Pembangunan Islam Menurut Rufaqa Corpora

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

ISSN: 0216-9290
Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’
Corporation: Strategi dan Pelaksanaan
AHMAD FAUZI ABDUL HAMID
Pensyarah Kanan Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh,
Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, MALAYSIA.
Tel: 04 - 6533 888 sambungan 2278 (pejabat), Faks: 04-6576 000, Email: afauzi@usm.my
Diterima tanggal 31 April 2007/Disetujui tanggal 12 Mei 2007
This article based on overview about Rufaqa’ in political-economic perspective of Islamic movement. Also overview about controversy of religious doctrine which have contributed to conflict at long time between organization is led by Ustaz Ashaari (Last time Darul Arqam an now
Rufaqa’) and government in Malaysia. Actually the development strategy of Rufaqa’ Corporation show the survival of Rufaqa’ Corporation toward natural challenge for example negative
sentiment about ideology of Rufaqa’ Corporation, negative opinion, and discriminatory political policy. Image of Rufaqa’ Coorporation in action had interpreted by mass media as wrong
approach and moved by wrong ones actors. This study finding that political-economic of Islamic movement having special dynamics in activities and pattern of his relationship. They are
so different and opposes the model of development capitalistic and the economic liberalist. Its
the reason why the Government of Malaysia never appreciative the Rufaqa’ Corporation
achievements.
Keywords: Political-economic, Islamic movement, Conflict of ideology.


Pendahuluan
Ketika tahun 2006 hampir melabuhkan tirainya, rakyat Malaysia tiba-tiba dikejutkan dengan berita percubaan untuk menghidupkan
semula Darul Arqam, pertubuhan dakwah
yang diharamkan oleh pemerintah Malaysia
pada tahun 1994, oleh pengikut sebuah syarikat perniagaan yang dikenali sebagai Rufaqa’
Corporation (singkatannya Rufaqa’).1 Percu-

1

Lihat contohnya, “Banned Al-Arqam tries to get
members, 100 arrested”, New Sunday Times (26
Novermber, 2006); “Kumpulan Rufaqa nafi
hidupkan Al-Arqam”, Utusan Malaysia (27
November, 2006); “JAIS tahan dua pemimpin
Rufaqa’’ Berita Harian (2 Desember, 2006);
“Orang rapat Ashaari ambil kesempatan”, Berita
Harian (3 Desember, 2006); “Ashaari nafi hidup
semula al-Arqam”, Berita Harian (5 Desember,
2006).


baan itu dikatakan didalangi sendiri oleh Ustaz Ashaari Muhammad, bekas pemimpin
Darul Arqam yang ditahan tanpa bicara di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA: Internal Security Act) pada 2 September 1994, disusuli oleh penahanan daerah di
bawah Perintah Kediaman Terhad di sekitar
Gombak (Oktober 1994 - Februari 2002) dan
Labuan (Februari 2002 - Oktober 2004). Daripada sebuah entiti yang sebelumnya tidak
begitu dikenali umum, nama Rufaqa’ menjadi terkenal sebagai lambang mobilisasi semula bekas pengikut Darul Arqam.
Pada hakikatnya, isu yang meletup pada
akhir 2006 itu bukanlah kali pertama Rufaqa’
mendapat perhatian media. Beberapa kali
semenjak penahanan besar-besaran kedua ke
atas barisan kepimpinan Darul Arqam pada
tahun 1996, Rufaqa’ dikaitkan sebagai wadah
di sebalik bekas pengikut Darul Arqam yang

63

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009

Ahmad Fauzi Abdul Hamid

ISSN: 0216-9290
Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

setia kepada Ustaz Ashaari berselindung,
dalam aktiviti mereka yang dikatakan terus
berteraskan ajaran dan cita-cita Darul Arqam.2 Percubaan mengaitkan Rufaqa’ dengan
Darul Arqam oleh media massa arus perdana
menjadi semakin menonjol dalam era ‘perang menentang keganasan’, terutamanya selepas peristiwa pemberontakan Al-Ma’unah
di Grik, Perak pada Julai 2000, penahanan
aktivis Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)3
pada Ogos 2001 dan serangan pengganas ke
atas Pusat Dagangan Dunia (WTC: World
Trade Centre), New York dan Pentagon di
Amerika Syarikat pada 11 September 2001.
Kegagalan membendung usaha menghidupkan semula Darul Arqam dikatakan membawa risiko radikalisme dan fahaman pelampau
(extremisme) yang mendorong perlakuan ganas yang membahayakan keselamatan negara.4 Sebelum era ‘perang menentang keganasan’ ini, mobilisasi semula bekas ahli Darul
Arqam tidak dikaitkan dengan sebarang pertumbuhan, sebaliknya hanya sekadar usaha
peribadi segelintir bekas pemimpin Darul

Arqam termasuk Ustaz Ashaari Muhammad
untuk mempertahankan fahaman Aurad Mu2

Lihat contohnya laporan-laporan berikut: “AlArqam kini dihidupkan semula’’, Utusan Malaysia (12 Juli, 2000); “Rufaqa’ nafi ada kaitan AlArqam, Berita Harian (13 Juli, 2000); “Waspada
hidupkan Al-Arqam: Selindung di sebalik projek
dan kegiatan ekonomi”, Harian Metro (9 September, 2001); “Asaari Muhammad dipindah ke Labuan”, Berita Harian (7 Februari, 2002); “Rufaqa’ tidak terbabit cuba hidup Al-Arqam”, Berita
Harian (25 Februari, 2002); “Amaran keras kepada bekas ahli Arqam”, Mingguan Malaysia (25
Agustus, 2002); “‘Rufaqa’ ganti Arqam?”, Bacaria (28 Desember, 2002); “Al-Arqam cuba dihidup kembali”, Harian Metro (23 April, 2003).
3
Kemudiannya dikenali sebagai ‘Kumpulan Militan Malaysia’ untuk memberikan konotasi negatif
kepada kumpulan berkenaan, lihat Barry Wain,
“Malaysian Terror Theory Raises Doubt”, Asian
Wall Street Journal (Hong Kong: 20 Desember,
2001).
4
Lihat “Behind closed doors a stirring tale of
treason unfolds”, The Nation (Bangkok: 3 Desember, 2000); Zulkiflee Bakar, “Gerakan militan
harus dimusnahkan”, Utusan Malaysia (25 Agustus, 2001); Muzaffar Syah, “Kritikan AWSJ tak
berasas”, Utusan Malaysia (17 Januari, 2002);
“PAS ikut taktik al-Arqam dapatkan pengaruh”,

Berita Harian (23 Agustus, 2002).

