KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA KRM 3043 A

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

KRM 3043: ASAS PENGURUSAN DATA

PORTFOLIO

BAHAGIAN A : TUGASAN 2 (a)

AKTIVITI PENGAJARAN

KUMPULAN

UPSI 11
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON


NORAZURAH BT AHMAD

D 20102040887

0176631304

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. SAZELLI BIN AB GHANI
TARIKH SERAH: 11 NOVEMBER 2012

1

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

RANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN PIKTOGRAF
Mata pelajaran

: Matematik



Tahun

: 4
 Alif

Masa

: 30 minit

Bidang pembelajaran : Piktograf
 

Objektif

: Mengguna piktograf untuk membaca dan mempamerkan

data
 
 

Hasil Pembelajaran


: Menganalisis maklumat daripada piktograf

Bahan Bantu Mengajar : Kertas majong, gambar watak animasi, gambar graf, kad

simbol, kad huruf,komputer, LCD projektor.




LANGKAH PENGAJARAN
Fasa 1 - Persediaan ( 7 minit )

1. Guru melekatkan kad huruf ( P,I,K,T,O,G,R,A,F) secara rawak ,sekeping gambar
watak animasi kartun popular Upin & Ipin, dan sekeping gambar graf di papan hitam

Gambar Animasi

Gambar Graf

2. Murid diminta menyusun huruf-huruf tersebut untuk membentuk perkataan yang
mempunyai kaitan dengan dua gambar yang ditunjukkan.
3. Guru mengaitkan perkataan tersebut dengan topik yang akan dipelajari.
Fasa 2- Imaginasi dan Penjanaan Idea( 10 minit)
1. Guru menerangkan konsep piktograf dan menunjukkan menunjukkan contoh piktograf
melaui tayangan slaid power point serta menyatakan apa maklumat yang perlu ada
dalam graf
a) Tajuk
b) Paksi (perkara/bilangan)

c) Simbol

2

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

d) Petunjuk

Slaid Piktograf
Fasa 3 - Perkembangan ( 13 minit)
1. Guru memaparkan slaid watak animasi popular iaitu, Upin & Ipin, Boboiboy,dan Bola
Kampung.

Slaid Watak Animasi
2. Guru menyediakan sebuah jadual kosong dan kad simbol .
 Jadual piktograf kosong
ditampal dipapan hitam dan kad simbol diberi kepada setiap murid.

3


KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

Animasi

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

Bilangan

Upin & Ipin

Boboiboy

Doraemon
Contoh : jadual piktograf kosong


Kad simbol

3. Murid diminta memilih satu watak animasi yang disukai dan membina kumpulan
peminat animasi yang disukai. Murid diminta membuat tiga barisan kumpulan peminat.

4. Murid paling hadapan dalam setiap barisan mengira bilangan murid dalam kumpulan
mereka dan menulis bilangan murid dalam jadual yang disediakan.
5. Guru meminta murid lain dalam setiap barisan menukarkan angka bilangan murid
dengan menggunakan perwakilan simbol
6. Murid melekatkan kad simbol yang disediakan pada jadual untuk membentuk piktograf
lengkap.
7. Guru membimbing murid menganalisis maklumat pada piktograf tersebut dengan
bertanyakan soalan yang berikut?
a) Manakah animasi yang paling digemari?
b) Manakah animasi yang kurang digemari
c) Berapakah perbezaan bilangan peminat animasi Upin Ipin dan Boboiboy?

4

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

Fasa 4 – Penilaian ( 10 minit)
1. Guru menyediakan permainan kuiz interaktif melalui komputer

2. Guru memantau latihan kuiz murid
3. Setelah murid menjawab soalan kuiz, berbincang tentang jawapan kuiz tersebut.

5

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

KESUKARAN DALAM TOPIK PIKTOGRAF
Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus,
peraturan-peraturan langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan
(Short & Spanos 1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus,
walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai
maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik.

