Pelayaran Belanda di Rantau Pasifik

1.0

PENGENALAN

Belanda merupakan satu negara yang terletak di Barat Laut Eropah dan sebilangan kecil
kepulauan di kawasan Caribean seperti Aruba, Bonaire, Camia, Key Cay, Klein Bonaire, Klein
Curaçao, Little Island, Mollibeday Rots, Sint Maarten dan Willemberg. Belanda juga
bersempadan dengan kawasan Laut Utara iaitu di bahagian Utara dan barat, Belgium di
bahagian selatan, dan Jerman di bahagian timur serta berkonsi kawasan perairan marin dengan
Belgium, Jerman dan United Kingdom. Dalam melihat penjelajahan Belanda, ianya melibatkan
kawasan rantau Pasifik yang melibatkan Kawasan Asia, Australia dan Afrika. Oleh itu, dalam
melihat penjelajahan Belanda ianya akan melihat kawasan setempat iaitu Kawasan Asia (India
dan Jepun), Australia dan Afrika (Khususnya di Kawasan Cape Town).
2.0

SEJARAH AWAL PENJELAJAHAN

2.1

1598 sehingga 1601


Pada awal pelayaran di kawasan Pasifik ianya hanya melibatkan Sepanyol dan portugis, dengan
sedikit aktiviti pelayaran dari British. Belanda seperti asalnya, menjalankan aktiviti perdagangan
untuk satu tempoh masa yang lama di kawasan Timur India, membawa barangan dari kawasan
Pos Perdagangan Portugal di Pulau Spice ke pelabuhan Lisbon. Akan tetapi, Belanda tidak
dibenarkan untuk berdagang dan apabila Portugal bersatu dengan Sepanyol (1588) membawa
barangan dagangan juga tidak dibenarkan. Pada 1594 sehingga 1596 Belanda mencuba untuk
mencari laluan Timur Laut di kawasan atas Eropah dan Asia dan laluan barat laut di kawasan
atas Amerika Utara. Dalam percubaan untuk membuat hubungan perdagangan dengan China,
Belanda memasuki Kawasan Pasifik melalui utara namun gagal. Dalam mencari kekayaan di
kawasan timur, Belanda mengikuti laluan di Tanjung Harapan, melalui Selat Magelan menuju
Laut Selatan menyebabkan elanda bertembung dengan Portugis serta Sepanyol yang akhirnya
menyebabkan pertempuran.
Ekspedisi pertama Belanda dilaksanakan pada tahun 1598 melalui Selat Magelan. Lima
kapal dilayarkan oleh Syarikat Pieter Verhagen. Nama kelima-lima Kapal tersebut Faith, Hope,
Charity, Fidelity dan Good News. Kapal ini di bawah kuasa Jeneral Jacob Mahu dalam kapal
Hope dari Goree Holland pada 27 Jun 1598. Pelayaran bermula di kawasan Selat Magelan pada
6 April 1599 dan selepas menjelajah pelbagai teluk dan terpaksa ditundakan kerana cuaca

angkatan kapal tersebut memasuki kawasan Pasifik pada 3 September. Selama lima bulan di
kawasan perairan selat, lebih 120 krew kapal meninggal dari jumlah 491 krew bagi

keseluruhan. Antara kelima-lima kapal yang ada, “Good News” merupakan kapal pertama yang
ditangkap oleh Sepanyol di Valparaiso. Seterusnya Fidelity ditangkap oleh portugis di Moluccas.
Manakala Hope dan Charity pula berlayar ke Jepun untuk menjual barangan berasaskan bulu
biri-biri namun satu kapal tenggelam di laut dan yang satu lagi ditawan oleh Jepun. Hanya satu
kapal sahaja yang terselamat iaitu Faith dibawah kendalian Sebald de Weert, dan tiba di Goree,
Holland pada 13 Julai 1600 selepas pelayaran yang mengambil masa dua tahun dan 16 hari. 36
krew asal daripada 109 krew terselamat sepanjang pelayaran tersebut.
2.2

