Masalah Penceraian di Malaysia masalah

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL

|2

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL

1.1 Konseptual Asas Masalah Sosial
Masalah sosial seringkali dibahaskan oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam
pelbagai perspektif. Ada masyarakat membahaskan masalah sosial dari perspektif kesan
yang ditinggalkan dan sebahagian yang lain pula membahaskan definisi yang tepat
tentang masalah sosial. Hal ini setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza
tentang definisi masalah sosial dan konsep mereka berbeza antara satu sama lain.
Faizah Yunus( 2006) menyatakan bahawa masalah sosial telah wujud sejak awal
kemunculan sejarah manusia lagi. Walaubagaimanapun, masalah sosial ini lebih ketara
kewujudannya selepas berlakunya revolusi industri di benua Eropah. Hal ini kerana
kehidupan manusia yang semakin moden dan kompleks menyebabkan gaya kehidupan
manusia

itu

berubah. Misalnya, pembangunan


sektor

ekonomi

yang

pesat telah

menyebabkan proses urbanisasi menjadi lebih pantas. Hal ini kemudiannya menyebabkan
berlakunya peningkatan kadar jenayah, pencemaran alam sekitar dan pengangguran.Masalah
sosial sering dikaitkan dengan keadaan tertentu seperti kemiskinan,kebuluran,jenayah dan
fenomena sosiobudaya yang menghalang masyarakat daripada mengecapi potensi maksima
mereka.(Eitzen,1984).
Dari perspektif bahasa, masalah ialah suatu yang memerlukan penyelesaian atau
perkara yang menimbulkan kesukaran dan kesulitan manakal sosial pula membawa
maksud segala

yang


berkaitan dengan

masyarakat.Secara

umumnya, masalah

sosial

didefiniskan sebagai keadaan yang mengurangkan dan merendahkan kesejahteraan sosial
serta memudaratkan kualiti dan kehidupan masyarakat. Pada kebiasaannya perkara yang
|3

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL
diklasifikasikan sebagai masalah sosial ini ialah suatu perkara yang menjadi kontroversi
awam.( Macionis,2010). Selain

itu, masalah

sosial


juga

dikatakan

sebagai

pelbagai

rangkuman perlakuan negative anggota masyarakat yang tidak membawa kepada sokongan
dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam
suatu masyarakat ataupun negara. Suatu tingkah laku atau perbuatan itu akan dianggap
sebagai sebuah masalah sosial sekiranya terdapat sebahagian ahli masyarakat atau
kumpulan masyarakat berpengaruh merasakan bahawa perkara yang berlaku tidak baik dan
melanggar norma masyarakat.
Daripada definisi yang diterangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa masalah
sosial ini merupakan kombinasi pelbagai kriteria objektif dan subjektif serta ia bergantung
kepada

masyarakat


untuk

menafsirkannya. Elemen

objektif

ialah

merujuk

kepada

kewujudan suatu masalah sosial.Pada kebiasaannya, kewujudan masalah sosial ini diketahui
melalui pengalaman,media massa dan pendidikan yang diterima. Misalnya, berita mengenai
penagihan dadah dalam kalangan masyarakat, kes penderaan kanak-kanak dan keganasan
rumah tangga yang dipaparkan di media massa menyebabkan masyarakat sedar mengenai
kewujudan masalah sosial. Seterusnya ialah elemen subjektif, elemen ini merujuk kepada
kepercayaan bahawa suatu keadaan sosial itu akan mendatangkan kesan negatif kepada
masyarakat dan keadaan itu boleh dan harus diubah atau diperbaiki. Hal ini bermaksud
perbuatan seperti vandalism,gangsterisme dan pelbagai lagi perbuatan negative tidak akan

dianggap sebagai masalah sosial kecuali masyarakat dalam komuniti tersebut merasakan
keadaan tersebut akan menjejaskan kualiti kehidupan dan keselamatan manusia.
Secara umumnya, masalah sosial ini mempunyai beberapa kriteria yang perlu
dipenuhi untuk memastikan sama ada ia benar-benar menjadi masalah sosial atau tidak.
|4

