Faktor faktor yang mendorong pendemokras

Faktor-faktor yang
mendorong
pendemokrasian di Asia
Tenggara

Sirotulnaimah

1

Isi Kandungan
No
1.
2.
3.
4.

Tajuk
Pengenalan
Definisi Demokrasi
Latar Belakang Asia Tenggara
Faktor Pendemokrasian Di Asia


Muka Surat
3
3-4
4-5
5

5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

Tenggara
Faktor Luaran
Kesan Penjajahan

Kesan Perang Dingin
Faktor Dalaman
Pendidikan
Sosial/ Masyarakat
Globalisasi
Kesimpulan
Bibliografi

5
5-6
6-7
7-8
8-9
9-10
11
12
13

The essential idea of democracy is that the people have the right to determine who
governs them.

One purpose is to enhance the quality of human life and the dignity of the individual
MJ Sodaro

2

Pengenalan :
Definisi Demokrasi
Perkataan demokrasi berasal dari Bahasa Yunani iaitu Demos dan kratos,
Demos bererti Rakyat dan Kratos bereri Kekuasaan, yang sering disebutkan dengan
“Kekuasaan Rakyat”.1 Selain itu, ada pendapat lain mengenai demokrasi iaitu
Democracy is a means for the people to choose their leaders and to hold their leaders
accountable for their policies and their conduct in office. 2
Kerajaan demokrasi bermaksud kerajaan dan rakyat, pegawai-pegawai
adalah daripada kehendak-kehendak orang yang berhak memilih, iaitu (golongan yang
menang), atau golongan majority berhak ke atas peraturan-peraturan yang dibuat oleh
rakyat.3 Dalam sistem demokrasi pemimpin tertinggi dipilih oleh rakyat, rakyat berhak
untuk memilih pemimpin yang disukainya. Pemimpin dipilih dari kalangan rakyat, oleh
rakyat dan untuk rakyat dalam istilah bahasa Inggerisnya ialah from the people, by the
people to the people. Kepimpinan seorang pemimpin adalah disebabkan oleh sokongan
rakyat yang membolehkan pemimpin tersebut menang dalam sebuah undian dan

menjadikan beliau sebagai pemimpin tertinggi negara.
Latar belakang Asia Tenggara.
Negara-negara Asia Tenggara yang terdiri daripada 11 buah negara iaitu,
Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Kemboja, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina,
1
http://www.academia.edu/5515667/Demokrasi_berasal_dari_bahasa_yunani_yaitu_Demos_da
n_Kratos. Diakses pada 25/4/2014
2 http://www.stanford.edu/~ldiamond/iraq/WhaIsDemocracy012004.htm. Diakses pada
25/4/2014
3 K Ramanathan, K. (1992). Asas Sains Politik . Selangor Darul Ehsan : Fajar Bakti Sdn. Bhd .

3

Brunei dan akhir sekali ialah Timor Leste. Latar belakang bagi segenap negara ini
dulunya bukanlah negara demokrasi, iaitu sistem pemerintahan yang bersifat feudal
atau monarki. Contohnya Thailand dan Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malaysia
sekarang ini.
Berikutan dengan zaman revolusi industry di Eropah maka pergerakan
penjajah bermula menjalar keserata dunia dengan berprinsipkan tiga perkara iaitu Gold,
Glory, Gospel, iaitu untuk mencari kekayaan, menyebarkan agama, dan metamadunkan

manusia yang lain. Negara-negara barat yang datang menjajah ke Asia Tenggara
membawa fahaman dan ideologi negara masing-masing iaitu ideologi liberalis mereka
yang bersifat demokrasi dan kapitalis. Secara nyata dan jelasnya sistem pemerintahan
negara Asia Tenggara dan juga negara Barat amat jauh berbeza. Oleh itu kesan dari
penjajahan merupakan salah satu faktor yang mendorong negara di Asia Tenggara
untuk melaksanakan sistem pemerintahan yang bersifat demokrasi contohnya,
Malaysia.
Terdapat dua faktor yang mendorong pendemokrasian di Asia Tenggra iaitu
faktor luaran dan faktor dalaman yang memangkinkan lagi semarak kea rah demokrasi
negara.
Faktor-faktor pendemokrasian di Asia Tenggara
Faktor Luaran
Kesan penjajahan

