Kupasan Mutu Jawapan Matematik UPSR 2017 - Sumber Pendidikan

  • – semua soalan mesti dijawab Peruntukan Markah Soalan Markah Penuh

  12

  9

  4

  10

  5

  11

  5

  5

  8

  13

  5

  14

  5

  15

  5 Jumlah

  4

  5

  015/025/035 MATEMATIK

  2

  Kod Mata Pelajaran : 015 (SK), 025 (SJKC), 035(SJKT) Markah Penuh :

  60 Masa : 60 minit

  Mempunyai 15 soalan berstruktur

  1

  2

  2

  3

  7

  3

  4

  4

  5

  3

  6

  3

  60

  PRESTASI TERPERINCI Soalan 1 (a) Soalan ini calon dikehendaki membuat padanan berdasarkan rajah yang diberi. Contoh Jawapan Cemerlang :

  Kebanyakan calon dapat mengetahui pecahan tak wajar dan mampu memadankan pecahan tersebut dengan rajah yang dikemukakan.

  Soalan 1(b)

  Bagi soalan ini calon ditugaskan untuk menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.

  Contoh Jawapan Cemerlang :

  Calon dapat menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan operasi bahagi.

  SOALAN 2 (a) Calon dikehendaki menyusun kad nombor dengan nilai terkecil.

  Contoh Jawapan Cemerlang : Calon dapat menyusun nombor lima digit terkecil dengan betul. Soalan 2 (b) Calon dikehendaki membundarkan nombor yang diberi kepada ratus terdekat. Contoh Jawapan Cemerlang : Calon boleh membundar nombor yang diberi dengan tepat. SOALAN 3 (a)

  Bagi soalan 3 (a), calon dikehendaki menyusun semula nombor diberi ke dalam kad kosong. Calon perlu menyelesaikan soalan berdasarkan ayat matematik.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Jawapan ini menunjukkan calon memahami kehendak soalan dengan mengisi kad kosong dengan nilai yang betul. Seterusnya calon menunjukkan operasi tambah dan

  bahagi yang tepat. Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Berdasarkan jawapan, calon menunjukkan kaedah pengiraan yang bertepatan dengan kehendak soalan namun begitu calon tidak melengkapkan kad yang disediakan.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 : Berdasarkan jawapan di atas, calon dapat melengkapkan kad kosong dengan betul.

  Walau bagaimanapun calon gagal menyelesaikan operasi bahagi dengan baik.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Respon yang dikemukan calon bagi item ini, dimana calon hanya menterjemahkan

  

kehendak soalan dengan melengkapkan kad sahaja tanpa diikuti dengan jalan

pengiraan untuk mendapatkan jawapan akhir.

  Soalan 3 (b)

  Bagi item 3 (b), calon diuji menulis nisbah wang simpanan Auni kepada wang simpanan kakaknya.

  Contoh Jawapan Cemerlang :

  Berdasarkan jawapan di atas, calon mempunyai pengetahuan dalam menulis nisbah dengan baik.

  SOALAN 4 (a)

  Calon dikehendaki mencari bilangan tangki 1 000 liter yang dapat mengisi 0.35 juta liter minyak petrol. Calon juga perlu menguasai kemahiran menukar perpuluhan juta liter kepada nombor bulat.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon berupaya membahagi 350 000 liter dengan 1 000 liter menggunakan cara pemansuhan sifar dengan betul.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Calon berjaya membentangkan kerja membahagi dalam bentuk lazim dengan betul.

  SOALAN 4 (b)

  Calon perlu menghitung jumlah muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta dan sebuah bas.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon berupaya membentangkan langkah pengiraan muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta dan diikuti dengan penambahan muatan penuh tangki petrol bagi sebuah bas.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Jawapan menunjukkan calon membuat kiraan jumlah muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta dengan cara penambahan dan diikuti dengan penambahan muatan penuh tangki petrol bagi sebuah bas.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Calon masih tidak dapat memahami tugasan yang diberi mengenai had muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta. Calon hanya menambah had muatan penuh tangki petrol sebuah kereta dan sebuah bas sahaja. Calon sepatutnya mengira untuk muatan penuh tangki petrol dua buah kereta dan sebuah bas.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Jawapan ini menunjukkan kemampuan calon mencari had muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta namun melakukan kesilapan apabila membuat kiraan had muatan penuh tangki petrol bagi dua buah bas.

