Konsep Psikologi Islam Dan Barat.docx

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

Pendahuluan
Subjek ini adalah subjek integrasi bagi psikologi dan pendidikan. Ia
adalah satu subjek penting yang harus dikuasai oleh bakal-bakal guru
sebagai bekalan untuk situasi mengajar dan pembelajaran yang sebenar.
Subjek ini penting kerana ia memberikan kita ‘insight’ tentang tingkah
laku dan pemikiran pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai latar
belakang dan masalah-masalah yang tersendiri.
Psikologi adalah subjek tentang tingkah laku dan pemikiran sesebuah
individu. Manakala pembelajaran pula berkisar tentang proses interaksi
diantara pendidik dan pelajar mengenai penyampaian maklumat dan
informasi pendidikan. Tanpa komunikasi yang baik diantara guru dan
pelajar, maka proses belajar pelajar dan pembelajaran guru tidak akan
berjalan dengan baik.
Tujuan pendidik untuk mempelajari psikologi pembelajaran ini adalah
untuk memudahkan proses pembelajaran dengan lebih efektif. Sebagai
seorang pendidik yang nanti akan berdepan dengan berbagai-bagai
kerenah pelajar yang berbeza, kita mestilah bijak untuk beradaptasi
dengan situasi dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. 3
komponen penting dalam psikologi pendidikan, iaitu; 1) Guru; 2) Peserta

didik (pelajar); 3) Tingkahlaku keduanya (guru dan pelajar).
Perilaku seorang guru juga mengambil peranan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlangsung keatas murid. Sebagai seorang guru
yang inginkan proses pembelajarannya lebih efektif, psikologi
pembelajaran ini adalah perlu untuk dikuasai dengan baik.
Pengertian Psikologi Menurut Sarjana Islam dan Barat.
Menurut etimologi1 Barat, psikologi berasal daipada perkataan
Yunani purba “psyche” yang bererti jiwa. “Logos” iaitu kata, ia juga
mengambil maksud sebagai ilmu pengetahuan. Apabila digabungkan
1 Etimologi – Cabang ilmu bahasa yang menyelidiki asal-usul kata serta perubahan dalam bentuk dan makna.

1

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

kedua makna tersebut, ia menjadi “ilmu yang mempelajari tentang jiwa
dan mental” baik dari segi latar belakang kejadiannya, gelaja-gejala
penyebab dan proses-proses psikologi itu sendiri.
Atkinson & Hilgard (2003) mendefinisikan psikologi sebagai satu
ilmu yang mempelajari manusia “the scientific study of behavior and

mental processes”. Morgan (1986) “the science of human and animal
behavior; it includes the application of this science to human problems”,
iaitu ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia dan haiwan; penerapan
ilmu kajian kepada masalah-masalah manusia.
Psikologi itu sendiri adalah sesuatu yang abstrak dan tanpa ada
acuan yang fizikal. Ia adalah manifestasi daripada jiwa dan mental
individu berupa daripada tingkah laku, proses, pemikiran dan perasaan
subjek tersebut. Psikologi juga dapat didefinisikan sebagai ilmu
pengetahuan yang mempelajari tingkah laku dan proses mental
seseorang.
Dari presfektif Islam pula, psikologi dilihat sebagai satu ilmu
pengetahuan yang berkisar tentang identiti, pemikiran dan perilaku
seseorang menurut ajaran Islam. Al-Quran dan As-Sunnah adalah sumber
rujukan utama bagi orang-orang Islam. Ia juga menyangkut tentang
keperibadian dan roh individu tersebut. Ibnu Sina didalam bukunya yang
bertajuk Al-Shifa’ juga ada membincangkan tentang perhubungan akal
dan tubuh, perasaan dan presepsi manusia. Beliau juga turut menyatakan
bahawa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal. Jiwa
(rohani) seseorang individu itu juga boleh menterbitkan idea diluar alam
sedar (unconscious mind) sekaligus menimbulkan perasaan, imaginasi

dan firasat dan itulah yang menjadi faktor utama bagi tingkah laku
manusia.
Misalnya jika seseorang dalam keadaan hendak tergelincir, secara
tidak langsung dia akan cuba untuk menggapai sesuatu menggunakan
2

