KESESUAIAN PENGHASILAN ALAT BAHAN BANTU

KESESUAIAN PENGHASILAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM)
DALAM BENTUK MICROSOFT POWER POINT BAGI KURSUS P5127,
KEWANGAN PERNIAGAAN UNTUK PELAJAR SEMESTER LIMA DIPLOMA
PENGURUSAN PERNIAGAAN DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI, PULAU
PINANG

Faizah Binti Sahbudin
Muhammad Nazri Bin Abdul Halim
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan serta menilai penghasilan alat bahan bantu
mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft Power Point bagi kursus P5127, Kewangan
Perniagaan. ABBM dibina bersesuaian dengan isi kandungan kursus tersebut di Politeknik
Malaysia dan mesra pengguna. Cadangan kajian ini melibatkan pelajar semester lima
Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang sebagai
sampel kajian. Dua instrumen kajian akan digunakan di dalam kajian ini iaitu alat bahan
bantu mengajar dalam bentuk Microsoft Power Point bagi kursus P5127, Kewangan
Perniagaan dan borang soal selidik. Data yang dikumpul dan dianalisis dengan
menggunakan program Statistics Package For Social Sciences (SPSS) melibatkan Descriptive

Statistics untuk mendapatkan nilai frekuensi, min dan sisihan piawai. Pengkaji berharap agar
ada usaha penambahbaikan di masa akan datang bertujuan untuk meningkatkan lagi ABBM
dalam bentuk Microsoft Power Point ini dan boleh diaplikasikan dan diguna pakai di
Politeknik Seberang Perai.

Kata Kunci: Alat Bahan Bantu Mengajar, Kewangan Perniagaan, Politeknik Seberang Perai,
Pulau Pinang

1

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai (PSP) menawarkan pengajian untuk
program Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS) yang mewajibkan pelajar untuk mengambil
kursus P5127, Kewangan Perniagaan pada semester lima. Pra syarat untuk mengambil kursus
ini adalah pelajar perlu lulus kesemua kursus semester sebelumnya. Di akhir kursus ini,
pelajar akan dapat mempelajari dan memahami peranan pengurusan kewangan, pengurus
kewangan dan objektif firma, mengetahui perbezaan di antara objektif memaksimumkan

keuntungan dan objektif memaksimumkan kekayaan serta pengukur pencapaian objektif
firma, mempelajari dan memahami konsep dan ukuran pulangan serta risiko dan menjelaskan
hubungan antara risiko dan pulangan, menyelesaikan nisbah-nisbah kewangan mengikut
kategori dan kegunaan nisbah-nisbah kewangan serta had-had penggunaannya, mempelajari
dan memahami polisi-polisi modal kerja, pengurusan tunai dan sekuriti boleh pasar,
pengurusan penghutang dan pengurusan inventori, mempelajari dan memahami jenis-jenis
kredit jangka pendek dan kos pembiayaan kredit dan lain-lain lagi yang melibatkan kewangan
dalam dan luar negara.
Pengkaji telah ditugaskan oleh Ketua Jabatan Perdagangan untuk mengajar pelajar
Diploma Pengurusan Perniagaan semester lima untuk mengajar subjek Kewangan Perniagaan.
Sepanjang satu semester, sebanyak 7 topik yang diajar, pengkaji merasakan topik 6 yang
bertajuk Belanjawan Modal adalah tajuk yang agak sukar bagi pelajar Diploma Pengurusan
Perniagaan kerana topik 6 yang melibatkan sedikit topik daripada subjek Perakaunan.
Memandangkan para pelajar tersebut yang bukan pelajar jurusan perakaunan, mereka cuma
belajar asas sahaja semasa semester 1 iaitu Perakaunan Awalan 1 berbanding dengan pelajar
Diploma Perakaunan yang mempelajari subjek perakaunan bermula semester 1 hingga
semester 6, pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan agak sukar untuk menerima topik
tersebut berbanding topik lain. Pengkaji turut mendapati bahawa pelajar sukar untuk
mengemas kini nota yang diberi oleh pensyarah. Pelajar juga merasakan bebanan dengan
membawa nota ke kuliah. Pelajar juga akan cepat bosan dengan kaedah pengajaran pensyarah

yang hanya membawa pen marker dan papan putih sebagai ABBM utama pensyarah.

