UNTUK MENJADI PENULIS SKRIP TV MESTI ADA

UNTUK MENJADI PENULIS SKRIP TV: MESTI ADA VISI DAN MISI1
Oleh: Wiramanja
Dalam diri manusia terlalu banyak pengalaman yang perlu dikongsi
oleh orang lain.

Setiap manusia ingin menceritakan kehebatan,

keunikan, keajaiban dan pelbagai lagi mengenai diri mereka. Mereka
meluahkan perasaan ketika berkomunikasi dalam interaksi sosial.
Dalam setiap interaksi sosial ini berlakunya penyebaran maklumat
kepada manusia lain sambung-menyambung.

Apabila membicarakan

mengenai komunikasi ianya adalah satu cara individu perhubungan
yang sangat umum.
Perhubungan manusia dalam mengerakkan komunikasi adalah
sangat luas. Pengucapan melalui mulut ke mulut iaitu perbualan yang
boleh menerbitkan satu kefahaman di antara satu dengan adalah
komunikasi. Banyak takrifan mengenai komunikasi mengikut konteks
kesarjanaan seseorang tetapi komunikasi dapat difahami oleh umum

sebagai perhubungan yang berlaku di antara orang perseorangan dan
orang banyak.
Untuk melibatkan bidang komunikasi secara luas banyak perincian
untuk diperjelaskan. Namun, komunikasi yang ingin dipaparkan dalam

1

Artikel ini adalah petikan sebahagian daripada buku Wiramanja @ A.Rahman A.
Hanafiah “Teater dari Titik Kosong”. Belliau adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem,
Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA, Puncak Perdana, Shah Alam. djwiramanja.blogspot.com. Emel: wiramanja@msn.com

Wiramanja™ Hakcipta Terpelihara © 2004

1

buku ini adalah berkaitan komunikasi membabitkan bidang penulisan.
Media massa adalah secara umum bagi pengertian komunikasi yang
mana terdapat dua gugusan iaitu media elektronik dan media cetak.
Media elektronik adalah bermacam-macam, umpamanya radio, tv,
internet, dan pelbagai lagi.


Media cetak pula, terdiri daripada

suratkhabar, buku, majalah dan lain-lain.
Dalam kedua-dua gugusan media massa ini memerlukan bidang
penulisan.

Bidang penulisan sangat luas untuk dimengertikan oleh

seseorang kerana mencakupi pelbagai genre yang terdapat di
dalamnya. Genre penulisan adalah seperti penulisan cerpen, novel,
puisi dan lain-lain. Genre penulisan ini mempunyai pelbagai bentuk
iaitu penulisan berbentuk prosa dan pelbagai lagi.

Kesemuanya ini

adalah genre penulisan. Dalam bab ini memaparkan apakah bidang
penulisan skrip dalam genre penulisan itu sendiri?
Umum mengetahui bahawa penulisan skrip adalah pemindahan
daripada teks prosa kepada dailog. Teks prosa yang di dalamnya

terdapat satu penulisan yang panjang memaparkan kisah secara
naratif.

Cerpen dan novel adalah satu contoh penulisan naratif.

Banyak pengertian mengenai naratif tetapi dalam bab ini menerangkan
secara ringkas mengenainya. Sebagai contoh, Zaidi seorang pekerja
yang cekap dalam satu jabatan kerajaan.

Pada satu hari beliau

dimarahi oleh ketua. Kemarahan ketuanya itu tidak dapat diterima

Wiramanja™ Hakcipta Terpelihara © 2004

2

oleh Zaidi kerana dia telah menjalankan tugas yang sepertinya.
Apabila satu di rumah, Zaidi tidak dapat melupai peristiwa tersebut.
Begitu juga ketuanya, apabila sampai di rumah dia mula menyedari

kesalahannya memarahi Zaidi.
Zaidi adalah seorang pekerja yang didekasi sememangnya tidak
layak dimarahi. Jika Zaidi ada membuat kesilapan, perkara itu boleh
diselesaikan dengan perbincangan tetapi bukan sebaliknya.

Pada

malam itu Zaidi bermimpi dia bergaduh dengan ketuanya. Pergaduhan
itu sangat serius yang menyebabkan Zaidi tertekan setelah tersedar
daripada mimpinya itu. Ketika Zaidi mandi, dia terdengar deringan
taliponnya dan bergegas mendapatkannya.