OLIVIER VAN NOORT

Pada masa yang sama, satu penjelajahan juga telah dijalankan yang mana ianya melibatkan
empat kapal dibawah kendalian Oliver van Noort yang berlayar dari Goree, Holland pada 13
September 1598. Van Noort memasuki Selat Magellan pada 22 November 1599 dan memasuki
kawasan Pasifik pada 29 Februari 1600. Dalam perlayaran beliau, banyak kejadian yang tidak
disangka berlaku di antaranya adalah pembunuhan orang tempatan India. Selepas itu, beliau
meneruskan pelayaran ke Filipina pada 20 Mei dan selepas singgah di Guam, perlayaran beliau
sampai di Filipina pada 14 Oktober. Di Manila, beliau telah diserang oleh dua buah kapal
Sepanyol sehingga tinggal 80 Krew kapal sahaja. Namun begitu, beliau memberikan tentangan
hebat sehingga berjaya menenggelamkan kapal musuh. Namun begitu, satu kapal beliau yang

hanya mempunyai 25 krew kapal, telah ditangkap oleh kapal Sepanyol yang kedua. Disebabkan
kurangnya krew kapal serta senjata api menyebabkan beliau terpaksa berlayar kembali ke
Goree. Beliau tiba di Goree pada 26 Ogos 1601 selepas pelayaran yang mengambil masa
selama tiga tahun.
2.3

SYARIKAT INDIA TIMUR BELANDA (1602 - 1609)

Walaupun pada pelayaran yang pertama tersebut tidak memberikan sebarang hasil dari segi
penemuan geografi walaupun secara sengaja, namun begitu pelayar tersebut dapat
menyakinkan belanda untuk mengambil langkah yang drastik dalam menentang Sepanyol dan
Potugis untuk mempertahankan hak perdagangan yang sedang dituntunt dan sedang digapai.
Kapal Belanda telah sampai di kawasan Timur India melalui Tanjung harapan telah mewujudkan
penempatan perdagangan di Ternate, Moluccas pada 1599. Akan tetapi, banyak syarikat

pedagang yang sering berperang di antara satu sama lain sama ada dari segi harga mahupun
petempuran yang sebenar. Jeneral Negara Belanda melihat akan permasalahan ini dan
menyebabkan beliau mengambil inisiatif untuk menyatukan kesemua pedagang ini menjadi satu
syarikat yang sama, maka dengan itu, tertubuhlah Syarikat India Timur Belanda pada 1602.
Syarikat ini diberikan piagam yang membenarkan pedagang untuk mempunyai hak eksklusif

untuk 21 tahun dalam perdagangan dengan Timur dan mewujudkan angkatan serta tentera
untuk mempertahankan hak tersebut. Manakala kapal pedagang Belanda yang bukan dalam
syarikat ini adalah dilarang untuk menghantar kapal ke Timur, sama ada melalui laluan di
Tanjung Harapan mahupun melalui Selat Magellan. Oleh itu, dengan pertapakan Belanda di
Moluccas mewujudkan peluang perdagangan terbuka kepada Belanda walaupun ianya
menerima tentangan daripada Sepanyol atau Portugis. Pada tahun 1609, Sepanyol setuju untuk
menandatangani perjanjian aman selama 12 tahun dengan Belanda namun begitu peperangan
sering terjadi di luar perairan Eropah.
2.4

JORIS SPILBERGEN (1614 - 1616)

