CERITA RAKYAT SEBAGAI MEDIA PENDIDIKAN K

CERITA RAKYAT SEBAGAI MEDIA PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN
KARAKTER PEMIMPIN POLITIK
Tuan Nordin Tuan Kechik
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan
Universiti Sains Malaysia
[email protected]
Abstrak
Zaman terus bergerak maju ke hadapan, rempuhan globalisasi dunia tanpa sempadan merupakan
fenomena yang tidak dapat ditolak ke tepi. Kecanggihan dunia informasi dan teknologi yang
menghasilkan pelbagai gajet dan alat telekomunikasi yang menarik menjadikan manusia lupa
akan keberadaan sastera rakyat yang wujud pada masa silam seperti gurindam, syair, pantun,
seloka dan juga cerita rakyat yang patut diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Kewujudan cerita rakyat dapat dijadikan panduan dan iktibar bagi setiap individu sebagai media
pendidikan dalam menjalani kehidupan seharian. Makalah ini akan berusaha membahaskan
keupayaan cerita rakyat dalam usaha membentuk karakter pemimpin politik di Malaysia kerana
watak, jalan cerita dan latar yang ada dalam cerita rakyat telah menggambarkan perilaku
pimpinan politik muthakir ini. Kajian ini akan berdasarkan beberapa cerita rakyat yang terpilih
seperti cerita Pak Kaduk, Pak Belalang, Si Luncai dan Mat Jenin yang dapat mewakili watak dan
perwatakan pimpinan politik di Malaysia.
Kata Kunci: Cerita rakyat, media pendidikan, pembentukan karakter, pemimpin politik
Pendahuluan

Cerita rakyat merupakan khazanah dan hak milik masyarakat pada zaman dahulu. Cerita rakyat
dapat memberikan hiburan kepada seluruh masyarakat Melayu pada zaman tersebut tanpa
adanya media hiburan lain sebagai media alternatif yang dapat menafikan hak dan
menengelamkan peranan yang dapat diambil melalui cerita rakyat. Cerita rakyat dapat diterima
oleh segenap lapisan masyarakat sama ada golongan atasan atau pun golongan bangsawan tetapi
ia juga diterima oleh masyarakat termasuklah rakyat biasa. Cerita rakyat pada zaman dahulu
dapat memainkan peranannya yang tersendiri, selain sebagai sumber hiburan kepada masyarakat
terutama kepada golongan petani. Bagi golongan petani, mendengarkan cerita rakyat yang

disampaikan oleh tukang cerita yang dikenali sebagai Tok Selampit dapat mengubat rasa penat
dan lelah seharian bekerja. Kebiasaannya cerita rakyat disampaikan pada waktu malam secara
berturutan selama beberapa hari. Selain sebagai sumber hiburan, cerita rakyat juga sarat dengan
unsur pendidikan dan pembentukan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Di samping itu juga
cerita rakyat juga berperanan sebagai media pendidikan dalam pembentukan karakter seseorang
tidak mengira pangkat dan kedudukan yang dimilki oleh seseorang itu. Oleh sebab itu tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa cerita rakyat pada zaman dahulu mempunyai roh dan
semangat kerana ia merupakan salah satu sumber pendidikan secara tidak formal kepada
masyarakat setempat.
Nilai-nilai pendidikan Karakter
Lickona, 1992 (Yulianeta dan Suci Sundusiah: 2011) menyatakan bahawa kepentingan