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL
Ciri pertama ialah masalah yang berlaku itu dianggap secara meluas sebagai suatu
keadaan yang buruk.Hal ini seperti yang telah dinyatakan di atas, ia perlulah mendapat
perhatian umum terlebih dahulu. Misalnya, isu kesamaan gender, pada zaman dahulu ia
tidak menjadi isu. Walaubagaimanapun pada masa ini, apabila ada sebahagian masyarakat
mengakui adalah tidak adil bagi kaum wanita mendapat bayaran yang lebih rendah
daripada lelaki walaupun melakukan kerja yang sama, barulah isu ini dianggap sebagai
masalah sosial. Seterusnya, masalah yang berlaku itu perlulah meliputi jumlah orang yang
sangat ramai. Kriteria yang dimajukan oleh Mills(1959) ini menjelaskan bahawa jika
seseorang itu kehilangan pekerjaan maka ia hanya dianggap sebagai masalah peribadi
tetapi jika seseorang itu hilang pekerjaan disebabkan oleh faktor gender,agama atau umur
maka masalah itu akan dimanifestasikan sebagai masalah sosial. Ciri seterusnya ialah
masalah yang timbul itu seringkali mendatangkan kerugian atau kekurangan kepada satu
golongan atau masyarakat yang khusus.Sebagai contoh,isu kemiskinan yang berlaku di

kawasan

Bandar

hanya

akan

menjejaskan

kesejahteraan

hidup

golongan

yang

berpendapatan rendah sahaja dan perkara ini tidak akan memberi kesan kepada golongan
berpendapatan tinggi.Ciri yang terakhir untuk masalah sosial ialah punca berlakunya

masalah ini ialah daripada struktur masyarakat dan bagaimana ia beroperasi dan hal ini
telah menafikan bahawa masalah sosial bukanlah sekadar berpunca daripada tindakan
beberapa individu yang jahat(Faizah Yunus, 2006).
Secara ringkasnya, masalah sosial ini merupakan sebuah kejadian yang tidak boleh
dibiarkan berlaku dalam masyarakat kerana peningkatan kadar masalah sosial dalam
masyarakat akan menyebabkan kesejahteraan masyarakat terganggu.

|5

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL

1.2 Konseptual Asas Isu Sosial
Masalah sosial dan isu sosial merupakan dua perkara yang berbeza dari segi
konsep dan definisi. Masyarakat seringkali menyangka bahawa masalah sosial sama erti
dengan

isu

sosial. Secara


konseptualnya, isu

sosial

ialah

keadaan

yang

mendapat

perhatian,membangkitkan kontroversi , mewujudkan perdebatan sosial dan mengakibatkan
sebuah tindakan secara kolektif untuk memperbaiki atau mengatasi keadaan yang berlaku.
Dalam mengesan kewujudan masalah sosial, isu sosial akan terlebih dahulu dikesan
berbanding dengan masalah sosial. Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak berpendapat
bahawa isu sosial tidak semestinya wujud lebih awal daripada masalah sosial.
Bagi memperjelas lagi apakah sebenarnya isu sosial, terdapat beberapa ciri yang
boleh dikenalpasti dalam isu sosial. Pertama, isu sosial merupakan suatu keadaan yang
ketara dalam masyrakat. Misalnya, perkara yang dibincangkan dalam kajian ini ialah isu

penceraian. Untuk memastikan isu penceraian ini diklasifikasikan sebagai isu sosial ia
perlu menjadi suatu yang ketara dan boleh diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.
Seterusnya ialah, isu sosial ini merupakan suatu keadaan yang tidak diingini oleh
masyarakat. Walaubagaimanapun, keadaan ini bukanlah semestinya suatu yang buruk
sahaja. Sebagai contoh, penceraian sememangnya wujud dalam masyarakat. Namun, kes
penceraian ini kadangkala tidak membawa kesan negatif kepada golongan suami isteri
yang terlibat. Selain itu, isu sosial yang berlaku dalam masyarakat juga tidak semestinya
mendatangkan kemudaratan. Dalam hal ini, jika isu penceraian diambil sebagai contoh, kita
lihat kejadian penceraian itu sendiri kadangkala tidak memberikan impak negatif kepada
pelaku kerana mungkin dengan berlakunya penceraian itu pasangan tersebut terlepas dari

|6

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL
satu

masalah

yang


lain

seperti

kes

keganasan rumah

tangga

atau

pengabaian

tanggungjawab oleh suami.
Oleh itu, secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa isu sosial ini merupakan
sebuah keadaan yang ketara dalam masyarakat dan kewujudannya tidak semestinya
meninggalkan impak negative kepada masyarakat sekelilingnya.

