Pengesahan Instrumen Dan Kemahiran Employabi

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT 2011)

Pengesahan Instrumen Kemahiran Employability : Analisis
Faktor Penerokaan (EFA)
Mohd Yusof Husain
Politeknik Sultan Azlan Shah,
E-mail:myhsbm74@yahoo.com
Ramlee Mustapha
Universiti Pendidikan Sultan Idris
E-mail: drramlee@yahoo.com
Seri Bunian Mokhtar
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: mseribunian@yahoo.com
Saiful Anuar Mohamed Zainudin
Politeknik Sultan Azlan Shah
E-mail: Shaipula@yahoo.com
Jameliah Mohd Alias
Politeknik Sultan Azlan Shah
E-mail: jameliah@psas.edu.my
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen kemahiran
‘employability’ bagi pelajar kejuruteraan. Seramai 280 orang responden terlibat dalam
kajian ini. Pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini adalah kemahiran komunikasi,
kerja berpasukan, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan
maklumat, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, keusahawanan, etika dan
moral, menggunakan teknologi dan kemahiran sosial. Data dianalisis secara deskriptif
dengan menggunakan kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan analisis faktor
penerokaan dengan menggunakan perisian SPSS 19. Hasil analisis mendapati nilai
Alpha Cronbach yang diperolehi adalah tinggi iaitu melebihi 0.70. Keputusan dari
analisis faktor penerokaan menunjukkan penyelesaian 9 faktor dengan nilai Eigen
melebihi 1.0. Nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.93 > 0.6 menunjukkan item-item ini
mencukupi untuk inter-korelasi manakala Ujian Barlett adalah signifikan (Chi Square
=9978.7, p 0.6. Ini menunjukkan bahawa data tidak mempunyai masalah
multicollineatity yang serius, maka item-item tersebut sesuai untuk
dijalankan analisis faktor. Ujian Barlett’s Test of Sphericity digunakan bagi
mengenal pasti sama ada korelasi antara item memadai untuk dilakukan
analisis faktor. Hasil Barlett’s Test of Sphericity adalah signifikan (Chi kuasa
dua = 9978.6, p