Sosioekonomi Masyarakat Orang Asli Kajia

1
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

SOSIOEKONOMI MASYARAKAT ORANG ASLI : KAJIAN KES DI KAMPUNG
PETA, JOHOR
Mohd Nur Syufaat Jamiran1, Seow Ta Wee1 & Maryati Mohamed2
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP)1
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS)2
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor
j_king4at@yahoo.com, tawee@uthm.edu.my & maryati@uthm.edu.my
Abstrak
Kajian ini meninjau aspek sosioekonomi Orang Asli dengan melakukan kajian lapangan terhadap
penduduk Kampung Peta, yang terdiri daripada Orang Asli Jakun. Kampung tersebut terletak di
pinggir Taman Negara Endau-Rompin. Data dikumpulkan melalui temubual mendalam dengan
informan utama seperti Tok Batin serta kumpulan berfokus iaitu Orang Asli terpilih dalam
kalangan yang dianggap berpengetahuan tentang perkembangan di dalam dan persekitaran
berhampiran Taman Negara tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Kampung
Peta masih mengamalkan ekonomi sara diri. Namun begitu secara keseluruhannya ekonomi
mereka telah mula terserap ke dalam sektor kerajaan dan swasta. Hal ini berpunca daripada
pembangunan Taman Negara Endau-Rompin yang telah banyak membuka peluang ekonomi

kepada mereka. Tanaman getah dan sumber hutan juga turut menjadi penyumbang kepada
pendapatan mereka. Taraf pendidikan dalam kalangan mereka juga telah meningkat walaupun
masih terdapat sebilangan kecil yang masih belum menguasai kemahiran 3M (membaca,
menulis, mengira). Justeru pembangunan sosioekonomi mereka perlu dilaksanakan dengan
lestari agar tidak menjejaskan kekayaan alam semula jadi selain dapat memenuhi keperluan dan
kehendak generasi akan datang.
Kata Kunci : Sosioekonomi, Orang Asli, Pendapatan, Pekerjaan, Pengurusan
____________________________________________________________________________
1.0

PENGENALAN

Orang Asli merupakan salah sebuah etnik minoriti dan antara warisan yang unik di Malaysia.
Majoriti daripada mereka tinggal di kawasan hutan dan masih mengamalkan cara hidup
tradisional yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar dan amalan lama tinggalan nenek moyang
mereka (Er Ah Choy et. al, 2010).

2
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.


Pelbagai dasar dan perancangan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Negeri dan
kerajaan Persekutuan bagi membangunkan seluruh masyarakat dan negara. Dengan perlaksanaan
dasar-dasar utama negara seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional
(DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN) dan yang terbaru, Government Transform Programme
(GTP) adalah demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Namun begitu, dalam
konteks masyarakat Orang Asli, pembangunan yang rancak kini kurang memberi impak kepada
mereka seperti yang diharapkan disebabkan oleh perancangan yang tidak direncana dengan teliti
dan kurang mengambil faktor kesediaan serta aspirasi sebenar kelompok masyarakat tersebut
(Ali@Zainalabidin 2006).

Kampung Peta merupakan salah sebuah perkampungan Orang Asli yang dibangunkan
semula di bawah Program Penempatan Tersusun yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA) yang dahulu dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).
Penyusunan dan pembangunan yang dilaksanakan telah berjaya mengubah lanskap penduduknya
kepada persekitaran dan kehidupan yang lebih moden. Menurut Ali (2006), melalui program
tersebut, setiap keluarga Orang Asli dijanjikan kebun kelapa sawit, rumah kediaman dan lain-lain
infrastruktur yang lengkap bagi kemudahan awam. Tambahan pula, penggazetan hutan
berhampiran sebagai Taman Negara Endau-Rompin pada tahun 1993 juga banyak memberi
kesan kepada pembangunan terhadap persekitaran penduduk di Kampung Peta.


