GOLONGAN AGAMA and PEJUANG TRADISIONAL T
Historiografi Malaysia bermula dari kurun ke-19 digambarkan sebagai ‘Zahirlah Sebuah Dunia
Baru’ oleh Barbara Watson Andara dan Leonard Y. Andaya (1983) telah menyaksikan
penggarisan sempadan politik yang menjadi tunjang kepada pembentukan Malaysia moden,
pengukuhan peranan Semenanjung Tanah Melayu sebagai pembekal bahan-bahan mentah dan
juga perbezaan sosioekonomi yang semakin ketara antara kumpulan etnik yang terbesar.1 Secara
keseluruhan, perkembangan ini membantu untuk melihat dan memahami serta meneliti dengan
lebih mendalam masalah-masalah utama yang dihadapi khususnya oleh kerajaan Melayu hingga
membawa kepada kurun ke-20.2 Menurut Abdullah Zakaria (1984):
“Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada
proses persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan
mengeksploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara terutamanya pada
abad ke-19. Sebab itulah strategi awal penjajahan British di Tanah Melayu
adalah menumpukan kawasan perdagangan (pelabuhan) dan kemudiannya
ke atas negeri yang mempunyai kekayaan hasil bumi seperti biji timah.
Penjajahan British menjalankan dasar diplomasi yang sangat berhati-hati
dengan sultan dan pembesar Melayu. Namun begitu, hakikatnya mereka
sering menggunakan kaedah diplomasi kapal perang atau cara ugutan
dengan mana-mana pemerintah di Tanah Melayu.”3
Gambaran daripada kata-kata beliau sudah jelas menggambarkan suasana politik di Tanah
Melayu bermula dari kurun ke-19 telah dimasuki oleh sebuah kuasa penjajahan iaitu British yang
bijak dalam memanipulasi keadaaan sosial, politik mahupun ekonomi di negeri-negeri Tanah
Melayu dalam memenuhi agenda dan kepentingan mereka sahaja. Abdul Malek (1977) pula
menegaskan bahawa dalam jangka masa sekitar pertengahan kurun ke-19 dikatakan sebagai
peringkat yang paling mundur dalam proses perpecahan dan keruntuhan tamadun mereka
semenjak zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka serta kemunculan unit-unit politik dalam
1 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia (Kuala Lumpur, Malaysia:
Macmillan Publishers (M), 1982), hlm. 131-132.
2 Ibid.
3 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik (Johor, Malaysia: Universiti
Teknologi Malaysia, 2002), hlm. 73.
1
tempoh berkenaan yang sentiasa menghadapi masalah pergolakan dan persaingan politik baik di
dalam negeri mahupun antara satu negeri dengan satu negeri yang lain. 4 Sabah dan Sarawak yang
terdiri daripada pelbagai suku kaum pula tidak begitu banyak ditunjukkan reaksi oleh orang
Melayu dalam penentangan British dalam lingkungan tahun tersebut misalnya di Sarawak,
penentangan British begitu ketara hanya wujud pada tahun 1946 apabila Sarawak diserahkan
oleh keluarga Brooke kepada kerajaan British malahan Parti Kebangsaan Melayu Sarawak atau
Malay National Union of Sarawak (MNUS) telah ditubuhkan menjelang tahun 1936 dalam
menentang penyerahan Sarawak.5 Gerakan penentangan di Sabah pula telah menunjukkan reaksi
yang paling kuat dalam menentang pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang
diketuai oleh Mat Salleh yang berketurunan Bajau dan Sulu yang meletus pada tahun 1895. 6
Justeru, persoalannya disini ialah sikap dan reaksi orang Melayu terhadap penjahahan British
dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 yang boleh dilihat melalui corak penentangan mereka
dalam mempertahankan hak dan maruah bangsanya di Tanah Melayu melalui kepimpinan
tradisional tempatan dan golongan agama serta ulama tempatan di tanah air mereka sendiri.
Pengkaji Barat sememangnya menyatakan kehadiran British ini adalah berlandaskan
kepada faktor kemanusiaan tetapi begitu banyak ugutan, paksaan dan tekanan yang dikenakan
oleh penjajah British untuk menguasai sesuatu negeri menjadikan pernyataan tersebut adalah
satu pembohongan semata-mata malahan sifat penjajah ini telah dikecam dengan hebat seperti
wujudnya kebangkitan antiBritish di beberapa negeri di Tanah Melayu misalnya di Naning,
Pahang, Kelantan dan sebagainya.
