penglibatan Amerika di Asia Tenggara

SOALAN 4: Perihalkan penglibatan Amerika dalam perang dingin di Asia Tenggara

PENDAHULUAN
Hubungan antarabangsa adalah suatu bidang pengajian yang sangat berkaitan dengan
sejarah antarabangsa sebelum dan semasa sesuatu kejadian.Antara peristiwa paling penting
dalam bidang pengkajian antarabangsa adalah perang dingin,perang dunia 1dan perang dunia 2.
Perang dingin merujuk kepada peperangan yang tidak hanya melibatkan penggunaan senjata
sebaliknya turut melibatkan peperangan dari segi ideologi. Istilah perang dingain ini telah
dikeluarakan oleh Walter Lippman pada tahun 1945. Secara terperincinya perang dingin telah
melibatkan dua pelaku utama yang mempunyai ideologi yang berbeza iaitu Amerika dan Soviet
Union. Dalam hal ini,Amerika telah mengamalkan ideologi demokrasi yang mana jelas berbeza
dengan Soviet Union yang mengamalkan ideologi sosialisme. Sikap Soviet Union dan Amerika
sentiasa berlumba – lumba untuk menjadi kuasa yang paling besar antara mereka berdua sama
ada dari segi ekonomi,senjata ,mahupun teknologi menjadi antara salah satu punca utama
tercetusnya perang dingin. Perang dingin ini berlaku ke serata dunia dan yang paling ketara
adalah di kawasan eropah. Pada tahun sekitar 1940 – 1950,perang dingin mula merebak ke Asia
Tenggara dengan tercetusnya perang korea . Dari segi lokasinya pula ,

Asia tengara merujuk

kepada kawasan yang merangkumi kawasan Indochina, Malaysia dan kepulauan sekitarnya yang

berada di tengah- tengah garisan khatulistiwa .Asia Tenggara seringkali terlibat dalam pelbagai
ketidakkestabilan alam luarnya ,oleh itu mereka senang tertunduk kepada kuasa lain terutamanya
kuasa besar seperti Amerika. Asia Tenggara telah menjadi sebahagian dari perang dingin apabila
berlaku penularan fahaman komunis dari Soviet Union serta dari China. Oleh kerana khuatir
akan penularan aliran komunis pula Asia Tenggara,Amerika telah bertindak untuk campurtangan

1

dalam urusan negara – negara seperti di Vietnam. Amerika telah melakukan usaha bagi
mengekang kemaraan komunis sama ada secara langsung atau tidak langsung.Keadaan ekonomi
Amerika yang stabil serta kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan mereka lebih mudah
untuk terlibat dalam perang dingin .Pada ketika itu,Amerika adalah kuasa yang paling hebat
berbanding negara lain dan hal ini telah terbukti sehingga ke hari ini.
Penglibatan Amerika dalam perang dingin di Asia Tenggara
Antara penglibatan Amerika yang paling ketara di Asia Tenggara semasa era perang
dingin adalah melalui dasar pembendungan yang dilaksanakan.Dasar luar ini dilaksanakan bagi
mengekang kemaraan Soviet Union ke kawasan lain Selain China yang ketika itu sudah berjaya
dikuasai oleh mereka.Dasar pembendungan ini telah diasaskan semasa pemerintahan presiden
Truman semasa tahun 19471.


Mengikut pandangan Amerika pada ketika itu, negara di

kawasan Asia Tenggara masih dalam keadaan lemah dan masih tidak mampu untuk menentang
kemaraan komunis yang begitu kuat. Di samping itu, Amerika juga merasakan mereka
sememangnya telah dibebankan dengan suatu tanggungjawab untuk membantu negara – negara
lain agar bebas daripada pengaruh komunis dan membantu membangunkan ekonomi negara
lain.Ini juga dikaitkan dengan slogan “White Man Burden” iaitu menjadi tugasan Amerika untuk
mentamadunkan negara- negara lain. Mengikut keadaan kawasan di Asia Tenggara ,pengaruh
komunis dilihat disebarkan oleh negara China yang kedudukannya yang begitu hampir. Oleh itu,
mengikut Amerika China telah dilihat sebagai suatu ancaman yang paling kuat di sekitar Asia
Tenggara.Dari perspektif sejarah , China telah menjadi sebuah negara yang mengamalkan
ideologi komunis sejak di

bawah

pemerintahan Mao Zedong pada tahun 1949 dengan

1 Richard Saull, Rethinking Theory and History in the Cold War, The State, Military Power and Social Revolution,
London: MPG Books Ltd, 2001; hlm.85.


2

tertubuhnya Republik Rakyat China2. Amerika merasakan mereka perlu bertindak mengawal
keinginan

Mao Zedong untuk menyebarkan ideologi komunis ke seluruh Asia Tenggara.