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

tangannya untuk mengelakkan dia jatuh, itu adalah reaksi dan tindak
balas secara automatik dan diluar alam sedarnya untuk menyelamatkan
dirinya daripada terjatuh. Contohnya lagi, apabila seorang kanak-kanak,
sentiasa ditakuti dengan bayang-bayang gelap dibawah katil atau
didalam almari maka dengan sendirinya, ‘mindset’ akan mula untuk
membayangkan raksaksa yang menakutkan. Lama kelamaan perasaan
takut itu mengembang didalam dirinya.
Bastaman (2005) ada mendefinisikan psikologi Islam dengan corak
psikologi berdasarkan citra manusia menurut ajaran Islam, yang
mempelajari keunikan dan pola perilaku manusia sebagai pengalaman
interaksi dengan diri sendiri, persekitaran dan rohani dengan tujuan
meningkatkan kesihatan mental dan kualitas keberagaman. Ancok dan

Suroso (2004) mengertikan psikologi Islam sebagai persfektif Islam
terhadap psikologi moden dengan membuang konsep-konsep yang tidak
sesuai dan bertentangan dengan Islam.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa psikologi Islam dan
Barat mempunyai spesifikasi definisi yang berbeza tetapi berpegang
kepada maksud yang sama. Ilmu psikologi adalah ilmu kajian saintif teori
dan praktikal yang membahaskan tentang pemikiran, tingkah laku,
perasaan dan presepsi atau presfektif sesebuah individu. Ia bersifat
abstrak, tidak dapat dinilai dengan mata kasar tetapi dinilai dan diukur
secara kritis. Tetapi yang membezakan antara ilmu psikologi Islam dan
Barat adalah presfektifnya sahaja. Ilmu psikologi Islam lebih
mengutamakan Islam sebagai cara hidup dan berfikir; Al-Quran dan AsSunnah sebagai pegangan utama; dan tiap-tiap sesuatu tidak melanggar
syariat yang ditetapkan. Sedangkan ilmu psikologi Barat itu lebih luas dan
lebih liberal, tidak berpaksikan kepada agama dan tuhan, akan tetapi
pada jiwa dan pemikiran subjek kajianya yang bersifat infiniti.

3

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)


Sejarah Ilmu Psikologi.
Sejarah mula mencatitkan kewujudan jiwa dan mental melalui
penulisan-penulisan daripada 3 ahli falsafah terkenal pada zaman Greek
purba, iaitu Socrates (470-399 SM), Pluto (437-347 SM) dan Aristotle (384-322

SM). Catitan mereka ini kemudiannya dijumpai dan mula dipelajari oleh ilmuanilmuan Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu. Diantara ilmuwan-ilmuwan
tersebut adalah Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Imam Ghazali, Al-Farabi dan sebagainya.
Sejarah perkembangan psikologi selalu dipeloporina dipelopori oleh saintis-saintis
Barat. Tetapi jarang pula disebut tentang ilmuwan-ilmuwan Islam yang
mengasaskan ilmu psikologi, jauh sebelum ilmu psikologi ini dikembangkan oleh
saintis-saintis Barat dengan teknologi-teknologi mereka.
Ibnu Sina atau dikenali dengan Avicenna oleh ilmuwan Barat. Beliau adalah
pengasas psikologi pertama dalam sejarah. Berdasarkan penelitian beliau,
manusia itu dibekalkan dengan akal berfikir yang waras, mampu membezakan
baik dan buruk sesuatu, ‘instinct’ atau naluri, ingatan dan pemerosesan data
informasi didalam otak. Disamping itu, beliau juga yang pertama untuk menemui
penyakit-penyakit mental yang dinamakan ‘neuropsikiatris’.
Abu Zayd ‘Abd Ar-Rahman ibn Muhammad Ibn Khaldun Al-Hadrami
(1332-1406M) lebih dikenali dengan Ibnu Kaldun. Beliau adalah ilmuwan
yang memperkenalkan sains sosial (‘Ilm Al-Umran). Penemuan beliau ini

telah memberikan sumbangan besar kepada pelajaran sains moden pada
masa ini. Ilmu sains sosial yang diketengahkan oleh Ibnu Khaldun ini
dikaji dan besar kemungkinan diberikan nafas baru serta diintegrasikan
kepada kepada teori psikologi sosial dan behaviorisme yang di
perkenalkan oleh Jean Piaget, Vygotsky, Albert Bandura dan lain-lain.
Imam Al-Ghazali (ahli teologi, jurist dan falsafah Islam) telah
mengaitkan psikolgi kepada tingkah laku atau akhlak perbuatan dan
4

