Contoh Soalan kursus Sains Tauhidik di F

Soalan Latihan STPD2013 - Sains Tauhidik
(berdasarkan kepada kuliah 3 jam dan nota Prof. Shahidan Radiman)
Jawab semua 25 soalan:
1. Pemuka ilmu Kalam yang pertama ialah _______ apabila beliau berdebat dengan puak Khawarij
tentang janji dan ancaman Allah dan dengan puak Qadariyah tentang nasib dan ketentuan Allah,
kehendak dan kebolehan diri. Sahabat lain seperti Abdullah Ibn Abbas r.a merupakan sahabat
yang mendebat ketua puak Qadariyah iaitu Ma’bad al-Juhani. Ini kemudiannyanya diikuti oleh
Umar Abdul Aziz, Zayd ibn Ali Ibn Hussein Ibn Ali bin Abi Talib kar dan kemudiannya oleh Imam
Hasan Al-Basri (seperti yang dicatat dalam kitab Usul Ad Din oleh al-Khatib al Baghdadi )
a) Saidina Uthman r.a b) Saidina Ali kar. c) Saidina Talha r.a d) Saidina Abdullah Ibn Zubair r.a
2. Mazhab dari segi fekah terdiri daripada beberapa seperti Hanafi, Maliki, Syafie , Hanbali ,
Zaidiyah, Ja’fari tetapi mazhab dari segi aqaid terdiri daripada Muktazilah , Murji’ah, Syiah ,
Jabbariyah dan __________
a) ahli Sunnah wal jamaah b) Wahabi c) Ismaili d) Qadiyani
3. Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik bin Anas, Ibn Taimiyah dan Imam Suyuti menentang ilmu
kalam kerana beranggapan bahawa ia ______________
a) banyak menggunakan akal atau logic b) dicampuri dengan ilmu Yunani c) banyak
membuang masa berdebat d) satu bentuk falsafah
4. Imam al-Baqillani , seorang pemuka ahli sunnah wal jamaah menggunakan ____ dan tidak
menggunakan takwil untuk ayat Quran yang mutasyabihat .
a) logik


b) falsafah

c) tafsir

d) tafwid

5. Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan pengikut ajaran Rasulullah s.a.w dan ikutan para sahabat
yang diambil dan dirumus oleh ulama tabi’in yang meliputi ajaran Islam mengenai akidah ,
syariah dan __________
a) hukum hakam b) akhlak c) ilmu sains d) teknologi
6. Pada peringkat syariah, Alhi Sunnah wal jamaah mengikut empat Mazhab iaitu mazhab Syafie,
Hanbali, Hanafi dan __________
a) Maliki b) Zaidi d) Syii d) Alawi
7. Mazhab Ahli Sunnah wal jamaah adalah mazhab yang didirikan oleh ____________ untuk
_________________
a)
b)
c)
d)


Abu Hasan As Syaari , menentang fahaman Muktazilah
Al Maturidi , menentang fahaman Jahmiyah
Al-Baqillani , menentang fahaman Mujassimah
Ibn Taimiyah , menentang kaum Sufi
1

8. Ilmu ketuhanan yang dihurai secara rasional dalam ilmu kalam amat penting bagi ahli sains agar
ahli sains Muslim moden tidak terjebak dengan pemikiran ____________
a) Saintisme
b) Bucaillisme
c) Atheisme
d) Bahlulisme
9. Dua ulama’ terkenal sezaman dengan Abu Hasan As Syaari yang menjadi ikutan Mazhab Ahl
Sunnah wal Jamaah adalah ___________ dan ___________
a)
b)
c)
d)


Fakhrudin al Razi ,Suhrawardi
Abu Mansur al Maturidi , Imam Thahawi
Imam Haramain , Imam at Tabari
Ibn Furak , Ibn Hisham

10. Kitab Abu Hasan as Syaari yang terakhir berjudul Kitab al Ibanah an Ushul al Diyanah telah
diubah suai oleh pihak Wahabi dan diterbitkan pada zaman moden ini. Kitab yang asal ditulis
mengikut metodologi Ibn Kullab dan sama dengan pendapat al-Qalanisi dan Harits al-Muhasibi
seperti yang disahkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab __________ yang menyebutkan:
“ Metodologi Ibn Kullab diikuti oleh As Syaari dalam kitab Al-Ibanah “
a) Lisan al Hal

b) Lisan al Mizan c) Tabaqat Shafiiyah d) Tabaqat Sufiyah

11. Ilmu Kalam yang membincangkan tentang sifat –sifat dan nama-nama Allah adalah penting
untuk zaman moden kerana pada asasnya kewujudan alam semesta ini adalah merupakan tajalli
Allah s.w.t dan alam semesta termasuk manusia menjadi __________ dalam bentuk hukum dan
peraturanNya (sunnatullah)
a) mazharNya b) khalifahNya c) insanul kamil d) hambaNya
12. Occasionalisme yang didukong oleh ahli Kalam termasuk Imam al-Ghazali dapat dicerap pada

skala kuantum dalam bentuk _________ yang memenuhi ruang vakum dan secara bentuk
operator __________ yang mewakili cerapan (observable) dalam Mekanik Kuantum.
a) zarah maya , ciptaan-kehancuran
b) medan , Hamiltonian
c) medan tolok , Hermitian
d) cerapan selanjar , selanjar
13. Atomisme yang menjadi salah satu doktrin utama ahli Kalam dapat dibuktikan dalam Model
Lazim Fizik sebagai ___________ dan dalam teori supertali sebagai ____________
a) atom , nukleon
b) neutrino , neutrilano
c) 3 famili lepton-quark , supertali
d) hadron , meson

