Buku motor tua sejarah 1 rs

AKTIVITI PASUKAN
Batalion Pertama Rejimen Sempadan telah berjaya melaksanakan hal pentadbiran, tugas
operasi dan latihan pasukan disepanjang penubuhannya dengan jayanya. Tumpuan utama
Pasukan adalah memberi penekanan yang lebih di dalam aspek sukan diperingkat pasukan
dan Briged Sempadan. Kejayaan di dalam acara sukan bukan sahaja telah meningkatkan imej
pasukan dan kualiti anggota malah telah menyumbang dari aspek mendidik dan melatih
peringkat pertengahan dalam pasukan untuk merancang, mentadbir, mengurus, melatih dan
seterusnya melaksanakan perancangan dan pertandingan acara-acara sukan. Kejayaan yang
dicapai telah meningkatkan semangat kekitaan dan sayangkan pasukan.
GERAKAN
Pasukan terlibat sepenuhnya dalam melaksanakan dua operasi dengan kitaran penugasan
selama dua bulan setiap tahun iaitu OP ZON UTARA dan OP PEJARAK. Pasukan telah
melaksanakan OP ZON UTARA dalam tempoh selama dua bulan mulai 3 Jul sehingga 3 Sep
2010 dengan mengaturgerakkan 3 x Komp Repal/1 x Skn yang melibatkan sektor OP
PAGAR II, OP PAGAR III, OP MERPATI M1 dan OP MERPATI M2. Sepanjang tempoh
melaksanakan operasi, pasukan telah berjaya menahan dan mencegah keluar serta masuk
Pendatang Haram Thai (PHT), Pekerja Thai/Indonesia Tanpa Permit, Perjumpan Senjata dan
juga Rampasan Tanpa Tuan (RTT) dari negara jiran. Sepanjang operasi dilaksanakan pasukan
telah berjaya membuat tangkapan PTI dan tangkapan Pekerja Thai/Indonesia Tanpa Permit.
Tangkapan tersebut hanya berlaku di OP PAGAR II, WAWASAN dan MERPATI. Kejayaan
pasukan dalam melaksanakan operasi (2008-2011) adalah melibatkan:

a.

Tangkapan PTI

-

b.

Rampasan Tampa Tuan

-

RM

Kejayaan yang paling membanggakan pasukan semasa 121155H Jul 2010, 1 x Sek Tinjau
semasa membuat rondaan pembersihan di Kawasan Am Pos 802 (GR QT 386345) Sektor OP
PAGAR III, telah berjumpa 1 laras senjata jenis CZ 452-2E ZKM American bersama 1
kelopak, 5 butir peluru point 22 dan 3 helai balaclavar di kawasan tersebut. Senjata serta lainlain peralatan yang dijumpai telah diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Kampung Air
Panas pada 13 Jul 2010 selepas siasatan dalaman dibuat oleh pasukan dan DKM
Kedah/Perlis.

Lawatan
Sepanjang pasukan melaksakan operasi melaksanakan operasi, pasukan telah menerima
banyak lawatan dari ahli politik dan Pegawai Kanan TD. Antara lawatan penting adalah
seperti:
a.
Lawatan Timbalan Menteri Pertahanan pada 17 Jul 2010 di OP PAGAR II
(Pos 1-5) bertujuan untuk meninjau keadaan dan penempatan pos serta perjumpaan
dengan anggota bertugas.
b.
Lawatan Kol Op MK Medan pada 27 Jul 2010 di OP PAGGAR II bagi tujuan
meninjau keadan pos dan melawat anggota.

1

c.

dlllllll

Selain dari lawatan oleh pemimpin negara dan juga panglima formasi, terdapat juga lawatan
pentadbiran bagi membantu gerakan yang dilaksanakan seperti pada 12 Jul 2010, lawatan

oleh Tim Senggaraan 8 Bgd yang diketuai Pegawai Staf 3 Gerak 8 Bgd bersama 2 anggota
Jutra telah melakukan lawatan terhadap semua pos-pos Sektor M1 bertujuan untuk
mengenalpasti pos-pos yang perlu dibuat senggaraan bagi tujuan pendaftaran semula semua
bangunan hak milik BKN.
Lawatan Pegawai Perubatan MK 8 Bgd iaitu Mej (DR) Shamsul Bahri bin Mohamad telah
membuat lawatan pada 3 Ogos 2010 bagi melawat Pos Renap Sektor M1 dan Pos Tok O serta
Pos Kajang Sektor M2 untuk memberi khidmat nasihat dan panduan dalam usaha mencegah
daripada dihidapi penyakit Demam Denggi dan Leptospirosis. Sektor M1 dan M2 dipercayai
sektor yang mempunyai risiko tinggi bahaya penyakit tersebut.
Semburan pencegahan Nyamuk Aedes telah dilaksanakan Dilaksanakan oleh Jabatan
Kesihatan Pengkalan Hulu dan Dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Pasir Mas di kawasan
yang berisiko serta pos-pos bagi mencegah penyakit Demam Denggi di kawasan OP PAGAR
II dan MERPATI M1 6 Jul 2010 2 Ogos 2010 dan 22 Ogos 2010
Senggaraan Kawasan Operasi
Semasa melaksanakan operasi, pasukan juga membuat senggaraan kubu pertahanan di Sektor
OP PAGAR, MERPATI dan WAWASAN yang perlu dibuat pembaikan senggaraan dan baik
pulih. Kubu-kubu berkenaan didapati telah rosak disebabkan oleh faktor masa dan cuaca
kerana zink telah berkarat serta guni pasir telah reput. Melalui Laporan Tamat OP ZON
UTARA SIRI 11/2010, pasukan telah memohon untuk dipertimbangkan membina semula
kubu-kubu sementara yang diperbuat daripada zink dan guni pasir. Kawasan tersebut kerap

ditenggelami air semasa banjir yang menyebabkan kubu-kubu cepat mengalami kerosakan.
Pasukan mencadangkan supaya pembinaan kubu tetap yang didirikan dengan konkrit secara
kolektif.
Pencapaian Operasi
Secara keseluruhannya pasukan telah berjaya melaksanakan operasi ini tanpa menghadapi
sebarang masalah besar kecuali kekurangan bantuan kenderaan yang menjejaskan mobiliti
semasa operasi dan pergerakan logistik harian pos-pos statik dan juga menyukarkan aturgerak
semasa mengikut senario operasi. Pasukan juga telah berjaya menamatkan operasi tanpa
berlaku sebarang kecederaan dan sebarang kehilangan aset-aset perkhidmatan.
Tangkapan PTI di Sektor Pagar II masih berlaku dan tiada tanda-tanda pengurangan. Trend
ini dipercayai akan berterusan disebabkan faktor geografi dan sosio-ekonomi. Manakala di
Sektor Pagar III tiada sebarang aktiviti lintas batas dikesan. Di Sektor M I dan M II aktivitiaktiviti lintas batas masih berterusan. Nilai tangkapan RTT oleh pasukan pada operasi ini
amatlah rendah jika dibandingkan pasukan pelaksana yang lain. Senario ini dipercayai aktiviti
lintas batas berhubung rapat dengan perayaan-perayaan
di antara dua buah negara.
Barangan yang dibawa masuk dan keluar kebanyakan adalah barangan keperluan harian.