64

hammadiah, tariqat yang dianuti oleh Darul
Arqam dan diisytiharkan sebagai menyeleweng olah Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994 dahulu.5
Ironisnya, publisiti negatif tentang Rufaqa’
selaku pengganti perjuangan Darul Arqam di
atas telah mendedahkan juga keberhasilan
pembangunan multi-dimensi Rufaqa’ dalam
masa yang relatif singkat. Semakan dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), misalnya, membuktikan hasil pendapatan tiga
firma utama Rufaqa’ milik Ustaz Ashaari selaku pemegang kepentingan terbesar, mencecah RM9.8 juta.6
Operasi Rufaqa’ didapati menjangkau seluruh Malaysia, dengan daerah perniagaan dibahagikan kepada tiga pusat utama yang digelar Projek Rufaqa’ Tengah (berpusat di
Bandar Country Homes, Rawang, dan Kota
Damansara, Selangor), Projek Rufaqa’ Utara
(berpusat di Kubang Pasu, Kedah) dan Projek Rufaqa’ Selatan (berpusat di Kuala Rompin dan Lanjut, Pahang). Ketiga-tiga pusat
utama ini masing-masing mengkhusus kepada bidang pertanian, industri kecil dan sederhana (IKS) dan perkhidmatan pelancongan.
Semua negeri di Malaysia diberitakan mempunyai cawangan Rufaqa’, yang perniagaannya mencakupi pelbagai bidang seperti pasaraya, restoran dan kafetaria, poliklinik dan
perkhidmatan bersalin, klinik rawatan tradisional, pengeluaran dan pengedaran produk

berasaskan herba, butik dan pusat jahitan, agensi pelancongan, penerbitan buku dan majalah, akademi seni dan kebudayaan, perkhidmatan dobi, bakeri, motivasi dan kaunseling, pengeluaran produk multimedia, bengkel peralatan elektrik, bengkel membaiki dan
servis kenderaan dan perhotelan.7 Pada peringkat global, sumber terkini Rufaqa’ sendiri menganggarkan cawangan perniagaannya
5

Lihat “Cubaan pulih Arqam: Asaari Muhammad
didakwa turut terlibat”, Berita Harian (18 April,
1999); “Pemimpin al-Arqam peralat agama”,
Utusan Malaysia (19 April, 1999).
6
“Hasil 3 firma Rufaqa milik Ashaari cecah
RM9.8j” Berita Harian, (4 Desember, 2006).
7
“Business hums along quietly despite raid in
Shah Alam”, The Star (28 November, 2006).
Untuk maklumat lebih terperinci berhubung
perniagaan Rufaqa’, layari laman web Rufaqa’ di
www. rufaqa.com.

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009
Ahmad Fauzi Abdul Hamid


ISSN: 0216-9290
Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

di seluruh dunia mencapai jumlah 500 ke 700
rangkaian, meliputi operasi di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Australia, Jordan, Syria, Mesir, Perancis dan Jerman.8
Artikel ini membincangkan strategi pembangunan Rufaqa dari sudut pandang ekonomi
politik gerakan Islam. Disamping itu membincangkan perbezaan pandangan di sudut
kemasyarakatan dan doktrin keagamaan yang
telah mencetuskan konflik yang berpanjangan di antara kumpulan yang diketuai Ustaz Ashaari (dahulu Darul Arqam, kini Rufaqa’) dengan pemerintah Malaysia.
Pendekatan dan Metode
Artikel ini ditelaah dengan pendekatan sejarah dan ekonomi-politik. Fokusnya pada strategi pembangunan yang berorientasi pada gerakan Islam di Malaysia oleh Rufaqa’ Coorporation. Metode pengumpulan data menggunakan studi pustaka dan dokumen serta
penelusuran data dengan internet.

tarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dengan
nombor pendaftaran (T.426782-V).10
Dari peringkat awal lagi, Rufaqa’ terpaksa
menolak kaedah pengasingan unik yang sekian lama mencorakkan perjuangan Darul
Arqam terutama dalam pola hubungannya
dengan pemerintah. Sedangkan Darul Arqam

melalui beberapa fasa pembangunan yang
menandakan tahap-tahap penembusan dakwah jemaah ke dalam masyarakat umum,11
Rufaqa’ terus bergerak ke luar melalui wadah
perniagaan, yang bertindak sebagai wadah
membesarkan Tuhan sekaligus menzahirkan
kehidupan bermasyarakat secara Islam. Ini
bermakna, dalam Rufaqa’, elemen hablumminallah dan hablumminannas digabung jalinkan dari awal.
Sebagaimana deklarasi Ustaz Ashaari sebagai Pengerusi Eksekutif dalam profail sulung
syarikat Rufaqa’:
Rufaqa’ bermaksud rakan karib yang sejati. Ia
ditubuhkan dengan tujuan membangunkan cara
hidup Islam melalui perniagaan. Selaku orang Islam, walau di mana kita berada, tentu kita ingin
membuktikan bahawa Islam adalah cara hidup pilihan. Asas perniagaan ini adalah dengan meletakkan Tuhan sebagai cinta agung kita dan saya ingin
buktikan cinta ini melalui Rufaqa’. Matlamat Rufaqa’ bukan sekadar memperkatakan kebenaran tetapi menzahirkannya melalui perniagaan.12

Tentang Rufaqa’ Coorporation
Dalam era Rufaqa’, pembangunan masyarakat Islam tidak lari dari strategi dan kaedah
asas yang digariskan Ustaz Ashaari Muhammad (1990a). Elemen sufi perjuangan masih
menonjol, seperti pada era Darul Arqam tetapi konsepnya diperluaskan terus ke arah
pembinaan masyarakat. Ini dipengaruhi oleh

faktor tekanan pemerintah ke atas amalan
tariqat Darul Arqam menyebabkan elemenelemen kerahsiaan yang boleh menimbulkan
syak wasangka pihak berkuasa agama dan pihak keselamatan diminimakan dengan ketara
sekali. Tidak seperti Darul Arqam, Rufaqa’
ditubuhkan dengan restu Kementerian Dalam
Negeri (KDN), di bawah pemantauan pegawai-pegawai keselamatan dari ibu pejabat
polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.9 Ia didaf8

Asaari Mohamad, Nasihat Buatmu Bekas Kawan-kawan Lamaku dalam Arqam, (Zawang: Penerbitan Minda Ikhwan, 2005), hal 62, 68);
Khadijah Aam, Manisnya Madu, (Kuala Lumpur:
Jabatan Syeikhul Arqam, 1990), hal. 14, 126,
235.
9
“‘Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd.”, Bermula
dari Zero, bermodalkan Tuhan, (Rawang: Profail
syarikat, 2006).

Manakala misi perniagaan Rufaqa’ menggariskan dua belas cara perniagaan dapat menegakkan pelbagai syariat Tuhan, secara langsung mendekatkan diri seseorang pelaksana
perniagaan kepadaNya: (1).Dapat berkhidmat
kepada masyarakat; (2).Dapat menyediakan

keperluan asas yang halal; (3).Dapat menjalin persahabatan di antara penjual dengan
pembeli; (4).Dapat bekerjasama dan bantumembantu; (5).Dapat belajar bertolak ansur
dan mengalah; (6).Dapat melatih diri bersabar dan berharap kepada Allah apabila ditimpa ujian; (7).Dapat melatih diri berlapang da10

http://malaysia-today.net/blog2006/letters.php?
itemid=1244: diunduh 28 Disember 2006.
11
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, “Pemerintah dan
Gerakan Islam di Malaysia”, Pemikir 23 (2001),
hal. 111-158.
12
”Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd.”, Tenang &
Meyakinkan, (Rawang: Profail Syarikat, 1997).

