Menjual Budaya Lokal Melalui Karya Seni

1

Menjual Budaya Lokal Melalui Karya Seni di Pameran Art Edu Care #5; local
Movement
Ahamad Zuraimi Bin Abd. Rahim
Dr Rosli Zakaria
Universiti Teknologi MARA (UiTM) , Alor Gajah Melaka, Malaysia.

Abstrak
Kertas ini membincangkan aspek-aspek budaya lokal yang dijadikan sandaran dalam
penghasilan karya seni visual. Pembicaraannya meliputi tiga aspek utama yang sering
wujud didalam sesebuah karya seni, Ovrick menyatakan sesebuah karya seni haruslah
mempunyai tiga unsur utama iaitu Subject, Form and Content. Justeru itu kajian telah
dibuat dengan menumpukan hasil karya seni yang dipamerkan. Membicarakan
tentang mana-mana sisi kebudayaan lokal. Kajian ini telah mengunapakai teori
aprisasi dan kritikan seni yang diperkenalkan oeh Feldman juga teori oleh Panofsky.
Terdapat 5 karya oleh seniman tempatan yang dijemput untuk berpameran di Taman
Budaya Jawa Tengah Jalan Ir. Sutami Surakata. Kertas kerja ini telah menumpukan
kajian kepada persoalan tema dan proses pencarian idea bagi setiap karya.
Berdasarkan pengamatan yang telah dibuat daripada 5 karya yang dipamerkan
terdapat empat tema telah ditemui iaitu tema kekeluargaan, tema peribadi individu,

tema alam persekitaran, dan tema sains. Manakala kajian berkaitan proses pencarian
idea mampu memberi gambaran sebenar bagaimana setiap satu karya itu terhasil.
Kesimpulan dapat dibuat iaitu kelima-lima karya yang dipamerkan bergerak atas
tema lokaliti yang nyata walaupun tema tersebut juga sering digunakan oleh artisartis dalam konteks antarabangsa. Namun lokaliti yang pasti adalah idea-idea yang
diperolehi dimana setiap artis itu berada.

2.0

Pengenalan

Merujuk persoalan kesenian secara umum, Jahani Ali,1992 menyatakan, “setiap
penghasilan seni seharusnya sebagai satu perhubungan dalam lingkungan budaya
masyarakatnya.” Manakala Muliyadi Mahmud ,2001 pula menyatakan “perhubungan
seni dengan masyarakat sukar diketepikan, baik dalam kesenian tradisional mahupun
seni kontemporari.”
Sesebuah karya yang dicipta oleh seniman adalah cetusan ilham yang disandarkan
dari pemikiran, falsafah serta kefahaman terhadap kewujudan seni itu sendiri. Ilham
dan idea juga dikatakan pancaran atau manifestasi hati seorang seniman yang tercetus
akibat responsnya terhadap budaya, sosial, politik, ekonomi, agama, dan pendidikan
yang melingkari kehidupan seniman itu sendiri. Seniman tulen dikatakan mempunyai

idea dan ilham yang jujur. Ilham yang jujur ini adakalanya adalah sebuah kejanggalan
atau menongkah arus pemikiran dan budaya masyarakat semasa dan setempat. Namun
begitu seorang seniman yang kreatif seringkali memilih jalan berkomunikasi secara
tersirat melalui karya-karya mereka dengan harapan penghayat dan masyarakat peka

2
dan mempunyai daya pemikiran untuk memahami makna yang tersirat itu. Oleh hal
yang sedemikian memperhalusi serta menghayati sesebuah karya harus sering
diamalkan dalam lingkungan masyarakat agar khazanah pemikiran seniman tidak
dibazirkan begitu sahaja. Oleh hal yang sedemikian kertas kerja ini bergerak atas
dasar ingin menyuburkan budaya menghayati sesebuah karya seni agar pemikiran
pengkaryanya dapat menyerap masuk kedada-dada khalayak yang menatapnya.
Dalam konteks pameran Art Edu Care#5 Local Movement, seramai 5 orang artis dari
UiTM Melaka telah menghasilkan karya masing-masing. Setiap artis telah
menggunkan kepakaran serta kelebihan masing-masing dalam mengolah bentukan
formal maupun menyerapkan pemikiran didalamnya. Dengan kesedaran terhadap
masyarakat dan budayanya setiap artis tersebut telah membawa nilai-nilai setempat
samaada tradisi maupun kontemporari lalu dicernakan dalam setiap satu karya- karya
mereka. Nilai-nilai setempat ini telah diangkat menjadi sebuah karya yang akhirnya
dipamerkan bagi tontonan khalayak di Surakata. Kejelasan elemen maupun unsur

