Tinjauan Awal Program Rintis School Impr
Tinjauan Awal Persepsi School Improvement Specialist Coach Plus (SISC+):
Perkembangan, Cabaran dan Espektasi
Dr. Ng Kee Chuan
Dr. Choong Lean Keow
Dr. Norizan Binti Ahmad
Dr. Lam Kah Kei
Siti Mariam Sulaiman
I. Pengenalan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) adalah suatu perancangan
perdana untuk membawa transformasi jangka panjang dalam sistem pendidikan di
negara Malaysia. Merujuk kepada PPPM 2013 – 2025, Anjakan 6 : Mengupaya JPN,
PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan,
iaitu mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang
sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 2014. Inisiatif 54 iaitu
Program Transformasi Daerah menyenaraikan empat (4) kerangka utama sebagai
penyelesaian penambahbaikan prestasi sekolah iaitu:
1.
2.
3.
4.
Perubahan peranan JPN dan PPD
Sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah
Dashboard dan ranking baharu
Dialog prestasi di semua peringkat
Di bawah kerangka sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah,
pihak pusat telah merekabentuk satu penyelesaian iaitu dengan melantik
pembimbing guru sepenuh masa (SISC +) untuk memberikan sokongan daripada
PPD kepada sekolah. Peranan pembimbing guru sepenuh masa (SISC +) ini adalah
antaranya melaksanakan lawatan bimbingan ke sekolah, memastikan tahap
pelaksanaan dasar dan program KPM dijalankan di sekolah, meningkatkan tahap
profesionalisme, pengetahuan, kemahiran dan sikap diri masing-masing dan
merancang dan menyelaras pelaksanaan latihan untuk guru di daerah masingmasing.
Program School Improvement Specialist Coaches+ (SISC +) yang telah
dijalankan secara rintis di negeri Kedah dan Sabah mulai tahun 2013 merupakan
salah satu usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
melaksanakan program pembangunan prestasi sekolah. Program ini merupakan
salah satu subset di dalam Inisiatif Program Transformasi Daerah (DTP). Usaha ini
diharap dapat mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program
yang sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 2014. Pada
asalnya, program ini telah ditambah baik daripada Program School Improvement
Specialist Coaches (SISC) iaitu sub kepada Program Pembangunan Sekolah (SIP)
yang bertujuan untuk membantu mempertingkatkan prestasi sekolah band 6 dan 7
dan seterusnya merapatkan jurang prestasi sekolah.
Program Transformasi Sekolah adalah satu fenomena pendidikan yang
diamalkan oleh banyak negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat, Singapura
dan Jepun dalam memperkasakan sekolah sebagai learning community. Kajiankajian dalam bidang Keberkesanan Sekolah (School Effectiveness) mendapati
Pembangunan Profesionalisme Guru Berasaskan Sekolah (School-based
Profesional Development of Teachers) adalah mod Continuous Professsional
Development (CPD) yang terbaik untuk meningkatkan profesionalisme keguruan.
Program SISC + adalah School-based Training for Teachers dengan menggunakan
elemen coaching dan mentoring untuk menggalakkan partnership serta
pembelajaran kolaboratif dalam kalangan guru. Program ini dinamik sifatnya dengan
ciri-ciri keluwesan bagi memenuhi keperluan pendidikan yang sentiasa berkembang.
Dasar public-private collaboration, salah satu elemen penting dalam Program
Transformasi Kerajaan mungkin boleh menjadi pemangkin kepada pelaksanaan
program SISC + yang lebih memenuhi keperluan latihan semasa.
Jurulatih pengajaran (SISC+) yang dipilih dan dilantik adalah terdiri daripada
guru-guru cemerlang, guru-guru sumber dan penyelia pengajaran dan pembelajaran.
Jurulatih pengajaran ini bertanggungjawab untuk melaksanakan coaching dan
mentoring kepada kumpulan pdp khususnya yang berada di sekolah-sekolah band 6
dan band 7.
