KERTAS KERJA KONSEP NASYID (NEGERI PERAK 2015)

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN NASYID PRASEKOLAH
NEGERI PERAK TAHUN 2015
1.

PENDAHULUAN
Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan golongan yang
diibaratkan sebagai tunjang negara, dilihat juga sebagai peneraju dan penyambung
kepada tampuk pemerintahan akan datang. Dalam hal ini untuk memastikan wawasan
negara tercapai mengikut acuan dan matlamat yang dikehendaki, maka persiapan dari
aspek rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan perlu dimantapkan untuk melahirkan murid
yang lebih disifatkan sebagai golongan yang menjadi pemangkin kepada pembangunan
negara seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah situasi yang lebih baik lagi.
Bertitik tolak dari matlamat untuk memantapkan sahsiah, meninggikan martabat ilmu,
memupuk semangat muhibbah dan ukhuwah di kalangan murid prasekolah ini maka satu
usaha yang bersesuaian perlu dilakukan bagi memenuhi aspirasi ini.

2.

OBJEKTIF

2.1

Memberi peluang kepada murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti dakwah yang
menjadi platform utama dalam membentuk jiwa dan semangat pendakwah dalam
diri mereka.

2.2

Melahirkan murid prasekolah yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan.

2.3

Memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan kebolehan yang
dimiliki untuk perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

2.4

Membantu murid meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai
kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial.
1


3.

SASARAN
3.1 Program ini mensasarkan murid prasekolah KPM yang berumur 5 dan 6 tahun.

4.

SYARAT PERTANDINGAN
4.1

Penyertaan

4.1.1

Satu kumpulan terdiri daripada 10 orang murid. Setiap satu kumpulan mesti
dianggotai oleh satu jantina sahaja sama ada kumpulan lelaki atau perempuan.

4.1.2 Setiap pasukan harus diiringi sekurang-kurangnya oleh 1 orang guru dan 1 PPM.
4.1.3


Semua pasukan perlu menyerahkan borang penyertaan serta satu (1) salinan sijil
lahir setiap peserta yang telah disahkan oleh Pegawai Prasekolah Daerah, Guru
Besar atau Guru Penolong Kanan.

4.2

Lagu Dan Lirik

4.2.1 Setiap pasukan dikehendaki mempersembahkan satu lagu sahaja sama ada irama
padang pasir berentak Masri atau nasyid kontemporari (nasyid moden)
4.2.2 Tema yang dipilih adalah bebas dan perlu mempunyai sekurang-kurangnya salah
satu unsur dibawah :
i. Keimanan kepada Tuhan.
ii. Nilai-nilai murni
iii. Kemasyarakatan
iv. Kekeluargaan
4.2.3 Pilihan lagu adalah yang sedia ada ataupun ciptaan sendiri.
4.2.4


Lirik lagu WAJIB ciptaan sendiri sesuai dengan tema dan salinan lirik perlu
menggunakan Font Arial bersaiz 12 dan langkau 2 baris serta harus diberikan
kepada urusetia pada hari pertandingan sebanyak dua salinan.

4.2.5

Lirik lagu boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris
atau gabungan ketiga-tiga bahasa tersebut.

4.2.6

Lirik Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris hendaklah disertakan terjemahannya
secara bertulis juga menggunakan Font Arial bersaiz 12 dan langkau 2 baris.

4.2.7 Lirik dilarang sama sekali menyentuh isu-isu politik, ras atau yang sensitif.

2

4.3


Persembahan

4.3.1

Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada langkah pertama naik
hinggalah turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan.

4.3.2

Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan
tidak keterlaluan dibenarkan. Markah akan dipotong bagi pergerakan yang
keterlaluan.

4.3.3 Setiap persembahan boleh diiringi dengan penggunaaan minus one atau alat
perkusi muzik tradisional nasyid seperti kompang, bongo, conga, darbuka,
Turkish, tomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas, rebana
dan chime sahaja.
4.3.4 Penggunaan alat perkusi boleh mempengaruhi pemarkahan.
4.3.5


Persembahan yang dibantu oleh guru tidak dibenarkan (music conductor).

4.3.6 Sebarang kostum dan props adalah dibenarkan namun ia adalah di bawah urusan
pasukan masing-masing. Walaupun demikian, props yang berlebihan tidak
digalakkan kerana ia tidak menyumbang kepada markah tambahan.
4.4

Masa

4.4.1

Setiap kumpulan diberi masa 6 - 8 minit untuk mempersembahkan lagu termasuk
muzik masuk dan keluar.