Abdullah Zakaria (1977):
4 Ibid., hlm. 74.
5 Ibid., hlm. 89.
6 Ibid.
2
“Kebangkitan gerakan antiBritish ini telah bermula di Naning di antara
tahun 1830-1833 yang diketuai oleh Penghulu Dol Said. Walaupun
perjuangan di Naning lebih merupakan untuk mempertahankan hak-hak
keistimewaan tradisional, tetapi ia merupakan satu perjuangan menentang
penjajah British.”7
Gerakan awal yang bermula di Naning disebabkan oleh masyarakatnya dikehendaki membayar
hasil tahunan sebanyak satu per sepuluh kepada pemerintah British di Melaka yang mendakwa
Naning sebahagian daripada wilayah Melaka telah mengundang kemarahan pemerintah tempatan
sekali gus mereka telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu menewaskan
pemerintahan kolonial British pada tahun 1831. Walaupun pada akhirnya, kerajaan British telah
berjaya menawan Naning dan Penghulu Dol Said telah menyerah diri kepada British pada 4
Februari 1833, tetapi pandangan penulisan Kassim Thukiman yang mengatakan gerakan
permulaan antiBritish seperti di Naning ini cukup menggambarkan sikap dan reaksi penduduk
tempatan yang benci dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyusahkan dan
membebankan mereka secara langsung membuktikan penduduk di Tanah Melayu ketika itu telah
disemai dengan sifat keyakinan yang tinggi untuk memerangi kehadiran penjajah British 8
menjadikan pandangan ini bukan satu pandangan yang boleh dianggap remeh.
Tertarik dengan kata-kata oleh Hassan Ahmad (2006) iaitu “British menjajah Tanah
Melayu, negeri dan kerajaan Melayu dan bangsa Melayu, bukan negeri, kerajaan dan bangsa
bukan Melayu.”9 Secara jelas kata-kata beliau ini telah mencerminkan bahawa gerakan awal oleh
orang Melayu dalam memerangi kuasa penjajahan British ini adalah satu tindakan yang penting
dalam memperjuangkan hak dan bangsa mereka sendiri. Merujuk kepada keterangan yang
dinyatakan oleh Khoo Kay Kim iaitu:
7 Ibid., hlm. 84.
8 Ibid., hlm. 90.
9 Hassan Ahmad, Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman: Ke Arah Melahirkan
Melayu Glokal (Selangor, Malaysia: Alaf 21 Sdn. Bhd, 1936), hlm. 29.
3
“There was a basic fear that a more sophisticated form of education, if
made available to the Malays, could unleash unpredictable to the force
which might pose problems difficult for the British to cope with.”10
Rumusan daripada Khoo Kay Kim ini secara langsung menguatkan lagi fakta bahawa
pihak kolonial mempunyai niat untuk tidak mahu memajukan orang Melayu kerana gentar akan
risiko kemungkinan lahir kumpulan penentang dan puak pelampau sekali gus penulis telah dapat
membuat kesimpulan awal bahawa gerakan di Naning tersebut telah berjaya menggerungkan
pihak British dengan kebangkitan Melayu itu sendiri yang dapat dijadikan suatu kesinambungan
kepada perjuangan kemerdekaan tanah air selepasnya.11 Merujuk pula keterangan daripada
seorang pegawai pendidikan British, Arthur N. Kenion iaitu:
“… awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu supaya tingal
terus di sawah-sawah padi dan supaya mereka tidak hilang kemahiran dan
kesenian dalam kerja-kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan.
Ajarkan mereka supaya mereka memuliakan kerja buruh… dan saya yakin
awak tidak akan menghadapi kekacauan seperti yang terjadi di India
akibat pelajaran yang berlebihan.”12
Lantaran daripada keterangan pihak kolonial tersebut telah menjelaskan lagi hakikat yang
sebenarnya adalah pihak British sangat takut akan kemajuan yang bakal dikecapi oleh orang
Melayu sekiranya diwujudkan kepada mereka peluang pendidikan yang cerah sekali gus dapat
menjejaskan kewibawaan pihak British. Justeru, bertitik tolak daripada situasi ini dapat
dirumuskan secara ringkas dalam menjawab persoalan mengapa pihak British melantik seorang
pegawai perhubungan Melayu yang bertugas dengan Polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu,
10 Ishak Saat dan Mohd Akbal Abdullah, Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Politik dan
Perjuangan (Johor, Malaysia: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2010), hlm. 38.