Pada tahun 1614, Syarikat India Timur Belanda melayarkan 6 kapal di bawah arahan Koperal
Joris Spilbergen untuk belayar ke Moluccas melalui Selat Magellan. Angkatan kapal
meninggalkan Texel pada 8 Ogos 1614. Pada 3 April 1615, Spilbergen memasuki Selat,
sebilangan kapal pula terpaksa melalui Teluk de Cordes yang berbahaya. Pada 6 Mei, satu kapal
musnah memaksa mereka untuk memasuki Laut Selatan. 16 Julai di kawasan yang berhampiran
Arequipa, beliau mengesan kapal Sepanyol yang dihantar dari Callao untuk menyekat mereka.
Kapal Sepanyol dibawah arahan Don Rodrigo de Mendoza, yang mempunyai 8 kapal dilengkapi
senjata. Pada 17 Julai, kedua-dua angkatan kapal terpaksa menjarakkan diri antara satu sama

lain untuk mengelakkan peperangan. Spilbergen telah menghantar utusan mengatakan bahawa
Belanda tidak akan menyerang sehingga keesokan harinya. Namun begitu, sikap Mendoza telah
menolak utusan tersebut dan memberikan arahan untuk menyerang pada masa itu juga.
Namun begitu, serangan yang sebenar mengambil tempat pada waktu malam, akan tetapi
kapal yang dihantar oleh Sepanyol tenggelam. Pada paginya, angkatan kapal terpisah antara
satu sama lain, menyebabkan Spilbergen mengambil langkah untuk menyerang kapal yang
kecil. Serangan tersebut menyebabkan kapal Sepanyol terpisah dan menjadi semakin lemah.

Namun begitu, Spilbergen mengambil keputusan untuk belayar ke Payta kerana
kawasan Callao mempunyai pertahanan yang kukuh. Berlayar ke Utara ke Acapulco dan
Navidad, beliau menjadikan tawanan beliau sebagai pertukaran untuk menjadi tiket pelayaran
selamat. Beliau seterusnya berlayar ke Pasifik ke kawasan Ladrones tanpa bertemu dengan
Kepulauan Hawai. Beliau sampai di Manila dan berdagang di kawasan tersebut, namun begitu
Beliau berlayar ke Moluccas selepas mengetahui bahawa terdapat kapal Sepanyol yang
diutuskan untuk menyerang Beliau. Pada 26 Mac 1616, beliau tiba di Ternate.
2.5

LE MAIRE AND SCHOUTEN (1615 – 1616)

Pada tahun yang sama, satu Syarikat baru ditubuhkan yang bernama Syarikat Southern

(Compagnie Australe) telah mendapat piagam yang membenarkan 4 kapal dilayarkan yang
bertujuan untuk mencari kawasan laluan, pelabuhan dan tanah baru. Syarikat Southern
melayarkan Eendracht (360 tan) dan Hoorn (110 tan). Jacob Le Maire, anak kepada Isaac Le
Maire berlayar sebagai ketua kepada 4 kapal tersebut. William Schouten yang memegang
jawatan sebagai Pegawai kapal merupakan kapten kapal Eendracht dan Hoorn dibawah arahan
Jan Schouten, iaitu adiknya. Ekspedisi tersebut berlayar dari Texel, Holland pada 14 Jun 1615.
Pada Disember, ekspedisi tersebut sampai di Pelabuhan Desire, Patagonia dimana Hoorn
terbakar ketika sedang dibaiki, menyebabkan krew kapal, barangan dan senjata api
dipindahkan ke Eendracht. Pada 20 januari 1616, Eendracht melalui Selat Magellan. Tiga hari
kemudian, sampai di kawasan Tierra del Fuego dan mengikuti laluan Timur-Tenggara. Pada hari
ke-24, melalui kawasan negara yang mempunyai kawasan pergunungan yang banyak di
kawasan timur dan memberikan nama sebagai Tanah Staten bagi memberikan penghormatan
kepada Holland. Mereka berlayar ke selatan melalui perairan di antara Tanah Staten dan Tierra
del Fuego, menyusuri di sepanjang perairan Tierra del Fuego. Pada hari ke-29, mereka melalui
kawasan utara melalui kawasan kepulauan kecil yang dinamakan sebagai Isles de Barnevelt dan
juga memberikan kawasan teluk di Tierra del Fuego sebagai Teluk Hoorn. Pada hari ke-30,
mereka tiba di kawasan perairan Pasifik dan menemui jalan yang baru lalu menamakan laluan
tersebut sebagi Selat Le Maire.
Eendracht berlayar ke kawasan barat dan menemui kawasan kepulauan utara Tuamotu
Archipelago. Kepulauan tersebut dinamakan sebagai Honden (anjing) kerana hanya anjing yang