Taman Negara Endau-Rompin mempunyai keluasan 49,000 hektar yang meliputi tiga
dataran daerah iaitu Mersing, Segamat dan juga Rompin. Sejak kurun ke-19, Taman Negara ini
telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Selatan Semenanjung Malaysia kerana
hutannya yang kaya dengan keunikan alam flora dan fauna selain alam budaya tradisional Orang
Asli Jakun khusunya di Kampung Peta. Kajian Melville Saayman (2009) berkenaan dengan
impak Taman Negara Karoo di Afrika Selatan terhadap sosioekonomi masyarakat setempat
menunjukkan bahawa salah satu faktor yang boleh meningkatkan pendapatan adalah melalui
tempoh penginapan. Hal ini merujuk kepada lingkungan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh
pelancong dalam tempoh penginapan. Semakin lama pelancong menginap, semakin tinggi
perbelanjaan mereka dan akhirnya semakin bertambah pendapatan penduduk setempat. Secara
tidak langsung, transformasi akan berlaku. Oleh hal demikian, kertas kerja ini berobjektifkan

3
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

kajian mengenai keadaan persekitaran sosioekonomi masyarakat Orang Asli Jakun di Kampung
Peta impak daripada pembangunan yang telah dilaksanakan.

2.0


KAWASAN KAJIAN

Kampung Peta yang terletak berhampiran kawasan Taman Negara Endau-Rompin dan di pinggir
Sungai Endau memastikan perjalanan selama hampir dua jam untuk sampai ke sana dari pekan
Kahang. Perjalanan tersebut melalui jalan ladang kelapa sawit dan hutan belantara. Namun
begitu, jalan dipersimpangan masuk ke hutan tersebut telah dinaiktaraf dan berturap bagi
memudahkan pergerakan masuk ke kawasan Taman Negara selain memudahkan penduduk
Kampung Peta untuk berhubungan dengan masyarakat luar.

Rajah 1 : Kedudukan Kampung Peta

Jumlah penduduk Kampung Peta dianggarkan lebih 200 orang. Menurut pegawai
JAKOA Mersing, Puan Suhaila (2013) menyatakan bahawa jumlah tersebut tidak termasuk
mereka yang berhijrah keluar sama ada disebabkan oleh belajar, berkahwin mahupun bekerja.
Tambahnya lagi, jumlah tersebut sentiasa berubah mengikut keadaan tertentu akibat peredaran
masa.

4
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.


Rajah 2 : Lakaran Kependudukan Kampung Peta

Menurutnya lagi, Kampung Peta mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada Perang
Dunia ke-2, pihak British dan masyarakat Orang Asli telah meredah kawasan hutan yang
sekarang ini dikenali sebagai hutan Endau-Rompin dan telah digazetkan sebagai Taman Negara
pada tahun 1993. Sewaktu meredah, mereka menjumpai sekeping peta yang dikatakan
menunjukkan lokasi terletaknya harta karun tinggalan Jepun. Bersempena peristiwa tersebut,
kampung Orang Asli yang dibina pada waktu itu diberi nama Kampung Peta.

3.0

ISU DAN PERMASALAHAN

Kajian mengenai isu pembangunan Orang Asli telah banyak dibincangkan sebagaimana kajian di
Hutan Simpan Bukit Lagong ini. Aktiviti ekonomi masyarakat Orang Asli di hutan simpan
tersebut masih berbentuk sara diri dan ‘secukup hidup’. Walau bagaimanapun, kajian ini juga
mendapati terdapat perubahan aktiviti ekonomi masyarakat Orang Asli dari suku Temuan
tersebut sejak beberapa dekat iaitu daripada mencari sumber hutan semata-mata kepada
penglibatan dalam sektor kerajaan dan swasta. Taraf pendidikan mereka juga telah meningkat.
Peningkatan ini dikatakan hasil daripada usaha Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (kini JAKOA)

ketika itu yang telah meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan.

5
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

Sejak penggazetan hutan Endau-Rompin sebagai Taman Negara, telah banyak peluang
ekonomi yang diterima oleh penduduk Kampung Peta. Selain tawaran kerja, mereka juga turut
berpeluang menceburkan diri dalam kegiatan peruncitan dan pelancongan. Infrastruktur jalan
perhubungan ke pekan berdekatan juga telah dinaiktaraf dan berturap sebahagiannya bagi
memudahkan mereka untuk berhubungan dengan orang luar. Tambahan pula, dengan pemberian
rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Skim Bencana Alam, fasiliti dan
kelengkapan, institusi pendidikan seperti sekolah dan tadika, serta kemudahan yang lain
sebenarnya mampu mengubah persekitaran kampung tersebut.