4.4.2

Masa dikira bermula apabila peserta memulakan langkah pertama naik ke pentas
dan berakhir berdasarkan peserta terakhir turun dari pentas.

4.4.3


Markah akan dipotong jika persembahan kurang dari 6 minit atau melebihi
masa 8 minit yang telah ditetapkan.

4.5

Pakaian Peserta

4.5.1

Peserta lelaki digalakkan memakai pakaian Kebangsaan yang lengkap (bersampin
dan bersongkok) atau sebarang pakaian yang menutup aurat yang bersesuaian
dengan majlis. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.

4.5.2

Peserta perempuan digalakkan berbaju kurung dan bertudung sempurna atau
pakaian menutup aurat yang bersesuaian dengan majlis. Sandal atau selipar tidak
dibenarkan sama sekali. Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak
keterlaluan. Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.

3

4.5.3

Dilarang sama sekali peserta lelaki berpakaian seperti perempuan dan
peserta perempuan berpakaian seperti lelaki. Sekiranya kesalahan ini
dilakukan, serta-merta penyertaan dibatalkan.

5.

PEMARKAHAN

5.1

Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :

5.1.1

Suara


-

40 markah

Lagu

-

30 markah

Lirik

-

20 markah

Persembahan -

10 markah


Penghakiman Suara (40 markah)
Suara dinilai dari aspek berikut :

5.1.1.1

Kualiti ton

-

10 markah

5.1.1.2

Ketepatan pic, nada, tempo dan frasa

-

10 markah

5.1.1.3


Sebutan

-

10 markah

5.1.1.4

Dinamik

-

5 markah

5.1.1.5

Keseimbangan / harmoni

-

5 markah

5.1.2

Penghakiman Lagu (30 markah)
Lagu dinilai dari aspek berikut :

5.1.2.1

Keaslian lagu ( Melodi )

-

8 markah

5.1.2.2

Irama

-

9 markah

5.1.2.3

Kesesuaian rentak dan muzik iringan

-

8 markah

5.1.2.4

Kreativiti

-

5 markah

5.1.3

Penghakiman Lirik (20 markah)
Lirik dinilai dari aspek berikut :

5.1.3.1

Tema

-

4 markah

5.1.3.2

Kejelasan mesej

-

6 markah

5.1.3.3

Kesinambungan isi

-

6 markah

5.1.3.4

Bahasa

-

4 markah

4

5.1.4

Penghakiman Persembahan (10 markah)
Setiap persembahan dinilai dari aspek berikut :

5.1.4.1

Gaya dan penampilan

-

4 markah

5.1.4.2

Etika

-

2 markah

5.1.4.3

Ekspresi

-

2 markah

5.1.4.4

Keberkesanan persembahan

-

2 markah

6.

PERATURAN - PERATURAN AM

6.1

Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan ( akhir ).

6.2

Setiap pasukan dikehendaki menyediakan TIGA salinan lagu minus one dalam bentuk
CD/USB untuk kegunaan semasa pertandingan dan salah satu salinan CD/USB tersebut
hendaklah dihantar kepada urusetia selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh
pertandingan. Salinan lirik perlu diserahkan semasa pendaftaran.

6.3

Jika berlaku kerosakan teknikal semasa persembahan sedang berjalan maka pasukan yang
terlibat akan diberi peluang mengambil giliran sekali lagi di akhir pasukan yang
mengambil bahagian.

*Keputusan hakim adalah muktamad.

7.

HADIAH PEMENANG

7.1

Johan

: Hadiah Iringan dan Sijil.

7.2

Naib Johan

: Hadiah Iringan dan Sijil.

7.3

Ketiga

7.4

Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.

: Hadiah Iringan dan Sijil.

5

8.

HAL-HAL LAIN

Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata di dalam syarat-syarat pertandingan, pihak
Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan
adalah muktamad.

9.

PENUTUP
Semoga pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekaligus sebagai

pengiktirafan terhadap hasil perubahan positif murid sepanjang berada di kelas Prasekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Malah seiring dengan Bidang Keberhasilan Utama
Negara yang meletakkan prasekolah sebagai salah satu dari agenda utamanya.

6

hakcipta terpelihara