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

keperibadian. Setiap manusia mempunyai karakter dan keperibadian,
baik dan buruk akhlak seseorang itu dirujuk kepada roh atau jiwa mereka.
Jika baik rohnya, maka baik akhlaknya dan vice versa.
Dan Al-Farabi, pemikir logik Islam yang banyak pengaruh kepada
ilmu psikologi, fizik, matematik. Dalam ilmu psikologi Islam, beliau
dikenali dalam psikologi sosial, beliau menyatakan “an isolated individual
could not achieve all the perfections by himself, without the aid of other
individuals,” beliau menulis lagi “innate disposition of every man to join
another human being or other men in the labor he ought to perform.”

Dan menyimpulkan bahawa untuk mencapai kesempurnaan diri, setiap
orang perlu untuk tinggal berhampiran dengan tamadun kehidupan dan
berkomunikasi dengan satu sama lain. Teori ini juga secara tidak
langsung diguna pakai oleh Abraham Maslow dalam “Hierki Keperluan
Maslow” didalam sains behaviorsme dan humanisme.
Di Barat pula, psikologi mula diasaskan oleh Wilhem Wundt. Beliau
adalah saintis pertama Barat yang bertanggungjawab memulakan
perkembangan psikologi di Barat. Berasal daripada German dan yang
pertama sekali menggelarkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi.
Beliau juga telah membina sebuah makmal di University of Leipzig
sebagai tempatnya melakukan berbagai eksperimen-eksperimen
psikologi.
Kemudian, setelah Wilhelm Wundt, banyak saintis-saintis Barat
mulai timbul, semakin berani dan berlumba-lumba untuk mendedahkan
eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan dan memperkenalkan
teori dan prinsip masing-masing didalam bidang psikolgi. Daripada itu
maka tumbuhkan berbagai-bagai mazhab psikolgi yang kita lihat pada
masa sekarang. Diantara penemuan penting juga adalah penemuan
daripada Sigmund Freud. Melalui penelitian dan eksperimen yang
dijalankannya, beliau mengasingkan minda individu itu kepada 3

kategori; Id, Ego dan Superego.
5

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

Seperti pada awal lagi saya telah tekankan bahawa psikologi Barat
dan Islam adalah serupa walaupun mempunyai prefektif yang berbeza. Ini
kerana daripada hasil penelitian saya, kajian-kajian mereka saling berkait
antara satu dengan lain dan menjadikan salah seorang daripada mereka
panduan dalam membuat kajian. Dan terbitan-terbitan idea mereka
merujuk kepada pengasas utama falsafah pemikiran dan jiwa iaitu ahli
falsafah Yunani purba, Pluto dan Aristotle jadi tidak hairanlah jika
kebanyakan kajian mereka itu mempunyai kesamaan daripada segi
definisi umum. Cuma yang memjadi perbezaan adalah teori-teori kajian,
konsep-konsep dan prinsip-prinsipnya kerana setiap daripada mereka
memiliki pendirian dan kepercayaan yang pelbagai.
Secara ringkasan, 2 ahli falsafah Greek Pluto dan Aristotle yang
bertanggungjawap mengenalkan kewujudan jiwa selanjutnya idea-idea
dan pemikiran mereka dikaji oleh ilmuan-ilmuan Islam seperti Ibnu
Khaldun, Al-Kindi, Ibnu Sina, Al-Ghazali dan sebagainya. Lalu idea-idea

dasar mereka dikaji, diteliti dan dikembangkan lagi oleh sarjana-sarjana
Barat. Sarjana-sarjana Barat pula berlumba-lumba untuk
mengetengahkan idea-idea, prinsip dan konsep psikologi mereka sendiri.
Maka timbullah pula pelbagai teori-teori psikologi yang berlainan mazhab.