65

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

ISSN: 0216-9290

Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

da dan memaafkan orang; (8).Dapat menyediakan peluang pekerjaan (9).Rangkaian perniagaan yang diwujudkan dapat membantu
pemasaran barangan keluaran orang Islam;
(10).Dapat menegakkan syiar Islam; (11).Dapat membantu fakir miskin dan golongan
yang memerlukan; (12).Dapat menunaikan
kewajipan zakat13
Motto perniagaan Rufaqa’, ‘tenang dan meyakinkan’, tambah menekankan kesepaduan
hablumminallah dan hablumminannas. Seperti yang dapat difahami dari penjelasan Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. (1997), ‘tenang’
merujuk kepada sifat hati pelaksana perniagaan selaku pelaku pembangunan, manakala
‘meyakinkan’ merujuk kepada natijah ketenangan tersebut, yakni penawaran perkhidmatan dan produk yang meyakinkan masyarakat. Perniagaan di sini menghasilkan dua
keuntungan - maknawi dan material, akhirat
dan dunia. Menurut Ustaz Ashaari, perniagaan berfungsi sebagai “pusat bina insan yang
cukup praktikal dan menguntungkan” sekaligus “medan jihad fisabilillah.”14
Untuk mencapai ketenangan hati seperti yang
dimaksudkan, Rufaqa’ mewajibkan setiap
pekerjanya mengikuti program motivasi dan
kaunseling berterusan sehingga beliau benarbenar dapat menanamkan rasa berTuhan dan
rasa kehambaan dalam dirinya. Program motivasi yang utama ialah ‘Sembahyang Membina Peribadi Agung’ diikuti oleh ‘Membina
Keluarga Bahagia’ yang diuruskan oleh Pusat Motivasi Harmoni (dulunya Pusat Motivasi Qatrunnada) yang bernaung di bawah
Rufaqa’.15 Malah, ke arah membuang akhlak
yang keji dan membentuk akhlak terpuji dengan Tuhan dan juga dengan manusia, pelaksanaan ibadat asas dan amalan utama makin
diperhalusi dalam Rufaqa’. Sebagai contoh,
kalau dalam Darul Arqam, ahli-ahli diajar

bahawa sembanhyang mengandungi lima peringkat,16 dalam Rufaqa’, pekerja-pekerja dimotivasikan untuk memahami sembilan peringkat sembahyang.17 Ini disebabkan tahap
khusyuk dalam sembahyang telah diperincikan lagi, dengan setiap pekerja dimestikan
mengusahakan khusyuk ke sekurang-kurangnya peringkat sembahyang ketujuh.
Sembahyang yang dihayati dilihat boleh
membentuk sifat-sifat positif yang melahirkan kekuatan ekonomi. Sebagai disiplin tambahan organisasi, kakitangan Rufaqa’ dilatih
mengerjakan secara istiqamah sembahyang
berjemaah di awal waktu dan sembahyang
tahajjud setiap malam.18 Profail syarikat
Rufaqa’ yang terkini telah menyenaraikan
langkah-langkah yang diikuti oleh kakitangan Rufaqa’ dalam membangunkan syarikat selama sembilan tahun di sebalik bermacam-macam bentuk rintangan dan cabaran:
(1).Sentiasa melakukan bedah siasat (postmortem) ke atas dosa-dosa dan lain-lain kesalahan yang dilakukan hingga menghalang
bantuan Tuhan apabila syarat-syaratnya tidak
dipenuhi. Syarat-syaratnya ialah, sentiasa
bertaubat kepada Allah dan bermaafan sesama manusia, bersedekah, menebus dosa dan
berjanji tidak akan mengulanginya, sembahyang malam dan berdoa, berkasih sayang sesama manusia. (2).Membaiki diri; (3).Sebagai penyelesaian akhir, staf yang tidak jujur
dan gagal berubah selepas dinasihati berkalikali akan digugurkan.19
Dalam proses bina insan intensif di atas,
pengarah-pengarah syarikat tidak terkecuali
daripada bersedekah, berdoa dan membaiki
diri. Malah, mereka mesti mendahului yang
lain demi menagih belas kasihan Tuhan. Hubungan pengarah dengan kakitangan Rufaqa’
bukan seperti hubungan majikan atau agennya dengan pekerja dalam sebuah syarikat

13

Ibid. Perhatikan bahawa daripada senarai ini,
hanya cara keenam - melatih diri bersabar dan
berharap kepada Allah apabila ditimpa ujian, boleh dikategorikan sebagai ibadat hablumminallah
semata-mata tanpa melibatkan perantaraan manusia.
14
Ashaari Muhammad, 2005, op.cit, hal. 644645.
15
Teks kedua-dua kursus motivasi ini, yang dipopularkan di seluruh negara sekitar tahun 1999
hingga 2003.

66

16

Ashaari Muhammad, Iman dan Persoalannya,
(Kuala Lumpur: Penerangan Al Arqam, 1983),
hal. 96.
17
Ashaari Muhammad, 2005, op.cit., hal. 227230.
18
Abdurrahman R. Effendi dan Gina Puspita,
Membangun Ekonomi Islam ala Abuya Syeikh
Imam Ashaari Muhammad at Tamimi, (Jakarta:
Giliran Timur, 2004), hal. 119.
19
Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd. (2006), loc.cit.

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

ISSN: 0216-9290
Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

kapitalis yang berorientasikan keuntungan,
tetapi laksana ayah dengan anak dalam sebuah keluarga yang berkasih sayang. Staf
Rufaqa’, dalam kapasiti apa sekalipun, dilatih menghayati bahawa mereka adalah pejuang dan bukannya buruh yang dikerah tenaga
mereka oleh majikan untuk memaksimalkan
keuntungan.20 Maka, bersedekah bagi mereka
mengambil bentuk praktikal dengan mengorbankan kemewahan peribadi demi membangunkan syarikat, yang sinonim dengan
membangunkan tamadun Islam. Wang lebihan dari gaji bulanan, selepas ditolak keperluan diri dan keluarga, diserah kepada Biro
Kewangan Rufaqa’ untuk menyelesaikan keperluan-keperluan lain seperti tunggakan dan
kebajikan umum. Jika berlebihan juga, ia ditambah kepada modal pusingan.
Ekonomi pengorbanan inilah, yang berlaku
bukan melalui peraturan tetapi melalui tarbiyyah (pendidikan), yang sangat susah disaingi oleh mana-mana syarikat, hatta yang
beroperasi atas nama Islam sekalipun. Tidak
hairanlah projek-projek ekonomi Rufaqa’ terbangun dengan “cepat, murah dan mudah,”
malah Rufaqa’ mendakwa kekuatan pekerjanya yang sepuluh kali ganda daripada pekerja
biasa yang makan gaji mampu menurunkan
kos projek-projeknya sebanyak sepuluh kali
juga.21 Mereka yang telah tercorak oleh pemikiran kapitalis mahupun sosialis sudah
tentu akan melabelkan amalan sedemikian
sebagai eksploitasi buruh. Ini kerana ketidak
upayaan mereka untuk berfikir bahawa melalui proses tazkiyah alnafs, seseorang Muslim
itu boleh sahaja mengorbankan kehendaknya
di atas kerelaannya sendiri. Sebab itu dalam
sistem masyarakat yang dibangunkan Rufaqa’, kemiskinan bukan satu masalah, asalkan
yang miskin redha dan yang kaya pula sentiasa mengingati tanggungjawabnya selaku
bank-bank yang membela orang miskin.22
Ekonomi pengorbanan yang beroperasi di
atas kerelaan sendiri ini lebih baik daripada
sistem Darul Arqam dulu yang menginstitusikan pemberian keperluan hidup melalui
sistem ma’asy. Oleh kerana sistem ma’asy
20

Abdurrahman R. Effendi dan Gina Puspita,
op.cit., hal. 114-116.
21
Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd. (2006), loc.cit.
22
Ashaari Muhammad, 2005, op.cit., hal. 512530.

