Sorotan literatur Penjagaan tak formal d

TAJUK: KEPENTINGAN PENJAGAAN TAK-FORMAL BAGI WARGA EMAS.
KAJIAN KES DIBAWAH PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH DI JABATAN
KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

Disediakan oleh:
NORHAFSHAM BIN TAHIR
AEP110008

Disediakan untuk:
PROF. MADYA DR SITI HAJAR ABU BAKAR AH
SEMESTER 1, SESI 2013/14

SOROTAN LITERATUR
KAJIAN PENJAGAAN TAK-FORMAL
Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat mengenai penjagaan tak-formal. Kajian
mengenai penjagaan tak-formal dapat ditinjau daripada pelbagai dimensi. Untuk
memastikan perbincangan mengenai kajian penjagaan tak-formal ini lebih jelas, maka
pembentangannya akan dipecahkan kepada3 bahagian iaitu penjagaan tak-formal di
dalam negara, kajian penjagaan tak-formal diluar negara dan kajian lepas mengenai
warga emas.


1. Kajian Penjagaan Tak-formal di dalam Negara
Kebanyakkan kajian tempatan yang dijalankan mengenai aspek ini adalah kajian-kajian
ilmiah yang berkaitan dengan penjagaa tak-formal. Fatimah et al. (2013) telah melakukan
kajian untuk melihat fungsi keluarga (penjaga tak-formal) dalam penjagaan pesakit
mental.
Kajian ini menyentuh tentang latar belakang penjaga tak-formal dan persekitaran
tempat tinggal mereka sebagai pembolehubah penting dalam mempengaruhi tahap dan
kualiti penjagaan yang disediakan oleh penjaga untuk ahli keluarga mereka. Subjek
kajian terdiri daripada 61 orang penjaga telah ditemu bual secara mendalam semasa
lawatan di rumah, 66.7 % penjaga adalah perempuan sementara 39.3 % lagi adalah lelaki.

Dalam kajian ini, Fatimah et al. (2013) menggunakan kaedah temubual
berstruktur untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Kajian ini dibuat untuk
melihat fungsi keluarga sebagai penjaga tak-formal dalam menjaga pesakit mental.

Kajian ini juga telah menerima kebenaran jawatankuasa etika penyelidikan Institusi
Penyelidikan Perubatan Malaysia Teknik. Persampelan yang digunakan ialah
persampelan rawak mudah. Seperti yang dinyatakan, responden kajian terdiri daripada
61 orang penjaga. Antara maklumat yang dikaji ialah latar belakang responden seperti
status perkahwinan, tahap pendidikan, tahap pendapatan, status pekerjaan.


Keputusan kajian Fatimah et al (2013) menunjukkan bahawa cara penjagaan
tersebut bersifat personal dan nurturing. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa
kebanyakkan keluarga yang menjalankan penjagaan tak-formal ini miskin, tidak
berkeupayaan fizikal dan emosi. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan
penjagaan sebagaimana yang sepatutnya. Keluarga yang menjaga individu yang
melakukan pekerjaan di luar pada masa yang sama. Akibat daripada tanggungjawab
penjagaan yang dipikul, penjaga terpaksa melibatkan diri dalam pekerjaan yang
mempunyai masa yang fleksibel. Ini adalah untuk memastikan bahawa pesakit boleh
dipantau dari semasa ke semasa. Jenis pekerjaan ini merupakan bentuk kerja yang
menghasilkan pendapatan yang sedikit dan lazimnya terletak dikategori pekerjaan tidak
profesional dan dibayar rendah. Keadaan ini secara tidak langsung memberikan kesulitan
ekonomi kepada penjaga dan keluarga.

Keupayaan merawat dan menyediakan penjagaan banyak bergantung kepada latar
belakang sosioekonomi

pesakit dan keluarga. Dalam konteks keluarga yang dikaji

Fatimah Abdullah et al (2013) didapati kebanyakkan keluarga mengalami beban

penjagaan disebabkan oleh ketidakupayaan fizikal dan ekonomi. Terdapat juga ahli

keluarga yang enggan untuk memberikan masa, tenaga dan sumber-sumber yang ada
untuk menjaga ahli keluarga yang sakit.

