KERTAS KERJA KONSEP KOMPANG FORMASI (NEGERI PERAK 2015)

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG FORMASI
PRASEKOLAH
PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2015
1.

PENGENALAN

Pertandingan paluan kompang dan formasi prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) adalah merupakan sebuah pertandingan yang baharu diwujudkan di peringkat
prasekolah Negeri Perak. Pertandingan ini, dapat menyemai nilai-nilai murni seperti
berdisiplin dan bekerjasama dalam diri murid-murid prasekolah. Disamping itu, pertandingan
ini dapat menyemai nilai kecintaan terhadap muzik tradisional Melayu.

2.

MATLAMAT

Mendidik murid prasekolah berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan
dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.


3.

OBJEKTIF

3.1

Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat
muzik tradisional.

3.2

Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman sesama
mereka.

3.3

Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.

3.4


Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.

3.5

Mengamalkan semangat toleransi , berdisiplin dan bekerjasama.

3.6

Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.

3.7

Memperluaskan intergrasi nasional.

4.

PERTANDINGAN

4.1


Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG FORMASI
PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK. Pertandingan ini bertujuan untuk
mempersembahkan pelbagai bentuk paluan kompang dan membuat formasi yang
kreatif semasa bermain.

4.2

Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni
budaya tradisional.

4.3

5.

Pertandingan ini dijalankan di peringkat zon, daerah dan negeri.

PENYERTAAN

5.1


Pertandingan ini terbuka kepada semua murid prasekolah KPM.

5.2

Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai seramai 12 orang.

5.3

Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki / perempuan sahaja atau campuran dan
digalakkan terdiri daripada pelbagai kaum.

5.4.

Setiap pasukan harus diiringi sekurang-kurangnya oleh 1 orang guru dan 1 PPM.

5.5

Semua pasukan perlu menyerahkan borang penyertaan serta satu (1) salinan sijil lahir
setiap peserta yang telah disahkan oleh Pegawai Prasekolah Daerah, Guru Besar atau

Guru Penolong Kanan.

6.

PERSEMBAHAN

6.1

Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan sendiri
oleh pasukan masing-masing.

6.2

Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci. (boleh dipelbagaikan dalam pasukan).

6.3

Masa persembahan yang diperuntukkan adalah 5 hingga ke 8 minit.

6.4


Tempoh masa persembahan bermula adalah dikira dari paluan pertama dimainkan.

6.5

Gelanggang pertandingan adalah berukuran 10 meter x 10 meter.

6.6

Irama / rentak adalah bebas.

6.7

Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 bentuk paluan iaitu
MELALU, MENYILANG atau MENINGKAH.

6.8

Kumpulan yang mempunyai 3 bentuk paluan melalu, menyilang dan meningkah,
markah bonus akan diberikan.


6.9

Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.

6.10

Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan.

6.11

Nyanyian dan lontaran suara tidak dibenarkan.

6.12

Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah tidak
dibenarkan.

6.13


Setiap kumpulan mempersembahkan sekurang-kurangnya 5 bentuk formasi.

6.14

Tidak dibenarkan melabel sebarang identiti sekolah pada bahagian kompang.

6.15

Setiap kumpulan hanya dibenarkan melakukan satu persembahan sahaja.

7.

PAKAIAN

7.1

Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan.

8.


SKIMA PERMARKAHAN
8.1

Markah dibahagikan seperti berikut :

8.1.1

Paluan Kompang

8.1.2

a.

Gubahan Pola irama (Kreativiti)

: 15 markah

b.

Bentuk paluan


: 15 markah

c.

Kualiti ton

: 10 markah

d.

Tempo

: 10 markah

e.

Dinamik & Ekspresi

: 8 markah


f.

Bonus

: 2 markah

Formasi / pergerakan
a.

Kreativiti

: 15 markah

b.

Keseragaman

: 10 markah

c.

Kesesuaian Gerakan dengan Paluan : 10 markah

d.

9.

10.

Keterampilan

: 5 markah

8.2

Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka
pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan
keutamaan pemarkahan yang telah disenaraikan di PERKARA 8 (SKIMA
PERMAKAHAN) di atas dan keputusan hakim adalah muktamad.

8.3

Setiap persembahan yang kurang dari 5 minit (10 markah akan ditolak)
manakala persembahan yang melebihi 8 minit, (10 markah akan ditolak).

HADIAH PEMENANG
9.1

Johan

: Hadiah Iringan dan Sijil.

9.2

Naib Johan

: Hadiah Iringan dan Sijil.

9.3

Ketiga

: Hadiah Iringan dan Sijil.

9.4

Sijil penyertaan untuk semua peserta.

HAL-HAL LAIN

Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata di dalam syarat-syarat pertandingan, pihak
Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap
keputusan adalah muktamad.

11.

PENUTUP

Semoga pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekaligus sebagai pengiktirafan
terhadap hasil perubahan positif murid sepanjang berada di kelas prasekolah KPM dan boleh
menjadi platform terbaik untuk murid sebagai persediaan untuk memasuki ke arus perdana.

hakcipta terpelihara