Konsep Psikologi Pembelajaran Menurut Sarjana Islam dan Barat.
Dalam presfektif Islam, psikologi meliputi beberapa aspek, iaitu:
nafs (jiwa), qalb (hati), roh dan aql (akal). Empat aspek berkerjasama
menjadi satu sistem. Satu sistem ini adalah badan yang bernyawa,
mempunyai akal fikiran dan memiliki perasaan dan sistem ini tidak akan
berfungsi dengan baik tanpa salah satu daripada 4 aspek ini. Keempatempat nama ini ada dijelaskan didalam Al-Quran sebagaimana contohcontoh berikut:

6

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

1. Kata Nafs daripada Surah Al-Baqarah ayat 48 (

‫)نفس‬


‫نفس عن‬

yang menunjukkan tentang zat didalam keselurahan

badan manusia. Faktor fizikal biologi dan aktiviti-aktiviti
manusia.
2. Kata roh dalam Surah As-Sajadah ayat 9

(‫)زوجه‬

yang

bermakna pemberi kehidupan. Roh yang berada didalam badan
manusia. Dan didalam Surah Asy-Syuurah ayat 52

(‫)زوجا‬

yang bererti wahyu dan malaikat Jibril sebagai pembawa wahyu
seperti yang dinyatakan didalam Surah Al-Mukmin ayat 15


‫)الروح‬

(

Malaikat Jibril dan Surah An-Nahl ayat 102 pada kata (

‫)روح القدوس‬.
3. Kata qalb (hati) yang selalu digunakan, berkaitan dengan emosi
dan akal manusia. Gerak-geri hati dan perasaan yang tidak
nampak daripada segi fizikal dan terbatas pada keadaan sedar
manusia. Surah Al-Hujurat ayat 7 (‫ )قلوبكم‬hatimu.
4. Kata aql yang menunjukkan kepada daya pemikiran manusia
seperti disebutkan didalam Surah Al-Anfal ayat 22 pada kata (

‫)يعقلون‬

‫ل‬

apakah kamu tidak berfikir.

Kesemua 4 aspek yang disebutkan diatas adalah yang merangkumi
psikologi daripada presfektif Islam sendiri. Daripada air mani seorang
bapa terjadinya seketul daging yang mana Allah SWT mengarahkan
Malaikat Jibril A.S untuk meniupkan (roh) nyawa keatasnya. Seketul
daging itu kemudian berubah menjadi seorang bayi didalam kandungan
ibunya. Apabila telah sampai waktu, seorang bayi yang cukup sifatnya
(nafs) itu lahir ke dunia. Ketika proses pembesaran ini, perkembangan
kognitif (aql) kanak-kanak pun turut menjadi matang. Disamping itu Allah
kurniakan ia dengan hati dan perasaan (qalb) untuk
7

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

menyempurnakannya sebagai seorang manusia yeng menjadi khalifah
dimuka bumi ini. Allah SWT menciptakan setiap manusia dengan 5 panca
indera dan kelebihan yang tidak sama dengan lain-lain mahkluk di muka
bumi ini dan tujuannya adalah supaya manusia sentiasa rasa bersyukur
dan mengabdikan diri kepada Allah SWT untuk beribadat kepadaNya.
Sarjana-sarjana Islam ada menjelaskan bahawa konsep pembelajaran
psikologi Islam lebih kepada konsep pandangan hidup manusia yang
memegang Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Daripada presfektif
Islam ini, psikologi diertikan sebagai satu bidang ilmu yang
membahaskan tentang ilmu akal, perasaan, hati, naluri, rohani dan
jasmani. Kesemuanya saling bekerjasama, pincang 1 aspek, maka
pincang kesemuanya. Dan ideologi Islam tidak hanya memfokuskan
kepada kehidupan ukhrawi. Ideologi Islam adalah ideologi kehidupan
yang menyeimbangi kehidupan duniawi dan ukhrawi. 3 konsep utama
bagi psikologi pembelajaran dalam presfektif Islam iaitu Islam sebagai
ajaran, Islam sebagai satu kefahaman dan pemikiran serta Islam sebagai
satu cara kehidupan yang dipraktikan seharian. Agama Islam adalah satusatunya agama yang menyeluruh dari setiap segi. Ia bersifat universal
dan boleh berlaku pada setiap masa dan di semua tempat. Tidak hanya di
bilik sembahyang atau di tempat-tempat ibadat, tetapi ia boleh terjadi di
ruang tamu, di meja makan, dijalan raya, bersilaturahim, berakhlak
mulia, berpendirian tetap. Islam adalah perkara harian. Islam
mengajarkan umatnya untuk sentiasa saling hormat menghormati,
menolong sesama meskipun berlainan agama. Saudara baru yang
memeluk Islam masih boleh bersilaturahim dengan ibu atau bapa atau
saudara-saudaranya, tidak pernah memutuskan pertalian darah diantara
mereka meskipun berlainan agama. Islam juga ada pada tempat tidur, ini
ketika adab-adab berada dibilik tidur seperti membersihkan diri,
membaca doa dan sebagainya. Islam pada tingkah laku dan perhubungan
melalui kewajiban menutup aurat bagi lelaki dan perempuan serta pada
8