Apabila disebut sahaja mengenai istilah perkahwinan, hampir kesemua individu

yang telah menjalani perkahwinan menginginkan hubungan mereka kekal sehingga akhir
hayat. Namun hakikatnya, pada masa ini penceraian merupakan satu solusi yang sering
diguna pakai oleh golongan yang sudah berkahwin ketika mereka mengalami konflik
rumah tangga. Banyak persoalan timbul dalam kalangan ahli akademik mengenai isu ini.
Perdebatan dalam kalangan ahli akademik wujud kerana ada sebahagian daripada mereka
mengatakan isu penceraian ini sebahagian daripada masalah sosial dan sebahagian ahli
akademik mengatakan bahawa penceraian ialah isu sosial dan jika ia dibiarkan berleluasa
ia akan membentuk masalah sosial.
Penceraian bermaksud putus hubungan sebagai suami isteri. Jika dilihat dalam
konteks

agama

Islam, penceraian

bermaksud

membuka ikatan perkahwinan dengan

melafazkan perkataan talaq atau cerai atau seumpamanya( Abdul Latif Muda,1997).Dalam
erti kata yang lain,penceraian ialah pepisahan antara seorang suami dengan seorang isteri

|7

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL
yang diiktiraf oleh undang-undang dan akibatnya ia membolehkan bekas suami atau ister
itu berkahwin lain.Di Malaysia semua penceraian yang melibatkan orang bukan beragama
Islam hendaklah dilakukan mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Membaharui
Undang-undang(Perkahwinan dan Penceraian)1976[Akta 164] manakala bagi orang yang
beragama Islam proses penceraian mereka berdasarkan Enakmen Keluarga Islam Negeri
masing-masing. Isu penceraian ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang rendah kerana
jumlah pasangan yang bercerai semakin meningkat saban hari. Hal ini kerana di Amerika
Syarikat misalnya, tiga daripada sepuluh pasangan yang berkahwin akan bercerai. Di
negara kita, pada tahun 2011 sahaja, terdapat 209 226 pasangan yang berkahwin dan
daripada jumlah tersebut. hanya 35 114 atau 16.78%. pasangan disahkan bercerai .Statistik
ini merangkumi perkahwinan orang Islam dan bukan Islam. Pendedahan Timbalan Ketua
Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, menerusi
kajian yang dibuat pada 2008, mendapati wujudnya potensi tinggi berlakunya perceraian dalam
usia perkahwinan 10 tahun ke bawah. Dalam kajian pada 2007 pula, Jakim mendapati 32.2
peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian dan bagi tempoh
enam hingga 10 tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai. Ini bererti tempoh 10 tahun pertama
adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian. Hal

ini

menunjukkan bahawa isu penceraian bukanlah sebuah isu yang boleh diambil ringan dan
statistik ini juga telah menepati ciri masalah sosial iaitu melibatkan jumlah orang yang
sangat ramai. Jika kes penceraian ini hanya berlaku dalam jumlah yang sedikit, adalah
logik jika kita katakan bahawa ia hanyalah sebahagian daripada masalah peribadi, Namun,
statistik hasil kajian yang ditunjukkan oleh badan yang menyelaras isu ini menunjukkan
peningkatan yang sangat tinggi menyebabkan ia boleh diklasifikasikan sebagai masalah