1.1 Pernyataan Masalah
Hasil perbincangan masalah di atas didapati bahawa untuk sesetengah topik yang
memerlukan pemahaman yang kuat dan sukar tidak diberikan bantuan dan penumpuan yang
lebih di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang tidak faham akan terus tidak
faham kerana telah ketinggalan dan ini akan mendatangkan masalah apabila pensyarah
menyambung dan meneruskan ke topik yang seterusnya. Kaedah pembelajaran lazimnya
tertumpu semasa waktu kuliah dijalankan dan selepas waktu tersebut pelajar terpaksa
membuat pelbagai rujukan, menyalin semula nota kuliah, mencari bahan bacaan dan membuat
nota ringkas. Aktiviti menyalin nota semasa kuliah juga akan mengganggu tumpuan pelajar
terhadap pengajaran yang disampaikan dan ini akan memberikan kesan yang negatif terhadap
keberkesanan pembelajaran.

2

Jadual 1 menunjukkan statistik pelajar yang gagal kursus P5127, Kewangan
Perniagaan bagi sesi Julai dan Disember 2010 Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang
Perai untuk program Diploma Pengurusan Perniagaan dan program Diploma Perakaunan.


BILANGAN PELAJAR GAGAL
DISEMBER 2010
Perniagaan 14 (12.17%)

BIL
1

KURSUS
Diploma Pengurusan
(DBS)

2

Diploma Perakaunan (DAT)

2 (2.2%)

JULAI 2010
7 (9.2%)
4 (4.4%)


Jadual 1.1: Statistik pelajar yang gagal kursus P5127, Kewangan Perniagaan

Berdasarkan jadual 1, didapati bilangan pelajar yang gagal kursus P5127 Kewangan
Perniagaan bagi sesi Disember 2010 adalah seramai 14 orang manakala pada sesi Julai 2010
adalah seramai 7 orang. Hasil perbandingan dibuat, kursus Kewangan Perniagaan
menunjukkan kadar kegagalan pelajar yang tinggi bagi program DBS berbanding pelajar dari
DAT. Justeru, kajian ini dipilih oleh pengkaji untuk dijalankan di PSP dengan harapan ia
dapat membantu mengurangkan kadar kegagalan ini.

1.2 Persoalan Kajian

Kajian ini mempunyai dua persoalan kajian iaitu;
1. Sejauh manakah penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) iaitu nota dalam
bentuk Microsoft Power Point bersesuaian dengan isi kandungan kursus P5127,
Kewangan Perniagaan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang?
2. Adakah nota dalam bentuk Microsoft Power Point yang dihasilkan adalah mesra
pengguna dalam proses pembelajaran mereka di Politeknik Seberang Perai, Pulau
Pinang?


1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, penyelidikan ini mempunyai dua
objektif iaitu:
1. Menghasilkan alat bahan bantu mengajar iaitu nota dalam bentuk Microsoft Power
Point untuk kursus P5127, Kewangan Perniagaan yang sesuai digunakan bagi tujuan
pembelajaran pelajar.

3

2. Membuat penilaian terhadap penghasilan nota dalam bentuk Microsoft Power Point
samada bersesuaian dari aspek kesesuaian isi kandungan dan mesra pengguna.

1.4 Cadangan Perlaksanaan

Cadangan kajian ini akan dilaksanakan pada sesi Jun 2011.

1.5 Kekangan

Kajian ini hanyalah difokuskan kepada responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar

yang akan mendaftar kursus P5127, Kewangan Perniagaan pada semester Jun 2011 di
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Memandangkan pemilihan adalah terhad kepada
sebuah Politeknik sahaja, maka segala kenyataan dan dapatan yang diperoleh daripada hasil
penyelidikan ini hanya boleh diguna pakai dalam kajian ini sahaja.