Kajian juga menunjukkan bahawa penjaga mengalami tekanan emosi semasa
menjaga pesakit. Satu lagi perkara lagi yang berkaitan dengan kajian ini, obligasi untuk
menjaga ahli keluarga yang sakit dipikul oleh wanita khasnya isteri dan ibu. Kajian ini
juga mendapati bahawa wanita dewasa memikul peranan menjaga dan merawat (caring
and nursing), tanpa mengira sama ada mereka mempunyai obligasi sosial lain di luar
rumah.

2. Kajian Penjagaan Tak-formal di Luar Negara
Kebanyakkan kajian mengenai penjagaan tak-formal diperolehi melalui negara-negara yang
berbeza. Tujuan peninjauan kajian-kajian luar negara ini adalah untuk melihat kepelbagaian
daalam bentuk, jenis kajian, dimensi kajian, pemboleh ubah-pemboleh ubah, perhubungan, serta
metod yang digunakan oleh penyelidik luar negara. Ini adalah penting bagi memberikan
gambaran mengenai penjagaan tak-formal secara universal.
Kajian mengenai penjagaan tak-formal dijalankan oleh Karasawa et al (2010) mengenai
depressi dalam kalangan penjaga tak-formal bagi warga emas. Sebanyak 454 penjaga tak-formal

telah menjadi subjek kajian, 100 daripada responden terdiri daripada lelaki, 344 penjaga takformal terdiri daripada wanita manakala 10 orang yang lain tidak diketahui (unknown).
Kebanyakkan responden menjaga warga emas yang tidak mempunyai keupayaan fizikal untuk
menguruskan diri.

Kajian ini menggunakan alat ukuran CES-D versi Jepun untuk mengukur tahap depressi
dalam kalangan penjaga. Terdapat berapa dimesi yang diukur untuk melihat tahap depressi yang
dialami oleh penjaga. Pertama ukuran melibatkan penilaian dalam keadaan afektif penjaga,
keadaan fizikal, ekonomi, luangan masa lapang, tingkah laku,
Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara aktiviti
penjagaan dengan depressi. Kebanyakkan penjaga tak-formal ini mengalami depressi akibat
daripada beban penjagaan fizikal dan emosi. Kajian ini telah mencadangkan dua pendekatan
untuk mengurangkan tekanan mental kepada penjaga. Pertama, dengan menggunakan
perkhidmatan sokongan formal. Bentuk sokongan formal, ini melibatkan pelaburan modal untuk
meningkatkan perkhidmatan penjagaan bagi warga emas. Kedua, pendekatan yang disarankan
ialah peranan sokongan oleh para praktis profesional seperti doktor, jururawat dan penjaga
supaya menjalinkan hubungan yang rapat dan memberi sokongan emosi kepada penjaga takformal.
Terdapat beberapa limitasi dalam kajian ini. Pertama, kajian ini tidak melibatkan
penyertaan kepada penjaga tak-formal yang mengalami tekanan yang serius. Kajian yang
selanjutnya dicadangkan supaya merangkumkan kumpulan ini dalam kajian. Kedua, kajian ini
tidak melihat dengan lebih mendalam terhadap faktor ketidakupayaan fizikal dan kognitif warga

emas yang dijangkakan menjadi faktor utama dalam tekanan dalam kalangan penjaga.
Pirjo et al (2001) telah menjalankan kajian mengenai penglibatan penjaga tak-formal
dalam penjagaan warga emas. Kajian ini dijalankan pada 3 jenis persekitaran pejagaan di Finland
iaitu Hospital Universiti, Unit Geriatrik dan rumah jagaan. Kajian bertujuan untuk melihat

faktor-fakor yang mempengaruhi penglibatan dalam penjagaan, penglibatan, serta penerimaan
kualiti penjagaan oleh warga emas.
Jangka masa kajian ini dilakukan ialah 2 tahun iaitu bermula daripada tahun 1991 hingga
tahun 1993. Responden kajian berjumlah sebanyak 369 orang; yakni 159 orang responden
diperolehi di hospital universiti, 104 di unit geriatrik dan 106 responden di rumah jagaan warga
emas. Kebanyakkan responden adalah ahli keluarga kepada warga emas iaitu anak, pasanagn dan
saudara yang mempunyai pertalian darah dengan warga emas.
Ukuran dalam kajian ini melibatkan senarai-senarai jenis aktiviti dan penjagaan yang
dilakukan oleh penjaga terhadap warga emas. Aktiviti tersebut merangkumi aspek penjagaan
pemakanan, kesihatan, sokongan fizikal dan sokongan moral. Ciri-ciri psikometrik diakses
menggunakan pekali kolerasi Spearman dan Cronbach alfa. Instrumen kajian ini menggunakan
borang soal selidik mendapatkan data daripada responden. Hasil kajian membuktikan bahawa
majoriti penjaga tak-formal memberikan sokongan emosi kepada warga emas. Ini menunjukkan
kepentingan penjaga tak-formal sebagai sumber sokongan emosi bagi warga emas.
Kajian dalam penjagaan tak-formal juga dijalankan oleh Ekwall, Sivberg, Hallberg

