Emperialisma Colonialisma di Vietnam ole

1.0

PENGENALAN

LATARBELAKANG VIETNAM DAN PERANCIS

2.0

SETUJU

ATAU

TIDAK

TENTANG

KEUNTUNGAN

HANYA

KEPADA


PERANCIS DAN SEBILANGAN GOLONGAN KAYA VIETNAM.
2.1

PENTADBIRAN PERANCIS

Dalam pentadbiran Perancis, ianya melibatkan cara pentadbiran secara langsung yang
mana ianya melibatkan asimilasi dan kesatuan1. Dalam pendekatan polisi kolonisasi
Perancis di Vietnam, ianya menekankan tentang kesaksamaan, persaudaraan dan
kebebasan yang seharusnya diaplikasikan kepada sesiapa yang berbangsa Perancis,
tanpa mengira bangsa mahupun warna kulit. Dalam proses asimilasi ini, ianya telah
ditekankan pada masa pentamadunan terhadap orang gasar. Ianya boleh dikatakan
sebagai proses peralihan bangsa dalam menjadikan orang bukan Perancis menjadi
orang Perancis. Dalam aspek kesatuan pula, ianya melibatkan kerjasama antara
golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah, yang mana dua-dua pihak ini
memainkan peranan masing-masing dalam membangunkan negara. Kesatuan ini
bukannya bermaksud dalam menjadikan kesemua bangsa menjadi satu bangsa atau
identiti, ianya hanya bertujuan dalam tindakan yang hanya melibatkan kerjasama
antara golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Dalam pentadbiran perancis juga, ianya menekankan konsep kolonialism, iaitu

menjajah kawasan atau negara yang lemah dan menjadikannya sebagai sumber untuk
mendapatkan sumber ekonomi yang diinginkan. Dalam aspek ini, dalam pembangunan
pusat kolonisasi di Vietnam, ianya memisahkan kawasan Vietnam kepada dua iaitu

1

“French Policy” dalam http://stmarys.ca/~wmills/course317/4French_Policies.html diakses pada 21 Mac 2013.

kawasan utara dan selatan Vietnam 2. Dalam era kolonisasi perancis ini, ianya
memperkenalkan sistem pertanian atau sistem perladangan yang menjadikan orang
Vietnam sebagai tenaga buruh bagi membangunkan tanah tersebut. Walaupun
kebanyakannya mempunyai tanah untuk dibangunkan, namun ianya dalam plot yang
kecil dan ada diantaranya merupakan tanah bagi sebilangan orang kaya Vietnam 3.
Apabila Perancis menguasai Vietnam, ianya memecahkan Vietnam kepada tiga
daerah iaitu Kawasan Utara (Tonkin), Kawasan Tengah (Annam) dan Kawasan Selatan
(Cochinchina), yang mana peraturan kolonisasi Perancis lebih kepada penindasan
secara

politik


dan

pengekploitasian

melalui

ekonomi4.

Perancis

mengasaskan

perladangan getah dan barangan agrikultur yang lain bagi memenuhi keperluan
pasaran. Indochina dikenali sebagai Koloni berkepentingan ekonomi oleh Kerjaan
Perancis. Pembiayaan bagi Kerajaan Koloni bermula dengan mengenakan cukai
terhadap penduduk tempatan dan kerajaan Perancis mengasaskan perdagangan hampir
monopoli terhadap barangan Opium, Garam dan Arak Beras 5. Barangan dagangan itu
menjadi 44% sumber pendapatan bagi perbelanjaan kerajaan koloni pada tahun 1920
namun mula menurun kepada 20% pada 1930 kerana kepelbagaian ekonomi. Bank
Utama Koloni merupakan Banque de l’Indochine yang diasaskan pada 1875 dan

bertanggungjawab dalam penempaan mata wang koloni. Iany menjadi bank kedua
yang paling banyak pelabur pada tahun 1940 selepas Algeria dengan pelaburan
sebanyak 6.7 milion Francs6.
2.1

PENTADBIRAN PERANCIS

Pada awal tahun 1930, perancis mula mengekploitasi Vietnam untuk bahan mentah dan
untuk mempelbagaikan sumber ekonomi koloni. Cochinchina, Annam dan Tonkin
menjadi sumber perdagangan teh, beras, kopi, lada, arang, zink dan tin sementara

2

“French Colonialism in Vietnam” dalam http://www.fsmitha.com/h2/ch14viet.htm diakses pada 20 Mac 2013.

