Sosio ekonomi Tanah Melayu kurun ke 19.d

1.0 Pengenalan
Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan
kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersial.
Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem
pemerintahan pada masa dahulu. Ekonomi masyarakat Melayu yang diamalkan di Tanah
Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874 secara umumnya berbentuk
tradisional iaitu ekonomi sara diri.1 Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk
keluarga mereka. Segala lebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan
digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan
seperti pakaian dan sebagainya.
Ekonomi komersial seperti pertanian dagangan telah dipraktikkan oleh penduduk
Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Aktiviti komersial lain seperti perlombongan
telah dijalankan secara kecil-kecilan dan tertumpu di pantai barat Semenanjung Tanah
Melayu seperti di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Hal ini membawa kepada
kemasukan golongan imigran dari Cina dan India bagi merancakkan ekonomi komersial. Para
pembesar telah membawa masuk golongan imigran bagi menjalankan aktiviti perlombongan
di Tanah Melayu. Mereka di bawa masuk melalui pelbagai cara, misalnya di Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang. Sehubungan itu, penulis berpendapat bahawa benar, golongan
peranan pemerintah dilihat memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan golongan imigran
dengan memberi peluang kepada mereka dalam ekonomi Tanah Melayu berbanding
mentransformasi ekonomi masyarakat Melayu sendiri agar lebih maju. Justeru, penulis akan

mengemukakan beberapa bukti bagi menyokong pandangan tersebut.

1 A. Azmi Khalid. (1996). Ekonomi Melayu Kurun Ke-19: Sara Diri atau Komersial?, dalam
Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif oleh Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee .
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Hlm 224.

1

2.0 Faktor golongan pemerintah menjalinkan kerjasama dengan golongan imigran
berbanding membantu ekonomi masyarakat Melayu.
2.1 Monopoli ekonomi oleh golongan pemerintah.
Menurut Abdul Rahman Tang Abdullah dalam artikel beliau Economic Change and
Transition of Malay Society in Malaya in Late Ninetenth and Early Twentieth Century
(2012), pengawalan ekonomi golongan pemerintah terletak pada sistem percukaian.2 Hak
untuk menuntut cukai ke atas rakyat telah dijalankan oleh golongan pemerintah sejak
perkembangan sejarah masyarakat Melayu. Terdapat tiga sumber pendapatan atau kekayaan
bagi golongan pemerintah. Pertama ialah kawalan tenaga manusia seperti buruh kerah,
perkhidmatan peperangan dan pungutan cukai. Namun tindakan pemerintah yang melampaui
tahap kesabaran petani menyebabkan petani bertindak meninggalkan tanah mereka dan
berhijrah ke kawasan lain. Perkhidmatan buruh dalam pembinaan projek awam seperti parit

dan menanam tanaman untuk pembesar.
Kedua, Amarjit Kaur dalam Semenanjung Tanah Melayu Pada Abad Ke-19 (1996)
menerangkan bahawa sumber pendapatan pemerintah diperoleh daripada perdagangan dan
ketiga diperoleh daripada hasil tanah.3 Selain itu, sumber pendapatan utama bagi pemerintah
adalah cukai. Terdapat pelbagai jenis cukai utama iaitu cukai pendapatan, cukai tanah, cukai
pengangkutan dan cukai perdagangan. Cukai pendapatan juga dikenali sebagai Cukai Raja
yang dikenakan ke atas aktiviti pertanian dan perlombongan. Cukai ini biasanya dibayar
dengan menggunakan hasil produk sendiri terutama sekali padi dan timah. 4 Manakala cukai
tanah pula berasaskan konsep moden sebagai cukai tahunan. Peruntukan sebanyak 10
2 Abdul Rahman Tang Abdullah. (2012) .” Economic Change and Transition of Malay
Society in Malaya in Late Nineteenth and Early Twentieth Centuries”. Jurnal Sejarah , Jilid
20 . Hlm 76.
3 Amarjit Kaur . (1996) . Semenanjung Tanah Melayu Pada Abad ke-19: Suatu Tinjauan
Ekonomi dalam Masyarakat Melayu Abad Ke-19 oleh Saripan bin Rahmat . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka . Hlm 5.
4 Abdul Rahman Tang Abdullah. Economic Change and Transition . Hlm 77.