tempatan yang dibawa oleh setiap karya seni seolah-olah satu proses asimilasi ilmu
kepada masyarakat Surakata.
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauhmana unsur-unsur lokal yang
dibawa dalam karya-karya yang dipamerkan. Kaedah primary data telah digunakan
dengan membuat pengamatan dan dokumen karya. Juga melaksanakan temubual
bersama artis. Dua aspek utama telah dianalisa iaitu, tema dan proses mencari idea.
3.0

Mengenal Artis

…...tak kenal maka tak cinta….ungkapan popular ini seringkali dinyatakan dalam
situasi sesorang yang belum mengenali sesorang maka tidak wujud rasa suka maupun
meminat individu tersebut. Dalam kertaskerja ini ungkapan tersebut amat bersesuaian
untuk mengenalkan terlebih dahulu siapa dan apa latarbelakang setiap artis yang
mengambil bahagian, agar penilaian terhadap karya mereka diberikan haknya masing.
Seramai 5 orang artis akademik telah menghasilkan karya seni masing-masing
didalam pameran ini. Artis akademik yang dimaksudkan adalah perkerjaan mereka
sebagai seorang pensyarah di universiti dan dalam waktu yang sama mereka ini
adalah practicing artis menghasilkan karya seni rupa.
Kelima-lima artis ini mempunyai latarbelakang yang menarik khususnya penglibatan

mereka didalam arus perdana dunia seni visual Negara. Berdasarkan pendekatanpendekatan yang dikemukakan ramai sejarawan seni seperti Panofsky (1882-1968),
Feldman(1967), Focillon (1881-1943), Gombrich (1909)Schapiro (1904) dan Hauser
(1982), menyatakan bahawa menilai karya seni bukan hanya berlandaskan hasilan
karya semata-mata tetapi harus melihat faktor lain seperti, analisa gaya, analisa
ikonografi, ikonologi, semiotic, sejarah, masyarakat dan latarbelakang artis itu
sendiri. Maka dalam kajian ringkas ini perkara-perkara tersebut diambil kira
terutamanya kaedah yang sering digunapakai sehingga ke hari ini iaitu menganalisa
sesebuah karya seni dengan pendekatan Feldman maupun Panofsky. Melihat kepada
baiodata artis (rujuk lampiran) yang mengambil bahagian didalam pameran Art Edu
Care#5 Local Movement ini semacam wujud kekuatan yang sedia ada dalam diri
masing. Seringkasnya artis tersebut adalah Ahmad Zurami Abd Rahim, Diana
Ibrahim, Mohd Saharuddin Supar, Rosli Zakaria, dan Shahriah Mohd Roshidi.
Mereka ini merupakan artis yang juga ahli akademik di Fakulti Seni Lukis dan Seni
Reka, Universiti Tekonologi MARA, Melaka. Kelima-lima artis ini bukan sahaja
sibuk dalam kerjaya sebagai pensyarah, namun bergerak cergas dalam dunia seni rupa
Malaysia (SERUM). Deretan pameran yang mereka sertai sudah cukup untuk menilai