Kerancakan ekopelancongan di Taman Negara Endau-Rompin dan penyediaan pelbagai
kemudahan diharapkan dapat memberi kesan yang positif kepada mereka. Namun begitu,
masalah berkenaan impak negatif dilihat lebih besar berbanding impak positif yang diterima oleh
mereka (M. N. Syufaat, 2013). Hal ini dapat dilihat menerusi kajian yang telah dilakukan oleh
Zuriatunfadzliah et al. (2009) mendapati Orang Asli etnik Bateq telah mengalami perubahan dari
segi budaya akibat daripada aktiviti ekopelancongan di Taman Negara. Hasil kajian mendapati

aspek pakaian Orang Asli mengalami perubahan serta-merta tanpa pengekalan budaya
tradisional. Hal ini berbeza dengan aspek pemakanan yang hanya berubah sebahagiannya dan
masih bercampur dengan budaya asal. Walaupun penduduk Kampung Peta menerima segala
bentuk kemudahan dari aspek sosial dan ekonomi, namun pembangunan tersebut dilihat masih
mengikut acuan mereka sendiri. Masalah kemiskinan serta masalah pengurusan persekitaran
masih berlaku. Kedudukan kampung tersebut yang jauh di kawasan pedalaman juga merupakan
antara faktor utama selain faktor kesebatian mereka dengan hutan yang sememangnya tidak
dapat dipisahkan.

Walaupun

kehidupan

mereka

mengalami

perubahan

atas


pembangunan

yang

dilaksanakan, namun perubahan tersebut boleh dikatakan berlaku atas kepentingan pihak lain dan
bukan untuk menjaga kesejahteraan dan kerukunan hidup sebagai Orang Asli. Hal ini jelas dapat
dilihat apabila kampung-kampung Orang Asli kini menjadi tumpuan pihak pembalak, syarikat
perladangan dan rekreasi serta pengusaha hartanah (Hanapi Dollah, 2008). United Nation (2012)
dalam Urban Indigenous Peoples and Migration: Challenges and Opportunities menyatakan
bahawa walaupun majoriti Orang Asli di seluruh dunia tinggal di kawasan pedalaman, namun

6
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

semakin lama mereka mula berhijrah ke kawasan bandar sama ada secara sukarela atau dipaksa.
Faktor yang menyumbang kepada penghijrahan tersebut ialah perampasan tanah, kemiskinan,
ketenteraan, bencana alam, kekurangan peluang pekerjaan, kemerosotan kehidupan tradisional
dan prospek ekonomi yang lebih baik di bandar-bandar. Oleh hal yang demikian, pembangunan
sosioekonomi masyarakat Orang Asli seperti di Kampung Peta dilihat terbantut dan gagal

mencapai matlamat sebenar pembangunan tersebut.

4.0

METODOLOGI KAJIAN

Maklumat kajian dan informasi yang diperolehi dari JAKOA Mersing banyak membantu dalam
kajian ini bagi mendapatkan gambaran awal persekitaran sosial dan ekonomi penduduk Orang
Asli Jakun di Kampung Peta sebelum turun ke lapangan. Data yang diperolehi adalah berkenaan
dengan latar belakang Kampung Peta termasuklah populasi dan peta kawasan kajian serta
beberapa maklumat mengenai sosioekonomi mereka.

Seterusnya, pengkaji turun ke lapangan iaitu di Kampung Peta dengan melakukan
pemerhatian bagi mendapatkan gambaran fizikal tentang keadaan kampung tersebut dari segi
perumahan, farsiliti, kegiatan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan. Bagi mengetahui lebih
lanjut, temubual secara tidak langsung juga dilakukan bagi mendapatkan lebih data berkenaan
keadaan mereka yang sebenar. Temubual dilakukan kepada key informant iaitu Tok Batin,
Sangka Chuka, selaku ketua penduduk kampung tersebut. Temubual lain juga dijalankan kepada
informan lain yang dipilih secara rawak supaya ketelusan data tidak diragui. Semasa temubual
berlangsung, penyelidik menunjukkan minat kepada setiap apa yang diperkatakan oleh informan

dan sentiasa dalam keadaan sifat yang berkecuali disepanjang sesi temubual. Data yang
diperolehi daripada catatan ringkas yang dibuat berdasarkan pemerhatian dan temubual tidak
berstruktur tersebut akhirnya dikumpul dan disusun bagi memudahkan penyelidik untuk
menganalisis data.