2

peratus daripada cukai pendapatan telah ditetapkan menurut tradisi Melayu dan telah

diperkenalkan oleh orang Melayu di Melaka pada separuh kedua abad ke-19. Jumlah cukai
yang dikenakan berbeza mengikut pembesar. Zukarnain Abdul Rahman dalam penulisan
beliau Ekonomi Sungai Ujong Pra-kolonial: 1800-1870 menyatakan bahawa di Sungai
Ujong, Negeri Sembila, peranan pembesar iaitu Datuk Syahbandar dan Datuk Muda Linggi
mendominasi dan mengawal kegiatan perlombongan dan perdagangan bijih timah. 5 Selain
itu, kebenaran untuk mengerjakan lombong di sesuatu kawasan harus mendapat persetujuan
dari golongan pemerintah. Oleh itu, kekuasaan yang yang sedia ada mendorong sikap tamak
golongan pemerintah untuk menggalakkan ekonomi perlombongan dengan mengenakan
pelbagai cukai. Sehubungan itu, perkara ini membebankan golongan petani kerana mereka
perlu membayar pelbagai cukai.
Faktor lain adalah, penggunaan sistem kerah ke atas sumber manusia oleh golongan
pemerintah bagi menguasai ekonomi di Tanah Melayu. Sistem kerah merupakan satu sistem
yang mana pemerintah mengerahkan tenaga rakyatnya untuk melakukan sesuatu pekerjaan
tertentu.6 Biasanya golongan pembesar yang memainkan peranan penting dalam usaha
mengerahkan tenaga rakyat untuk membuat kerja-kerja sosial seperti membuat jalan,
membuat saluran dan surau. Manakala Sultan hanya mengerahkan tenaga rakyat tanpa
membayar sebarang upah atau gaji. Hal ini menyebabkan golongan rakyat tiada masa untuk
mengusahakan tanaman dan ternakan mereka kerana dipaksa oleh golongan pemerintah untuk
bekerja sebagai buruh. Tanah-tanah mereka akan terbiar dan mereka tidak mempunyai hasil
yang mencukupi bagi memenuhi keperluan harian mereka. Melalui sistem ini rakyat dikerah

melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang

5 Zulkarnain Abdul Rahman. (2001). Ekonomi Sungai Ujong Prakolonial: 1800-1870-an.
Dalam Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’Khoo Kay Kim . Kuala
Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 173 .
6 Abdul Rahman Tang Abdullah . Economic Change and Transition . Hlm 73

3

tertentu.

Orang

biasa

yang

berstatus

tinggi


dikecualikan

dari

sistem

kerah.

Misalnya di Kelantan, Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber
hasil bumi seperti emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, rotan, buluh, kayu gaharu dan
kain songket.7 Perkembangan ekonomi Kelantan sebelum kedatangan British dikuasai oleh
golongan pembesar dan sultan. Rakyat jelata hanya bertugas menjalankann kegiatan ekonomi
golongan tersebut sahaja. Pendapatan pembesar bergantung kepada cukai yang dikenakan ke
atas penduduk. Untuk itu pembesar sentiasa menggalakkan kemajuan daerahnya dengan
menambahkan bilangan penduduk yang produktif untuk mendapatkan lebihan hasil yang
banyak. Kekuasaan pembesar bergantung kepada kekuatan ekonomi. Oleh itu pembesar
sentiasa berwaspada agar tidak ada orang lain mengumpulkan harta yang lebih banyak bagi
tujuan pemberontakan. Pembesar juga berkongsi pendapatan yang diterima dengan
pengikutnya bagi mengekalkan sokongannya. Hasil lebihan akan digunakan sebagai pinjaman