Setiap pelajar secara

amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi latar belakang keluarga
dan pergaulan. Guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman

yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru
sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak
diperbetulkan makan ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin
disampaikan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya rancang ini dijangkakan akan
menimbulkan sedikit kesukaran pelaksanaannya. Jangkaan saya kesulitan akan timbul
dari aspek pengurusan masa dan kawalan kelas pada aktiviti fasa 3 dan Fasa 4. Agihan
masa yang diperuntukkan mungkin berbeza daripada yang dirancang dan kawalan kelas
mungkin akan menjadi kurang terkawal kerana murid akan menjadi bising kerana
keseronokkan mereka memilih watak animasi yang digemari dan keterujaan mereka
hendak mengetahui pilihan rakan-rakan yang lain pada aktiviti Fasa 3. Sementara aktiviti
pada Fasa 4, yang melibatkan penggunaan komputer dan multimedia untuk permainan
kuiz interaktif memang digemari murid-murid. Murid akan berebut dan menjadi aktif untuk
menjawab soalan kuiz ini. Kedua-dua permasalahan ini berkait rapat kerana apabila
kawalan kelas kurang terkawal, guru perlu mengambil masa menenangkan keadaan
kelas agar aktiviti yang dirancang berjalan lancar.
Oleh yang demikian, sebagai langkah mengatasinya, saya perlu menegaskan
pada murid tentang peraturan permainan iaitu aspek disiplin. Dari semasa ke semasa,
murid diingatkan dan diberi amaran tentang disiplin dan kerjasama kumpulan.
Selain kesukaran perlaksaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dijangkakan berlaku, kesukaran lain yang akan dihadapi ialah miskonsepsi murid dalam
mempelajari topik piktograf ini. Di dalam piktograf, data yang ditunjukkan atau diwakilkan
melalui simbol atau gambar. Oleh yang demikian miskonsepsi yang selalu dihadapi oleh
murid adalah berkaitan menginterpretasi data daripada piktograf. Kesilapan sering

6

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata, berbeza saiz dan ruang
diantara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid tersalah kira bilangan
perwakilan simbol. Tambahan pula, jika murid yang selalu mengambil jalan mudah
mengira perwakilan simbol dengan hanya memerhati ruang di antara simbol kemudian
membuat anggaran bilangan simbol pada baris yang berikutnya tanpa melihat dengan
teliti. Justeru itu, untuk mengatasi miskonsepsi ini, murid-murid hendaklah selalu
diingatkan agar meneliti setiap perwakilan perwakilan simbol dan sentiasa merujuk
kekunci yang diberi.


Saiz simbol dan ruang
yang tidak sama
besar dengan simbol
pada baris lain

Disamping itu miskonsepsi yang sering berlaku dalam topik piktograf ini adalah
kesilapan menginterpretasi data yang melibatkan simbol atau gambar yang diwakili
sebahagian(pecahan) bilangan item. Murid yang lemah dalam penguasaan fakta asas
akan menghadapi kesukaran mengira jumlah bilangan perwakilan simbol. Oleh yang
demikian, cara mengatasi kesukaran ini guru boleh menggalakkan murid mengira
bilangan perwakilan hanya dengan fakta asas sahaja tanpa melibatkan operasi pecahan.
Lihat contoh di bawah :

Miskonsepsi:
Cara mengatasi:
Simbol yang mewakili
Kira bilangan(pecahan)
item
sebahagian
menggunakan

operasi
bilangan item.Simbol
yang
mudah
iaitu
ini menunjukkan ¾
bahagi
daripada 1000 iaitu
750
1000  4 = 250

7

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

Diharap aktiviti yang dirancang ini akan mencapai hasil pembelajaran yang
diingini dan kesukaran yang dijangkakan akan dapat di atasi dan berjaya menarik minat
murid mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Pendekatan
belajar sambil bermain seperti permainan kuiz interaktif ini diharap akan menimbulkan
minat murid untuk mempelajari matematik yang seringkali diberi tanggapan sebagai
mata pelajaran yang susah. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan
membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak
bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan
memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Menurut
pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri
dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya
mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
pendidikan matematik masa kini. Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru
berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan yang berguna
untuk diaplikasi dalam kehidupan seharain mereka.

8

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

RUJUKAN
Kennedy, L.M, & Tipps, S.(2011). Guilding Children’s Learning Mathematics. (12th) Ed).
Bermont: Wadsworth.
Wan Yusuf Wan Ngah, Lee Gik Lan & Rabiyah Fakir Mohd. (2011). Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Buku Teks,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr. Jamil Ahmad, Norlia Goolamally, Norhashimah Saad. (11 – 12 OKT 2008). Kertas
Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik, Miskonsepsi Matematik –
Satu Refleksi : Jabatan Pendidikan Negeri Johor

http://www.softschools.com/math/data_analysis/pictograph/games/

http://www.proprofs.com/quiz-school/story.php?title=piktograf

9

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

10