Jurnal Kesan Penggunaan Laman Sosial ke

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah
Rossafri Mohamad & Shabariah Binti Mohamad Shariff
Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, Universiti Sains Malaysia
[email protected], [email protected]

Abstrak
Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kaedah perbincangan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran sejarah dengan menggunakan laman sosial ‘Facebook’ dapat meningkatkan motivasi dan
kefahaman pelajar mengenai topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom bagi mata pelajaran Sejarah
Tingkatan 4. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari sebuah
sekolah luar bandar di Pulau Pinang. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan data
yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistik Deskriptif dan Statistik Inferensi. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan laman sosial
dengan mengaplikasikan penggunaan facebook dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar
berdasarkan jantina dan aliran. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan
dalam peningkatan motivasi berdasarkan jantina dan kefahaman pelajar berdasarkan aliran. Min
keseluruhan ialah 3.81. Namun begitu, pemahaman pelajar dalam kaedah pembelajaran secara ICT

dengan mengaplikasikan penggunaan facebook tidak bergantung kepada kemahiran komputer pelajar,
dapatan kajian mendapati terdapat tidak perbezaan min yang signifikan dalam peningkatan kefahaman
pelajar berdasarkan kemahiran komputer.

Mohamad, R. & Mohamad Shariff, S. (2011). Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah
Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi
Pendidikan Malaysia, 1(1), 75-80.

Pengenalan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan pendekatan perbincangan dalam
kumpulan merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran. Hal ini
kerana ia dapat menggalakkan pelajar untuk mengemukakan idea dan pendapat secara bebas. Namun
begitu, perbincangan sering gagal berfungsi sebagai satu unit kerana interaksi yang berkesan sesama
pelajar tidak berlaku. Oleh itu, peluang ini digunakan oleh pengkaji untuk memperkenalkan pembelajaran
menggunakan laman sosial bagi memperbaiki kaedah perbincangan secara kumpulan. Dalam konteks ini,
kajian dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif
dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dengan mengaplikasikan penggunaan facebook agar dapat
meningkatkan kefahaman dan memotivasi pelajar serta mengatasi permasalahan yang wujud.

Pernyataan Masalah

P&P mata pelajaran Sejarah di sekolah sering berhadapan dengan pelbagai masalah menyebabkan
prestasinya kurang memberangsangkan. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) bagi tahun 2008 menunjukkan bahawa prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah
tidak konsisten dan memperoleh keputusan yang kurang memberangsangkan iaitu sebanyak 64.0%
(2004), 52.4% (2005), 59.62% (2006), 58.0% (2007) dan 59.8% (2008). Hal ini membuktikan bahawa
prestasi mata pelajaran Sejarah adalah kurang baik berbanding mata pelajaran yang lain. Keadaan ini

75

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

merupakan satu cabaran yang paling besar kepada guru-guru memandangkan ia merupakan mata
pelajaran teras di dalam peperiksaan SPM dan juga merupakan mata pelajaran wajib lulus. Kini P&P
mata pelajaran terlalu terarah kepada transmisi pengetahuan dan berorientasikan peperiksaan yang secara
langsung mempengaruhi gaya pengajaran guru. Trigwell et al (1999) dan Meade (1997) berpendapat
bahawa pihak sekolah patut menukar cara pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan guru kepada
memusatkan pelajar. Oleh itu, kaedah pembelajaran secara perbincangan dengan menggunakan laman
sosial perlu dilaksanakan untuk mengaktifkan suasana pembelajaran dan meningkatkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sejarah. Pendekatan ini diharapkan dapat dijadikan alternatif dalam pembelajaran

Sejarah iaitu dengan memindahkan beberapa tajuk dan sub tajuk dalam bentuk paparan komputer yang
boleh diakses pada bila-bila masa. Dalam kaedah ini, penggunaan laman sosial dimanipulasi selari dengan
minat generasi yang suka meneroka persekitaran yang baru. Persekitaran yang baru akan menyebabkan
pelajar memberi tumpuan kepada kaedah penggunaan dan penerokaan (Wlodkowski, 1978) seterusnya
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan mencabar.