ditemui di kepulauan tersebut. Namun begitu, ahli geografi telah mengesahkan bahawa Honden

itu dinamakan sebagai Pukapuka bagi orang Tuamotus. Empat hari kemudian, pulau tiada
penghuni ditemui dan dinamakan sebagai Sondergrondt (Bottomless) Island kerana kawasan
perairan pulau tersebut tidak mempunyai kawasan tanah untuk melabuhkan sauh. Namun
begitu, pulau tersebut dinamakan sebagai Takaroa atau Takapoto oleh penduduk tempatan.
Dua hari kemudian, satu pulau ditemui dan dinamakan sebagai Waterlandt kerana mempunyai
air tawar, dan dikenali sebagai Manihi oleh penduduk tempatan. Satu pulau lagi ditemui dan
dinamakan Vlieghen (lalat) kerana terdapat sekumpulan lalat yang menjadi peneman bot kecil
kembali ke Eendracht.
Kemudian pelayaran ke kawasan barat dan selatan, Eendracht bertembung dengan
Kanu berkembar berserta kain layar Lateen pada 8 Mei. Pelayar kanu tersebut dibunuh dan
Belanda sedar akan sikap mereka lalu memberikan hadiah untuk perdamaian sebelum
membenarkan Kanu tersebut berlayar. Dua hari kemudian, pulau tanpa penghuni ditemui dan
dinamakan Cocos island, dan pulau yang berdekatan dinamakan sebagai Verraders
(Pengkhianat) kerana serangan yang telah dilaksanakan terhadap Eendracht. Manakala, dua
pulau ini dinamakan sebagai Tafahi dan Niuatobutabu. Pada 14 Mei, sebuah pulau lagi ditemui
dan dinamakan sebagai Pulau Good Hope.
Dengan penemuan sebahagian Pulau Tuamotu, di kawasan utara Pulau Tongan dan
Pulau Horne, Eendracht melalui kawasan Utara Melanesia dan Perairan utara New Guinea, di

mana Pulau Schouten dinamakan sempena kapten William Schouten. Pada 17 September,
Eendracht tiba di Moluccas dan disambut baik di Ternate. Sepanjang pelayaran tersebut, hanya
tiga sahaja krew kapal yang meninggal dari jumlah sebanyak 87 orang. Dari Moluccas, Le maire
dan Schouten meneruskan pelayaran ke Jacatra (Batavia) yang mana ketibaan mereka
disambut dingin oleh ketua tempatan Syarikat India Timur. Manakala cerita mereka menemui
jalan yang baru dipertikaikan dan dikatakan bahawa mereka ingin mengambil alih kuasa
Syarikat India Timur yang sedia ada menyebabkan barangan mereka disita. Le Maire dan
Schouten berserta 10 orang krew yang lain dihantar balik ke Holland sebagai tahanan. Jacod Le
Maire meninggal ketika perlayaran pulang ke Holland. Namun begitu, Syarikat India Timur
dipaksa untuk membayar pampasan atas perlakuan yang telah dilakukan setelah cerita tentang
penemuan jalan yang baru disahkan.