Amerika telah mengadakan kerjasama dengan

Organisasi seperti

Southeast Asia Treaty

Organization (SEATO) dan North Atlantic Treaty Organization (NATO) bagi membasmi
kemaraan Komunis.Dasar pembendungan ini melibatkan pakatan ketenteraan dan

kegiatan

ekonomi yang telah dikawal oleh Amerika sepenuhnya .Manakala negara tuan rumah seperti
Vietnam sebaliknya perlu mengikut segala yang ditetapkan tanpa sebarang bantahan.Dilihat juga

bahawa dasar pembendungan ini telah berjaya mengekang kemaraan pengaruh komunis.

Selain itu, penglibatan Amerika yang paling ketara di Asia Tenggara adalah dari segi
Ketenteraan.Hal ini dilihat secara jelas selepas tamat perang dunia ke-2. Apabila Amerika telah
melihat Viet Minh dengan penuh kesangsian kerana mereka merupakan badan nasionalis yang
telah memegang ideologi komunisme.Oleh itu,

Akibat perang Vietnam, Presiden Harry S.

Truman telah bertindak meningkatkan bantuan ketenteraan kepada kerajaan Perancis bagi
meningkatkan kemungkinan kemenangan bagi

mengatasi pemberontakan oleh Viet Minh.

Harry S. Truman menyatakan "acceleration in the furnishing of military assistance to the forces
of France and the Associated States in Indochina…" dan telah menghantar 123 orang pegawai
tentera ke Vietnam3 . Dalam tahun 1951, Presiden Harry S. Truman talah membuat sumbangan
sebanyak $150 juta untuk membantu membiayai kos perang Perancis di Vietnam.Dalam hal
ini ,Truman dilihat telah memberikan sokongan yang penuh kepada Perancis dengan harapan
agar Perancis dapat menjadi agen yang menghalang kemaraan Komunis.Selain semasa perang,

Selain itu,Amerika juga turut memberi bantuan ketenteraan semasa Pentadbiran Eisenhower
2 ibid
3 ibid

3

.Amerika dengan menggunakan pasukan-pasukan kecil "penasihat tentera" dipanggil Kumpulan
Bantuan Penasihat Tentera (Military Assistance Advisory Group) ataupun MAAG ke Vietnam
Selatan untuk membantu Vietnam Selatan menentang kemaraan Komunisme. Pemerintahan
Eisenhower dilihat adalah zaman pemerintahan yang memaparkan kesungguhan Amerika dalam
usaha mengekang kemaraan Kommunisme.MAAG ini akan berfungsi berada di sekitar kawasan
tertentu terutamanya di kawasan terpencil untuk mengenalpasti kewujudan anasir komunis dan
menangkap mereka.Mereka juga dikatakan bertindak sebagai pengawal polis khas.Selain itu
penumpuan diberikan kepada Filipina kerana ianya juga adalah kawasan tumpuan
Komunis ketika itu.Bilangan tentera telah diperbanyakkan akibat wujudnya

utama

kumpulan gerila


yang digelar Hukbalahap.Kumpulan Hukbalahap ini telah mengadakan pemberontakan sebagai
tanda protes.Seperti juga keadaan yang berlaku di Vietnam sebelum ini,kumpulan ini juga adalah
berasal dari parti komunis . Amerika merasa dengan kehadiran dan tindakan pemberontakan oleh
kumpulan ini sebagai satu bentuk ancaman kepada penularan komunis . Maka oleh itu mereka
harus ditewaskan demi menjamin keselamatan kuasa Amerika di rantau itu.

Di samping campur tangan dalam hal di atas,penubuhan SEATO juga disifatkan salah
satu bentuk campurtangan Amerika . Dari segi latar belakangnya, Southeast

Asia

Teraty

Organization (SEATO) adalah suatu pakatan telah ditandatangani pada 8 September 1954 di
Manila oleh 8 buah negara (kuasa) iaitu Filipina, Thailand, Pakistan , Amerika Syarikat, Perancis
, Britain, New Zealand dan Australia. SEATO merupakan pakatan yang bersifat ketenteraan
yang dianjurkan oleh Amerika bagi membendung pengaruh komunis dari merebak ke Asia
Tenggara4.SEATO telah ditubuhkan bagi mengambil langkah secara kolektif dengan mengelak
dan bertindak balas terhadap pengaruh komunis dengan cara yang sepatutnya
4 http://pkpmsm1.tripod.com/sejarah21c.html