4

Negara-negara Asia Tenggara yang sebelum ini pernah dijajah oleh negara
yang menjalankan sistem pemerintahannya demokrasi juga turut memaksa negara
yang dijajah merubah sistem demokrasi mereka. Contoh yang sangat sesuai ialah
Malaysia, sebelum kedatangan penjajah Malaysia lebih dikenali dengan Tanah Melayu

yang mengamalkan sistem feudal. Namun setelah kedatangan penjajah Portugis ke
Melaka 1511 menjadi detik permulaan sistem pemerintahan Tanah Melayu sedikit demi
sedikit berubah hinggalah menjadi Malaysia hari ini. Kesan penjajahan British ke atas
Malaysia

telah

menyebarkan

pengaruh

demokrasinya

sehinggalah

detik-detik

kemerdekaan di Tanah Melayu terdapat syarat-syarat yang perlu diikuti seperti latihanlatihan pentadbiran kepada rakyat melayu untuk persediaan memerintah negara
demokrasi.
Hal ini, juga menjadi faktor kukuh yang mendorong pendemokrasian di

Malaysia, sebagaimana negara yang menjajah mengamalkan sistem demokrasi maka
negara yang dijajah perlulah dan turut mengamalkan sistem demokrasi.
Kesan Perang Dingin
Perang Dingin yang tercetus pada tahun 1945 yang menunjukkan
pertembungan dua kuasa besar yang juga turut memenangi dalam Perang Dunia
Kedua iaitu Amerika Syarikat yang dikatakan sebagai Blok Barat dan Kesatuan Soviet
yang berada di Blok Timur. Perang Dingin ini menunjukkan pertarungan penyebaran
Ideologi iaitu Liberalisme (kapitalis) dan Komunisme yang menegangkan keadaan
hubungan antarabangsa. Pihak komunis yang yang berkeinginan untuk menyebarkan
ideologi komunis keseluruh dunia bersaing hebat dengan pihak kapitalis yang juga turut

5

berazam menyebarkan demokrasi ke setiap negara di dunia politik. Pertembungan
antara kuasa-kuasa hebat ini juga turut dirasai kehangatannya oleh negara-negara lain.
Penyebaran komunis yang semakin rancak telah merebak ke Asia Tenggara
dimana disebelah utara Vietnam telah terpengaruh dengan komunis ini. Bagi
membendung keadaan ini

Amerika turut terlibat sama bagi menyekat penyebaran


komunis ini sehingga berlakunya Perang Vietnam. Penyekatan penyebaran Komunis
adalah bagi melemahkan penyebaran mereka kerana jika semakin banyak negara
menyokong komunis maka semakin kuatlah pengaruh komunis diseluruh dunia, dan
sebaliknya

sistem

kapitalis

menjadi

lemah.

Namun

1991, Amerika

bersorak


kemenangan apabila tamatnya perang ini telah mempamerkan kekalahan Kesatuan
Soviet tanpa mengeluarkan sebiji peluru keatas mereka.

Keruntuhan Kesatuan Soviet yang berpunca dari dalaman sekaligus
melemahkan

rangkaian komunisnya membawa kemenangan kepada kapitalis.

Berdasarkan scenario politik dunia inilah negara Asia Tenggara lebih memilih demokrasi
berbanding komunis. Kuasa utama Amerika Syarikat yang juga mengamalkan kapitalis,
menjadikan negara kecil lain yang juga bergantung kepadanya mengamalkan sistem
kapitalis.
Faktor Dalaman

6

Pendidikan
Menerusi pendidikan yang mendedahkan rakyat dengan pelbagai ilmu
pengetahuan seperti politik, sejarah, geografi sains dan sebagainya. Menerusi
pendidikan ini masyarakat tidak lagi menjadi masyarakat yang buta huruf dan mengikut