pendidikan karakter dapat diukur dengan adanya tiga komponen karater yang baik (components
of the good character) iaitu pengentahuan tentang moral (moral knowing), perasaan tentang
moral (moral feeling) dan perbuatan moral (moral action). Aspek pengetahuan tentang moral
(moral knowing) memberikan penekanan terhadap; 1) moral awereness, 2) moral knowing moral
values, 3) persperctive taking, 4) moral reasoning, 5) decision making dan 6) self-knowledge.
Moral Feeling pula memberikan penekanan terhadap enam perkara terhadap aspek yang
berkaitan perasaan dan emosi yang harus mampu dirasakan oleh seseorang untuk menjadi
manusia berkarakter, iaitu 1) concience, 2) self-esteem, 3) empathy, 4) loving the good, 5) selfcontrol, dan 6) humility. Manakala moral Action pula merupakan perbuatan atau tindakan moral
yang merupakan hasil (outcome) dari dua komponen karakter lainnya. Untuk memahami perkara
yang mendorong seseorang dalam perbuatan yang baik (act morally) maka empat aspek lain
daripada karakter iaitu; 1) kompetensi (competence), 2) keinginan (will) dan 3) kebiasaan
( habit).
Ratna Megawangi (Yulianeta dan Suci Sundusiah: 2011) yang terkenal sebagai pengasas
pendidikan karakter di Indonesia telah menyusun karakter mulia yang sepatutnya diajar kepada
ana-anak yang kemudiannya disebut sebagai sembilan pilar iaitu; 1) cinta tuhan dan kebenaran 2)
tanggungjawab, disiplin, dan kemandirian , 3) amanah, 4) hormat dan santun, 5) kasih sayang,
kepedulian dan kerjasama, 6) percaya diri, kreatif dan pantang menyerah, 7) keadilan dan
kepemimpinan.

Pendidikan Karakter dalam Cerita Rakyat

Kita harus mengakui bahawa pendidikan secara tidak langsung dalam bentuk perlambangan yang
mewakili watak dan perwatakan dan cerita dalam sesebuah cerita sama ada cerita rakyat atau
cerita modern sangat berkesan kerana kaedah ini tidak menyinggung hati dan perasaan seseorang
secara langsung. Nilai moral dalam cerita rakyat dapat dijadikan pedoman, panduan hidup
kepada semua orang, bukan sahaja kepada pelajar pada peringkat sekolah, malah pendidikan
moral yang disajikan melalui cerita rakyat dapat memberikan pedoman dan panduan hidup
kepada golongan dewasa dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti golongan profesional atau
bukan profesional. Malah nilai moral yang terdapat dalam cerita rakyat dapat membantu
golongan terlibat dalam politik sama ada pemimpin atau orang yang dipinpim.
Metode Penelitian
Penelitian ini merupakan kajian kualitatif yang menjadikan cerita rakyat terpilih iaitu cerita Pak
Belalang, Pak Kaduk, Si Luncai, dan Mat Jenin sebagai sumber kajian. Instrumen yang
digunakan dalam menyelongkar kajian ini ialah teori sosiologi sastera yang memberikan fokus
terhadap penganalisisan watak dan perwatakan dalam cerita rakyat berdasarkan konsep
pendidikan karater menurut Licona, iaitu moral knowing, moral feeling dan moral action.
Seterusnya karakter yang terdapat dalam cerita rakyat tersebut cuba dipadankan dengan watak
dan perwatakan pemimpin politik di Malaysia yang ada pada hari ini tanpa menyebut nama
pemimpin politik tersebut.
Tinjauan Umum Cerita Rakyat
1. Cerita Pak Kaduk

Pak Kaduk merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu. Ia merujuk seorang lelaki
yang bernama Pak Kaduk yang mempunyai sifat yang lurus bendul. Dia mempunyai seorang
isteri yang terpaksa menahan segala perbuatan bendulnya. Kisahnya menceritakan kejadian
yang menimpa diri dan keluarganya. Kisah Pak Kaduk amat terkenal kepada kebanyakan
masyarakat Melayu di Malaysia sehinggakan banyak sekali perbandingan sifat orang yang
lurus bendul disabitkan dengan hikayat hidup Pak Kaduk.
Pak Kaduk tinggal di negeri Cempaka Sari. Raja negeri itu bergelar Indera sari. Baginda
Indera Sari suka menyabung ayam. Pada suatu hari Raja Indera Sari mahu adakan pesta

menyabung ayam. Pak kadok ingin mengambil bahagian dalam pesta itu. Ramai orang
mengatakan bahawa ayam sabung Pak kadok Biring Si Kunani itu bertuah. Kata mereka lagi,
ayam itu pasti menjadi juara. Walaupun papa, Pak Kadok suka bergaya. Dia mahu pakai baju
cantik ke Pesta itu. Lalu dia membeli kertas dan menyuruh isterinya membuat baju dan seluar.
Mak siti segera menggunting baju dan seluar kertas itu.
“Usahlah dijahit, pakai pelekat saja” kata Pak kadok.
Mak Siti mengikut sahaja kata suaminya itu. Selepas siap baju dan seluar itu, Pak Kadok pun
memakainya. Di kepalanya pula dia memakai tengkolok helang menyongsong angin. Wah Pak
Kadok nampak kacak dan bergaya seperti juara yang mahir dalam sabung menyabung ayam.
Pak Kadok menangkap ayamnya Biring Si Kunani. Bersama ayamnya dia menuju ke
gelanggang raja. Pertaruhan Pak Kadok ialah perkampungannya. Baginda Indera sari