Metodologi
Satu soal selidik telah digubal dan ditadbirkan secara on-line dengan menggunakan
Google Drive. Soal selidik tersebut mempunyai tiga bahagian iaitu:
Bahagian A – Butir Peribadi Perserta
Bahagian B - Tiga puluh item respon Likert Skala Lima yang berasaskan
lapan konstruk iaitu:
o Ekspektasi Guru Yang Dibimbing (GDB) terhadap SISC+
o Ekspektasi Pentadbir Sekolah (bagi sekolah-sekolah yang di bawah
bimbingan SISC+) terhadap SISC+
o Ekspektasi Pegawai Pendidikan Daerah (tempat bertugas SISC+)
terhadap SISC+
o Hubungan SISC+ dengan GDB
o Pergerakan SISC+
o Keyakinan diri / Kompetensi SISC+
o Perkembangan Profesionalisme SISC+
o Tugas-tugas SISC+
Bahagian C – Empat item respon jenis terbuka mengenai:
o
o
o
o
Spesifikasi tugas SISC+
Latihan yang diperlukan
Laluan kerjaya
Lain-lain hal yang berkaitan.
Peserta kajian dibuka kepada semua 198 SISC+ di Sabah dan 81 SISC+ di Kedah
yang terlibat dalam projek rintis SISC+. Daripada jumlah ini, 207 SISC+ telah masuk
ke laman web untuk menjawab soal selidik kajian ini. Analisis kuantitatif frekuensi
untuk item pilihan dan analisis kualitatif pencarian pola untuk item terbuka telah
diguna pakai untuk mendapat gambaran umum tentang persepsi peserta kajian
berkaitan dengan pengalaman kerja baharu mereka sebagai SISC+ di Pejabat
Pendidikan Daerah dan dalam kalangan guru-guru sekolah. Respon terbuka
daripada laman web Facebook “SISC+ Program Transformasi Pejabat Pendidikan
Daerah” (DTP), temubual dan lawatan lapangan di sekolah telah digunakan untuk
membuat verifikasi tentang persepsi SISC+ sebagai triangulasi data.
Dapatan Kajian
1. Ekspektasi Guru Yang Dibimbing (GDB) terhadap SISC+
Analisis ekspektasi pihak berkepentingan iaitu guru yang dibimbing (GDB), pihak
pentadbir di sekolah (Guru Besar dan Pengetua) dan Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah telah menunjukkan bahawa persepsi SISC+ semasa berinteraksi dengan
mereka ialah harapan yang tinggi telah ditunjukkan oleh mereka tentang peranan
SISC+.
Jadual 1 di bawah menunjukkan ekspektasi Guru yang dibimbing (GDB) terhadap
SISC+
Jadual 1
Ekspektasi Guru yang dibimbing (GDB) terhadap SISC+
tidak setuju
Count
%
B1. Guru yang saya
bimbing mempunyai
ekspektasi yang tinggi
terhadap saya sebagai
SISC+ mereka.
B2. Guru yang saya
bimbing mengganggap
saya sebagai seorang
pakar dalam mata
pelajaran yang saya
bimbing.
setuju
Count
%
sangat setuju
Count
%
5
2.4%
112
54.6%
88
42.9%
4
1.9%
115
55.6%
88
42.5%
B3. Guru yang saya
bimbing sering
mengharapkan
cadangan
penambahbaikan PdP
mereka.
B4. Guru yang saya
bimbing amat
mengharapkan input
saya mengenai
perkembangan terkini
dalam PdP.
4
1.9%
121
58.5%
82
39.6%
5
2.4%
95
45.9%
107
51.7%
Data di atas menunjukkan secara konsisten lebih daripada 90% peserta kajian
mempunyai kecenderungan untuk menanggap ekspektasi yang positif daripada
pelanggan utama mereka, iaitu guru-guru sekolah di bawah bimbingan mereka.
Dalam pada itu, SISC+ faham bahawa harapan guru-guru ialah supaya mereka
adalah menjadi pakar rujuk yang dapat membantu mereka menambah baik proses
pengajaran dan pembelajaran bertunjangkan perkembangan terkini dalam dunia
pendidikan.