dipusatkan operasinya sebagai peraturan rasmi oleh pentadbiran setiap perkampungan
Darul Arqam, maka telah berlaku masalah
ketidakpuashatian, kurang motivasi dan kurang inisiatif di kalangan ahli Darul Arqam
yang gagal menghadiri atau tidak diberikan
program tarbiyyah.
Pembangungan Ekonomi Islam Ala Rufaqa’
Coorporation
Dalam pembangunan Islam ala-Rufaqa’, perubahan manusia dipercayai akan mengubah
sistem, yang tidak boleh diwujudkan secara
paksaan. Oleh itu, program pembangunan insan bergerak beriringan dengan program
pembangunan material. Rufaqa’ dengan beraninya mengisytiharkan bahawa “terbangunnya projek-projek ekonomi Rufaqa’ [adalah]
di atas bina insan yang dilakukan.”23 Dengan
bermodalkan ‘bank Tuhan’ atau ‘bank taqwa’, Rufaqa’ tidak bergantung kepada pinjaman kewangan dari sebarang bank perdagangan untuk membuka projeknya. Program bina insan Rufaqa’ bertujuan mewujudkan kakitangan yang bertaqwa. Orang bertaqwa sahaja dikira mampu menegakkan ‘sistem ekonomi Islam menurut kehendak Tuhan’ kerana
hanya mereka yang jiwanya cukup bersih
untuk ‘menarik’ bantuan Tuhan, yang menyumbang kepada 90 peratus kejayaan dibandingkan dengan quwwah (kekuatan lahir)
yang menyumbang kepada hanya 10 peratus
kejayaan.24 Keberkesanan taqwa dibandingkan dengan quwwah dalam skema pembangunan masyarakat sudah lama mendasari
pemikiran Ustaz Ashaari. Beliau sangat yakin bahawa kemenangan dijanjikan kepada
umat Islam atas dasar taqwa, sedangkan quwwah merupakan saluran orang bukan Islam
menempa kejayaan. Dalam era Rufaqa’, penekanannya terhadap kepentingan taqwa makin bertambah. Ustaz Ashaari mendefinisikan semula taqwa sebagai usaha mengambil
Tuhan sebagai pemelihara atau pembenteng
atau pelindung, dengan cara membina himpunan sifat-sifat mahmudah dalam diri. Beliau memperincikan pula lapan syarat taqwa,
rukun taqwa, kesan apabila tidak bertaqwa,
peranan taqwa dan sifat dan sikap yang dizahirkan orang bertaqwa secara umum dan
23
24

Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd. (2006), lo.cit.
Ibid.

67

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

ISSN: 0216-9290
Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

khusus. Memandangkan beliau terpaksa mem
bangunkan syarikatnya dalam keadaan pergerakannya dihadkan dan sentiasa dipantau
pihak berkuasa, penyerahan dan keyakinan
sepenuhnya kepada Tuhan tentulah amat
mustahak. Baginya, keyakinan kepada Islam
sahaja tidak cukup, sebagaimana Tuhan tidak
pernah menjanjikan pembelaan bagi orang
yang Islam semata-mata, melainkan mereka
bertaqwa. Dengan itu, pada pandangan penulis, pembangunan Islam ala Rufaqa’ lebih sesuai dipanggil ‘pembangunan berteraskan
taqwa’ daripada ‘pembangunan berteraskan
Islam’.
Namun begitu, atas sifatnya sebagai sebuah
syarikat perniagaan, pembangunan ala-Rufaqa’ sangat terarah kepada bidang ekonomi,
jika dibandingkan dengan Darul Arqam dulu
yang cuba memperjuangkan Islam dalam
pelbagai bidang berlainan secara serentak.
Sungguhpun biro-biro pelbagai bidang tetap
diwujudkan Rufaqa’, keperluan menguruskan
perbelanjaan overhead syarikat, yang jauh
lebih besar jumlahnya daripada zaman Darul
Arqam dulu, mendesak supaya agenda
ekonomi diberi keutamaan dalam sebarang
mesyuarat Lembaga Pengarah Rufaqa’ peringkat pusat mahupun negeri. Pemantauan
ketat pemerintah juga membantutkan usaha
Rufaqa’ berkembang di bidang-bidang lain.
Misalnya, dalam bidang pendidikan formal,
pada bulan Julai 1999, Rufaqa’ membiayai
penubuhan sekolah menengah At-Tahalli di
Bandar Country Homes, Rawang, Selangor,
beroperasi menggunakan permit sementara
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Tetapi sekolah ini, yang memberi pendidikan
percuma kepada anak-anak kakitangan
Rufaqa’ dan golongan miskin, hanya bertahan sehingga Disember 2000, apabila lesennya ditarik balik selepas dituduh berkaitan
percubaan menghidupkan semula Darul Arqam.25 Selepas pembuangan daerah Ustaz
Ashaari ke Labuan pada Februari 2002,
beberapa percubaan bekas ahli Darul Arqam,
sama ada yang terlibat dengan Rufaqa’ atau
tidak, seperti di Johor, untuk menyekolahkan
anak-anak mereka di luar sistem pendidikan

25

“Pemilik Sekolah At Tahalli nafi terbabit
pertubuhan haram”, Utusan Malaysia (13 Juli,
2000); “JAIS buat aduan terhadap sekolah AtTahalli”, Utusan Malaysia (15 Februari, 2001).

68

kebangsaan turut dipatahkan.26 Sehingga
sekarang, walaupun anak-anak kakitangan
Rufaqa’ menjalani pembelajaran di sekolahsekolah rasmi pemerintah, mereka ditempatkan di asrama-asrama yang bertindak
sebagai sekolah ‘tidak rasmi’ untuk menguatkan asas ilmu agama mereka di sudut teori
mahupun praktikal. Di peringkat pendidikan
menengah, sebahagian pelajar dijuruskan
terus ke sistem Majlis Latihian Vokasional
Kebangsaan (MLVK) di bawah Kementerian
Sumber Manusia, bukan Kementerian Pelajaran. Latihan teknikal mereka dijalankan di
projek-projek Rufaqa’ yang bercambah di
seluruh negara, dengan graduan dianugerahkan sijil kelayakan menurut akreditasi rasmi
MLVK.27
Berlainan dengan Darul Arqam yang terkenal
kerana sistem perkampungannya,28 pembangunan masyarakat ala-Rufaqa’ berlaku dalam kawasan bandar. Ini dipengaruhi hakikat
bahawa tempat pembuangan daerah Ustaz
Ashaari, yakni Bandar Country Homes,
Rawang (1994-2002) dan Labuan (20022004) bukan kawasan luar bandar yang sukar
diakses oleh stafnya. Mobilisasi utama kakitangan Rufaqa’ tentulah berlaku berhampiran
kawasan tempat tinggal Pengerusi Eksekutifnya, membolehkannya memantau perniagaannya walaupun masih dibatasi oleh Perintah
Kediaman Terhad. Maka bermula dengan perasmian sebuah pasaraya sebagai asas ‘ban26

“Negeri mesti bertindak”, Berita Harian (18
Februari, 2002); “Tutup sekolah agama hidupkan
fahaman bertentangan Islam”, Utusan Malaysia
(18 Februari, 2002); “Johor arah sekolah agama
Al-Ruhama ditutup”, Berita Harian (21 Februari,
2002); “JAJ halang usaha bekas ahli Al-Arqam”,
Berita Harian (16 Maret, 2002).
27
Sungguhpun gagal mewujudkan sistem pendidikan rasmi yang diiktiraf pemerintah, falsafah
dan kaedah pendidikan Ustaz Ashaari tetap cuba
diterapkan dalam sistem tidak rasmi Rufaqa’.
Contohnya, para pelajar dilatih berniaga sebagai
aktiviti kokurikulum mereka. Untuk maklumat
dasar pendidikan dalam Rufaqa’, lihat Ashaari
Muhammad, 2006, op.cit., hal. 276-347.
28
Untuk maklumat terperinci tentang sistem
perkampungan sebagai strategi pembangunan
Darul Arqam, lihat Muhammad Syukri Salleh, An
Islamic Approach to Rural Development - The
Arqam Way, (London: Asoib International Ltd.,
1992), bab 5-6.

