Pengenalan WARISAN BUDAYA KAUM KADAZANDU

Pengenalan

WARISAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN

Halaman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" ini menonjolkan tentang
keunikan dan keaslian budaya kaum Kadazandusun di negeri Sabah, Negeri Di
bawah Bayu.

Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh
diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum
Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional,
corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi
pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan
yang diadakan pada setiap tahun.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun
menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum
ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan
penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak
mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari
aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih

kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.

Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi
mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun
dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi
masih membawa erti dan makna yang sama.

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum
Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam
perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian
tradisinya sendiri.

Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat
dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum
Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini.
Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton,
kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling,
turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik

mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat
tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam
penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan
masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku
kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut.
Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak
tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan
kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang
diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai
acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan
dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan
Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian
tradisi mengikut etnik.

Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang
sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, melalui laman web ini sedikit

sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang
melayari laman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" supaya warisan
budaya masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk
tatapan dan penyelidikan generasi masa akan datang.

Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun
merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; ·

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan,
Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal,
Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan,
Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon,
Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Kita akui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk R agang, iaitu satu
petempatan awal Kadazandusun yang terletak di "Tompios" dalam daerah Ranau
pada hari ini.

LAGENDA NUNUK RAGANG


Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa
yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda.

TEORI SAINS SOSIAL

Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum
kadazandusun.

Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor
H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);

Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams:
1965).

Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N.
Evans:1923 dan Owen Rutter:19220

Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa

Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di
sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai
Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah
bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu
(Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan
kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya.

Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah
apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang
demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk
Ragang. (Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.

Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi
menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di
sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai
"warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang
berwarna merah.

Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang
mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini

dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena
dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu
perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.

Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok
Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada
akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan
akar terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat,
bergayut, berteduh dan sebagainya.

Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar
di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai
penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun
bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan
serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut.

Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir
sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka apabila
seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama
ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya

sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".

KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG

Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam
keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang
mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil
daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di
sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini.

Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang,
mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot,
obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok,
obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau,
osuau, opohawang, obulun om onitinginawo.

Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil
menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan
memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang
bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka,

tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan
pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran,
tosung, rilibu/raya dll).

Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll),
peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba,
sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub,
pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton,
turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk
ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis,
tipun, paha, tusi dll)
Adat Resam kaum Kadazandusun
Asal usul makanan
Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada isi
manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada
Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum
Kadazandusun.
Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah
kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan
yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang

putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari
jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar
menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya.
Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun,
nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti Momohizan
dan Humabot.

Upacara Momohizan
Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi
selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan
memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan
padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara
momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun
golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk
didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'.
Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para penduduk
kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman keras tradisi
Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam iaitu setelah
semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum Kadazandusun)
yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan upacara ini dengan

memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat padi) Apabila selesai
membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila semua miontong dan 'tasab'
(malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan akan menaburkan serbuk ragi
(manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas nyiru dan diletakkan di ruang
tengah rumah.
Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan bersama-sama dengan
miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang ditabur dengan ragi itu kemudian diisi ke
dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang (popou), kemudian mulut
sukat ini akan ditutup dengan daud simpur (daingin). Kemudian Bobohizan akan
mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga (hihibuh), ketua Bobohizan akan
memungut sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya ke atas gendang.
Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan kemudiannya
memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-sama memakan
beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang terdiri daripada
sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang sambil menyanyi
dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan mantera 'sumava'. Seiringan
dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun simpur. Nasi yang
dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke dalam tempayan kecil.
Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang bambu yang tingginya kira-kira
tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk tempayan itu diletakkan. Batang bambu ini

diikat pada tiang rumah dengan menggunakan tali kyang diperbuat daripada kelapa
(hisad).
Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai (moginum)
bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput dewata dari
kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka untuk
menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun.

Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan mentera
'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang menurut
mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para Bobohizan
akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera 'modsuut/soikung'
iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan menentukan arah tujuan
masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan belayar ke kayangan (minsavat).
Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula
membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang diperbuat
serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia yang
dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan
peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.
Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan 'mintong' ialah
nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi (santadang paai).
'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam 1.00 tengah
malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke bumi dengan
roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar, samada mereka akan tidur
atau makan.
Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional
Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi
Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan',
'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan'
(mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).
Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah
disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan seekor babi.
Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi betina dan
sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya akan dikuis pada
tuan rumah dan para tetamu.
Ini ialah untuk melindungi mereka daripada serangan penyakit agar mereka akan
sentiasa sihat dalam mengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu akan
dijamu dengan makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam, daging
babi dan sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun ke
bawah rumah dan membawa korban itu bersama-sama mereka. Bobohizan akan
membaca mantera sambil memegang ayam korban dan sumazau.
Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala ayam itu
dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip rambut yang
besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga terhidu baunya.
Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong. Seterusnya Bobohizan
akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan menuangkan sedikit tapai
ke tanah.

Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca mantera
'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya korban-korban itu
akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke rumah, salah
seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai membersihkan
Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan menyanyikan mantera
'sumamboi'.
Bobohizan akan berehat seketika, kemudian acara 'magampah' akan diadakan dimana
tetamu dan ahli keluarga tuan rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk
berkumpulan pada suatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan
kain yang besar sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca
mantera dan memukul dua bilah parang (tandus atau ilang) di atas kain yang menutuoi
kumpulan itu untuk menghalau penyakit.
Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan
menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga). Apabila
mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka yang
ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan penyakit
ditempat mereka berekumpul tadi.
Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau. Selepas
jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau miontong' ini ialah
untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari sumazau bersamasama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu (binabat) yang telah
disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.
Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai akandipungut
dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada 'miontong'.
Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-korban seperti
daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian usus korban ini
akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara ini dinamakan
'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong .
Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka. Semasa
perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan dilarang
untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara momohizan
ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya Bobohizan akan
membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga rumah/padi saja.
Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada para
Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan dan
minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun (kizat)
atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk berhibur yang di
selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai makan, Bobohizan
akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit (huus).

Humabot
Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek
moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini
yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak
rumah itu didirikan.
Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke
liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar
kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau rohroh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan
malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika
tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan
sedikit dari tapak asal.
Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara
'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca
mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya
dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka
atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau
roh-roh jahat pembawa malapetaka.
Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan dihidangkan
dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga yang mempunyai
ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta ketua keluarga itu
baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan untuk menjemput
rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah itu.
Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog sisit' iaitu
upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara keramaian
seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah tinggal di
rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat rumah.
Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara ini
juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan meriah sekali.
Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.
Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai kemudian
meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan nasinya
pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini adalah untuk
memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum lelaki juga akan
melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai sambil bertempik sorak
(memangkis) .
Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun simpur itu
habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan dan

lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara keramaian
iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai sogit (korban).
Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara
menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa
keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil
dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan (potizukon)
akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru itu.
Bahasa

Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum. Demikian juga
dengan kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiri iaitu Bahasa
Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun. Sekiranya
lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus. Oleh itu, Bahasa
Kadazandusun ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supaya tidak lenyap.

Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini lenyap
maka beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini telah mula
diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah adalah untuk memboleh
murid menguasai kemahiran asas berkomunikasi dan memperolehi ilmu serta
menghayati dan membanggai bahasa itu.

Pendidikan di negeri Sabah berkembang dengan adanya satu lagi Bahasa diajar
dengan rasminya dalam sistem tertentu persekolahan sekolah rendah.

Selain Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, beberapa badan dan pertubuhan lain juga
memainkan peranan penting dalam usaha pengembangan dan pemeliharaan Bahasa
Kadazandusun contohnya Kadazandusun Language Foundation ( KLF ), Koisaan
Cultural Development Institute ( KDI ), Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah
( KDCA ), Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS ).

Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah. Mereka
menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupun terdapat
perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum Kadazandusun.

Dengan adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah kini, maka
bahasa Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan dan dikekalkan serta dapat
dipelihara daripada pupus.

Makanan Tradisi

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum.
Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun.

Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti
Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih
mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini.

Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara
seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun.

Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari
kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya
juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun

Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah
kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber
pencarian makanan.

Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan
sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba,
buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah
memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi.

Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih
dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan
Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini.

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava,
Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan
dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

HINAVA

Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazandusun.
Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri )
dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah ,
limau kapas dan garam.

NOONSOM

Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis
Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun.

Antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan
Noonsom Tuhau.

Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk
menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam.

Campurkan kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan
selama sepuluh atau dua belas hari sehingga boleh dimakan.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah
bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.

Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan
biarkan selama seminggu sebelum dimakan.

Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili
merah.

Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan
beberapa minit sebelum dihidangkan.

PINAASAKAN

Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air tawar/ikan air
laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah
ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa
dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.

SUP MANUK LIHING

Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu. Bahan
yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih
dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.

Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan
lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging
ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.

Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang
baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini boleh
didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi
penduduk tempatan.

Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan 'Hinava'
sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan kepelbagaian
makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini
merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini.
Muzik Tradisional

JENIS ALAT MUZIK TRADISIONAL

Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai
contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat
daripada buluh.

Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing.
Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang
bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di
Sabah, dikelaskan kepada ;

Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)

Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)

Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau
tontog).

GONG

Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan
ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.

Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat
setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk
menseragamkan iramanya.

Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga
digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan
perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada
membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini.

Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol
yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.

BUNGKAU

Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod
oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan tangan
yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum
Dusun.

Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan
ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan
meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun
(bunyi yang berbalik).

Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan
lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil
agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

SOMPOTON (Erofon)

Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di
Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip
buluh yang disusun dalam dua lapisan.

Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk
memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut
mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap
tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu
kemudian ditampal dengan lilin lebah.

Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru
disiapkan.

Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. Semada
memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat
paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil
pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang
dengan jari tangan kiri.

Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau
dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan sukukaum
Kadazandusun.

TOGUNGGAK (idiofon)

Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku
kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan ini
dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh
(tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai
satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut
gong sebenar yang dimainkan.

KULINTANGAN (Idiofon)

Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi
secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku
Dusun/Kadazan.

Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan
dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-gong tradisional.

Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap
daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul.

Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka
kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong
sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.

Pakaian Tradisi

Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah
kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik
dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.

Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan
adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang
di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya
yang tersendiri.

Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan
juga upacara khas seperti perkahwinan. Selalunya para gadis dari kaum Kadazandusun
ini akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya Pertandingan Unduk
Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah.

PAKAIAN TRADISI PERHIASAN SERTA BARANGAN KEMAS SUKU KAUM
KADAZANDUSUN NEGERI SABAH.

Pengenalan

Dengan mempunyai sebanyak 32 etnik suku kaum asli di negeri Sabah, maka
dijangkakan, kita dapat melihat pelbagai jenis pakaian tradisi mengikut suku kaum.

Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi yang
asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam.

Warna ini banyak digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah
hanya bergantung kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair
pencelup kain.

Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti merah,
oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan.

Pakaian tradisi juga termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali
pinggang, barangan antik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat
daripada wang syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah
turun-temurun yang sangat berharga serta tinggi nilainya.

Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum kadazansusun
yang amat popular di negeri Sabah.

1. SUKU KAUM KADAZANDUSUN PENAMPANG

Ciri-ciri pakaian tradisi.

a) Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).

b) Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur.
(Sinompukung)

c) Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya
'bobohizan'(kinoingan).

d) Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.

e) Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam

f) Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan

Perhiasan pakaian.

a) renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak.

Barangan kemas

a) Himpogot - wang syling berwarna perak.

b) Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad
awal 20-han.

c)Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan
berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.

d) gelang (gohong)

e) rantai leher (hamai)

f )anting-anting (simbong)

g )cincin (sinsing)

h) kerongsang berwarna keemasan.

2. RUNGUS DI KUDAT

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil 'Banat
Tondu'.

b)Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja.

c) Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di bahu
dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan.

d) Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.

e) Siga

Perhiasan Pakaian

a) Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak.

b)Cincin tembaga serta manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi tali
pinggang berwarna-warni yang dipanggil 'orot'.

c)Manik-manik dipanggil " lobokon " digantung di pinggang.

d)Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada manikmanik berunsurkan corak purbakala.

Barangan Kemas

a) Rantai leher (sandang) diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih
berkilauan dan tulang haiwan.

b) Sanggul (titimbok)

c) 'Burambun' dan 'Giring' barangan antik yang diperbuat daripada logam emas
berbentuk loceng.

d) 'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang
diikat di bahagian dahi.

e) Cebisan kain dijahit membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di tengkuk.

3. KADAZANDUSUN PAPAR

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus baldu hitam berlengan panjang (siya)

b) Blaus putih (baju dalam)

c) Sarong (gonob) baldu hitam hingga paras lutut.

d) Siga (lelaki)

e) Baju kemeja baldu hitam berlengan panjang.

f) Siung (wanita)

i)berbulu binatang (burung) berwarna apa sahaja untuk wanita bujang.

ii)berbunga-bunga untuk golongan wanita sudah berkahwin.

iii)tiada perhiasan di siung .

Perhiasan Pakaian

a) butang berwarna keemasan (kubamban) sebanyak 8 pasang di dada.

b) Renda keemasan (siling) dan labuci (dijahit disekeliling lipatan tangan dan leher)

c) 8 pasang butang berwarna keemasan dijahit di lengan blaus.

d) Tenunan 'rinangkit ' bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang
pada sarong (gonop).