Maka dengan ini, SISC+ wajar didedahkan dan diperlengkapi dengan pedagogi
abad ke-21 yang bertunjangkan:
pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (pemikiran yang menilai
kemunasabahan idea untuk dipakai dalam proses menyelesaikan masalah)
kreativiti dan inovasi (menjana idea atau konsep yang baharu atau membuat
perkaitan baharu kepad idea atau konsep yang sedia ada).
komunikasi (penukaran maklumat dengan pelbagai kaedah termasuk
penggunaan ICT)
kolaborasi (proses berstruktur di mana dua atau lebih orang bekerjasama
untuk mencapai suatu sasaran sepunya) (Partnership for 21 st Century Skills,
2013)
2. Ekspektasi Pentadbir Sekolah (bagi sekolah-sekolah yang di bawah
bimbingan SISC+) terhadap SISC+
Jadual 2: Ekspektasi Pentadbir Sekolah terhadap SISC+
sangat tidak
setuju
Count
%
B5. Pentadbir sekolah
mempunyai ekspektasi
yang tinggi terhadap
saya sebagai SISC+
mereka.
1 .5%
tidak setuju
Count
%
setuju
Count
%
2
82
1.0%
40.4
%
sangat setuju
Count
%
118
58.1
%
B6. Pentadbir sekolah
mengganggap saya
sebagai seorang pakar
dalam mata pelajaran
yang saya bimbing.
B7. Pentadbir sekolah
sering merujuk kepada
saya untuk cadangan
penambahbaikan PdP
guru-guru di sekolah
mereka.
B8. Pentadbir sekolah
sering mengharapkan
saya bantu
meningkatkan prestasi
sekolah.
4
2.0
%
8
3.9%
96
46.6
%
102
49.5
%
37
18.0
%
108
52.7
%
56
27.3
%
5
2.4%
82
39.6
%
120
58.0
%
Persepsi SISC+ berkaitan dengan ekspektasi pentadbir sekolah juga adalah tinggi,
iaitu semua item mancacar lebih 90% kecuali item B7. Item B7 menunjukkan
bahawa pentadbir sekolah tidak begitu sering merujuk kepada SISC+. Beberapa
sebab mungkin diusulkan untuk keadaan ini. Pertama sekali, SISC+ banyak
meluangkan masa untuk berinteraksi dengan guru-guru secara langsung. Maka,
interaksi dengan pentadbir sekolah adalah kurang. Tambah lagi, pentadbir sekolah
mempunyai SIP+ yang membimbing mereka.
Maka disyorkan supaya perbincangan mingguan SISC+ dan SIP+ dengan PPD
memberi penekanan kepada pelaporan perkembangan GDP oleh SISC+. SIP+ pula
akan mengambil perhatian dan membuat pelaporan serta perbincangan dengan
pihak pentadbir semasa lawatan bimbingan mereka dengan guru-guru besar atau
pengetua-pengetua. Ini dapat tambah nilai kepada perkembangan dan perubahan
proses pengajaran dan pembelajaran supaya sinergi boleh berlaku untuk
menggandakan pembaharuan. Dorongan dan perhatian daripada pihak pentadbir
boleh menjadi satu faktor yang mendorong serta mempercepatkan proses
transformsi pedagogi.
