Keberkesanan Program Latihan Koordinasi mata

KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN KOORDINASI DALAM
MENINGKATKAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN MURID-MURID
TAHUN TIGA
DESMOND DANIEL AK COPTA
Abstrak
Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana keberkesanan program latihan
koordinasi yang dimodifikasi untuk murid Tahun 3 Orkid Sekolah
Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu dalam membantu meningkatkan koordinasi
mata dan tangan mereka. Kajian dijalankan ke atas 40 orang (N = 40)
terdiri daripada 15 orang lelaki dan 25 orang perempuan. Kesemua
sampel berumur 9 tahun. Kebanyakkan sampel terdiri daripada muridmurid berbangsa Melayu dan Iban. Ujian pra dan ujian pasca telah
dijalankan menggunakan instrumen Hand Wall Toss Test. Ujian rintis
juga telah dijalankan untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan
instrumen dan keputusan menunjukkan nilai kebolehpercayaan adalah
tinggi iaitu r = 0.892. Rawatan program latihan koordinasi yang
dimodifikasikan telah dilaksanakan selama 4 minggu (3 kali seminggu).
Setiap sesi, sampel akan menjalani 4 jenis latihan koordinasi. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian
pra (M = 14.48, SD = 4.91) dan ujian pasca (M = 21.90, SD = 7.16), t(39)
= -7.69, ϼ = .000. Justeru, dapat dirumuskan bahawa program latihan
yang dijalankan ke atas sampel mampu meningkatkan koordinasi mata

dan tangan sampel.

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaraskan pergerakan dengan
kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang
sistematik. Jika seseorang individu mempunyai koordinasi yang tinggi, mereka boleh
menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar atau melakukan
rejaman tepat pada sasaran. Koordinasi ini berkait rapat dengan perkembangan
sistem motor seseorang individu tersebut.
Program latihan yang berkesan untuk permainan dan sukan perlu dihasilkan melalui
penyelidikan dan merupakan cabaran kepada jurulatih dan guru (Rink, French &
Graham,1996; Rink, 2002). Jurulatih harus menyediakan program latihan spesifik
secara beransur maju mengikut tahap kematangan murid dan harus melengkapi

murid dengan pengetahuan sukan, memotivasikan murid serta berusaha
meningkatkan prestasi dalam sukan dan permainan berdasarkan teori dan metodologi
latihan (Connel, 1993). Program latihan harus disusun dengan panduan teori dan
metodologi latihan serta teori pembelajaran motor. Program latihan yang mempunyai

unsur seperti situasi permainan dapat menarik minat murid untuk menyertai secara
aktif dalam Pendidikan Jasmani (Dodds et al., 2001).
1.2
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Melalui pengalaman pengkaji menjalani praktikum fasa satu di salah sebuah sekolah
di daerah Sarikei, pengkaji mendapati bahawa murid tahap satu yakni murid yang
berumur sembilan tahun menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan semasa
menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Masalah yang sama juga pengkaji dapati
berlaku semasa menjalani praktikum bagi fasa dua di sekolah yang berlainan iaitu
salah sebuah sekolah di daerah Sibu.
Justeru, pengkaji amat tertarik dan berminat untuk mengkaji masalah koordinasi
mata dan tangan murid tahap satu. Hal ini berikutan murid-murid diperhatikan lemah
dalam melakukan dan menguasai aktiviti atau standard pembelajaran yang
melibatkan koordinasi mata dan tangan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Contohnya, semasa melakukan aktiviti menerima dan

menghantar bola menggunakan tangan secara berpasangan pada peringkat
perkembangan pembelajaran. Akibatnya, masalah ini menyebabkan murid-murid
tidak menguasai standard pembelajaran yang hendak dicapai di akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran.
2.0

FOKUS KAJIAN

2.1

Tinjauan Masalah

Melalui pemerhatian pengkaji, kebanyakan murid tahun 3 Orkid Sekolah
Kebangsaan Sibu Jaya menghadapi masalah dalam menguasai standard pembelajaran
yang ditetapkan iaitu kemahiran menerima dan menghantar bola. Justeru, kajian ini
digunakan untuk melihat dan menilai sejauh mana program latihan koordinasi yang
bakal dirancang mampu membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan muridmurid tahun 3 Orkid.
Antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Orkid adalah seperti
berikut:
i.