11 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm. 90.
12 Ishak Saat dan Mohd Akbal Abdullah, Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Politik dan
Perjuangan, hlm. 40.
4
cawangan perisik pada tahun 1923 bertujuan menyiasat kegiatan Kaum Muda.13 Kaum Muda ini
merupakan golongan yang memainkan peranan ke arah menyemarakkan semangat perjuangan
kemodenan yang telah mewujudkan gerakan islah pelajar-pelajar Melayu dari Timur Tengah di
sekitar tahun 1904. Melihat kepada kata-kata Abd. Wahid Jais (2006) iaitu:
“Lulusan al-Azhar dikatakan telah memainkan peranan yang paling awal
kearah mewujudkan semangat kemodenan ala islam dan mencetuskan
semangat kebangsaan menentang kuasa penjajahan British di Tanah
Melayu… dan melahirkan sebarisan orang Melayu Islam yang dikenali
sebagai Kaum Muda dengan idea pembaharuan menentang amalan dan
pemikiran islam yang didokong oleh ulama-ulama Tradisional.”14
Oleh itu, keterlibatan lulusan al-Azhar ini dalam memulakan langkah membangkitkan kesedaran
islam tidak boleh dipandang sepi (Jaafar Awang, 2016). Hal ini disebabkan oleh golongan ini
sewajarnya dilabelkan sebagai pendorong dalam memberikan sumbangan pemikiran untuk
membina dan membangunkan minda masyarakat Melayu Islam 15 secara tidak langsung
membawa simbol tentang sikap dan reaksi orang Melayu yang benci akan negaranya dipengaruhi
dan dijajah oleh satu kuasa asing ketika itu iaitu British. Sehubungan dengan kemunculan Kaum
Muda atau golongan ulama baharu ini telah mewujudkan tokoh-tokoh yang hebat seperti Syed
Syeikh bin Ahmad al-Hadi, Haji Abbas bin Muhammad Taha, Syeikh Muhammad Tahir
Jalaluddin al-Azhari dan Syeikh Salim al-Katali yang menerajui majalah Al-Imam yang
diterbitkan pada tahun 1906 di Singapura.16 Kehadiran majalah ini telah membawa suatu
13 Maymon Arif, “Kegiatan Politik Melayu Tahun 1930an” diakses pada 8/10/2017 daripada
http://journalarticle.ukm.my/536/1/1.pdf, hlm. 41.
14 H Jalani, Bab Kedua “Tuan Haji Yusof Rawa dan Pergerakan Islah di Malaysia”, 2013
diakses pada 8/10/2017 daripada http://studentsrepo.um.edu.my/5250/2/2BAB_KEDUA.pdf,
hlm. 43.
15 Ibid., hlm. 44.
16 Abdul Rahman Haji Ismail, “Cabaran dan Tindak Balas (1896-1946)” dalam Abdul
Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik (Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), hlm. 298.
5
perubahan yang amat besar dan bermakna di dalam arena kehidupan masyarakat Melayu
walaupun hanya sempat diterbitkan sebanyak 31 keluaran sebelum terhenti disebabkan masalah
kewangan tetapi ianya tetap menggambarkan usaha kegiatan intelektualisme masyarakat Melayu
yang meliputi keseluruhan bidang termasuk ekonomi, politik dan sosial serta agama dalam
bangkit menentang penjajahan British.
Namun begitu, adanya anasir luar yang menafikan kegiatan Kaum Muda ini seperti
kenyataan yang diberikan oleh sarjana Barat yang bernama Willian R. Roff (1980) yang cuba
melihat islam ini melalui perspektif sekular. Misalnya, sarjana itu telah mengatakan “Al-imam’s
first concern was with religion and not directly with social, even less with pratical, change”. 17
Walaubagaimanapun, sarjana tempatan telah pun membidas kenyataan tersebut dengan
mengatakan bahawa pemahaman Roff yang begitu dangkal mengenai islam itu sendiri yang
mengatakan islam itu terpisah dengan kehidupan lain yang meliputi aspek politik, ekonomi dan
sosial sememangnya tidak benar sama sekali.18 Sebagai contoh, Abdul Aziz (1973) menyatakan
al-Imam adalah satu saluran yang banyak menyindir penjajah British yang dianggap sebagai
bangsa ajni tetapi hanya secara kiasan kerana zaman itu telah diwariskan dengan lingkaran
penjajahan.
