MAKROEKONOMI yang mengacu pada indeks

TUGASAN
JTW 108 /JTW 208
MAKROEKONOMI
ANALISIS GUNA TENAGA
DAN
PENDAPATAN AGREGET DI MALAYSIA

1.0

PENDAHULUAN
Tenaga manusia adalah salah satu daripada input penting dalam proses pengeluaran

dan membantu memajukan ekonomi sesebuah negara. Tanpa tenaga manusia, input-input lain
seperti modal fizikal dan bahan mentah tidak dapat digemblengkan dengan sempurna (Hasnah
et al. (2009)). Kepentingan tenaga manusia ini banyak di bahaskan oleh ahli-ahli ekonomi
sama ada fahaman Klasik mahupun Keynesian (Shahimi et. al. (2012)). Malah, dalam dunia
globalisasi yang berlandaskan pengetahuan, serta bertunjangkan sains dan teknologi, tenaga
manusia yang berkualiti adalah lebih penting dalam memastikan ekonomi sesebuah negara
dapat terus berdaya saing dan berdaya tahan.
Oleh itu, dari semasa ke semasa pembangunan tenaga manusia ini perlu
dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak pasaran semasa. Selain elemen kualiti tenaga

manusia, kecukupan tenaga manusia dalam sesebuah ekonomi juga adalah penting.
Ketidakcukupan tenaga manusia menyebabkan berlakunya permintaan input ini dari luar
negara yang diharapkan dapat membantu menggerakkan pembangunan ekonomi domestik.
Isu berkaitan ketidakcukupan tenaga manusia ini bukan isu baru dalam ekonomi (Cappeli
(2005)).Ia dihadapi oleh banyak negara sama ada Negara Maju (NM) mahupun Negara
Sedang Membangun (NSM). Malah, adakalanya dipersoalkan sama ada benar-benar terdapat
kekurangan tenaga manusia untuk berkhidmat dalam kebanyakan sektor ekonomi atau ada
faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku sering dipersoalkan (Cappeli (2005)).
Ini kerana kerap kali timbul masalah ketidakcukupan tenaga manusia tapi pada masa
yang samawujud pengangguran dalam ekonomi. Contohnya di Amerika Syarikat, di
sesetengah sektor khususnya yang berteknologi tinggi, pembuatan termaju, dan dalam sektor
perubatan pakar, kadar pengangguran adalah rendah iaitu serendah 3-5 peratus tetapi bagi
sesetengah sektor ekonomi yang berintensifkan buruh, syarikat-syarikat pertanian khususnya
melaporkan kesukaran mencari pekerja untuk memilih sayursayuran dan buah-buahan, dan
hotel dan restoran menunjukkan mereka mempunyai masalah mengisi jawatan penting.
Paradox ini sungguh pun bersifat sementara namun, penyelesaian perlu dilakukan (Darrell
(2013)). Salah satu cara yang paling berkesan adalah membuat perancangan mengunjurkan
keperluan tenaga manusia (Patrick (1993)).

Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan apabila telah

berjaya merubah negara daripada sebuah ekonomi yang berasaskan pertanian dan komoditi
kepada ekonomi yang berasaskan industri. Sejak beberapa dekad yang lalu, pertumbuhan
ekonomi Malaysia telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan sektor
pembuatan merupakan pemacu kepada pertumbuhan ekonomi. Sektor pembuatan dilihat
sebagai tunjang utama bagi pertumbuhan ekonomi negara disebabkan kemampuan sektor
tersebut dalam menghadapi daya saing yang tinggi di peringkat global.
Sektor pembuatan juga dikatakan dapat mewujudkan peluang pekerjaan, menyerap
lebihan buruh dalam sektor pertanian, meningkatkan output perkapita dan taraf hidup dan
berupaya melakukan perubahan dari segi sosial, budaya dan institusi melalui kesan
modenisasi dalam kaedah dan teknologi.
Bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, adalah
penting bagi mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi pertumbuhan yang didorong
oleh input kepada strategi yang didorong oleh produktiviti. Produktiviti buruh merupakan
penentu bagi kebolehsaingan negara dalam pasaran global. Jesteru, bagi menjana
pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik, pembangunan sumber manusia adalah penting
dan perlu diberikan lebih tumpuan.
Pada masa kini, strategi pertumbuhan ekonomi lebih tertumpu kepada pelaburan
modal manusia menerusi pendidikan dan juga latihan. Oleh itu, strategi pembangunan sumber
manusia yang lebih berkesan perlu dijalankan bagi meningkatkan lagi produktiviti buruh
selaras dengan matlamat pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan dalam