Barangan Kemas

a) 3 bentuk kerongsan antik keemasan berbentuk duit syiling.

b. gelang (belilit) perak.

c)Tali pinggang berwarna perak (rupiah) berbentuk duit syiling.

Cara Pemakaian.

a) 3 pasang untuk wanita bujang.

b) 2 pasang untuk wanita berkahwin.

c) 1 pasang untuk wanita berstatus balu atau golongan berumur.

d) Tali pinggang kecil berwarna perak untuk menunjukkan si pemakai dari golongan
berada.

4) (a) LOTUD TUARAN

" Lorud "(Blaus berlengan panjang)

a) Dipakai oleh Lotud Tantagas semasa upacara rasmi.

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus hitam berlengan panjang (sukub kopio), bercorak warna merah sebagai warna
utama. Tinobugi berwarna merah, kuning keemasan dijahit pada pergelangan tangan,
tepian blaus dan di dada.Corak bermotif bambu (Ukob)berwarna merah,oren, biru dan
hijau dijahit tangan di atas jahitan warna keemasan di pergelangan tangan.

b) " Gonob " pula bercorak warna merah dijahit ditepi kiri (bangkit) serta tinobugi dijahit
melintang diparas betis. Ukuran gonob adalah dibawah paras lutut.

c) Sandai. Ia sejenis kain skaf panjang yang dipakaikan disekeliling bahu.

Perhiasan Pakaian

a)Kain putih (haboi) sebagai tali pinggang .

b)Tali pinggang (loti) putih dan perak. Ditambah dengan 2 kelepak ikatan hitam untuk
wanita sudah berkahwin.

c) Rambut disanggul seperti 'Sinulug' (atas) 'Sinungkok' (bawah) "Ginuli" pula dililitkan
di sekeliling sanggul 'sinulug'.

d) Sigar dan siwot.

i) Sigar - Ia diperbuat daripada daun nipah serta mempunyai daun emas. Brunei yang
diukir tangan. Tepian sigar dihias dengan rotan yang dicelup dengan warna merah.

ii. Siwot - Ia terdiri daripada ikatan 4 helai bulu ayam putih diikat dengan kain merah .
Setiap bulu dilekatkan pada cebisan bambu nipis. Beberapa helai bulu hitam disertakan
juga. Helaian 1 dan 4 mesti mempunyai rantai manik emas dan biru berhiaskan cebisan
kain merah.

Barangan Kemas

a)Himpogot wang syling berwarna perak.

b) Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad
awal 20-han.

c.Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan
berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.

d. Gelang (gohong)

e. Rantai leher (hamai)

f. Anting-anting (simbong)

g. Cincin (sinsing)

h. Kerongsang berwarna keemasan.

4(b) LOTUD TUARAN

CIRI-CIRI PAKAIAN TRADIS

a)Blaus ini (sukub) dihias sederhana berbanding blaus (sukub kopio). Ia berwarna hitam
serta berenda kuning keemasan, mempunyai labuci di lengan kolar dan di depan baju.

b) Gonob (sarong) hingga ke paras lutut. Linangkit bercorak bunga (kembang suri ).
Warna merah merupakan warna utama namun ditambah juga warna keemasan, putih,
oren dan biru.

Perhiasan Pakaian

a) Kuluwali (Selindang), Linangkit (corak) bermotif kembang suri.

Barangan Kemas

a) Lilimbo (tali pinggang rotan) yang tidak mempunyai kancing pembuka.

b) Gelang perak (simpai)

c) Gelang kaki perak (lansung)

5. DUSUN TINDAL TEMPASUK KOTA BELUD

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.

b) Gonob (sarong) paras lutut.

Perhiasan Pakaian

a)Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.

b) Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan berbagai
corakl kain berenda.

c) Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan)
disandang di tangan sebelah kanan.

d) 2 pasang selendang merah.

e) Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot)

f) Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain tenunan dari
hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)

Barangan Kemas

a. Manik-manik antikb)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis)a) Sinipogot - 4 gelang
sinipogot yang diperbuat daripada wang syiling dolar perak.

b) Gelang Perak ( Saring Perak ).

c) Anting-anting Perak.

d) Beg kecil berwarna perak (pouch) diukir tangan beserta rantai leher (kiupu). Ia
dipakai sebagai rantai leher.

6. MURUT TAGAL DARI DAERAH KENINGAU

Ciri-ciri Pakaian Tradisi.

a) Blaus tidak berlengan ( sampayau pinongkoh ).

b) Sarung ( tapi ) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-manik
berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh bahagian
depan dan belakang blaus serta sarung.

