Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran

Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran
Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada
caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran
semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan
telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran
dalam pendidikan. Artikel ini akan membincangkan peranan media pengajaran dan faedah kepada
guru dan murid. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang
yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu
murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaan
semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masingmasing. Deria % Penerimaan Mata 70 Hidung 5 Mulut 4 Telinga 15 Rasa/sentuhan 6

Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:


Pengajaran lebih terancang



Melibatkan pelbagai deria




Memperkayakan pengalaman



Perluasan batasan komunikasi



Pembelajaran individu



Keseronokan belajar/motivasi



Sumber maklumat




Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.



Menguat dan mengekalkan daya ingatan



Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit



Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah



Menjimatkan masa




Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas



Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Pemilihan Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran,
faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian: 1. Kesesuaian 2. Peringkat penerimaan/kefahaman 3.
Pemerolehan 4. Harga 5. Mutu Kesesuaian Sebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu
menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah

supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa
kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu mendengarnya sendiri.
Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan
dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi
syarat berikut:

Memenuhi kehendak isi dan objektif murid



Memudahkan kefahaman murid



Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya



Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan


Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke
satu tempat yang lain

Selamat digunakan oleh murid
Peringkat penerimaan/kefahaman Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu sesuai, tetapi cara
penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara dengan keupayaan mereka.
Dengan lain perkataan media tersebut tidak setanding dengan keupayaan murid untuk menerima dan
memahami isi kandungan yang disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku kepada media yang

telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat pengeluar media tersebut. Untuk
mengelakkan perkara ini, media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar. Media yang
dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak disampaikan
hendaklah dipilih. Harga Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah
dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih baik
walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat
memberikan kesan yang lebih baik. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu
membebankan.Pemerolehan Seseorang guru yang merancang menggunakan media pengajaran,
perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber
atau sekolah masing-masing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah
diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru menggunakannya dengan lebih
kerap. Mutu Sekiranya faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan
media tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai
sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak
jelas. Penghasilan MediaKebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari
keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk
menyediakan media yang sesuai, guru perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang
diperolehi dari penghasilan media oleh guru seperti berikut:



Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah



Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat



Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan



dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid
Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos

Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti berikut:

Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan)



Kemahiran untuk penghasilan



Mempunyai daya kreatif



Tenaga untuk penghasilan



Alatan khas yang diperlukan



Masa




Kos

Dalam perbincangan ini, kita akan membincangkan faedah penghasilan media oleh guru dan oleh
murid. Media Yang Dihasilkan Oleh Guru Sebagai seorang guru, kita perlu memikirkan penghasilan
media pengajaran dalam dua kategori;
1.
Media pengajaran yang akan digunakan untuk persembahan dalam bilik darjah, perbincangan
dengan murid, penilaian atau aktiviti yang diarahkan oleh guru. Contohnya, bahan tayangan yang
mudah seperti transparensi, selaid, kaset audio, poster, grafik dan bahan pameran.
2.
Media pengajaran yang digunakan terus oleh murid untuk tujuan pembelajaran. Contohnya,
kit pelbagai media yang digunakan untuk pembelajaran individu, bahan 3D dan 'mock-up' yang
digunakan oleh murid kejuruteraan
Faedah sampingan yang diperolehi apabila guru menghasilkan media atau mengarahkan murid
menghasilkan media adalah guru sendiri akan dapat memahami dan menjelaskan lagi objektif dan
idea mengenai bagaimana menyusun program pengajaran pembelajaran dengan lebih baik lagi.Media
Yang Dihasilkan Oleh Murid. Murid yang terlibat dalam penghasilan media akan memperolehi
faedah daripada pengalaman mereka. Mereka boleh memberikan sumbangan berupa idea yang
kreatif untuk sesuatu penghasilan media. Bakat murid dalam penghasilan media seperti bahan
pameran, bahan pembelajaran kendiri, transparensi, selaid, bahan 2D, poster dan sebagainya tidak

boleh diperkecilkan. Disebalik khidmat penghasilan media, murid juga boleh membantu guru untuk
merekabentuk media pengajaran supaya sesuai dan mencapai kehendak dan keperluan bilik darjah.
Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian sekiranya guru ingin murid menghasilkan media:

Ingat bahawa penghasilan akhir sesuatu media tidaklah begitu penting berbanding proses dan
pengalaman yang digunakan untuk mencapai objektif