|8

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL
sosial. Selain itu, isu ini juga seringkali dibahaskan di media massa dan media cetak
menyebabkan kes penceraian ini boleh diklasifikasikan sebagai sebuah masalah sosial.
Penceraian yang direkodkan ini mempunyai pelbagai punca. Untuk melihat sama
ada kes penceraian ini merupakan sebuah masalah sosial atau tidak, penelitian terhadap
punca kes penceraian ini perlu dilakukan. Ahmad Rezuwan(2003) menyatakan bahawa
punca utama penceraian ialah kegagalan pasangan suami isteri memikul tanggungjawab
dalam keluarga. Sebagai contoh, suami telah terjerumus dengan kegiatan maksiat atau tidak
bermoral seperti berjudi, minum arak dan pelacuran. Dalam hal ini, rumah tangga pasti akan
porak peranda kerana suami gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Selain itu, terdapat juga kes-kes isteri yang ingkar dengan perintah suami atau isteri gagal
melaksanakan

tanggungjawabnya

sebagai

menyebabkan

berlakunya

rumah

krisis

seorang
tangga

ibu
yang

atau

suri

akhirnya

rumah. Hal
membawa

ini

kepada

penceraian.Selain itu, JAKIM(Bahagian Informasi Islam, 1998c) turut menyenaraikan puncapunca lain untuk kes penceraian. Antaranya ialah poligami,cemburu,masalah seksual,
pendapatan tidak mencukupi,cerewet,kekerasan, dan pelbagai masalah lain yang mendorong
berlakunya masalah penceraian dalam keluarga. Punca penceraian yang dikemukakan ini
kebanyakannya datang dari diri suami atau isteri itu sendiri. Perkara ini selaras dengan
pendapat C.Wright Mills(1959) yang menyatakan bahawa masalah sosial yang berlaku itu
peratusannya lebih tinggi berpunca daripada kegagalan diri sendiri berbanding dengan
kegagalan fungsi masyarakat. Dalam hal ini, Mills mengambil contoh kes kemiskinan,
beliau menyatakan bahawa kemiskinan itu berpunca daripada individu itu mempunyai
kurang kemahiran atau tidak mahu mencuba untuk memajukan diri. Bagi kes penceraian,
banyak punca datangnya dari diri suami dan isteri itu sendiri dan ini selari dengan
|9

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL
pendapat Mills. Oleh hal demikian, dapatlah dirumuskan bahawa dari aspek punca kes
penceraian ini telah menepati ciri masalah sosial yang telah ditetapkan.
Menurut Jones(1981), faktor kerendahan umur perkahwinan pertama merupakan
faktor yang menyebabkan peningkatan kadar penceraian. Beliaun memerhatikan hubungan
antara umur perkahwinan pertama dengan penceraian dan beliau mendapati kadar
penceraian cenderung untuk menurun apabila umur kahwin pertama meningkat. Secara
umumnya, usia perkahwinan pertama mempunyai hubungan

negative

dengan

penceraian.

Apabila pasangan perkahwinan pada peringkat usia yang muda, secara relatifnya mereka
mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan mereka juga masih lagi kurang matang
dalam mengendalikan urusan rumah tangga. Menurut Che Hashim(2006), pasangan muda
juga berkecenderungan untuk bergantung kepada ibu bapa atau mentua dalam hal
kewangan dan perbelanjaan urusan rumah tangga pasangan. Perkara ini kadangkal
menambahkan lagi masalah yang dihadapi oleh pasangan dan ini boleh menyebabkan
penceraian.
Satu lagi faktor yang tidak dapat dinafikan mengenai punca penceraian ini ialah
permasalahan berkaitan nafkah batin. Terdapat sebilangan suami yang mempunyai masalah
kesihatan batin dan mula bersikap dingin dengan isterinya dalam perkara berkaitan nafkah
batin. Wujud juga suami yang besikap dingin kerana faktor peningkatan usia sedangkan
isterinya pula jauh lebih muda. Terdapat juga isteri yang bersikap negative dalam
hubungan kelamin ini kerana faktor yang tidak dapat dielakkan atau disengajakan seperti
faktor usia yang lanjut atau isteri enggan hamil terlalu kerap untuk menjaga potongan
tubuh

badan. Dengan

berlakunya

perkara

seperti

ini

maka

berlakulah

penceraian

disebabkan ketidakpuasan seks dalam kalangan suami isteri. Tidak keterlaluan jika
| 10