SISC+ juga telah menjelaskan keperluan sokongan dan dokongan daripada pihak
atasan untuk membantu mereka membimbing guru-guru mengamalkan perubahan
pedagogi:
Aliran informasi yang disampaikan dalam mesyuarat-mesyuarat mingguan
SISC+ dan SIP+ bersama PPD masih lagi berlaku secara bottom-up. Sebagai
SISC+, saya tidak tahu, adakah isu yang dibangkitkan mendapat tindakan
susulan yang sewajarnya? Ini kerana maklumat secara dari atas ke bawah
hampir tidak berlaku kepada pihak SISC+. Walaupun pada mesyuarat
mingguan Tuan PPD akan menyampaikan amanat dan maklumat dari beliau,
tetapi kadang-kadang kita mahu mendengar tindakan susulan yang diambil
atas isu-isu spesifik yang kerapkali kita diminta untuk berikan. Dan kerapkali
juga hal ini tidak berlaku kerana platformnya tidak membenarkan
perbincangan sedemikian sehingga saya rasa seperti saya hanyalah tukang
menyampai dan saya tidak perlu tahu atau buat lebih dari itu. (Sokongan
Pihak Atasan C1:162)
Isu yg diperolehi hasil coaching dan mentoring perlu dibincang secara serius
oleh peringkat ppd dan jpn memandangkan itulah punca utama segala
masalah.kami hanya menghantar laporan shj..tindakan susulan hanyalah
kepada melalui coaching dan mentoring. (Sokongan Pihak Atasan C1:161)
Sentimen yang dilafazkan oleh SISC+ ialah perubahan di sekolah dalam kalangan
guru-guru bukan bergantung kepada mereka semata-mata. Peranan pihak pentadbir
sekolah yang positif kerana mereka mengambil tahu dan memberi dorongan positif
kepada guru-guru yang dibimbing oleh SISC+ boleh membantu proses perubahan.
Walau bagaimanapun, penglibatan pihak pentadbir patut mengelak daripada
memberi tekanan negatif kerana ini boleh menjejaskan hubungan guru-guru dengan
SISC+ mereka. Pihak pentadbir boleh memberi dorongan dan motivasi apabila
mereka mendapat maklumat tentang perkembangan guru-guru mereka. Pihak
pentadbir juga boleh meminta maklum balas daripada guru-guru mereka sendiri dan
daripada SISC+ serta membuat pemerhatian mereka sendiri tentang suasana
pembelajaran dalam kelas.
3. Ekspektasi Pegawai Pendidikan Daerah (tempat bertugas SISC+) terhadap
SISC+
Jadual 3: Ekspektasi PPD terhadap SISC+
B9. PPD saya
mempunyai ekspektasi
yang tinggi terhadap
saya sebagai SISC+
daerah.
B10. PPD saya
mengganggap saya
sebagai seorang pakar
dalam mata pelajaran
yang saya bimbing.
B11. PPD saya sering
mengharapkan saya
bantu meningkatkan
prestasi sekolah-sekolah
di bawah bimbingan
saya.
sangat tidak
setuju
Count
%
tidak setuju
Count
%
1
3
1.5
%
74
36.3
%
126
61.
8%
4
2.0
%
95
46.6
%
105
51.
5%
1 .5%
60
29.3
%
144
70.
2%
.5%
setuju
Count
%
sangat setuju
Count
%
Seterusnya, SISC+ mempunyai persepsi yang tinggi terhadap ekspektasi Pegawai
Pendidikan Daerah (PPD), iaitu penggerak utama Program Transformasi Daerah
(DTP) di daerah masing-masing. Dalam pada itu, perhubungan antara PPD dan
SISC+ boleh dibayangkan sebagai perhubungan simbiotik, iaitu saling membantu
dan membina. SISC+ mempunyai harapan sokongan daripada PPD yang
mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap mereka.