(2004; 18) di negara Sweden. Kajian ini bertujuan untuk melihat dimensi dalam penjagaan takformal dan kualiti kehidupan dalam kalangan warga emas. Seramai 783 orang menjadi subjek
kajian, 457 adalah penjaga tak-formal lelaki dan 326 adalah penjaga tak-formal wanita.
Instrumen kajian menggunakan boring soal selidik.
Kajian ini mengambil model penjagaan tak-formal Nolan (Nolan’s Model of Informal
caregiving) sebagai . Model Penjagaan Tak-formal Nolan mengandungi 6 dimensi penjagaan
yang dijadikan sebagai item untuk merangka soal selidik. Dimensi pertama ialah ‘Anticipatory

care’, ‘penjagaan keselamatan’, ‘penyeliaan’, ‘penjagaan instrumental’, ‘pemeliharaan’,
‘maintaining the self-esteem of the person’,penjagaan rekonstruktif’, dan ‘penjagaan reciprocal’.
Dapatan kajian memperlihatkan kebanyakkan penjaga tak-formal membantu warga emas
dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan, menyelia dan menguruskan tingkahlaku
berisiko dan terlibat dalam penjagaan keselamatan bagi warga emas. Kajian juga mendapati
terdapat perbezaan gender dalam penjagaan tak-formal bagi warga emas. Kajian ini
membuktikan kebanyakkan subjek kajian wanita terlibat dalam penjagaan preventif, manakala
subjek lelaki lazim melibatkan diri dalam aktiviti memasak, membasuh baju dan membeli
barang. Melalui dapatan kajian ini, aktiviti penjagaan juga perlu dilihat dari aspek gender.
Kotsadam (2011) telah menjalankan kajian untuk melihat implikasi penjagaan tak-formal
terhadap pekerjaan wanita. Kajian tersebut telah dilakukan di negara berkebajikan di benua
Eropah. Pemboleh ubah bersandar yang diperolehi daripada kajian ini ialah pekerjaan dan kerja
rumah manakala pemboleh ubah bebas dalam kajian ini ialah aktiviti penjagaan dan masa yang

diperuntukan dalam penjagaan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan penjagaan tak-formal terhadap
kedudukan ekonomi wanita. Ini adalah disebabkan bahawa masa penjagaan yang diluangkan
memyebabkan gangguan terhadap pekerjaan wanita. Sebahagian wanita yang bekerja terpaksa
berhenti kerja untuk menjaga ibu-bapa yang memerlukan penjagaan sepenuh masa. Wanita yang
bekerja di luar rumah terpaksa berulanga-alik ke rumah untuk memantau ibu-bapa yang uzur. Ini
bermakna aktiviti penjagaan tak-formal memberikan kesan kepada kedudukan ekonomi penjaga.
Khalil (2012) telah menjalankan kajian penjagaan tak-formal bagi ahli keluarga yang
menghidapi penyakit kronik di Lahore. Objektif utama kajian adalah untuk menentukan

kelaziman dalam laporan mengenai kondisi kronik pesakit yang memerlukan penjagaan dan
pengurusan dengan memfokuskan kepada penuaan yang sihat dalam populasi kajian. Data kajian
diperolehi daripada ahli keluarga yang merupakan penjaga tak-formal kepada pesakit kronik.
Objektif khusus kajian adalah ingin mengenalpasti maklumat tentang jenis aktiviti dalam
penjagaan yang dilakukan oleh penjaga. Seramai 921 responden terdiri daripada pelbagai
latarbelakang demografi (483 adalah lelaki dan 438 adalah wanita).
Hasil kajian melihat kepada aspek masa yang diluangkan untuk penjagaan. Masa
penjagaan memberikan kesan kepada kesihatan penjaga dan menyumbang kepada pemencilan
dan isolasi daripada jaringan sosial. Pemencilan sosial ini berlaku kerana penjaga terpaksa
meluangkan masa seharian untuk menjaga pesakit. Akiabtnya, mereka tiada peluang untuk