1.6 Definisi Istilah dan Pengoperasian

Di dalam kajian ini, pelbagai istilah perlu diperjelaskan.
i. Isi kandungan
Di dalam kajian yang akan dilaksanakan ini, isi yang terkandung di dalam penghasilan
nota dan soalan latihan perlu bersesuaian dengan silibus kursus P5127, Kewangan Perniagaan
supaya menepati objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P).
ii. Mesra Pengguna
Menurut Ian Smissen daripada petikan Muhammad Nazri (2003), mesra pengguna
merujuk kepada sesuatu kursus yang mengandungi ciri-ciri yang mudah digunakan untuk
mencapai maklumat.
iii. Penghasilan
Menurut Noresah Baharom (1993), penghasilan adalah usaha menghasilkan atau
mengeluarkan sesuatu.


iv. Alat bahan bantu mengajar (ABBM)
Menurut Ismail Adnan (1994) alat bahan bantu mengajar adalah segala kelengkapan
yang digunakan oleh guru untuk membantu menyampaikan pengajaran di bilik darjah.
4

v. Pembelajaran
Menurut Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya “ The Condition of learning” dalam
Mok Soon Sang (2001) mendefinisikan pembelajaran sebagai hasil daripada sesuatu organism
untuk memenuhi keperluannya dan pembelajaran terdiri daripada perubahan-perubahan di
dalam sistem saraf semasa organism ini melakukan sesuatu untuk menghasilkan keputusan
atau kesimpulan.
vi. Kursus P 5127, Kewangan Perniagaan.
Kursus wajib bagi pelajar Diploma Pengurusan perniagaan semester 5. Kursus ini
mendedahkan kepada pelajar tentang sistem kewangan yang diamalkan secara global dan
bagaimana keuntungan yang maksimum dapat diagihkan kepada pemegang saham dan firma.
Kursus ini meliputi teori yang hanya 25 peratus dan pengiraan 75 peratus.

1.7 Kesimpulan
Kertas kerja ini adalah satu cadangan kepada Jabatan Perdagangan, Politeknik
Seberang Perai untuk penghasilan alat bahan bantu mengajar dalam bentuk Microsoft Power

Point P5127, Kewangan Perniagaan untuk digunapakai oleh pensyarah kursus di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas. Diharap dengan berjayanya penghasilan
ABBM ini dapat mengurangkan peratus kegagalan pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan di
dalam kursus tersebut.

5

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Sorotan Kajian
Kajian penyelidikan bertujuan untuk membangunkan serta menilai penghasilan alat
bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft power point bagi kursus P5127,
Kewangan Perniagaan telah dilakukan oleh Muhammad Nazri (2007) di Politeknik Kuching
Sarawak mendapati bahawa kaedah pengajaran kebanyakan pensyarah di Politeknik tersebut
sehingga kini masih lagi menggunakan papan putih dan pen marker sebagai alat bahan bantu
mengajar (ABBM) mereka yang utama. Malah, penggunaan Overhead Projector (OHP) juga
masih diguna pakai. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa masih lagi terdapat kekurangan
ABBM di dalam membantu proses pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar di
politeknik tersebut. Pengkaji turut mendapati bahawa terdapat segelintir pensyarah di
Politeknik Kuching Sarawak ini tidak cekap di dalam sistem pengurusan nota kuliah. Menurut