2.6

ANGKATAN NASSAU (1623 – 1624)

Pada 1621, ketika perdamaian antara Sepanyol dan Belanda berakhir, Pihak Belanda mengambil
keputusan untuk mengikut jejak Koperal Spilbergen dengan menyerang sepanyol di kawasan
Amerika Selatan. 11 kapal dibawah arahan Koperal Jacob l’Heremite berlayar dari Goree pada
29 April 1623. Perlayaran tersebut tidak mengikuti mana-mana pelabuhan di kawasan perairan

timur di Amerika Selatan, akhirnya tiba di kawasan Selat Le maire selepas pelayaran selama 9
bulan. Dalam pelayaran tersebut pelbagai tempat telah diserang di kawasan perairan Peru.
Koperal l’Heremite meninggal dunia kerana sakit dan diambil alih oleh penolongnya iaitu
Timabalan Koperal Schapenham. Pelayaran mengambil tempat dari perairan New Spain ke
Guam pada 29 November 1624. Mereka tiba di Ternate tanpa sebarang penemuan yang baru
selain menamakan teluk di kawasan perairan selatan Tierra del fuego sebagai Nassau Bay.
2.7

TERRA AUSTRALIA INCOGNITA (1606 – 1629)

Sementara penjelajahan Belanda mengambil tempat di kawasan Amerika, kawasan kepulauan
di benua Australia walaupun masih belum diketahui telah mampu untuk menarik minat orang
Belanda untuk datang menjelajah. Kapten William Janzoon, sementara menjelajah perairan
selatan New Guinea pada 1606, berlayar ke selatan selepas sampai Sungai Fly dan menemukan
Teluk Carpentaria. Pelayaran diteruskan ke perairan selatan Semenanjung Cape York. Kemudian
beliau belayar semula ke Jawa. Pada 1616, Dirck hartog (Eendracht) sementara berlayar dari
Tanjung Harapan ke Jawa, telah terlanjur ke arah selatan dan menemukan sebahagian kawasan
Australia Barat yang dinamakan sebagai Eendrachtsland. Beliau menandakan penemuan beliau
dengan piring bearing pewter bertarikh 25 oktober 1616, yang kemudiannya digantung.
Pada 1619, kapten Frederick de Houtman menjelajah sebahagian kawasan perairan

selatan Eendrachtsland dan berdekatan dengan pekan Geraldton. Sesetengah kepulauan kecil
yang bahaya serta batuan di kawasan perairan dinamakan sebagai Pulau Houtmans atau
Abrolhos. Dan tanah tersebut dinamakan sebagai Edel oleh Johan Edel. Kapal yang lain seperti
Leeuwin, turut bertembung dengan perairan yang sama pada 1622, dan tanjung di kawasan
barat daya dinamakan Tanjung Leeuwin. Kapten Jan Cartenz berserta dua kapal menjelajah
pantai Teluk Carpentaria dan tanah di kawasan barat dinamakan Arnhemsland. 1627, Kapten
Francois Thijssen mengelilingi Tanjung Leeuwin dan menemukan Perairan Selatan disepanjang

Great australian Bight, sehingga tiba di dua pulau yang diberikan nama sebagai St. Francis dan
St. Peter.
2.8

ABEL TASMAN (1642 – 1643)

1636, Anthony van Diemen, dilantik sebagai General Gabenor di Batavia merangka pelan untuk
melaksanakan penjelajahan ke kawasan selatan yang dipanggil sebagai Tanah Selatan. Abel
Tasman diambil sebagai wakil Belanda untuk membuat penjelajahan ke kawasan Selatan
kerana kebolelhan beliau yang ditunjukkan semasa pelayaran belanda ke kawasan Jepun. Pada
1642, Heemskirk dan Zeehaan merupakan kapal yang akan digunakan bagi tujuan penjelajahan
ini dan Franz Jacobzoon Visscher dilatik sebagai jurukemudi dan penasihat. Arahan