Perhiasan Pakaian

Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan hijau.

Barangan Kemas

a) Tali pinggang ( tirol ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna
perak.

b) Tali pinggang ( sukayan ) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah / coklat
( sapulu ).

c) Manik-manik warna biru ( botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang.

d) Tali pinggang ( bungkas ) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis
berwarna putih yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turun
temurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00.

e) Rantai leher berwarna putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik dan
ukiran kayu.

f) Gelang tangan yang diperbuat daripada manik dipakai di atas paras siku.
Tarian Tradisional

Tarian Sabah mempunyai tiga puluh dua jenis etnik, lima puluh lima jenis bahasa dan
kira-kira seratus dialek. Setiap etnik mempunyai kebudayaan, tradisi dan adat
resamnya yang tersendiri. Mereka menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan
tarian. Antara jenis tarian suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah sepeti berikut;

Liliput

Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara
berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh jahat
daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya akan
ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya.

Menangkuk

Tarian ini dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri
Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain. Penari
akan mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan di atas
telapak tangan.

Tarian ini ditarikan dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring.
Sekiranya piring itu jatuh, ianya menunjukkan petanda yang buruk, terutamanya
semasa tarian ini dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilin yang
dinyalakan akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itu lebih
menarik.

Mogunatip

Mogunatip adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman Sabah
termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau dan
beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil daripada perkataan

"atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari mogunatip memerlukan
kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul
serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Tarian ini merupakan
tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk
menghormati tetamu.

Mongigol Sumundai

Mongigol Sumundai adalah tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang
dipersembahkan oleh suku kaum Rungus . Kedua-duanya dipersembahkan oleh suku
kaum Rungus. Kedua-duanya dipersembahkan sekaligus semasa perayaan dan
upacara pemujaan semangat. Tarian ini ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari
perempuan dan diketuai oleh penari lelaki. Penari perempuan akan merapatkan bahu
antara satu sama lain dan menggerakan pergelangan tangan dengan langkah-langkah
yang perlahan dan lembut. Pakian yang digunakan oleh penari perempuan adalah
pakaian tradisional suku kaum Rungus. Tarian ini diiringi dengan 4 gong dan gendang
yang dinamakan ' Tontog'.

Paina

Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya
dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi.

Ia biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang
dipakai oleh penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yang terang
dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan ' sandai '
yang tergantung dari leher.

Sumayau ( Mongigol Tuaran )

Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di
daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacara
memuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).

Sumayau dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba
hitam dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher. Penari
perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabungjalinkan
sementara penari lelaki memakai ' sigar '.

Penari perempuan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara
penari lelaki berdiri dan menggoncangkan ' giring ' atau loceng kecil ang dilekatkan
pada pakaian mereka.

Sumazau Papar

Tarian ini berasal dari daerah Papar, Sabah. Ianya biasa ditarikan oleh gabungan
penari lelaki dan perempuan.

Keunikan pergerakan tapak kaki penari perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari
bertemu ibu jari. Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik. Penari
perempuan memakai pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun dari daerah Papar,
dengan ' seraung' yang diletakkan atas kepala dan bulu berwarna-warni atas ' seraung '
yang dipanggil ' senaundung '. Penari lelaki pula memakai ' siga ' pada kepala mereka
dan juga skaf / selendang yang dikenali sebagai ' sandai '.

Sumazau Penampang

Sumazau Penampang adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian ini
biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat
padi ( Bambaazon ).

Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki
dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan
gong. Dengan ' pangkis ' dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran corak
tarian akan dilakukan. ' Pangkis ' dari penari lelaki ini akan lebih memeriahkan lagi
suasana tarian ini.

Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuning
emas. Penari perempuan memakai ' tangkong ', ' tinggot ', dan ' Himpogot '. Penari
lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong atau
pun ' togunggu '.

Titikas

Titikas adalah tarian tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan,
Sandakan. Tarian ini biasanya ditarikan untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat
dan juga semasa perayaan.

Pergerakan tangan semasa menari ialah sama seperti permainan ' Ingki-ingki '. Alar
muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini dikenalai sebagai ' titikas ', ' gabang ', '
kantung ' , dan juga gong.
Lagenda Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini
adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan
"Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang
kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai
Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan
agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun
Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah
yang pertama.

Asal Usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum
Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang
anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang
Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi,
maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun.
Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya.
Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan
yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu
ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p
adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi
nama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan
upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini.
Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik
dan lumayan. Upacara penghormatan te