pertumbuhan produktiviti. Secara umumnya, produktiviti buruh di Malaysia menunjukkan
peningkatan dari 1.8 peratus pada tempoh kepada 2.8 peratus pada tempoh Walau
bagaimanapun, produktiviti buruh di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah jika
dibandingkan dengan produktiviti buruh di negara China, Korea dan Singapura.
Manakala, tahap produktiviti buruh di Malaysia masih lagi tinggi jika dibandingkan
dengan tahap produktiviti buruh di negara Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia (Labour
and Social Trends in ASEAN, 2007). Secara umumnya, pencapaian produktiviti buruh di
Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan tahap
produktiviti buruh yang telah dicapai oleh negara China, Singapura dan Korea.

Walaupun pencapaian produktiviti buruh di Malaysia adalah lebih tinggi jika
dibandingkan dengan pencapaian produktiviti buruh di negara Indonesia, Vietnam, Thailand
dan Filipina, namun perbezaan pencapaian produktiviti buruh bagi Malaysia dan negaranegara tersebut dilihat semakin berkurang dan menampakkan jurang yang semakin mengecil.
Kajian yang dijalankan Lee (2011) untuk mengkaji hubungan antara perdagangan,
produktiviti dan inovasi dengan menggunakan data di peringkat firma bagi tempoh mendapati
bahawa hubungan antara eksport dan produktiviti adalah lemah di Malaysia. Menurut beliau,
produktiviti sektor pembuatan di negara Malaysia perlu ditingkatkan dan pertumbuhan
produktiviti yang agak rendah bagi kebanyakan industri pembuatan akan melembabkan
aktiviti eksport. Oleh itu, dasar-dasar yang berkaitan dengan intensiti modal dan
pembangunan modal insan adalah perlu untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor-sektor

yang mempunyai potensi eksport.
Dunia ini terdiri dari pelbagai negara yang mempunyai budaya budaya dan bahasanya
masing-masing. Dari segi ekonomi dan sosial pun, negara-negara di dunia mempunyai
kepelbagaian yang membuat masing-masing menjadi sebuah negara yang unik. Pada dasarnya
pembagian suatu negara dapat digolongkan menjadi 3 kategori iaitu negara mundur, negara
berkembang dan negara maju.
Untuk mengetahui dengan pasti apakah suatu negara masuk kategori negara mundur,
negara membangun atau negara maju tidaklah mudah. Diperlukan banyak syarat atau
penunjuk yang mungkin tidak dapat dipenuhi oleh suatu negara. Oleh kerana itu, suatu negara
kaya belum tentu menjadi negara maju, kerana ada beberapa syarat yang tidak dapat dipenuhi,
seperti kemajuan di bidang ekonomi, teknologi dan keadaan sosial politik.
1.1

Negara Maju
Istilah negara maju digunakan untuk menghuraikan negara-negara yang dikira

menikmati tahap pembangunan yang tinggi berdasarkan ukuran-ukuran tertentu. Ukuran yang
mana dan negara mana yang digolongkan sebagai maju masih menjadi titik perbalahan dan
perbahasan yang hangat, tetapi perdebatan sebegini selalunya dikuasai oleh ukuran ekonomi.
Salah satu ukurannya ialah pendapatan per kapita, iaitu negara yang tinggi keluaran dalam

negara kasar (KDNK) per kapitanya boleh diterima sebagai negara maju. Satu lagi ukuran
ekonomi ialah pengindustrian, iaitu negara-negara yang ekonominya dikuasai oleh

sektor tertier dan kuaterner boleh diterima sebagai negara maju. Baru-baru ini, wujudnya satu
lagi ukuran yang semakin penting iaitu Indeks Pembangunan Manusia (IPM) yang bergabung
dengan ukuran ekonomi, pendapatan negara, jangka hayat, pendidikan dan sebagainya.
Ukuran ini menentukan negara yang berkadar IPM amat tinggi sebagai negara maju. Walau
bagaimanapun kaedahnya untuk dalam usaha menentukan taraf "maju" dengan mana-mana
cara yang digunakan.Berikut adalah ciri-ciri negara maju:1.1.1