merenung ayam Pak kadok, Biring Si Kunani. Baginda tahu ayam itu ayam bertuah. Baginda
Indera Sari minat terhadap ayam itu dan bertitah”Hai Pak Kaduk, mari kita bertukar ayam
dulu” Pak Kaduk terharu mendengar kata-kata baginda itu. Tanpa berfikir panjang, dia
bersetuju bertukar ayam. Masing-masing pun melepaskan ayam. Ayam-ayam itu Biring Si
Kunani dan Jalak Permata Putih bertarung dengan sengitnya. Kasihan walaupun Jalak Permata
Putih membalas serangan Biring Si Kunani tetapi ia tewas. Si Jalak Permata Putih tersungkur
di tengah Gelanggang.
Pak Kaduk melihat yang menang ialah Biring Si Kunani. Dia pun bertepuk sorak, sambil
melompat-lompat. Pak Kaduk lupa yang dia telah bertukar ayam dengan raja. Kerana melompat
terlalu kuat baju dan seluar kertasnya koyak rabak. Orang ramai menjadi riuh rendah melihat
Pak Kaduk telanjang bogel di tengah gelanggang. Pak Kaduk lari pulang dengan malu.
“Malang Pak kaduk, Ayam menang kampung tergadai”titah raja.
2. Cerita Pak Belalang
Negeri Pak Belalang, Halban Chondong dilanda kemarau. Hasil tanaman tidak menjadi. Pak
belalang berangan-angan mahu hidup senang. Dia tidak mahu bekerja keras atau bersusah
payah. Namun, apa caranya? Dia terlihat seekor kerbau dan dua ekor lembu ditambah di bawah
pohon nangka. Pak Belalang pun memanggil anaknya, Belalang.
“Ayah mahu kau sembunyikan kerbau dan lembu-lembu di bawah pohon nangka itu ke dalam
semak” kata Pak Belalang. Apabila petang, tuan punya binatang itu mahu masukkan kerbau dan
lembu mereka ke dalam kandang. Mereka menjadi gempar, melihat binatang ternakan mereka


hilang. Seperti yang sudah dirancang Belalang memberitahu mereka bahawa kononnya ayahnya
pandai bertenung. Kata Belalang ayahnya ahli nujum. Beramai-ramailah mereka pergi jumpa
Pak Belalang. Pak Belalang pun melihat ke dalam air di dalam sebuah mangkuk. “lembu dan
kerbau tuan-tuan ada dalam semak di belakang rumah saya” kata Pak belalang. Dia mengerutngerutkan keningnya. Apabila mereka mendapati kata Pak Belalang benar, mereka memberikan
Pak Belalang sagu hati seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Berita Pak Belalang pandai
bertenung tersebar ke seluruh pelosok negeri halban Chondong. Raja segera memangil Pak
Belalang ke istana. Wahai Pak Belalang cuba tengok siapa yang mencuri tujuh tempayan wang
emas beta.” Titah baginda. Kalau Pak Belang Berjaya, beta kurniakan hadiah, jika tidak
berjaya, beta penggal kepada tuan hamba. Titah baginda lagi. Pak Belalang pun pulang.
Apabila sampai di rumah, hari sudah malam. Dia berasa lapar. Baginda raja membekalkan
tepung dan gula kepadanya. Pak Belalang menyuruh isterinya membuat kuih cucur. Setelah siap
dibancuh dan dikacau, kuih itu pun digoreng. Ada bunyi “cur” setiap kali kuih itu masuk ke
dalam kuali. “Cur satu… cur dua… cur tiga…,” kata Pak Belalang. Dia mengira sampai tujuh
kali ‘cur’. Kebetulan ketika itu tujuh orang pencuri wang emas baginda raja lalu di bawah
rumahnya. Mereka sangka Pak Belalang tahu mereka ada di situ. Pencuri-pencuri itu menyerah
diri dengan muka yang pucat. “Pak Belalang janganlah beritahu baginda raja tentang kami.
Tempayan-tempayan emas itu ada di dalam gua di hutan. Pak Belalang bawalah balik ke
istana” kata ketua pencuri. Pak Belalang segera memberitahu baginda raja. Baginda raja amat
gembira mendapat wang emasnya semula. Pak Belalang dilantik menjadi Ahli Nujum Negara.