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL
dikatakan fenomena ini banyak menimbulkan keresahan banyak pihak, terutamanya Jabatan
Agama Islam.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa masalah sosial yang berlaku ini
melibatkan evaluasi nilai subjektif dan objektif(Macionis,2010). Macionis menegaskan pada
masa ini dianggarkan tiga dari sepuluh pasangan berkahwin akan bercerai. Dengan jumlah
yang

sebegitu, adakah

kes

penceraian

ini

akan

diklasifikasikan

sebagai

masalah

sosial?Beliau menyatakan fakta sememangnya tidak dapat dinafikan tetapi kadangkala ia
terlalu subjektif dan ia sekadar persepsi semata-mata.Individu yang berpegang kepada nilai
kekeluargaan tradisional lebih gemar melihat kes penceraian yang tinggi sebagai satu
masalah sosial yang serius tetapi bagi individu yang berpegang kepaa nilai liberal,
penceraian itu tidak menjadi masalah kerana mereka beranggapan bahawa mempunyai
tanggungjawab kepada keluarga akan mengehadkan peluangan individu khususnya kepada
golongan wanita.Daripada pendapat ini, isu penceraian ini hendak diangkat menjadi
masalah sosial atau tidak terpulang kepada individu itu sendiri kerana setiap individu
mempunyai pegangan budaya masing-masing dan setiap individu mempunyai persepsi
tersendiri terhadapa masalah yang timbul.
Seterusnya, penceraian yang berlaku ini pastinya akan meninggalkan kesan dan
daripada kesan yang berlaku ini mungkin kita dapat mengukuhkan lagi hujah bahawa
masalah penceraian merupakan satu masalah sosial yang perlu diberi perhatian. Akibat
daripada penceraian yang berlaku, ramai wanita dan ibu-ibu tunggal yang mengambil
keputusan untuk hidup sendiri dengan anak-anak walaupun terpaksa mengharungi pelbagai
kepahitan hidup. Ibu tunggal juga seringkali dipandang serong oleh masyarakat sekeliling
dan perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu.Sebagai pencari rezeki tunggal,
| 11

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL
kebanyakan

mangsa

penceraian

mempunyai

pendapatan

yang

terhad

dan

hal

ini

menyebabkan keadaan rumah ibu tunggal biasanya sempit dan kurang selesa. Fenomena
ini menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah. Dari
segi emosi pula, mereka yang bercerai akan kehilangan orang yang dicintai, tempat
bergantung atau teman suka duka dan hal ini akan mendorong golongan ini mengalami
masalah

tekanan

emosi

seperti

kemurungan,kesedihan

melampau,perasaan

bersalah,terasing,rendah diri dan sebagainya
Penceraian juga memberi kesan negatif

kepada anak-anak. Anak-anak yang ibu

bapanya telah bercerai akan mengalami masalah kurang kasih sayang. Mereka juga
berkemungkinan akan terpisah daripada adik beradik kandung mereka. Perkara seperti ini
akan menimbulkan tekanan dan fikiran mereka juga akan terganggu. Sebagai kesannya,
anak-anak mangsa penceraian akan mengalami kemerosotan prestasi akademik

dan

mereka mula menunjukkan masalah tingkah laku seperti gemar menyendiri,agresif dan
terlampau aktif.Keadaan ini selari dengan pendapat Jas Laile(2008), beliau menyatakan
bahawa kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi akan menunjukkan prestasi buruk dalam
ukuran-ukuran kesejahteraan(Well being).Hamidah(2006) pula

menyatakan bahawa kanak-

kanak yang ibu bapanya telah bercerai berperilaku negative kerana mereka merasakan
bahawa ketiadaan “role model” daripada jantina yang sama. Sebagai contoh, anak lelaki
yang bermasalah berpunca daripada ketiadaan bapa yang boleh dijadikan contoh dalam
kehidupan

seharian.Selain

itu, beliau

juga

menyatakan

bahawa

kanak-kanak

yang

mengalami masalah emosi dan tingkah laku ini kurang pengawasan dan perhatian
daripada ibu bapa.