Angka Pengangguran Rendah
Salah satu ciri-ciri negara maju ialah kadar penganguran yang rendah di negara

tersebut. Kadar pengangguran yang rendah adalah ciri-ciri negara maju yang paling khusus.
Ekonomi sesebuah negara tidak akan berkembang sekiranya banyak pengangguran di negara
maju kerana tidak dapat gara tidak akan dapat berjalan secara maksimum jika lapangan kerja
dan jumlah usahawan masih terhitung rendah. Satu-satunya jenis pengangguran yang
umumnya ada di negara maju adalah pengangguran friksional. Pengangguran friksional terjadi
kerana adanya peralihan tenaga kerja dari satu pekerjaan ke lain. Para pengagguran di negara
maju biasanya mendapatkan jaminan sosial dari Kerajaan.

1.1.2

Pendapatan perkapita Tinggi
Pendapatan per kapita umumnya menjadi tolak ukur yang digunakan untuk menilai

tahap kemajuan sebuah negara. Sektor pendapatan per kapita dapat menunjukkan berapa
pendapatan yang berjaya dicapai oleh rata-rata penduduk selama setahun di negara maju.
1.1.3

Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kematian
Peningkatan kadar kelahiran merupakan salah satu faktor pendukung untuk menilai

apakah sebuah negara boleh dikatakan sebagai negara maju. Negara maju umumnya
mempunyai tahap pertumbuhan hidup yang rendah, iaitu di bawah 1 peratus pertumbuhan
penduduk per tahun. Rendahnya tahap pertumbuhan penduduk ini disokong oleh tingginya
tahap kesedaran tentang keluarga berencana, kelewatan usia nikah dan kemajuan teknologi
kemudahan kesihatan.
1.1.4

Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi


Di negara maju, para saintis disokong oleh kerajaan dengan memberikan berbagai
kemudahan terbaik untuk digunakan menjalankan kajian serta mencipta teknologi yang
terkini. Kemudahan makmal yang lengkap dan gaji bertaraf tinggi merupakan salah satu
penyumbang bagi saintis yang membuat mereka boleh melakukan inovasi dengan baik.
Pemerhatian dan inovasi para ilmuwan pun tidak hanya berhenti pada titik laporan atau
persembahan saja, namun hasil daripada inovasi tersebut akan diaplikasikan di pelbagai
bidang, seperti ketenteraan, perubatan, pengeluaran, pembangunan ilmu pengetahuan bahkan
teknologi ruang angkasa.
1.1.5

Industri Dan Jasa Menjadi Sektor Ekonomi Utama.
Industri di negara maju rata-rata menghasilkan suatu barang yang bernilai jual tinggi,

seperti pesawat terbang, kereta, elektronik sehingga alat-alat berat lainnya. Sementara itu,
profesi yang banyak digeluti oleh masyarakat di bidang jasa antara lain pendidikan, hiburan,
perunding dan perkhidmatan kewangan.
1.1.6 Menghargai waktu
Disiplin, jujur, bertanggungjawab serta profesional dalam menyelesaikan pekerjaan
merupakan sikap positif yang ada di dalam masyarakat negara maju. Dengan adanya sikap

tersebut, majoriti warga di negara maju dapat mengoptimumkan sumber-sumber secara
maksimum dalam menjalankan pembangunan.
1.1.7 Sistem Pendidikan Yang Baik
Seluruh penduduk di negara maju rata-rata sudah celik huruf alias boleh membaca dan
menulis dengan lancar. Kerajaan di negara maju memberikan jaminan berupa pendidikan asas
kepada seluruh rakyatnya. Umumnya pendidikan di negara maju mempunyai kemudahan
lengkap serta ruang belajar yang selesa di kelasnya. Tak heran jika kecekapan sosial dan
kebebasan peserta didik dalam mengembangkan potensinya merupakan salah satu sistem
pendidikan sering digunakan di negara maju.
Negara maju merupakan istilah khusus yang disematkan kepada negara yang
menikmati standard hidup relatif tinggi di sektor teknologi serta mempunyai ekonomi yang
merata. Dari pernyataan tersebut dapat disimpulkan bahawa negara maju adalah suatu negara
yang rakyatnya mempunyai kualiti hidup dan kesejahteraan tahap tinggi

1.2

Negara Membangun
Sedangkan pengertian negara berkembang secara umum adalah suatu negara yang

pendapatan rata-ratanya rendah, infrastruktur relatif terbelakang, dan indeks perkembangan

manusia

berada

dibawah

standar

normal

global.