Abdullah (1980) turut mengutarakan bahawa al-Imam ini telah menyeru orang Melayu
mengambil pedoman dari masyarakat negara Jepun yang turut menjalankan Islah dalam bidang
politik, ekonomi dan juga pertahanan tetapi mereka tetap dengan agama yang mereka anuti
secara langsung ingin membuktikan bahawa agama ini bukannya penghalang untuk mencapai
sebarang kemajuan19 sepertimana yang dikatakan oleh Roff sebelum ini. Di samping itu, al-Imam
17 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm. 95.
18 Ibid.
19 Ibid., hlm. 97.
6
juga dilihat sebagai pencetus kepada kesedaran bahawa akhbar dan majalah amat berperanan
dalam mewujudkan kesedaran baharu di kalangan orang Melayu sejak akhir kurun ke-19 20
malahan boleh dirumuskan bahawa orang Melayu ini sebenarnya merupakan satu bangsa yang
mempunyai daya keintelektualan yang tinggi kerana kewujudan gerakan islah ini adalah
datangya daripada idea idea pelajar Melayu walaupun ada yang dikatakan bukan Melayu tulen
yang telah belajar di Timur Tengah ataupun Asia Barat.
Kejayaan gerakan Islah ini adalah kerana mendapat sambutan yang baik daripada
kalangan masyarakat Melayu itu sendiri sehinggakan tertubuhnya satu sistem pendidikan
madarasah oleh ulama aliran al-Manar atau Kaum Muda ini yang dapat memberikan persaingan
kepada sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan oleh pihak British ketika itu. 21
Sesungguhnya, kewujudan tokoh-tokoh dalam gerakan kaum Muda ini mampu memberi
kesedaran kepada orang Melayu tentang pentingnya pendidikan dan penguasaan ilmu
pengetahuan serta pendekatan yang diambil oleh golongan ini dalam mewujudkan sekolahsekolah agama aliran moden merupakan satu tindakan yang realistik dalam membentuk kekuatan
jati diri dan membentuk ketahanan daya saing dengan bangsa-bangsa lain dalam kalangan para
pelajar Melayu.22 Oleh itu, kenyataan Cheah Boon Kheng yang melabelkan perjuangan ‘reformis
agama’ atau ‘Kaum Muda” ini sebagai perjuangan yang dipimpin oleh golongan ‘bukan Melayu
yang tulen’ dan cuma berlandaskan hal-hal berkaitan agama dan perkauman sempit sematamata23 dapat dipersoalkan.
20 Abdul Rahman Haji Ismail, “Cabaran dan Tindak Balas (1896-1946)”, hlm. 299.
21 Mustaffa Abdullah, “Pengaruh Tafsir Al-Manar dan Kesannya Kepada Perjuangan Reformis
Tempatan Memartabatkan Pendidikan Orang Orang Melayu” dalam Jurnal Pengajian Melayu,
Jilid 19 (Kuala Lumpur, Malaysia: Univerisiti Malaya, 2008), hlm. 121.
22 Ibid., 122.
23 Azmi Arifin, “Nasionalisme Melayu dan Gerakan Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu
1945-1957: Antara British, United Malays National Organisation dan Gerakan Kiri Melayu”
dalam Azmi Arifin dan Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Di Sebalik Tabir: Sejarah Politik Malaysia
1945-1957’ (Pulau Pinang, Malaysia:Universiti Sains Malaysia, 2006), hlm. 61.