pengalaman pengkaji, nota kuliah yang disimpan adalah tidak teratur dan tidak tersusun.
Sorotan kajian yang diperoleh oleh Musa (1995), menyatakan bahawa pelbagai alat
bahan bantu mengajar digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran tetapi yang
paling popular digunakan ialah transparensi, papan putih dan slaid. Fenomena ini wujud
disebabkan oleh kekurangan bahan, kekurangan peralatan, peralatan yang selalu rosak dan
pensyarah tidak berkemahiran. Disebabkan masalah tersebut dipandang serius oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak 79% responden bersetuju untuk mengikuti
kursus yang berkaitan dengan pengendalian dan penyediaan alat bahan bantu mengajar untuk
pengajaran.
Sorotan kajian yang diperoleh oleh Muhammad Zaki (2000), menyatakan bahawa
penggunaan teknologi yang optimum membantu meningkatkan prestasi akademik serta
menyokong keupayaan pencapaian penerima pasif sebaliknya penggunaan teknologi dapat
melatih pelajar-pelajar mahir berfikir secara kreatif dan inovatif serta berdikari dalam
menghadapi cabaran dalam proses pembelajaran.
Sorotan kajian yang diperoleh oleh Che Hafizie Bin Che Hassan (2010), menyatakan
bahawa pelajar-pelajar yang disoal selidik peka terhadap penggunaan Kursus dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Dapatan juga menunjukkan penggunaan
Kursus dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar serta dapat memberikan kefahaman
yang lebih mendalam terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Sorotan kajian yang diperoleh oleh Abu Safian bin Amir dan Prof. Dr. Supli Effendi

Rahim (2010), menyatakan bahawa wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan
Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajar merupakan
salah satu cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap kemahiran hidup. Dalam
pemilihan bahan pula, faktor ciri dan jenis bahan bantu mengajar juga perlu diambil kira dan
diberi perhatian oleh pihak guru.

6

Melalui sorotan di dalam teori ini (Slavin, 1997), iaitu Zon Perkembangan Proximal
(ZPD) dan bantuan (Scaffolding). ZPD merupakan suatu kemampuan untuk pemecahan
masalah secara sendiri di bawah pimpinan orang dewasa atau melalui kerjasama dengan
teman sejawat yang lebih berketerampilan. Zon perkembangan proximal ini berbeza antara
individu. Tahap perkembangan zon ini dapat dilihat berdasarkan rajah 2.1 .

Rajah 2.1: Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan (Scaffolding)

Menurut Vygotsky, ZPD adalah merupakan jarak antara peringkat perkembangan
sebenar semasa ditentukan oleh ‘problem-solving’ yang perlu dilakukan secara berdikari dan
peringkat perkembangan yang berpotensi semasa ditentukan di bawah bantuan orang dewasa
atau semasa bekerjasama dengan rakan sebaya yang lebih berupaya melalui “problemsolving”. Dengan perkataan lain, seseorang pelajar dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan
bantuan orang yang lebih dewasa atau kerjasama dengan rakan sebaya, tetapi tidak secara
bersendirian. Zon ini membezakan apa yang para pelajar telah ketahui dengan apa yang
mereka perlu tahu. ZPD membayangkan bahawa para pelajar perlu didedahkan kepada
situasi-situasi yang tertentu yang membolehkan mereka merangka sesuatu konsep yang amat
berguna di samping mendapat bantuan daripada rakan sebaya yang lebih cekap, guru atau
artefak. Menurutnya, interaksi dengan rakan sebaya dan persekitaran adalah penting untuk
memudahkan pertumbuhan kognitif dan pengetahuan seseorang pelajar. ZPD berlaku
mengikut tahap individu dan boleh juga memasukkan artefak seperti buku, komputer dan lainlaian bahan ilmiah untuk menjadi rujukan para pelajar. Oleh yang demikian, kemahiran yang
diberikan oleh seseorang guru hendaklah disediakan disebalik persekitaran aktiviti yang telah
disusun agar para pelajar boleh membuat penemuan sendiri.

7

Oleh itu, kajian penyelidikan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk membangunkan
serta menilai penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft Power
Point bagi kursus P5127, Kewangan Perniagaan di Politeknik seberang Perai seperti yang
telah dilakukan oleh Muhammad Nazri (2007) di Politeknik Kuching Sarawak.
Hasil penyelidikan beliau di Politeknik berkenaan telah menunjukkan bahawa
penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft Power Point yang
dibangunkan telah mendapat keputusan yang memuaskan. Bagi persoalan kajian beliau iaitu
untuk mengetahui sejauh manakah penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) iaitu nota
dalam bentuk Microsoft Power Point bersesuaian dengan isi kandungan kursus P5127,
Kewangan Perniagaan di Politeknik, para responden memberikan maklum balas yang positif
iaitu mempunyai nilai purata skor min 4.73. Dapatan kajian menunjukkan dengan jelas
bahawa alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan isi
kandungan kursus tersebut di Politeknik.