Negara membangun juga dikenali sebagai kumpulan D-8(disingkat D-8, Developing 8
Countries) termasuk lapan negara membangun yang mempunyai majoriti penduduk beragama
Islam yang berkeinginan mempererat kerja sama dalam pembangunan. Lapan anggotanya
termasuk Bangladesh, Indonesia, Iran, Malaysia, Mesir, Nigeria, Pakistan, dan Turki
1.3

Negara Mundur
Negara mundur juga dikenali sebagai dunia ketiga merupakan satu kelompok negara


yang terbesar dalam dunia. Pengiktirafan negara-negara dunia ketiga ini adalah berdasarkan
kepada konsep pembangunan dalam negara-negara berkenaan. Dilihat dari sudut sejarah,
boleh dikatakan hampir keseluruhan negara dunia ketiga ini mempunyai perkaitan yang rapat
dengan negara-negara barat, terutamanya negara kuasa barat yang suatu masa dahulu
menjajah negara dunia ketiga.
Negara-negara barat yang datang ke negara dunia ketiga ini mempunyai sebab-sebab
yang tertentu dan akhirnya mereka akan menguasai dan menakluk negara tersebut. Negara
imperialisme ini mengamalkan dasar-dasar negara mereka dan memperkenalkan sistem
ekonomi kapitalis mereka di negara jajahan mereka. Pada asalnya negara-negara dunia ketiga
ini merupakan negara yang kaya dengan kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pertanian,
hasil-hasil hutan dan aktiviti perdagangan dengan struktur sosial-politik yang stabil dan bebas
daripada kawalan dan cengkaman negara asing.
Keadaan ini berubah selepas kedatangan pihak barat yang menjajah negara mereka dan
telah menyebabkan negara dunia ketiga ini mengalami krisis ekonomi kerana segala khazanah
alam dan hasil bumi yang lumayan talah dimiliki dan diambil oleh pihak penjajah. Dengan itu
juga maka bermulalah satu proses pembangunan semula di negara-negara dunia ketiga. Akibat
daripada proses pembangunan yang tidak seimbang di negara dunia ketiga ini telah
mewujudkan negara yang dikenali sebagai negara miskin dan negara barat yang menjajah itu
dikenali sebagai negara kaya.

Negara-negara dunia ketiga ataupun juga dikenali sebagai negara sedang membangun
ini dikelasifikasikan sebagai negara yang tidak mempunyai sebarang industri dan mempunyai

pendapatan perkapita yang rendah. Negara ini meliputi hampir keseluruhan di benua Afrika,
Asia dan negara-negara Amerika Selatan
Sebarang ekonomi di negara dunia ketiga dikategorikan sebagai murahan dan mempunyai
tenaga kerja yang tidak berskil langsung.Terdapat hampir 70% daripada penduduk dunia
ketiga terlibat dalam aktiviti pertanian yang serba kekurangan (tradisional) . Mereka juga
merupakan golongan yang tidak sihat, berpenyakit dan sesetengah negara mengalami masalah
kebuluran. Kegiatan ekonomi banyak bergantung pada hasil pertanian utama yang tidak
komersial dan berbentuk sara diri, rendah harga pasaran dan tidak begitu berkualiti. Faktorfaktor:1. Pertambahan penduduk yang amat pesat sama ada secara semula jadi atau migrasi
menyebabkan sumber yang ada tidak mampu menampung bilangan penduduk yang
ramai.
2. Kemerosotan bekalan sumber alam akibat eksploitasi berlebihan untuk memenuhi
keperluan penduduk yang semakin bertambah.
3. Kemerosotan permintaan terhadap tenaga kerja. berlaku apabila kegiatan ekonomi
merosot menyebabkan tiada peluang pekerjaan baru diwujudkan.
2.0