Apabila mengangkat

gegang talipon, dengan mendengar suara ketuanya meminta maaf
kerana kesilapannya. Zaidi menerima segala itu sebagai asam garam
kehidupan sebagai seorang pekerja.

Dia memahami tugas ketuanya


terlalu berat kadangkala menyebabkan emosi bertindak luarbiasa.
Nah!

itulah yang dikatakan naratif yang membawa rentetan

peristiwa sambung-menyambung sehingga ada kesudahannya. Naratif
juga ditulis dalam bentuk prosa iaitu penggunaan ayat-ayat yang
panjang sebagaimana dalam cerpen dan novel.

Namun, penulisan

skrip amat berbeza kerana lebih memapar sesebuah kisah dalam
bentuk dailog dan arahan tertentu. Dalam dailog ianya bermula
dengan penceritaan berbentuk naratif.

Wiramanja™ Hakcipta Terpelihara © 2004

3

Seseorang melihat rakan-


rakannya sedang bercakap-cakap ataupun berbual.

Itu adalah

pengucapan yang berbentuk dailog.
Pergerakan seseorang seharian, daripada mula dia bangun tidur,
pergi mandi dan menulaikan solat subuh. Kemudian pergi joging
ataupun bersenam. Seterusnya mengambil sarapan sambil membaca
suratkhabar.

Seterusnya mengemas diri untuk ke pejabat.

Dalam

perjalanan ke pejabat bermacam peristiwa yang dihadapinya dan
seterusnya. Pergerakan inilah akan ditukarkan menjadi satu paparan
berbentuk penulisan skrip.
Bayangkan pergerakan itu, dapati digambarkan menerusi visual
sebagaimana seseorang dapat melihat dalam screen televisyen. Jadi,

pengerakan itu dilakarkan mengikut format skrip yang diarahkan oleh
seorang pengarah, digambarkan oleh seorang jurukamera dan watak
itu dilakonkan. Kesemua ini memerlukan satu skrip yang ditulis oleh
seorang penulis skrip. Setiap perlakuan dan perbuatan manusia dalam
dunia ini boleh ditulis semula menjadi satu skrip yang boleh dilakonkan
mengikut watak-watak manusia itu.
Pengalaman manusia dalam kehidupan mereka dapat dilakarkan
dalam bentuk skrip.

Setelah itu digambarkan melalui skrip itu,

makanya itulah drama kehidupan.

Iaitu rencah kehidupan manusia

yang diadun sedemikian rupa dalam penulisan skrip untuk dijadikan

Wiramanja™ Hakcipta Terpelihara © 2004

4


satu bahan pemindahan kepada audio dan visual. Audio iaitu benda
yang boleh didengar seperti suara, muzik, latarbelakang bunyian dan
lain-lain, manakala visual adalah benda yang boleh diterjemahkan
melalui gambar yang bergerak ataupun statik.
Kefahaman

seseorang

mengenai

drama

amatlah

terbatas.

Keterbatasan ini ada pada diri individu itu sendiri sebagai contoh usia
dan


pendidikan.

Peringkat

usia

penterjemahan pemahaman drama

seseorang

akan

membuat

yang ditonton amat berbeza.

Seorang yang sudah tua usianya akan membuat penafsiran berbeza
dengan para remaja. Begitu juga kanak-kanak yang menonton sebuah
drama, tidak kira drama tv ataupun teater.


Mereka tidak dapat

membuat penafsiran yang sama dengan usia manusia yang jauh
berbeza dengan mereka.
Pendidikan seseorang juga boleh membezakan penafsiran ataupun
penterjemahan sesebuah drama.

Individu yang terdedah dengan

pendidikan tinggi sudah tentu membuat penafsiran berbeza dengan
mereka yang kurang berpendidikan. Tahap pendidikan membezakan
penilaian mereka terhadap sesuatu. Mereka yang memiliki pendidikan
tinggi biasanya mengukur mengikut kacamata logik akal.

Kacamata

logik akal ini berdasarkan gabungan ilmu dan kematangan pemikiran
mereka. Pengukuran mengikut landasan emosi sahaja tidak berupaya
mengupas mesej sebenar sesebuah drama.