8

Bab 3 METODOLOGI
Seterusnya akan menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan reka bentuk
kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian dan instrumentasi kajian.

3.0 Pendahuluan
Kajian penyelidikan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk penghasilan alat bahan
bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft Power Point bagi kursus P5127, Kewangan
Perniagaan di Politeknik Seberang Perai.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Objektif kajian yang disediakan akan menjadi panduan kepada pengkaji dalam
menentukan reka bentuk kajian yang dijalankan. Reka bentuk kajian ini membolehkan
pengkaji menjawab persoalan kajian secara tepat, jelas dan teratur. Pengkaji akan
menggunakan kaedah eksperimental iaitu kajian ke atas sekelompok pelajar yang sama untuk
diuji.
3.2 Lokasi kajian
Kajian dilakukan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang yang ada menawarkan
kursus Diploma Pengurusan Perniagaan yang mengandungi kursus P5217, Kewangan
Perniagaan untuk pelajar semester lima.
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi cadangan penyelidikan ini terdiri daripada pelajar semester lima kursus
Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Responden
dipilih kerana mereka mempelajari kursus P5217, Kewangan Perniagaan di semester lima.
Populasi adalah berdasarkan senarai yang diperoleh dari pihak Politeknik berkenaan.
3.5 Tatacara Pelaksana Kajian

Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dan pemerhatian
untuk mendapatkan maklumat

Pengkaji telah mengedar borang soal selidik kepada responden

9

Responden telah diberi tempoh selama satu minggu untuk menjawab soalan borang soal
selidik

Pengkaji telah mengumpul semula borang tersebut daripada responden

Hasil daripada kajian telah diproses menggunakan perisian
Statistical Program for Social Sciences (SPSS)

Kesimpulan/rumusan kepada hasil kajian yang telah dibuat dan cadangan
pembangunan telah dikemukakan

Rajah 3.5 : Carta Alir Tatacara Pelaksanaan Kajian

Carta aliran tersebut menunjukkan tatacara pelaksanaan kajian di mana ianya akan
memudahkan pengkaji menjalankan kajian yang lebih teratur berdasarkan konstruk yang telah
dikaji.

3.6 Instrumentasi Kajian
Di dalam kajian ini terdapat dua instrumen yang digunakan oleh pengkaji iaitu alat
bahan bantu mengajar (ABBM) dan borang soal selidik.

Pengkaji telah menggunakan kaedah melalui penggunaan soal selidik. Instrumen
soalan kajian telah dipetik dan di adaptasi dari kajian Faizah Sahbudin, Muhammad Nazri,
Pensyarah, Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak bertajuk “Kajian Terhadap
Implikasi Scaffolding Modul P5127, Kewangan Perniagaan Terhadap Mutu Pengajaran Dan
Pembelajaran Pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan Politeknik Kuching Sarawak”.
Beberapa soalan telah diubah suai mengikut kesesuaian dengan tajuk kajian ini.

10

3.6.1 Soal Selidik
Pengkaji akan menggunakan kaedah soal selidik dalam melaksanakan kajian ini.
Borang soal selidik akan diedarkan kepada sampel berdasarkan 3 bahagian iaitu Bahagian A.
B dan C. Bahagian A akan menggunakan soalan tertutup pada bahagian demografi.
Responden hanya memilih jawapan yang disediakan atau disenaraikan oleh pengkaji, dan
tidak perlu memberi input peribadi. Contohnya seperti jantina, bangsa dan aliran sekolah
menengah. Manakala bahagian B pula akan mengkaji persoalan kajian. Pengkaji akan
menganalisis item-item yang terkandung di dalam borang soal selidik dengan menggunakan
analisis deskriptif berdasarkan skor min. Nilai min untuk setiap item diperoleh terlebih dahulu
manakala nilai skor min bagi keseluruhan item bagi setiap bahagian akan dianalisis bagi
tujuan membuat kesimpulan dan akan memberi gambaran terhadap hasil kajian yang
dijalankan. Bagi memudahkan untuk menganalisis item-item, penyelidik telah menggunakan
kaedah tanda aras untuk menilai hasil dapatan soal selidik. Kaedah ini diperoleh daripada
Malisa Othman (2002) adalah seperti berikut:
Bil
1
2
3
4
5