2

14. Pemisahan di antara jirim dan sifatnya seperti yang dihurai oleh Imam al-Ghazali dalam bab 17
Tahafut al-Falasifah mengenai api dan sifat membakarnya telah terbukti dalam Mekanik
Kuantum sebagai fenomena kesan _____________
a) Bohm -Aharonov
b) Zeno

c) Kucing Schrodinger
d) kucing Cheshire
15. Teori Letupan Besar (Big Bang) adalah selari dengan pandangan ahli Kalam bahawa kewujudan
alam semesta ini adalah wujud ___________
a) ceteris paribus
b)ad nauseam
c) ex situ
d) ex nihilo
16. Kewujudan alam semesta tanpa masa ( sarmadi) mula ditulis oleh ahli Falsafah Islam Mir Damad
(guru kepada Mulla Sadra) dan ini bersesuaiannya dengan pengkuantuman alam semesta dalam
bentuk persamaan _______________ dalam kosmologi Kuantum
a) Wheeler-De Wit b) Gross-Pitaevski c) Newton- Schrodinger d) Klein-Gordon
17. Kewujudan alam mitsal iaitu alam perantara di antara alam ketetapan Allah dan alam fizikal
disokong oleh Interpretasi ___________ dalam Mekanik Kuantum.
a) Alam selari b) Copenhagen c) De Broglie-Bohm d) Tekal –sejarah
18. Bahawa alam ini terdiri dari sesuatu yang tidak konkrit dan merupakan “ senda gurau” atau
“alam mimpi” dibuktikan oleh sains moden yang menyatakan bahawa jisim yang wujud dalam
alam ini hanyalah dalam bentuk medan dan tenaga contohnya jisim _______ dan
_________boleh terhasil dari interaksi gandingan spin-orbit di antara quark dan anti-quark.
a) meson, baryon b)pion, antipion c) nucleon-antinucleon d) proton, neutron

19. Ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan alam fizikal dipanggil ayat ________
a) mutasyabihat b) muhkamat c) kauniyah d) tijarah
20. Perjalanan hidup Imam al-Ghazali seperti yang dihurai dalam kitabnya Al Muqib min Ad Dholal
menunjukan perubahan dalam pandangan hidupnya daripada dunia syariat kepada dunia
________
a) akhirat b) pengalaman hidup c) tareqat d) hakikat atau tasawuf
21. Ilmu Kalam perlu dikaji dan dihidupkan semua dalam zaman ini agar dapat memberi __________
penyelidikan batasan dan bukan memalui kaedah falsafah tertentu yang kurang meyakinkan.
a) reformasi b) halatuju c) nilas tapak d) nilai tambah
22. Kosmologi moden Islam bermula dengan Al-Kindi diikuti Al Farabi dan Ibn Sina yang banyak
meminjam daripada falsafah Yunani , namun kemudiannya kosmologi ini menjadi mantap
3

apabila kosmologi fizikal yang diterokai oleh Al Battani dan Al-Fargaani digabungkan dengan
kosmologi tasawuf yang bersumberkan ilmu ______
a) dzauqi /hudhuri b) ladunni c) hadith d) alam malakut
23. Prinsip Anthropik dalam Kosmologi Moden (lihat buku oleh Barrow dan Tipler) sangat
bersesuaian dengan penciptaan manusia sebagai _____________ di muka bumi.
a) Insanul kamil b) khalifah Allah c) hamba Allah d) penerima amanah
24. Bahawa alam semesta ini sentiasa dalam peliharaan Allah s.w.t terbukti oleh fakta bahawa : (i)

tenaga yang cukop besar diperlukan untuk berlakunya Letupan Besar (ii) sehingga kini alam
masih mengembang dan galaksi serta jirim baru masih diciptakan di alam semesta tanpa
diketahui dari mana asal jirim itu (iii) wujud “ jisim gelap” dan “tenaga gelap” yang menyelubungi
alam semesta ini melebihi >90 % dari segi jisim yang masih belum diketahui sifat mahupun dapat
dicerap secara langsung dan lamanya alam semesta ini yang sudah wujud semenjak __________
tahun
a) 2 billion b) 8 billion c) 13 billion d) 20 billion
25. Menurut tafsiran astrofizik moden “bintang yang menembus” seperti yang disebut dalam surah
An Najm bersifat fenomenal dan dipanggil ___________
a) bintang kerdil b) bintang neutron/pulsar c) supernova d) supergalaksi
END

4