7
Sekiranya perjuangan ini diibaratkan sebagai ‘tin kosong’ yang tidak membawa erti
kepada kemerdekaan tanah air maka tidak wujudlah tokoh tokoh yang hebat selepas itu dalam
memperjuangkan hak mereka daripada dijajah misalnya Ibrahim Haji Yaacob yang telah
menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1937. Merujuk kepada biodata beliau,
sewaktu Ibrahim menubuhkan KMM, beliau adalah seorang wartawan di akhbar Majlis. 24
Sepertimana yang dinyatakan dalam Abdul Rahman Haji Ismail (2007), akhbar Majlis
merupakan kelangsungan daripada warisan akhbar-akhbar al-Imam25 yang dipelopori oleh
golongan reformis yang dikatakan kolot itu. Oleh itu, sekiranya akhbar-akhbar al-Imam ini tidak
dihasilkan maka mustahil untuk akhbar-akhbar yang lain seperti Majlis, Warta Malaya dan
Pengasuh untuk diterbitkan tanpa adanya pengaruh awal yang hebat.
Penulisan ini juga ingin menyorotkan kata-kata Ibrahim di dalam karya beliau yang
dilihat turut memperjuangkan nasib bangsa Melayu seperti “gemarkah kita menyerahkan tanahair
kita ini kepada bangsa Malayan?” (Majlis, 28 Mac 1932) dan “… apa gunanya kesenangan,
kekayaan, kemuliaan- kalau kaum bangsa kita Melayu terhina bahkan samalah kita terhina
sekali” (Majlis, 7 April 1932)26 telah menonjolkan keprihatinan beliau tentang nasib orang
Melayu manakala di dalam al-Imam juga membicarakan hal yang berkaitan dengan masa depan
orang Melayu iaitu:
“… mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan
menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru
dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu)”.27
24 Ahmat Adam, ‘Melayu Raya’ Sebagai Konsep Politik Antikolonial dalam Sejarah
Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu dalam Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Arifin,
Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegeraan dan Kemerdekaan (Pulau Pinang,
Malaysia: Universiti Sains Malaysia, 2016), hlm. 118.
25 Abdul Rahman Haji Ismail, “Cabaran dan Tindak Balas (1896-1946)”, hlm. 299.
26 Ahmat Adam, ‘Melayu Raya’ Sebagai Konsep Politik Antikolonial dalam Sejarah
Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu, hlm. 118.
27 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm. 95.
8
Sehubungan dengan kedua kenyataan tersebut jelaslah bahawa golongan Kaum Muda dengan
terbentuknya persatuan KMM ini adalah saling berkait antara satu sama lain di bawah payung
perjuangan yang sama iaitu memperjuangkan bangsa dan hak orang Melayu sekali gus
menunjukkan kebencian dan kesedaran orang Melayu untuk membebaskan diri mereka daripada
dibelenggu oleh pihak penjajah.
Selain itu, penulisan ini juga ingin mengetengahkan satu kenyataan yang berbunyi
kepimpinan tradisional dan bangsawan Melayu seperti Dato’ Dol Said, Dato’ Maharajela, Dato’
Sagor, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya hanya dianggap sebagai
pemberontakan kaum primitif dan rakyat bawahan yang didakwa telah menyokong perjuangan
mereka bukan disebabkan oleh adanya kesedaran politik tetapi disebabkan oleh kesetiaan yang
membabi buta terhadap pembesar feudal mereka.28 Selaras dengan tajuk penulisan iaitu sikap dan
reaksi orang Melayu terhadap penjajahan British dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 ini,
penulis ingin mempersoalkan kenyataan tersebut sekiranya kepimpinan tradisional terdahulu
dianggap seperti tiada nilai yang boleh diagungkan tetapi perlulah dilihat daripada sudut
perspektif tindakan pihak penjajah itu sendiri dan kerelevanan sesuatu tindakan itu dilakukan.
Sebagai contoh, merujuk kepada penulisan Leong Yee Fong, beliau mengatakan bahawa
sistem pemerintahan Residen selepas tahun 1874 itu adalah berunsur paksaan seperti para
pemerintah Melayu dikehendaki mematuhi segala nasihat residen British yang menyebabkan
pemerintah Melayu tidak lagi berkuasa memberikan kata putus dalam segala hal yang berkaitan
dengan pengurusan politik negeri-negeri mereka sehingga mencetuskan pembunuhan Birch iaitu
Residen pertama negeri Perak pada tahun 1875. 29 Sesungguhnya, kegiatan pembunuhan itu
28 Azmi Arifin, “Nasionalisme Melayu dan Gerakan Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu
1945-1957: Antara British, United Malays National Organisation dan Gerakan Kiri Melayu”,
hlm. 61.