Isi Kandungan
Tenaga kerja adalah penduduk usia kerja. Menurut Undang-Undang Nomor 13

Tahun 2003 Bab I Pasal 1 ayat 2 menyatakan bahawa tenaga kerja adalah setiap orang yang
mampu bekerja untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan untuk keperluan hidup atau
masyarakat. Penduduk diklasifikasikan sebagai pekerja jika warga yang telah memasuki usia
kerja. Dalam hal ini, setiap orang yang mampu bekerja disebut sebagai tenaga kerja.Ada
banyak pendapat tentang usia tenaga kerja adalah, ada yang menyebutkan lebih dari 17 tahun
tidak ada menyebut lebih dari 20 tahun, dan beberapa bahkan menyebutkan lebih dari tujuh
tahun untuk anak-anak jalanan sudah termasuk tenaga kerja.
Menurut pandangan Dr. A. Hamzah SH pula tenaga kerja, termasuk kerja di dalam
atau di luar hubungan kerja dengan peralatan pengeluaran utama dalam pengeluaran proser
kerja itu sendiri, baik kekuatan fizikal dan fikiran.

Manakala pandangan Dr. Payaman dikutip A.Hamzah berpandangan Tenaga kerja
adalah produk yang telah atau sedang bekerja. Atau mencari pekerjaan, dan melakukan
pekerjaan lain. Seperti sekolah, suri rumah tangga.
Tenaga kerja merupakan faktor pengeluaran yang bersifat homogen dalam suatu
negara, tetapi tidak serupa antara Negara menurut pandangan Sjamsul Arifin, Dian Ediana
Rae, Charles, Joseph . Menurut Suparmoko dan Icuk Ranggabawono kerja adalah setiap orang
yang mampu bekerja baik di dalam maupun di luar hubungan kerja guna menghasilkan barang
atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan masyarakat. Dalam hubungan ini,
pembentukan tenaga kerja adalah untuk meningkatkan keberkesanan keupayaan untuk
melakukan pekerjaan itu.
Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan. Guna tenaga merupakan jumlah tenaga buruh yang
sedang mempunyai pekerjaan. Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara
produktif dalam mengeluarkan output Negara. Pertambahan guna tenaga bererti jumlah
pengangguran menurun, pendapatan negara meningkat dan taraf hidup rakyat meningkat.
Sebagaimana laporan Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) dilaksanakan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia setiap bulan melalui pendekatan isi rumah bagi mendapatkan data
berkaitan struktur tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran. PTB dijalankan secara
pensampelan berkebarangkalian menggunakan kaedah temu ramah bersemuka meliputi
warganegara dan bukan warganegara di kawasan bandar dan luar bandar setiap negeri di
Malaysia.
Laporan PTB ialah penerbitan tahunan yang membentangkan statistik utama tenaga
buruh bagi penduduk dalam kumpulan umurbekerja 15 hingga 64 tahun mengikut ciri-ciri
demografi dan sosioekonomi terpilih seperti jantina, kumpulan umur, pencapaianpendidikan,
pekerjaan dan industri.
Tenaga buruh Malaysia meningkat sebanyak 1.8 peratus kepada 14.5 juta orang pada
2015 berbanding tahun sebelumnya. Pertambahan ini disumbangkan oleh peningkatan
penduduk bekerja sebanyak 215,100 orang (1.6%) kepada 14.1 juta orang dan peningkatan
penganggur sebanyak 39,200 orang (9.5%) kepada 450.3 ribu orang. Kadar penyertaan tenaga

buruh (KPTB) naik 0.3 mata peratus pada 2015 kepada 67.9 peratus. Kadar pengangguran
dalam tempoh yang sama meningkat daripada 2.9 peratus kepada 3.1 peratus.