2

Dalam usaha meningkatkan pelaksanaan operasi, pasukan berpendapat perkara-perkara

berikut perlu diberi perhatian bagi melancarkan pelaksanaan gerakan yang dipercayai akan
membawa kepada kejayaan yang lebih besar.
a.
Serviceability kenderaan pasukan perlu ditingkatkan sebelum aturgerak
operasi. MK Bgd setempat perlu memberi perhatian dan keutamaan terhadap baik
pulih kenderaan-kenderaan pasukan yang akan melaksanakan gerakan dalam tempoh
tersebut.
b.
Keperluan dan koordinasi Kenderaan Barisan Kedua seharusnya diselaraskan
oleh Staf MK Bgd setempat. Dalam keadaan semasa segala keperluan logistik luar
pegangan pasukan diusahakan sendiri oleh pegawai staf pasukan.
c.
Pasukan berpendapat penugasan kenderaan tumpangan tugas operasi,
pinjaman alat-alat optronik dan juga komunikasi sepatutnya dikoordinasi oleh Mk
Kawalan Operasi, bukan secara terus oleh pasukan yang lain.
Operasi Pulau PEJARAK mula dilaksanakan pada tahun 2010, pertama kalinya pasukan telah
ditugaskan melaksanakan OP PEJARAK dalam kitaran 2 bulan. Aturgerak melibatkan 1 x Pl
di Pulau Perak dan 1 x Pl di Pulau Jarak. Komp B telah ditugaskan melaksanakan operasi ini.
Pasukan telah mengambilalih sektor OP PEJARAK bermula pada 30 Okt 2010 untuk Pulau
Perak dan 3 Nov 2010 untuk Pulau Jarak. Konsep ulang bekal dilakukan dilaksanakan dalam

tempoh 14 hari sekali dengan menggunakan Pesawat Nuri dari Pengkalan Udara TUDM
Butterworth untuk OP PULAU PERAK dan menggunakan kapal laut TLDM Lumut bagi OP
PULAU JARAK. Secara amnya anggota tidak mengalami sebarang masalah kerana operasi
ini adalah seiring dengan pelaksanaan OP PASIR yang mana ketika dahulu anggota pasukan
kerap diaturgerakkan untuk palaksanaan OP PASIR.
OP MURNI
Penugasan OP MURNI pasukan melibatkan Sektor KTJ Jajahan Tanah Merah dan Machang
sebelum tahun 2010 dan pada tahun 2011, Sektor Tanggung Jawab adalah Tanah Merah dan
Pasir Mas. Kawasan utama yang selalu dinaiki air adalah Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Pasukan akan menghantar seorang Pegawai Perhubungan di Bilik Gerakan Pasir Mas dan di
Balai Bomba Rantau Panjang. Pasukan akan dibantu oleh MK 8 Bgd dan MKN bagi
menyediakan bot yang mengcukupi. Seramai 12 anggota akan terlibat disetiap pusat
perpindahan bagi membantu mangsa banjir.
Operasi Bersama.
Pasukan juga telah melaksanakan Operasi Bersama, JOINT BORDER PATROL Siri 21/2010
dengan PK Thailand. Objektif JBP adalah untuk mengawal selia sempadan negara masingmasing. Konsep aturgerak dan pelaksanaan dilaksana secara serentak di dalam KTJ sendiri.
Antara JBP yang telah dilaksanakan oleh pasukan adalah pada 14 Apr 2010 hingga 19 Mei
2010 dalam tempoh 30-40 hari. Bagi sektor negara Malaysia, rondaan telah dimulai daripada
Batu Sempadan “Border Pillar” (BP) 63 hingga ke Jambatan Rantau Panjang merangkumi 3
sektor. Manakala dari Jambatan Rantau Panjang ke Tumpat merangkumi 2 sektor

dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA). Upacara Tamat OP JBP telah dibuat di MK
Taktikal Briged Tenggara PGA Lubuk Setol, Pasir Mas, Kelantan.

3

Aktiviti bilateral ini baik kerana ianya bukan sahaja dapat mengeratkan perhubungan kedua
negara malah menunjukkan kesungguhan agensi penguatkuasaan mencegah aktiviti lintas
batas di kawasan masing-masing serta meningkatkan keselamatan di sempadan. Pasukan juga
berpendapat JBP ini akan lebih berkesan sekiranya sistem komunikasi antara
MALAYSIA/THAILAND boleh diselaraskan semasa pelaksanaan gerakan.
LATIHAN
Keperluan latihan pasukan adalah menjadi keutamaan kepada setiap peringkat anggota bagi
memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap yang tinggi. Objektif umum Latihan Pasukan
adalah seperti berikut:
a.
Mengekal dan mempertingkatkan keupayaan serta kemahiran warga pasukan
dalam melaksanakan operasi PMI melalui latihan-latihan kelompok dan latihan dalam
operasi berdasarkan perjawatan dan tugas teras.
b.
Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan individu dan