  SOALAN 5 (a)

  Soalan ini mengkehendaki calon ditugaskan untuk mengenal pasti dan menanda kedudukan Halim pada satah Cartes yang diberikan.

  Contoh Jawapan Cemerlang : Sebahagian besar calon dapat menanda koordinat kedudukan Halim dengan tepat.

  SOALAN 5 (b)

  Kefahaman dalam konsep paksi mencancang dan mengufuk pada satah Cartes.diperlukan calon untuk menjawab soalan ini. Calon juga ditugaskan untuk mencari jumlah untuk mencari jumlah jarak mencancang dan mengufuk dari rumah Halim ke rumah Akmal melalui rumah Zain.

  Contoh Jawapan Cemerlang : Calon berjaya mengenal pasti dengan tepat paksi mengufuk dan paksi mencancang.

  Calon juga dapat mencari jumlah jarak bagi setiap paksi dan menulis jawapan yang tepat di dalam jadual yang disediakan.

  Contoh Jawapan Sederhana :

  Calon memahami tugasan yang diberikan tetapi tidak dapat mengenal pasti paksi mengufuk dan paksi mencancang menyebabkan calon melakukan kesilapan menulis

  angka ke dalam petak yang disediakan.

  SOALAN 6 (a)

  Calon perlu menulis nilai wang simpanan dalam bentuk angka berdasarkan soalan dalam bentuk perkataan.

  Contoh Jawapan Cemerlang : Calon dapat menulis semula nilai wang simpanan mengikut kehendak soalan. SOALAN 6 (b)

  Soalan ini memerlukan pemahaman calon tentang gandaan dan mempunyai kaitan dengan soalan 6 (a). Calon perlu membuat pendaraban atau penambahan berulang.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon telah menunjukkan langkah kerja yang teratur. Calon memahami kehendak soalan dan mengira mengikut langkah kerja yang betul.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Calon memahami tugasan yang diberi. Langkah pengiraan dengan menukarkan

  

pecahan bercampur kepada perpuluhan. Tindakan seterusnya, calon menunjukkan

kaedah penyelesaian yang betul dan tepat.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Calon membuat kecuaian semasa mengira. Kesilapan semasa proses mendarab dan

  menambah Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Terdapat juga calon yang membuat kaedah pemansuhan namun melakukan kecuaian disebabkan tidak menguasai sepenuhnya kaedah tersebut.

  SOALAN 7 (a)

  Item ini meminta calon menyatakan ukuran panjang sebatang kayu aiskrim yang di letakkan bersebelahan dengan pembaris yang tidak lengkap.

  Contoh Jawapan Cemerlang :

  Berdasarkan jawapan, calon dapat menyatakan ukuran panjang batang aiskrim dengan betul berdasarkan pembacaan pada pembaris. Calon digalakkan untuk menulis unit semasa menulis jawapan.

  SOALAN 7 (b)

  Item ini meminta calon membuat sebuah bingkai gambar berbentuk segi empat tepat yang berperimeter 112 cm dengan menggunakan kayu aiskrim yang berukuran 8 cm.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon dapat mengemukakan jawapan yang cemerlang apabila memahami kehendak soalan. Langkah kerja yang dilakukan menghasilkan jawapan yang tepat.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Calon menggunakan kaedah bahagi pemansuhan dengan baik.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Berdasarkan jawapan yang diberi calon mengira senggatan pembaris iaitu 9 cm sebagai ukuran panjang batang aiskrim. Seterusnya, calon memahani kehendak soalan dengan menggunakan operasi bahagi dalam menyelesaikan soalan yang dikehendaki. Namun begitu hasil jawapan calon adalah tidak tepat.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Kesilapan calon menjawab soalan apabila mengemukakan maklumat yang salah iaitu 10 cm berdasarkan bacaan akhir sebatang aiskrim. Namun begitu, calon memahami soalan dengan menunjukkan operasi bahagi tetapi dibahagikan dengan ukuran yang salah.