7
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

5.0

HASIL DAN PERBINCANGAN

Kajian ini berfokus kepada sosioekonomi mereka. Justeru, data yang diperolehi dalam kajian ini
adalah berkenaan dengan pekerjaan, pendapatan isi rumah, pembangunan sumber manusia,
pengurusan produk dan penggunaan tanah dan hasil hutan. Data telah diperolehi daripada 13
orang responden termasuk seorang key informant merangkap Tok Batin yang menjadi ketua
masyarakat kampung tersebut.

5.1


Profil Responden

Seramai 13 orang responden telah menyertai kajian ini. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki
iaitu 92% dan seorang perempuan yang mewakili 8% daripada responden. Hal ini dapat dilihat
dari Rajah 1 yang menunjukkan jantina responden yang dikaji.

8%

92%

Lelaki

Perempuan

Rajah 3 : Jantina Responden
Jumlah tersebut adalah disebabkan oleh pemilihan terhadap Ketua Isi Rumah (KIR)
sahaja iaitu mereka yang mengetuai sesebuah rumah yang terdapat di kampung tersebut. Oleh hal
yang demikian, mereka kebanyakannya terdiri daripada lelaki dan beberapa orang sahaja
perempuan yang tergolong dalam kumpulan ibu tunggal.

8
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

Majoriti responden didapati mempunyai pendidikan yang rendah kerana kebanyakan
mereka tidak bersekolah dan gagal menamatkan persekolahannya sehingga ke peringkat sekolah
menengah. Menurut Tok Batin (2013), mereka terpaksa melalui jarak yang jauh untuk sampai ke
sekolah. Masa yang panjang hanya dihabiskan dalam perjalanan selain penat dan tidak mampu
memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Selain itu, Tok Batin menegaskan juga
mengenai kekurangan sumber kewangan yang menjadi kekangan utama untuk meneruskan
pelajaran. Namun begitu, pihak JAKOA juga telah mengadakan Kelas Dewasa Orang Asli dan
Penan (KEDAP) bagi memastikan golongan ibu bapa mampu menguasai kemahiran 3M
(membaca, menulis dan mengira) selain dapat menerapkan dalam diri mereka akan kepentingan
pelajaran dalam menjamin masa depan yang cerah. Dikhabarkan juga dari salah seorang
responden bahawa mereka akan dapat sedikit elaun apabila menghadiri kelas tersebut dan ianya
menjadi tarikan kepada golongan dewasa untuk turut serta dalam program tersebut.

5.2

Pekerjaan Responden

Kajian mendapati sembilan daripada 13 responden bekerja sendiri manakala selebihnya bekerja
dalam sektor kerajaan. Hal ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 1 yang menggambarkan 69 peratus
merupakan mereka yang bekerja sendiri manakala 31 peratus lagi merupakan mereka yang
bekerja dalam sektor kerajaan.

31%

69%

Bekerja Sendiri

Sektor Kerajaan

Rajah 4 : Pekerjaan Responden

9
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

Responden yang bekerja dalam sektor kerajaan terdiri daripada mereka yang bekerja
dengan Taman Negara Endau-Rompin sebagai housekeeping. Bagi responden yang bekerja
sendiri pula merujuk kepada mereka yang berniaga runcit selain menoreh getah tanaman sendiri.
Terdapat juga antara mereka yang mengusahakan kraftangan seperti Kemelok Tekeso, Ameng
Akap dan Awang Kudi. Kemelok Tekeso merupakan pengusaha pakaian yang diperbuat daripada
kulit kayu pokok terap. Kulit kayu terap menjadi bahan utama pembuatan. Sepasang pakaian
dijual pada harga RM300 di mana baju berharga RM150 dan seluar juga pada harga RM150.
Ameng Akap pula mengusahakan set replika sumpitan yang dijual dengan harga RM50 hingga
RM200. Namun begitu, mereka hanya menjalankan perniagaan tersebut secara sambilan dan
bermusim.

