UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKU

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Buku Panduan Perlaksanaan
Bengkel 1

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Bengkel 1

Buku Panduan Bengkel 1

Isi Kandungan

Mukasurat

1.0

Pendahuluan

4


2.0

Matlamat

4

3.0

Hasil Pembelajaran

5

4.0

Pentadbiran

5

4.1


Tugas Jawatankuasa

5

5.0

Jenis Projek

6

6.0

Perlaksanaan

6

6.1

Jam Kredit


6

6.2

Pra-syarat Bengkel 1

6

6.3

Pertemuan dengan Penyelia

6

6.4

Tajuk Projek dan Penulisan Cadangan

7


6.5

Kemajuan Projek

8

6.6

Pembetulan Sistem

9

6.7

Penilaian

9

6.8


Pembentangan Akhir

11

6.9

Laporan Akhir

11

6.10 Penyerahan Laporan Akhir
7.0

Kandungan dan Modul

12
12

Copy right reserved


2

Buku Panduan Bengkel 1

Senarai Lampiran

Lampiran 1 - Carta Alir Perlaksanaan Bengkel 1
Lampiran 2 - Format Penulisan dan CD
Lampiran 3 – Borang Kertas Cadangan Bengkel 1
Lampiran 4 - Format Muka Hadapan Laporan
Lampiran 5 - Format Pelekat CD
Lampiran 6 - Format CD Casing

3

Buku Panduan Bengkel 1

1.0


Pendahuluan
Bengkel 1 (BITU 2913) adalah merupakan salah satu matapelajaran yang wajib diambil
oleh pelajar di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) di peringkat Ijazah
Sarjana Muda. Untuk itu, buku ini menyediakan panduan kepada Pelajar yang akan
mengambil matapelajaran ini dan Pensyarah yang akan menyelia dan menilai
perlaksanaan Bengkel 1 di FTMK.

Pelajar yang mengambil Bengkel 1 dikehendaki membangunkan sebuah sistem atau
aplikasi perisian, mendokumen dan seterusnya membentangkan hasil projek yang telah
dibangunkan secara perseorangan.

Pendekatan ini, secara tidak langsung dapat

mendedahkan pelajar dengan proses pembangunan sebuah sistem komputer. Di samping
itu, Bengkel 1 dapat memupuk sikap keyakinan diri sebelum pelajar mengikuti latihan
industri.

Bengkel 1 juga bertujuan untuk melihat keupayaan pelajar dalam mengenalpasti masalah
ke atas sesebuah aplikasi yang akan dibangunkan serta mengkaji kaedah penyelesaian ke
atas masalah tersebut dengan menggunakan kemahiran pengaturcaraan. Penggunaan

perisian dan pangkalan data dalam Bengkel 1 ini akan ditentukan oleh Pelajar dan
disahkan oleh Penyelia. Penilaian pelajar adalah berdasarkan kepada keupayaan mereka
dalam mengaplikasikan teknik pengaturcaraan yang dipelajari dengan menggunakan
perisian yang telah dipilih.

2.0

Matlamat
Matlamat Bengkel 1 adalah untuk menyiapkan diri pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran dalam pembinaan aplikasi serta kemahiran dalam menyelesaikan masalah.
Landasan ini juga digunakan bagi menyediakan pelajar dengan keupayaan untuk
menghubungkait penggunaan pangkalan data ke atas aplikasi yang dibangunkan. Selain
daripada itu, Bengkel 1 juga memberi pendedahan kepada pelajar untuk
mendokumentasikan serta membentangkan hasil akhir projek yang telah dibangunkan
seiring dengan hasrat untuk melahirkan ahli teknologi yang berketerampilan dan
mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi.