bersosial. Kajian ini juga mendapati remaja wanita yang menjalankan peranan penjagaan
mendapat kesan dari aspek sosial seperti terpaksa menamatkan pendidikan pada usia yang awal
dan ada diantara wanita berkahwin kerana terpaksa menjalankan penjagaan sepenuh masa untuk
ahli keluarga yang berpenyakit kronik. Kajian ini juga mendapati kebanyakkan penjaga
menghidapi stress dan tekanan mental yang berakibat daripada penjagaan
. Seorang sarjana barat, Cree (2002) menyatakan perhubungan antara penjagaan dan
pekerjaan sangat kompleks dan meninggalkan kesan kepada berbagai-bagai faktor termasuk
intensity penjagaan, sifat pekerjaan yang diceburi, ciri-ciri penjaga dan hubungannya dengan
orang yang dijaga. Jika penjagaan tidak “intense’ dan bersifat sambilan, maka peranan menjaga
tidak berkonflik dengan kerja. Sebaliknya jika peranan emnjaga bersifat “heavy duty” maka
tugas itu juga akan berkonflik dengan kerja. Malah beban penjagaan yang berat memungkinkan
penjaga yang bekerja bersara awal daripada pekerjaannya.

Kajian dijalankan oleh Trukeschitz et el (2013) adalah bertajuk ‘Penjagaan Tak-formal
dan Tekanan Daripada Pekerjaan’. Kajian ini adalah berikutan daripada peningkatan keperluan
penjagaan dalam ruang domestik. Objektif kajian ini ialah untuk melihat hubungan antara
penjagaan warga emas dan tekanan pekerjaan.
Subjek kajian adalah terdiri daripada 938 pekerja berbangsa Austria. Kajian ini
dilakukan dalam bentuk eksperimen. Subjek kajian dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu
kumpulan kawalan dan kumpulan bebas. Kumpulan kawalan terdiri daripada pekerja yang

menjalankan tanggungjawab penjagaan tak-formal bagi warga emas manakala kumpulan bebas
terdiri daripada pekerja yang tiada tanggungjawab untuk menjaga warga emas. Model regressi
Tobit digunakan untuk melihat tekanan kerja melalui berbezaan dalam pengukuran dalam
penjagaan sebagai pemboleh ubah kawalan.
Dalam hasil kajian Trukeschitz et al (2013), didapati penjaga tak-formal bagi warga emas
mempunyai hubungkait dengan tekanan-kerja dalam 2 cara, iaitu peningkatan bersama dengan
masa penjagaan dan beban penjagaan yang subjektif. Walaubagaimanapun, setelah pengakaji
memanupulasi beberapa aspek penjagaan, keadaan atau status penjaga menunjukkan hubungan
yang negatif terhadap situasi tekanan. Kesimpulannya, penjagaan tak-formal boleh menjadi
sumber kepada tekanan di tempat kerja.
Suatu kajian di Sepanyol mengenai perbezaan gender dalam penjagaan bagi warga emas
telah dilakukan oleh del-Pino-Casado et al (2012). Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk
mengkaji perbezaan gender dalam penjagaan tak-formal bagi warga emas. Subjek kajian terdiri
daripada penjaga yang menjaga warga emas (berumur 65 tahun ke atas). Kajian ini melihat

hubungan diantara gender dan penjagaan intensif. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat
hubungkait diantara gender dan kepuasan penjagaan oleh penjaga tak-formal yang berlainan
gender.
Hasil kajian membuktikan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara gender dan
penjagaan intensif, masa penjagaan dan kepuasan. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan dalam tekanan subjektif diantara lelaki dan wanita. Pada
akhir kajian ini, penekanan dinyatakan terhadap aspek budaya dalam mempengaruhi hubungan
gender dalam penjagaan. Hal ini kerana negara Sepanyol telah diidentifikasikan sebagai negara
yang mempunyai norma patriaki yang kuat. Norma patriaki ini mengambilkira aspek penjagaan
dan kekeluargaan. Dilihat daripada kajian ini, negara yang kurang familisme memperlihatkan
jurang dalam gender dan penjagaan. Oleh itu, pengkaji telh membuat kesimpulan bahawa
kepelbagaian budaya boleh mempengaruhi hubungan gender dalam penjagaan intensif.
Kajian dalam penjagaan tak-formal juga boleh dilihat di negara India. Kajian oleh
Udhayakumar, Ilango (2012) adalah mengenai kualiti penjagaan tak-formal yang diterima oleh
warga emas di Tiruchirappalli. Tujuan kajian ini ini dijalankan adalah untuk mengakses kualiti
penjagaan tak-formal yang diterima oleh warga emas. Kajian ini dilakukan untuk melihat
hubungan diantara sosio-demografi dan kualiti penjagaan. Responden kajian terdiri daripada 50
orang dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah mendapatkan data dijalankan
melalui temu bual. Untuk mengukur kualiti penjagaan tak-formal, ukuran menggunakan Skala
Qualiti Penjagaan Tak-formal (QICS) telah digunakan dalam kajian ini. Skala pengukuran QICS
telah dikembangkan oleh Help-Age International.