Apabila murid menghabiskan masa dan tenaga dalam penghasilan media, pastikan mereka
memahami apa yang dibuat dan mereka merasakan dihargai. Matlamat guru bukanlah untuk

mempergunakan murid atau memaksa mereka berkerja melampaui keupayaan, tetapi memberikan
peluang kepada mereka supaya produktif dan seronok melakukan aktiviti penghasilan media

Pastikan, sebelum projek dimulakan, murid menghasilkan perancangan di atas kertas.
Bantulah mereka belajar bagaimana membuat 'lay-out' projek sebelum kerja sebenar dijalankan, untuk
mempastikan dengan jelas setiap langkah yang akan diambil akan mencapai kejayaan

Bantu murid menghadapi kekecewaan jika terdapat kesilapan dan mencuba semula.
Kesilapan adalah perkara biasa dalam memmuridi sesuatu yang baru
Peringkat Usaha Penghasilan Media a) Penghasilan media secara tiruan Penghasilan media

secara tiruan boleh diilustrasikan seperti memotong huruf berdasarkan bentuk, melukiskan peta dan
gambar melalui surihan imej tayangan atau menghasilkan terarium atau boneka berdasarkan arahan
buku atau gambar. b) Penghasilan media secara pengubahsuaian Pengubahsuaian memerlukan
penciptaan dalam bentuk baru atau cara baru dalam penggunaan media sedia ada. Prototaip atau
gambar prototaip yang ada adalah sebagai panduan berguna, tetapi hasil akhir kelak akan
memerlukan individu terlibat dalam pelbagai masalah. Penghasilan media secara pengubahsuaian
memerlukan pertimbangan individu, arah kendiri dan inisiatif. c) Rekaan kreatifMelibatkan keupayaan
mentafsir dan menyelesaikan masalah dengan cara yang asli, tanpa bergantung kepada pengalaman
atau penulisan. Penghasilan filem slaid bersuara, fotograf, penggambaran video dan sebagainya
untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran adalah antara contoh rekaan kreatif. Guru perlu
menggalakkan murid membuat rekaan kreatif dan asli. d) Inovasi dari peniruan Meniru secara kreatif
mengandungi dua unsur yang seolah-olah bertentangan. Sesuatu yang kreatif tentulah bersifat asli.
Sebaliknya sesuatu yang dihasilkan secara meniru tentulah tidak asli, oleh itu tidak kreatif. Walau
bagaimana pun peniruan kreatif adalah penghasilan semula apa yang telah dicipta oleh orang lain
dalam bentuk yang tersendiri dan mempunyai keunikan tersendiri dari segi fizikal dan fungsinya. Guru
dan murid perlulah menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan media yang boleh digunakan untuk
tujuan pengajaran pembelajaran. Media Kos Murah Definisi media kos murah adalah berdasarkan
kepada ciri-ciri berikut:



Media yang boleh disediakan oleh guru dan murid sendiri


Media yang dibekalkan dan boleh menambahkan keberkesanan pengajaran pembelajaran
dalam bilik darjah tanpa memerlukan kos tambahan

Proses yang terlibat dalam penghasilan media tersebut adalah mudah dan murah


Penghasilan media tersebut tidak memakan masa yang panjang


Bahan mentah yang digunakan adalah percuma dan mudah diperolehi dari persekitaran murid
dan guru

Jenis Media Kos Murah



Gambar kaku



Gambarajah



Carta



Graf



Peta



Kartun



Poster



Carta bersiri



Bahan 3D seperti boneka, glob, model, realia, 'mock-up' dan lain-lain.

Prinsip Reka Bentuk Media Kos Murah

Jelas. Idea mesti tepat, mudah dan terus terang. Ini mestilah sesuai dengan ukuran, warna,
kontras dan reka letak

Menarik. Mesej yang hendak disampaikan mestilah dapat menarik perhatian, membolehkan ia
mencetuskan reaksi yang cepat dalam kalangan murid

Senang digunakan. Termasuk dari segi mudah dibawa, dimanipulasikan dan difahami murid

Berkaitan. Bahan yang dihasilkan itu mestilah menggambarkan hubungannya dengan isi
kandungan muridan dan matlamat yang hendak dicapai. Ia juga mestilah menggambarkan peringkat
umur dan pengalaman murid yang menggunakannya

Berpatutan dengan kos. Ia mestilah menunjukkan unsur-unsur penjimatan dari segi masa,
tenaga dan kewangan. Perancangan yang teliti dan membiasakan diri dengan berbagai jenis dan
tujuan media kos murah akan membantu ke arah penjimatan di dalam pengeluaran.