Di antara perkara utama yang PPD boleh membantu SISC+ ialah memberi
penjelasan yang terperinci tentang spesifikasi tugas SISC+ kepada pihak pentadbir
sekolah:
Saya merasakan PPD, Pentadbir Sekolah dan Guru-guru perlu dimaklumkan
secara meluas mengenai diskripsi tugas SISC+... Selain itu, terdapat
segelintir pentadbir sekolah yang memandang serong terhadap SISC+
kerana tidak tahu mengenai peranan sebenar kami dan kadang-kala
dikatakan SISC+ membebankan guru-guru dan pihak sekolah disebabkan
cadangan penambahbaikan pdp yang diberikan. (Penjelasan Tugas SISC+
C1:124)
Taklimat peranan SISC+ penting untuk diberikan kepada semua guru untuk
mengelakkan tanggapan mereka , SISC+ hadir sebagai pengganggu
keselesaan mereka mengajar.taklimat kepada guru boleh dibuat berperingkat
seperti sesi untuk mata pelajaran BM, BI dan Matematik. Memang tidak
dinafikan, pihak berwajib telah pun memberi taklimat kepada guru-guru besar
dan pengetua tentang peranan SISC+ tetapi maklumat tersebut tidak
disampaikan secara menyeluruh hinggakan ada guru-guru yang tidak
mengetahui tentang peranan SISC+. (Penjelasan Tugas SISC+ C1:126)
Hebahan tentang tugas SISC+ perlu diperjelaskan lagi kepada pengetua,
penolong kanan, ketua bidang dan guru-guru di seluruh sekolah supaya tidak
berlaku salah faham tentang keadiran sisc+ yang agak kurang diterima pada
awalnya kerana tidak memahami tugas SISC+ sebagai pembimbing guru
bukannnya sebagai penilai. (Penjelasan Tugas SISC+ C1:131)
Sememangnya, SISC+ juga cuba menjelaskan peranan mereka tetapi penjelasan
daripada pihak atasan seperti PPD memberi kesahan kepada peranan mereka. PPD
juga boleh terus memberi penjelasan semasa mesyuarat atau perjumpaan dengan
pihak pentadbir. Penjelasan yang berterusan akan dapat mengikis miskonsepsi
tentang peranan SISC+.
PPD juga perlu amat jelas bahawa “core business” SISC+ ialah transformasi
pedagogi guru-guru di sekolah ke arah amalan kemahiran abad ke-21 yang
mengupayakan pelajar-pelajar untuk belajar secara berdikari dengan mengamalkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Transformasi ini perlu berlaku dari segi
susunan bilik darjah dan pengurusan suanana pembelajaran yang kondsusif bagi
pembelajaran koperatif dan kolaboratif berasaskan tugasan.
Sejajar dengan ini, miskonsepsi bahawa peranan utama SISC+ ialah untuk
membantu sekolah-sekolah dari band 6 dan band 7 keluar dari band tersebut perlu
dikikis. Sebaliknya, SISC+ perlu diberi sokongan untuk melaksanakan intervensi
bersama-sama dengan guru-guru dari semua tahap supaya transformasi pedagogi
berlaku secara jangka panjang. Dalam pada itu, semua pihak perlu memberi
sokongan yang padu kepada SISC+ untuk membawa perubahan pedagogi supaya
berpusat pelajar dan bukan lagi berpusat guru., dan seterusnya mengurangkan
pedagogi yang lebih berorientasi peperiksaan. Seorang SISC+ mengatakan:
Kekeliruan timbul apabila McKinsey Co. memberi penekanan pada aspek
pemantapan PdP guru tetapi KPM atau JPN lebih menjurus kepada
keputusan peperiksaan awam dan keberhasilan murid. Satu panduan yang
jelas perlu dibuat dan diedarkan untuk dirujuk dan dimasukkan dalam fail
meja SISC+.Selain itu, KPI 20 orang guru adalah kurang berimpak kerana
kekangan masa tidak mengizinkan untuk SISC+ membuat tindakan susulan
dalam masa terdekat. (Tugas-tugas Utama SISC+ C1:172).
Sejajar dengan ini, 12 orang SISC+ telah menyuarakan harapan mereka dibebaskan
untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam “coaching” atau bimbingan tanpa diberi
tugasan-tugasan lain di peringkat PPD. Di antara komen mereka ialah:

secara meluas mengenai diskripsi tugas SISC+. Hal ini kerana kadang kala
kami tidak dapat melaksanakan sesi " coaching dan mentoring" kami kerana
diarahkan untuk menghadiri taklimat pengurusan PPD yang tidak berkaitan
dan menjadi urusetia untuk program-program PPD menyebabkan kami
kurang efisien dalam melaksanakan tugas kami untuk sesi " coaching dan
mentoring" kami. (Tugas-tugas Lain C1:240).