Hasil kajian Udhayakumar, Illango (2012) menunjukkan warga emas yang buta huruf
memerlukan penjagaan manakala warga emas yang mempunyai latar belakang pendidikan yang
baik masih mampu berdikari. Hal ini kerana warga emas yang berpendidikan mampu

berkomunikasi atau bersosial dengan lebih baik berbanding dengan warga emas yang buta huruf.
Keadaan ini membantu warga emas untuk mendapatkan sokongan dari keluarga. Kajian
mendapati kebanyakkan penjaga juga adalah terdiri daripada individu yang buta huruf.
Walaubagaimanapun, penjaga masih lagi mampu untuk mernguruskan ahli keluarga. Kajian ini
juga mendapati bahawa kualiti penjagaan tiada hubung kait dengan status ekonomi keluarga.
Walaupun, keadaan yang miskin, penjaga tetap menjalankan tanggungjawab penjagaan seperti
mana yang dilakukan oleh penjaga yang berkeadaan ekonomi yang lebih baik. Ini membuktikan
bahawa keluarga yang berlainan status ekonomi berkemampuan menjalankan bentuk dan jenis
tanggungjawab penjagaan yang sama atas dasar kekeluargaan dan kasih sayang.
Lee & Kwok (2005) menjalankan kajian mengenai perbezaan corak dan ekspetasi
mengenai penjagaan tak-formal untuk warga emas di Hong Kong sebagai suatu modifikasi
kepada tanggungjawab terhadap ibu-bapa (filial piety). Subjek kajian terdiri daripada seramai
390 orang warga emas berumur 65 tahun ke atas yang menerima khidmat dan penjagaan
daripada ahli keluarga. Tujuan kajian adalah untuk meilhat perbezaan dalam ekspetasi dan
penjagaan keluarga bagi warga emas. Dalam kajian ini penyelidik ingin melihat tahap kepuasan
dalam penjagaan yang diberikan oleh keluarga. Selain itu, kajian ini juga ingin mengkaji faktorfaktor yang mempengaruhi tahap kepuasan warga emas dalam penjagaan yang diterima. Selain
itu, kajian ini ingin melihat keaslian atau kesemulajadian (nature) dalam penjagaan dan
sokongan bagi warga emas.