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

ISSN: 0216-9290
Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

dar’ Rufaqa’ pertama di sebuah kawasan
yang digelar Celebration Mall pada tahun
1997, ‘bandar-bandar’ Rufaqa’ mercup tumbuh di seluruh negara, dengan setiap negeri
mempunyai sekurang-kurangnya satu ‘bandar’ utama.29
Pada asasnya, sebuah ‘bandar’ Rufaqa’ terdiri daripada unit-unit kedai berdekatan yang
disewa atau dibeli oleh Rufaqa’ untuk ditempatkan projek-projek ekonomi utama yang
biasanya merangkumi perniagaan pasaraya,
kafetaria, bakeri dan kedai jahitan dan pakaian. Suasana ala-Rufaqa’ akan kelihatan mendominasi kawasan tersebut dengan papan
tanda logo Rufaqa’ yang menyerlah, kehadiran berterusan staf Rufaqa’ yang bertugas dan
kedatangan bertali arus staf Rufaqa’ dari
tempat lain untuk urusan perniagaan. Kawasan itu akan lebih meriah jika ia turut menempatkan asrama pelajar dan rumah musafir. Malah, banyak bandar Rufaqa’ turut menempatkan penginapan pekerja, sama ada penempatan kelamin atau asrama bujang, di bahagian atas unit-unit rumah kedai.
Oleh sebab aktiviti Rufaqa’ sangat tertumpu
kepada ekonomi, amat sesuailah mobilisasinya berlaku di bandar, di mana prospeknya
mendapat dan menambah pelanggan lebih
cerah dibandingkan dengan perniagaan di
luar bandar. Dari segi lain pula, Rufaqa’
membantu menambah jumlah populasi Bumiputera di kawasan bandar, sebagaimana
yang telah lama dihasratkan oleh pemerintah
melalui penubuhan Urban Development Authority (UDA) pada tahun 1971 di bawah
Dasar Ekonomi Baru (DEB).30
Kehendak yang timbul dari berkecimpung
dalam ekonomi bandar mewujudkan interaksi
aktif antara perniagaan Rufaqa’ dengan populasi bukan Melayu yang mengelilinginya.
Realiti ekonomi bandar di Malaysia ialah ia
masih dikuasai oleh orang bukan Melayu.
Bandar Country Homes, Rawang, di mana
Rufaqa’ mula-mula bertapak, contohnya, dihuni oleh 60 peratus penduduk bukan Mela29

Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd. (2006), loc.cit.
Jamaie Hamil Jamaie Hamil, UMNO dalam
Politik dan Perniagaan Melayu, (Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004), hal. 119122.

30

yu. Namun begitu, di atas platform perniagaan, Rufaqa’ telah dapat menjalin hubungan erat dengan penduiduk setempat, majoritinya
Cina, dalam masa yang singkat, sebagaimana
diakui oleh bekas Presiden Persatuan Penduduk Bandar Country Homes, Lim Kwee
Eng.31 Berbeza dengan imej negatif Darul
Arqam sebagai pertubuhan yang Melayusentrik, Rufaqa’ memperpanjangkan interaksi
tidak rasminya dengan kaum bukan Melayu
sebagai jiran dan pelanggan dengan menganjurkan hubungan perniagaan dan majlis keramaian merentasi batas kaum. Semasa dalam
pembuangan daerah di Labuan, misalnya,
Ustaz Ashaari bekerjasama dengan beberapa
usahawan Cina, malah menumpang lesen
mereka, untuk membuka beberapa buah restoran dan bakeri di sekitar Labuan.32 Di Pulau Pinang pula, Rufaqa’ pernah menganjurkan ‘Majlis Makan Malam Meraikan Peniaga
Pelbagai Kaum’ di Kelab Rekreasi Safira,
Seberang Jaya, yang dirasmikan oleh P.K.
Subbaiyah, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang
kerajaan negeri Pulau Pinang.33 Dua buah sajak Ustaz Ashaari yang panjang lebar menggariskan keselarian Islam Hadhari dengan
masyarakat pelbagai kaum, yang perlu diintegrasikan melalui perasaan cintakan dan takutkan Tuhan tanpa mengira kaum dan bangsa, kerana Tuhan kepunyaan bersama seluruh
manusia. Kecenderungan Ustaz Ashaari
menggunakan perkataan ‘Tuhan’ menggantikan ‘Allah’ dalam wacana agamanya, sama
ada dalam bentuk prosa, sajak mahupun nasyid, membantu mengurangkan jurang di antara Rufaqa’ dengan kaum bukan Islam. Contohnya, beliau mengakhiri kata-kata aluan sulungnya selaku Pengerusi Eksekutif Rufaqa’
dengan ungkapan ‘Tuhan Cinta Agung, Perjuangkan Tuhan’ - yang kemudian dipopularkan oleh Biro Kebudayaan Rufaqa’ sebagai
tajuk nasyid temanya.34

31

Lihat kenyataannya dalam Muhammad Syukri
Salleh, op.cit., 2003, hal. 157.
32
Ahmad Fauzi Abdul Hamid (2003), 'The
Taqwa versus Quwwah Dichotomy: An Islamic
Critique', Kajian Malaysia: Journal of Malaysian
Studies XXI (2003), hal. 148.
33
”Bumiputera perlu berurus niaga dengan
bangsa lain”, Berita Harian (utara) (30 Juli,
2004).
34
Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. (1997), loc.cit.

69

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

ISSN: 0216-9290
Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

Dalam aspek sosial, kesediaan staf Rufaqa’
meninggalkan pakaian jubah dan serban bagi
lelaki dan purdah bagi wanita, menandakan
kesediaan yang lebih untuk bersama arus perdana masyarakat Melayu yang lebih longgar
di sudut budaya pakaiannya. Pakaian alaArab Darul Arqam pernah mencetuskan kegemparan sosial di Malaysia sekitar akhir
1970an dan awal 1980an, dan menjadi simbol utama pengasingan melampau Darul Arqam daripada masyarakat. Darul Arqam juga
diberi gambaran umum sebagai pertubuhan
yang menindas wanita bukan sahaja melalui
pemakaian purdah dan jubah hitam tetapi
lebih menjolok lagi melalui amalan poligami,
walaupun hujah-hujah rasional diberi untuk
mempertahankannya. Sebenarnya, gambaran
sedemikian tidak begitu tepat, kerana sebagaimana dilaporkan oleh penyelidik, wanita
Darul Arqam telah melibatkan diri dengan
aktif dalam ekonomi Darul Arqam, hatta diberi peluang menguruskan sepenuhnya syarikat Solehah Enterprise yang di kemuncaknya
mempunyai 15 cawangan di seluruh Malaysia, aset bernilai RM0.5 juta dan modal pusingan berjumlah RM925,927.35
Ini tidak pula menafikan bahawa di zaman
Darul Arqam, Ustaz Ashaari memang berpandangan bahawa peranan wanita banyak
dalam lingkungan rumahtangga, dan mereka
diizinkan bergelanggang di luar hanya dalam
keadaan mendesak di mana tenaga wanita
diperlukan di atas kesesuaian syariat, misalnya untuk berdakwah kepada wanita lain.36
Tetapi berbeza dalam era Rufaqa’, Ustaz
Ashaari tegas mengatakan adalah salah untuk
menghalang sifat berkemajuan atau bertamadun pada wanita, malah mereka boleh sahaja
“menjadi doktor, jurutera dan lain-lainnya”
asalkan urusan mereka di luar rumah didisiplinkan mengikut syariat.37 Dengan anjakan
pemikiran ke arah yang lebih progresif terse35

Muhammad Syukri Salleh (1994: 44). Muhammad Syukri Salleh, “An Ethical Approach to Development: The Arqam Philosophy and Achievements”, Humanomics 10 (1994), hal. 44.
36
Ashaari Muhammad, Inilah Sikap Kita, (Kuala
Lumpur: Jabatan Syeikhul Arqam, 1990). 253254.
37
Ashaari Muhammad, Buah Fikiran Ustaz Hj
Ashaari Muhammad Siri 2, (Rawang: Penerbitan
Minda Ikhwan, 2006), hal. 531-533.