Wiramanja™ Hakcipta Terpelihara © 2004

5

Umpamanya, sebuah visual diperlihatkan kepada dua golongan ini
iaitu sebuah rumah papan yang sudah reput dan uzur serta tidak
berpenghuni.

Golongan

pertama

apabila

melihat

visual

itu

mengatakan rumah itu dimiliki oleh keluarga yang susah kehidupannya,
manakala golongan kedua melihat visual sebagai rumah itu dibiarkan
kosong tanpa jagaan kerana penghuninya sudah berpindah ke tempat
lain. Rumah itu reput dan uzur kerana ditinggalkan begitu lama tanpa
jagaan.

Barangkali juga, penghuninya sudah tiada dan anak-anak

mereka

telah

merantau

membawa

diri

masing-masing

hidup

berkeluarga. Sesungguhnya, sebuah visual memberikan seribu makna
kepada seseorang dan terpulanglah untuk dimengertikan.
Ini merupakan satu peringkat pemahaman individu terhadap
sebuah visual. Justeru, sebuah visual tanpa skrip ataupun penerangan
bertulis atau suara akan memesong pemahaman individu.

Individu

yang lahir di dunia mempunyai pemikiran yang berbeza di antara satu
dengan lain.

Perbezaan yang nyata adalah pemikiran negatif dan

positif mereka menerima paparan sesebuah drama. Agak sukar untuk
seseorang penulisan memberi kefahaman yang maksimum kepada
audiens apabila melihat drama karyanya. Sesebuah skrip drama yang
dihasilkan juga memerlukan penelitian dan penyelidikan sebelum
dijadikan naskhah skrip tersebut.

Wiramanja™ Hakcipta Terpelihara © 2004

6

Setiap manusia mempunyai pelbagai naluri yang membezakan
mereka. Jika cerita yang dipaparkan amat bertepatan dengan kisah
diri mereka sendiri, maka drama itu ditonton. Kadangkala drama yang
dipersembahan banyak menyentuh ataupun berkaitan dengan kisah
hidupnya juga boleh membuat dia menolak atau enggan menontonnya.
Tetapi yang pasti sesebuah skrip drama yang dihasilkan penulis
semestinya mempunyai sebab-musababnya. Lahir sebuah karya adalah
disebabkan sesuatu

yang terjadi kepada emosi seseorang penulis.

Amat sukar sesebuah skrip dihasilkan hanya bergantung pada hayalan
penulis itu sahaja.
Karya yang baik adalah terhasil daripada rencah kehidupan
masyarakat sekeliling.

Penulis hidup dalam kelompok masyarakat

tersebut yang dapat merasai dan mengalami sendiri kehidupan
mereka.

Sukar bagi seseorang penulis menghasilkan sesebuah karya

dengan hanya tinggal dalam sebuah bilik bertemankan sebuah
komputer.

Hayalan seseorang penulis tidak berupaya mengungkap

segala idea dibenihkan dalam fikiran dapat dijelmakan menjadi sebuah
karya.

Terpacar sebuah karya yang baik adalah dirakumi dengan

pelbagai cara. Sesebuah karya diadun menerusi maklumat dan bahan
diperolehi daripada pelbagai sumber.
Ramai orang ingin menjadi penulis tetapi tidak ramai yang berjaya
menjadi penulis yang baik. Penulis yang baik adalah mereka berupaya

Wiramanja™ Hakcipta Terpelihara © 2004

7

menghasilkan karya yang dapat memberi manfaat kepada manusia
lain.

Tugas seorang penulis amat mencabar dan memerlukan

kesabaran secara total.

Sesebuah naskhah tidak dapat dihasilkan

tanpa kesungguhan daripada penulisnya. Naskhah itu juga tidak dapat
dihasilkan pada satu hari sahaja, malah memakan masa yang lama.
Seseorang penulis tidak berjaya menghasilkan sebuah karya yang baik
hanya mengadap komputer sehari suntuk.
Amat mustahil sebuah karya yang baik dapat dihasilkan dalam
sekelip mata iaitu dalam masa yang singkat. Pun begitu, akal manusia
tidak sebagaimana hard disk sebuah komputer. Ketepatan fakta tidak
dapat disimpan lama dalam otak manusia dan daya pengingatan juga
terbatas. Namun, tidak mustahil manusia dapat menghasilkan karya
yang baik kerana otak mereka boleh menyimpan bahan-bahan
menerusi pelbagai sumber yang akan dibincangkan dalam bab
berikutnya.