Pak Belalang membawa banyak hadiah pulang ke rumah. Isteri dan anaknya gembira melihat
hadiah yang banyak itu.
3. Cerita Mat Jenin
Pagi itu Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kelapa. Dan sudah memetik lebih lima
puluh biji kepala. Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula beranganangan. Upah memetik kelapa itu nanti akan dibelikan dua puluh biji telur ayam kampung.
Setelah memetik lima biji kelapa kering dari pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba merasa letih.
Dia ingin berehat di atas pokok. Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh
kering. Dia pun memejam kedua-dua belah matanya. Dia menyambung semula anganangannya. Telur-telur ayam yang dibelikan itu akan dieramkan. Setelah membiak, ayam-ayam
itu akan dijual. Wangnya akan dibelikan beberapa ekor kambing. Setelah membiak dan cukup

besar, kambing itu juga akan dijual. Wangnya akan dibelikan beberapa ekor lembu. Mat Jenin
tersenyum gembira. Lembu-lembunya sudah membiak dan gemuk-gemuk belaka. Jika dijual
boleh dibelikan beberapa ekor kuda. Kuda itu berguna untuk dijadikan tunggangan menghalau
lembu-lembu di padang rumput.
Pada suatu hari ketika Mat Jenin bersiar-siar menunggang kuda putihnya, dia ternampak puteri
raja. Memang sudah lama Mat Jenin berangan-angan hendak berjumpa dengan Tuan Puteri .
Mat jenin sungguh gembira. Dia membawa Tuan Puteri menunggang kuda. Tuan Puteri gembira
dan meminta Mat jenin memacu kuda lebih pantas. Mat Jenin terasa badannya terhenjut-henjut.
Baharulah dia merasa bagaimana sebenarnya orang menunggang kuda. Mat Jenin tidak sedar
yang dia sedang terhenjut-henjut di atas pelepah nyiur. Akibat terlalu pantas kuda Mat Jenin

telah tersalah lompat. Ia terperosok ke dalam perigi buta. Pada masa itulah Mat Jenin membuka
matanya. Dia amat terkejut kerana dirinya sedang melayang-layang di udara. Mat Jenin tidak
segera buntu fikiran. Dia cuba mengimbangi badan dan duduk diam di atas pelepah nyiur yang
melayang itu. Akhirnya Mat Jenin berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kakinya tercegat.
Jiran-jirannya terlopong menyaksikan peristiwa itu. Mat Jenin hanya tersenyum. Dia bersyukur
kerana telah selamat.”Usaha tetap jaya, tetapi angan-angan membawa celaka.” Kata jirannya
setelah mendengar cerita Mat Jenin.
4. Cerita Si Luncai
Si Luncai merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu . Ia merujuk seorang lelaki yang
bernama Si Luncai yang mempunyai sifat yang lurus bendul. Kisahnya menceritakan kejadian
yang menimpa dirinya. Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah
laut. Si Luncai dihukum kerana kesalahannya mempermain-mainkan raja serta pembesarpembesar baginda. Dia menerima hukuman itu dengan tenang. Pesuruh raja pun bersiaplah
membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah laut. Si Luncai akan dibuang ke
dalam laut itu nanti. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke
pangkalan. Apabila semuanya telah siap, maka perahu itu dikayuh ke tengah laut. Dari dalam
guni itu, Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air yang terdapat dalam perahu itu. Setelah
lama mereka berkayuh, maka berkatalah Si Luncai: “Kasihan benar aku melihat kamu semua
terlalu teruk berkayuh, mahukah kamu semua kalau aku ajarkan lagu untuk menghilangkan
penat kamu selama itu?”


“Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut ini,” kata salah seorang
daripada mereka yang berkayuh itu. Mendengarkan kata-kata yang sedemikian itu, maka Si
Luncai pun menyanyilah.
“Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan. Biarkan.” Mendengar Si Luncai menyanyi itu,
pesuruh raja pun mulai tertarik. Kemudian beberapa orang mulai bernyanyi. “Si Luncai terjun
dengan labu-labunya.” Maka beberapa orang lain pun menjawablah. “Biarkan. Biarkan.”
Akhirnya mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu. “Si Luncai terjun dengan labulabunya. Biarkan. Biarkan. Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang sehingga lekalah
mereka semuanya. Melihatkan hal yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni.
Dia mengisikan beberapa biji labu ke dalam guni itu. Kemudian dia mengambil dua biji labu
yang lain lalu terjun dari perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung
yang dua biji itu. Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampak guni tersebut ke
dalam laut. Pada mereka, matilah Si Luncai. Kemudian mereka baliklah memberitahu raja akan
hal itu. Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai telah berenang sampai ke pantai.
Nilai-nilai Pendidikan Karakter Ke Arah Pembentukan Karakter Pemimpin Politik
Cerita Si Luncai merupakan sebuah cerita yang sarat dengan unsur satira yang di dalamnya
terkandung unsur pengajaran, pendidikan, sindiran yang sangat tajam dan menusuk kalbu dan di
samping itu kisah Si Luncai ini dapat dijadikan asas pendidikan dalam kalangan pemimpin
politik. Melalui watak Si Luncai yang dikatakan tidak pandai menjaga mulut dan celupar dalam
berkata-kata yang akhirnya telah menyingung perasaan raja dan sahabat baginda, akibatnya yang
berlaku ialah Si Luncai telah dijatuhkan hukuman buang ke laut. Kisah ini dapat dikaitkan

dengan suasana politik di Malaysa. Terdapat segelintir ahli politik yang sanggup mempermainmainkan intitusi kesultanan Melayu di Malaysia kerana konon ingin memenuhi cita-cita
politiknya yang tidak tercapai. Hal ini berlaku kepada pemimpin parti oposisi yang menyatakan
bahawa institusi kesultanan Melayu tidak perlu wujud di Malaysia kerana ia tidak membawa
apa-apa faedah kepada rakyat, selain membazirkan wang negara dan wang rakyat.
Terdapat juga ahli politik yang sanggup menjadikan agama sebagai alat untuk memenuhi citacita politik mereka. Kisah si Luncai yang pergi mengadap baginda sultan dengan berbusana
muslim yang kelihatan sebagai seorang ulama tersohor, telah memperdaya sultan dengan
pelbagai cerita rekaannya sehinggakan baginda sultan sanggup melakukan perkara yang

diarahkan oleh Si Luncai. Fenomena menjadikan agama sebagai alat politik oleh pemimpin
politik sudah sekian lama berlaku. Perkataan syurga dan neraka, dosa dan pahala menjadi
mainan di bibir pemimpin politik kini. Mengangkat diri sendiri sebagai Tuan Guru bukanlah
merupakan satu fenomena yang luar biasa kini. Unsur riak, takbur dan kesombongan melampau
kerana memiliki ilmu agama jelas kelihatan. Membayangkan diri sebagai seorang yang zuhud
yang lebih pentingkan dunia akhirat merupakan sandiwara yang dilakonkan oleh pemimpin
politik dewasa ini. Hal ini jelas kelihatan apabila terdapat kenyataan dan tindakan mereka yang
tidak selari dengan tuntutan agama. Golongan sebegini telah menanamkan persepsi yang
mendalam di hati pengikut mereka sebagai pemimpin yang jujur, telus dan tidak korup. Ironinya,
persepsi beginilah yang menjadikan pengikut terpesong akidah mereka. Pemujaan yang
melampau dan keterlaluan oleh pengikut mereka sehinggakan mereka gagal menggunakan akal
yang sihat dalam menentukan sesuatu tindakan sehingga boleh merugikan agama, bangsa dan