3
kebolehan mereka dalam disiplin masing-masing. Ahmad Zuraimi yang mempunyai
pendidkan di peringkat MA dalam bidang painting dan teknologi sering kali tampil

dengan karya-karya yang mengujakan. Bermula diakhir 1990 Ahmad Zuraimi
merupakan antara artis pelapis yang cemerlang, kesungguhan berkarya dapat dilihat
lewat karya-karya beliau yang terdahulu hingga kini. Satu ketika beliau begitu asyik
dengan bahantara kepingan aluminum lalu di toreh, dikikis, digosok, diketuk,
dilubangkan di rebet dan pelbagai lagi eksplorasi dilakukan bagi menampakkan
kelainan. Bukan sekadar bentukan formal menjadi kekuatan beliau namun mainan
simeotik, perlambangan juga imej tangible dan intangible menjadikan karya-karya
beliau dikagumi. Diana Ibrahim mendapat MA dalam bidang art& design (Glass),
aktif berkarya semenjak 1994, selain berkemahiran dalam bidang glass beliau juga
banyak menghasilkan karya seni cetak kontemporari. Beliau merupakan salah seorang
pemenang Bakat Muda Sezaman bagi tahun 2010. Terlibat secara aktif dalam
pameran di peringkat kebangsaan maupun antarabangsa. Seringkali menampilkan
karya yang lari daripada kebiasan juga suka berkolaborasi di dalam penghasilan
karya-karya beliau. Mohd Saharuddin Supar bekas seorang pelajar aliran sains
seterusnya mendapat MA dalam art and design (glass). Ketika di peringkat diploma
beliau memilih bidang seni arca. Maka karya-karya yang terhasil dari buah tangan
beliau seringkali berada didalam kelasnya tersendiri. Memenangi banyak anugerah
semenjak 1995, serta aktif berpameraan, Mohd Saharuddin gemar mengolah bahan
besi dalam setiap karyanya. Kepingan besi menjadi penuh estetika ditangan beliau.
Dengan siri lubang-melubang yang dimulai sejak 2008 memberi sisi baru melihat

karya Mohd Shahrudin Supar dari sebelumnya. Artis keempat yang berkarya didalam
pameran ini adalah Rosli Zakaria. Mempunyai pendidikan diperingkat kedoktoran
dalam bidang seni arca awam, beliau menjadi antara artis yang paling senior di
kalangan 5 artis yang dinyatakan tadi. Memulakan kerjaya sebagai seorang guru seni
sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang seni arca seterusnya berkecimpung
dalam dunia seni mulai awal 1990an sehingga kini. Beliau banyak terlibat dalam
pameran di peringkat kebangsaan maupun di peringkat antarabangsa. Bergiat aktif
dalam bidang seni arca awam dan pernah menghadiri symposium arca awam di
peringkat antarabangsa. Beliau juga seringkali dijemput untuk memberikan buah
fikiran yang berkaitan keseniaan di seluruh Malaysia. Konsisten berkarya menjadikan
Rosli Zakaria antara generasi ketiga pengarca yang meneruskan perkembangan seni
arca di Malaysia. Beliau turut menerima pelbagai anugerah di dalam pelbagai
pertandingan selain mendapat commission berkaitan pembinaan arca awam di
Malaysia. Dan artis ke 5 yang tampil dalam pameran ini adalah artis muda yang
berjaya menempatkan diri dalam kelompok finalis pertandingan Bakat Muda
Sezaman 2013. Beliau adalah Shahriah Mohd Roshdi. Terkenal dengan ketekunannya
semenjak diperingkat diploma, tidak hairanlah beliau berjaya dengan cemerlang
dalam MA in painting n technology pada tahun 2012. Kini turut berganding bahu
menjadi pensyarah di tempat beliau pernah menuntut satu ketika dulu, Shahriah telah
menjadi seorang lagi contoh artis wanita yang berjaya didalam bidang akademik dan

studio praktik. Masih segar dengan siri ala kajian makmal, beliau turut menghasilkan
karya untuk tatapan khalayak di Surakata.
Dapatlah disimpulkan kelima-lima artis yang hadir untuk mempamerkan karya-karya
mereka didalam pameran Art Edu Care#5 Local Movement, merupakan artis yang
punya wibawa dan semesti punya sesuatu yang ingin dikongsi bersama bagi
masyarakat di Solo Surakata, khususnya bagai mereka yang terlibat secara langsung
dengan program Art Edu Care#5 Local Movement ini.