Awang Kudi dengan gelaran mesranya Pak Awang pula merupakan seorang usahawan
kraftangan yang terkenal dengan permainan Kercang yang merupakan salah satu permainan
tradisional Jakun yang bersifat menguji minda. Ketika ini, boleh dikatakan hampir seluruh
penduduk kampung tahu memainkan Kercang (Berita Harian, 4 April 2010). Awang Kudi
bermula dengan Kercang 3 Steps yang berasaskan kepercayaan tradisional yang diilhamkan
ketika mereka sesat di hutan. Kini, Awang sudah menghasilkan tujuh jenis Kercang yang dijual
antara RM20 hingga RM50 untuk satu set permainan mengikut permintaan.
.
5.3

Pembangunan Sumber Manusia

Berdasarkan pemerhatian dan temubual yang dijalankan didapati terdapat aktiviti keusahawanan
berskala kecil. Pihak kerajaan melalui JAKOA dengan kerjasama KEMAS telah mengadakan
kursus kemahiran membuat kraftangan jenis perhiasan. Antara kraftangan tersebut ialah hiasan
pokok bunga yang diperbuat daripada gabungan pelbagai bentuk manik, dawai halus, tanah liat
dan pasu mini. Harga perhiasan jenis ini dianggarkan dalam lingkungan RM50 hingga RM200
dan biasanya mendapat tempahan pada musim perkahwinan dan perayaan. Menurut Puan Suhaila
(2013), pendedahan dan peluang yang diberikan diharap dapat membantu mereka dalam
meningkatkan taraf hidup mereka.

10
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

Salah seorang responden juga ada menyatakan bahawa mereka juga diajar kemahiran
menganyam dan menjahit bagi kaum ibu menerusi satu program yang dianjurkan oleh pihak
JAKOA. Namun begitu, program tersebut telah lama tidak diadakan. Menurut responden lagi,
kali terakhir mereka menyertai program tersebut adalah pada tahun 1990-an dan telah diadakan
di negeri Kelantan. Mereka terutamanya golongan ibu berharap agar program tersebut dapat
dianjurkan lagi.

5.4

Pendapatan Isi Rumah

Kajian mendapati mereka kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap terutamanya bagi
mereka yang bekerja sendiri. Berdasarkan temubual yang dilakukan ke atas beberapa responden,
pendapatan mereka dianggarkan RM400 hingga RM2000. Rajah 3 menunjukkan pendapatan isi
rumah yang diperolehi oleh responden. Seramai enam orang responden atau 46 peratus
mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM500 manakala seramai tujuh orang lagi atau 54
peratus daripada mereka mempunyai pendapatan isi rumah antara RM501 hingga RM1000. Bagi
responden yang mempunyai pendapatan isi rumah dalam kumpulan antara RM1001 hingga
RM1500 dan RM1501 hingga RM2000 pula masing-masing seorang dalam setiap kumpulan
tersebut.

8
7
6
5
4
3

Pendapatan Isi Rumah
(RM)

2
1
0

500 dan ke
bawah

501-1000

1001-1500 1500-2000
Rajah 5 : Pendapatan Isi Rumah

11
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

Pendapatan yang diperoleh oleh responden yang bekerja sendiri adalah berubah-ubah
mengikut musim tertentu. Sebagaimana mereka yang menoreh getah, mereka berhadapan dengan
musim hujan yang menyebabkan getah tidak menjadi serta harga getah di pasaran yang tidak
menentu. Mereka juga terpaksa menjual kepada orang tengah dengan harga yang murah kerana
mereka tiada pengangkutan yang sesuai memandangkan jarak antara Kampung peta dengan
pekan berhampiran sangat jauh dan kosnya juga adalah besar (Tok Batin, 2013). Hal ini turut
berlaku kepada mereka yang mencari hasil hutan dan pengusaha kraftangan.

Tabungan dan simpanan amat penting dalam menjamin masa depan yang cerah. Mereka
dikatakan ada membuat simpanan bank selain terdapat segelintir daripada mereka yang
mempunyai simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Bagi mereka yang mempunyai anak
yang bekerja sama ada di luar mahupun di dalam kampung, ia sedikit sebanyak dapat membantu
dari segi perbelanjaan isi rumah.