SISC+ perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang tugas
(membimbing guru) bukan dilibatkan dengan tugas-tugas menganggu bidang
tugas utama SISC+ seperti menghadiri mesyuarat pengurusan, morning
prayer, menyelaras kursus, urusetia kursus yang boleh menjejaskan waktu
bertugas SISC+ yang sudah ditetapkan iaitu Isnin hingga khamis setiap
minggu membimbing guru di sekolah. (Tugas-tugas Lain C1:241).
Pegawai SISC+ perlu kurang dilibatkan dengan kerja-kerja yang tidak
berkaitan dengan bidang tugas mereka seperti mewakili PPD dalam
beberapa majlis. (Tugas-tugas Lain C1:243)
SISC+ tidak dilibatkan dalam tugas-tugas pentadbiran di PPD yang boleh
menganggu tugas-tugas bimbingan guru di sekolah... Tidak menggalakkan
SISC+ diberi peranan mengambil alih tugas-tugas pegawai-pegawai Unit
pengurusan akademik di PPD akibat kekurangan kakitangan di unit tersebut.
(Tugas-tugas Lain C1:245).
Perkara ini disokong pula dengan data frekuensi berikut:
Jadual 4: Item Berkaitan Tugas-Tugas Lain
sangat tidak
setuju
Count
%
B27. Saya sering diberi
tugas-tugas selain
daripada tugas SISC+.
9
tidak setuju
Count
%
4.4%
setuju
Count
%
39.3
%
81
80
sangat setuju
Count
%
38.8
%
36
17.5%
Daripada 207 orang SISC+, 80 (38.8%) mengatakan mereka setuju bahawa mereka
sering diberi tugas-tugas selain daripada tugas SISC+ dan 36 yang lain (17.3%)
mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka sering diberi tugas-tugas lain.
Jadi, lebih setengah daripada responden-responden SISC+ mengakui bahawa
mereka sering diberi tugas-tugas yang lain.
4. Perhubungan SISC+ dengan GDB
Jadual 5: Hubungan SISC+ dengan GDB
sangat tidak
setuju
Count
%
B12. Saya mendapat
kerjasama yang baik
daripada guru-guru yang
saya bimbing.
B13. Guru-guru yang
saya bimbing sering
menunggu-nunggu
lawatan bimbingan saya.
B14. Guru-guru yang
saya bimbing sering
bersifat terbuka kepada
cadangan
penambahbaikan yang
dikemukakan.
B15. Guru-guru yang
saya bimbing sering
melaksanakan
cadangan
penambahbaikan yang
diberi.
2
1.0
%
tidak setuju
Count
%
setuju
Count
%
sangat setuju
Count
%
6
2.9%
137
67.2
%
61
29.9%
51
25.0
%
123
60.3
%
28
13.7%
6
2.9%
138
66.7
%
63
30.4%
15
7.2%
160
77.3
%
32
15.5%
Daripada jadual di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa persepsi SISC+ tentang
perhubungan antara SISC+ dengan guru-guru yang dibimbing adalah pada tahap
yang baik (97.1%). GDB juga ditanggap sebagai klien yang terbuka kepada
penambahbaikan yang dikemukakan (92.8%).
Namun begitu, item B13 menunjukkan 53 (26%) SISC+ berpendapat GDB tidak
sering menunggu-nunggu lawatan SISC+. Ini mungkin menjadi petanda bahawa
keselesaan GDB diperhati dan dibimbing masih perlu diperbaiki. Kemahiran insaniah
untuk menjalin perhubungan yang mesra dan profesional masih perlu
dipertingkatkan oleh SISC+. Sememangnya zon keselesaan GDB untuk diperhatikan
semasa mengajar bukan suatu perkara yang senang untuk dicapai. Hasil bimbingan
yang positif dan signifikan boleh membaiki keadaan begini.