4

Buku Panduan Bengkel 1


3.0

Hasil Pembelajaran
Pelajar yang telah selesai mengikuti Bengkel 1, berupaya untuk:
3.1 Mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari khususnya dalam bidang teknik
pengaturcaraan, pembangunan aplikasi dan pangkalan data.
3.2 Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara sistematik.
3.3 Menyampaikan hasil projek secara lisan dan bertulis.

4.0

Pentadbiran
Semua kegiatan yang berkaitan dengan Bengkel 1 dikelolai oleh sebuah jawatankuasa
yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Bengkel 1 FTMK. Jawatankuasa ini terdiri
daripada seorang Pengerusi yang dilantik secara berkala serta wakil pensyarah dari setiap
jabatan di FTMK. Jawatankuasa ini diletakkan di bawah Timbalan Dekan (Akademik)
FTMK yang bertindak sebagai penasihat.

4.1


Tugas Jawatankuasa
Bidang tugas Jawatankuasa Bengkel 1 adalah:
i. Memastikan setiap tajuk memenuhi spesifikasi dan tahap bagi pelaksanaan
Bengkel 1.
ii. Menyelaras skop dan tajuk projek supaya tidak bertindan di antara pelajar.
iii. Menyelaras dan memberi taklimat kepada Pelajar dan Penyelia.
iv. Mengagih tugas penyeliaan kepada tenaga pengajar berdasarkan bilangan dan
beban tugas setiap tenaga pengajar.
v. Mengemaskini borang penilaian Bengkel 1.
vi. Memantau penyeliaan yang dilakukan oleh setiap Penyelia sepanjang Bengkel
1 dilaksanakan.
vii. Menyelaras jadual waktu pembentangan dan pengumpulan markah
keseluruhan bagi setiap pelajar.
viii. Menyelaras gred dan pencapaian pelajar.

5

Buku Panduan Bengkel 1


5.0

Jenis Projek
Secara umumnya, jenis projek yang dibangunkan oleh pelajar di dalam Bengkel 1 ini
adalah pembangunan aplikasi. Projek ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
pelajar dari segi penyediaan penulisan cadangan, menganalisa masalah yang telah
dikenalpasti, merekabentuk penyelesaian masalah yang sesuai, perlaksanaan dan
pengujian aplikasi. Projek yang dipilih pelajar hendaklah sesuai dari segi kompleksiti,
skop dan nilainya kepada pengguna.

6.0

Perlaksanaan
Perlaksanaan Bengkel 1 adalah seperti berikut:

6.1

Jam Kredit
Jumlah kredit yang ditawarkan bagi kursus ini ialah sebanyak 3 jam kredit.
Biasanya kursus ini akan ditawarkan pada semester I mengikut kalender akademik
universiti.

6.2

Pra-Syarat Bengkel 1
Para pelajar yang mendaftar untuk mengambil kursus ini mestilah terlebih dahulu
lulus kursus Teknik Pengaturcaraan (BITP 1113). Asas yang sama digunakan bagi
pelajar kemasukan khas (direct entry) iaitu mestilah terlebih dahulu mendapat
pengecualian kredit bagi kursus Teknik Pengaturcaraan (BITP 1113).

6.3

Pertemuan dengan Penyelia
Pelajar perlu berjumpa dengan Penyelia masing-masing bagi melaporkan kemajuan
yang dicapai pada setiap peringkat pembangunan sistem. Setiap kali pertemuan,
pelajar dikehendaki menghantar item yang telah ditetapkan.Pertemuan Pelajar
dengan Penyelia adalah diwajibkan. Pelajar yang gagal menghadiri sekurangkurangnya 80% dari jam pertemuan yang telah ditetapkan akan memberi kesan
kepada markah keseluruhan kusus ini dan Penyelia berhak untuk mengeluarkan
surat amaran dan seterusnya meletakkan status GAGAL kepada pelajar berkenaan.