  SOALAN 7 (c) Contoh Jawapan Cemerlang :

  Berdasarkan item, calon mampu melukis dengan baik sebuah segi empat tepat yang

  2

  berkeluasan 24 cm . Terdapat pelbagai bentuk segi empat yang boleh dilukis oleh calon.

  Contoh Jawapan Salah :

  Berdasarkan rajah yang dibina, calon gagal membina segi empat tepat yang

  2 berkeluasan 24cm .

  SOALAN 8 (a)

  Item ini memerlukan calon mencari berat botol tanpa berisi gula-gula. Calon perlu mencari jisim 50 biji gula-gula sebelum membuat penolakan daripada jisim botol berisi 50 biji gula-gula.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Berdasarkan jawapan calon dapat mengemukakan jawapan yang cemerlang apabila berjaya membuat kiraan jisim 50 biji gula-gula dan diikuti proses penolakan.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Kemampuan calon dapat ditunjukkan dengan membentangkan langkah pengiraan yang tersusun. Calon mencari jisim 50 biji gula-gula dan diikuti dengan proses penolakan daripada jisim keseluruhan.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Jawapan calon menunjukkan bahawa calon tidak menguasai tugasan item. Calon sekadar mencari jisim 50 biji gula-gula sahaja. Calon tidak mencari jisim botol.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Calon hanya mengira jisim gula-gula sahaja. Calon melakukan kesilapan dalam operasi darab dan penolakan dari sumber yang salah.

  SOALAN 8 (b)

  Bahagian item ini memerlukan calon membuat kiraan jisim botol dengan baki gula-gula setelah dikeluarkan sejumlah 20 biji gula-gula daripada botol tersebut.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon memahami kehendak tugasan dengan mencari jisim 30 biji gula-gula melalui operasi penolakan dan ditambah dengan jisim botol kosong.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Respon yang dikemukakan oleh calon ini menjurus kepada kehendak tugasan dimana calon terus mengira jisim 30 biji gula-gula dan diikuti dengan penambahan jisim botol kosong.

  Calon Jawapan Sederhana 1 :

  Jawapan calon menunjukkan bahawa calon tidak menguasai tugasan item. Calon sekadar mencari jisim 20 biji gula-gula sahaja melalui operasi pendaraban tanpa meneruskan langkah kerja mencari jisim botol berisi 30 biji gula-gula(baki).

  Calon Jawaoan Sederhana 2 :

  Berdasarkan jawapan yang ditunjukkan, calon hanya mampu menyelesaikan

  

sebahagian kecil proses tugasan item. Calon tidak memahami tugasan item yang

  diberi. Calon cuma mencari jisim 20 biji gula-gula sahaja

  SOALAN 9 (a)

  Soalan ini memerlukan calon menukar waktu dalam sistem 12 jam kepada sistem 24 jam.

  Contoh Jawapan Cemerlang :

  Jawapan di atas menunjukkan calon memahami konsep sistem 12 jam dan sistem 24 jam. Sebahagian besar calon dapat menukar sistem 12 jam kepada sistem 24 jam dengan tepat.

  SOALAN 9 (b)

  Soalan ini meminta calon mencari tempoh masa perjalanan Encik Maniam ke kampungnya dalam jam dan minit.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Berdasarkan respon yang ditunjukkan oleh calon, sebahagian besar calon dapat memahami konsep tempoh masa. Calon juga mampu membezakan unit jam dan

  

minit berdasarkan waktu yang diberikan. Oleh itu, calon dapat menolak dan

menambah masa dengan tepat dan tersusun. Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Kebanyakan calon memahami kehendak soalan yang memerlukan calon mencari tempoh masa melibatkan lebih daripada satu hari. Calon telah cuba menambah jumlah jam pada hari pertama dan 4 jam pada hari kedua. Berdasarkan maklumat yang diperolehi calon menolak waktu akhir dan waktu mula bagi mendapatkan tempoh masa yang dikehendaki.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Respon yang dikemukakan menunjukkan kebanyakan calon tidak memahami konsep

  

tempoh masa. Calon hanya menolak angka yang lebih besar dengan angka kecil bagi

  mendapatkan tempoh masa tetapi tidak menyelesaikan tugasan yang dikemukakan untuk mencari tempoh masa lebih daripada satu hari.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Sebahagian calon memahami kehendak soalan iaitu untuk mencari tempoh masa selama dua hari, tetapi tidak menguasai kaedah untuk mencari tempoh masa dengan langkah yang betul. Calon hanya menolak masa yang diberikan tanpa berdasarkan kepada rumus untuk mencari tempoh masa.