5. Pergerakan SISC+
Jadual 6: Pergerakan SISC+
sangat tidak
setuju
Count
%
B16. Sekolah-sekolah
di bawah bimbingan
saya amat mudah
diakses.
B17. Saya boleh pergi
dan balik ke sekolahsekolah di bawah
bimbingan saya pada
hari yang sama.
B18. Saya boleh
gunakan kenderaan
sendiri untuk membuat
lawatan bimbingan.
B19. Saya amat yakin
dengan keselamatan
saya dalam perjalanan
pergi dan balik dari
sekolah di bawah
bimbingan saya.
tidak setuju
Count
%
setuju
Count
%
sangat setuju
Count
%
6
2.9%
51
24.9
%
103
50.2
%
45
22.0%
9
4.3%
38
18.4
%
87
42.0
%
73
35.3%
4
1.9%
34
16.5
%
83
40.3
%
85
41.3%
21
10.2
%
62
30.1
%
82
39.8
%
41
19.9%
Jadual 7: Pergerakan SISC+ Mengikut Negeri
A1.
Negeri
bertugas
Sabah
B16. Sekolahsekolah di bawah
bimbingan saya
sangat tidak
setuju
tidak setuju
setuju
sangat setuju
Count
%
Count
%
Count
%
Count
%
6
4.7
46
35.9
59
46.1
17
13.3
%
%
%
%
amat mudah
diakses.
Kedah
B17. Saya boleh
pergi dan balik ke
sekolah-sekolah di
bawah bimbingan
saya pada hari yang
sama.
B18. Saya boleh
gunakan kenderaan
sendiri untuk
membuat lawatan
bimbingan.
B19. Saya amat
yakin dengan
keselamatan saya
dalam perjalanan
pergi dan balik dari
sekolah di bawah
bimbingan saya.
B16. Sekolahsekolah di bawah
bimbingan saya
amat mudah
diakses.
B17. Saya boleh
pergi dan balik ke
sekolah-sekolah di
bawah bimbingan
saya pada hari yang
sama.
B18. Saya boleh
gunakan kenderaan
sendiri untuk
membuat lawatan
bimbingan.
B19. Saya amat
yakin dengan
keselamatan saya
dalam perjalanan
pergi dan balik dari
sekolah di bawah
bimbingan saya.
9
6.9
%
31
23.8
%
62
47.7
%
28
21.5
%
4
3.1
%
34
26.4
%
63
48.8
%
28
21.7
%
18
13.8
%
50
38.5
%
48
36.9
%
14
10.8
%
5
6.5%
44
57.1
%
28
36.4
%
7
9.1%
25
32.5
%
45
58.4
%
20
26.0
%
57
74.0
%
34
44.7
%
27
35.5
%
3
3.9
%
12
15.8
%
Bahagian ini ada kaitan dengan keselamatan SISC+ semasa mereka menjalankan
tugas mereka. Perkara yang menarik di sini apabila diperhatikan jadual 7 ialah
perbezaan persepsi SISC+ negeri Sabah dengan persepsi SISC+ negeri Kedah. Isu
keselamatan adalah lebih penting kepada SISC+ Sabah berbanding dengan SISC+
Kedah. Besar kemungkinan perbezaan ini ialah kerana perjalanan di Sabah adalah
lebih mencabar dan susah berbanding dengan keadaan di Kedah.
Kebimbangan keselamatan mendorong SISC+ untuk memberi komen-komen berikut
tentang keperluan bergerak dalam kumpulan:
Bagi memastikan keselamatan SIP + dan semua SISC+ bergerak secara
berkumpulan. (Keselamatan – Bergerak Berkumpulan C1:100)
Seeloknya, pergerakan SISC+ ke setiap sekolah yang dilawat adalah secara
berpasukan, kerana pergerakan secara individu kurang memberi keyakinan
diri, terutamanya SISC+ seperti saya yang baru sahaja 5 tahun dalam dunia
perguruan. (Keselamatan – Bergerak Berkumpulan C1:101)
Tambahan pula beberapa orang SISC+ telah menyuarakan keperluan untuk
mendapat insuran perlindungan:
Insuran nyawa SISC+ semasa bertugas secara rasmi perlu diberikan.