Kajian Lee & Kwok (2005) menggunakan kaedah temu bual berstruktur dalam kajian
beliau. Secara amnya, temu bual berfokus kepada isu kecukupan (adequacy) dalam penjagaan
yang melibatkan sokongan material, sokongan bukan material dan penjagaan pengurusan diri.
Sokongan material meliputi sokongan keewangan dan barang-barang keperluan yang diperlukan
oleh warga emas. Sokongan bukan material mencakupi sokongan emosi, hubungan intimasi dan
teman. Penjagaan juga melihat aktiviti memberikan makanan dan ubat-ubatan kepada warga
emas.
Soalan temu bual dibentuk dalam tiga bahagian. Bahagian pertama soalan dirangka untuk
mendapatkan maklumat asas subjek seperti jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan,
tahap pendapatan, tanggungan keluarga dan aspek-aspek sosio-demografi yang penting untuk
diambil. Bahagian ke dua dalam soalan temu bual adalah mengenai soalan untuk menkaji dan
mengeksplorasi ekspetasi penerima jagaan terhadap khidmat yang diterima. Bahagian ke tiga
soalan adalah mengenai penilaian dan pandangan responden terhadap kecukupan dalam
penjagaan yang diterima.
Kajian ini mendapati kebanyakkan warga emas hanya tinggal bersama pasangan atau
hidup secara bersendirian. Ini membuktikan bahawa peranan tanggungjawab terhadap ibu-bapa
(filial piety) dalam masyarakat cina sudah berubah disebabkan perubahan dalam struktur
keluarga dan kekeluargaan. Perubahan budaya dan corak kekeluargaan merupakan faktor kepada
perubahan fenomena penjagaan. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Chow (1990)
yang mana kebanyakkan warga emas di Hong Kong pada pada era ini sedang menghadapi
perubahan daripada bentuk keluarga luas kepada keluarga nukleus. Warga emas menjalani
kehidupan berdikari tanpa sokongan daripada ahli keluarga.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa kepuasan dalam sokongan dan penjagaan takformal mempunyai hubung kait dengan keadaan persekitaran kediaman. Keadaan kediaman
merupakan aspek yang penting dalam melihat kepuasan warga emas terhadap sokongan. Warga
emas dilihat lebih selesa dan terjamin sekiranya mereka tinggal bersama dengan anak-anak
(sekurang-kurangnya seorang atau lebih). Ini adalah berdasarkan kepada perbandingan yang
dibuat antara warga emas yang tinggal bersendirian dengan yang tinggal bersama ahli keluaraga.
Warga emas yang tidak tinggal bersama dengan keluarga berkemungkinan kurang menerima
jagaan harian, sekuriti keewangan dan kekurangan sokongan emosi. Kebanyakkan warga emas
risau sekiranya mereka tiada penjagaan apabila jatuh sakit.
Kajian ini juga mendapati, golongan wanita merupakan golongan yang memainkan
peranan yang penting dalam penjagaan tak-formal dalam urusan penjagaan harian, penjagaan
emosi dan sokongan berbanding dengan golongan lelaki. Penjaga tak-formal wanita dalam kajian
ini menunjukkan kehadiran dan kesediaan yang optimum semasa mereka diperlukan untuk
membantu warga emas. Berdasarkan kepada respon yang diperolehi daripada warga emas kajian
mendapati wanita lebih memberikan kepuasan dalam aspek penjagaan.
Berkaitan dengan huraian di atas, jika dibuat perbandingan dengan negara Malaysia,
penjaga kebanyakannya adalah wanita (Meyer 2000) yakni isteri, ibu, anak perempuan, asikberadik perempuan atau saudara mara perempuan yang lain. Termasuk dalam kategori ini juga
ialah menantu perempuan, ibu mertua dan ipar perempuan (Fatimah, 2009). walaupun
masyarakat Melayu yang beragama Islam malah dalam konteks masyarakat lain juga, anak lelaki
sepatutnya bertanggungjawab menjaga ibu-bapa mereka yang telah tua tetapi penjagaan fizikal
selalunya menjadi tugas anak perempuan.

Peranan anak perempuan lebih utama itu mungkin mempunyai kaitan dengan tanggapan
umum bahawa menantu perempuan itu tidak dapat memberikan jagaan sebagaimana yang
dilakukan oleh anak perempuan sendiri. Pandangan lain pula ialah anak lelaki enggan
menyediakan penjagaan kerana takut membebankan isterinya. Terdapat juga anak-anak
perempuan yang enggan menjaga ibu-bapa yang telah tuan kerana tidak mendapat persetujuan
daripada suaminya (Fatimah, 2009).
Dari dimensi ekonomi, status keewangan penjaga memainkan peranan dalam pengagihan
sokongan terhadap warga emas. Pendapatan yang kurang akan memberikan kesan terhadap
kualiti penjagaan kerana ianya berkait rapat dengan pemenuhan keperluan asas bagi warga emas.
Penjaga yang mempunyai status ekonomi yang rendah lazimnya tidak mampu untuk memenuhi
kehendak penjagaan yang diperlukan oleh warga emas.
Kajian Lee & Kwok (2005) juga mendapati faktor geografi mempengaruhi aktiviti
penjagaan. Terdapat anak-anak responden yang tinggal berjauhan kerana fakor pekerjaan dan
ingin berkeluarga nukleus. Semakin jauh lokasi anak dengan ibu-bapa, semakin jarang aktiviti
penjagaan yang diberikan oleh anak. Ini memberikan kesan kepada aspek emosi warga emas
yang memerlukan sokongan moral pada usia yang semakin tua.
Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan warga emas kurang mendapat penjagaan
yang memuaskan daripada ahli keluarga kerana faktor-faktor seperti perubahan corak keluarga,
jarak geografi dan status ekonomi penjaga.