  SOALAN 10 (a)

  Rajah membentangkan gabungan segi empat tepat dan segi tiga. Calon perlu menguasai proses mencari luas, mencipta garisan baru dan mengenal pasti luas yang paling besar.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon dapat mengira luas dengan tepat dan menggunakan rumus dengan betul berdasarkan pemahaman pada rajah.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Calon menguasai kemahiran mengira dan konsep luas. Langkah pengiraan calon yang ditunjukkan memenuhi kehendak soalan.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Penyelesaian soalan untuk jawapan ini tidak tidak tepat. Calon ini berjaya mencari luas

segitiga PQM tetapi calon telah mencari jumlah keluasan dua buah segitiga tersebut.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 : Jawapan calon tidak tepat kerana calon telah menggunakan unit jawapan yang salah.

  SOALAN 10 (b)

  Item ini memerlukan calon membina satu garisan lurus. Calon perlu menguasai pemahaman tentang rajah bagi menghasilkan satu garisan baru. Seterusnya calon perlu

  menghitung luas segitiga. Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Jawapan yang dikemukankan calon merupakan terus kepada proses mengira dan mendapatkan jawapan. Calon memahami kehendak soalan yang menjurus kepada

  mencari luas segi tiga berdasarkan garisan baru yang dibina dengan tepat. Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Calon dapat membentuk segi tiga bedasarkan garisan baharu untuk mendapatkan panjang NQ. Pemahaman calon mengenai mencari luas segi tiga mengikut urutan yang betul.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Jawapan yang dikemukakan oleh calon tidak tepat walaupun langkah pengiraan adalah betul. Calon cuai dalam penulisan unit persegi.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Hasil tugasan yang dikemukakan oleh calon menunjukkan bahawa calon memahami kehendak soalan tetapi tidak mengetahui rumus mencari luas segi tiga menyebabkan calon tidak memperolehi jawapan sepertimana yang dikehendaki oleh soalan.

  SOALAN 10 (c) Item memerlukan murid membuat perbandingan luas mana yang lebih besar. Contoh Jawapan Cemerlang :

  Calon mengira luas setiap segi tiga yang disenaraikan. Calon dapat mengenal pasti luas berdasarkan perbandingan ketiga-tiga luas tersebut.

  SOALAN 11 (a)

  Item menunjukkan sebuah carta pai dengan pecahan peratusan agihan pendapatan Prakash. Hanya peratusan sewa rumah tidak dinyatakan.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon mampu menjawab dengan baik melalui kaedah congak iaitu 100%-80%.

  SOALAN 11 (b) Calon dikehendaki mencari jumlah pendapatan Prakash. Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon berjaya menterjemah kehendak soalan yang mencari jumlah anu melalui ayat matematik. Langkah pengiraan pemansuhan dan pendaraban telah diterjemahkan dengan baik.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Calon menunjukkan kematangan dalam proses pengiraan mencari jumlah keseluruhan pendapatan bulanan Prakash. Jalan kerja dengan cara pemansuhan dan pendaraban menunjukkan calon faham apa yang perlu dicari.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Calon tidak memahami kehendak soalan dengan mengira 20% daripada RM850 dan menambahkan hasil dengan RM850.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 : Jawapan calon tidak menunjukkan untuk mencari jumlah pendapatan yang sebenar.

  Calon tidak dapat memahami soalan yang menerangkan 20% adalah RM 850. Maka itu, calon menunjukkan kaedah yang salah.

  SOALAN 11 (c)

  Berdasarkan soalan, calon dikehendaki mencari jumlah bayaran bil setelah peratusan bayaran bil telah meningkat sebanyak 3 %.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon menunjukkan pengiraan mencari jumlah peratusan selepas peningkatan 3%.