kelompok.
c.
Meningkatkan kemahiran daya tempur pasukan dalam semua fasa peperangan
dengan menumpukan latihan yang berkonsepkan konvensional dengan
menggabungkan semua elemen tempur, bantuan tempur dan bantuan perkhidmatan
serta logistik.
d.
Memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan dan keupayaan untuk
melaksanakan MOOTW seperti HADR, PSO dan NEO.
e.
Meningkatkan pencapaian ke tahap juara bagi acara-acara sukan di peringkat
Bgd, Div, PMTD dan TD.
f.
Meningkatkan terus mutu pengurusan dan latihan Pasukan Kadet Bersatu
Malaysia (PKBM) bagi melahirkan bakal pemimpin yang bertanggungjawab,
berdisiplin, berjiwa patriotik, tahan lasak dan berdikari.
Bagi memastikan latihan dapat dilaksanakan dengan jayanya, pendekatan latihan adalah
kepada peningkatan kompetensi individu berdasarkan perjawatan dan pelaksanaan tugas.
Semua bentuk latihan individu dan kolektif dilaksanakan secara formal dan tidak formal.
Latihan kerohanian turut diberi penekanan bagi meningkatkan jati diri setiap anggota pasukan

manakala latihan fizikal dilaksanakan secara berterusan sepanjang masa. Pelaksanaan
pertandingan sukan turut diberi penekanan kerana ianya akan memupuk semangat kekitaan
dan membina budaya daya saing ang tinggi.
Latihan kolektif pula adalah berdasarkan kerjasama dalaman elemen-elemen pasukan dengan
menggabungkan elemen-elemen tempur, bantuan tempur, bantuan perkhidmatan dan logistik.
Kesepaduan usaha memerlukan integrasi semua aset dalam pelaksanaan latihan gabungan dan
latihan bersama. Perlaksanaan dan penilaian latihan hendaklah berpandukan kepada Ujian
Latihan dan Penilaian Tentera Darat (PLPTD) atau Army Training And Evaluation
Programme (ARTEP) mengikut Kor dan Prosedur Tetap Operasi (PROTAP) yang digunakan.

4

Pencapaian Latihan
Secara umumya pada setiap tahun, pasukan telah berjaya melaksanakn ujian Latihan
Individu sepertimana keperluan pihak atasan berpandukan PROTAP PMTD No 4 dan 23.
Pencapaian ujian Latihan Individu berada pada purata 87-98 peratus setiap tahun. Ujian yang
telah dilaksanakan pada setiap tahun adalah melibatkan UKA 1 dan 2, UKT, UJL 15 KM,
UKKI. Ujian Latihan Menembak Individu dan Tim pula dilaksanakan di Pasukan,
Lapangsasar Pak Yunub, Lapangsasar Bukit Merbau dan Lapangsasar Horbat Kem.
Pasukan akan sentiasa memastikan berlaku peningkatan pencapaian berdasarkan pemantauan

dan komitmen yang tinggi dari semua peringkat lapisan pemerintah dalam menentukan
pelaksanaan semua jenis ujian dilaksanakan ke atas setiap anggota yang layak diuji. Selain
dari itu peningkatan pencapaian ini juga adalah hasil latihan jasmani yang dipantau rapi
setiap hari dan juga hasil usaha ulangkaji semasa Latihan Kolektif peringkat pasukan.
Pasukan telah melaksanakan EK SATRIA BERANI (CPX) Siri 1/2010 bersama dengan Bn
Ke 5 RS pada 4 hingga 8 Okt 2010 di Kem Bukit Kayu Hitam dan Siri 1/2011 di pasukan,
manakala EK SATRIA TANGKAS (FTX) Siri 1/2010 telah dilaksanakan pada 25 hingga 30
Okt 2010 di kawasan Am Felda Kemahang.
Pasukan secara amnya telah berjaya melaksanakan Latihan Kolektif seperti yang dirancang
dan pencapaian di tahap yang memuaskan. Penekanan terhadap pengetahuan dan taktik asas
sentiasa dititikberatkan khususnya di kalangan pemimpin peringkat rendah terutamanya
pelajaran Ilmu Medan Perang (IMP). Penekanan ini penting agar semua peringkat anggota
mahir dan mampu melaksanakan tanggungjawab masing-masing di dalam setiap latihan dan
operasi yang akan dilaksanakan. Tumpuan akan diberi dalam bentuk latihan Peperangan
Konvensional (PK) dan Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) bagi meningkatkan
kefahaman setiap anggota dalam taktik dan teknik peperangan. Ia juga merangkumi aspekaspek dalam memperkemaskan prosedur-prosedur tempur, pengendalian senjata, baca peta
dan percakapan radio bagi mempersiapkan semua peringkat anggota agar lebih bersedia dan
mampu memikul tanggungjawab masing-masing dengan lebih berkesan.
Kursus Kerjaya dan Fungsional
Pasukan telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Kursus Kadar Peringkat Bgd

Sempadan sebanyak 2 siri setiap setahun. Pada tahun 2011, pasukan juga berjaya
menganjurkan Kursus Asas TTS Peringkat Bgd Sempadan.
Secara umumnya pasukan telah berjaya melaksanakan semua kursus Kerjaya dan Fungsional
yang telah dirancang dan semua calon kursus telah menghadiri kursus-kursus tersebut.
Pemerintah di setiap lapisan telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam
menentukan calon-calon kursus menghadiri kursus tanpa gagal.
Hari Pengajian dan Seminar
Bagi memastikan semua perngkat anggota mempunyai berilmu, pasukan sentiasa menitik
beratkan Hari Pengajian Peringkat Bgd Sempadan dan juga Pasukan. Sebanyak dua siri hari
pengajian peringkat Pasukan, Wisma Perwira, Bintara dan Petanda telah diadakan. yang telah
dilaksanakan. Selain itu, pasukan juga menjadi penganjur kepada Hari Pengajian Peringkat