4

4.0

MENGANALIS KARYA.

Jadual 2: Senarai karya-karya yang dipamerkan
NO TAJUK
1.
Lendu

2.

3.

4.
5.

BAHAN
SAIZ
Kertas,
benang,sticker,
kepingan akrilik, klip,
cabel tide.
Rumah Jiwa kami
Kertas,Kotak,Pen, Maker
pen, Magic Pen, canvas
Entering The Great Malaysian Landscape # Aluminium
box, Saiz
Alor Gajah
Magnifine Glass
pelbagai
Ulau

Shahriah Mohd Rashdi.

Kepingan besi
Mixed media

2x3
Saiz
pelbagai

Kajian ini telah membuat satu tinjauan menyeluruh tentang karya seni yang
dihasilkan. Dalam roses melakukan penilaian serta kritikan, pengkaji telah
menggunakan teori kritikan seni oleh Feldman ,1994 . Kesemua data yang diperolehi
telah dikumpulan dan di analisa. Analisa yang dilakukan melibatkan pengetahuan dan
pemahaman menyeluruh tentang proses penghasilan sesebuah karya. Menerut
Feldman melihat sesebuah karya seni haruslah dari dua aspek iaitu aspek bentuk dan
makna. 4 cara yang popular yang diperkenalkan oleh Feldman, pertama tahap
diskriptif, Kedua adalah peringkat analisa Tahap seterusnya pengkaji membuat
interpetasi berlandaskan tahap pertama dan kedua juga memakai guna pengalaman
lalu, pengetahuan akademik yang terdapat didalam diri pengkaji. Tahap ini memberi
peluang pengkaji membuat tafsiran makna tersirat yang ingin disampaikan oleh

sesorang artis lewat karya-karya mereka. Walaupun kadang kala tafsiran yang
dinyatakan oleh pengkaji tidak sama dengan apa yang ingin disampaikan oleh
pengkaryanya namun ianya tidak mendatangkan masalah. Pengkaji punya hak untuk
membuat tafsiran tersendiri, namun begitu harus berlandaskan fakta-fakta yang telah
diperolehi dari tahap pertama dan tahap kedua. Dan peringkat terakhir mengikut teori
Feldman adalah membuat penghakiman samada sesebuah karya itu berjaya atau pun
tidak. Di peringkat ini kesemua faktor diambil kira,penyelidik boleh menghakimi
karya tersebut dalam konteks bentuk atau makna, dan juga kedua2nya sekali. Dalam
konteks kertas kajian ini analisa yang dibuat adalah berbentuk apresiasi akademik dan
bukannya bersifat journalis.
Dalam kajian ringkas berdasarkan data-data primary dengan melihat dan merakam
karya sebenar. Di Tambah dengan temubual ringkas bersama artis, analisa
menyeluruh telah dibuat dengan mengambilkira persoalan lokal yang dibawa oleh
setiap artis lewat karya-karya yang dipamerkan. Aspek pertama yang di ketengahkan

5
adalah tema yang digarap dalam setiap karya. Keduanya penyelidik tertarik untuk
menonjolkan proses pencerahan idea sehingga terhasilnya karya-karya tersebut.
Kedua-dua aspek ini membawa sisi yang menarik untuk dibicarakan bagai mencapai
tujuan kajian . Kertas kerja ini tidak akan menyentuh secara langsung aspek-aspek

formal seperti mana yang disarankan oleh Feldman dalam peringkat pertama dan
kedua.
5.0

TEMA LOKAL DALAM KARYA-KAYA ARTIS UiTM.

