LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN p 1

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN
SK PERUMAHAN TAMPOI 2
OKTOBER 2017
SK Perumahan Tampoi 2 telah mengadakan latihan kebakaran buat
kali pertama pada 11 Oktober 2017. Latihan kebakaran telah diadakan kirakira Jam 11.00 pagi. Program ini telah dijalankan oleh unit HEM dibawah
Jawatankuasa 3K. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan
kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu
kebakaran. Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih
murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah.
Setelah lonceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas untuk ke
tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Guru besar telah menetapkan
bahawa pengumpulan murid-murid ketika berlaku kebakaran adalah di
tempat lapang (padang sekolah). Hal ini kerana kedudukan seolah yang
berada di bawah bukit mnyukarkan murdi-murid sekiranya berlaku
kebakaran di depan pintu masuk sekolah.
Murid-murid dikawal oleh guru-guru kelas masing-masing. AJK
disiplin memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang
telah ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk
memastikan tiada seorang pun murid yang tertinggal di dalam kelas atau di
dalam sekolah. Demonstrasi mencegah dan memadam kebakaran juga
dilaksanakan bagi member pendedahan kepada murid serta warga sekolah

jenis-jenis punca kebakaran dan jenis pemadam api yangsesuai.

Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada
setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SK Perumahan Tampoi
2 sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran.
Selain daripada kebakaran, para pelajar juga didedahkan dengan
kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti ribut kuat dan
gempa bumi. Tahniah kepada AJK Keselamatan sekolah kerana telah
berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.