Pertambahan penduduk bekerja perempuan telah menyumbang kepada peningkatan
KPTB secara keseluruhan. KPTB perempuan meningkat sebanyak 0.4 mata peratus mencapai
54.1 peratus pada 2015. Penyertaan perempuan dalam pasaran buruh adalah tinggi melebihi
58.0 peratus bagi kumpulan umur prime age[1] iaitu 25-34, 35-44 dan 45-54 tahun.
Penyertaan tenaga buruh lelaki pula tidak berubah berbanding tahun sebelumnya iaitu pada
kadar 80.6 peratus. Namun, kumpulan umur 35-44 tahun dan 45-54 tahun masing-masing
mencatatkan penurunan 0.1 mata peratus. Secara keseluruhannya, KPTB lelaki masih lebih
tinggi berbanding perempuan bagi setiap kumpulan umur.

Kadar pengangguran yang tinggi dicatat penduduk berumur 15-19 tahun iaitu 15.7
peratus pada 2015 diikuti mereka yang berumur 20-24 tahun dengan kadar 9.3 peratus.
Namun, dari segi peratusan bilangan penganggur, sumbangan paling besar adalah kumpulan
umur belia 20-24 tahun iaitu sebanyak 42.1 peratus

PENDAPATAN

ISI

RUMAH

BULANAN

PURATA

MENGIKUT

STRATA,

MALAYSIA, 2009 DAN 2012
Pada keseluruhannya, penemuan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) 2012 mendapati
pendapatan isi rumah bulanan purata rakyat Malaysia telah meningkat daripada RM4,025
pada tahun 2009 kepada RM5,000 pada tahun 2012. Ia merupakan peningkatan sebanyak 7.2
peratus setahun (nominal).
PPIR 2012 juga menunjukkan peningkatan pendapatan isi rumah bandar iaitu pada
kadar 6.6 peratus setahun daripada RM4,705 pada tahun 2009 kepada RM5,742 pada tahun
2012. Pada masa yang sama, pendapatan isi rumah luar bandar pula bertambah pada kadar 6.4
peratus setahun daripada RM2,545 kepada RM3,080.
Konsep dan definisi yang digunapakai dalam Penyiasatan Gaji & Upah adalah
berdasarkan kepada An Integrated System of Wages Statistics, International Labour Office
(ILO). Statistik mengenai gaji & upah merupakan maklumat penting pasaran buruh yang
dapat digunakan untuk menilai taraf kehidupan dan keadaan kerja. Keperluan terhadap
statistik berkaitan gaji & upah dan apa-apa jua bentuk ganjaran ke atas sesuatu kerja yang

dilaksanakan semakin mendesak terutamanya bagi kegunaan perancangan ekonomi dan
pembangunan sosial, penetapan polisi fiskal, pendapatan, struktur upah, penggunaan buruh
dan lain-lain. Gaji membawa fungsi yang berbeza dan oleh yang demikian, pengukuran
statistik gaji perlu membezakan konsep gaji sebagai kos buruh, pendapatan kepada pekerja
dan juga kos kepada majikan. Statistik siri masa kadar upah (wage rate), pendapatan,
pampasan pekerja dan kos buruh setiap satunya mengukur aspek gaji yang berbeza. Antaranya
ialah:
a)

Tahap kehidupan pekerja

b)

Penetapan upah termasuk perundingan majikan pekerja dan productivity linked wage
system

c)

Indikator ekonomi;

d)

Trend gaji & upah

e)

Teori empirik data dan upah;

f)

Perancangan, kajian dan analisis ekonomi, sosial dan guna tenaga; dan

g)

Polisi upah, pendapatan dan harga.
Setelah dikaji kesesuaian maklumat yang boleh dikutip dengan pendekatan isi rumah,

maklumat gaji & upah yang dikutip ialah maklumat kadar upah. Maklumat kadar upah
boleh dipungut melalui dua pendekatan iaitu: kadar upah sebagai pekerja; atau kadar upah
daripada pekerjaan utama.
Maklumat kadar upah dapat digunakan untuk mengukur perbezaan upah dan juga
menilai kaitan gaji & upah dengan mobiliti buruh. Maklumat gaji & upah bagi mengukur
kos buruh, pampasan pekerja, pendapatan dan productivity linked wage system lebih sesuai
dikutip dengan pendekatan pertubuhan. Ini adalah kerana hanya majikan yang dapat
membekalkan maklumat yang lebih lengkap dan tepat bagi pemboleh ubah kemudahan
bukan tunai (bayaran ditanggung majikan) seperti perumahan, pengangkutan, makanan,
perkhidmatan, kesihatan, insurans, percutian dan lain-lain.
Purata dan penengah gaji & upah bulanan Bilangan penerima gaji & upah pada 2012
telah meningkat sebanyak 1.7 mata peratus daripada 8.94 juta orang pada 2011 kepada 9.09
juta orang pada 2012. Purata dan penengah gaji & upah bulanan pada 2012 masing-masing