70

but, dalam era Rufaqa’, posisi wanita diintegrasikan terus ke dalam syarikat induk Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd., malah berpeluang
menjawat kedudukan tinggi sebagai Timbalan Pengarah Biro dan pengurus unit, yang
di bawah mereka terdapat anak-anak buah
lelaki. Ini bermakna dalam Rufaqa’, kepimpinan dan keaktifan wanita dalam bidang
ekonomi diiktiraf, sampai ke tahap mereka
diberi kepercayaan menjadi jurucakap dan
wakil rasmi Rufaqa’ dalam majlis-majlis umum dan sidang media. Malah pada satu tahap, urusan kewangan syarikat juga banyak
diamanahkan kepada wanita. Membuktikan
lagi tahap kebebasan wanita dalam Rufaqa’,
Biro Kebudayaan Rufaqa’ mempelopori kumpulan nasyid Mawaddah, yang dianggotai
oleh remaja-remaja perempuan, yang telah
menempa nama dalam arena seni suara melalui persembahan berprofail tinggi di dalam
mahupun di luar negeri. Ini telah mencetuskan kontroversi di kalangan golongan ulama
konservatif yang berpandangan bahawa suara
wanita adalah aurat kepada lelaki ajnabi dalam keadaan apa sekalipun.
Nilai-Nilai Ekonomi Politik Gerakan
Islam dalam Rufaqa Coorporation
Rufaqa’ telah mengisytiharkan dirinya sebagai “gabungan dua pembangunan - Tamadun
Insan dibina dengan rasa cinta dan takutkan
Tuhan. Lalu terbinalah Tamadun Materialnya
dengan ikatan kasih sayang.”38 Walaupun kejayaan tamadun materialnya masih terad, ia
wajar menjadi bahan penyelidikan dan diteladani jika sesuai, di atas beberapa sebab. Pertama, sepanjang proses pembangunannya,
Rufaqa’ berada dalam pemantauan pihak berkuasa. Di sudut teknikalnya, ia terpaksa banyak tunduk kepada kehendak pemerintah,
tetapi ia mencuba sebaiknya untuk mengekalkan prinsip asas pembangunan yang digariskan Ashari Muhammad (1990a), yang telah mendasari pembangunan jemaah Darul
Arqam dari taun 1968 hingga 1994. Sungguhpun begitu, bayak perubahan di sudut
kaedah dan pelaksanaan pembangunan dapat
kita perhatikan dalam dinamika perubahan
gerakan Islam dari berentuk jemaah, yakni
Darul Arqam, kepada berentuk syarikat, iaitu
Rufaqa’ Corporation. Banyak perubahan ini
38

Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. (2006).

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

ISSN: 0216-9290
Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

pula menggambarkan pemodenan dan percubaan untuk terlibat aktif dalam arus perdana
pembangunan ekonomi negara. Yang ketara,
dibandingkan dengan Darul Arqam, Rufaqa’
membangunkan ekonominya dengan kaedah
dan pelaksanaan yang lebih mesra-bandar,
mesra-wanita, mesra-pelbagai kaum dan keseluruhannya, mesra-masyarakat. Oleh kerana ramai daripada staf Rufaqa’ merupakan
bekas anggota Darul Arqam yang diharamkan, Rufaqa’ banyak mengambil manfaat daripada tiga faktor yang memberikan mereka
daya ketahanan yang kental, yakni doktrin
sufi perjuangan yang dipraktikkan; keaktifan
ekonomi yang menjadi budaya hidup dan fahaman messianism yang diyakini. Dalam huraian penulis tentang pembangunan Islam
ala-Rufaqa’ atau pembangunan berteraskan
taqwa, fokus penulis ialah kepada doktrin
sufi perjuangan dan keaktifan ekonomi. Namun, kewujudan tiga faktor ini yang bertanggungjawab mengekalkan asas-asas Darul Arqam dalam Rufaqa’ tidak pula menghambat
perubahan yang tidak kurang signifikan. Ini
menunjukkan pemikiran Islam Ustaz Ashaari
bukan ke arah kejumudan dan kebekuan, malah ia berkembang ala-reformis.
Kedua, keberhasilan pembangunan Islam alaRufaqa’ menolak pandangan yang dipopularkan pemikir Barat bahawa ajaran agama, terutama agama-agama Timur, melambatkan atau menghalang pembangunan ekonomi.39
Kekuatan Rufaqa’, sebagaimana ditunjukkan,
terletak kepada kefahaman dan tafsiran agamanya yang memaparkan kelainan daripada
pandangan Islam ortodoks dalam aspek-aspek tertentu, disuburkan lagi oleh keyakinan
messianism yang mendorong pandangan hidup yang futuris dan optimis, bahawa sesungguhnya Islam akan gemilang semula
sebagai janji Tuhan kepada umat akhir zaman. Walau apapun kontroversi yang dice39

Max Weber, The Protestant Ethic and the Spirit
of Capitalism, (London: Unwin University Books,
1930). Max Weber, The Sociology of Religion,
(London: Methuen & Co. Ltd, 1965). Dalam
konteks kelemahan ekonomi orang Melayu di
Malaysia, lihat umpamanya B. K. Parkinson, “NonEconomic Factors in the Economic Retardation of
the Rural Malays”, Modern Asian Studies 1 (1967),
hal 40-41). Lihat juga G. P. Means, “The Role of
Islam in the Political Development of Malaysia”,
Comparative Politics 2, (1969), hal. 282-283.

tuskan oleh fahaman ini, natijahnya ialah manusia yang aktif berekonomi sebagai usaha
mencetuskan sistem yang diyakini akan bertindak selaku tapak perjuangan dan bot penunda (tug boat) untuk penyelamat yang dijanjikan. Cuma kita tidak pasti sejauh mana
kekentalan ini boleh dikekalkan, kerana dari
segi sejarah, keyakinan messianism bukan
bersifat infiniti, tetapi akan pudar selepas
satu jangkamasa yang diharapkan akan berlakunya janji-janji kegemilangan.
Peliknya, tekanan pemerintah juga memainkan peranan sebagai pendorong tambahan
dalam keaktifan ekonomi Darul Arqam dan
kemudiannya Rufaqa’. Dalam pandangan hidup anggota Darul Arqam dan staf Rufaqa’,
tekanan dipandang secara positif sebagai
ujian penghapusan dosa, peningkatan darjat
dan penapisan untuk mengeluarkan mereka
yang berkepentingan dalam perjuangan. Ia
bukti perhatian Tuhan kepada perjuangan
mereka, malah menjadi baja yang menyuburkannya. Dari sudut sejarah peradaban, golongan yang berhadapan dengan tekanan
pihak berkuasalah antara yang paling inovatif
dan kreatif dalam bidang keusahawanan.
Contohnya, banyak usahawan kelas menengah yang memacu Revolusi Industri di
Britain dalam abad ke-18 dan 19 bukan dari
kalangan yang menganuti fahaman rasmi
Kristian yang dibawa Church of England.
Banyak lagi dari kalangan penganut mazhab
non-conformist ini yang lari meninggalkan
penindasan di Eropah ke benua Amerika, di
mana mereka dapat menzahirkan kecemerlangan industri mereka sehingga Amerika
muncul menggantikan Eropah sebagai gergasi ekonomi baru di awal kurun ke-20. Motivasi sedemikian boleh dibandingkan dengan
‘semangat penghijrah’ (emigrant spirit) yang
dihujahkan oleh Profesor Syed Hussein AlAttas sebagai satu pencetus semangat perniagaan di kalangan masyarakat pendatang ke
Tanah Melayu seperti orang Cina, India
Muslim, Arab Muslim, Minangkabau, Aceh
dan Bugis. Dalam konteks yang selari, ‘penghijrahan’ ahli Darul Arqam dan kakitangan
Rufaqa’ berlaku dalam bentuk usaha mewujudkan sebuah masyarakat contoh yang
membangun di luar kerangka sistem pembangunan lazim yang sedia ada, sejauh mana
yang termampu. Ironisnya, semakin tinggi
kadar penolakan masyarakat terhadap mere-