  Seterusnya calon menunjukkan langkah pengiraan yang betul untuk mencari nilai bayaran bil terbaru.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Calon dapat mengemukakan jalan pengiraan yang cemerlang berpandukan kehendak soalan yang diberi. Jawapan yang tepat dilihat dari jalan pengiraan yang ditunjukkan.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Berdasarkan kepada respon yang dikemukakan di dapati calon memahami kehendak soalan. Langkah yang ditunjukkan terarah, tetapi calon telah menggunakan maklumat

  

yang salah daripada penyelesaian soalan 11b, menyebabkan calon tidak dapat

memberi jawapan yang tepat. Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Calon memahami maksud peningkatan peratusan. Seterusnya calon membina ayat Matematik yang tidak tepat berdasarkan jawapan daripada 11b, maka jawapan yang dihasilkan adalah tidak mengikut kehendak soalan.

  SOALAN 12 (a)

  Tugasan ini meminta calon menghitung bilangan telur gred A. Calon perlu mencari jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan terlebih dahulu sebelum membuat kiraan bilangan telur gred A.

  Calon Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon memahami tugasan item dimana calon telah mendarab dengan jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan.

  Calon Jawapan Cemerlang 2 :

  Calon cemerlang ini melakukan operasi darab bagi mencari jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan menggunakan kaedah kekisi dan hasilnya dibahagi dengan dua. Calon ini menunjukkan kematangannya dalam membentangkan jawapan yang tepat,

  Calon Jawapan Cemerlang Sederhana 1 :

  Calon memahami kehendak tugasan dimana calon telah mengira jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan. Namun begitu calon melakukan kesilapan dalam menyelesaikan operasi darab. Kesalahan hasil darab telah mengakibatkan jawapannya salah walaupun proses pengiraannya lengkap

  Calon Jawapan Cemerlang Sederhana 2 :

  Jawapan yang dikemukakan calon menunjukkan calon memahami kehendak tugasan item. Calon dapat mengira jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan dengan tepat. Langkah seterusnya calon telah mendarab jumlah telur tersebut dengan . Namun begitu, calon melakukan kesilapan dalam mendarab. Hasil darab tersebut tidak tepat.

  SOALAN 12 (b) Calon dikehendaki mencari pecahan telur gred C. Calon Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon menunjukkan kematangan dalam membentangkan jawapan mengikut kehendak tugasan item. Calon mencari jumlah telur gred B dan C. Calon seterusnya

  

membahagi kepada tiga untuk mendapat jumlah telur gred C. Calon berjaya menulis

pecahan dan permudahkan pecahan dengan tepat. Calon Jawapan Cemerlang 2 :

  Calon memahami kehendak tugasan ini dengan baik. Calon dapat mengemukakan jawapan dengan baik dan dan tersusun. Calon mencari jumlah telur gred C dan menulis pecahan telur gred C daripada keseluruhan telur. Jawapan pecahan tersebut dipermudahkan dengan tepat.

  Calon Jawapan Sederhana 1 : .

  Calon berjaya mengira bilangan telur gred C dengan tepat. Walau bagaimanapun calon tidak mencari pecahan, sebaliknya mencari peratus bilangan telur gred C.

  Calon Jawapan Sederhana 2 :

  Calon mengetahui bagaimana untuk mencari jumlah telur gred B dan C tetapi tidak

  

memahami tugasan untuk mencari bilangan telur gred C.Oleh sebab itu, calon tidak

berjaya menulis pecahan telur gred C daripada keseluruhan telur.

  SOALAN 13 (a)

  Berdasarkan jadual yang diberikan calon dikehendaki mencari min kehadiran murid untuk tempoh lima hari.

  Calon Jawapan Cemerlang 1 :

  Secara keseluruhan, calon dapat mengaplikasikan rumus untuk mencari min iaitu jumlah kuantiti dibahagi dengan bilangan kuantiti. Calon juga dapat mengemukakan langkah pengiraan yang tersusun dan diakhiri dengan jawapan yang tepat.

