Kata pengantar contoh kata (30)

Apabila kita menyebut tentang kristianisasi, maka ia tidak boleh berpisah dengan golongan
Evangelis. Persoalan pokoknya di sini, adakah kita memahami apakah yang dimaksudkan
dengan kristianisasi dan Evangelis? Adakah benar ia sekadar mainan politik untuk menakutnakutkan orang Islam di negara kita?
Kristianisasi secara umumnya membawa maksud proses mengajak seseorang kepada
agama Kristian, ataupun mencairkan pegangan orang dan mengeluarkan mereka daripada
agama asal tanpa perlu memeluk agama Kristian.
Samuel Zweimer, pengasas pertubuhan Kristian Amerika di Semenanjung Arab pernah
berkata, “Sejarah telah membuktikan bahawa orang Islam tidak akan menjadi seorang
Kristian yang hakiki akan tetapi matlamat kita adalah untuk mengeluarkan mereka daripada
agama Islam supaya mereka menjadi Mulhid (tidak bertuhan) dan menjadi penentang
kepada agama mereka sendiri.” Katanya lagi,“Sesungguhnya tujuan missionary Kristian ini
adalah untuk menghapuskan Islam dan memperhambakan orang Islam.” Dalam bahasa
Inggeris, ia dikenali sebagai ‘Christian Missionary’ dan ia dipelopori oleh golongan Kristian
yang lebih sinonim dengan gelaran Evangelis.
Dalam konteks Malaysia, kita boleh lihat mazhab-mazhab Kristian bersatu dalam satu
pertubuhan. Di samping menjaga kebajikan penganut mereka, pertubuhan ini juga
mempunyai agenda menyebarkan ajaran Kristian di seluruh Malaysia.
Antara persatuan yang bergerak aktif melakukan misi kristianisasi ini adalah National
Evangelical Christian Fellowship Malaysia (NECF). NECF dianggotai oleh beberapa gereja di
Malaysia dan mazhab mereka berorientasikan evangelical. NECF merupakan salah satu
organisasi yang kuat menentang larangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa

Melayu. NECF juga secara jelas menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk
menyebarkan fahaman Kristian.
Mereka sangat bersungguh-sungguh dalam menjayakan misi mereka. Antara perkara yang
telah mereka lakukan adalah mewujudkan Suruhanjaya Evangelisme. Tugas suruhanjaya ini
adalah untuk membantu gereja-gereja untuk menyusun strategi dan cara-cara melalui
perundingan, penyelidikan dan dokumentasi maklumat yang berkaitan dengan misi mereka
dan evangelisme. Mereka juga banyak melakukan kempen, antaranya adalah kempen
Malaysia MyHome yang mengajak semua gereja di Malaysia untuk turun dan menyampaikan
mesej Jesus. Hanya risalah yang berbahasa Melayu sahaja yang menggunakan kalimah
Allah. Antara kempen kontroversi lain yang dianjurkan mereka adalah kempen Malaysian
National Prayer Network (MNPN).

Selain itu, antara organisasi besar Kristian yang giat dalam usaha ini adalah Christian
Federation of Malaysia(CFM). Persatuan ini tertubuh pada tahun 1986 dan berjaya

menyatukan 40 mazhab gereja terbesar termasuk Roman Katolik. Antara organisasi yang
berpayung di bawahnya termasuklah NECF yang berorientasikan Evangelical, Council
Churches of Malaysia (CCM) yang mewakili Protestan dan Roman Catholic Church yang
mewakili Katolik.
CFM dianggap unik kerana berjaya membawa Mazhab Katolik bersama mazhab lain. Antara

resolusi perhimpunan CFM pada bulan Febuari 1987 adalah meramaikan ahli politik dari
kalangan pemimpin Kristian. Mereka ini wujud dalam parti pembangkang mahupun parti
pemerintah, bahkan ada di antara mereka menjawat jawatan menteri dalam kabinet. Selain
itu, dalam sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2012 yang ditulis oleh Bishop Datuk Ng Moon
Hing, Pengerusi CFM menyeru supaya umat Kristian mengundi kerajaan yang akan
membentuk sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk
menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa
sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.
Ini bertentangan sama sekali dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
hari ini.
Council Churches of Malaysia (CCM) juga adalah satu badan organisasi yang bernaung di
bawah CFM. CCM telah ditubuhkan sejak dari tahun 1948 dengan nama Malayan Christian
Council (MCC). Ia menukar namanya kepada CCM pada tahun 1965. CCM dianggotai oleh
lapan mazhab yang kebanyakannya mewakili mazhab Protestan. Mereka juga mempunyai
visi yang sama dengan NECF. Antara perkara yang mereka lakukan adalah melakukan
seminar dan bengkel untuk paderi samada dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau
bahasa Mandarin.