29 Leong Yee Fong, “Zaman Penjajahan dan Munculnya Susunan Politik Baharu di Tanah
Melayu” dalam Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik (Kuala
9
sememangnya sesuatu tindakan yang amat kejam tetapi apabila menyingkap kembali kepada
kronologi sebelum peritiswa pembunuhan itu berlaku, ianya perlulah difahami dan diteliti
dengan meletakkan diri kita di dalam situasi berkenaan. Melalui rumusan yang diambil daripada
penulisan Barbara W. dan Leonard Y. Andaya (1983) iaitu:
“… Birch yang sepatutnya menjadi penasihat Sultan Abdullah telah
melanggar peraturan perjanjian dengan cara cuba memusatkan kuasa
pemerintahan sepenuhnya di tangan beliau. Segala keputusan diambil
tanpa
berunding
dengan
Sultan
Abdullah,
malah
beliau
telah
menggunakan tekanan dan ugutan ke atas Sultan Abdullah bagi
mendapatkan tandatangan untuk melaksanakan peraturan-peraturan baru
di Perak.”30
Abdullah Zakaria (1997) pula menjelaskan bahawa fasal 10 dalam perjanjian Pangkor turut
memuatkan:
“maka pada pemungut hasil itu dan kuasa pemerintah memungutnya itu
serta/jenis perintah bagi negeri itu semuanya hendaklah diaturkan dengan
mengikut kehendak Residen-Residen yang tersebut/segala itu.”31
Oleh itu, kedua-dua petikan di atas secara jelas telah menunjukkan betapa tamaknya pihak
penjajah dalam mengeksploitasi segala perkara di Tanah Melayu termasuk kuasa pemerintahan
tempatan sehingga berlakunya pembunuhan residen berkenaan oleh rakyat yang mula berasa
dikongkong dan ditindas semasa di bawah penjajahan British. 32 Secara logik akal, adakah
peristiwa pembunuhan tersebut tidak boleh diklasifikasikan sebagai kesedaran politik orang
Melayu untuk membebaskan diri mereka daripada ikatan kuasa penjajahan walaupun
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), hlm. 249.
30 R Muhammad, “Bab Tiga: Kesan Kolonialisme Ke Atas Politik di Tanah Melayu Melalui
Perjanjian
British”
diakses
pada
8/10/2017
daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/491/4/BAB3.pdf, hlm. 45.
31 Ibid., hlm. 46.
32 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm. 86.
10
berkemungkinan ianya dipengaruhi oleh fahaman fanatik dan apapun alasannya tetapi penulisan
ini ingin menggariskan bahawa wujudnya suatu kesedaran dalam diri masyarakat Melayu ketika
itu untuk menentang penjajah yang secara membabi buta membuat peraturan dan undang-undang
yang telah menjatuhkan maruah bangsa dan kedaulatan pemerintahan kerajaan Melayu itu
sendiri. Istilah pembunuhan Birch itu perlulah diperhalusi oleh para pengkaji Sejarah agar ianya
tidak disalahertikan oleh pihak luar yang memandang masyarakat Melayu ketika itu adalah
masyarakat yang kejam tetapi apabila melihat kepada gambaran yang lebih luas maka istilah
tersebut dapat ditafsirkan dengan makna yang lebih baik.
Sebagai penggulungan awal perbincangan, penulisan ini yang memfokuskan sikap dan
reaksi orang Melayu terhadap penjajahan British dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 adalah
bertujuan mengetengahkan isu-isu penting yang dapat menonjolkan tindakan orang Melayu itu
sendiri baik secara langsung mahupun tidak langsung tetapi ianya menggambarkan kebencian
dan kesedaran orang Melayu untuk bangun menentang pembentukan ‘British’ Malaya dalam
lingkungan tempoh tersebut. Walaupun penulisan ini telah memperlihat betapa pentingnya
pengaruh kaum Muda dalam membentuk sikap dan reaksi masyarakat Melayu dalam menentang
penjahahan British melalui corak perjuangan agama islam moden mereka tetapi ingin ditegaskan
disini bahawa sikap dan kesedaran orang Melayu sebenarnya telah diwujudkan lebih awal lagi
oleh golongan ulama tempatan sendiri33 dan golongan kaum Muda ini sebenarnya adalah sebagai
pendorong ke arah yang lebih efisen dalam membentuk kesedaran tersebut.