  Calon Jawapan Cemerlang 2 :

  Respon yang dikemukakan oleh calon adalah sangat jelas, dimana calon telah

  

memindahkan data ke dalam rumus kemudian menyelesaikannya dengan

  menggunakan operasi berdasarkan kepada operasi yang dinyatakan dalam rumus tersebut dengan tepat dan teratur.

  Calon Jawapan Sederhana 1 :

  Berdasarkan kepada jawapan yang dikemukakan oleh calon menunjukkan bahawa calon memahami konsep untuk mencari min. Calon juga dapat membaca jadual dengan

  

tepat. Calon hanya melakukan kesilapan ketika menyelesaikan operasi tambah yang

  menyebabkan penyelesaian operasi bahagi juga salah. Kecuaian ini telah mengakibatkan calon telah menghasilkan jawapan yang salah.

  Calon Jawapan Sederhana 2 :

  Calon mengetahui dan memahami konsep bagaimana untuk mencari min. Walau bagaimanapun calon tidak memahami konsep gundalan, menyebabkan calon tidak

  dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan tepat.

  SOALAN 13 (b)

  Contoh Jawapan Cemerlang : Respon yang dikemukakan oleh calon menunjukkan calon memahami kehendak soalan.

  Calon dapat mencari peratusan kehadiran setiap hari dengan tepat. Calon juga berjaya melukis carta palang dengan tepat dan jitu.

  Contoh Jawapan Salah :

  Calon tidak dapat menterjemah kehendak soalan daripada maklumat kepada bentuk peratus seterusnya gagal membina carta palang dengan betul.

  SOALAN 14 (a) :

  Item ini menguji kemahiran mengira tempoh masa. Pengetahuan sedia ada jumlah hari dalam bulan Jun dan pemahaman tentang hari cuti.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Jawapan yang dibentangkan bersesuaian dengan kehendak soalan. Calon mengetahui jumlah hari pada bulan Jun, pengiraan mengira tempoh masa ditunjuk dengan betul dan tindakan menolak hari bercuti untuk mendapat jawapan yang tepat.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Calon menunjukkan tempoh masa bekerja pada bulan Jun sebelum melakukan operasi pengiraan dengan betul.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Jumlah hari pada bulan Jun yang ditunjukkan tidak tepat menyebabkan jawapan yang dikemukakan salah.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Calon hanya mengira secara terus tanpa memahami cara mengira tempoh masa yang betul.

  SOALAN 14 (b)

  Calon dikehendaki menganalisis maklumat yang diberi bagi mengira jumlah pendapatan yang diterima oleh Eddie.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon memahami kehendak soalan yang dikemukakan. Respon yang dikemukakan oleh menunjukkan kematangan calon dalam menyusun data yang dianalisis dengan

  ringkas, jelas dan tepat. Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Jawapan yang dikemukan oleh calon menunjukkan bahawa calon dapat mencari

  

jumlah bayaran elaun lebih masa dan juga jumlah gaji selama sepuluh hari dengan

tepat. Calon juga dapat menyelesaikan tugasan untuk mencari jumlah pendapatan

  dengan langkah yang teratur dan betul.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Berdasarkan kepada respon yang diberikan menunjukkan calon tidak dapat

  

menganalisis soalan yang dikemukakan dengan tepat. Calon hanya dapat mencari

jumlah bayaran elaun lebih masa tetapi melakukan kesilapan ketika mencari jumlah

hari bekerja menyebabkan jawapan akhir calon tidak menepati seperti yang

dikehendaki.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Jawapan yang dikemukakan oleh calon menunjukkan hanya sebahagian langkah pengiraan. Calon dapat mengira jumlah elaun lebih masa tetapi tidak menambah gaji untuk 10 hari yang sepatutnya.