adalah RM1,881 dan RM1,400. Gaji & upah mengikut jantina pula ialah Purata gaji & upah
bulanan lelaki (RM1,906) lebih tinggi berbanding perempuan (RM1,838) dengan jurang
upah gender sebanyak 3.6 peratus. Walaupun pekerja lelaki masih menerima gaji & upah
yang lebih tinggi berbanding perempuan tetapi jurang gaji & upah gender menurun
sebanyak 0.5 mata peratus daripada 4.1 peratus pada 2011. Gaji & upah mengikut kumpulan
etnik purata dan penengah gaji & upah bulanan bagi warganegara pada 2012 masingmasing sebanyak RM2,017 dan RM1,500, manakala bukan warganegara adalah lebih
rendah iaitu RM1,075 dan RM800. Secara perbandingan purata gaji & upah bulanan
warganegara hampir satu kali ganda lebih tinggi daripada bukan warganegara. Di kalangan
kumpulan etnik utama di Malaysia, etnik Cina menerima purata gaji & upah bulanan paling
tinggi iaitu RM2,331 berbanding Melayu (RM1,990) dan India (RM1,903). Gaji & upah
mengikut pekerjaan Perbandingan mengikut kategori pekerjaan pada 2012 menunjukkan
Pengurus menerima purata dan penengah gaji & upah tertinggi iaitu RM5,213 dan RM4,000
diikuti Profesional masing-masing sebanyak RM3,807 dan RM3,440. Purata dan penengah
gaji & upah bulanan bagi Pekerjaan asas adalah kurang daripada RM1,000.
Gaji & upah mengikut industri Pada 2012, pekerja dalam industri Perlombongan dan
pengkuarian menerima purata gaji & upah bulanan tertinggi iaitu RM3,358. Sebaliknya,
industri Pertanian, perhutanan dan perikanan pula mencatatkan purata gaji & upah paling
rendah iaitu kurang daripada RM1,000 sebulan. Pekerja lelaki menerima gaji & upah
bulanan lebih tinggi kecuali bagi industri Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara
dan Pembinaan.

3.0

PENUTUP
Guna tenaga yang tinggi juga menyebabkan tingkat pendapatan dan perbelanjaan

meningkat mengatasi kemampuan penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah
ekonomi. Keadaan seperti ini seterusnya akan menyebabkan harga barangan dan
perkhidmatan melambung tinggi. Inflasi tolakan kos pula berlaku apabila tingkat harga
meningkat disebabkan oleh peningkatan penawaran wang dalam pasaran.
Kadar pengangguran juga berkurangan dan menyebabkan permintaan agregat
bertambah dan seterusnya memaksa pengeluar menambahkan pengeluaran dengan cepat dan

terpaksa menggunakan kos yang tinggi. Manakala inflasi diimport pula berlaku apabila harga
barangan dan perkhidmatan yang diimport mengalami kenaikan dan seterusnya memberi
kesan kepada negara pengimport. Contohnya, pada tahun 1970 berlaku kenaikan kos
pengeluaran yang tinggi. Ini menyebabkan kenaikan harga minyak. Inflasi kewangan juga
berlaku apabila penawaran wang meningkat mengatasi permintaan wang dalam sesebuah
ekonomi. Sebab inflasi yang terakhir ialah inflasi jangkaan di mana ianya berlaku apabila
terdapat jangkaan bahawa inflasi akan berlaku dan menyebabkan permintaan agregat
bertambah dan menaikkan tingkat harga.
Sesungguhnya kerajaan bukan sahaja wajar mengatasi cabaran kesenjangan
pendapatan yang masih tinggi di sesetengah negeri malah kesenjangan wilayah di mana
negeri-negeri yang melebihi pendapatan penengah nasional hanya tertumpu di pantai
barat.Masyarakat yang tidak saksama, baik disebabkan oleh pembangunan ekonomi yang
hanya tertumpu di kawasan tertentu sahaja mahupun kekurangan infrastrutur sosial yang
menjaminkan kesamarataan peluang, akan menimbulkan masalah kemiskinan dan
pengangguran, seterusnya meningkatkan kos sosial.
Maka, dalam sebuah masyarakat yang sedang membangun seperti Malaysia, kadar
kemiskinan relatif adalah penting kerana ia mengukur jumlah isi rumah yang terletak jauh
daripada pendapatan penengah, di mana isi rumah yang berada di bawah 50 peratus daripada
pendapatan penengah dianggap miskin.
Ukuran kemiskinan relatif ini berguna untuk memahami ketidaksamaan pendapatan
relatif dalam masyarakat. Semakin kecil kadar kemiskinan relatif, lebih saksama sesebuah
masyarakat. Namun ukuran kaedah kemiskinan mutlak kekal penting bagi memastikan tiada
isi rumah terjatuh ke dalam kancah kemiskinan tegar.