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

adab pergaulan. Islam hadir pada pendidikan dan mengutamakan
umatnya untuk mencari ilmu. Islam juga ada pada pentadbiran dengan
wujudnya sistem syariat Islam yang mementingkan keadilan. Dan banyak
maca lagi contoh-contoh Islam didalam cara kehidupan yang ideal.

Seseorang yang memiliki keseimbangan hidup duniawi dan ukhrawi
akan mempunyai keseimbangan daripada aspek akal fikiran, hati dan
perasaan, bentuk fizikal badannya juga akan mencerminan kesihatan
rohaninya. Keseimbangan itu bermula daripada rohaninya, jika rohaninya
terisi dan terjaga dengan baik, ia akan melahirkan jasmani yang sihat.
Kesihatan rohani hadir apabila kita sentiasa mendekatkan diri kepada
Allah SWT, jiwanya terisi dengan ayat-ayat Al-Quran, lidahnya basah
dengan zikir, akal dan fikirannya menjadi tenang, akhlak dan sakhsiah
dirinya pula terpuji, segala kelakuannya mengikut syariat Islam.
Lain pula halnya jika individu itu jauh daripada Allah SWT. Mulai dia
tidak bersembahyang, jiwa dan hatinya menjadi tidak tenteram. Akan
hadir bisikan-bisikan perasaan sebagai hasutan. Hasutan-hasutan
menjadi syak wasangka yang mampu melemahkan hati dan rohani. Syak
wasangka menjadi tekanan dan tekanan yang banyak menjadikan
seseorang itu mengalami depresi. Kebanyakan depresi boleh dirawati
dengan rawatan-rawatan Islami dan ada sesetengah mereka yang
mengalami depresi mengambil jalan mudah untuk menghilangkan
tekanan mereka hadapi dengan bunuh diri. Sedangkan depresi itu boleh
ditangani dengan cara baik tanpa memudaratkan nyawa.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Badan Kesihatan Dunia
(WHO) menyatakan bahawa tingginya rate kematian yang disebabkan kes
bunuh diri. Dianggarkan 121 kes bunuh diri pada setiap hari, rata-rata
13.26 orang pada setiap 100,000 individu dan purata kes bunuh diri lelaki
3.5 kali ganda lebih tinggi daripada wanita. Ini adalah laporan yang
9