untuk mengikat lebih ramai orang berhutang dengannya.
2.2 Peranan pemerintah
Sebagai golongan pemerintah di Tanah Melayu seharusnya menjaga kebajikan orang Melayu
itu sendiri yang telah menunjukkan taatsetia dengan membantu memenuhi keperluan harian
mereka. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat. Walau bagaimanapun, golongan
pemerintah lebih cenderung untuk bekerjasama dengan golongan imigran yang telah biasa
dan mahir dalam sistem ekonomi yang berasaskan kewangan. Penggunaan sistem wang
dalam kalangan rakyat Melayu adalah sangat terhad kerana rakyat pada ketika itu masih
mengamalkan sistem barter.8 Sukar bagi rakyat untuk memperoleh wang melalui penanaman
padi kerana mereka juga mengerjakan pertanian walaupun dalam musim menuai kerana
7 Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman . (2015) . “Sejarah Perkembangan
Ekonomi SemenanjungTanah Melayudan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Pra Kolonial”
International Journal of The Malay World and Civilastion, Jilid 3(2). Hlm 101.
8 Abdul Rahman Tang Abdullah . Economic Change and Transition . Hlm 76 .

4

kebanyakan mereka bekerja untuk petani padi yang juga mengharapkan memperoleh wang
dari jualan tanaman mereka. Kejayaan dan kegagalan orang Melayu bergantung kepada
golongan pemerintah untuk bersedia menyesuaikan diri kepada perubahan ekonomi yang

lebih moden.
Menurut Abdul Rahman Tang Abdullah dalam artikel beliau, peluang yang diberikan
untuk rakyat bagi menceburi bidang ekonomi komersial juga terhad.9 Rakyat diberi upah
yang sedikit dan hanya mampu untuk menampung keperluan asas mereka sahaja. Keadaan ini
tidak menyediakan peluang bagi masyarakat Melayu untuk menjana pendapatan lebihan yang
boleh digunakan sebagai pelaburan modal untuk mereka menjalankan aktiviti perniagaan
secara kecil-kecilan.
Penglibatan imigran Cina dalam aktiviti perlombongan bijih telah berjaya
memperlihatkan satu transformasi kuasa ekonomi daripada pembesar Melayu kepada orang
Cina. Pemerintah tempatan seharusnya memberi peluang kepada rakyat untuk mengubah dan
menaik taraf ekonomi yang mundur kepada yang lebih baik dengan memberikan pinjaman
modal. Namun dilihat, orang Cina lebih bijak menggunakan peluang ini untuk
mengembangkan industri perlombongan dengan mengusahakan sendiri sesuatu kawasan
perlombongan itu dengan bantuan modal. Selain itu, penguasaan pembesar melayu terhadap
sektor perlombongan bijih timah dapat dilihat melalui beberapa perkara. Antaranya ialah
pengusaha dari Cina mesti mendapatkan kebenaran daripada pembesar melayu untuk
mengusahakan perlombongan terlebih dahulu, pembesar melayu pula akan memastikan hasil
bijih timah yang dilombong dan dijual semula kepada mereka serta harga bijih timah akan
ditentu oleh pembesar melayu sendiri.10


9 Abdul Rahman Tang Abdullah . Economi Change and Transition . Hlm 78.
10 Zulkarnain Abdul Rahman . Ekonomi Sungai Ujong . Hlm. 173.

5

2.3 Reaksi orang Melayu
Ciri-ciri ekonomi tradisional masih wujud dalam kalangan masyarakat Melayu pada lewat
abad ke-19, hal ini kerana reaksi daripada orang Melayu terhadap perubahan dalam corak
ekonomi dan orientasi dalam kapitalisme dan komersialisme yang agak perlahan berbanding
dengan golongan imigran. Percanggahan asas antara ekonomi tradisional dan moden
menyebabkan reaksi yang agak perlahan bagi masyarakat Melayu ketika itu untuk
menyesuaikan diri dengan suasana ekonomi baru. Selain itu, populasi penduduk Melayu
semasa zaman pra-kolonial menetap di sekitar kawasan pedalaman, dengan kelompok mereka
yang lebih besar menetap di kawasan berhampiran dengan laut atau di pinggir sungai
merupakan salah satu faktor mengapa orang Melayu memberikan rekasi yang agak perlahan
terhadap perubahan ekonomi di Tanah Melayu.11
Seterusnya, dalam bidang perlombongan, orang Cina telah mewujudkan pasaran yang
sedia namun, orang Melayu tidak berminat untuk memajukannya. Hal ini kerana, amalan
ekonomi tradisional sara diri dan orang Melayu yang tidak mempunyai pengalaman pertanian
komersial. Dalam penulisan Chai Hon Chan bertajuk Economic Development (1964)