Tanda Aras
Sangat Tidak Setuju (STS)
Tidak Setuju (TS)
Kurang Setuju (KS)
Sangat Setuju (SS)
Setuju (S)

Skala
0.1 - 1
1.1 - 2
2.1 - 3
3.1 - 4
4.1 - 5

Keputusan
Sangat Negatif
Negatif
Kurang Setuju
Positif
Sangat Positif

Jadual 3.6.1 : Skala Likert

Manakala di bahagian C pula, pengkaji akan menggunakan soalan terbuka untuk
bahagian C. Responden bebas untuk menentukan jawapan yang akan diisikan dalam ruang
yang disediakan oleh penyelidik, dimana responden akan menjawab dengan menggunakan
perkataan sendiri. Pengkaji menggunakan ruangan kosong untuk jawapan yang akan ditulis
oleh responden. Ini memberikan peluang untuk responden memberikan pandangan ataupun
jawapan yang sebenarnya, tanpa sebarang panduan atau di dorong oleh pengkaji.

3.7

TATACARA PEMPROSESAN DATA-SPSS

Pengkaji telah menggunakan perisian “Statistical Program For Social Sciences ”
(SPSS) untuk memproses data dan maklumat yang telah diperolehi. Perisian SPSS diperlukan
oleh pengkaji untuk memasukkan data yang telah dikumpul supaya data tersebut dapat
dianalisis dengan lebih terperinci. Selain itu, perisian SPSS juga telah memudahkan pengkaji
memasukkan data dengan lebih mudah dan tersusun.

11

3.8 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik dalam kajian ini.
Populasi dan sampel kajian ialah pelajar semester 5, Diploma Pengurusan Perniagaan yang
akan mengambil kursus P5127, Kewangan Perniagaan. Lokasi kajian adalah di Politeknik
Seberang Perai. Borang soal-selidik akan di edarkan kepada dan akan di proses dan
kemudiannya dianalisis melalui sistem SPSS. Satu kesimpulan daripada hasil SPSS telah
dibuat sama ada kajian ini berjaya ataupun tidak.

12

Bibliografi
Abu Safian,A. dan Prof. Dr. Supli Effendi Rahim. (2010). Perhubungan Antara Alat Bantu
Mengajar Dengan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah.
Che Hafizie. C. (2010). Keberkesanan Penggunaan Kursus Sebagai Alat Bantu
Mengajar(ABM) Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Di Sekolah.
Ismail Adnan. (1994). Komputer dalam Pendidikan. Berita Kurikulum Jilid 7. bil. 1 :
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Laporan Statistik Pencapaian Pelajar Jabatan Perdagangan sesi Januari, Julai & Disember
2010, Unit Peperiksaan, Politeknik Seberang Perai.
Malisa Othman. (2002). Penggunaan Laman Web di Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Subjek Pelancongan Rekreasi (H 310). Satu Tinjauan di Kalangan Pelajar
Pengurusan Pelancongan, Politeknik Johor Bharu, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn.
Mok Soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1.
Subang Jaya. Berita Publishing Sdn. Bhd.
Muhammad Nazri Abdul Halim. (2003). Penghasilan dan Penilaian Video Dokumentari
Pendidikan Dalam Bentuk CD-ROM Bagi Subjek ‘Aspek Gelagat Pengguna’
Untuk Tajuk Konsumerisme Bagi Pelajar Semester 5 Di Politeknik Port Dickson.
Muhammad Nazri Abdul Halim, Faizah Binti Sahbudin. (2007).“Kajian terhadap implikasi
Scaffolding kursus P5127, Kewangan Perniagaan terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran
pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan Politeknik Kuching Sarawak”
Muhammad Zaki Ab. Muluk. (2000). Tahap Pengetahuan dan Penggunaan Internet
dalam Mencari Maklumat di Kalangan Pelajar Tahun Satu Diploma Kejuruteraan di ITTHO.
Institut Teknologi Tun Hussein Onn : Kajian Kes Sarjana Pendidikan.
Musa Abu Hassan. (1995). Penggunaan Video Untuk Menyebarkan Maklumat
Pertanian: Satu Kajian Eksperimen. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pengembangan dan
Komunikasi, Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Putra Malaysia,
Serdang.
Noresh Baharom. (1993). Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
S. Mok Soon. (2003). Percetakan Sentosa (K.L) Sdn. Bhd. Peperiksaan Penilaian Tahap
Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru, Bahagian 1; Kompetensi Profesional.
Smissen Ian. (2002). Reguirements for Online Teaching and Learning at Deakin
University : A Case Study.