71

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

ISSN: 0216-9290
Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

ka, semakin terdorong pula mereka untuk aktif berekonomi membuktikan kebenaran perjuangan mereka.
Ketiga, dalam konteks ekonomi politik Melayu-Islam di Malaysia, keberhasilan ekonomi
Rufaqa’ sepatutnya dimanfaatkan oleh pemerintah kerana sektor swasta memang diharapkan kerajaan menjadi “peneraju pembangunan” dan “pertumbuhan ekonomi,” sekaligus
pemacu “penyertaan Bumiputera dalam sektor-sektor yang masih kurang disertai oleh
Bumiputera” dalam RMK-9.40 Dalam Misi
Nasionalnya, kerajaan juga berjanji akan
“mewujudkan persekitaran kondusif bagi
sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara.”41 Alangkah ruginya jika sinergi yang diimpikan antara sektor awam dan
sektor swasta dalam RMK-9 boleh terbantut
hanya kerana sekelompok usahawan swasta
Melayu-Islam diragui fahaman kesufian dan
messianism mereka. Sepatutnya dalam rangka pegangan agama mereka diperbaiki secara
ilmiah, kaedah mereka dalam bidang-bidang
ekonomi yang telah terbukti kekuatan mereka, dan relevan pula dengan aspirasi RMK-9,
seperti soal integriti, pertanian, pelaburan
dan pembiayaan, dan kemahiran teknikal dan
vokasional, dipelajari setidak-tidaknya oleh
bakal usahawan Melayu.42 Apatah lagi Malaysia beraspirasi menjadi “hab antarabangsa
bagi produk dan perkhidmatan halal,”43 maka
pengalaman Rufaqa’ dalam bidang ini yang
diwarisi dari Darul Arqam, yang diakui
sebagai perinitis industri makanan halal di
Malaysia pada tahun 1970an,44 wajar dikongsi. Pendedahan tentang pemilikan aset
Rufaqa’ boleh dibanggakan kerana ia membantu perancangan “mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti
Bumiputera menjelang tahun 2020,”45 tamba40

Abdullah Ahmad Badawi, Rancangan Malaysia Kesembilan: Ucapan YAB Perdana Menteri di
Dewan Rakyat 31 Mac 2006, (Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2006), hal.
23, 41, 58.
41
Ibid., hal. 9.
42
Ibid., hal. 11-12, 19, 23-24, 29.
43
Ibid., hal. 15.
44
J. Nagata, The Reflowering of Malaysian Islam:
Modern Religious Radicals and their Roots,
Vancouver: University of British Columbia Press,
1984), hal. 107-108.
45
Abdullah Ahmad Badawi, op.cit., hal. 39.

72

han pula angka rasmi kerajaan menunjukkan
bahawa hak milik Bumiputera dalam sektor
korporat tempatan hingga tahun berakhir 31
Disember 2004 hanya 18.9 peratus, menggambarkan sedikit kemerosotan dari angka
19 peratus pada tahun 1990.46
Keempat, dalam konteks ekonomi politik
masyarakat majmuk Malaysia pula, pengalaman Rufaqa’ mewujudkan hubungan perniagaan merentasi batas perkauman, walaupun
terhad, wajar diteladani oleh rangkaian perniagaan Bumiputera lain yang banyak membina kekayaan melalui naungan parti pemerintah dan polisi pro-Bumiputera seperti
DEB. Rufaqa’ membina ragkaian perniagaannya secara berdikari tanpa mengharapkan
bantuan pemerintah; ini menambahkan kepercayaan kepada Rufaqa’ di kalangan peniaga bukan Melayu yang sememangnya sangsi
dengan DEB. Sejak kebelakangan ini, polarisasi kaum dalam ekonomi politik makin meruncing dengan sikap parti komponen Melayu dalam kerajaan yang mendesak penerusan
semangat DEB dan pengekalan agenda Melayu sebagai teras utama pembangunan nasional.47 Dalam masa yang sama, parti komponen bukan Melayu dalam kerajaan sudah berani menyuarakan perasaan kurang senang
dengan kecenderungan kerajaan berpatah balik kepada pembangunan ala-DEB yang di46

“Gerakan Mahu EPU Perjelas Ekuiti Ekonomi”, Utusan Malaysia (15 Oktober, 2006); “Hak
Milik Ekuiti Bumiputera Sektor Korporat 18.9
peratus”, Utusan Malaysia (14 Oktober, 2006).
47
Sentimen ini begitu kuat disuarakan dalam
Perhimpunan Agung UMNO ke-56 pada tahun
2005. Lihat “Kembalikan Semangat DEB-UMNO
perlu guna kuasa politik tangani soal kepentingan
Melayu terhakis”, Utusan Malaysia (21 Juli,
2005); “Perjuangan baru”, Utusan Malaysia (22
Juli, 2005); “Agenda Nasional Baru-Pemuda
UMNO mahu kerajaan saksamakan jurang Melayu dan kaum lain menjelang 2020’, Utusan Malaysia (23 Juli, 2005); “Selesaikan agenda Melayu”, Mingguan Malaysia (24 Juli, 2005). Lihat juga penegasan Perdana Menteri sendiri, ”DEB dapat wujudkan keseimbangan ekonomi”, Utusan
Malaysia (24 November, 2005); “Keistimewaan
Melayu, bumiputera kekal-Abdullah”, Utusan
Malaysia (6 September, 2006); “Fahami perasaan Melayu-Gesa PM kepada masyarakat lain mengenai isu sensitif dibangkitkan UMNO dan Abdullah jawab pelbagai isu”, Utusan Malaysia (17
November, 2006).

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

ISSN: 0216-9290
Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

khuatiri akan mengekalkan ‘tongkat’ ekonomi kepada orang Melayu untuk jangkamasa
tidak terhad.48 Kritikan lebih kuat kedengaran dari kalangan cerdik pandai bukan Melayu, yang melihat kecenderungan sedemikian
sebagai merbahaya kepada pencapaian aspirasi bangsa Malaysia.49 Apatah lagi, sudah ada suara-suara di kalangan elit pemerintah
Melayu yang mempersoalkan kewajaran konsep bangsa Malaysia, walaupun ia dianggap
satu agenda nasional dalam Wawasan 2020.50
Dalam masa jangka panjang, pemerintah Melayu akan hanya memburukkan keadaan dan
menggalakkan perpecahan dalam parti gabungan pelbagai kaum dengan kaedah memberikan amaran kepada suara bukan Melayu
dan memaksa mereka menerima ketentuan elit Melayu.51
Sebagaimana Islam Hadhari versi Rufaqa’
digambarkan secara teori dan praktis sebagai
mesrapelbagai kaum, pemerintah sepatutnya
mengarahkan pihak berkuasa agama, terutamanya JAKIM, memberi penerangan yang
sejelas-jelasnya tentang Islam Hadhari kepada masyarakat bukan Islam. Hubungan kaum
tidak akan bertambah baik jika kaum bukan
Islam terus kabur dengan Islam Hadhari,52
48