halangan pembangunan penanaman padi Melayu adalah disebabkan kekurangan sistem
pengairan dan ketiadaan peralatan pertanian cekap. Sehingga kedua-dua keperluan
dibekalkan oleh kerajaan, tiada harapan untuk memperbaiki keadaan ekonomi petani
Melayu.12 Orang Melayu bukannya malas untuk menceburi sebarang ekonomi yang baru
seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak, suasana ketika itu yang tidak membenarkan
orang Melayu untuk menerima perubahan. Petempatan mereka yang lebih tertumpu kepada
kawasan pedalaman menyebabkan mereka lebih memilih untuk menjalankan ekonomi
11 Rahmat Saripan. (1991). Kolokium Masyarakat Melayu abad ke-19. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 68.
12
Chai Hon Chan . (1964) . Economic Development dalam The Development of British
Malaya . Kuala Lumpur: Oxford University Press . Hlm 143.
12

6

bersifat sara diri.13 Dibebani dengan hutang dan cukai juga merupakan faktor reaksi orang
Melayu agak perlahan dalam menerima perubahan ekonomi. Mereka menjalankan kegiatan
penanaman padi dan nelayan hanya untuk memenuhi keperluan hidup mereka sahaja. Oleh
itu, mereka kurang menjalinkan hubungan dengan dunia luar. Hal ini menyebabkan,

pemikiran orang Melayu ketika itu masih belum terbuka dan tidak memberi perhatian
terhadap perubahan yang berlaku di sekitar mereka.
2.4 Kemahiran dan teknologi golongan imigran Cina
Sebelum abad ke-19 lagi perlombongan bijih timah adalah kegiatan penting di Semenanjung
Tanah Melayu. Kawasan terpenting bijih timah ialah di Perak, Selangor dan Sungai Ujong,
Negeri Sembilan. Pengeluaran bijih timah dijalankan secara kecil-kecilan sehingga
pertengahan abad ke-19. Negeri Perak merupakan pengeluar yang terbesar pada masa itu.
Pelombong ketika itu adalah penduduk tempatan terdiri daripada lelaki dan perempuan.
Mereka menggunakan kaedah yang sederhana iaitu dengan cara melampan14 dan mendulang
yang membawa kepada pengeluaran timah yang terhad.15 Permintaan bijih timah agak tinggi,
oleh itu para pembesar memerlukan pemodal untuk menguruskan kegiatan perlombongan.
Bagi memenuhi keperluan semasa, para pembesar mengambil inisiatif dengan membawa
masuk lebih ramai orang Cina untuk bekerja di lombong. Para pembesar tidak berjaya
membekalkan bijih timah yang secukupnya akibat bergantung kepada orang melayu kerana
cara pengeluaran orang melayu tidak membuahkan hasil yang banyak dan keterlibatan orang
melayu dalam perlombongan bijih timah adalah secara sambilan sahaja

13 Abdul Rahman Tang Abdullah . Economic Change and Transition . Hlm 76.
14 Lihat James C. Jackson dalam Malay Mining Methods in Kinta in 1884 . Melampan
adalah aktiviti di mana tanah di sekitar lombong akan dibersihkan dan parit akan dibina

dari sungai yang berhampiran, lalu air akan menyusuri sepanjang laluan ke tapak
perlombongan dan tanah yang mempunyai akan dibuang kedalamnya. Batu-batu yang
lebih besar akan ditarik balik ke dalam bakul dan seluruh campuran yang dibawa
menyusuri sungai dengan kayu yang besar yang dikenali sebagai pengayuh.
15 Zulkarnain Abdul Rahman . Ekonomi Sungai Ujong . Hlm 174.