13

LAMPIRAN A : BORANG SOAL SELIDIK

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, mini penyelidikan ini mempunyai
objektif iaitu:
1. Menghasilkan alat bahan bantu mengajar iaitu nota dalam bentuk Microsoft Power
Point kursus P5127, Kewangan Perniagaan yang sesuai digunakan bagi tujuan
pembelajaran pelajar.
2. Membuat penilaian terhadap penghasilan nota dalam bentuk Microsoft Power Point
samada bersesuaian dari aspek kesesuaian isi kandungan dan mesra pengguna.

BAHAGIAN A : BUTIR PERIBADI RESPONDEN

1) Jantina

:

Lelaki
Perempuan

(
(

2) Bangsa

:

Melayu
(
)
Cina
(
)
India
(
)
Lain-lain
(
)
Nyatakan_______________________

3) Aliran sekolah menengah: Sains
Sastera
Perdagangan
Lain-lain

(
(
(
(

)
)

)
)
)
)

Nyatakan_______________________

14

BAHAGIAN B : PENILAIAN KE ATAS ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR
(ABBM) NOTA DALAM BENTUK POWER POINT
Petunjuk :
5
4
3
2
1

Sangat Setuju (SS)
Setuju (S)
Kurang Setuju (KS)
Tidak Setuju (TS)
Sangat Tidak Setuju (STS)

1. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN
NO. SOALAN
STS
1.
Mempunyai
penulisan
isi
memenuhi
keperluan sukatan.
2.
Memperkembangkan
isi
dan
mudah
difahami.
3.
Mencapai objektif yang disarankan.
4.

Bersesuaian dengan tahap pelajar.

5.

Penggunaan bahasa yang mudah, arahan
yang ringkas dan padat.

TS

KS

S

SS

2. MESRA PENGGUNA
NO. SOALAN

STS

1.

Mempunyai arahan yang jelas.

2.

Bebas menggunakan pada bila-bila masa.

3.

Mudah digunakan.

4.

Selesa digunakan

5.

Terdapat panduan pengguna yang jelas.

TS

KS

S

SS

BAHAGIAN C – KOMEN DAN ULASAN UMUM
Sila berikan komen / ulasan umum dan cadangan tentang alat bahan bantu mengajar (ABBM)
iaitu nota dalam bentuk Microsoft Power Point kursus P5127, Kewangan Perniagaan yang
telah dihasilkan.

15

KOMEN DAN ULASAN UMUM
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………
CADANGAN :
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………..
Ribuan terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang telah diberikan.

“KESESUAIAN PENGHASILAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM)
DALAM BENTUK MICROSOFT POWER POINT BAGI KURSUS P5127,
KEWANGAN PERNIAGAAN UNTUK PELAJAR SEMESTER LIMA DIPLOMA
PENGURUSAN PERNIAGAAN DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI, Pulau
Pinang”
Faizah Binti Sahbudin
Muhammad Nazri Bin Abdul Halim
Jabatan Perdagangan,
Politeknik Seberang Perai,
Pulau Pinang.
Pej: 04-5383322
Faks:04-5389266
HP:019-8851976, 019-4791978
[email protected]
[email protected]
[email protected]

16