telunjuk serta kata orang sahaja. Maka dari itu sedikit sebanyak pendidikan telah
mendorong rakyat agar ada perubahan dalam sistem pentadbiran negara. Anak-anak
negeri yang belajar keluar negara juga mendapat pendedahan bagaimana sistem
pentadbiran di luar negara jauh berbeza dengn negara sendiri, begitu juga semasa
penjajahan oleh negara barat mereka melihat bagaimana penjajah tersebut memerintah
negara sendiri dan mengambil alih pemerintahan di Asia Tenggara. Perbandingan ini
menyedarkan anak-anak tempatan untuk berkhidmat terhadap negara dan menjadikan
sistem pemerintahan negara menjadi lebih baik.
Selain itu, pendedahan-pendedahan ini menyedarkan rakyat untuk tidak lagi
berada dibawah pemerintahan rakyat yang berkuasa mutlak. Contohnya reformasi
pelajar di Indonesia semasa pemerintahan presiden Suharto yang memerintah negara
tersebut secara ketat atau boleh dikatakan pemerintahan beliau mirip dengan
pemerintahan diktator. Oleh itu, pada tahun 1998 rakyat Indonesia yang terdiri daripada
sekumpulan mahasiswa bertekad untuk melakukan satu reformasi agar pemerintahan
Indonesia lebih bersifar liberal dan memberi kebebasan terhadap rakyat Indonesia.
Pendidikan ini dapat mempengaruhi minda rakyat, membuka minda-minda
anak-anak muda yang tertutup untuk terus menuntut hak mereka. Anak-anak muda
dikatakan berdarah panas, kerana anak-anak muda inilah yang akan bertindak agresif

7


dan merupakan golongan paling ramai serta merupakan golongan yang akan dilantik
menjadi pemerintah yang seterusnya. Perubahan-perubahan yang diinginkan oleh
rakyat ini bukan hanya berlaku waktu dulu tetapi juga berlaku pda zaman sekarang,
yang mana jika rakyat tidak suka atau membantah suatu perkara mereka akan
melakukan demonstrasi yang agak bersifat radikal. Contohnya, di Malaysia sendiri iatitu
demontstrasi yang dinamakan “Bersih” yang mana ramai golongan muda turun
menganggotai demonstrasi ini. Bukan setakat itu sahaja demonstrasi yang dipanggil
“Blackout”, atas dasar ketidakpuasan hati dengan hasil pilihan raya umum 2014.
Jelas sekali bahawa pendidikan atau kuasa ilmu tersebut dapat membawa
kepada perubahan dalam sebuah pemerintahan. Golongan cerdik pandai yang dapat
menyumbang banyak perkara terhadap negara terhadap pelbagai ilmu, dan
pembangunan negara.
Sosial/Masyarakat
Pendemokrasian di Asia Tenggara juga dipengaruhi oleh sosial budaya
masyarakat itu sendiri, bagaimana demokrasi itu boleh terbentuk berdasarkan keadaan
masyarakat

atau

budaya

politik masyarakat

yang

mempercepat

lagi

proses

pendemokrasian. Di Asia Tenggara setiap negara memiliki latar belakang sendiri seperti
pengalaman masa lampau iaitu sejarah negara tersebut. Sebagai contoh Malaysia,
sebelum terbentuknya Malaysia, negara ini lebih dikenali sebagai Tanah Melayu yang
mana sebelum ini dibawah pemerintahan secara monarki, raja berkuasa mutlak dan
rakyat tiada hak untuk bertindak. Walaubagaimanapun, dibawah pemerintahan ini juga

8

Tanah Melayu telahpun menjalankan hubungan perdagangan dengan negara luar
seperti India, China dan Tanah Arab.
Hubungan Tanah Melayu dengan negara luar sedikit sebanyak rakyat
tempatan akan menerima pengaruh daripada pedagang-pedagang yang datang bahkan
ada juga pedagang yang telah bermastautin dan menetap di Malaysia serta berkahwin
dengan orang tempatan. Kedatangan mereka bukan hanya datang berdagan sematamata malah mereka juga membawa budaya dan agama yang dianuti oleh mereka.
Misalnya penyebaran Hindu, Buddha serta agama Islam di Tanah Melayu yang dibawa
oleh pedagang pada awalnya.
Penyebaran agama Hindu Buddha sebelum abad ke-15 Telah merubah
struktur pemerintahan tempatan seperti penggunaan istilah raja sebagai ketua negara,
gelaran pembesar, susun lapis masyarakat serta pemimpin tempatan mendapat
penasihat yang beragama Hindu/Buddha. Oleh yang demikian, adat istiadat melayu
sehingga kini masih ada pengaruh Hindu Buddha, seperti adat perkahwinan, majlis
berinai dan renjis air mawar.
Kemudian disusuli dengan kedatangan Islam di rantau ini, juga telah diterima
pakai oleh rakyat dan ada yang memeluk Islam. Adat-adat yang bertentangan dengan
ditinggalkan

manakala

adat-adat

yang

tidak

bertentangan

masih

dikekalkan.