  SOALAN 15 (a)

  Calon dikehendaki menghitung jumlah jisim dalam kg bagi simen, kerikil, dan pasir bagi membina tiga keping dinding konkrit.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon dapat memahami dengan jelas kehendak soalan untuk mencari jumlah bahan bagi membina tiga keping dinding konkrit. Jawapan calon menunjukkan jalan pengiraan yang betul dan tepat.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Calon mengira jumlah berat bagi ketiga-tiga bahan untuk membina sekeping dinding konkrit. Seterusya calon menggunakan jumlah hasil tambah tersebut untuk mencari berat keseluruhan bagi membina tiga keping dinding konkrit yang sama.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Respon calon pada soalan ini dilihat tidak mematuhi kehendak soalan. Calon hanya mencari jumlah berat bagi satu keping dinding konkrit. Kegagalan calon memahami soalan menyebabkan calon tidak dapat menunjukkan jalan pengiraan yang lengkap.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Berdasarkan jawapan, calon memahami langkah pengiraan yang betul. Namun begitu, kesilapan calon menjumlahkan berat bagi satu keping dinding konkrit menyebabkan calon gagal mendapatkan jawapan yang tepat.

  SOALAN 15 (b)

  Berdasarkan maklumat yang diberi, calon ditugaskan untuk menganalisis data yang diberi untuk menghitung jumlah rumah yang dapat dibina.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

  Calon memahami soalan penyelesaian masalah yang dikemukakan dengan baik. Calon menunjukkan proses mendarab dan membahagi dengan betul berdasarkan

  

pemahaman terhadap persoalan yang diberi. Akhirnya calon dapat mencari jawapan

yang tepat.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

  Jawapan yang dikemukakan pada keseluruhannya menunjukkan calon memahami

  

kehendak soalan. Calon dapat membentangkan langkah pengiraan dengan kaedah

pemansuhan yang tepat dan tersusun. Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Kebanyakan calon gagal memahami soalan dengan baik dan kecuaian semasa menyalin jawapan dan menyebabkan calon gagal memberi jawapan yang betul.

  Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Calon menunjukkan kaedah penyelesaian yang salah berdasarkan maklumat pada soalan. Sepatutnya langkah kerja yang ditunjukkan adalah mendarab bukannya

  membahagi.

  1. Calon perlu menguasai kemahiran fakta asas dengan baik.

  2. Penggunaan rumus perlu betul dan tepat.

  3. Calon perlu menguasai kemahiran berfikir kreatif dan kriris.

  4. Calon perlu mengetahui persamaan pecahan, perpuluhan dan peratus bagi memudahkan penukaran antara pecahan, perpuluhan dan peratus.

  5. Calon perlu menunjukkan langkah-langkah pengiraan yang tepat berdasarkan kehendak soalan.

  6. Calon harus membaca dan memahami maklumat yang diberi dengan baik supaya dapat mengemukakan langkah pengiraan yang tepat.

  7. Calon perlu membuat semakan keseluruhan jawapan yang telah ditunjukkan.

  8. Bagi meningkatkan potensi, calon harus membuat banyak latih tubi menjawab soalan-soalan matematik.

  9. Pastikan calon menggunakan unit yang betul pada setiap jawapan yang diperoleh.

  10. Calon perlu mempelajari pelbagai teknik pengiraan dalam setiap penyelesain soalan.

  1. Guru perlu memberi penekanan penguasaan fakta asas kepada murid sejak awal persekolahan.

  2. Memastikan murid memahami konsep setiap tajuk atau kemahiran yang dipelajari.

  3. Membimbing murid menghafal persamaan pecahan, perpuluhan dan peratus bagi memudahkan melakukan penukaran antara pecahan, perpuluhan dan peratus.

  4. Guru perlu memberi komitmen yang tinggi dalam sesi pengajaran dalam kelas.

  5. Sentiasa memberi galakan dan anugerah kepada semua murid agar mereka lebih berminat kepda matematik.

  6. Guru perlu menerapakan pelbagai teknik penyelesaian dalam sesuatu kemahiran yang diajar.

  7. Guru perlu sentiasa memberi latihan berbentuk sumatif dan fomatif agar murid sentiasa tekal apa yang dipelajari.

  8. Guru perlu sentiasa memberi peluang kepada murid menjawab soalan berorientasikan peperiksaan awam.

  9. Guru perlu sentiasa melatih murid mengira dengan menggunakan kaedah congak.

  10. Guru perlu mengadakan aktiviti atau program seperti program motivasi, ceramah kecemerlangan subjek bagi meningkatkan potensi murid..