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

diterima dari negara-negara di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB).
Oleh yang demikian, di dalam konsep psikologi pembelajaran
menurut sarjana Islam mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai
panduan dan pegangan. Pengembangan kurikulum, pendekatan
pembelajaran dan pendekatan psikologi yang digunakan hendaklah
berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Pendidikan yang dijalankan tidak
hanya mempunyai ciri-ciri keislaman tetapi dalam masa yang sama juga
mengetengahkan beberapa elemen penting, seperti; proses pengajaran
dan pembelajaran yang berintegrasi; penilaian dan pengukuran proses
pembelajaran dan pengajaran; perkembangan sakhsiah dan akhlak
pelajar; keperluan dalam mengembangkan individu pelajar;
mengkonstruk kognitif pelajar-pelajar dalam pembelajaran, isu-isu
semasa dan penyelesaian masalah; memberikan pengetahuan yang
diperlukan dalam kehidupan realiti dan pelbagai aspek-aspek
membangun yang lain.
Bagi sarjana-sarjana Barat pula, mereka mempunyai konsep
psikologi pembelajaran yang berbeza. Mereka tidak berpaksi kepada AlQuran dan As-Sunnah sebagai panduan. Saintis Barat lebih bersumberkan
kepada teori-teori, prinsip dan pandangan-pandangan akal dan psikologi
ilmuan sahaja. Sumber-sumber teori mereka kebanyakannya dihasilkan
melalui penemuan daripada eksperimen-eksperimen yang mereka
jalankan sendiri. Sumber dan teori mereka berunsurkan ‘imprical’’2
semata-mata.
Samuel Smith telah melakukan penyelidikan terhadap beberapa
buah buku psikologi pendidikan untuk mendapatkan data yang tepat.
Daripada penyelidikan itu, beliau mengklasifikasikan 16 perkara yang
diambil kira semasa membina konsep psikologi pembelajaran, iaitu:
2 Imprical

– empirical = based on, concerned with, or verified by
observation or experience rather than theory or pure logic.
10

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

1. Pengetahuan tentang psikologi pendidikan. (The science of
educational psychology).
2. Faktor keturunan atau karakteristik yang dibawa sejak lahir
3.
4.
5.
6.
7.

(Heredity).
Persekitaran fizikal (Physical structure).
Perkembangan pelajar (Growth).
Proses-proses tingkah laku (behavior process).
Hakikat dan skop pembelajaran (nature and scope of learning).
Faktor-faktor yang mempengaruhi belajar (factors that condition

learning).
8. Hukum-hukum dan teori-teori belajar (laws and theories of
learning).
9. Pengukuran prinsip-prinsip dasar dan batasan-batasan
pengkuran/evaluasi (measurement: basic principles and
definitions).
10. Transfer belajar, meliputi mata pelajaran (transfer of learning
subject matters).
11.
Aspek-aspek praktikal dalam pengukuran (practical aspects
of
12.
13.
14.
15.

measurement).
Elemen-elemen statistik (element of statistics).
Kesihatan rohani (mental hygiene).
Pendidikan membentuk watak (character educations).
Pengetahuan psikologi tentang mata pelajaran sekolah

menengah (psychology of secondary school subjects).
16. Pengetahuan psikologi tentang mata pelajaran sekolah
rendah (psychology of elementary school).

Prinsip-Prinsip Psikologi Pembelajaran Menurut Sarjana Islam
dan Barat.
Menurut Uthman Najati (1993), Islam tidak mengenali teori tetapi
memegang kepada prinsip. Psikologi Islam diambil daripada makna ayat
Al-Quran dan As-Sunnah. Ia disimpul, diangkat dan ditafsir untuk
membentuk satu teori psikologi. Masyakarat muslim menggunakan akal
untuk berijtihad bagi membina teori psikologi Islam yang berpandukan AlQuran dan As-Sunnah. Hasil Al-Quran dan As-Sunnah yang diijtihadkan
11

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

menghasilkan teori psikologi pembelajaran. Ia adalah pelajaran mengenai
roh didalam diri manusia yang dizahirkan kepada perbuatan dan tingkah
laku.
Bagi pandangan Barat pula prinsip-prinsip psikologi pembelajaran
merujuk kepada konsep-konsep, teori-teori dan analisis yang terhasil
daripada eksperimen yang dijalankan ke atas subjek-subjek kajian. Datadata yang diperolehi daripada eksperimen yang dijalankan itu dikaji,
dianalisis, dan dilakukan perbandingan ke atas sampel-sampel kajian lalu
disimpulkan menjadi teori dan konsep.
Diantara teori-teori psikologi pembelajaran yang lazim digunakan
didalam bilik darjah adalah teori pelaziman operan, teori memprosesan
maklumat, teori pembelajaran sosial, teori pembelajaran kontruktisme,
teori humanisme dan teori kognitisme. Masing-masing daripada teoriteori ini mempunyai kelebihan dan kekurangan, tetapi setiap satu
daripada mereka boleh digunakan, diadaptasi dan integrasikan mengikut
kesesuaian dan kreativiti pendidik.
Secara ringkas yang dapat saya terangkan disini, prinsip-prinsip
psikologi pembelajaran yang berkesan adalah seperti berikut:1. Motivasi – Peranan guru adalah sebagai motivator kepada
pelajar. Bukan sebagai de-motivator yang menghilangkan
semangat pelajar untuk belajar. Seorang pendidik harus bijak
memainkan peranannya sebagai sumber ilham bagi pelajar.
2. Konteks pembelajaran – Seorang pendidik yang baik harus
menguasai konteks pembelajaran dan isi pelajaran yang
diajarkan. Seorang pendidik tidak akan mampu untuk
menyampaikan isi pembelajaran dengan baik jika dia tidak
mampu menguasai pembelajaran yang ingin disampaikannya.
3. Fokus dan teratur – Seorang pendidik yang berkaliber harus
teratur dalam menyediakan material pembelajaran demi
melancarkan proses pengajaran dengan baik. Seorang pendidik
12