7

Menurut petikan John H. Drabble dalam Economic History of Malaysia
menyatakan bahawa golongan imigran Cina dalam jumlah yang besar telah mendominasi
industri perlombongan pada abad ke-19 kerana mereka telah membawa masuk teknologi baru
dalam meningkatkan pemulihan bijih dan pengawalan air, selain itu memudahkan
perlombongan kedalaman yang lebih besar.16 Tahun 1840-an keadaan ini jelas dilihat apabila
orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah negeri-negeri Semenanjung
Perak dan Selangor telah menarik ramai pendatang Cina yang menguasai industri pada abad
ke-19 dengan membawa teknologi baru yang lebih baik pemulihan bijih dan kawalan air
serta memudahkan perlombongan untuk kedalaman yang lebih besar.
Imigran Cina memperkenalkan teknik perlombongan yang lebih efektif iaitu
penggunaan pam kelikir, palong dan lombong dedah. Kaedah pam kelikir adalah dengan
menggunakan pam untuk memancutkan air yang kuat bagi memecah tanah yang
mengandungi bijih timah (Rujuk Rajah 3). Lumpur dipam naik ke palung untuk mendapatkan
bijih timah.17 Selain itu, golongan imigran ini mendapat bantuan modal daripada golongan
pembesar untuk mengerjakan lombong sendiri di bawah kawalan pembesar dan akhirnya
mereka tidak memerlukan pembesar kerana mereka mendapat modal terus dari Melaka. 18
Kedatangan orang Cina telah mengaburi bayangan bahawa masyarakat Melayu ketika itu
turut terlibat dalam aktiviti perlombongan walaupun bahagian dalam jumlah pengeluaran
bijih semakin berkurang. Sebahagian sebab menagapa sumbangan orang Melayu dalam
sektor ini dianggap sangat kecil dan tidak memberansangkan dinyatakan oleh sarjana terkenal
iaitu Wong Lin Ken:

16John Drabble. (2000) . An Economic History of Malaya, c.1800-1990:The Transition to
Modern Economic Growth. A Modern Economic History of Southeast Asia .
http://www.palgrave.com/page/detail/an-economic-history-of-malaysia,-c.1800-1990-johndrabble/?sf1=barcode&st1=9780230389465.
17 Simon Watt, John Collett. (1979). 21 Chain and Washer Pumps from the 1958 Peking
Agricultural Exhibition. London: Intermediate Technology. Hlm 5
18 Zulkarnain Abdul Rahman . Ekonomi Sungai Ujong . Hlm 176.

8

Morever, the Malays were only part-time miners, and their method of mining and
smelting was clumsy and uneconomical. They had neither the commercial
shrewdness nor the attitude for hardwork so essential for the success of any
businessundertaking.19

Walaupun menggunakan kaedah pelombongan dan melebur yang dikatakan tidak baik dan
tidak ekonomi, hakikatnya pelombong Melayu telah menghasilkan bijih timah kepada dunia
selama beratus-ratus tahun. Selain itu, walaupun kepesatan pelombong Cina, masih ada
pelombong Melayu yang mengerjakan lombong secara besar-besaran di Kinta.