3

Ibid

4


Federal Research Division, 2005, Vietnam, Library of Congress, hlmn 3
Daughton J.P, 2011, Behind the Imperial Curtain: International Humanitarian Efforts and the Critique of French Colonialism in the
Interwar Years, Versailles; French Historical Studies, hlmn 503-528
6
Tucker S. C, 1999, Vietnam, Kentucky; University Press of Kentucky, hlmn 29.
5

cambodia menjadi pusat untuk tanaman padi dan lada. Hanya Laos sahaja yang tidak
mempunyai ekonomi yang berdaya saing walaupun pembalakan dijalankan di sana
dalam skala yang kecil7.
Pada masa yang sama, bidang automibil yang semakin meningkat menjadikan
Indochina (Vietnam) menjadi pengeksport getah, dan tanaman dilaksanakan di
sepanjang tanah koloni terutamanya di Annam dan Cochinchina. Ini menjadikan banyak
pelabur yang melabur ke Vietnam kerana getah yang dihasilkan terutamanya syarikat
Michelin. Disebabkan pelaburan yang semakin meningkat ini menjadikan perancis
membuka kilang yang menghasilakn tekstil, rokok, bir dan simen yang kemudiannya
diekspot keseluruh empayar Perancis.
2.2


DASAR YANG DIJALANKAN

Salah satu dasar dalam membangunkan ekonomi Vietnam adalah dengan mengajar
kebudayaan Perancis kepada masyarakat Vietnam. Sebelum tahun 1920 lagi, Perancis
telah memberikan sistem persekolahan dalam mendidik orang Vietnam untuk berbicara
dalam bahasa Perancis dan juga membentuk budaya Perancis dalam diri pelajar dan
remaja Vietnam8. Ianya juga merupakan salah satu syarat untuk menyertai sistem
pentadbiran kolonisasi Perancis. Gangguan besar terhadap ekonomi perancis. Aktiviti
pertanian sara diri telah digantikan dengan ekonomi pasaran.
Di bawah pemerintahan kolonisasi Perancis, terdapat dasar yang menghalang
orang Vietnam untuk menjelajah ke kawasan luar dari daerah mereka sendiri tanpa
pengenalan diri dan juga dilarang untuk berjumpa untuk menjalankan aktiviti sosial.
Ianya diimplementasikan oleh Polis Kolonial berdasarkan kerjasama Kerajaan Perancis

7
8

Mason C, 2005, A Short History of Asia (2nd ed), New York; PALGRAVE MACMILLAN, hlmn 281.
“French Colonialism in Vietnam” dalam http://www.fsmitha.com/h2/ch14viet.htm diakses pada 20 Mac 2013.


dan Agen Vietnam. Kesalahan yang dilakukan itu boleh menyebabkan pelaku
dipenjarakan atas budi bicara Majistret Perancis 9.
Pada tahun 1930, lebih dari 80 peratus sawah padi di Cochinchina dimiliki oleh
25 peratus Tuan Tanah, dan 57 peratus di kawasan luar bandar merupakan petani tidak
bertanah yang bekerja di kawasan estet. Walaupun di keadaan di kawasan Utara agak
baik, namun petani yang tidak mempunyai tanah di kawaan Annam mempunyai jumlah
sebanyak 800, 000 dan di Tonkin hampir kepada 1 Juta. Cukai yang tinggi dan bunga
pinjaman yang tersangat tinggi menyebabkan beban kepada petani ini semaikn
bertambah

kerana ketidakupayaan

dalam menanggung

cukai tersebut

kerana

kehidupan yang miskin dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Lebih dai 90
peratus ladang getah dimiliki oleh Perancis. Dua pertiga lombong batu arang di Vietnam

dieksport ke negara-negara yang lain yang mana jumlah eksport mencapai 2 juta tan
pada tahun 1927. Sektor pembuatan terhad kepada simen dan tekstil, yang mana
sebahagiannya menjadi keperluan bagi Perancis sendiri. Kilang-kilang kapal dan senjata
dibina ketika Dinasti Nguyen dirobohkan ketika zaman koloni Perancis. Kebanyakan
industri Kraf selamat, namun begitu ianya dihasilkan seiring dengan standard barangan
Perancis menjadikan barangan tersebut hanya mapu untuk dibeli oleh pihak Koloni
Perancis dan Orang Kaya Vietnam10.
2.3

KESAN PENTADBIRAN

Terdapat gangguan besar terhadap ekonomi perancis. Aktiviti pertanian sara diri telah
digantikan dengan ekonomi pasaran 11. Barang-barang yang dihasilkan adalah untuk
dijual dan untuk mendapatkan keuntungan. Hal ini menyebabkan kebanyakkan
penduduk kampung tidak mempunyai tanah dan menjadi pekerja yang berkerja di
ladang-ladang besar, lombong dan kilang yang dimiliki oleh orang-orang perancis atau

“Colonial Administration” dalam http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@field(DOCID+vn0027) diakses pada 21 Mac
2013.
10

“Colonial Administration” dalam http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@field(DOCID+vn0027) diakses pada 21 Mac
2013.
11
Philipe Devillers, Histoire du Vietnam de 1940 a 1952. Paris 1952.
9