Rujukan
Chaney, S. and Ryan, C. (2012). Analyzing the evolution of Singapore's World Gourmet
Summit: An example of gastronomic tourism. International Journal of Hospitality
Management. 31(2): 309-318.
Darrell M.W. (2013). The Paradox of Worker Shortages at a Time of High National
Unemployment.Retrieved

on

24

June

http://www.brookings.edu/~/media/research/files/papers/2013/04/10
%20shortage%20immigration%20west/west_paradox%2

2014

at

%20worker
0of%20worker

%20shortages.pdf
Malaysia. (2011). Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Berhad.
Shahimi, S., Asri, N. M., Ismail, M. A., Salleh, N. H. M., Zyadi, M. T. M., Endut, W. and
Halil, N. (2012). Makroekonomi. Cengage Learning, Kuala Lumput, Malaysia.
Becker, Gary S. 1962. Investment in Human Capital: A Theoretical Analysis. Journal of
Political Economy LXX. 9 - 49.
Blackaby D. & Murphy P. 1995. Earnings, Unemployment and Britain’s North-South Divide:
Real or Imaginary. Oxford Bulletin of Economics and Statistics. 57, 4 : 487-512.
Blinder, A.S. 1973. Wage Discrimination: Reduced From and Structural Estimates. Journal of
Human Resources. Vol. (8), 4: 436-455.
Chiswick, B.R. 1971. Earnings Inequality and Economic Development. The Quarterly Journal
of Economics. Vol. (85), 1 : 21–39.
Cornia, G. A. & Kiiski, S. 2001. Trends in Income Distribution in the Post-World War II
Period. UNU/WIDER Discussion Paper. No. 2001/89.
Jönsson, K. 2004. Effective Consumption and Non-Keynesian Effects of Fiscal Policy.
http://swopec.hhs.se/lunewp/abs/lunewp2004_026.htm [6 April 2005].

López-Mejía, A., & Ortega, J.R. 1998. Private saving in Colombia. IMF Working Paper
WP/98/171 http://www.imf.org/external/pubs/ft/wp/wp98171.pdf [5 Jun 2007].

Dokumen yang terkait

Analisis komparatif rasio finansial ditinjau dari aturan depkop dengan standar akuntansi Indonesia pada laporan keuanagn tahun 1999 pusat koperasi pegawai

15 355 84

Analisis korelasi antara lama penggunaan pil KB kombinasi dan tingkat keparahan gingivitas pada wanita pengguna PIL KB kombinasi di wilayah kerja Puskesmas Sumbersari Jember

11 241 64

ANALISIS PENGARUH PENERAPAN PRINSIP-PRINSIP GOOD GOVERNANCE TERHADAP KINERJA PEMERINTAH DAERAH (Studi Empiris pada Pemerintah Daerah Kabupaten Jember)

37 330 20

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

SENSUALITAS DALAM FILM HOROR DI INDONESIA(Analisis Isi pada Film Tali Pocong Perawan karya Arie Azis)

33 290 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

Representasi Nasionalisme Melalui Karya Fotografi (Analisis Semiotik pada Buku "Ketika Indonesia Dipertanyakan")

53 338 50

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22