3.0 Analisis
Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan buruh
Cina ke Tanah Melayu dan bekerja di kawasan perlombongan serta perladangan seperti di
ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu.20 Kehadiran modal asing dalam perlombongan
bijih timah adalah faktor terpenting kepada peningkatan buruh asing ke Tanah Melayu. Selain
itu, sikap pemerintah Melayu ketika itu yang tidak mementingkan peningkatan ekonomi dan
taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan berbanding dengan golongan imigran.
Mereka mengenakan cukai yang tinggi bertujuan untuk menjaga kedudukan mereka sebagai
pemerintah dan sebagai sumber pendapatan utama mereka. Sepatutnya pemerintah harus
membantu meningkatkan kehidupan dan ekonomi orang Melayu.
Seterusnya, bagi golongan rakyat pula, kebanyakan petempatan orang Melayu berada
di kawasan pedalaman yang masih kekal dengan pekerjaan tradisi iaitu sebagai petani dan
nelayan. Penggunaan wang tidak begitu meluas dalam kalangan rakyat kerana kebanyakan
mereka mempunyai wang yang sedikit dan antara mereka tidak mempunyai wang langsung.
Hal ini kerana, masyarakat Melayu ketika itu masih mengamalkan sistem barter dalam
19 Wong Lin Ken. (1965) . The Malayan Tin Industry to 1914. Tucson: University of
Arizona Press . Hlm. 21 .
20 Lim Teck Ghee. (1977). Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya
1874-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Hlm 15.

9

kehidupan harian. Justeru, masyarakat Melayu masih berada dalam keadaan tidak bersedia
untuk menerima pembaharuan dan mempunyai pemikiran yang masih belum terbuka
mengenai pembaharuan ekonomi. Keadaan hidup mereka tidak begitu menggalakkan
terhadap penerimaan ekonomi baru. Bentuk ekonomi masyarakat Melayu lebih bersifat diri
dan berkeadaan tertutup, diamalkan sevara tradisional, kurang berdaya saing dan hasil
pengeluarannya berskala kecil dan berada pada tahap produktiviti yang rendah.21
4.0 Kesimpulan
Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu, bukan sahaja
mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Kemasukan buruh
asing secara beramai-ramai telah mendorong kepada pembentukan masyarakat majmuk dan
pertambahan penduduk di Tanah Melayu. Kehadiran imigran di Tanah Melayu memberi
kesan terhadap kehidupan sosioekonomi. Masyarakat Melayu era pra-kolonial dilihat
mempunyai kehidupan sosioekonomi yang tersendiri, dengan struktur politiknya yang
berbentuk feudalisme serta terdiri daripada masyarakat tunggal sebelum kedatangan
kolonialisme British. Kegiatan hidup masyarakat Melayu ketika itu bersifat mudah.

21 Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman . Sejarah Perkembangan Ekonomi.
Hlm 105.

10

Bibliografi
Abdul Rahman Tang Abdullah. (2012). Economic Change and Transition of Malay Society In
Malaya. Jurnal Sejarah, 2, 71-95.
Chan, C. H. (1964). The Development of British Malaysa. New York: Oxford University
Press.
Drabble, J. (n.d.). An Economic History of Malaya 1800-1900. (Economic History
Association) Retrieved Oktober 27, 2015, from John Drabble . (2000) . An Economic
History of Malaya, c.1800-1990:The Transition to Modern Economic Growth. A
Modern Eco http://www.palgrave.com/page/detail/an-economic-history-of-malaysia,c.1800-1990-john-drabble/?sf1=
Ghee, L. T. (1977). Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya 18741941. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Jackson, J. C. (n.d.). Malay Mining Method in Kinta in 1884. 12-18.
Ken, W. L. (1965). Tin Malayan Tin Industry to 1914. Tucson: University of Arizona.
A. Azmi Khalid. (1996). Ekonomi Melayu Kurun Ke-19: Sara Diri atau Komersial? In T. L.
Badriyah Haji Salleh, Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammad Redzuan Othman. (2001). Jendela masa : kumpulan esei sempena persaraan
Datuk Khoo Kay Kim. Mohammad Yusof, Ed. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Rahmat Saripan. (1991). Kolokium Masyarakat Melayu abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Simon Watt, J. C. (1976). 21 Chain and Washer Pumps. London: Intermediate Technology.
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin, Ahmad Ali Seman. (2015). Sejarah Perkembangan Ekonomi
Semenanjung Tanah Melayudan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial.
International Journal of the Malay World and Civilastion, 95-119.

11