KEBERADAAN TENAGA KERJA ASING DI MALAYSIA TAHUN 2002-2007

K E B E R A D A A N T E N A G A K E R J A ASING DI MALAYSIA TAHUN 2002-2007
Afhzal
Jurusan Hubungan Internasional FISIP UNRI

ABSTRAK

Migrasi tenaga kerja kini telah menjadi sumber pendapatan yang penting bagi beberapa negara dan
fenomena ini telah dilanjutkan oleh pengaruh globalisasi. Migrasi Tenaga Kerja Asing (TKA) ke Malaysia berasal
dari Indonesia, Nepal, Banglades, India, Filipinadan Iain-Iain. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberadaan
TKA di Malaysia dari tahun 2002-2007. Metode kajian yang digunakan berbentuk kualitatif iaitu dengan
menggunakan kaedah analisis kandungan menggunakan bahan-bahan rujukan seperti buku, jurnal, majalah dan
sebagainya serta kaedah interview dengan pihak-pihak yang berkaitan seperti TKA di Malaysia. Untuk menganalisa
keberadaan TKA digunakanlah teori globalisasi dan interdependence, dimana pada tahun 2007 lebih 2.5 juta
TKA sedang bekerja di Malaysia.
Kata kunci: Tenaga kerja asing, globalisasi, interdependence

PENDAHULUAN
Ketika pasaran bebas sedang dilaksanakan di peringkatAsiaTenggara dan Asia Pasifik, bukan
saja aliran modal dan barang tetapi juga manusia atau T K A turut menjadi bebas. T K A dilihat sebagai
aliran pekerja merentasi sempadan negara bangsa meninggalkan negara asal untuk menetap di
negara yang dituju. Walau bagaimanapun, mereka tidak menetap selama-lamanya di negara tersebut,

akan tetapi mereka akan beredar semula melalui proses migrasi (Hugo, G.J 1978).
Hal itu berlaku oleh karena terdapat faktor-faktor yang mendorong seseorang atau tenaga kerja
untuk keluar meninggalkan tempat asal mereka. Secara umumnya dapat dikategorikan kepada tiga
faktor utama iaitu politik, ekonomi dan sosial. Fenomena yang dapat mengambarkan faktor-faktor ini
misalnya upah tenaga kerja di negara asal yang lebih rendah berbanding di Malaysia, peluang pekerjaan
yang tersedia di Malaysia, kedudukan atau status sosial di daerah asal, kemudahan untuk masuk ke
Malaysia, adanya bantuan dari pihak-pihak tertentu dalam pengurusan keberangkatan dan Iain-Iain.
Kebebasan manusia untuk bergerak dengan bebas dari satu kawasan ke kawasan yang lain
bagi sebab-sebab politik, ekonomi dan sosio-budaya merupakan sebahagian besar dari sejarah
manusia. Tetapi kebebasan itu telah dikurangkan pada zaman modern dengan pendirian batas-batas
politik dan negara yang meluluskan undang-undang imigrasi untuk mengawal migrasi antara tentorial.
Namun, undang-undang ini seringkali tidak memadai bagi aliran migrasi antarabangsa. Dalam tiga
dekad yang lalu, migrasi tenaga kerja di seluruh dunia telah berkembang dengan cepat.
Fenomena migrasi pekerja asing merupakan suatu fenomena yang telah lama. Hampir semua
negara di Asia kinI menerima atau menghantar pekerja asing, terutamanya untuk memenuhi jurang
kuasa tenaga kerja dalam pekerjaan-pekerjaan tertentu. Malah, pengeksportan pekerja kini telah
menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara-negara miskin dan fenomena ini telah
dilanjutkan oleh pengaruh globalisasi, bahkan Organisasi Buruh Internasional (ILO) menganggarkan
terdapatnya kurang lebih enam juta pekerja dari Asia yang bekerja di luar negara, dan 2.5 juta pekerja
asing sekarang sedang bekerja di Malaysia.

Satu perspektif dimana pekerja asing dianggap dapat membawa manfaat kepada semua pihak
yang berkenaan. Kepada pendatang asing, ia dapat menawarkan peluang mencari pendapatan yang
299

LEmBPGPzyxwvutsrqponmlkji
PEnELiTinn

tidak ditawarkan di negara asal. Bagi negara penghantar, ia menawarkan peluang bagi mereka yang
(Peny) 1993) manakala
menganggur, serta punca pendapatan asing (A. Kassim, dalam H. Komaizyxwvutsrqponmlkjihgfedcba
bagi negara penerima pula, ia menawarkan aliran tenaga kerja murah yang mengekalkan gaji pada
tahap yang rendah dan kadar pertumbuhan pada tahap yang tinggi. Namun, pekerja asing juga seringkali
mempunyai pandangan negatif, terutamanya bagi pekerja-pekerja asing tidak mahir yang menjadi
mangsa kepada pencabulan hak asasi manusia, penyeksaan, pemenjaraan tidak adil, diskriminasi
dan sekatan-sekatan yang lain.
Melihat kepada gejala mengenai pekerja asing, sistem pengeksploitasian dan ketidaksamarataan sedunia merupakan dasar yang memaksa manusia meninggalkan negara asal mereka,
biarpun sebagai pelarian atau imigran. Kekurangan peluang pekerjaan m e m a k s a golongan
menganggur untuk mencari pekerjaan di luar negara. Pembangunan yang tidak sama rata juga adalah
faktor penyebab perpindahan itu. Gejala lain yaitu kebanyakan rakyat di luar kota dimana-mana negara
tidak menerima pendidikan yang baik dan apabila mereka berpindah ke kota, pendidikan dan

pengalaman yang mungkin pernah mereka dapatkan misalnya menjadi tidak berguna. Keadaan ini
juga yang memaksa mereka mencari pekerjaan di luar negara apa lagi dengan adanya globalisasi.
Fakta bahwa kebanyakan penduduk dunia hidup dalam kemiskinan, hanya 2.5 persen darinya
sekarang tinggal di luar negara asal mereka. Faktor asas yang menjadi prasyarat bagi keberadaan
migrasi adalah tuntutan ekonomi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikatdan negara-negara
di Eropah, serta negara-negara membangun seperti Malaysia dan Singapura. Negara-negara seperti
ini tidak menerima T K A secara pasif, tetapi sedang menciptakan keadaan-keadaan yang memaksa
T K A untuk datang.
Malaysia sebagai negara yang pesat membangun, tidak dapat mengelak dari bergantung kepada
TKA. Kedatangan T K A ke Malaysia tentunya merapunyai berbagai tujuan, salah satunya adalah untuk
merubah kehidupan dengan bekerja di negera orang. Mereka melihat pembangunan yang sangat
pesat di Malaysia, upah yang tinggi dan kemudahan infrastruktur sebagai faktor pendorong, seperti di
metropolitan Kuala Lumpur serta beberapa bandar atau kota di Malaysia, khususnya Petaling Jaya,
Johor Bahru, Ipoh, Georgetown, dan Iain-Iain. Negeri Selangor yang juga sedang pesat membangun,
seperti di daerah Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat dimana pembanguan hartanah yang pesat
di kawasan tersebut telah menarik pekerja asing yang besar. Dalam tahun 2002-2005 saja, tidak
kurang 12 projek pembangunan hartanah (rumah pejabat, komersil dan rumah kediaman) termasuk
Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA dengan jumlah pelaburan kira-kira RM65 billon telah diluluskan
pembinaannya (Katiman Rostam, 2006; 21). Selain itu, beberapa contoh daerah pembangunan yang
lain adalah seperti di kawasan Bangi, Serdang dan Nilai. Berbagai pembangunan dilaksanakan berawal

dari institusi pendidikan, kolej, niaga komersial, pejabat, perindustrian, selain rumah kediaman yang
berbagai jenis yang menjadi tarikan kepada pekerja asing untuk bekerja di Malaysia. T K A di Malaysia
biasanya bekerja di berbagai sektor seperti di sektor periadangan, pembantu rumah, pembinaan,
perkhidmatan dan Iain-Iain serta juga di kilang-kilang yang diusahakan oleh perusahaan multinasional.
Dengan kapasiti penduduk Malaysia sekarang sekitar 26 juta orang, tidak mampu menampung
keperiuan tenaga kerja dalam setiap sektor yang sedang rancak berkembang. Berdasarkan statistik
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), hingga tahun 2007 T K A diperkirakan sekitar 2.5 juta orang
mewakili 25 persen dari jumlah keseluruhan pekerja di negara di Malaysia (Utusan Malaysia, 17 Oktober
2007). Dari jumlah itu, pekerja Indonesia mencatat jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 296,026 orang,
Bangladesh (17,952), India (20,414), Myanmar (3,247), Filipina (2,246), China (1,679) dan Nepal
seramai 1,198 orang. Mengikut sektor pula, sektor perkilangan (267,014), periadangan (209,037),

300

nuJERSlTOS RIPU
pembantu rumah (187,716), pembinaan (59,021), dan perl