Lemah untuk melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan
tangan.
ii.
Lemah semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan
tangan pada jarak yang jauh.
iii.
Menghadapi masalah dalam menentukan kedudukan badan atau postur badan
yang sesuai semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan
tangan.
Berdasarkan masalah yang dinyatakan, pengkaji dapat membuat keputusan bahawa
masalah ini timbul disebabkan oleh:
i.
Koordinasi mata dan tangan mereka masih lemah.
ii.
Kurang latih tubi dalam kemahiran yang melibatkan koordinasi mata dan
tangan.

1

iii.


Kurang pengetahuan dalam menentukan kedudukan badan semasa melakukan
aktiviti semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan
tangan.

2.2
Analisis Tinjauan Masalah
Menurut pakar dalam bidang Pendidikan Jasmani seperti Gallaheu (1996),
pergerakan terdiri daripada tiga aspek iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor
dan manipulasi alatan. Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina sejak dari
peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan
penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu
objek dan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada
peringkat kanak-kanak lagi di mana pada peringkat ini mereka mudah menerima
ajaran dan hasilnya dapat meningkatkan koordinasi anggota badan seperti tangan,
mata, kaki dan lain-lain.
Menurut Mohd Taip H. (2006), koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan
menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan
melakukan latihan yang bersistematik yakni melalui perancangan program latihan
koordinasi. Jika seseorang individu mempunyai tahap koordinasi yang tinggi, mereka

boleh menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar dan melakukan
rejaman tepat pada sasarannya.
Murid yang mempunyai masalah dalam koordinasi mata dan tangan akan
mempunyai masalah khususnya semasa permainan dalam sesuatu sukan seperti bola
tampar, badminton, bola jaring, dan bola keranjang. Ini kerana dalam sesuatu
permainan, hampir kesemua pergerakan memerlukan kemahiran koordinasi mata dan
tangan yang baik. Koordinasi mata dan tangan merupakan asas pergerakan motor
yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Asas pergerakan motor ini akan menyediakan
asas yang luas kepada kebolehan pergerakan di mana banyak pergerakan yang sukar
dapat dibina (Ee Ah Meng, 2002). Murid yang tidak dapat menguasai pergerakan
asas dengan sempurna akan menghadapi masalah dalam melakukan sesuatu
pergerakan khususnya yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
3.0

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1

Objektif Kajian


i.
ii.
iii.
3.2

Mengenalpasti tahap koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid
Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu sebelum menjalankan program latihan
koordinasi.
Mengenalpasti sama ada program latihan koordinasi dapat meningkatkan
tahap koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan
Sibu Jaya, Sibu.
Mengenalpasti sama ada faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata
dan tangan murid tahun 3 Orkid.
Soalan Kajian

2

i.
ii.
iii.

4.0

Apakah tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum rawatan?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca
setelah menjalankan program latihan koordinasi?
Adakah faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan
murid sebelum dan selepas rawatan?
KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 40 orang murid (N=40) tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan
Sibu Jaya, Sibu. Sampel terdiri daripada 15 orang lelaki dan 25 orang perempuan. 40
orang sampel akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan (20
orang) dan kumpulan rawatan (20 orang) yang dipilih secara rawak untuk setiap
kumpulan.
Jadual 1:
Sampel kajian mengikut kumpulan
Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah


Kekerapan
(Kawalan)
5
15
20

Peratus
(Kawalan)
12.5%
37.5%
50%

Kekerapan
(Rawatan)
10
10
20

Peratus

(Rawatan)
25%
25%
50%

Selain itu, 20 sampel daripada kumpulan kawalan berbangsa Melayu dan 20 sampel
daripada kumpulan rawatan berbangsa Iban. Kesemua sampel tidak pernah mewakili
sekolah dalam mana-mana permainan dan lemah dari segi prestasi akedemik di mana
kelas ini merupakan kelas tercorot jika dibandingkan dengan kelas lain. Mereka ini
juga lemah semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan
iaitu menghantar dan menerima yang telah dijalankan oleh pengkaji pada bulan
Februari yang lalu. Rasional pengkaji memilih kelas ini sebagai sampel kajian adalah
kerana pengkaji terlibat secara langsung dalam proses pengajaran Pendidikan
Jasmani bagi kelas ini dan telah mengajar standard pembelajaran 1.7.2 iaitu
menerima dan menghantar bola menggunakan tangan dan kaki.
5.0

Tindakan Yang Dijalankan

5.1

Prosedur Tindakan
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan
oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988). Dalam model tersebut menyarankan empat
langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:
I.
II.
III.
IV.

Mereflek (Reflect);
Merancang (Plan);
Bertindak (Action); dan
Memerhati (Observe).

Berdasarkan langkah yang disarankan oleh Kemmis dan Mc Taggart dalam model
kajian tindakan mereka, maka pengkaji menggunakan model tersebut untuk
menyusun langkah-langkah tindakan yang akan diambil dalam membantu
meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan
3

Sibu Jaya, Sibu. Berikut merupakan kerangka konseptual kajian mengikut model
kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988).

Rajah 1:
Kerangka konseptual kajian
I.

IV.

Mereflek = Murid lemah semasa
aktiviti koordinasi mata dan
tangan

Memerhati =
Membuat pemerhatian
melalui ujian Hand wall
Toss dijalankan

II.
Kitaran 1
III.

Merancang =
Menyediakan program
latihan koordinasi

Bertindak = Melaksanakan
program latihan selama 4 minggu

Jadual 2:
Program latihan mengikut minggu
Minggu
Pertama
Kedua
Sesi
3 sesi seminggu (30 minit setiap sesi)
Tempoh 4 minit/stesen
5 minit/stesen
masa /
Intensit
i
Aktiviti Stesen 1:
Stesen 1:
- Melantun bola ke - Timbang
bulu
lantai
tangkis di atas raket
Stesen 2:
Stesen 2:
- Golek bola ke - Melantun bola ke
depan dan jatuhkan
lantai
kon
Stesen 3:
Stesen 3:
- Golek bola ke depan
- Lontar bola masuk
dan jatuhkan kon
ke dalam bakul
Stesen 4:
Stesen 4:
- Lontar bola masuk
- Timbang
bulu
ke dalam bakul
tangkis di atas
raket

Ketiga

Keempat

6 minit/stesen

6 minit/stesen

Stesen 1:
- Lontar bola masuk
ke dalam bakul
Stesen 2:
- Timbang
bulu
tangkis di atas
raket
Stesen 3:
- Melantun bola ke
lantai
Stesen 4:
- Golek bola ke
depan dan jatuhkan
kon

Stesen 1:
- Golek bola ke
depan
dan
jatuhkan kon
Stesen 2:
- Lontar
bola
masuk ke dalam
bakul
Stesen 3:
- Timbang
bulu
tangkis di atas
raket
Stesen 4:
- Melantun bola ke
lantai

Minggu Pertama = Ujian Pra “Hand Wall Toss” dijalankan sebelum rawatan diberikan.
Minggu Kelima = Ujian Pasca “Hand Wall Toss” dijalankan ke atas sampel.

Program latihan koordinasi ini telah dimodifikasikan daripada program latihan
koordinasi mata dan tangan yang telah dijalankan oleh Marina Tsetseli, Vasiliki
4

Malliou dan Eleni Zetou (2010) dalam kajiannya, “ The Effect Of A Coordination
Training Program On The Development Of Tennis Service Technique” .