Manusia berjaya menghasilkan sesuatu kerana mereka

kreatif iaitu memiliki akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.
Setiap manusia mempunyai kelebihan dan keunikkan tertentu yang
dianugerahkan tuhan yang Maha Bijaksana.

Kesemuanya yang ada

dalam otak manusia adalah ilmu-ilmu Allah s.w.t.

Dengan Maha

Bijaksana tuhan mengaturkan semuanya dalam otak manusia sehingga
menjadi pelbagai ciptaan di dunia ini.

Sebagai contoh seorang

manusia penulis berjaya menghasilkan sepuluh atau lebih buku dalam

Wiramanja™ Hakcipta Terpelihara © 2004

8

kehidupannya. Jika satu billion manusia yang hidup dalam dunia ini
menghasilkan setiap seorang sepuluh buku? Makanya terjadilah
lambakan buku yang terlalu banyak dalam perpustakaan seluruh dunia
dengan pelbagai disiplin.
Setiap disiplin ilmu adalah datangnya daripada Allah s.w.t yang
dipinjamkan kepada otak manusia.

Ilmu-ilmu Allah s.w.t ini yang

manusia ceduk dan timba menjadi pedoman mereka.

Wahyu yang

diterima oleh para nabi sekelian dan akhirnya Junjungan Besar Nabi
Muhamad s.a.w. adalah ilmu yang sangat berguna kepada manusia. AlQuran dan Al-Hadits merupakan rujukan yang tidak ada tolok
bandingannya menjadi pedoman dan panduan umat sejagat. Keduadua sumber itu adalah ilmu dunia dan akhirat.

Buku-buku yang

dihasilkan oleh manusia itu adalah daripada sumber Allah s.w.t
pemilikNya.
Justeru, seseorang penulis dipertanggungjawab menghasilkan
karya baik yang memberi manfaat kepada manusia lain. Segala usaha
itu merupakan ibadah kepada Allah s.w.t. kerana penghasilan setiap
karya ada fungsinya.

Begitu juga skrip drama yang dihasilkan oleh

penulis semestinya memberi manfaat kepada audiens. Daripada karya
mereka dapat mengubah sikap dan mendidik mereka menjalani
kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadits. Penyebaran agama

Wiramanja™ Hakcipta Terpelihara © 2004

9

Islam bukan hanya di surau atau di masjid sahaja tetapi melalui
pelbagai cara.
Zaman ini cara yang terbaik untuk menyebarkan ajaran Islam
adalah melalui media.

Sudah tentu media elektronik seperti

televisyen memainkan peranan cepat dan pantas penyebaran agama
suci ini. Manusia yang dilahirkan sebagai penulis adalah memegang
tanggungjawab yang besar ke arah itu. Mereka adakan dipersoalkan di
hadapan Allah rabuljalil di atas usaha-usaha mereka dan peranan
mereka sebagai penulis.

Bakat besar yang diberikan Allah s.w.t

kepada manusia penulis adalah untuk menjadi pembimbing manusia
lain di dunia.

Wiramanja™ Hakcipta Terpelihara © 2004

10

Kesimpulannya, sesebuah karya agong yang dihasilkan oleh penulis
bukan untuk dimegah-megahkan, kerana karya itu datang daripada
Allah s.w.t.

Manusia adalah ciptaan Allah s.w.t, justeru pemikiran

yang baik jadikan sebagai sebuah karya agong walaupun seseorang
hanya terdaya menghasilkan sebuah puisi sahaja seumur hidupnya.
Justeru, manusia penulis yang ingin menceburi dalam bidang ini
seharusnya menanam cita-cita suci dan ikhlas untuk menjadi penulis
kerana Allah s.w.t. tetapi bukan kerana dunia semata-mata. Jika anda
menanamkan cita-cita sebegitu untuk menjadi seorang penulis,
makanya Allah s.w.t akan meredhainya.

Wiramanja™ Hakcipta Terpelihara © 2004

11