Signifikan Kajian
Kajian ini dijalankan setelah mendapati kurangnya kajian yang dijalankan terhadap penggunaan laman
sosial dalam pembelajaran Sejarah khususnya bagi topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom untuk
menjadikan P&P lebih bermakna dan menyeronokkan. Tambahan pula, selaras dengan perkembangan
ICT ia bagi membolehkan pelajar mengakses maklumat mengikut masa dan kebebasan pelajar merka
sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menggalakkan proses penambahan dan percambahan
ilmu pengetahuan. Antara objektif yang hendak dicapai melalui kajian ini adalah untuk mengenalpasti
sama ada P&P menggunakan kaedah perbincangan dengan laman sosial dapat ; a) meningkatkan motivasi
pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah; b) meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Sejarah; c) meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik yang dipelajari dan ; d)
mengatasi masalah atau kekangan masa dalam P&P Sejarah.

Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan penggunaan instrument soal

selidik Skala Likert 5 peringkat yang mengandungi empat konstruk. Dua pembolehubah digunakan dalam
kajian ini iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah moderator. Pembolehubah bersandar ialah
motivasi dan kefahaman dan pembolehubah moderator ialah jantina, aliran dan kemahiran. Sampel kajian
terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 daripada sebuah sekolah menengah harian biasa yang terletak di
kawasan luar bandar di Pulau Pinang. Lingkungan umur sampel adalah antara 16 hingga 17 tahun. 60
orang responden dipilih secara rawak. Semua responden dipilih dari sekolah yang sama kerana mereka
memiliki ciri-ciri yang sama dari segi budaya dan suasana pembelajaran. Kesemua sampel telah
mempunyai pengetahuan sedia ada tentang Tamadun Awal Manusia dalam bab sebelumnya mengikut
sukatan pelajaran Sejarah Menengah Atas.

Analisis Data
a. Analisis Statistik Inferensi Dalam Peningkatan Motivasi Berdasarkan Jantina
Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan terhadap kaedah perbincangan dengan penggunaan
Ho1
aplikasi laaman sosial dalam peningkatan motivasi berdasarkan jantina. Jadual 1 menunjukkan min
motivasi bagi responden lelaki ialah 3.71 dan sisihan piawai ialah 0.12. Manakala min motivasi bagi
responden perempuan ialah 3.63 dan sisihan piawai ialah 0.16. Hal ini menunjukkan bahawa aras nilai
min berada pada tahap tinggi.

76


Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Jadual 1
Motivasi

Min dan Sisihan Piawai Motivasi Mengikut Jantina Pelajar

Jantina
Lelaki
Perempuan

N
31
29

Min
3.71
3.63


Sisihan Piawai
0.12
0.16

Levene's Test for Equality of Variances dalam Jadual 2 menunjukkan nilai keberangkalian p ialah 0.335
iaitu p > 0.05. Ini bermakna varians adalah tidak homogen di antara kedua-dua kumpulan. Dalam ujian t
sample bebas terdapat perbezaan yang signifikan antara min dalam peningkatan motivasi pelajar
berdasarkan jantina. Min motivasi bagi pelajar lelaki ialah 3.71 dan sisihan piawai ialah 0.12. Manakala
min motivasi bagi pelajar perempuan ialah 3.63 dan sisihan piawai 0.16 di mana t=2.086,d.f = 58, p =
0.041 iaitu p  0.05. Oleh itu,terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik. Maka hipotesis nol
ditolak.

Jadual 2 Keputusan Ujian t bagi Motivasi Berdasarkan Jantina

Item

Levene’s
Test for
Equakity of

Variences
F

Motivasi

Kesamaan
.945
varian
diandaikan
Kesamaan
varian tidak
diandaikan
*Aras Signifikan p  0.05

t-test for
Equality of
Means
Sig.