Penulis ingin menjelaskan kaum Muda yang diterangkan sebelum ni sememangnya
berperanan penting dalam mewarnai corak dan reaksi orang Melayu terhadap penjahahan British
tetapi peranan kepentingan agama islam ini sebenarnya telah dicetuskan awal oleh golongan
33 Leong Yee Fong, “Zaman Penjajahan dan Munculnya Susunan Politik Baharu di Tanah
Melayu”, hlm. 261.
11
ulama tempatan yang mempunyai hubungan rapat dengan sultan secara tidak langsung telah
menyukarkan British untuk mencampuri hal ehwal politik khususnya di Terengganu seperti Haji
Abdul Rahman Limbong. Beliau telah berjaya dalam menyemarakkan semangat perjuangan
dalam kalangan rakyat di Hulu Terengganu yang membawa kepada Pemberontakan Tani pada
tahun 192834 sekali gus menjadi tunjang kepada pembentukan kesedaran untuk membasmi segala
ancaman yang dapat menggugat nilai hidup dan kepercayaan orang Melayu.35
Selain Haji Abdul Rahman Limbong, ulama dan pejuang kemerdekaan yang sangat
berjasa dalam memperjuangkan tanah air terutamanya di Terengganu ialah Tok Ku Paloh dan
beberapa pejuang yang lain.36 Penjelasan mengenai golongan ulama tempatan ini adalah untuk
menegaskan bahawa sekiranya tiada kewujudan pengaruh luar yang membentuk kaum Muda
berkenaan, kesedaran untuk menentang penjajahan British tetap akan wujud di Tanah Melayu itu
sendiri dengan proses yang berbeza berbanding golongan ulama baharu berkenaan. Sebagai
contoh, Timah Hamzah (1981) melalui kajiannya yang berkaitan dengan ketokohan Haji Abdul
Rahman Limbong telah berpandangan bahawa:
“Haji Abdul Rahman Limbong sangat dikagumi oleh anak muridnya dan
juga penduduk Terengganu terutamanya penduduk Ulu Terengganu kerana
beliau mengekalkan unsur-unsur ‘nativisme’ di dalam masyarakat.
Misalnya masyarakat Ulu Terengganu pada tahun 1920-an yang merasai
tekanan akibat campur tangan pihak Inggeris dalam pemerintahan negeri
Terengganu. Masyarakat di Ulu Terengganu mahukan suasana seperti
dahulu yang mana Terengganu bebas memerintah negeri mereka tanpa
34 Ibid., hlm. 262.
35 Ibid.
36 Mohd Roslan Mohd Nor, Mohamad Fauzi Zakaria dan NoorZahidah Mohd Zain,
“Keterlibatan Ulama’ dalam Perjuangan Kemerdekaan di Terengganu” (Selangor, Malaysia:
Universiti
Kebangsaan
Malaysia,
2011)
diakses
pada
18/10/2017
daripada
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00009616_73855.pdf, hlm. 300.
12
campur tangan pihak asing. Lalu, mereka menjadikan Haji Abdul Rahman
Limbong sebagai role model dalam perjuangan mereka.”37
Sehubungan dengan kenyataan beliau, jelaslah bahawa ketokohan golongan ulama tempatan
telah dapat menyemai semangat kebangkitan dalam membentuk gerakan protes menentang kuasa
penjajahan British walaupun tokoh itu telah dibuang ke negeri Mekah dan meninggal dunia di
sana pada tahun 1929 tetapi impak positif daripada ketokohan beliau amatlah penting dalam
menyumbang kepada gerakan perjuangan kemerdekaan yang mendapat tempat di hati rakyat
ketika itu. Begitu juga pentingnya dengan ketokohan ulama yang dinamakan sebagai Tok Ku
Paloh ataupun Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus yang berperanan hebat dalam urusan hal ehwal
kerajaan Terengganu. Beliau telah dikenali sebagai ulama yang tidak takut menanggung risiko
tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu malah beliau telah
melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada
zaman itu seperti yang berlaku dalam Perang Pahang. 38 Ulama Terengganu sendiri menyatakan
bahawa:
“Dalam Perang Pahang penentang-penentang British yang dipimpin oleh
Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri
setelah mengalami tekanan dari kerajaan. Pada Mei 1894, mereka
menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama
tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka,
tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk
menentang
musuh
mereka
di
Pahang.