tanah air mereka. Fenomena ini menjadi semakin parah apabila terdapatnya pernyertaan
golongan profesional seperti pensyarah universiti, ahli ekonomi, doktor, peguam, pendidik dan
lain-lainnya mudah terperangkap dengan sandiwara semasa sebagai akibat persepsi yang
mendalam terhadap pemimpin tertentu yang dilihat dari penampilan kulit luaran sahaja.
Abad ke-21 ditafsirkan sebagai abad yang meletakkan manusia sebagai jahil ilmu agama.
Kekosongan ilmu rohani memudahkan Si Luncai moden masuk dalam pelbagai bidang termasuk
bidang ekonomi, agama dan sosial serta politik. Kemunculan ustaz dan ustazah mee segera
dalam arena politik yang sebelum ini terdiri daripada artis tanah air telah menjadikan fahaman
agama di negara ini semakin celaru dan tidak tentu arah tujuan. Banyak orang yang lemah dan
mudah terpedaya dengan kelicikan mereka yang tiada asas ilmu agama yang kukuh yang
sebelum ini mereka dihantui oleh dosa-dosa silam mereka sebelum ini sebagai artis
Satu perkara yang menarik dalam watak Si Luncai ini yang dapat dijadikan pendidikan kepada
kita semua dan pemimpin politik bahawa Si Luncai merupakan gambaran orang bawahan yang
menjadikan akal, fikiran dan kecerdikan walaupun tanpa kuasa dan senjata dapat mengalahkan
seorang raja yang berkuasa yang mempunyai senjata yang lengkap dengan barisan pengawal
istana. Sejarah telah membuktikan bahawa negara Islam seperti Iraq, Taliban di Afghanistan,
Libya telah gagal memanfaatkan ilmu, kepintaran, strategi yang betul sehingga menjadikan
negara-negara tersebut kalah dalam menghadapi Barat.

Mengingati watak dan perwatakan Pak Kaduk yang menang sorak, kampung tergadai
memberikan imbasan semula kepada kita bahawa dalam kehidupan seharian kini, watak Pak
Kaduk berlegar di sana-sini. Terdapat individu yang lemah dan kurang daya analisis tentang
kelebihan yang ada pada diri mereka sendiri sering menjadi mangsa penipuan pihak yang
berkepentingan. Mereka memanipulasi orang lain sebagai akibat kejalihan diri sendiri sehingga
milik dan kepentingan peribadi tergadai. Hal ini menjadi satu perkara yang serius apabila
melibatkan kepentingan negara. Terdapat segelintir pemimpin politik yang ingin memenuhi citacita peribadi sanggup mendapatkan khidmat dan campur tangan asing bagi meruntuhkan
kerajaan sedia ada. Mereka sanggup menjatuhkan reputasi negara sendiri di mata orang luar
dengan melabelkan kerajaan yang sedia ada sebagai sebuah kerajaan yang korup, nepotisme dan
kronisme. Pencerobohan Lahat Datu di Sabah oleh kuasa asing telah membuktikan wujudnya
individu yang bersifat seperti musang berbulu ayam dan musuh dalam selimut. Keselamatan
negara sanggup digadaikan demi kepentingan peribadi dalam usaha untuk mendapatkan kuasa
memerintah negara. Kalaulah dalam isu serangan Israel terhadap rakyat Palastin mendapat
dokongan dan kata sepakat daripada semua pemimpin politik, tetapi dalam isu Lahat Datu, tiada
lagi kesepakan antara pemimpin parti politik yang ada di Malaysia. Mereka saling menuduh
antara satu sama lain. Sikap berlapang dada, merendah diri, memaafkan dan tegur-menegur
sudah hilang dalam kamus kehidupan orang politik. Jelaslah bahawa pada masa ini, jika berlaku
perkara yang melibatkan kepentingan negara dan agama di negara kita, kita sudah tidak dapat
mencapai kata sepakat lagi dalam menyelesaikan sebarang kemelut yang timbul.
Pak Belalang digambarkan dalam ceritanya sebagai seorang yang pandai mengambil kesempatan
menipu terhadap kelemahan dan kejahilan orang lain. Pak Belalang menjadi seorang ahli nujum
walaupun ia bukan bidang kemahirannya untuk meneruskan kehidupannya akibat krisis ekonomi
yang melanda negeri kelahirannya. Pada zaman moden kini, watak dan perwtakan Pak Belalang
moden ini ada di mana-mana. Mereka ini tergolong dalam golongan opotunis yang pandai
mengambil kesempatan pada kelemahan orang lain. Golongan seperti ini dalam politik sangat
banyak dan begitu jelas keberadaannya. Hal ini amat jelas apabila terdapat segelintir pemimpin
politik yang sanggup meninggalkan parti yang diwakilinya dan melompat ke parti lain hanya
disebabkan tawaran yang lebih baik daripada pihak lain seperti tawaran diberikan pangkat dan