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

juga harus bijak dalam merancang pengajaran yang kondusif.
Oleh kerana itu, kita dibiasakan dengan sukatan pelajaran dan
praktikal membuat persediaan mengajar.
4. Sosial – Hubungan sosial dan interaksi dua hala diantara
pendidik dan peserta didik, dan peserta didik dengan pendidik.
Ini adalah satu elemen penting dalam membuatkan proses
belajar dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Ini boleh
menyumbang kepada daya kognitif dan psikomotor pelajar.
5. Aktif – Proses belajar dan pembelajaran yang aktif mampu
mengkonstruk daya kognitif dan psikomotor pelajar. Guru
seboleh-bolehnya menyajikan satu kondisi pengajaran yang
membolehkan pelajar lebih aktif dalam pembelajaran demi
membina pengalaman belajar. Pembelajaran bukan hanya
tertumpu didalam bilik darjah tetapi ia berlangsung untuk
seumur hidup.
6. Kemampuan pendidik juga dititik beratkan dalam memahami
latar belakang dan kemampuan subjek didik yang relatif
berbeza. Setiap seorang daripada subjek didik itu unik dan cara
menanganinya juga berbeza. Disitulah kepentingan psikologi
pembelajaran ini. seorang guru harus pandai memainkan
peranan dalam psikologi pelajar supaya dapat memotivasikan
dan menarik minat pelajar untuk belajar.
7. Kreatif – Guru hendaklah kreatif dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kreatif
dan inovatif demi pengalaman pembelajaran yang lebih efektif.
8. Pengembangan kognitif pelajar – Sebagai guru, guru adalah
fasilitator dalam pembelajaran. Guru harus membekalkan pelajar
dengan pemikiran kritis. Ini boleh dijalankan dengan
mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar masalah dan
penyelesaian-penyelesaian masalah.

13

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

Kesimpulan
Psikologi adalah ilmu kajian yang hasilkan melalui kaedah saintifik
dan eksperimen-eksperimen yang dilaksanakan oleh ilmuan-ilmuan Islam
dan Barat. Psikologi Islam dan Barat mempunyai definisi yang hampir
serupa tetapi berbeza dari segi presfektif, konsep, prinsip dan
pendekatan yang digunakan. Psikologi Islam meliputi fizikal dan rohani
sesebuah individu, dan rohani seseorang dizahirkan dengan tingkah laku.
Manakala, psikologi Barat pula membincangkan tentang aspek kognitif,
afektif dan psikomotor subjek didik, menganalisis dan menadaptasikan
teori pembelajaran mengikut keperluan dan psikologi subjek didik.
Subjek jiwa dan mental manusia memang sudah lama
diperbahaskan oleh Socrates, Pluto dan Aristotle. Pemikiran mereka
kemudiannya dikaji dengan lebih mendalam lagi oleh ilmuan-ilmuan
Islam. Boleh dikatakan, ulama-ulama Islam adalah perintis utama ilmu
psikologi yang kini dikaji oleh saintis-saintis Barat. Psikologi dari sudut
pandang Islam memegang Al-Quran dan As-Sunnah sebagai prinsip asas
dan Islam sebagai cara kehidupan yang ideal. Manakala, saintis Barat
pula melihat psikologi sebagai ilmu kajian saintifik untuk mempelajari
kognitif dan tingkah laku manusia supaya dapat mengatasi permasalahan
mental seseorang, sama ada dari segi kesihatan atau motivasi seseorang.
Ada seorang penulis menuliskan petikan ayat ini; “Psychology without
religion is blind, and religion without psychology is lame”. Daripada sana
kita boleh mengambil kesimpulan sendiri bahawa, kedua subjek ini,
psikologi dan Islam saling berkait rapat. Apabila ia bertemu dalam satu
bumbung maka psikologi yang bersifat kompleks ini akan mudah
difahami.
Psikologi pembelajaran adalah subjek integrasi diantara psikologi
dan pendidikan. Ia adalah satu subjek penting yang mesti dikuasai
dengan baik oleh bakal pendidik. Dengan mempelajari ilmu ini maka
bolehlah kita sebagai pendidik untuk melaksanakan proses pengajaran
14

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

dan pembelajaran dengan lebih efektif. Pendekatan yang digunakan juga
boleh diadaptasi mengikut kesesuaian teori-teori psikologi pembelajaran
yang dipelajari. Sebagai ahli pendidik, ilmu psikologi ini boleh kita
pergunakan sebaiknya untuk memahami keadaan subjek didik demi
memberikan pembelajaran yang lebih efisyen.

Rujukan
-

Al-Quran Al-Karim
Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2006. Psikologi

-

Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Purwa Atmaja Prawira. 2012. Psikologi Pendidikan Dalam Presfektif
Baru. Jogjakarta: Ar-Ruzz Media.

15

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

-

Hill, Winfred F. 2012. Theories of Learning – Teori-Teori
Pembelajaran Konsepsi, Komparasi dan Signifikansi. Bandung: Nusa

-

Media.
Schunk, Dale. H. 2012. Learning Theories, An Educational
Perspective – Teori-teori Pembelajaran: Prespektif Pendidikan Edisi

-

Keenam. Yogyakarta: Pustaka Pelayar.
Al-Rasyidin. 2012. Falsafah Pendidikan Islami. Bandung:

-

Citapustaka Media Perintis.
Sri Minarti. 2013. Ilmu Pendidikan Islam, Fakta Teoritis-Filosofis dan

-

Aflikatif normatif. Jakarta: Amzah.
Huitt, W. 2012. Basic Principles of Learning for classroom teaching:
Organizing concepts of learning from educational psychology.
Educational Psychology Interactive. Valdosta: Valdosta State

-

University.
Hanna, Djumhana Bastaman. 1995. Integrasi Psikologi dengan

-

Islam. Yogjakarta: Pustaka Pelajar.
Jamaluddin, Kafie. 1993. Psikologi Dakwah. Surabaya: Offset Indah.
Dr. Rifaat Syauqi Nawawi, MA.,dkk..2000. Metodologi Psikologi

-

Islam. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
DR. AM. Diponegoro. Psikologi Islam.
Abdul Mujib. 2006. Keperibadian Dalam Psikologi Islam. Jakarta: PT

-

Raja Grafindo Perkasa.
Abdul, M. S. A. M dkk. 2009. Perilaku Manusia dalam Pandangan
Islam dan Ilmu Psikologi Modern, terjemahan Bambang Suyardi.

-

Jakarta: Mitsaq Pustaka.
Alizadeh, H. 2012. Individual Psychology and Islam: An Exploration

-

of Social Interest The Journal of Individual Psychology.
Ancok, D & Suroso, Fuad, N. 2014. Psikologi Islami, Solusi Islami

-

Atas Problem-Problem Psikologi. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Ancok, D., Fuad, N.. 2008. Psikologi Islami. Yogyakarta: Pustaka

-

Pelajar.
Armstrong, K. 2000. Islam: A Short History. New York: Modern

-

Library.
Atkinson & Hilgard’s. 2003. Introduction to Psychology. Wadsworth.
Atkinston, Rita L. Introduction to Psychology.

16

Psikologi Perkembangan Dan Pembelajaran Dalam Islam (PD 22306)

-

Bakar, O. 1999. The History and Philosophy of Islamic Scrience.

-

Cambridge: Islamic Texts Society.
Bastaman, H. D. 2005. Integrasi Psikologi dengan Islam Menuju
Psikologi Islam. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

17