6

Buku Panduan Bengkel 1

Pelajar yang mengambil Bengkel 1 dikehendaki membuat pertemuan dengan
penyelia sekurang-kurangnya 6 kali termasuk pembentangan akhir. Pertemuan
yang disarankan ialah seperti berikut:
a)

Minggu ke 2

:Perbincangan Tajuk dengan Penyelia

b) Minggu ke 3

:Penyerahan dan Penilaian Kertas Cadangan

c)

Minggu ke 4-5

: Kemajuan Projek 1

d) Minggu ke 6-7

: Kemajuan Projek 2

e)

Minggu ke 8-12

: Kemajuan Projek 3 (70% disiapkan pelajar)

f)

Minggu ke 14-15

: Pembentangan Akhir dan Penyerahan Laporan

Maklumat lanjut berhubung dengan perlaksanaan Bengkel 1 dan minggu yang
dicadangkan untuk pertemuan Pelajar dengan Penyelia adalah seperti berikut:
Lampiran 1: Carta Alir Perlaksanaan Bengkel 1;
Lampiran 2: Milestone.

6.4 Tajuk Projek dan Penulisan Cadangan
Jawatankuasa Bengkel 1 memberi kebebasan kepada Penyelia untuk menetapkan
tajuk aplikasi yang akan dibangunkan di bawah Bengkel 1. Penyelia perlu
memastikan setiap projek yang dihasilkan oleh Pelajar dibawah seliaan mereka
adalah berbeza.

Penyelia dikehendaki

menghantar

kertas

cadangan

Pelajar

yang telah

ditandatangani kepada Jawatankuasa Bengkel 1. Tarikh akhir bagi penerimaan
kertas cadangan projek oleh Jawatankuasa adalah pada minggu ke-3.

Perbincangan berhubung dengan tajuk projek perlu dijalankan serentak dengan
penulisan cadangan. Dimana penulisan cadangan pelajar adalah berdasarkan
keperluan projek yang telah dibincang dan dipersetujui bersama Penyelia. Kertas
Cadangan Pelajar (rujuk Lampiran 3: Borang Kertas Cadangan Bengkel 1) perlu
mengandungi perkara-perkara berikut:




Tajuk projek yang dicadangkan
Maklumat Pelajar

7

Buku Panduan Bengkel 1






Maklumat projek – ringkasan cadangan eksekutif, latar belakang projek,
objektif projek, skop, kepentingan projek, dan Carta Gantt Aktiviti Projek.
Keperluan perisian dan perkakasan
Akuan Pelajar dan Penyelia

6.5 Kemajuan Projek
Pelajar perlu membentangkan perkembangan projek pada setiap pertemuan dengan
Penyelia. Pertemuan mesti diadakan sekurang-kurangnya 6 kali sepanjang
semester. Pelajar bertanggungjawab untuk mematuhi perkara di para 6.3 kerana
penilaian akan dilaksanakan secara berterusan sehingga pembentangan akhir.

Penilaian akan dilakukan berdasarkan kepada pertemuan berikut:
Pertemuan

Peratus

Markah

Minggu

-

5

3

-

20

5

 Implementasi (Kemajuan Projek 3)

45%

20

7

80%

20

13

 Laporan Akhir

100%

20

14

15

14

Projek
 Penilaian Cadangan

 Analisa (Kemajuan Projek 1)

 Rekabentuk (Kemajuan Projek 2)
 Pembentangan

Lengkap

Pertemuan dan perbincangan berhubung dengan kemajuan projek Pelajar oleh
Penyelia akan dilakukan berdasarkan para 6.3. Penyelia akan membuat penilaian
berterusan dan memberikan markah yang bersesuaian bermula dari Penilaian
Kemajuan Projek 2 dan 3.