5

Briged Sempadan yang telah dilaksanakan pada 19 hingga 23 Apr 2010. Hari Pengajian
tersebut bertujuan untuk memberi bimbingan dan persiapan bagi pegawai yang akan
menduduki Peperiksaan Kenaikan Pangkat Kapt ke Mej (Amali) bagi tahun 2010. Seramai 9
x Kapt telah menghadiri Hari Pengajian tersebut. Hari
Pengajian
tersebut
telah
dilaksanakan di 3 RS. Hari pengajian kedua telah dilaksanakan pada dilaksanakan pada 29
Nov hingga 3 Dis 2010. Hari pengajian tersebut bertujuan untuk memberi bimbingan dan
persiapan bagi pegawai yang akan menduduki Peperiksaan Kenaikan Pangkat Kapt ke Mej
(Bertulis) bagi tahun 2010. Seramai 8 x Kapt telah menghadiri Hari Pengajian tersebut.
Sebahagian dari hari pengajian yang telah berjaya dilaksanakan diperingkat pasukan adalah
seperti, ̒Basic English’, ’Peranan Penyuburan Pemerintahan Dalam Penyebaran Maklumat
Serta Aspek Ketenteraan Berdasarkan Latar Belakang Rejimen Sempadan’, ̒ Pos Pemerhati
dan Pendengaran’, AID MEMO’, Tugas dan Tanggungjawab PTT Rendah’ ’OBUA’dan
sebagainya.
Hasil dari hari pengajian yang dijalankan oleh pasukan telah memberi kesan yang positif
dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan kecenderungan intelektual
peserta. Topik perbincangan telah memberi percambahan idea dan telah memberi keyakinan
kepada peserta untuk diimplimentasikan dalam pentadbiran harian. Penyertaan pegawai dan
anggota menyertai hari pengajian sehingga ke peringkat Bgd serba sedikit dapat membentuk
pegawai dan PTT Kanan mahir dalam berinteraksi dan komunikasi.
Pasukan juga terlibat dengan penganjuran dan menghantar Pegawai dan anggota untuk
menghadiri seminra. Antara seminar yang sering disertai oleh anggota pasukan in adalah
Seminar Pegawai/PTT Kanan Api Pasukan Siri 1/2010 di Kem Desa Pahlawan telah dihadiri
oleh 1 x Pegawai dan 1 x PTTK, Seminar Ketua Komplek Sajian Peringkat 2 Div di MSS
Pulau Pinang telah dihadiri oleh 1 x PTT Kanan. Seminar Piket Api Pasukan Siri 2/2010 di
SBTD Kem Desa Pahlawan dan Bengkel Pengurusan Rangsum Pasukan di PL Bek KPD.
Syarahan Gaji
Sel gaji pasukan telah melaksanakan beberapa aktiviti bagi anggota di pasukan untuk
memberi pendedahan dan melancarkan pentadbiran di peringkat pasukan. Aktiviti-aktiviti
yang telah dilakasanakan adalah Ceramah Gaji dan Elaun, Ceramah untuk Dokumentasi bagi
Bakal Persara, Pemeriksaan Audit dari BADSA, Pemeriksaan Pakar Gaji dari MK Bgd
Sempadan, Ceramah Gaji dan Elaun untuk Penuntut Kursus KADAR dan Soldadu Muda.
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM).
Matlamat pasukan dalam aktiviti PKBM adalah untuk melahirkan individu yang berdisplin,
bersemangat patriotik dan mempunyai daya kepimpinan. Dalam hal ini, pasukan akan terus
memberi bantuan untuk merealisasikan matlamat tersebut bagi membantu sekolah-sekolah
dibawah naungan pasukan ini supaya setiap anggota PKBM lebih terlatih. Pasukan akan terus
memberi bantuan latihan, logistik dan kelengkapan kemudahan yang diperlukan kepada
sekolah terlibat. Sekolah-sekolah dibawah naungan pasukan adalah Sekolah Menengah Tanah
Merah 1 dan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim II Pasir Mas.
Aktiviti yang telah dianjurkan oleh pasukan adalah Perkhemahan Peringkat PPD Tanah
Merah/Pasir Mas di pasukan 1 RS. Perkhemahan tersebut bertujuan untuk memilih anggota

6

PKBM yang akan mewakili sekolah ke Perkhemahan Peringkat Negeri Kelantan. Seramai 2 x
Guru dan 50-80 anggota PKBM telah terlibat di dalam perkhemahan tersebut.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Pasukan juga diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Latihan Menembak PLKN Siri
7/2010 dan ke atas di di Lapangsasar Bukit Pak Junoh, Pasir Mas, Kelantan dan di kem
Butonomi, Gua Musang. . Penglibatan pasukan seramai 3 x Peg dan 43 x LLP tidak termasuk
tumpangan Pranita dari 8 Bgd. Jumlah keseluruhan adalah seramai 3 x Peg dan 51 x LLP.
Selain itu, Pasukan telah menerima lawatan PLKN Kem Cancun Park Pasir Mas Kelantan
pada 25 Feb 2010. Acara-acara yang telah dipertunjukkan sempena lawatan tersebut adalah
Kawad Tempur Platun, Tatu, Pameran Peralatan Tentera dan Tarian Perang.
Sukan Peringkat Formasi.
Pasukan telah dipertanggungjawabkan sebagai Pusat Cemerlang Bgd Sempadan di dalam
acara sukan Hoki, Tinju dan UKLI. Pasukan telah menyertai pertandingan Hoki Enam
Sebelah ATM mulai 21 hingga 24 Feb 2010 di Stadium Sultan Azlan Shah Ipoh Perak. Tim
Hoki Kor telah mendapat tempat Keempat dan menjadi johan salah satu piala yang
dipertandingkan di Kejohanan Hoki 6 Sebelah ATM Piala Sultan Azlan Shah pada tahun 2011
di Stadium Seremban 2.
Pasukan juga menyertai Pertandingan Hoki antara Briged Sempadan, menyertai pertandingan
bolasepak Piala Liga Rejimen Sempadan 2010 telah dilaksanakan pada 19 hingga 23 Apr
2010 di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah yang telah dianjurkan oleh Batalion 2
RS dan menjadi Johan dalam pertandingan tersebut.
Ragbi Piala Liga Rejimen Sempadan 2010 telah dilaksanakan pada 20 hingga 24 Feb 2010 di
Batalion 5 RS. Tim Ragbi Pasukan telah mendapat tempat Kelima dalam Liga Rejimen
Sempadan.
Sepak Takraw Piala Liga Rejimen Sempadan telah dilaksanakan pada 27 Sep hingga 1 Okt
2010 di Batalion 3 RS. Pasukan telah menjadi johan keseluruhan di dalam pertandingan
tersebut. Keputusan terperinci pertandingan adalah johan kategori remaja dan veteran dan
naib johan berpasukan.
Sukan Peringkat Pasukan.
Bagi memastikan kecemerlagan sukan pasukan berterusan, pasukan telah melaksanakan
pertandingan sukan peringkat pasukan seperti Bola Tampar Sepak Takraw, Hoki, Futsal,
Merentas Desa, Bola Sepak, Jalan Laju 15 KM, UKM dan Merentas Halangan Antara
Kompeni.
Segala program untuk kejayaan sukan akan diteruskan dan diadunkan dengan memperbaiki
kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti untuk kejohanan yang akan datang. Dalam pada itu
pasukan akan menitikberatkan sukan-sukan yang dipertandingkan di peringkat formasi untuk
mengharumkan nama pasukan, formasi dan kor. Sebagai Pusat Cemerlang dalam sukan Hoki,
Tinju dan UKLI pasukan akan terus merancang dan menyediakan sistem latihan yang lebih
sistematik bagi melahirkan jaguh-jaguh sukan yang disegani di peringkat yang lebih tinggi.