3. Strategi Meningkatkan Pengupayaan Penjaga Tidak Formal
Penjaga tak-formal memerlukan sokongan dan pendayaupayaan untuk memastikan tugas
sebagai penjaga dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Strategi untuk meningkatkan
pengupayaan penjaga tidak formal oleh Fatimah (2009) boleh dijadikan sebagai contoh.
Konsep pengupayaan boleh dilihat dalam konteks proses dan produk serta perkaitan
antara keduanya (Dann, 2003). Beliau melihat pengupayaan sebagai suatu bentuk pencapaian,
iaitu suatu komoditi yang boleh didapati atau dicapai. Individu yang “diperkasakan” dilihat
sebagai suatu produk yang telah menjalani proses pengupayaan. Umpamanya klien mendapat
maklumat yang diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan mengenai rawatan. Berkaitan
dengan hal ini klien memperoleh harga diri, keberkesanan diri dan rasa berkemampuan untuk
membuat sesuatu.
Ianya bukanlah suatu tugas yang mudah untuk mengupayakan penjaga kerana ia melibatkan
pelbagai pihak. Ini kerana kebanyakkan penjaga mempunyai peranan-peranan tertentu dalam
hubungan merka dalam ruang dan status sosial yang ada. Kebanyakkan penjaga ialah pekerja,
anak perempuan, kakak, isteri, ibu, ibu mertua, nenek dan pelbagai lagi. Justeru, tugas ini adalah
mencabar.
Pengupayaan penjaga juga harus berlaku dalam persekitaran komuniti. Jalinan hubungan antara
penjaga, ahli keluarga, klien (atau mereka yang dijaga), pegawai perubatan dan yang berkaitan
(yakni penjaga profesional) sangat penting. Memandangkan sebahagian besar daripada penjaga
adalah pekerja maka beberapa perkara bersangkutan dengan pekerjaan (khususnya pekerjaan

formal) perlu diberikan perhatian agar

penjaga dapat meneruskan peranan mereka sebagai

penjaga dengan lebih efektif. Perkara-perkara berkenaan termasuklah;
1. memperkenalkan masa bekerja yang anjal bagi wanita yang menjaga.
2. cuti yang anjal untuk menjaga ahli keluarga. Cuti yang diperuntukkan mungkin boleh
diambil lebih awal. Cuti bergaji juga penting untk memastikan sumber keewangan untuk
menyara hidup keluarga mereka tidak terputus.
3. menyediakan bantuan keewangan atau kemudahan rawatan perubatan oleh pihak majikan
bagi membolehkan pesakit mendapat rawtan yang berterusan.
4. menubuhkan kumpulan sokongan di tempat kerja yang boleh membantu mengambil alih
peranan penjaga yang terpaksa bercuti kerana menjaga ahli keluarga.
5. bekerja dari rumah adalah satu alternatif penting.

Kajian Lepas Mengenai Warga Emas di Luar Negara.
Kajian RIe Aoki et al. (1996) terhadap gaya hidup 5,239 warga emas 65 tahun ke atas di empat
kawasan di Jepun mendapati bahawa amalan gaya hidup yang sihat pada pertengahan usia hidup
mereka dapat menjamin corak kehidupan yang sihat pada usia lanjut serta berupaya meneruskan
aktiviti sosial yang sihat. Mereka menggunakan istelah aktiviti sosial Tamakoshi et al. (1995)
yang merangkumi aktiviti sosial dalam empat kategori utama, iaitu pekerjaan, penyertaan sosial,
aktiviti pembelajaran dan aktiviti peribadi.
Kajian oleh Sugisawa et al., (1994) melihat kepada isu hubungan sosial dengan mortaliti
kesihatan. Penemuan kajian mendapati hubungan sosial berhubung secara positif dangan risiko
mortaliti yang menurun/ kesihatan yang baik. Hubungan sosial melibatkan hubungan interaksi