Setiap Penyelia dikehendaki untuk menghantar Laporan Penentuan Status
Pelajar pada minggu ke 12, dimana mereka dikehendaki mencadangkan sama ada
Pelajar di bawah seliaan mereka layak untuk meneruskan Bengkel 1 atau
sebaliknya. Pelajar yang layak untuk meneruskan Bengkel 1 mestilah memperolehi
markah diantara 15 hingga 35. Pelajar yang memperolehi markah kurang dari 15
akan dinasihatkan untuk menggugurkan matapelajaran ini.
8

Buku Panduan Bengkel 1

6.6

Pembetulan Sistem
Pelajar perlu menunjukkan prototaip sistem kepada penyelia sebelum membuat
pembentangan akhir di mana sekurang-kurangnya 70% sistem telah siap
dibangunkan. Pelajar bertanggungjawab untuk berbincang dan mencatatkan komen
dan maklumbalas dari Penyelia ke dalam buku log bagi tujuan pembetulan atau
penambahbaikan kepada aplikasi yang dibangunkan. Pelajar yang gagal untuk
membuat pembetulan semasa dinilai dalam sesi pembentangan akhir, dianggap
tidak menyempurnakan projek dan akan dikenakan penalti dari segi penolakan
markah yang setimpal. Sekiranya pembetulan projek melibatkan perubahan yang
besar, pelajar akan diberi tempoh maksimum dua minggu (tertakluk kepada
kalendar akademik UTeM). Selepas tempoh tersebut, pelajar akan dinilai semula
berdasarkan pembaikan yang telah dibuat (di atas budi bicara Jawatankuasa).

6.7

Penilaian
Lapan kriteria yang akan dinilai di dalam melaksanakan Bengkel 1 ini adalah
seperti berikut:
CadanganProjek

5%

Analisa (Kemajuan Projek 1)

20%

Rekabentuk (Kemajuan Projek 2)

20%

Implementasi (Kemajuan Projek 3)

20%

Pembentangan (Penyelia dan Penilai)

20%

Laporan Akhir (Penilai)

15 %

Penyelia dan Penilai akan menilai pembentangan akhir dan hasil projek pelajar.
Wajaran markah adalah seperti berikut:

Item Penilaian

Penyelia

Penilai

Jumlah
Markah

1. Cadangan Projek

5

-

5

2. Analisa (Kemajuan Projek 1)

20

-

20

3. Rekabentuk (Kemajuan Projek 2)

20

-

20

4. Implementasi (Kemajuan Projek 3)

20

-

20

5. Pembentangan

10

10

20

9

Buku Panduan Bengkel 1

6. Laporan Akhir
Jumlah Markah

6.8

75

15

15

25

100

Pembentangan Akhir
Pada hari pembentangan akhir, Pelajar perlu membentangkan hasil projek di
hadapan Penyelia dan Penilai. Pelajar dinasihatkan untuk menerangkan perkara
yang penting dan berkaitan sahaja ketika pembentangan. Perkara-perkara yang
perlu dibentangkan oleh pelajar adalah:


6.9



Latar belakang projek



Pernyataan masalah



Objektif dan skop



Implementasi sistem (demonstrasi)
Kesimpulan, limitasi dan cadangan

Laporan Akhir
Laporan akhir mestilah dihantar dalam bentuk berjilid beserta CD yang
mengandungi hasil kerja dan laporan akhir. Pelajar hendaklah merujuk panduan
penulisan laporan akhir (rujuk Lampiran 4: Format Penulisan Laporan Akhir dan
CD). Pelajar perlu menulis Laporan Akhir mereka dalam Bahasa Inggeris dan
menjadi tanggungjawab pelajar untuk memastikan penggunaan struktur ayat dan
tatabahasa yang betul dalam penulisan laporan. Ketebalan laporan mestilah tidak
melebihi 30 mukasurat termasuk lampiran.

Kandungan laporan akhir projek adalah seperti berikut:
i.

Pengenalan: Pelajar mestilah menunjukkan bahawa kefahaman tentang teori
yang digunakan dalam projek (tidak melebihi 10% daripada kandungan
laporan).

ii.