4

tanpa merosakkan politik dan hak negara anggota 5.SEATO juga bertujuan untuk menjalin
kerjasama melalui ekonomi dan teknikal sesame anggota bagi meningkatkan kemajuan
negara.Jika di Eropah Barat telah ditubuhkan NATO,manakala di Asia Tenggara telah ditubuhkan
SEATO yang sama fungsinya dengan NATO tersebut. Kebimbangan menjadi faktor pendorong
utama Amerika untuk menubuhkan SEATO.Terdapat dua kebimbangan utama Amerika iaitu
bimbang akan penularan Komunis yang begitu cepat dan kebimbangan terhadap kesan teori
domino.Amerika dilihat telah bimbang dengan penularan komunis yang cukup pantas ini
terutamanya selepas

berlakunya Revolusi

oleh Mao Tze Tung yang telah berjaya

menyingkirkan kerajaan Nasionalis di China6.Komunis akan tersebar luas melalui Peking.Hal ini
telah merisaukan Amerika kerana takut hal yang berlaku di China juga berulang di kawasan
Asia Tenggara yang lain.Mereka juga bimbang akan terjadinya yang disebut sebagai kesan teori
domino iaitu pengaruh suatu kejadian terhadap kawasan lain dan mendorong mereka untuk

menjadi seperti demikian juga.Yang dimaksudkan pengaruh di sini adalah kesan pertapakan
Komunis yang kukuh di Vietnam Utara telah meransang negara lain seperti Filipina untuk tunduk
kepada pengaruh Komunis.Hal ini jelas seperti yang disuarakan oleh Presiden Eisenhower
bahawa

jika

Indochina

jatuh,ia

akan

menjatuhkan

juga

kawasan

lain


seperti

Burma,Indonesia,Thailand,Malaya,India,Australia dan negara lain kepada Soviet Union7.

Peperangan merujuk kepada persaingan untuk menguasai kawasan tertentu dan ingin
mencapai matlamat tertentu .Peperangan juga telah berjaya menarik kuasa – kuasa besar untuk
turut campurtangan hal ehwal negara tersebut . Hal ini jelas akan kebenarannya kerana peristiwa
perang Vietnam itu sendiri telah berjaya membawa masuk Amerika untuk terlibat dalam hal
5 http://pkpmsm1.tripod.com/sejarah21c.html
6 ibid
7 ibid

5

ehwal di Asia Tenggara. Perang Vietnam telah terjadi akibat kesan daripada perang proksi yang
berlaku antara Amerika dan Soviet union. Dalam hal ini , Vietnam telah terbahagi kepada dua
bahagian dengan dua fahaman yang berbeza8 .Vietnam Utara mengamalkan fahaman komunis
dan Vietnam Selatan mengamalkan ideologi kapitalis. Perang Vietnam bermula pada tahun 1957
sehingga tahun 1975 di mana ianya berakhir dengan penggabungan Vietnam Utara dan Vietnam

Selatan. Peperangan ini adalah berasaskan keinginan nasionalisme yang tinggi dikalangan
penduduk yang inginkan kebebasan daripada penjajahan Perancis.Penyebaran ideologi komunis
mula berkembang di Vietnam melalui kekalahan Perancis pada tahun 1954 di Dien Bien Phu
.Peperangan ini melibatkan Amerika menentang Viet Cong dan askar utara. Dalam hal ini,
Amerika telah mengunakan pelbagai senjata seperti m-16,pelancar Grenand m 79,m72 law serta
penggunaan helicopter serta roket bagi mengalahkan musuh.Vietnam dalam keadaan ini telah
dijadikan medan uji senjata oleh Amerika sebagai lambang kehebatan mereka.Dalam peperangan
ini juga telah melibatkan beberapa insiden lain seperti pertempuran di Ap Bac,insiden Teluk
Tonkin,pertempuran Lembah La Drang,operasi Rolling Thunder,pengepungan Khe Sanh,
serangan Tet dan kejatuhan Saigon.Insiden – insiden ini telah menyebabkan perang Vietnam
menjadi semakin bertambah teruk. Perang Vietnam berakhir dengan kekalahan oleh pihak
Amerika . Tanggal April 1975, pihak komunis berjaya menawan Saigon, Vietnam Selatan dan
menamakan sebagai Ho Chin Minh City .Mereka juga telah berjaya menyatukan Vietnam
dibawah satu bendera komunis selepas pengeluaran tentera Amerika dari Vietnam Selatan
melalui Doktrin Nixon pada tahun 1969. Analisisnya dapat dilihat bahawa Amerika telah gagal
menghalang pengaruh komunis di negara Asia Tenggara di mana konflik ini telah menular ke
Cambodia dan Laos.Tambahan lagi , Vietnam telah bertindak mencerobohi Cambodia pada
Disember 1978 dan telah mengancam kestabilan rantau. Di samping itu, peperangan
8 http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Vietnam