5.2

Cara Pengumpulan Data

Pengkaji menggunakan ujian sebagai kaedah untuk mengumpul data. Pengkaji
menjalankan ujian pra dan ujian pasca menggunakan instrumen “Hand Wall Toss
Test” untuk menilai tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum dan selepas
rawatan. Instrumen Wall Toss Test ini diubahsuai mengikut kesesuaian sampel kajian.
Ujian rintis juga dijalankan untuk menilai sejauhmana kebolehpercayaan instrumen
di mana kaedah uji dan ulang uji digunakan. Ujian ditadbirkan ke atas sampel bagi
mendapatkan set data yang pertama, kemudian diulang uji untuk mendapatkan set
data yang kedua. Perisian “Statistical Package For Social Science (SPSS) 18.0”
digunakan untuk mengira pekali korelasi Pearson untuk mendapatkan nilai
kebolehpercayaan instrumen.
Jadual 3:
Kebolehpercayaan instrumen “Hand Wall Toss”
Percubaan 1
Ujian Hand
Wall Toss
Percubaan 1 Ujian Hand
Wall Toss
Percubaan 2 Ujian Hand
Wall Toss

Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N

1
40
.892**
.000
40

Percubaan 2
Ujian Hand
Wall Toss
.892**
.000
40
1
40

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Norma bagi instrumen Wall Toss Test telah ditentukan berdasarkan kaedah gred
lengkung norma yang diperkenalkan oleh Ahmad Hashim dalam bukunya
Pengukuran Kecergasan Motor (2004). Kaedah gred lengkung norma ini adalah
berdasarkan min dan sisihan piawai skor yang telah diperolehi semasa ujian rintis.
Bagi memudahkan sistem pengredan, pengkaji menggunakan prosedur “Statistical
Package For Social Science (SPSS) 18.0” untuk memasukkan data yang telah
diperoleh mengikut prosedur yang betul.
Jadual 4:
Gred bagi skor ujian “Hand Wall Toss”
Gred
A
B
C
D
E

Skor
(Dalam 30 Saat)
> 22
17 - 21
12 - 16
7 - 11

Dokumen yang terkait

MANAJEMEN PEMROGRAMAN PADA STASIUN RADIO SWASTA (Studi Deskriptif Program Acara Garus di Radio VIS FM Banyuwangi)

29 282 2

PENGEMBANGAN PROGRAM ACARA CHATZONE(Studi Terhadap Manajemen Program Acara di Stasiun Televisi Lokal Agropolitan Televisi Kota Batu)

0 39 2

Urgensi penggunaan variasi stimulasi dalam meningkatkan motivasi belajar siswa pada mata pelajaran Ips ekonomi di Madrasah aliyah Putri Annuqayah Sumenep Madura

2 49 77

Upaya guru PAI dalam mengembangkan kreativitas siswa pada mata pelajaran pendidikan agama islam Kelas VIII SMP Nusantara Plus Ciputat

48 349 84

Perilaku Kesehatan pada Mahasiswa Program Studi Pendidikan Dokter UIN Syarif Hidayatullah Jakrta Angkatan 2012 pada tahun2015

8 93 81

Implementasi Program Dinamika Kelompok Terhada Lanjut Usia Di Panti Sosial Tresna Werdha (Pstw) Budi Mulia 1 Cipayung Jakarta Timur

10 166 162

Hubungan kecerdasan emosional dengan hasil belajar pada mata pelajaran ekonomi di kelas X SMA Darussalam Ciputat Tangerang Selatan

16 134 101

Analisis Prioritas Program Pengembangan Kawasan "Pulau Penawar Rindu" (Kecamatan Belakang Padang) Sebagai Kecamatan Terdepan di Kota Batam Dengan Menggunakan Metode AHP

10 65 6

Sistem Informasi Pendaftaran Mahasiswa Baru Program Beasiswa Unggulan Berbasis Web Pada Universitas Komputer Indonesia

7 101 1

Peranan Komunikasi Antar Pribadi Antara Pengajar Muda dan Peserta Didik Dalam Meningkatkan Motivasi Belajar ( Studi pada Program Lampung Mengajar di SDN 01 Pulau Legundi Kabupaten Pesawaran )

3 53 80