Pernyataan

masalah/Objektif/Skop:

Pelajar mestilah menyatakan

pernyataan masalah, objektif dan skop yang bersesuaian dengan projek yang
dilaksanakan (tidak melebihi 10% daripada kandungan laporan).
iii.

Kandungan teknikal: Pelajar mestilah melaporkan pendekatan, rekabentuk
dan pembangunan sistem yang bersesuaian, hasil akhir yang diperolehi

10

Buku Panduan Bengkel 1

dibandingkan dengan objektif, keputusan, kesimpulan, ciri-ciri kreatif dan
inovatif (sekurang-kurangnya 80% daripada kandungan laporan).
iv.

Persembahan: Pelajar mestilah menghasilkan laporan yang lengkap dan
mematuhi garis panduan format penulisan.

6.10 Penyerahan Laporan Akhir
Penyerahan Laporan Akhir yang dijilid mestilah dibuat pada hari pembentangan
akhir. Pelajar perlu menyediakan dua salinan laporan akhir (1-Penyelia, 1-Penilai)
bersama-sama CD yang mengandungi sistem dan juga softcopy laporan akhir yang
lengkap. Kegagalan pelajar mengemukakan laporan akhir berjilid beserta CD pada
masa yang ditetapkan akan menyebabkan:
- penalti penolakan markah yang setimpal
- keputusan pelajar akan digantung sehingga item berkenaan dihantar.

Penyelia atau Jawatankuasa Bengkel 1 berhak menukar markah penilaian sekiranya
laporan akhir dan sistem yang dibangunkan tidak memenuhi keperluan pembetulan
sepertimana yang dikehendaki.

7.0

Kandungan dan Modul
Bermula daripada Semester 1 sesi kemasukan 2013/14, aplikasi yang dibangunkan di
dalam Bengkel 1 adalah menggunakan bahasa pengaturcaraan dan perisian pangkalan
data yang dipilih dengan persetujuan Penyelia.

Modul utama yang mesti dibangunkan dan akan dinilai di dalam sistem iaitu:
1.

Logic Programming

2.

Complexities of Calculation

3.

Report Generation

11

Buku Panduan Bengkel 1

Lampiran 1: Carta Alir Perlaksanaan Bengkel 1
BITU 2913 Sem 1 Sesi 2013/2014

MULA

Perbincangan / Pengesahan Tajuk dan Sinopsis
(antara penyelia dan pelajar)
M2 -M3
Penilaian proposal (Penyelia) – M3

Tidak

Tajuk
Diterima?

Ya
Perbincangan / Pengesahan analisa masalah,
pecahan masalah dan carta struktur pecahan masalah
(antara penyelia & pelajar)
M4 – M5
Penilaian progres 1 (Penyelia) – M5

Tidak

Analisa
Diterima?

Ya
Perbincangan / Pengesahan rekabentuk penyelesaian
masalah (cartalir, kod-pseudo, ERD ringkas dan
kamus data (antara penyelia & pelajar)
M6 – M7
Penilaian progres 2 (Penyelia) – M7

Tidak

Rekabentuk
Diterima?

Ya
Perbincangan / Pembangunan aplikasi (antara
penyelia & pelajar)
M8 – M12
Penilaian progres 3 (Penyelia) – M12
Penentuan status pelajar

Pembentangan Akhir (antara pelajar, penilai &
penyelia)
Penilaian pembentangan (Penilai) - M14

Hantar laporan akhir (antara pelajar & penilai)
Penilaian laporan Bengkel 1 (Penilai) – M15

Tamat

12

Buku Panduan Bengkel 1

Lampiran 2: Format Penulisan dan CD
Di akhir Bengkel 1, sebelum hari pembentangan, pelajar hendaklah menghantar dua (2) item
utama iaitu Laporan Bengkel 1 dan CD.
Laporan Bengkel 1
a) Hendaklah dicetak dalam dua (2) salinan; satu (1) salinan diserahkan kepada penyelia
dan satu lagi kepada penilai.
b) Muka hadapan laporan hendaklah mengikut format seperti di dalam Lampiran 5.
c) Laporan hendaklah dijilid menggunakan penjilidan pita (tape binding) dengan alas
plastik diletakkan pada bahagian hadapan laporan.
d) Format kandungan laporan :