7

Pasukan juga turut memberi tanggungjawab kepada pegawai yang dilantik dalam mentadbir
sesuatu sukan dikehendaki membuat laporan dan maklumbalas yang terperinci bagi mencari
kelemahan yang dikenalpasti dalam usaha pasukan memartabatkan sukan.
Latihan Kerohanian.
Tumpuan kepada pendekatan latihan kerohanian kepada semua peringkat anggota juga turut
ditekan melibatkan aktiviti seperti Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pemerintahan Medan
Sempena HUT TD di Surau Pasukan, Forum Ehwal Islam HUT Pasukan di Dewan Besar
Pasukan, Majlis Tahlil Pasukan dan Upacara Memeluk Agama Islam, Kursus Cepat Baca AlQuran (CBQ), Program Islah Diri (Saudara Muslim), Program Qiamullail dan aktiviti
keagamaan pada bulan Ramadhan
PENTADBIRAN
Pasukan sentiasa mengamalkan Pengurusan pentadbiran yang sistematik dan teratur di setiap
peringkat pemerintahan dalam pasukan adalah teras kepada pengurusan sumber manusia yang
menjurus kepada pembentukan sebuah pasukan yang kredibel dan kompiten. Secara
umumnya pengurusan pentadbiran pasukan bagi tahun 2010 telah dilaksanakan dengan
memuaskan. Pemeriksaan oleh Tim BADSA pada 11 dan 12 Okt 2010 telah mengkategorikan
pasukan di tahap Sangat Baik dan diberi penarafan Empat Bintang. Namun begitu pasukan
berpendapat masih terdapat ruang untuk menambahbaikan aspek pengurusan sumber manusia
di dalam pasukan.
Di dalam melaksanakan pengurusan pentadbiran yang sistematik dan teratur pasukan telah
menggariskan wawasan, misi dan objektif seperti berikut:
a.
Wawasan. Menjadi sebuah pasukan Inf yang mampu melaksanakan peranan,
tugas dan tanggungjawab dengan berkesan semasa aman mahu pun semasa perang
serta berteraskan kepada Sistem Pemerintahan Rejimental. Pasukan akan sentiasa
berusaha ke arah mewujudkan organisasi yang sentiasa mempunyai kesiapsiagaan
tempur yang tinggi, seimbang, terlatih, lengkap, bermotivasi tinggi dan berdedikasi
serta berupaya melaksanakan peranan dan tugas yang dipertanggunjawabkan sebilang
masa.
b.
Misi. Melaksanakan tugas sebagai pasukan infantri yang kompiten, kridibel
dan mampan.
c.
Objektif. Menentukan tahap pentadbiran pasukan diurustadbir berdasarkan
arahan dan prosedur yang ditetapkan oleh Markas Atasan bagi melahir sumber
manusia yang komited dan kompiten.
PENDIDIKAN
Tumpuan kepada pendidikan anggota dan keluarga sentiasa dititik beratkan oleh pasukan.
Staf pendidikan di pasukan berperanan sebagai pemudahcara dan memberi nasihat hal-hal
yang berkaitan dengan peluang-peluang pendidikan di dalam Angkatan Tentera Malaysia
termasuklah kemudahan pinjaman dan biasiswa. Staf pendidikan juga bertanggungjawab
dalam menyampaikan maklumat berkaitan produk-produk pendidikan seperti MRSM,
biasiswa Yayasan Warisan Perajurit, Anugerah Kecemerlangan Akademik, Program motivasi

8

serta asrama putera-puteri Kem Terendak kepada anak-anak anggota pasukan ini. Harapan
staf pendidikan pasukan ini ialah setiap anggota yang bersara mempunyai sekurangkurangnya sijil SPM.
Statistik purata kelulusan akademik pegawai dan anggota lain-lain pangkat adalah Pegawai
yang memiliki Diploma dan ke atas ialah 28.57 peratus, STPM dan ke bawah ialah 71.43
peratus. LLP yang memiliki kelulusan SPM dan ke atas ialah 29.13 peratus, PMR ialah 53.98
peratus dan lain-lain kelulusan ialah 16.89 peratus. Pasukan terus menggalakkan anggotaanggota untuk melanjutkan pelajaran dan memberi peluang kepada pegawai dan anggota LLP
untuk meningkatkan tahap akademik melalui cara-cara menduduki Peperiksaan SPM Secara
Persendirian, mengikuti Kursus SPM di Pusat Pendidikan Wilayah, mengikuti Program KForce, mengikuti Program Jarak Jauh (PJJ) dan
Skim Pengajian Tinggi Tentera Darat
(SPTTD). Pada tahun 2011, pasukan telah mnghantar 15 anggota LLP untuk mengikuti
Kursus SPM di Pusat Pendidikan Wilayah 8 Bgd dan 3 LLP berjaya untuk mengikuti Ijazah
Pentadbiran di UPNN.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui kerjasama Syarikat Boustead Holding
Berhad telah menyediakan Skim Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit (YWP) untuk anakanak tentera untuk memberi pengiktirafan kepada anak-anak yang mencapai keputusan
cemerlang di dalam keputusan peperiksaan UPSR dan PMR. Bilangan anak-anak tentera
yang memperolehi skim biasiswa di atas seramai 25 orang penerima (2010).
Tabung Pendidikan Kanak-Kanak AT (Armed Forces Children’s Education Fund) ialah
sebuah tabung kecil di bawah tabung induk Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT)
yang telah disatukan. Tabung ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi galakan dan bantuan
pendidikan kepada anak-anak yang bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan dari darjah
3 hingga kelas peralihan hingga ke tingkatan 5. Bagi tahun 2009 seramai 34 orang anggota
telah menjadi ahli Tabung Pendidikan Kanak-Kanak AT. Bagi tahun 2010 jumlah keahlian
bertambah seramai 29 orang iaitu meningkat kepada 20 peratus setahun.
Program ini merupakan Program Motivasi Akademik anjuran ATM dan PERNAMA yang
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik anak-anak warga tentera khususnya
yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Objektif program adalah untuk
memberi kesedaran kepada pelajar dan melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan
sebenar. Di samping itu, pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik belajar secara lebih
bersistematik dan teknik menjawab soalan dengan betul. Bagi Zon Pantai Timur, Program
Motivasi Peringkat UPSR diadakan di SK Kem Desa Pahlawan manakala Program Motivasi
Peringkat PMR dan SPM di Wisma Kedepan, Kem Desa Pahlawan. Bagi memastikan
ibubapa turut sama terlibat dalam meningkat pencapaian akademik anank-anak, Program Seni
Keibubapaan turut diadakan anjuran bersama ATM dan PERNAMA untuk anak-anak ATM.
Dimasa yang sama, warga ATM juga akan didedahkan dengan teknik-teknik mendidik anakanak supaya menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan akhlaknya. Program ini
telah diadakan pada 1 Jul 2010 di dewan Tan Sri Hamid Bidin Kem Pengkalan Chepa dan
telah dihadiri seramai 11 anggota daripada pasukan ini.
Perkhidmatan Perpustakaan
Bagi menarik minat semua peringkat anggota untuk membaca, pasukan mempunyai sebuah
Perpustakaan hiburan ianya bertujuan untuk mendorong lebih ramai anggota tentera
menggunakan Perpustakaan untuk meluahkan pemikiran dan kefahaman serta cadangan ke