Melalui kajian ringkas yang telah dibuat, lima karya yang dipamerkan dapat
dibahagikan kepada 3 tema utama iaitu tema kekeluargaan, persekitaran, dan sosial
kritik. Karya Rumah Jiwa Kami oleh Ahmad Zuraimi membicarakan persoalan
perkongsian hidup yang harus dilalui dalam kehidupan berkeluarga. Apa yang ingin
dikongsikan oleh pengkaryanya?, pengalaman?, keilmuan?, kasih sayang? Atau
perkongsian yang tidak berbentuk seperti perasaan gembira, emosi kesedihan ataupun
ingin berkongsi peristiwa-peristiwa tertentu. Pendekkata pelbagai perkara yang boleh
dikongsikan. Persoalan seterusnya Ahmad Zuraimi ingin berkongsi dengan siapa? ,
ahli keluarganya?, sahabat , rakan sejawat atau siapa. Melalui pernyataan karya
jelaslah bahawa pengkarya ingin berkongsi apa jua perkara dan peristiwa dan konteks
kehidupan berkeluarga. Menyampai cerita yang diperolehi berkaitan keagamaan,
budaya, pendidikan dan seumpamanya lalu dikongsi bersama keluarga, isteri dan
anak-anak. “jadi Rumah Jiwa Kami ini saya simbolkan sebagai tempat dimana
semua rasa yang terkumpul melalui pancaindera ingin dikongsikan bersama dari zahir
dan batin”
Karya catan tiga dimensi ini disusun seperti satu dinding ‘ziz- zaz’ mempunyai imej
dihadapan dan dibelakang. Khalayak boleh memilih untuk melihat dari hadapan atau
pun dari belakang. Dengan saiz setiap keping berukuran A4 karya ini mengingatkan
khalayak kepada kad-kad ucapan yang sering didapati dipasaran. Melihat dibahagian
hadapan setiap keping yang bersambung antara satu sama lain mempunyai imej-imej
tertentu. Kepingan pertama mengandungi imej rumah, awan dan teks ‘rumah’
,perkataan “Ini rumah saya, saya suka rumah saya” Kepingan ini telah dilukis oleh
anak beliau yang berusia 7 tahun.
Kepingan kedua lukisan naiv kanak-kanak gambaran rumah dikeliling beberapa
subjek lain seperti pokok matahari jalan raya, dan kereta. Kepingan ketiga ini telah
dilukis oleh anak beliau berusaha 5 tahun. Lukisan lebih kepada tanda tertentu seperti
bangunan bercampur aduk dengan imej yang kurang pasti. Kepingan keempat
terdapat kesan tapak tangan kecil yang telah ditekapkan, kanak-kanak ini baru berusia
6 bulan. Dan kepingan ke 5 lukisan garisan yang memperlihatkan interior, meja
makan, dan gambaran rumah dipandang dari hadapan. Dan kepinganan terakhir
dikolaj dengan sampul surat bersetem. Membaca keenam-enam keping yang
bercantum itu penyelidik menyimpulkan Ahmad Zuraimi ingin berkongsi bersama
naluri kreatif keluarga beliau didalam menghasilkan karya tersebut. Karya kolaborasi
keluarga ini mempunyai kekuatan dalam konteks ukuwah. Ahmad Zurami selaku
pengarah seni juga sebenarnya ketua keluarga yang berjaya menghimpunkan
keluarganya untuk melaksanakan satu aktiviti kesenian yang ringkas tetapi
mempunyi signifikan yang besar. Mengamati karya Rumah Jiwa Kami, dengan
mudah khalayak mampu menbuat hubung kait kerja-kerja tersebut adalah komitmen
setiap ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak.

6
Mohd Saharuddin Supar pula membawa tema ‘deja vu’. Satu istilah yang asalnya dari
bahasa peranchis Karya ulau (dalam loghat Melaka, maksudnya ular) merupakan
ulangan teknik karya-karya terdahulu tetapi untuk pameran di solo ini ianya kelihatan
menarik apabila ulau menjadi tajuknya. Kenapa ular? Adakah kerana susunan lubang
yang ditebuk kali ini bersifat berlingkar lalu teringat akan hal ular. Sememang untuk
memberi kewajaran terhadap sebuah karya yang bersandarkan isme abstrak
ekspressionis merupakan tanggungjawab yang berat begitulah dalam karya ulau ini.
Melalui temubual melalui sms Mohd Saharuddin telah memberi penjelasan sedikit
berkaitan karya beliau.
“Setelah tiga puluh tahun bernafas di muka bumi, kini menjadi pemastautin
Melaka. Bergaul dengan penduduk desa di Melaka, seringkali ular menjadi
watak utama sembang di warong. Ular itu, ular ini, ada di sana, ada di sini,
panjang sebegitu, panjang sebegini. Besar macam tiang itu, besar macam tiang
ini. Masuk rumah sana, masuk rumah sini. Adak kat lubang situ, ada kat
lubang sini. Semuanya begitu kerap. Tiada topic lain yang sekerapnya. Begitu
sensasi seolah tiada lain sesensasinya. Kisah memuncak bila aku sendiri
ber’temu’ seekor ular semasa memikat ayam hutan” Semuanya bagai ‘deja
vu’.
Kukenang , kerenung kehidupan ini, ia berputaran, berkitaran
berlingkaran”
(Mohd Shahruddin Supar, 3 mac 2014, 9.51 am. SMS)