5.5

Pengurusan Produk

Kebanyakan penduduk Kampung Peta yang merupakan suku Jakun didapati mengamalkan
ekonomi sara diri. Hasil pemerhatian mendapati, mereka ada mengusahakan tanaman sendiri
iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Bagi sayur-sayuran, ada antara mereka yang menanam ubi,
sawi, bende dan sebagainya untuk kegunaan sendiri. Begitu juga bagi tanaman buah-buahan
seperti durian, tebu, rambutan, jagung dan sebagainya. Namun begitu, jika terdapat lebihan hasil
tanaman, mereka akan menjualnya kepada peraih yang datang ke kampung tersebut. Menurut
salah seorang responden, peraih yang datang ke kampung mereka kebanyakannya dari bangsa
Cina. Baginya, kedatangan peraih juga sebenarnya memudahkan urusan penjualan lebihan hasil
tanaman ke pekan berhampiran. Tambahan pula, kesukaran untuk mendapatkan sumber makanan
telah memaksa penduduk kampung mencari alternatif lain dengan bercucuk tanam bagi
mendapatkan sumber pendapatan tambahan.

Hasil dari tanaman buah-buahan biasanya mengalami lebihan dan berpotensi untuk dijual
kepada peraih. Namun begitu, penjualan tersebut bukanlah dalam prospek yang besar dan ianya
hanya apabila tiba musim sahaja. Menurut Tok Batin (2013) apabila tiba musim buah-buahan,

12
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

mereka terpaksa menjual dengan begitu murah akibat daripada lebihan yang terlalu banyak.
Malah, ada masanya pelawat yang berkunjung ke Taman Negara Endau-Rompin juga disajikan
dengan buah-buahan tersebut secara percuma.

6.0

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Masyarakat Orang Asli di Kampung Peta masih mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri.
Namun begitu, berdasarkan kajian yang telah dibuat, mereka kini telah terserap dalam ekonomi
moden. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh pengwujudan Taman Negara Endau-Rompin
yang banyak membuka peluang ekonomi kepada mereka. Namun begitu, peluang ekonomi yang
ditawarkan tidak mampu mengubah lanskap ekonomi mereka. Kedudukan Kampung Peta yang
dekat dengan hutan dan jauh di pedalaman memastikan penduduknya terpaksa mengeksploitasi
persekitaran mereka demi kelangsungan hidup.

Keunikan budaya Orang Asli Jakun wajar dikomersialkan terutamanya melalui
pelancongan budaya yang boleh dianjurkan oleh Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ)
dengan kerjasama JAKOA. Usaha tersebut seterusnya mampu menjadikan Kampung Peta
sebagai Kampung Budaya. Sebagai contoh, masyarakat Orang Asli suku kaum Mah Meri di
Pulau Carey, Selangor. Mereka terkenal dengan kebudayaan tradisonal mereka yang unik
terutamanya ukiran kayu dan tarian topeng Joh Oh. Pengiktirafan oleh badan dunia seperti
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah
merancakkan lagi pengkomersialan suku kaum tersebut di samping terbinanya sebuah kompleks
budaya yang serba lengkap yang pastinya dapat memberi kemudahan kepada para pelancong
yang hadir dari dalam dan luar negara. Kedatangan pelancong tersebut sekaligus dapat
meningkatkan sosioekonomi mereka di samping dapat mengekalkan kebudayaan warisan nenek
moyang mereka.

Hubungan erat antara Orang Asli dengan hutan kini bukanlah satu budaya tradisi, tetapi
suatu keperluan dalam menjadikannya sumber makanan dan pendapatan bagi mereka. Oleh hal
yang demikian, pembukaan kawasan penempatan baru yang dinamik, efisien dan komprehensif
perlu menekankan kepada aspek alam sekitar serta mengambilkira perancangan pembangunan

13
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

sosial sesebuah masyarakat atau kelompok sasaran berkenaan. Aktiviti perekonomian yang
merangkumi pengumpulan sumber hutan perlu dilaksanakan dengan lestari agar tidak
menjejaskan kekayaan alam semula jadi selain untuk memenuhi keperluan dan kehendak
generasi akan datang.