Hugh
Clifford
dalam
pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawanpahlawan itu melancarkan perang Jihad.”39
37 Ibid., hlm. 302.
38 Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Bicara Agama “Tok Ku Paloh Al-Aidrus pejuang Islam dan
bangsa Melayu” Utusan Online, 2006) diakses pada 18/10/2017 daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
39 Ibid.
13
Kenyataan tersebut telah membuktikan bahawa ulama tempatan seperti Tok Ku Paloh
turut mempunyai darah perjuangan dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu walaupun
British dapat mencampuri urusan di Terengganu setelah beliau wafat pada bulan Zulhijah 1335H
tetapi perjuangan bijak beliau perlulah dicontohi dan dijadikan pedoman sehingga kini. Melalui
perbincangan ini secara tidak langsung dapat menonjolkan kewibawaan para ulama tempatan
sebagai orang yang terawal bangkit dalam menentang penjajah yang sanggup berjuang sehingga
ke titisan darah terakhir mereka bagi melihat khususnya bangsa Melayu kembali bebas daripada
campur tangan kuasa asing di tanah air sendiri. 40 Maka, terbuktilah peranan ulama tempatan ini
layak dijadikan sebagai simbol kepada kebangkitan orang Melayu dan pemangkin kepada
perjuangan-perjuangan yang seterusnya dalam menentang penguasaan penjajahan British.
Oleh itu, golongan agama ini layak untuk diiktiraf sebagai tunjang dalam membentuk
kesedaran politik orang Melayu khususnya melalui golongan ulama tempatan itu sendiri. Di
samping mereka yang berkemampuan dan merantau mendapatkan pengetahuan agama yang
lebih mendalam di luar negeri sekali gus menjadikan mereka lebih peka kepada perkembangan
sekeliling dan mampu menjadi penggerak awal kepada masyarakat Melayu untuk berdikari
dalam memperjuangkan kemerdekaan seperti golongan Kaum Muda.41 Sebagai penggulungan
akhir perbincangan, bermulanya kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 telah menyaksikan sikap dan
reaksi orang Melayu terhadap penjajahan British dengan gerakan awal penentangan oleh
kepimpinan tradisional tempatan serta kemunculan masyarakat yang menjadikan agama islam itu
sebagai satu senjata yang amat kuat sehingga digeruni oleh pihak kolonial sepertimana yang
dinyatakan oleh Mohamed Nawab Mohamed Osman (2007) iaitu “Although the British
40 Mohd Roslan Mohd Nor, Mohamad Fauzi Zakaria dan NoorZahidah Mohd Zain,
“Keterlibatan Ulama’ dalam Perjuangan Kemerdekaan di Terengganu”, hlm. 303.
41 Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara
Lain (Selangor, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, 1990), hlm. 98.
14
successfully quelled these instances of unrest, this reflected an active role that the ulama played
in leading resistance against colonial authority.42
Justeru, tanggapan bahawa corak kebangkitan oleh golongan – golongan ini kononnya
dianggap kuno dan tidak penting untuk dibicarakan serta dihuraikan dengan lebih mendalam dan
terperinci melalui isu memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu berbanding tokoh-tokoh
parti politik lain seperti KMM adalah satu tanggapan yang tidak masuk akal sama sekali.
Berikutan dengan fokus penulisan sikap dan reaksi orang Melayu terhadap penjajahan British
dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 ini adalah untuk membuka minda mana-mana pihak yang
terlalu taksub akan istilah yang dibuat oleh sarjana Eropah sehingga memandang serong
perjuangan oleh tokoh-tokoh tradisional tempatan dan golongan agama yang dianggap sebagai
bukan perjuangan nasionalisme perlulah diubah sama sekali kerana mereka umpama akar yang
teguh dalam membentuk sikap dan reaksi orang Melayu untuk bangkit menentang kekejaman
pihak penjajah sewaktu era berkenaan dan telah mencetus resolusi perjuangan kemeredekaan
kepada era yang seterusnya.
42 Mohamed Naweb Mohd Osman, “Towards a History of Malaysian Ulama”, No. 122
(Singapore: S. Rajaratnam School of International Studies, 2017), diakses pada 22/10/2017
daripada http://www3.ntu.edu.sg/rsis/publications/WorkingPapers/WP122.pdf, hlm. 8.
15