9

arah kebaikan dan pembaikan pada masa yang akan datang. Pejabat Pendidikan pasukan ini
telah menyenaraikan buku-buku untuk pembelian melalui bahagian perolehan Perpustakaan
KEMENTAH. Bermula pada 26 Jul 2010, pasukan telah memperolehi sebanyak 21 buah dari
perpustakaan KEMENTAH. Pejabat Pendidikan pasukan telah berusaha membuat hebahan
bahan bacaan terbaru kesemua kompeni dan jabatan bagi menerapkan nilai-nilai murni
dengan memupuk tabiat suka membaca dan menimba ilmu sepanjang hayat.
Perkhidmatan Internet
Sejajar dalam usaha pasukan untuk menaikkan taraf celik komputer kepada setiap anggota
pasukan ini perkhidmatan internet secara percuma disediakan di perpustakaan bagi
kemudahan setiap anggota menggunakanya. Ia bertujuan untuk mencari maklumat dan
sebagainya. Perkhidmatan Wifi turut disediakan di beberapa tempat di pasukan ini termasuk
di perpustakaan. Kemudahan ini diadakan supaya setiap anggota boleh mengakses internet di
mana-mana tempat di dalam kem seperti di Bilik Bujang dan di pejabat-pejabat.
Program Bahasa Inggeris
Pasukan juga menganjurkan program Bahasa Inggeris bagi meningkatkan prestasi
penguasaan komunikasi kedua negara. Pasukan ini telah mengadakan kelas bahasa inggeris
untuk anak-anak anggota sepanjang cuti sekolah. Kelas telah diadakan di Perpustakaan
Pasukan setiap hari selama sejam bermula jam 1500 sehingga 1600. Program pembelajaran
tertumpu kepada penulisan dan pemahaman.
AGAMA
Sel Agama pasukan mempunyai peranan meliputi memberi Pendidikan Kerohanian dan
Pengurusan Keagamaan kepada anggota dari masa ke semasa bertujuan mencegah
kemungkaran berasaskan kepada penerapan nilai-nilai Islam yang telah ditetapkan oleh
hukum syarak. Selain itu, Sel Agama juga menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dan
bersesuaian dengan pentadbiran agama sebagaimana yang diarahkan oleh pihak atasan.
Tumpuan kepada penganjuran dan mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan hal
keagamaan dari masa ke semasa serta khidmat kaunseling kepada anggota dan keluarga yang
bermasalah turut diadakan.
Kursus Agama
Sel Agama turut menganjurkan beberapa siri kursus khusus untuk anggota pasukan pada
setiap tahun melibatkan Kursus Pengurusan Jenazah, Cepat Baca Quran, Kerohanian Islam,
Soldadu Muda, Islah Diri (Saudara Baru) dan Fardhu Ain melibatkan pegawai dan anggota.
Kursus Luar Pasukan yang turut dihadiri oleh anggota pasukan adalah seperti Cepat Baca
Quran, Pra Perkahwinan Imam dan Khidmat Nasihat Sosial, Kem Motivasi, Solat Saudara
Muslim, Kepimpinan Islam KSM, Kefahaman Islam, Bahasa Arab Komunikasi LLP dan
Kepimpinan Islam, kursus telah dilaksanakan di ILMI dan JAIK.
Aktiviti Semasa Keagamaan
Aktiviti semasa Sel Agama yang telah dilaksanakan adalah seperti Tahlil Rejimental pada
setiap hari Khamis Minggu Keempat setiap bulan, Kuliah Zohor setiap hari bekerja dan
Tazkirah Jumaat setiap pagi Jumaat. Tahlil Kompeni setiap malam Jumaat dan Tahlil Pasukan
10