Walaubagaimanapun, tidak semua kanak-kanak dan golongan remaja

menunjukkan tingkahlaku bermasalah setelah ibu bapa mereka bercerai. Sebahagian
| 12

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL
daripada kanak-kanak dan remaja mampu mengadaptasi dengan baik situasi penceraian ibu
bapa mereka.
Di sini dapatlah disimpulkan bahawa kes penceraian yang berlaku ini berpunca
daripada pelbagai masalah yang timbul. Ada yang melibatkan masalah individu dan ada
juga yang melibatkan masalah orang sekeliling. Apa yang pasti setiap masalah itu
memberi kesan tertentu kepada pasangan suami isteri. Begitu juga dengan kesan
penceraian. Penceraian sememangnya memberi kesan kepada keluarga khususnya anakanak. Pasangan suami isteri sewajarnya mencari altenatif yang terbaik sekiranya berkonflik
untuk mengelakkan masalah penceraian.

Daripada kajian yang dilakukan terhadap isu penceraian ini, dapatlah dirumuskan
bahawa isu penceraian ini merupakan salah satu daripada masalah sosial yang wujud
| 13

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL
dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Punca telah dikenalpasti sememangnya telah
menjelaskan bahawa penceraian ini merupakan salah satu cabang masalah sosial. Kesan
yang ditinggalkan oleh penceraian ini juga lebih kepada kesan negative berbanding kesan
negatif. Hal ini selaras dengan ciri masalah sosial yang menjelaskan bahawa suatu perkara
itu akan dianggap masalah sosial sekiranya mempunyai kesan negatif kepada masyarakat.
Perkara ini dikukuhkan lagi dengan jumlah penceraian yang semakin bertambah kesnya
dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Memandangkan isu penceraian ini sudah menjadi suatu yang serius dalam kalangan
masyarakat. Intervensi oleh pihak yang berwajib amat ditagih pada ketika ini. Hal ini
kerana perancangan rapi dan teliti oleh pihak kerajaan diperlukan bagi mengatasi masalah
penceraian yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Seterusnya intervensi terhadap
pasangan yang telah bercerai juga diperlukan bagi menjaga kebajikan isteri-isteri
khususnya yang seringkali menjadi mangsa penceraian.
Oleh hal demikian, pelaksanaan dasar oleh kerajaan dalam proses mengatasi masalah
penceraian ini amat ditagih bagi meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan negara
yang mampan baik dari segi fizikal mahupun dari segi rohaniah. Tidak ada gunanya
negara mempunyai teknologi yang tinggi dan pembangunan kebendaan yang mantap jika
rakyatnya ketandusan dari segi kemajuan dan pembangunan moral,mental dan spiritual.

| 14

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL

| 15

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL

| 16

APEA 1206: PENGANTAR MASALAH SOSIAL

Faktor perceraian. (2010). Harian Metro.
. Buletin Perangkaan Sosial. (2012). Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.
Abd. Rahim Abd.Rashid, Sufean Hussin, Jamludin Tubah,. (2006). Institusi Keluarga
Menghadapi Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distributors Sdn
Bhd.
Abd. Rahim Abd.Rashid, Sufean Hussin, Che Hashim Hassan,. (2006). Krisis&Konflik Institusi
Keluarga. Kuala Lumpur: Utusan Publications&Distributors Sdn Bhd.
Abdul Latif Muda, Rosmawati Ali@Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn.Bhd.
Ahmad Rezuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam :Punca dan
Penyelesaiannya. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Faizah Yunus. (2006). Khidmat Sosial di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Macionis, John. (2010). Social Problem(4th Ed). United States of America: Pearson Education.
Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Shah
Alam, Selangor: Arah Pendidikan Sdn.Bhd.
Wan Ibrahim Wan Ahmad, Andek Masnah Andek Kelawa, Zainad Ismail,. (2007). Intervensi
Masalah Sosial dalam Kekeluargaan Melayu di Malaysia: Pendekatan Kesedaran
Tasawwuf. Malaysian Journal of Social Administration, 4, 59-75.

| 17