Menggunakan font Times New Roman, saiz 12, line spacing 1.5
Mempunyai nombor mukasurat pada bahagian bawah sebelah kanan pada
setiap mukasurat.
Mempunyai kandungan (table of content)
Mengandungi tajuk-tajuk berikut:
Chapter 1:
Pengenalan: mengandungi pernyataan masalah & latar belakang projek,
Objektif (3 sahaja), dan Skop
Chapter 2:
Analisa Masalah: mengandungi keterangan terperinci masalah (Detailed
description of the problem) termasuk penguraian masalah (problem
decomposition) dan carta struktur (structured chart)

Chapter 3:
Rekabentuk: mengandungi Cartalir atau kod-pseudo, ERD, kamus data, dan
rekabentuk antaramuka.
Chapter 4:
Implementasi: menerangkan elemen-elemen teknik pengaturcaraan seperti
function, array, selection, control, array dan pointer secara terperinci, termasuk

konvensyen nama yang bersesuaian yang dibuat untuk memudahkan penilai
membaca dan memahami aturcara dan juga bagaimana error-handling
dilaksanakan oleh pelajar

13

Buku Panduan Bengkel 1

Chapter 5:
Kesimpulan (termasuk kekangan dan cadangan pembaikan)
CD
a) Semua fail-fail projek yang terlibat hendaklah dimasukkan ke dalam CD. Kandungan
dalam CD tersebut adalah seperti berikut:






Folder Aplikasi : Mengandungi aplikasi yang dibina termasuk kod sumber dan
pengkalan data
Folder Laporan : Mengandungi laporan akhir
Fail readme.txt : Mengandungi kaedah/tatacara untuk instalasi aplikasi

b) CD disediakan sebanyak dua (2) salinan; satu (1) salinan untuk penyelia dan satu(1)
salinan lagi untuk fakulti (kedua-duanya perlu diserahkan kepada penyelia selewatlewatnya pada hari pembentangan). Pelajar perlu menyediakan satu lagi salinan CD
tambahan sekiranya diminta oleh penilai.
c) Permukaan CD hendaklah dilabel mengikut format seperti dalam Lampiran 4.




Menggunakan pelekat berwarna putih
Dicetak menggunakan warna hitam sahaja

d) Label hadapan CD casing juga perlu mengikut format seperti dalam lampiran 5






Menggunakan kertas berwarna putih
Dicetak menggunakan warna hitam sahaja.
Sarung plastik yang digunakan adalah seperti berikut :
o berlubang tepi (untuk tujuan pemfailan)
o tidak berwarna (clear ).
o bersaiz CD biasa (bukan saiz DVD)

14

Lampiran 3: Borang Kertas Cadangan Bengkel 1

BITU 2913

Kod Projek :

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
FACULTY OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY

WORKSHOP 1
PROPOSAL FORM
[Incomplete form will be rejected]

A

TITLE OF PROPOSED PROJECT:
Tajuk projek yang dicadangkan :

B
B(i)

DETAILS OF STUDENT / MAKLUMAT PELAJAR
Name of Student: Identity card no.:
Nama Pelajar:No. Kad Pengenalan :

Student matric no.:
No. Matrik Pelajar :

B(ii)

Correspondence Address :
Alamat Surat Menyurat :

B(iii)

Course:
Kursus:
BITC

B(iv)

Home Telephone No.:
No. Telefon Rumah:
Handphone No.:
No. Telefon Bimbit:

B(v)

BITD

E-mail Address:
Alamat e-mel:

BITE

BITI

BITM

BITS

BITZ

Buku Panduan Bengkel 1

C
C(i)

PROJECT INFORMATION / MAKLUMAT PROJEK
Duration of this project:
Tempoh masa projek ini:
Duration: ________________
Tempoh :
From
Dari

: _________________
:

To
: ________________
Hingga :

C(v)

Executive Summary of Project Proposal (maximum 300 words)
(Please include the background of project, problem statements, objectives, scope and project significance
from the project)
Ringkasan Cadangan Eksekutif Projek (maksima 300 patah perkataan)
(Meliputi latar belakang projek, penyataan masalah, objektif dan kepentingan projek)

C(vi)

Detailed proposal of project:
Cadangan maklumat projek secara terperinci:
(a) Project background including Introduction and Problem Statements
Keterangan latar belakang projek termasuk pengenalan dan penyataan masalah.
1. Introduction
2. Problem Statements

(b) Objective (s) of the Project
Objektif Projek
Example /Contoh:
This project embarks on the following objectives:
1. To develop and design ...
2. To assess …
3. To make recommendations based on ...

Buku Panduan Bengkel 1

(c) Scope
Skop
1. Module to be developed
2. Target User

(d)

Project Significance
Kepentingan projek
1. Motivation and inspiration for the project.

(e)

D

Gantt Chart of Project Activities
Carta Gantt Aktiviti Projeck

REFERENCES
State your references

E

ACCESS TO EQUIPMENT AND MATERIAL (PLEASE LIST IN DETAIL) / KEMUDAHAN SEDIA
ADA UNTUK KEGUNAAN BAGI PROJEK INI (SILA SENARAIKAN DENGAN TERPERINCI)
University
Universiti

Example / Contoh:
Software:
ER Assistant, Microsoft Visual C++, Microsoft
Visual Basic, Microsoft Access

Other Sources or Places
Lain-lain tempat/sumber

Buku Panduan Bengkel 1

F (i)

Declaration by student/ Akuan Pelajar

Date :
Tarikh :

F (ii)

Student’s Signature :
Tandatangan Pelajar : ___________________________

Recommended by the Supervisor
Perakuan oleh Penyelia

Please tick ( √ ) in the appropriate box
Sila tandakan ( √ ) dalam kotak yang berkenaan
Recommended:
Diperakukan:
A. Highly Recommended
Sangat Disokong
B.

B. Recommended
Disokong

C.

C. Not Recommended (Please specify reason)
Tidak Disokong (Sila Nyatakan Sebab)

General Comments:
Ulasan umum:

Supervisor’s Name:
Nama Penyelia:

Supervisor’s Name Here
Signature:

Tandatangan:

Date:
Tarikh:

F(iii)

DD-MM-2016

Comments/ Feedbacks from the Committee of Workshop 1
Komen/ Maklumbalas daripada Ahli Jawantankuasa Bengkel 1

Buku Panduan Bengkel 1

Lampiran 4

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

W O R K S H O P
R E P O R T

Name
Matric Numbers
Course
Project Title
Cluster
Supervisor
Assessor

1

Lampiran 5

BITD
BITU 2913 Workshop I

Sem 1
2013/2014

Muhammad Kamal Arif
B030910010
Bus Ticketing System
Tuah Travel

BITD
BITU 2913 Workshop I

Sem 1
2013/2014

Muhammad Kamal Arif
B030910010
Bus Ticketing System
Tuah Travel

Lampiran 6

BITD
Muhammad Kamal Arif
B030100111
Sem 1 2013/2014

BITU2913 Workshop I

Hadapan
*Penggunaan gambar
adalah tidak wajib
(tajuk sahaja sudah
memadai)

Bus Ticketing System
Tuah Travel

Belakang

BITU2913 Workshop I
Supervisor :
En. Ahmad Shaarizan Shaarani

Evaluater :
En. Yahya Ibrahim