Karya Diana Ibrahim Entering The Great Maklaysian Landscape # Alor Gajah
membawa tema alam sekitar yang kian mengalami kemusnahan akibat kerakusan
manusia yang mengutamakan keuntungan. Pembangunan yang tidak seimbang
menyebabkan alam mengalami kemusnahan. Masa kini pembangunan bukan hanya
berlaku di kawasan bandar semata-mata tetapi turut berlaku di kawasan-kawasan
kampong. Dalam konteks karya Entering The Great Maklaysian Landscape # Alor
Gajah, Diana menjadikan Alor Gajah sebagai latar karyanya. Manakala imej yang
disuakan adalah haiwan kerbau. Kerbau yang suka berkubang besar kemungkinan
suatu hari nanti tidak dapat melakukan kebiasaan tersebut apabila alam semulajadi
dipenuhi pembangunan yang tidak terancang. Suatu yang menarik diperolehi dari
karya ini adalah perihal bahan-bahan yang digunakan dalam menampilkan bentukan
karya printing kontemporari. Kotak gula-gula ubat (found objet) telah digunakan bagi
memerangkap imej kerbau dan lanskap, ianya seolah-olah menyimpan lanskap
tersebut kedalam kotak atau boleh jug dibaca sebagai lanskap yang sakit perlu
dirawat. Kotak bekas gula-gula ubat itu dibaratkan kotak ubat yang sering dibawa
untuk merawat kecederaan. Sedikit sebanyak karya ini mengingatkan penyelidik
kepada karya beliau yang telah memenangi bakat muda Sezaman 2010, First Aid Kit.
Hanya isunya yang berbeza, jika dalam tahun 2010 Diana megenengahkan isu
penyakit sosial tapi karya terbaru ini membicarakan penyakit persekitaran.
Penggunaan kanta pembesar merupakan satu simbol untuk membuat penelitian atau
melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Diana mengajak manusia
memikirkan secara halus permasalahan yang dibawa demi kebaikan bersama.
“Rapid developments in the urban, sub-urban & rural areas slowly swallow beautiful
Malaysian natural landscape. In this body of works, viewers are invited to explore
images of landscape within a small space/boxes. These miniature- like formats
symbolize the shrinking of our great Malaysian landscape as a result of increasing
development.” Diana Ibrahim, 2014.

