Program Transisi Tahun 1 2015
Program Transisi Tahun 1 2015
February 5, 2015 Aktiviti Sekolah, featured No comments
Pada 12 Januari hingga 30 Januari 2015, Program Transisi Tahun 1 telah dijalankan oleh guru-guru
Tahap 1 untuk murid-murid Tahun 1 yang baru mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan Undang
Rembau. Program ini telah berlangsung selama 3 minggu bagi memperkenalkan sekolah dan sesi
orientasi kepada murid Tahun 1. Program ini bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan
daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu
sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun
Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat
memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.
Secara khususnya, program ini diharapkan dapat mencapai tujuan dan objektif program yang telah
ditetapkan seperti di bawah:
1.
2.
3.
1.
2.
3.
4.
5.
Tujuan Program :
Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran , guru-guru dan kawan baru dalam
masa yang singkat.
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid
secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun
1.
Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.
Objektif :
Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran
yang formal.
Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.
Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.
Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar