PERKEMBANGAN EKONOMI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH.(tning 5)

  PERKEMBANGAN EKONOMI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH OBJEKTIF: 1. Menyatakan sektor utama ekonomi kerajaan Abbasiyah.

  2. Menjelaskan sumber kewangan kerajaan Abbasiyah.

  3. Menghuraikan peranan Baitul Mal pada zaman Abbasiyah.

  4. Menganalisis kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat.

  Kemajuan kerajaan Abbasiyah dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada kemantapan ekonomi.Tindakan khalifah Abu Jaafar Al Mansur memindahkan pusat pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad mengiatkan aktiviti ekonomi kerana Baghdad memiliki keistimewaan2 berikut :

  1. Kedudukan yang strategic menjadi laluan perdagangan timur dan barat

  2. Terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai ' suq Baghdad' yang menjadi tumpuan para pedagang parsi.

  3.Terdapat lading-ladang pertanian dan ternakan serta sebuah pasaryang dikenali sebagai ' 'Suq Al Baqar”

  Sumber utama kewangan Abbasiyah ketika itu ialah perdagangan,pertanian, perindustrian serta sumber sumber lain seperti zakat,ghanimah,fai',jizyah dan cukai tanah(kharaj)

INFO ISLAM

  Kota Baghdad :  Mula dibina oleh Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur pada tahun 154H  Terletak di tebing Sungai Dajlah(Tigris) iaitu di atas garis bujur 75 ke Barat dan garis lintang 34 ke utara  Dibina dalam bentuk bulatan dan terdapat 4 pintu  Di kelilingi benteng yang kukuh.

   Di tengahnya dibina istana serta masjid Jami' Al-Mansur.

SEKTOR UTAMA EKONOMI KERAJAAN ABBASIYAH

  a) Pertanian

1. Pertanian

  Para khalifah kerajaan Abbasiyah telah berusaha memajukan sector ini dengan memulih dan menambah prasarana pertanian.Tindakan yang dilakukan ialah: i. melebarkan sungai dan terusan ii. membuat empangan iii. membuka tanah pertanian baru iv. membuat penyelidikan dalam bidang pertanian

INFO ISLAM

  Kerajaan Abasiyah menubuhkan satu jabatan khusus untuk mengendalikan urusan pengairan dan saliran.Jabatan tersebut dinamakan Dewan Al Ma' Hasil daripada langkah positif ini,kerajaan abasiah muncul sebagai sebuah empayar terkemuka dalam bidang pertanian ketika itu.Wilayah-wilayah yang banyak mengeluarkan hasil-hasil pertanian ketika itu ialah mesir,syam,irak,yaman,maghribi,kurosan dan andlus.Jenis-jenis hasil pertanian ketika itu adalah seperti berikut:

  Jenis Hasil Pertanian Hasil Pertanian

  Bijirin Gandum,barli dan beras Buah-buahan Anggur,limau,kurma,apal,pisang,tembikai,buah tin dan buah zaitun.

  Sayur-sayuran dan lain Timun,kubis,kunyit,kacang tanah,ubi manisandan tebu. Ternakan Lembu,kambing,ayam,itik dan sebagainya.

2.Perindustrian

  Kepesatan industry pembuatan menjadikan kerajaan Abasiah sebuah negara industri yang terkemuka ketika itu serta mampu memenuhi keperluan masyarakat yang sudah berkembang maju.Terdapat pelbagai jenis industry pembuatan pada zaman Abasiah:

  Jenis industri Pengeluar

  Tenunan,hamparan dan Baghdad di Iraq,Syiraz serta Asfahan d Parsi permaidani Pinggan mangkuk Mesir danSyam Barangan kaca,tembikar dan Baghdad,Mesir dan Syam terutamanya di Saida dan Sur mozek Barangan kulit dan senjata Mesir,Andalus dan Maghribi Perhiasan dan batu permata Yaman,Khurasan,Bahrain dan Lubnan kertas Iraq,Mesir,Maghribi danAndalus

3.Perdagangan

  Kemajuan dalam bidang pertanian dan pembuatan menyebabkan aktiviti perniagaan dan perdaganagn berkembang pesat hingga ke peringkat antara bangsa.Kepesatan ini disebabkan beberapa faktor iaitu : i) Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi ruang pasaran perniagaan. ii) Perkembangan industri perkapalan memudahkan pergerakan para pedagang. iii) Sarjana2 islam menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hakam perniagaan serta galakan terhadapnya. iv) Kemahiran orang arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliyah. v) Langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan Abasiyyah untuk mengiatkan aktiviti perdagangan iaitu:

  • Membina pusat-pusat perniagaan yang dilengkapidengan perigi dijalan-jalan utama.
  • Membina rumah-rumah api untuk panduan kapal-kapal perdagangan.
  • Mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelak daripada perompak dan lanun. Pelabuhan-pelabuhan serta Bandar-bandar seperti Baghdad,Basrah,Anthakiyah,Aman, Adn,Qahirah dan Iskandariah menjadi tumpuan ahli-ahli perniagaan ketika itu. Pada masa yang sama, para peniaga muslim telah pergi ke Canton cina untuk mendapatkan barangan sutera.Laluan mereka ke China melalui Samarkhan dan Turkistan dikenali sebagai "laluan sutera".Para peniaga muslim juga melakukan perniagaan di Andalus dan Eropah barat.Terdapat juga dikalangan mereka yang pergi berniaga di selatan Afrika dan Madagascar. Mereka membawa barang dagangan seperti tamar,gula,kapas,hasil tenunan,senjata serta barangan kaca ke negara-negara tersebut.Mereka membawa balik rempah,kapur barus,arang dan sutera dari tempat-tempat tersebut.Untuk memudahkan urusan kewangan ketika itu,para pedagang menggunakan cek kembara yang dikenali sebagai " Saftajat". Kita hendaklah menjadikan kegigihan umat islam zaman abasiyyah membangunkan ekonomi negara sebagai motivasi untuk meningkatkan pencapaian dalam semua bidang yang diceburi.

INFO ISLAM

  Bukti sumbangan para sarjana mulim dalam mengiatkan aktiviti perdagangan:  Al-Bukhari (256 hijrah/870 masihi) memperuntukan bab khusus didalam kitab sahihnya tentang perniagaan iaitu "bab buyu' "  Muhammad bin Hasan Syaibani (189 hijrah/805 masihi)membincangkan secara mendalam tentang peniagaan serta pandangan syara' terhadapnya didalam kitab "Makasib" dan "Siyar".

   AlKasani(857 hijrah/1191 masihi) membincangkan tentang jenis2 syarikat serta hokum- hakamnya didalam kitab "Badai'yu sanai'yu"

23.2 SUMBER KEWANGAN ABASIYYAH

  Berdasarkan polisi kewangan yang diwarisi dari zaman-zaman sebelumnya,sumber kewangan kerajaan Abasiyyah dibahagikan kepada berikutnya:

  

Sumber2 kewangan kerajaan

Abasiyyah

Usyur Zakat

  Jizyah Ghanima ' Kharaj Fai hah

  1.Zakat

  Zakat ialah kadar harta yang dikeluarkan oleh orang islam terhadap harta-harta tertentu yang mencukupi had minimum (Nisab) menurut syarat-syarat tertentu.

  2.Kharaj

  Kharaj ialah cukai tanah milik orang bukan islam.Cukai juga dikenakan ke atas tanah milik orang yang diperoleh melalui peperangan.Kadar kharaj ditentukan berdasarkan keadaan tanah.

  3.Ghanimah

  Ghanimah ialah harta rampasan perang.4/5 (80%)daripadanya diberikan kepada para pejuang Islam. Bakinya dibahagikan menurut cara yang ditetapkan oleh al-quran.

  Fak ialah harta tanah yang diperoleh melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah.

  5.Jizyah

  Jizyah ialah bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami Negara Islam.Ia dengan sendirinya gugur apabila pembayarnya memeluk Islam.

  6.Usyur

  Usyur bermaksud satu per sepuluh.Ia merupakan kadar bayaran tetap yang dikenakan keatas kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan-pelabuhan Negara Islam untuk tujuan perniagaan

23.3 PERANAN BAITUL MAL

  Baitulmal ialah institusi kewangan terbesar negara. Baitulmal diketuai oleh Sohib baitulmal (pengurus perbendaharaan negara) yang bertugas menguruskan pendapatan dan

  perbelanjaan negara yang dilakukan oleh dewan Kharaj (jabatan hasil) dan dewan Nafakah (jabatan kewangan). Segala aktiviti kedua-dua jabatan ini dilaporkan kepada

  baitulmal dari semasa ke semasa. Akuan baitulmal dikawal oleh dewan Usul(jabatan dalam negeri) bersama dewan Al Azimmah (jabatan audit negara).Baitulmal memainkan peranan penting dalam pengurusan kewangan negara,iaitu :

  1.Pengurusan sumber-sumber pendapatan negara

  Baitulmal bertanggungjawab mengurus dan menjana negara menerusi dewan Kharaj(jabatan hasil) yang menguruskan kutipan cukai seperti Kharaj,Jizyah,Usyur dan juga zakat.

  2.Mengawal Belanjawan Negara Perbelanjaan negara dikawal oleh Baitulmal melalui Dewan Nafaqah (jabatan kewangan).

  Dewan ini menguruskan pendapatan dan perbelanjaan untuk semua jabatan kerajaan dan gaji kakitangan kerajaan. Pengurusan kewanganyang sistematik telah membolehkan kerajaan Abasiyyah membangunkan negara serta menyediakan perasaran2 untuk rakyat.

  Dewan Usul dan Dewan al-Azimmah

  Akaun dikawal oleh Dewan Kharaj Dewan Nafaqah

23.4 KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI TERHADAP RAKYAT

  Perkembangan ekonomi kerajaan abbasiyah menjadikan umat Islam mentaati taraf kehidupan yang tinggi.Pendapatan negara yang tinggi pada masa itu telah disalurkan untuk menyediakan prasarana seperti tali air,jalan,masjid,sekolah dan sebagainya.Selain itu,kepesatan sektor- sektor ekonomi menyediakan banyak peluang pekerjaan.Sebagai seorang Islam,kita hendaklah berusaha mengembalikan kemajuan tersebut agar kita dihormati oleh umat-umat lain.

  AKTIVITI 1.Menyenaraikan barangan buatan Malaysia yang dieksport keluar negara.

  2.Melibatkan diri dalam aktiviti yang dapat membantu meningkatkan dana kewangan kelas atau sekolah, umpamanya: a.Menyertai koperasi sekolah. b.Menyertai program hari kantin.

  3.Membuat rencana dalam tulisan jawi yang bertajuk :"Peranan pelajar untuk meningkatkan ekonomi negara"

  TAMADUN

  Ilmu dan kemahiran merupakan asset terpenting untuk menghadapi era globalisasi perdagangan.Tanpa kedua-duanya,sesuatu bangsa akan terpinggir.Sebagai seorang pelajar,anda wajib berusaha bersungguh-sungguh dua aset ini.Anda adalah harapan agama,bangsa dan negara.

  PENGHAYATAN

  1.kita mesti berazam dan berusaha meningkatkan pencapaian dalam bidang perekonomian untuk mengembalikan imej tamadun Islam.

  2.Keagungan tamadun islam dibangunkan oleh generasi yang beramanah.tanpa sifat amanah sesebuah tamadun akan hancur sekalipun tamadun itu sudah berada di kemuncak keagungannnya.

  PENILAIAN

1.Jelaskan 3 sektor ekonomi zaman Abasiyyah

  3.Huraikan peranan yang dimainkan oleh para khalifah Abasiyyah untuk menggiatkan sektor pertanian dan perdagangan .

  4.Berpegang dengan sistem ekonomi Islam menyebabkan negara menjadi maju.Bincangkan sejauh manakah kebenaran pernyataan ini.