Nilai t


df

.335

2.086

58

Sig. (2tailed)
0.041

2.069

52.80

0.043

b. Analisis Statistik Inferensi Dalam Peningkatan Kefahaman Pelajar Berdasarkan Jurusan.
Ho2

Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan terhadap kaedah perbincangan dengan penggunaan
aplikasi laman sosial dalam peningkatan kefahaman pelajar berdasarkan jurusan.
Jadual 3 Min dan Sisihan Piawai Kefahaman Mengikut Jurusan Pelajar

Kefahaman

Jurusan
Sains
Sastera

N
25
35

Min
4.85
4.76

Sisihan Piawai
0.16

0.18

Jadual 3 menunjukkan min kefahaman responden berdasarkan jurusan sains dan sastera. Min kefahaman
bagi jurusan sains ialah 4.85 dan sisihan piawai ialah 0.16. Manakala min kefahaman respon den bagi
jurusan sastera ialah 4.76 dan sisihan piawai ialah 0.18. Hal ini menunjukkan bahawa aras nilai min
berada pada tahap tinggi iaitu lebih daripada 3.66.

77

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Jadual 4

Keputusan Ujian t bagi Kefahaman Berdasarkan Jurusan
Levene’s
Test for
Equakity of
Variences
F


Item
Kefahaman

Kesamaan
2.211
varian
diandaikan
Kesamaan
varian tidak
diandaikan
*Aras Signifikan p  0.05

t-test for
Equality of
Means
Sig.

Nilai t

df

.142

2.047

58

Sig. (2tailed)
0.045

2.099

55.924

0.040

Levene's Test for Equality of Variances dalam Jadual 4 menunjukkan nilai keberangkalian p ialah 0.142
iaitu p >0.05. Ini bermakna varians adalah tidak homogen di antara kedua-dua kumpulan. Dalam ujian t
sample bebas terdapat perbezaan yang tidak min dalam peningkatan kefahaman pelajar berdasarkan
aliran. Min motivasi bagi jurusan sains min ialah 4.85 dan sisihan piawai ialah 0.16. Manakala min
motivasi bagi jurusan sastera ialah 4.76 dan sisihan piawai ialah 0.18 di mana t=-2.047,d.f = 58, p = 0.045
iaitu p  0.05. Oleh itu,terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik. Maka hipotesis nol ditolak
c. Analisis Statistik Inferensi Dalam Peningkatan Kefahaman Pelajar Berdasarkan Kemahiran
Komputer.
Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan terhadap kaedah perbincangan dengan penggunaan
aplikasi laman sosial dalam peningkatan kefahaman pelajar berdasarkan kemahiran komputer.

Jadual 5 Ujian ANOVA Satu Hala berdasarkan peningkatan kefahaman
pelajar mengikut kemahiran computer
Jumlah
Kuasadua
1.71

Df

Antara
2
Kumpulan
Dalam
1.696
57
Kumpulan
Jumlah
1.867
59
*Aras Signifikan p  0.05

Min
Kuasadua
.085

F

Sig

2.872

.065

.030

Berdasarkan Jadual 5 hasil kajian ANOVA Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang
signifikan antara kefahaman pelajar dengan kemahiran komputer (F = 2.872, p = 0.065). Jadi analisis
menunjukkan hipotesis gagal ditolak kerana tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam
peningkatan kefahaman pelajar berdasarkan kemahiran komputer.

78

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Perbincangan Dapatan
Dapatan keseluruhan kajian ini menunjukkan jumlah keseluruhan min bagi 74 item ialah sebanyak 15.24
dengan purata keseluruhan min ialah 3.81. Dapatan ini menunjukkan bahawa responden bersetuju kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dalam mata pelajaran Sejarah dengan mengaplikasikan
penggunaan laman sosial mampu meningkatkan motivasi, gaya pembelajaran, kefahaman dan mengatasi
masalah/kekangan yang dihadapi pelajar kerana aras aras nilai min berada pada tahap tinggi iaitu lebih
daripada 3.66 (Jadual 6). Secara keseluruhannya dapatan daripada data ini telah menjawab semua
persoalan kajian dan hipotesis.