7
Rosli Zakaria juga membawa tema persekitaran di dalam karya arca dindingnya
Namun isunya berbeza iaitu beliau melihat perlunya mengekalkan sesuatu yang
bernilai dalam masyarakat Kampung Lendu. Karya Lendu merupakan manifestasi
pengkarya terhadap persekitaraan kampong yang harus di jaga dan dipelihara agar
tidak dimusnahkan dengan perkara-perkara negatif. Keunikan serta keaslian kampong
Lendu harus dirakam dalam bentuk penulisan buku. Dengan cara ini keaslian,
sejarah, budaya kampong Lendu akan kekal dalam bentuk rakaman melalui buku.
Walaupun satu hari nanti fizikal kampong Lendu akan berubah dengan yang baru dan
moden namun rakam imej serta penulisan didalam buku akan menjadi khazanah kekal
untuk tatapan genarasi akan datang.
Karya yang dipersembahkan menggunakan bahan kertas A4 yang telah digunakan
kemudiannya dijilid. Disetiap kertas berjilid yang berlainan tebal diukir teks L E N D
U. Manakala tertera imej-imej yang berkaitan dengan kampong lendu sendiri seperti
rumah kampong , masjid, papan tanda dan muka hadapan Universiti Teknologi
MARA. Perbuatan menjilid secara rambang mampu diterjemahkan sebagai sesuatu
warisan harus di pelihara. Manakala Kotak Dailog yang diletakkan dibahagian atas
mengandungi frasa kata yang menjadi identiti Rosli didalam karya-karyanya sebelum
ini.
Karya terakhir yang dibicarakan adalah karya oleh Shahriah bt Mohd Roshidi. Artist
muda, baru dan prolifik. Antara pemikiran dan ciri-ciri seorang artis kontemporari
adalah mengubah persepsi atau pandangan terhadap sesuatu yang biasa kepada
luarbiasa. Dalam konteks diri Shahriah telah wujud ciri-ciri tersebut. Ini kerana,
karyanya fungal Growth- The Journey semacam keluar dari kebiasaan. Beliau
melihat persoalan context lebih mustahak dari content. Menjadikan kulat yang sering
mendatangkan masalah dalam konteks pemakanan, kini Shahriah mengubah
konteksnya dalam kerangka sebuah kajian untuk penghasilan karya seni visual.
Pertumbuhan kulat secara semulajadi akibat tindak balas cuaca, udara, dan air telah
beliau amati seperti seorang ahli sains, merekod dan merakam, mencatat dan melakar.
Dalam karya yang dipamerkan ini, Shahriah telah menggunakan speciment yang telah
dibekukan (diawetkan) lalu ianya menjadi sebuah karya. Suatu objek makanan telah
tidak boleh dimakan kerana angkara kulat lalu menjadi begitu kontemporari untuk
menjadi sebuah karya seni instalasi. Ketika di temubual bagaimana idea ini berlaku
beliau menyatakan ia bertitik tolak dari proses pembelajaran yang memerlukan
mencari sesuatu untuk dijadikan kajian. Maka ketika beliau pulang dikampungnya
Perak beberapa kajian telah dibuat antaranya di sawah padi ,hasilnya beiau
menjumpai kulat atau lumut-lumut yang terdapat di batasan padi. Berpunca kajian
ringkas di sawah padi menyebabkan Shahriah teruja meneruskan kerja-kerja
pengamatan makro untuk melihat dan menilai kulat-kulat yang pelbagai sifatnya dan
mempunyai nilai estetik dalam konteks keseniaan

Kesimpulan
Melihat kelima-lima karya yang dipamerkan di Art Edu Care #5, jelaslah bahawa,
tema-tema yang terdapat didalamnya merangkumi persoalan keluarga seperti karya
Ahmad Zuraimi. Tema kekeluargaan bagi Ahmad Zuraimi bukanlah apa yang dibaca
dari bentukan formal atau yang tersirat tetapi ianya lebih daripada itu. kekeluargaan
yang ingin disampaikan oleh beliau adalah bagaimana suatu keluarga yang
bilangannya 5 orang duduk bersama melukis bersama, bercakap bersama, berbincang

8
bersama dengan perantaranya 6 keping kertas berlipat zig zag. Nilai kasih saying
telah mengikat keluarga ini
Tema pengalaman peribadi, jelas berlaku dalam karya ulau oleh Mohd Shahruddin
Supar sehinggakan beliau merasakan pernah mengalami sesuatu peristiwa diatas
kejadian yang telah berlaku. Dan ini dinamakan déjà vu .
Diana dan Rosli telah membawa tema environment didalam karya mereka. Persoalan
pembangunan yang akan merosakkan alam semula jadi menjadi intipati karya Diana.
Manakala rosli memberi tumpuan kepada isu mengekalkan, merakam objek-objek
warisan untuk dibukukan. Shahriah ibarat saintis gila yang meneroka dunia sains
kajihayat untuk menemukan keindahan dan nilai-nila estitik yang tinggi menurut
persepsi seorang artis.