penjelajahan ini adalah bertujuan untuk berlayar ke Mauritius, ke kawasan Selatan di Tanaha
selatan dan berlayar ke timur untuk meninjau kawasan yang belum diterokai. Tasman berlayar
dari Batavia pada 14 Ogos 1642. Setelah tiba di Mauritius, beliau berlayar ke kawasan Timur
laut kemudian ke kawasan barat dari utara.
Pada 24 november, beliau menemukan tanah yang dikenali sebagai Tasmania yang
beliau sendiri namakan sebagai Anthony Diemens. Kemudian beliau menjelajah ke kawasan
Selatan kemudian meneruskan penjelajahan ke timur pada 5 Disember. Pada 13 Disember,
tanah besar ditemui dan pada 18 Disember kapal dilabuhkan. Penduduk aboroginal di kawasan
tersebut berlayar ke arah kapal Belanda dan menyebabkan pertempuran berlaku. Perkara ini
menyebabkan kawasan teluk tersebut dikenali sebagai Teluk Pembunuh, tetapi ditukar ke Teluk
Golden. Tanah yang dikenali sebagai Staten Land ditukar ke new Zealand. Kemudian, beliau
berlayar ke atas perairan barat melalui kepulauan utara tanpa mengetahui bahawabeliau telah
pun berada di selat yang memisahkan dua pulau ini. Beliau menamakan Tanjung Utara sebagai
Tanjung maria van Diemen dan menamakan pulau di kawasan utara sebagai the Three Kings.
Tasman meninggalkan the Three Kings pada 5 januari 1643. Pada 9 Januari, beliau
menemukan banyak pulau di kawasan selatan Pulau Tongan yang mana beliau namakan
Pylstaart. Dua hari kemudian beliau tiba di Eua, yang dinamakan sebagai Middleburgh dan
Tongtabu (Amsterdam). Kemudian beliau berlayar ke Pulau Haapai dan pulau tersebut dikenali
sebagai Amamocka (Nomuka) namun dikenali sebagai Rotterdam oleh penduduk asal.
Kemudian beliau berlayar melalui Pulau Fiji, bertembung dengan Ontong Java dan Pulau Le
maire’s Groene. Beliau kemudia berlayar di sepanjang perairan utara New Guinea dan tiba di

Batavia pada 15 June 1643 selepas pelayaran selama 10 bulan. Tasman merupakan pelayar
pertama yang memasuki kawasan Pasifik Selatan dari barat. Menemukan New Zealand dan
kawasan Selatan dan tengah Pulau Tongan dan beliau juga merupakan yang pertama
mengelilingi Australia.

3.0

PERBINCANGAN

Penjelajahan Belanda antara salah satunya adalah untuk memulakan eksplorasi mencari tanah
jajahan baru1. Hal ini kerana, penjelajahan Belanda adalah berdasarkan konsep yang sudah
diterima umum iaitu “God, Gold and Glory”2. Tambahan pula, Empayar Perdagangan yang
paling efisien pada masa Imperialism lama adalah Belanda3. Terutamanyan, Dutch East dan
West India Company yang menguasai perdagangan dan mengaut keuntungan yang banyak
walau dalam rantau Eropah itu sendiri.

Pada 1600-an, Belanda memulakan langkah untuk

memasuki perdagangan rempah di kawasan Asia dan berjaya untuk mengambil tempat
menyebabkan British East India Company tidak lagi menjadi dominan dalam perdagangan
rempah. Belanda yang dikenali dengan sifat yang gigih dalam mendapatkan sesuatu serta
terkenal dengan kemahiran bertukang khususnya pembinaan kapal, mampu untuk bangun
menjadi Empayar Perdagangan pada masa itu.
Pada asalnya, Belanda merupakan negara yang kecil yang menumpukan terhadap
kegiatan ekonomi daripada hubungan antarabangsa4. Pada tahun 1600, belanda telah
membangunkan satu fenomena perkapalan yang paling terkenal pada masa itu. Namun begitu,
pada tahun 1595, ianya baru merupakan titik permulaan bagi penjelajahan Belanda ke kawasan
asia dan kembali dua tahun kemudian berserta kargo yang mengandungi keuntungan yang
besar menunjukkan bahawa perkapalan Belanda memberikan satu impak yang positif. Tidak
lama selepas itu, Belanda sekali lagi berjaya untuk mendahului Portugis dalam perdagangan di
Timur. Belanda yang mempunyai kapal yang besar tanpa ada sebarang senjata, menjadikan
ianya