Jadual 6 Jumlah min keseluruhan dan purata
Jumlah Keseluruhan Min Purata Keseluruhan Min
Item
15.24
3.81

Kaedah Pembelajaran
Baik

Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua persoalan kajian yang
dikemukakan telah dapat dijawab. Soalan kajian yang pertama ialah adakah kaedah perbincangan dengan
penggunaan aplikasi laman sosial dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah?
Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat
meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana daripada 36 item yang
diuji dengan purata min keseluruhan ialah 3.67.
Soalan kajian yang kedua ialah adakah kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial
dapat meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah? Dapatan
kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dengan menggunakan
aplikasi laman social berjaya meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah. Gaya pembelajaran ini meliputi cara pembelajaran secara kumpulan (kolaboratif), interaksi dua
hala dan pembelajaran kendiri yang akhirnya memperoleh pembelajaran yang berkesan. Purata min
keseluruhan teknik dan gaya pembelajaran ialah 3.86 daripada 10 item yang diuji. Kajian Martin (2002)
menyatakan bahawa motivasi dan pencapaian pelajar akan menjadi lebih tinggi sekiranya kaedah
pengajaran disesuaikan dengan mod pembelajaran yang disukai pelajar.
Bagi menjawab soalan kajian yang ketiga iaitu, adakah kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi
laman sosial dapat menguasai kefahaman topik tersebut? Daripada 12 item yang diuji didapati purata min
keseluruhan bagi kefahaman tentang topik kajian ialah 4.80. Hal ini menggambarkan bahawa kaedah
perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat menguasai kefahaman pelajar berkaitan
dengan topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Interaksi dua hala, kerjasama dan pembelajaran
kendiri akan meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap topik tersebut. Pendapat ini disokong oleh
Windle dan Waren (2005), iaitu teori pembelajaran secara kolaboratif boleh menimbulkan minat dan
motivasi pelajar. Guru membimbing penglibatan individu dalam proses kolaboratif dan perbincangan
supaya dapat membina satu hubungan interaksi antara pelajar untuk membangunkan kemahiran berfikir
seseorang pelajar dan mencapai pemahaman tentang sesuatu konsep.
Persoalan yang terakhir ialah adakah kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial
dapat mengatasi masalah atau kekangan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah? Purata min
keseluruhan masalah/kekangan ialah 3.86 daripada 9 item yang diuji menunjukkan bahawa masalah yang

79

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

dihadapi berada pada tahap sederhana. Hal ini bermakna pelajar mempunyai pandangan yang berbeza
terhadap masalah yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Perasaan bimbang wujud
dalam diri pelajar sekiranya menggunakan laman sosial kerana berkemungkinan besar pembaziran masa
akan berlaku.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa dengan penggunaan kaedah perbincangan melalui
laman sosial dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar. Pendekatan ini merupakan satu proses
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan memberi peluang kepada pelajar terlibat
dalam aktiviti dengan secara aktif serta membolehkan pembelajaran sosial berlaku melalui perbincangan
kolaboratif semasa menghadapi masalah atau ketidakfahaman tentang sesuatu perkara. Seterusnya,
motivasi pelajar terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran terbentuk secara tidak langsung melalui
penggunaan laman sosial. Justeru itu, pembelajaran yang berkesan akan berlaku dan diikuti oleh
peningkatan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

Rujukan
Keller J.M. (1987). Development and Use of the ARCS Model of Motivational Design. Journal of
Instructional Development, 10(3), 2-10.
Martin, K.(2002). Issues of Teaching and Learning - Focussing on the student. In Focusing on the
Student. Proceedings of the 11th Annual Teaching Learning Forum, 5-6 February. Perth: Edith
Cowan University.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Trigwell, K., Prosser, M. & Waterhouse, F. (1999) Relations between teachers’ approaches to teaching
and students’ approaches to learning. Higher Education, 37, 57-70.
Windle, R. & Warren, S. (1999).Collaborative Problem Solving and Dispite Resolution in Special
Education:
Training
Manual.
Retrived
November
27,
2009,
from
www.directionservices.org/cadre/contents.cfm.
Wlodkowski, R. J. (1997). Motivation With A Mission: Understanding Motivation And Culture In
Workshop Design, New Directions for Adult and Continuing Education. 76, 19-31

80