RUJUKAN

Ahmadrashidi Hasan, 2012. Contemporary Islamic Painting in Malaysia 1980-2000,
Shah Alam, UiTM Press.
Jahani Ali, 1991. Seni Dan Sistem Sosial. Shah Alam, KSSR.
Metalmania, 2013. Kuala Lumpur, Segaris Art Center.
Muliyadi Mahamoo, 2001. Seni Lukis Moden Malaysia-Era Perintis Hingga Era
Pluralis. Kuala Lumpur : Utusan publication & Distributors Sdn Bhd.
Ocvirk Otto G., Stinson R.E., Wigg P.R., Bone R.O.,Cayton D L. 1994. Art
Fundamentals Theory & Practice. Edisi Ketujuh. UK: Wcc Brown & benchmark
Publishers.
Prosiding Sidang Seni SINI08, 2008, Kuala Lump
TSabri Ibrahim, 2010. Bakat Muda Sezaman, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis
Negara.

9

LAMPIRAN 1

RUMAH JIWA KAMI, Mixe Media, 30cm x 1290cm. 2014.

10

Artist
Title
Material
Saize
Year

Detail 1

Diana Ibrahim
Entering The Great Maklaysian Landscape # Alor Gajah
Aluminium box, Magnifine Glass
variable dimension
2014.

Detail 2.

11

Mohd Saharudin Supar
ULAU, 12” x 13”, Metal, 2014

12

Rosli Zakaria, LENDU,
143cm 44 cm x 12 cm.
Kertas ‘recycle’, Akrilik, Benang, Sticker, Klip, cabel tied.
2014

Detail 1.

Detail 2

Detail 3

13

Shahriah Roshidi, Title of artwork : Fungal Growth - The Journey
Dimension (cm) : Variables
Medium :Mix Media (Installation)
Year : 2014

Dokumen yang terkait

PESAN SOSIAL DALAM FILM (Sebuah Analisis Isi pada Film Me vs High Heels Karya Pingkan Utari)

0 45 2

PENGEMBANGAN PROGRAM ACARA CHATZONE(Studi Terhadap Manajemen Program Acara di Stasiun Televisi Lokal Agropolitan Televisi Kota Batu)

0 39 2

Representasi Nasionalisme Melalui Karya Fotografi (Analisis Semiotik pada Buku "Ketika Indonesia Dipertanyakan")

53 338 50

CITRA PEREMPUAN BERCADAR DALAM FILM (Analisis Semiotika Pada Film Khalifah Karya Nurman Hakim 2011)

2 44 53

Pengaruh Kerjasama Pertanahan dan keamanan Amerika Serikat-Indonesia Melalui Indonesia-U.S. Security Dialogue (IUSSD) Terhadap Peningkatan Kapabilitas Tentara Nasional Indonesia (TNI)

2 68 157

Makna Kekerasan Pada Film Jagal (The Act Of Killing) (Analisis Semiotika Roland Barthes pada Film Dokumenter "Jagal (The Act of Killing)" tentang Pembunuhan Anti-PKI pada Tahun 1965-1966, Karya Joshua Oppenheimer)

17 109 98

Strategi Public Relations Radio Cosmo 101.9 FM Bandung Joged Mania Dalam Mempertahankan Pendengar Melalui Pendekatan Sosial

1 78 1

Kolokial Bahasa Inggris Dalam Novel A Diary OF Wimpy Kid Karya Jeff Kinney Dan Terjemehannya Diary Bocah Tengil

4 132 1

Mari Belajar Seni Rupa Kelas 7 Tri Edy Margono dan Abdul Aziz 2010

17 329 204

PENGARUH PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF EXAMPLE NON EXAMPLE TERHADAP KEMAMPUAN BERPIKIR RASIONAL SISWA PADA MATERI POKOK PENCEMARAN DAN KERUSAKAN LINGKUNGAN (Studi Eksperimen pada Siswa Kelas VII SMP Negeri 2 Waway Karya Lampung Timur Tahun Pela

7 98 60