Dakwah di tempat kerja definis

Dakwah Di Tempat Kerja
Oleh:
Dr. Khairunneezam Mohd Noor
Suria Hani Abdul Rahman
Muhammad Zaki Mustafa
Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali
DIBENTANGKAN DALAM:
MUZAKARAH DAKWAH DAN PENGURUSAN ISLAM PADA
23 DISEMBER 2011
ANJURAN:
PROGRAM DAKWAH DAN PENGURUSAN ISLAM
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
NILAI, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA

Mengumpat/GOSSIP/mengata

Tidur masa kerja

SHOPPING MASA KERJA


PONTENG SOLAT?

Apa itu dakwah?
Dakwah boleh difahami sebagai usaha
mengajak orang lain mendekati Allah
SWT, menyeru mereka ke arah kebenaran
dan seterusnya dapat mengikut apa yang
digariskan dalam ajaran Islam. Dakwah
merupakan suatu usaha mengajak
manusia melaksanakan amar ma’ruf dan
nahyu munkar.


1.
2.
3.
4.

Menurut Sidi dan Zainab (1995), Dakwah
melibatkan empat komponen utama:

Isi Dakwah
Pendakwah
Kaedah atau saluran dakwah
Sasaran dakwah

Apa perlu dakwah di tempat kerja?


Di dalam dunia pekerjaan, seorang
Muslim adalah bertanggungjawab untuk
berdakwah.

Tidak kiralah apa kategori pekerjaan,
sama ada bekerja di dalam pejabat yang
berhawa dingin, di tapak pembinaan hatta
di ladang dan sawah sekalipun,
tanggungjawab sebagai Da’i itu terletak di
bahu kita.

Apa perlu dakwah di tempat kerja?

• Ia selaras dengan firman Allah SWT
dalam Surah Ali Imran ayat 110 yang
bermaksud:
‘Kamu adalah umat yang terbaik yang
dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang ma'ruf, dan mencegah
daripada yang munkar, dan beriman
kepada Allah.’

Dakwah Lillahi Taala
• Usaha berdakwah di tempat kerja ini
janganlah disalahertikan dengan pengertian
yang sempit.
• Dakwah bukan bermaksud untuk mengajak
manusia melupakan tanggungjawab bekerja
dan melaksanakan amal ibadah yang
spesifik semata-mata.
• Bekerja itu sendiri merupakan satu amal
ibadah apa lagi jika ianya diniatkan kerana
Allah SWT dan dilaksanakan dengan penuh

amanah, fokus dan ikhlas.

Dakwah Lillahi Taala
• Usaha dakwah juga jangan ditafsirkan sebagai
‘hendak tunjuk alim’ atau ‘hendak tunjuk pandai’.
• Jika begitu, semua orang akan takut untuk
berdakwah kerana seorang Da’i yang memberi
dakwah tidak mahu dipandang sebagai penyibuk
manakala yang menerima dakwah pula berasa
tidak selesa dan menganggap konteks dakwah
itu sebagai sesuatu yang tidak bermanfaat.

Ganjaran Usaha Dakwah
• Firman-Nya dalam surah ali-Imran ayat
104 yang bermaksud: Dan hendaklah ada
di antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh
kepada yang ma'ruf dan mencegah dari
yang munkar; merekalah orang-orang
yang beruntung."


Tips Nak Menjadi Dai’e Di Tempat
Kerja?
• Sebagai Da’i di dalam konteks dunia
pekerjaan, seseorang itu perlulah terlebih
dahulu memperlengkapkan dirinya supaya
usaha dakwahnya akan menjadi
sempurna.

TIPS 1
• Akhlak dan keperibadian diri yang baik perlulah
dibentuk dengan menjadikan Rasulullah SAW
sebagai role-model yang terbaik. Kejayaan
Rasulullah SAW dalam usaha dakwahnya
sehingga berjaya menarik minat kaum keluarga,
para sahabat dan umat manusia di zaman
Jahiliyyah dahulu adalah turut bertitik tolak
daripada keperibadian baginda yang teguh
keimanannya, cukup berlemah-lembut, molek
budi pekerti dan tutur bicaranya.


TIPS 2
• Seseorang Da’i juga perlu memiliki kekuatan
intelektual dan spiritual supaya dirinya sendiri
arif akan apa yang hendak didakwahkan dan
orang-orang yang menerima dakwah turut
faham dan mudah untuk mengikut dakwahnya.
• Jika Da’i tidak mampu memahami dan
menguasai ilmu pengetahuan tentang ajaran
Islam, ditakuti usaha dakwahnya akan menjadi
sia-sia dan diperlekehkan oleh orang-orang
yang cuba untuk didekatinya itu.

TIPS 3
• Guna pelbagai manhaj atau kaedah dakwah
seperti penulisan, perbualan, mahupun
perbuatan untuk menarik minat dan kesedaran
orang lain untuk terus berpegang teguh kepada
syariat Islam.
• Misalnya ringankan mulut menegur rakan-rakan

yang suka ‘mencuri tulang’ untuk minum pagi
dengan cara mengingatkan mereka akan
pentingnya bersikap amanah kepada majikan
bahkan kepada diri sendiri.

TIPS 4
• peringatan dan teguran perlulah dibuat
dengan tegas tetapi lembut, merendah
suara dan berhikmah. Bukan secara
kasar, mengherdik atau menghina.

TIPS 5
• Dakwah melalui perbuatan juga sangat memberi
kesan dalam usaha mengajak orang lain
beramal ibadah dengan sempurna.
• Menjaga amal ibadah khusus, tidak lokek
memberi senyuman, membaca al-Quran ketika
ada kelapangan, ringan tulang membantu orang
lain, sopan santun, menjaga kebersihan diri dan
sebagainya adalah contoh perbuatan yang boleh

menggetarkan kesedaran orang lain

TIPS 6
• Dakwah turut boleh disampaikan melalui kaedah
penulisan.
• Trend menghantar e-mel atau salinan nota yang
mengandungi maklumat yang berkaitan dengan
ajaran Islam yang spesifik seperti Tauhid,
Ibadah, Adab, Muamalat dan sebagainya juga
efektif dalam mengetuk hati para pembacanya
untuk terus tawaduk dan patuh dengan perintah
Allah SWT.

KESIMPULAN
• selagi usaha dakwah Islamiyyah ini
diteruskan termasuklah ketika kita bekerja,
dengan izin Allah SWT kehidupan kita
akan menjadi sempurna dan sentiasa
mendapat keredhaan dan keberkatan
daripada-Nya.

• Tidak ada ruginya kita menyampaikan
dakwah ke arah kebenaran.

KESIMPULAN
• Allah SWT telah berfirman dalam surah alAsr’ ayat 1 hingga 3 yang bermaksud:
‘Demi Masa; Sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan kesabaran’.

TERIMA KASIH