pada malam Jumaat minggu Keempat setiap bulan. Acara lain yang telah dianjurkan oleh
pasukan adalah Forum Perdana HUT Pasukan, Khatam Al-Quran Sempena HUT TD,
Upacara Syahadah Memeluk Agama Islam, Majlis Berbuka Puasa Bersama Peg Mem,
Berbuka Puasa Bersama Dato’ Mustapha, Solat Sunat Terawikh Bersama Dato’ Mustapa,
Ceramah Ramadhan, Majlis Khatam Al-Quran, Kutipan Zakat Fitrah, Solat Hari raya Aidil
Fitri, Majlis Qurban, Sambutan Asura, Sambutan Isra’ Mikraj, Tahlil Bakat Pasukan,
Perarakan Mailidur Rasul,
Solat Hajat Sempena Selamat Operasi dan Anak-anak
Menghadapi Peperiksaan dan Gotong Royong Bersama AJK Masjid Tanah Merah.
KESIHATAN
Penjagaan kesihata pasaukan sentiasa ditik beratkan oleh pemerintah sebilang masa. Sebelum
tahun 2011, Pasukan tidak mempunyai Pegawai perubatan. Lawatan telah dilakukan oleh
SMO MK 8 Bgd dikawasan Pos Kajang, Pos Tok O dan Pos Renap yang telah disyaki demam
denggi. Lawatan dalam kawasan kem dilakukan oleh Staf Kesihatan MK 8 Bgd melibatkan
pemeriksaan kawasan kem, bekalan air dan sistem perparitan dan pembuangan sampah sarap
(pelupusan) serta kawalan vektor pembawa penyakit berjangkit seperti nyamuk dan lalat.
Jabatan Kesihatan Tanah Merah juga turut membuat semburan forging di Kawasan Kem Batu
apabila terdapat anggota yang disyaki demam denggi.
Lembaga Perubatan bagi menentukan darjah kategori anggota BE/LE yang dirujuk kepada
Pakar Perubatan/Pakar Orthopedik di 96 HAT Lumut atau Hospital Tengku Mizan Kuala
Lumpur. Setelah surat pakar diperolehi, BAT F 19 (Lembaga Perubatan) diisi oleh Pegawai
Perubatan dan akan dihantar ke MK 2 Div bagi pengesahan Penolong Ketua Pengarah
Perkhidmatan Kesihatan MK 2 Div.
Keperluan anggota yang mempunyai Kursus Kombat Medik di setiap Kompeni menyababkan
Pasukan telah mensasarkan bahawa setiap kompeni mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5
anggota yang mempuyai Kursus Kombat Medik.
Pasukan amat mementingkan penjagaan kebersihan bagi mengelak sebarang penyakit
berjangkit. Untuk tujuan ini pasukan telah menetapkan supaya setiap hari Jumaat diadakan
Gotong-royong Perdana untuk membersihan keseluruhan kawasan kem.
Pembangunan Fasilitas Pergigian PPAT Pasukan
Pasukan telah merancang untuk membuat tempat rawatan pergigian di PPAT pasukan pada
tahun 2010 dan telah memohon peruntukan bagi kos pembangunan tersebut. Projek
pembangunan ini tidak dapat dilaksanakan kerana kos yang diperlukan sebanyak RM
7000.00. Walaubagaimana pun pasukan telah memasukkan projek ini dalam senggaraan tahun
2011 dan akan dilaksanakan di bawah program Army Care.
LOGISTIK
Pengurusan Logistik adalah merupakan kefungsian pemerintahan yang memerlukan
penumpuan khusus setiap pemerintahan bagi menentukan matlamat dan objektif pasukan
dicapai. Bantuan logistik yang efektif, efisyen dan bersepadu memerlukan tumpuan kepada
perancang, koordinasi dan perlaksanaaan mikro oleh setiap lapisan pemerintah. Oleh itu,
pengurusan logistik yang cekap dan bersistematik merupakan aspek penting untuk

11

menentukan keberkesanan serta tahap kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap yang
tinggi. Pegangan Anggota Platun Logistik dan kekurangan adalah seperti berikut:
OBJEKTIF
Bagi memastikan bantuan logistik sentiasa afisyen, Pasukan telah mengariskan objektif
pengurusan logistik seperti berikut:
a.
Memastikan keupayaan boleh tempur individu kolektif dan pasukan berada
ditahap tinggi sebilang masa.
b.
Pengurusan aset-aset secara efektif bagi memastikan jangka hayat ke tahap
maksima.
c.

Pengurusan kerja-kerja senggaraan yang teratur mengikut keutamaan dan
mematuhi arahan-arahan dan peraturan-peraturan perkhidmatan.

d.

Pengurusan kewangan yang terancang, cekap dan telus dari segi semua
aspek pengurusan perbelanjaan kewangan.

e.

Meningkat budaya menyayangi dan menghargai harta benda perkhidmatan.

Peruntukan Pembangunan dan Senggaraan Kem
Peruntukan senggaraan tahunan yang diterima bagi pembangunan dan senggaraan kem telah
digunakan dengan sebaik mungkin oleh pemerintah. Antara projek senggaraan yang telah
dilakukan adalah memasang longkang di Madrasah ke padang bola di sekitar kawasan kem,
mengganti dinding, siling dan kerja-kerja berkaitan di JP&P 58 – Wisma Perwira, mengganti
dinding, bumbung, siling dan kerja mengecat semula luar dan dalam bangunan di JP&P 43 –
Pej TKR/Kedai Gunting, membaiki tandas di JP&P 73 -Bangunan Komp A dan B dan
Membaiki bumbung bocor di JP&P 4 - Madarsah Pasukan. Manakala Peruntukan Projek
Daya Tahan Negara melibatkan projek menggantikan bangunan kayu kepada batu di JP&P
67, JP&P 76, JP&P 80 dan JP&P 81- Penginapan.
Peruntukan tambahan yang diperolehi pula digunakan untuk mengubahsuai Bilik VIP dan
kerja mengecat semula luar dan dalam bangunan di JP&P 58 – Wisma Perwira, mengganti
bumbung, siling dan kerja-kerja berkaitan yang tidak dinyatakan untuk kesempurnaan kerja
di JP&P 77 - Bilik Penginapan Bujang Komp D, mengganti Saluran paip dan kerja-kerja
berkaitan yang tidak dinyatakan untuk kesempurnaan kerja di JP&P 50 – Rumah Masak,
Membina Gelangang Futsal, mengganti bumbung yang bocor di JP&P 68 – Dewan Besar.
Projek lain yang telah dlaksanakan dengan menggunakan peruntukkan tambahan adalah
mengganti tiang berenda daripada kayu kepada besi, mengganti lantai pentas daripada papan
kepada lepaan simen, mengganti dinding, stor, pintu dan tingkap, Membina tembok
sepanjang 90 kaki bagi mengelakkan tanah daripada runtuh, membina 2 kali tandas,
Memasang siling di keseluruhan Dewan, Membesarkan Dewan 5 kaki lebar dan 10 kaki
panjang, Kerja-kerja mengecat dan kerja-kerja berkaitan yang tidak dinyatakan dan kerjakerja pendawaian elektrik.