RUJUKAN
Ali@Zainalabidin Syed Mohamed. 2006. Impak Perwartaan Taman Negara Endau Rompin Dan
Penswastaan Rancangan Pengumpulan Semula Terhadap Masyarakat Jakun Di Bekok,
Johor. Projek Penyelidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Awang Kudi (2013) Informant. Kampung Peta.
Berita Harian. 11 Julai 2008.
Berita Harian. 4 April 2010.
Er Ah Choy, Zalina & Joy Jacqueline Pereira. 2010. Sosioekonomi Masyarakat Orang Asli :
Kajian Kes Di Hutan Simpan Bukit Lagong, Selangor Malaysia. Jurnal Melayu (5)2012:
295-314.
Hassan Mat Nor (2000). Pembangunan dan Peminggiran : Kes Orang Asli. Dlm. Negara
Pasaran dan Pemodenan Malaysia, disunting oleh Abdul Rahman Embong. Bangi :
Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Hanapi Dollah (2008) Komuniti Orang Jakun : Peminggiran dan Pembangunan. Dlm.
Masyarakat & Kepelbagaian Sosial di Malaysia, disunting oleh Sarjit S. Gill & Lee Yok
Fee. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (2013). Program Pembangunan Penempatan Tersusun. Atas talian
: http://www.jakoa.gov.my/web/guest/program-pembangunan-penempatan-tersusun (9
Mac 2013)
Jabatan Kemajuan Orang Asli, Mersing (2011). Profil Kampung Orang Asli Peta.
Melville Saayman, Andrea Saayman & Madelien Ferreira (2009). The Socio-Economic Impact
of the Karoo National Park. African Protected Area Conservation and Science
(KOEDOE) (51) 2009 : 1-10
Mohd

Azis
Ngah
(2010).
9
jerat
warisan
Jakun.
Atas
talian
:
http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/ 9jeratwarisanJakun/Article/index [8 Mac
2013]

14
SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA-MALAYSIA, 12-14 NOVEMBER 2013, UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG, INDONESIA.

Mohd Nur Syufaat Jamiran & Seow Ta Wee (2013). Kelestarian Transformasi Pembangunan
Sosioekonomi Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali Ke4, 5-6 Mac 2013, Dewan Persidangan E-Learning UPSI, Tanjong Malim.
Mustaffa Omar (2008). Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Masyarakat Orang Asli :
Pencapaian dan Cabaran. Dlm. Orang Asli Isu, Transformasi dan Cabaran, disunting
oleh Ma’Rof Redzuan & Sajit S. Gill. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Puan Suhaila (2013) Key Informant. Jabatan Kemajuan Orang Asli, Mersing.
Sangka Chuka (2013) Key Informant. Kampung Peta
United Nation (2012). Urban Indigenous Peoples and Migration: Challenges and Opportunities.
Atas talian : http://www.un.org/esa/socdev/unpfii/documents/6_session_factsheet2.pdf.

Dokumen yang terkait

PENGARUH DAYA TARIK BERITA METRO XIN WEN TERHADAP INTENSITAS ETNIK TIONGHOA MENONTON METRO XIN WEN Studi pada Masyarakat Etnik Tionghoa di Pecinan Malang

1 28 2

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH TERPAAN IKLAN TELEVISI PARTAI NASIONAL DEMOKRAT TERHADAP PERSEPSI MASYARAKAT TENTANG PARTAI NASIONAL DEMOKRAT (Studi Pada Masyarakat Dusun Geneng Desa Pacalan Kec. Plaosan Kab. Magetan)

1 51 29

Dari Penangkapan Ke Budidaya Rumput Laut: Studi Tentang Model Pengembangan Matapencaharian Alternatif Pada Masyarakat Nelayan Di Kabupaten Situbondo, Jawa Timur

2 37 2

Peranan Hubungan Masyarakat (Humas) Mpr Ri Dalam Mensosialisasikan Empat Pilar Bangsa Tahun 2014

4 126 93

Asas Motivasi kepala Sub Bagian Hubungan Masyarakat Komisi Pemilihan Umum (KPU) Dalam Mensosialisasikan hasil Perhitungan Suara Pada Pemilihan Gubernur Jawa Barat Tahun 2008 Melalui Website

1 54 171

Laporan Kerja Praktek Lapangan Bagian Hubungan Masyarakat (Humas) Di PT. Taspen (Persero) Kantor Cabang Utama Bandung

19 182 68

Pengaruh Persepsi Kemudahan dan Kepuasan Wajib Pajak Terhadap Penggunaan E Filling (Survei Pada Wajib Pajak Orang Pribadi Di Kpp Pratama Soreang)

12 68 1

Konstruksi Makna Gaya Blusukan (studi Fenomenologi Tentang Konstruksi Makna Gaya Blusukan Gubenur Joko Widodo Bagi Masyarakat Jakarta Pusat)

1 65 112

Laporan praktek kerja lapangan di Biro Umum Bagian Hubungan Masyarakat Sekretariat Daerah Pemerintah Prop. Jawa Barat

1 14 40