merupakan

kapal

perdagangan

yang

memberikan

kawasan

yang

luas

untuk

Upshur et. al, 1999, World History (3rd Ed., Vol 1) Before 1600: The Development of Early Civilizations , Belmont; West/Wadsworth,
hlm 351.
2
Ibid. Hlmn 444-5.
3
Esler A, 1996, The Human Venture (3rd Ed.) A World History From Prehistory to the Present , New Jersey; Prentice Hall, Hlm 448.
4
Muntone S, 2012, World History Demystified, New York; McGraw Hill, Hlm 220.
1

menempatkan kargo perdagangan yang lebih besar. Belanda juga mempunyai kelebihan dalam
perdagangan khususnya untuk menjalankan perdagangan dengan India dan China untuk
perkakasan seramik. Dalam cabaran untuk mengambil kepentingan Afrika, belanda bersaing
dengan Portugis dan berjaya. Antara 1632 dan 1652, Belanda berjaya menguasai tiga
pelabuhan utama di Afrika iaitu Elmina (Teluk hamba), Angola dan Cape Town 5.
Perdagangan

Hamba

turut

mewarnai

sektor

perdagangan

Belanda.

Walaupun

perhambaan telah lama wujud namun ianya adalah bersandarkan konsep yang lama iaitu
tawanan perang atau tahanan penjara akan menjadi hamba namun bukan sebagai satu
keadaan yang melibatkan urusan perniagaan dan melibatkan jarak perjalanan yang jauh.
Tambahan pula, perhambaan yang dahulu memberikan hamba peluang untuk berkahwin,
mencari duit dan membolahkan mereka untuk membeli kebebasan bagi diri mereka6. Dalam
perdagangan hamba bagi pihak eropah terdapat beberapa kelainan yang menjadikan
perhambaan pada masa dahulu berlainan dengan perhambaan semasa adanya eropah ke
Afrika.
1. berdasarkan Racism, yakni bertentangan dengan konsep yang terdahulu iaitu berdasarkan
tawanan.
2. berdasarkan keadaan hamba. Dalam perdagangan hamba itu, keadaan kapal serta keadaan
hamba itu sendiri dalam keadaan yang sangat teruk. Sama ada dari segi kebersihan kapal,
ruang atau tempat tinggal serta makanan dan seumpamanya adalah pada tahap yang
sangat kritikal7.
Tambahan pula, orang afrika itu sendiri yang menjadikan perhambaan di Afrika sangat
berjaya. Hal ini kerana kehidupan di Afrika yang berpuak-puak menjadaikan satu puak hanya
akan mengambil kira kepentingan pihaknya sahaja tanpa mempedulikan keadaan mahupun
kepentingan puak yang lain. Ditambah dengan pembayaran dengan jumlah yang sangat besar
menjadikan perdagangan hamba itu terlaksana dangan jayanya8. Hamba yang didagangkan ini
dijual dalam kalangan koloni Amerika sebagai hamba dalam bidang pekerjaan yang susah
seperti perlombongan.

5
6

Ibid, hlmn 221.
Ibid.

7

Duiker W. J & Spielvogel J. J., 2004, World History (4th Ed.), Australia; Thomson Wadswoth, Hlm 402.

8

Ibid.