antara keluarga, saudara-mara dan jiran. Ini membuktikan keperluan sosial yang diterima akan
memberikan kesan yang positif.
Kajian oleh Batles (1990) menyatakan bahawa tujuan individu warga emas memberi
kesan kepada hasrat untuk kebebasan dan kawalan serta mendedahkan kefahaman mereka
tentang proses penuaan berjaya (Doris, Noraini, Norlaila, 2010). Menurut beliau, sumber-sumber
luaran adalah penting dalam menjadikan warga emas sebagai pelaku kehidupan setiap hari.
Penjagaan warga emas oleh kerajaan adalah sumber luaran bagi warga emas yang digunakan
bagi mengekalkan kebebasan dan kawalan. Mereka juga menggunakan sumber-sumber luaran
yang lain seperti keluarga, jiran dan perkhidmatan swasta.
Walaupun warga emas tidak selamanya mampu berdikari, perasaan untuk berdikari
mereka dipertahankan. Mereka belajar untuk mengawal situasi. Sumber individu adalah penting
untuk melancarkan kehidupan seharian. Sebagai aktor, mereka memilih untuk menggunakan
sumber luaran.
Ada sebahagian daripada warga emas masih kuat dan tidak mahu menerima bantuan dan
penjagaan yang mahu diberikan. Mereka mahu melakukan sendiri sehinggalah mereka benarbenar memerlukan bantuan. Apabila warga emas memerlukan penjagaan secara khusus, mereka
terpaksa menerima hakikat bahawa mereka terpaksa menerima bantuan penjagaan yang
diberikan. Sebaliknya terdapat sebahagian warga emas merasakan selamat dan selesa menerima
penjagaan dan bantuan daripada orang lain.

Kesimpulan Kajian Literatur
Beberapa kajian mengenai penjagaan tak-formal dan kajian mengenai warga emas telah dibuat
oleh pengkaji-pengkaji terdahulu sama ada di dalam atau di luar negara. Kajian-kajian lepas
menunjukkan betapa pentingnya penjagaan tak-formal dalam memelihara kebajikan bagi
golongan-golongan yang berkeperluan. Melalui kajian-kajian lepas juga didapati banyak
pemboleh ubah- pemboleh ubah yang digunakan dalam melihat kualiti penjagaan, kepuasaan
penjagaan, peranan penjaga dan cabaran-cabaran dalam penjagaan tak-formal. Namun kajian
tentang penjagaan tak-formal dalam penjagaan warga emas di dalam negara amatlah kurang
berbanding kajian penjagaan tak-formal di luar negara. Keadaan inilah yang mendorong penulis
untuk membuat kajian seumpama di atas dengan melihat kepada masalah-masalah yang dihadapi
oleh warga emas, keperluan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh penjaga tak-formal dalam
menjalankan tanggungjawab penjagaan bagi warga emas.

Dokumen yang terkait

Anal isi s K or e sp on d e n si S e d e r h an a d an B e r gan d a P ad a B e n c an a Ala m K li m at ologi s d i P u lau Jaw a

0 27 14

Anal isi s L e ve l Pe r tanyaan p ad a S oal Ce r ita d alam B u k u T e k s M at e m at ik a Pe n u n jang S MK Pr ogr a m Keahl ian T e k n ologi , Kese h at an , d an Pe r tani an Kelas X T e r b itan E r lan gga B e r d asarkan T ak s on om i S OL O

2 99 16

I M P L E M E N T A S I P R O G R A M P E N Y A L U R A N B E R A S U N T U K K E L U A R G A M I S K I N ( R A S K I N ) D A L A M U P A Y A M E N I N G K A T K A N K E S E J A H T E R A A N M A S Y A R A K A T M I S K I N ( S t u d i D e s k r i p t i f

0 15 18

JAR AK AT AP P UL P A T E RHAD AP T E P I I N S I S AL GI GI I NSI S I VU S S E NT RA L P E RM AN E N RA HAN G AT AS P AD A S UB RA S DE UT ROM E L AY U ( T in j au an L ab or at o r is d an Radi ol ogis )

0 35 16

Laporan penelitian literatur dakwah

0 9 65

Pengaruh pendidikan formal terhadap usia perempuan pada pernikahan pertama (studi kasus kecamatan Pamulang Tangerang Selatan)

0 18 77

Identifikasi Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Peningkatan Daya Saing Industri Tekstil dan Produk Tekstil (TPT) di Wilayah Industri TPT Kabupaten Bandung (Studi Kasus : Kecamatan Dayeuh Kolot, Kecamatan Majalaya, Kecamatan Katapang, Kecamatan Pameungpeuk, d

0 5 6

1 Silabus Prakarya Kerajinan SMP Kls 8 d

2 70 15

Pengaruh penerapan peraturan perpajakan dan kualitas pemeriksaan pajak terhadap kepatuhan wajib pajak formal :(survey pada wajib pajak di KPP Pratama Cicadas Bandung)

0 9 1

Critical Review Jurnal Analisis Lokasi d 001

12 77 15