Masyarakat rantau ini, menerima budaya-budaya luar yang mana dengan mudahnya
diserap

masuk

kedalam

kehidupan

sehari-hari.

Budaya-budaya

Islam

yang

menggalakkan untuk melakukan musyawarah atau perbincangan sebelum mengambil

9

keputusan, memudahkan lagi proses pendemokrasian di Asia Tenggara seperti di
Malaysia.
Walaupun mengalami proses pendemokrasian di Malaysia tetapi Malaysia
bukanlah seratus peratus kebebasan demokrasi. Malaysia mengamalkan demokrasi
federal adanya pembahagian kuasa antara kuasa pusat dan kuasa negeri atau daerah.
Semasa pemerintahan Tun.Dr.Mahathir adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Akta ini adalah untuk menahan mana-mana sesiapa yang disyaki mengancam
keselamatan, selama 60 hari berturut-turut. Walaupun begitu, Malaysia masih
menjalankan Pilihan Raya Umum dalam menentukan pemerintah atau Perdana
Menteri. Inilah juag yang dikatakan sebagai budaya politik atau keadaan sosial itu
sendiri, bentuk-bentuk demokrasi di rantau ini tidak sama.
Globalisasi
Di era moden ini teknologi semakin canggih di arus globalisasi yang tanpa
sempadan, menjadikan pelbagai aspek menjadi tautan dalam pendemokrasian di Asia
Tenggara contohnya, penciptaan teknologi yang canggih seperti senjata perang, kapal
perang, jet dan pesawat. Perubahan sistem pentadbiran dalam negara merupakan satu
langkah penting, kerana perubahan tersebut akan mempengaruhinya dalam politik
antarabangsa. Misalnya, negara demokrasi lebih mudah menjalankan hubungan
dengan negara demokrasi juga.
Dalam era globalisasi juga pendemokrasian juga didorong dengan kemajuan
media massa contohnya radio, surat khabar, television, dan sekarang ini internet .
Rakyat tempatan dengan mudahnya mendapat maklumat mengenai keadaan mahupun
10

sistem pentadbiran negara lain yang akan mempengaruhi masyarakat tempatan.
Diibaratkan seperti kesan domino yang mana akan mempengaruhi negara lain,
Misalnya, negara Indo-China kini negara-negara tersebut mula terdorong untuk
mengamalkan sistem demokrasi demi kepentingan negara.

Kesimpulan

11

Pentadbiran demokrasi di Asia Tenggara tidak sama seperti sistem demokrasi
liberal yang lain seperti dinegara barat. Ianya perlu disesuaikan dengan budaya
masyarakat tempatan iaitu tidak boleh terlalu bebas seperti di Amerika sehingga
menyokong adanya hubungan sejenis dan sebagainya sehingga kebesasan yang ada
melampaui batas. Meskipun demokrasi perlu juga ada sekatan-sekatan untuk
mengawal tingkah laku manusia iaitu undang-undang, jika tidak manusia akan bertindak
sesuka hati tanpa ada panduan sehingga boleh menurunkan martabat sebagai seorang
manusia. Oleh itu, Pendemokrasian yang berlaku di Asia Tenggara, masih mengekalkan
atau dipengaruhi oleh budaya politik tempatan.

Bibliografi

12

Jabatan Penerangan . (2008, November 14). Retrieved Mei 1, 2014, from
Pmr.penerangan.gov.my:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/4300-akta-keselamatandalam-negeri-isa-dikekalkan-demi-menjamin-kesejahteraan-negara.html
Bohan, J. (2007). Democarcy across Borders . Massachusetts : MIT Press.
Book, W. C. (1984). Freedom and Democracy . Tripoli : World Center for Researches
and Studies for the Green Book.
K.Ramanathan. (1992). Asas Sains Politik. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Kurniawan, H. H. (n.d.). Retrieved April 25, 2014, from academia.edu:
http://www.academia.edu/5515667/Demokrasi_berasal_dari_bahasa_yunani_y
aitu_Demos_dan_Kratos
Sodaro, M. J. (2004). Comparative Politics. New York : Mc Graw Hill.
Studies, L. a. (2004, Januari 17). Retrieved April 25, 2014, from Standford :
http://www.stanford.edu/~ldiamond/iraq/WhaIsDemocracy012004.htm
Tongzon, F. S. (2005). Institutional Change in Southeast Asia. New York : Routledge
Curzon.

13