Dalam perdagangan di Jepun khususnya, Belanda itu sendiri tidak menjadikan tugas
untuk pembaptisan satu kemestian dan itu menjadikan Belanda diterima di Jepun. Namun
begitu pihak Shogun menyatakan hasrat untuk memindahkan kawasan persinggahan Belanda di
Hirado ke Deshima (1641). Jepun menjadi satu kawasan persinggahan kapal Belanda 9.
Zaman Keemasan Belanda10 dapat dilihat dari kedudukan Belanda yang strategik yang
terletak di laluan perdagangan purba Eropah dari Utara ke Selatan dari Bergen ke Gibraltar, dan
dari Timur ke Barat iaitu Teluk Findland ke British. Perdagangan asas yang menjadi komoditi
utama adalah herring dan Garam dari Biscay, Arak dari kawasan Mediteranean, pakaian dari
British dan Flanders, Tembaga dan Besi dari Sweden dan bijirin, kayu balak, dan product kayu
dari Baltic. Kemahiran Belanda yang sangat tinggi khususnya dalam pengawetan bahan mentah
membolehkan bahan mentah tersebut mampu untuk dieksport ke luar negara. Kapal yang
digunakan dikenali sebagai Fluyt atau Flyboat.
Pada 1602, belanda menubuhkan satu pakatan yang melibatkan kesemua syarikat
perkapalan pada masa itu lalu menubuhkan Dutch East India Company. Pakatan ini
berpangkalan di India dan membuat satu perjanjian dengan pihak tempatan bagi membolehkan
Belanda mempunyai pihak yang mampu untuk membantu dan menyokong mereka serta
membolehkan mereka untuk bertapak lebih lama di India. Akan tetapi perdagangan rempah
ratus mula menyusut di Eropah, akan tetapi Belanda memperkenalkan satu kegiatan ekonomi
yang baru kepada India iaitu penanaman Kopi. Bermula pada 1711 dengan hasil sebanyak 100
pound kopi dan pada 1723, meningkat kepada 12 juta hasil keluaran. Langkah ini menjadikan
Belanda untuk memperolehi dividen sebanyak 18 peratus sepanjang abad ke-17 dan 18. Aktiviti
laut Belanda yakni perdagangan hasil laut melibatkan paus di perairan artik di sekitar
Spitzbergen. Selain itu, pembinaan kapal mencecah sebanyak 10,000 pada awal 1600-an, dan
mampu untuk menyiapkan satu kapal sehari. Menjadikan Belanda kuasa baru perkapalan pada
masa itu sehinggalah pihak English berjaya menyaingi Belanda pada abad ke-18.

9

Ibid, Hlm 295.

10

Stavrianos L.S, 1999, The World Since 1500 A Global History (8th Ed.), New Jersey; Prentice Hall, Hlm 360.

4.0

KESIMPULAN

Penjelajahan Belanda yang pada mulanya bertujuan untuk perdagangan, kini mula berubah
menjadi pencarían tanah yang baru. Didorong oleh mitos Australia menjadikan penjelajahan
Belanda ke Selatan satu titik permulaan dalam penjelajahan Belanda di Pasifik. Ditambah
dengan slogan “God, Gold dan Glory” menjadikan penjelajhan Belanda satu faktor kepada
perubahan dalam dunia penjelajahan. Ditambah dengan kemahiran membuat kapal yang tiada
bandingnya, menjadikan Belanda satu negara dunia perkapalan yang termasyur pada ketika itu.

5.0

RUJUKAN

“The History Of Holland” dalam http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-BucExpl-t1-bodyd11.html diakses pada 15 November 2012.
Duiker W. J & Spielvogel J. J.. 2004. World History (4th Ed.). Australia; Thomson Wadswoth.
Hlm 402.
Esler A. 1996. The Human Venture (3rd Ed.) A World History From Prehistory to the Present.
New Jersey; Prentice Hall. Hlm 448.
Muntone S. 2012. World History Demystified. New York; McGraw Hill. Hlm 220.
Stavrianos L.S. 1999. The World Since 1500 A Global History (8th Ed.). New Jersey; Prentice
Hall.
Upshur et. al. 1999. World History (3rd Ed.. Vol 1) Before 1600: The Development of Early
Civilizations. Belmont; West/Wadsworth. hlm 351.