Indochina yang kaya12. Manakala Indochina di bwh pentadbiran Vietnam mempunyai
sumber seperti getah, beras sutera dan mineral. Hasil jualan barangan ini member
keuntungan kepada Perancis. Sebagai balasannya mereka mendapat kemudahan
seperti jalan

perhubungan

yang

baik, pendidikan

barat

dan


aktiviti industri

diperkenalkan13. Selain itu, para petani yang bekerja di bawah Perancis dikera untuk
bekerja melebihi 12 jam dan ada yang kepenatan dan ada juga yang mati14. Ada juga
perkara hukum menghukum yang mana petani atau pekerja yang tidak mencukupi
kuota pengeluaran pada hari tersebut akan dihukum dan ada juga terpaksa lari kerana
tidak sanggup untuk bekerja dengan keadaan yang sedemikian15
Ekonomi memberi keuntungan kepada Perancis. Sebagai contoh beras yang
merupakan makanan utama tidak mencukupi bagi rakyat tempatan. Kebanyakkannya
dieksport di luar Negara16. Orang Vietnam telah dibuat untuk berasa rendah diri di
Negara merka sendiri. Ditulis oleh seorang Nasionalis pada 1908 17. “Sama ada dalam
surat khabar, atau surat, atau perbualan, Perancis sentiasa memegang kami dalam
kebencian dan penghinaan. Mereka menganggap kita bukan semata-mata sebagai liar,
tetapi sebagai anjing dan babi. Bukan sahaja mereka tidak melayan kita sebagai sama,
tetapi kepada mereka kita adalah sesuatu yang kotor dan busuk, perlu dielakkan.”
Penjajahan Perancis mempunyai kesan yang teruk terhadap sistem pemilikan tanah
kepada penduduk Vietnam. Hal ini menyebabkan system pemilikan tanah berlaku
secara tidak seimbang. Ianya membentuk golongan kelas kaya dan pemilik tanah yang
tamak iaitu berbangsa perancis mahupun Vietnamese katolik18.

Sewa tanah yang dikenakan kepada penduduk mencecah kepada 60% daripada
hasil tanaman mereka untuk setahun dan pinjaman mereka pada kadar bunga purata
sebanyak 70% terutama kepada mereka yang bekerja sebagai petani yang menjadi

12

Ibid
Nguyen Khac Vien, Histoire du Vietnam, editions socials, Paris, 1974.
14
Mason C, 2005, A Short History of Asia (2nd ed), New York; PALGRAVE MACMILAN, hlmn 281.

13

15
16

Ibid

Philipe Devillers, Histoire du Vietnam de 1940 a 1952. Paris 1952.
Joseph Buttinger, Vietnam : A Dragon Embattled, Phaidon Press, Oxford. 1967.
18
Joseph Buttinger, Vietnam : A Political History. Praeger, New York 1968.
17

penyewa tanah. Akibatnya ada petani yang menjadi hamba19. Sesetengah petani
berpindah ke Bandar menjadi buruh kasar. Buruh-buruh inilah yang menjadi rakyat
jelata yg akhirnya menjadi satu ancaman besar kepada kuasa perancis 20.
Pada Tahun 1907, kerajaan jepun cuba utk berbincang tentang tarif yg sesuai
utk eksport ke indochina, namun gagal kerana sistem proteksinism diasaskan pada
1928 apabila berlakunya peningkatan dalam tarif barangan jepun dan china21. Perancis
dan jepun mencapai persetujuan pada pertengahan 1932 tentang perdagangan antara
jepun dan Indochina tetapi merosot pada penguhujung 1940-an22. Pada awal hubungan
pasca-perang antara Jepun dan Indochina, perancis menuntut pampasan yang
berjumlah $2 bilion untuk Vietnam sahaja, namun setelah perbincangan mencapai
persetujuan, kerajaan Vietnam menerima sebanyak $55.6 Juta dalam pampasan,
pinjaman kerajaan dan pinjaman kerjasama ekonomi peribadi. Impak Peperangan
Vietnam terhadap ekonomi Jepun menyebabkan Jepun memperoleh sebanyak $292
milion pada 1967 dan meningkat kepada $467 Juta tiga tahun kemudian 23. Semasa
zaman koloni Perancis, etnik Cina memegang jawatan tinggi dalam hampir kesemua
sektor ekonomi terutamanya dalam perniagaan borong dan runcit dan perdagangan
beras terutamanya di kawasan selatan 24. Pada tahun 1925, terdapat 5,000 pegawai
Eropah yang dibawa masuk ke dalam Vietnam untuk memerintah.

19

Ibid.
Ibid.
21
Mendl W (Ed.), 2001, Japan and South East Asia, London; Routledge Taylor & Francis Group, hlmn 410.
22
Ibid, hlmn 411.
23
Ibid, hlmn 413.
24
Mackerras C (Ed.), 2003, Ethnicity in Asia, London; Routledge Taylor & Francis Group, hlmn 120.
20