6

ini

memperlihatkan keterlibatan negara lain seperti Malaysia,Filipina ,Thailand bagi membantu
Amerika .Malaysia dilihat telah memberi bantuan melalui 3 cara iaitu melalui latihan perang
kepada polis Vietnam,memberi lebihan senjata yang terpakai serta telah bertindak menyalurkan
bantuan kepakaran berperang kepada Vietnam.Manakala Thailand pula menjadi tempat maskar
tentera kepada tentera Amerika untuk berehat.Filipina pula telah membantu

dari aspek

pengkalan tentera dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti pelabuhan dan kewujudan pusat
sehenti rehat dan rawat. Peperangan ini telah membawa kesan yang berpanjangan sehingga ke
hari ini dengan adanya periuk api di kawasan yang terbabit sehingga kini.
Motif bantuan dan penjajahan juga telah menjadi penyebab wujudnya campurtangan
Amerika di rantau itu.Amerika sememangnya telah membekalkan pelbagai bantuan kepada Asia
Tenggara dan khususnya kepada Vietnam ketika perang iaitu dengan memberikan makanan
,pakaian,ubat-ubatan,senjata serta jaminan keselamatan.Segala yang diberikan oleh mereka ini
tidak lain hanyalah bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka pada ketika itu iaitu mereka
ingin meluaskan tanah jajahan serta mengaut keuntungan negara dengan mengekploitasi hasil
ekonomi .Bagi kes di Vietnam , Amerika telah menjadikan semua bantuan tersebut sebagai
umpan untuk mendapatkan kepercayaan rakyat terhadap mereka.Rakyat yang ketika itu terdesak
telah terpaksa mempercayai bahawa niat Amerika adalah baik dan ingin melindungi mereka dari
bahaya Komunis ketika itu.Namun dari segi kenyataannya Amerika berniat ingin meluaskan
pengaruh kapitalisnya ke atas Vietnam dan rantau Asia Tenggara lain ketika itu agar dapat
memperolehi keuntungan atas kepelbagaian negara itu.
Faktor yang terakhir yang telah menjadi pendorong Amerika adalah perlumbaan senjata
yang telah berlaku antara Amerika dengan Soviet Union.Kedua –dua kuasa besar ini telah
bersaingan dengan giatnya untuk melebarkan pengaruh mereka melalui kemajuan senjata

7

tercanggih.Hal ini telah bermula semenjak perang dingin di Eropah dan telah melarutan sehingga
ke rantau lain.Mereka saling ingin kelihatan lebih gah dalam bidang ketenteraan seperti
penciptaan jet,senjata moden serta bom

yang lebih hebat daripada yang sedia ada di

pasaran.Pelbagai taktik dan strategi akan digunakan oleh Amerika bagi mengekalkan
kekuasaannya dan bagi mengelakkan tumpas kepada Soviet Union.Oleh itu,Amerika dilihat telah
bertindak dengan mengawal Asia Tenggara agar tidak dipengaruhi oleh Soviet Union.

KESIMPULAN
Sebagai pengakhirannya dapatlah disimpulkan bahawa penularan Soviet Union yang
begitu cepat ke serata kawasan telah menjadi pendorong utama Amerika melakukan
campurtangan ke atas rantau Asia Tenggara.Amerika telah melakukan pelbagai campurtangan
seperti mengadakan dasar pembendungan dan mewujudkan SEATO untuk tujuan pengekangan
Pengaruh komunis .Amerika telah bertindak demikian kerana bimbang jika kejadian yang telah
berlaku di China akan berulang ke rantau Asia Tenggara juga.Di samping itu juga ,Amerika juga
ingin melebarkan fahaman kapalis mereka ke rantau itu dan cuba mengaut keuntungan dari hasil
ekonomi yang pelbagai itu.Kesan dari perang dingin rantau Asia Tenggara ternyata telah
memberikan kesan yang mendalam kepada penduduk dimana banyak nyawa rakyat yang telah
terkorban akibat peperangan Vietnam .Selain nyawa ,rakyat juga telah mengalami kemusnahan
harta

benda

dan

kediaman

sehingga

menyebabkan

mereka

tinggal

secara

sehelai

sepinggan.Namun tidak dapt dinafikan bahawa bantuan yang dihulur oleh Amerika secara sedikit
sebanyak telah membantu rakyat untuk meneruskan kehidupan dalam tempoh kritikan tersebut.

8

Bibliography
Cox, I. P. (2010). Soft Power and US Foreign Policy-Theoretical ,Historical and
Contemporary perspectives. Routledge Studies in US Foreign Policy , 249.
Lau, A. (2012). Southeast Asia and The Cold War. Hoboken.
Proquest History Vault. (1960-1979). Vietnam War and American Foreign Policy , 4.
Saull,R.(2001).Rethinking Theory and History in the Cold War,The State ,Military
Power and Social Revolution.London:MPG Books Ltd.
Zheng Yangmen, H. L. (2010). The Cold War In Asia:Battle for Heart and Minds.
Leiden,Boston: Brill.

http://pkpmsm1.tripod.com/sejarah21c.html
http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Dingin
http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Vietnam

9