jawatan penting dalam sesuatu organisasi. Amanah rakyat terhadap mereka sewaktu pilihan raya
berlalu begitu sahaja tanpa memikirkan kesannya terhadap suara rakyat yang diwakilinya.
Kisah Mat Jenin merupakan satu kisah yang penuh dengan sindiran kerana sifat Mat Jenin
digambarkan sebagai seorang yang amat suka berangan-angan. Dalam kehidupan nyata kita
sekarang, watak dan perwatan manusia seperti Mat Jenin ada di mana-mana. Dalam kontak
kepimpinan politik pula, terdapat segelintir ahli politk yang suka memasang angan-angan tanpa
berusaha. Hal ini jelas dapat dibuktikan apabila ada pemimpin politik yang suka menjanjikan
bulan dan bintang tanpa memikirkan kemampuan yang ada pada diri mereka. Erti mereka
sanggup menjanjikan sesuatu yang di luar kemampuan mereka semata-mata untuk mendapatkan
pengaruh politik agar bereka dapat berkuasa suatu hari nanti. Retorik politik seperti memberikan
pendidikan secara percuma kepada semua rakyat, harga minyak diturunkan, membina stadium
bertaraf

dunia, lebuh raya rakyat dan segala jenis bantuan akan diberikan kepada rakyat

sekiranya mereka diberi peluang untuk memerintah negara.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa satera rakyat memiliki sejumlah besar nilai
dan norma pendidikan yang mampu dijadikan contoh teladan yang amat berharga kepada kita
dan semua orang. Gambaran watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita rakyat sekiranya
diberi perhatian dan analisis yang baik, sebenarnya mampu memberikan kita panduan hidup
dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Selagi manusia
tidak mampu berfikiran dengan sewarasnya, selagi itulah manusia akan terpedaya dengan Si
Luncai, Pak Kaduk, Mat Jenin dan Pak Belalang modern hari ini.
Bibliografi
Esti Ismawati M.Pd. 2012. Metode Penelitian Pendidikan Bahasa & Sastra. Yogyakarta:
Penerbit Ombak.
M. Amir P.2010. Cerita Rakyat Sebagai Media Pendidikan Manusia Berkarakter. Prosiding
Seminar Internasional Serumpun Melayu V. Makassar: Penerbit Universitas Hasanuddin.
Othman Putih, Aripin Said. 2010. 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distribution Sdn. Bhd.
Yulianeta, Suci Sundusiah. 2011. Nilai Pendidikan Karakter Tokoh Laki-Laki dalam Empat
Novel Habiburrahman El Shirazy. Artikulasi. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra
Indonesia. Bandung: Penerbit Universitas Pendidikan Indonesia Bandung.

Dokumen yang terkait

PENGEMBANGAN TARI SEMUT BERBASIS PENDIDIKAN KARAKTER DI SD MUHAMMADIYAH 8 DAU MALANG

57 502 20

STRATEGI PEMERINTAH DAERAH DALAM MEWUJUDKAN MALANG KOTA LAYAK ANAK (MAKOLA) MELALUI PENYEDIAAN FASILITAS PENDIDIKAN

73 431 39

ANALISIS SISTEM PENGENDALIAN INTERN DALAM PROSES PEMBERIAN KREDIT USAHA RAKYAT (KUR) (StudiKasusPada PT. Bank Rakyat Indonesia Unit Oro-Oro Dowo Malang)

160 705 25

ANALISIS PROSPEKTIF SEBAGAI ALAT PERENCANAAN LABA PADA PT MUSTIKA RATU Tbk

273 1263 22

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

ANALISIS PESAN MORAL DALAM CERITA RAKYAT DI KECAMATAN KUTA MALAKA

1 47 1

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

DISKRIMINATOR KELAYAKAN KREDIT MODAL KERJA BAGI UKM PADA PT BANK RAKYAT INDONESIA (PERSERO) TBK. CABANG LUMAJANG

5 61 16

EFEKTIVITAS PENGAJARAN BAHASA INGGRIS MELALUI MEDIA LAGU BAGI SISWA PROGRAM EARLY LEARNERS DI EF ENGLISH FIRST NUSANTARA JEMBER

10 152 10