan= 18%
Badan= 36%
Genital area= 1%
Kaki= 36%

17

Kanak-kanak:







Kepala+leher= 21%
Tangan= 20%
Badan= 26%
Genital area= 1%
Punggung= 5%
Kaki= 27%

Contoh-contoh gambar luka terbakar disebabkan oleh api, air panas dan objek
panas:

18

Contoh-contoh gambar luka terbakar disebabkan oleh bahan kimia:

19

Contoh-contoh gambar luka terbakar disebabkan oleh elektrik atau kilat:

20

RUJUKAN
21

1. http://documents.tips/documents/6-kemalangan-industri.html
2. http://www.dosh.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=843&Itemid=545&lang=ms
3. https://books.google.com.my/books?

id=dseDg_yjnGQC&pg=PA83&lpg=PA83&dq=terbakar+pbsm&source=bl&ots
=r7PqVYV9Gs&sig=4NIbGf5g0bq5wLvFb41RTWJynsw&hl=en&sa=X&redir_e
sc=y#v=onepage&q=kemalangan%20industri&f=false
4. https://www.google.com.my/search?
q=rules+of+nine+for+percentage+of+burn&hl=en&biw=1366&bih=623&source
=lnms&sa=X&ved=0ahUKEwjqj8D52fJAhWVCI4KHaVtDR8Q_AUIBigA&dpr=1#hl=enMY&q=rules+of+nine+peratusan+kebakaran\
5. http://documents.tips/documents/pbsm-presentation-terbakar-melecur.html
6. DR. Abd Rahman Isa, DR Rusli Nordin, DR Abdul Manaf Hj Hamid
Pertolongan Cemas Prinsip dan Amal.

22