12

Pasukan juga mempunyai Peruntukan Kecemasan yang digunakan untuk Mengganti dinding,
bumbung, siling dan kerja mengecat semula luar dan dalam bangunan JP&P 84 – Rumah
BAKAT, JP&P 73 - Pejabat Komp A dan B, JP&P 36 – Platun Semboyan, JP&PBilik
Penginapan, JP&P 34 – Pejabat MT. Peruntukkan tersebut turut digunakan dalam kawasan
kem seperti membaiki (benteng) Tanah Runtuh, menanam rumput di Madrasah Pasukan dan
kerja-kerja berkaitan yang tidak dinyatakan untuk kesempurnaan kerja, membaiki
(benteng)Tanah Runtuh, menanam rumput di Pusat Perubatan dan kerja-kerja berkaitan yang
tidak dinyatakan untuk kesempurnaan kerja.
BAKAT
Sejarah BAKAT
Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) telah wujud sejak zaman colonial
dengan nama Kelab Keluarga (family club). Perkembangan pesat ATM menyebabkan struktur
organisasi Kelab Keluarga ini disusun semula pada 1 Jun 1976 dan dibahagikan kepada 3
komponen iaitu Persatuan Isteri-isteri Tentera Darat (PERISAD), Pesatuan Isteri-isteri
Tentera Laut (PERISTELA) dan Persatuan Isteri-isteri Tentera Laut (PERISTU). Pada 1 Okt
1979, ketiga-tiga persatuan ini digabungkan menjadi satu organisasi dinamakan Badan Amal
Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT).
Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Pasukan 1 RS telah ditubuhkan pada
tahun 1979 semasa penubuhan Bn Inf Siri 300 AW. Organisasi dan struktur BAKAT 1 RS
adalah sama diawal penubuhannya dan diletakkan di bawah Briged Setempat. Peranan
BAKAT Pasukan adalah bertujuan untuk menjaga hal kebajikan keluarga anggota tentera
terutamanya semasa suami terlibat dengan operasi, kursus dan latihan. Pasukan telah
mengatur aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan semasa.
Pengerusi BAKAT Pasukan
Bermula penubuhan Bn 301 Inf (AW) seramai 17 orang Pengerusi BAKAT yang telah
menerajui kepimpinan BAKAT Bn 301 (AW). Seramai tiga Pengerusi BAKAT pula
menyambung perjuangan mereka selepas penubuhan Rejimen Sempadan.
Pengerusi BAKAT pertama adalah Puan……isteri kepada Lt KolAmirudin bin Dato’
Sulaiman. Beliau dilahirkan di……pada………Beliau mula terlibat didalm BAKAT selepas
mendirikan rumag tanggan pada……. Beliau mempunyai ….cahaya mata terdiri
daripada….lelaki dan …perempuan. Beliau merupakan …….
Kepimpinan BAKAT pasukan seterunya diambilalih oleh Puan……isteri kepada Lt
KolAmirudin bin Dato’ Sulaiman. Beliau dilahirkan di……pada………Beliau mula terlibat
didalm BAKAT selepas mendirikan rumag tanggan pada……. Beliau mempunyai ….cahaya
mata terdiri daripada….lelaki dan …perempuan. Beliau merupakan …….
Pada masa ini BAKAT pasukan dipimpin oleh Puan Suraya binti……isteri kepada Lt Kol
Zunaidi bin Hassan. Beliau dilahirkan di……pada………Beliau mula terlibat didalam
BAKAT selepas mendirikan rumag tanggan pada……. Beliau mempunyai 4 cahaya mata
terdiri daripada seorang lelaki dan tiga perempuan. Beliau merupakan surirumah sepenuh
masa.

13

Organisasi BAKAT Pasukan
Organisasi BAKAT Pasukan adalah seperti berikut:
Misi
Merancang dan melaksanakan aktiviti terkordinasi selaras dengan pembangunan pasukan.
Objektif
Pegawai Memerintah telah mengariskan objektif pembagunan BAKAT Pasukan seperti
berikut:
a.
Mewujudkan persekitaran yang
kekeluargaan dikalangan anggota BAKAT.

harmoni

bagi

memupuk

semangat

b.
Meningkatkan ilmu Pengetahuan kekeluargaan di kalangan anggota BAKAT
bagi tujuan membentuk sosial keluargaan yang cemerlang.
c.
Merapatkan silaturrahim dan sentiasa bertolak ansur sesama ahli BAKAT dan
pemimpin.
d.
Memberi sokongan moral dan emosi kepada anggota BAKAT dan keluarga
yang memerlukan.
Purata Statistik Keanggotaan Ahli BAKAT di pasukan adalah seramai melebihi 70 peratus.
Kebanyakkan ahli BAKAT Pasukan melebihi umur 35 tahun ke atas. Ketiadaan Rumah
Keluarga Angkatan Tentera menyebabkan ahli BAKAT tinggal berselerakan melebihi 30 Km
dari pasukan. Namum begitu, sambutan kehadiran aktiviti BAKAT adalah melebihi 200 ahli
setiap kali aktiviti BAKAT dilaksanakan.
AKTIVITI BAKAT
Aktiviti BAKAT yang dijalankan adalah melibatkan empat peringkat iaitu, Peringkat
Pasukan, Formasi Atasan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Antara aktiviti yang pernah
dilaksankan oleh BAKAT di Peringkat Pasukan adalah Hari Keluarga dan Sukaneka,
Perlawanan Bola Tampar BAKAT di antara Komp, Perlawanan Bola Jaring BAKAT di antara
Komp, Meyertai Pertandingan Aerobik Jajahan Jeli, Penutup Aktiviti BAKAT, Pertandingan
Futsal BAKAT, Majlis Bacaan Yasin di Surau Pasukan, Ceramah Agama Kekeluargaan Islam
– ‘Membina Keluarga Bahagia’, Lawatan Pengerusi BAKAT 8 Bgd ke Rumah BAKAT
Pasukan.
Manakala aktiviti peringkat Formasi Atasan adalah, Majlis Hi-Tea BAKAT, Qiamullail
BAKAT 8 Bgd, Mesyuarat Pengerusi BAKAT 8 Bgd, Forum perdana Ehwal Islam di Kem
Desa Pahlawan, Pertandingan Masakan Peringkat 8 Bgd, Majlis meraikan Perpisahan
Pengerusi-pengerusi BAKAT naungan 8 Bgd dan Laporan Tahunan Bergambar BAKAT.

14

Di peringkat Negeri pula, aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Hi Tea bersama Isteri Tok
Pa, Raja Permaisuri Kelantan dan di Peringkat Persekutuan adalah Perjumpaan Bersama
Menteri Pembangunan Wanita dan Luar Bandar di Jeli.
Kumpulan Dikir Barat BAKAT
Pasukan telah berjaya menubuhkan Kumpulan Dikir Barat yang terdiri dari ahli-ahli BAKAT
Pasukan yang diberi nama “SRI KENCANA DEWI”. Kumpulan ini seringkali diundang
membuat persembahan di Istana dan Agensi Kerajaan.

15