(Insuran C1:44)
Wujudkan insuran berkelompok utk SISC+ kerana tugas SISC+ mencabar/
berhadapan pelbagai risiko yg membahayakan (Insuran C1:45)
Skim insuran berkelompok bagi peg sisc+ perlu disegerakan. Hal ini
disebabkan setiap hari kena memantau ke sekolah2 yg dibimbing.
Keselamatan di jalan raya amat diutamakan. (Insuran C1:47)
Kerisauan SISC+ yang menghadapi cabaran perjalanan yang jauh terutama ke
sekolah-sekolah di pendalaman adalah ketara terutama untuk SISC+ wanita.
Mereka perlu dimaklumkan bahawa perlindungan insuran memang sudah tersedia
untuk semua pegawai kerajaan semasa mereka bertugas rasmi. Selain itu, semua
langkah-langkah keselamatan perlu difikirkan untuk SISC yang perlu mengambil
perjalanan yang jauh ke pendalaman atau yang mengambil perjalanan melalui
sungai dan laut. Kereta pacuan empat roda yang rasmi boleh disediakan untuk
perjalanan melalui jalan gravel dalam kelompok SISC+.
6. Keyakinan diri / Kompetensi SISC+
Jadual 8: Keyakinan Diri/Kompetensi SISC+
tidak setuju
Count
%
B20. Saya amat yakin
dapat menjalankan
tugas saya sebagai
SISC+.
B21. Saya yakin
bimbingan yang saya
lakukan amat
membantu guru-guru
dalam
penambahbaikan PdP
mereka.
setuju
Count
%
sangat setuju
Count
%
11
5.3%
102
49.5%
93
45.1%
2
1.0%
107
51.7%
98
47.3%
B22. Saya amat
kompeten dengan
keperluan kurikulum
matapelajaran yang
saya bimbing.
12
5.8%
122
58.9%
73
35.3%
7. Perkembangan Profesionalisme SISC+
Jadual 9: Perkembangan Profesionalisme SISC+
sangat tidak
setuju
Coun
t
%
B23. Saya sering
diberi peluang untuk
mengikuti
perkembangan terkini
dalam mata pelajaran
yang saya bimbing.
B24. Saya amat yakin
dengan
perkembangan terkini
dalam sistem
pendidikan negara ini.
B25. Saya sering
berusaha
mengemaskini
kemahiran
profesionalisme saya.
B26. Saya amat
berkeyakinan untuk
melaksanakan
latihan/kursus dalam
bidang mata pelajaran
saya.
tidak setuju
Count
4
2.0%
2
1.0%
%
setuju
Count
sangat setuju
%
Count
%
18.0
%
120 58.5%
44
21.5
%
6 2.9%
117 56.8%
81
39.3
%
73 35.6%
132
64.4
%
109 52.7%
88
42.5
%
37
10 4.8%
8. Tugas-tugas SISC+
Jadual 10: Tugas-tugas SISC+
sangat tidak
setuju
Cou
%
tidak setuju
Count
%
setuju
Count
%
sangat setuju
Count
%
nt
B27. Saya sering
diberi tugas-tugas
selain daripada
tugas SISC+.
B28. Saya sering
melaksanakan tugas
SISC+ mengikut
waktu bertugas
rasmi.
B29. Saya amat
yakin membuat
pelaporan kepada
PPD saya.
B30. Saya
mempunyai
peralatan yang
mencukupi untuk
menjalankan tugas
saya sebagai SISC+.
9 4.4%
81
39.3
%
80
38.8
%
36
17.5%
2 1.0%
11 5.3%
83
40.3
%
110
53.4%
6 2.9%
95
46.1
%
105
51.0%
31.7
%
110
53.7
%
16
7.8%
14 6.8%
65
Rujukan:
Partnership for 21st Century Skills. http://www.p21.org/overview. Retrieved on 17
Oktober 2013.