Rasa tidak puas hati paling terserlah di kalangan kepimpinan perti Gerakan, lihat contohnya,
“Analyse why Malays failed’, New Straits Times
(25 Juli, 2005); “Keng Yaik: Tell us how you
worked out figure”, New Sunday Times (15
Oktober, 2006);
49
Lihat, Philip Khoo, “Gimme! Gimme! Gimme!
Greed was the agenda of the day”, Aliran
Monthly 25 (2005). Lihat juga “A tweak in time
saves nine”, The Sun (19 Oktober 2006).
50
Lihat contohnya, “Bangsa Malaysia sekadar
konsep umum - Najib”, Utusan Malaysia, (7
November, 2006).
51
Lihat contoh amaran yang diberi secara tersurat
mahupun tersirat, “DEB: Amaran keras kepada
akhbar Cina”, Mingguan Malaysia (24 Juli,
2005); “Laporan Asli tak betul: PM”, Berita
Harian (6 Oktober, 2006); “Jangan pertikai
bumiputera kuasai ekonomi 18.9%”, Utusan
Malaysia (13 Oktober 2006); “Amaran NajibJangan gambarkan kerajaan tidak telus isu ekuiti
antara kaum”, Utusan Malaysia (16 Oktober,
2006); “Jangan buat kacau-Amaran PM kepada
pihak persoal isu ekuiti Bumiputera”, Utusan
Malaysia (17 Oktober, 2006).
52
Seorang ahli akademik bukan Melayu, Dr.
Sarjit Singh Gill dari Universiti Putra Malaysia

yang diwar-warkan dalam Misi Nasional
RMK-9 sebagai pendekatan penting dalam
pembinaan tamadun negara dan menekankan
pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilainilai universal yang luhur.53 Pemerintah perlu
lebih tegas dalam menetapkan Islam Hadhari
sebagai strategi pembangunan induk negara
mencakupi pembangunan modal insan merentasi batas kaum dan agama, dan menutup
terus kekeliruan masyarakat berhubung pengisian program Islam Hadhari dalam pelbagai versi rasminya yang dikeluarkan oleh pemerintah.
Penutup
Artikel ini telah membongkar resipi dan strategi pembangunan Rufaqa’, yang telah menyaksikan daya ketahanan yang wajar dijadikan bahan penyelidikan dan dicontohi, di
mana yang sesuai, oleh usahawan dan pelaku
pembangunan berteraskan Islam. Imej Rufaqa’, walau sebesar manapun kejayaannya
membangun, sentiasa dibayangi oleh Darul
Arqam yang telah difatwakan sebagai sesat
dan menyeleweng pada tahun 1994 dahulu.
Alasannya kerena penggerak Rufaqa’ ialah
bekas anggota Darul Arqam. Studi ini melihat melihat bahawa walaupun asas membangunkan ekonomi Rufaqa’ tetap berpandukan
pandangan atau apa yang disebut ‘minda’
Ustaz Ashaari, wujud perbezaan yang tidak
kurang ketara di antara pembangunan alaDarul Arqam dengan pembangunan ala-Rufaqa’, terutama di sudut teknikal operasinya.
Ini menunjukkan bahawa ekonomi politik gerakan Islam, baik di sudut pemikiran mahupun pelaksanaan, mempunyai dinamika yang
tersendiri, lebih-lebih lagi dalam mencorakkan hubungannya dengan pemerintah yang
masih berpegang kepada kerangka pembangunan lazim liberal-kapitalis.
(UPM), menyimpulkan baru-baru ini, “Perlu
ditegaskan bahawa orang bukan Melayu turut
mempunyai semangat ingin tahu mengenai kandungan dan mesej Islam Hadhari. Secara keseluruhannya, penulis melihat penyebaran maklumat
mengenai Islam Hadhari lebih tertumpu kepada
orang Melayu sehingga melupakan atau meminggirkan orang bukan Melayu.” Lihat rencananya,
“Pemantapan wacana Islam Hadhari: Penerangan
kepada bukan Melayu mengenai 10 prinsip perlu
jelas, telus”, Berita Harian (16 Desember, 2006).
53
Abdullah Ahmad Badawi, op.cit., hal. 8, 31.

73

Jurnal POLITEIA|Vol.1|No.2|Juli 2009
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

ISSN: 0216-9290
Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’ Coorporation

Daftar Pustaka
Aam, Khadijah. 1990. Manisnya Madu. Kuala
Lumpur: Jabatan Syeikhul Arqam.
Abdurrahman R. Effendi dan Gina Puspita. 2004.
Membangun Ekonomi Islam ala Abuya Syeikh
Imam Ashaari Muhammad at Tamimi. Jakarta:
Giliran Timur.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2001. “Pemerintah dan
Gerakan Islam di Malaysia”. Pemikir 23.
Ashaari Muhammad. 1983. Iman dan Persoalannya. Kuala Lumpur: Penerangan Al Arqam.
Badawi, Abdullah Ahmad. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan: Ucapan YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat 31 Mac 2006. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Bakar, Zulkiflee. 2001. “Gerakan militan harus dimusnahkan”. Utusan Malaysia (25 Agustus).
Hamil, Jamaie. 2004. UMNO dalam Politik dan
Perniagaan Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Hamid, Ahmad Fauzi Abdul. 2003. “The Taqwa
versus Quwwah Dichotomy: An Islamic Critique”, Kajian Malaysia: Journal of Malaysian
Studies XXI.
Khoo, Philip. 2005. “Gimme! Gimme! Gimme!
Greed was the agenda of the day”. Aliran
Monthly 25.
Nagata, J. 1984. The Reflowering of Malaysian
Islam: Modern Religious Radicals and their
Roots. Vancouver: University of British
Columbia Press.
Means, G. P.. 1969. “The Role of Islam in the
Political Development of Malaysia”. Comparative Politics 2.
Mohamad, Asaari. 2005. Nasihat Buatmu Bekas
Kawan-kawan Lamaku dalam Arqam. Zawang:
Penerbitan Minda Ikhwan.
Muhammad, Ashaari. 2006. Buah Fikiran Ustaz Hj
Ashaari Muhammad Siri 2. Rawang: Penerbitan Minda Ikhwan.
____________________. 1990. Inilah Sikap Kita.
Kuala Lumpur: Jabatan Syeikhul Arqam.
Parkinson, B. K.. 1967. “Non-Economic Factors in
the Economic Retardation of the Rural Malays”. Modern Asian Studies 1.
Salleh, Muhammad Syukri. 1994. “An Ethical Approach to Development: The Arqam Philosophy
and Achievements”. Humanomics 10.
______________________. 1992. An Islamic Approach to Rural Development - The Arqam Way.
London: Asoib International Ltd.
Syah, Muzaffar. 2002. “Kritikan AWSJ tak berasas”. Utusan Malaysia (17 Januari).
Wain, Barry. 2001. “Malaysian Terror Theory Raises Doubt”. Asian Wall Street Journal (Hong
Kong: 20 Desember).
Weber, Max. 1965. The Sociology of Religion. London: Methuen & Co. Ltd.

74

_______________. The Protestant Ethic and the
Spirit of Capitalism. London: Unwin University
Books.
www. rufaqa.com.
2006.
http://malaysia-today.net/blog2006/letters.
php?itemid=1244: diunduh 28 Disember.
2006. “Pemantapan wacana Islam Hadhari:
P