Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3

ISI KANDUNGAN

HALAMAN
1.0

Pengenalan

1–2

2.0

Ujian Aptitud Am

2–6

3.0

Kerangka Konsep Pembinaan Instrumen Aptitud Am Tahun 3

6–9


4.0

Kemahiran Yang Diukur Dalam Ujian Aptitud Am Tahun 3

5.0

Contoh-contoh Item Ujian Aptitud Am Tahun 3

6.0

Format Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3

7.0

Pentadbiran dan Pengoperasian Ujian Aptitud Am Tahun 3

9
10 – 16
17
17 – 21


Lampiran 1
Contoh Borang Profil Individu dan Interpretasi Skor Murid

22

Lampiran 2
Contoh Borang Profil Kelas
Rujukan

23
24 – 25

PRAKATA
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). PPsi menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Aptitud dan Inventori
Personaliti, yang tidak berasaskan kurikulum dan bertujuan mengukur kebolehan semulajadi
dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran. Ujian Aptitud Am
diperkenalkan tepat pada masanya kerana satu daripada aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) adalah setiap murid perlu menguasai

pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.
Maklumat daripada ujian ini boleh membantu guru mengenali keupayaan kognitif kemahiran
berfikir aras tinggi murid.
Manual Panduan Pentadbiran Ujian Aptitud Am Tahun 3 diterbitkan untuk memandu semua
pihak yang berkaitan mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3 di sekolah. Manual ini
mengandungi teori kognitif

yang menjadi sandaran kepada pembinaan instrumen ujian

Aptitud Am Tahun 3 oleh Lembaga Peperiksaan dengan bantuan pakar psikologi, kaunselor
dan pakar pentaksiran negara ini. Selain daripada kaedah pentadbiran ujian, kaedah
mentafsir skor murid dan pendokumentasian maklumat murid juga diperjelaskan untuk
memastikan penjaminan kualiti ujian daripada sudut kesahan dan kebolehpercayaan. Profil
keupayaan kognitif murid boleh dijadikan rujukan oleh guru untuk merancang pengajaran
dan pembelajaran. Maklumat ini boleh menunjukkan perkembangan kognitif murid.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan penerbitan manual ini. Semoga manual ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh
semua yang terlibat untuk melaksanakan Pentaksiran Psikometrik di sekolah.

DR NA’IMAH BT ISHAK

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1

1.0

PENGENALAN

Ujian Aptitud digunakan untuk meramal kejayaan seseorang di masa akan datang
(Chatterjee, 2007). Aptitud seseorang adalah berbeza-beza antara satu sama lain.
Maklumat daripada ujian aptitud ini menunjukkan kebolehan seseorang dalam
sesuatu bidang dan kebolehan mempelajari sesuatu, kebolehan spesifik yang
diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau kapasiti seseorang itu untuk
berjaya di dalam bidang yang akan diceburinya. Salkind dan Rashmussen (2007)
mendefinisikan aptitud sebagai ciri-ciri kebolehan individu yang mempunyai hubung
kait dengan kebolehan individu mempelajari ilmu atau kemahiran. Kubiszyn dan
Borich (2003) mendefinisikan aptitud sebagai potensi atau kebolehan seseorang.
Pelbagai definisi mengenai aptitud ini bolehlah disintesiskan sebagai kebolehan

seseorang individu mempelajari sesuatu dan melakukan sesuatu kemahiran dengan
mudah dan pantas.
Ujian Aptitud ditadbir untuk meramal kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang.
Sebagai contoh Scholastic Assessment Test (SAT) yang dahulunya dikenali sebagai
Scholastic Aptitude Test diduduki oleh pelajar Amerika Syarikat sebagai kelayakan
untuk meneruskan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi (Gregory, 2007). SAT
menguji kemahiran menaakul matematik, algebra, geometri, kefahaman membaca,
pengetahuan perbendaharaan kata dan kemahiran menulis. Pentaksiran Psikometrik
dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga memperkenalkan Ujian Aptitud,
iaitu Ujian Aptitud Am untuk murid Tahun 3 yang menguji aras pemikiran tinggi
seperti penyelesaian masalah dan menaakul. Penyelesaian masalah dan menaakul
ini adalah kemahiran berfikir aras tinggi yang perlu dikuasai oleh murid untuk
mereka berjaya dalam bidang yang akan diceburi di masa akan datang.
Terdapat ramai murid yang berbakat tetapi kurang motivasi untuk ke sekolah dan
tidak berminat untuk belajar (Suppiah, Kamarulzaman Kamaruddin dan rakanrakannya, 2009). Antara faktor yang menyebabkan ini berlaku ialah sekolah
menitikberatkan hanya aspek kognitif seperti verbal-linguistik, logik-matematik dan
kecerdasan ruang semasa proses pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Aspek
kecerdasan yang lain seperti kecerdasan muzik dan kecerdasan naturalis kurang

2


diberikan penekanan semasa pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada
ujian aptitud ini dapat membantu guru untuk:
i.

mengenal pasti faktor yang menjana atau menghalang perkembangan
kecerdasan, kebolehan dan bakat yang dipengaruhi oleh pengalaman
hidup seseorang murid.

ii.

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan
murid yang kreatif dan inovatif, mempunyai harga diri yang tinggi,
berpengetahuan serta berkemahiran dalam pelbagai bidang. Kaedah
pembelajaran yang bole h digunakan dalam bilik darjah ialah simulasi,
main peranan, persembahan dan pembelajaran inkuiri. Dalam masa yang
sama, guru juga boleh mentaksir murid dengan memberikan peneguhan
semasa sesi maklum balas.

iii.


membantu meningkatkan keyakinan diri murid. Apabila guru dapat
menyedarkan seseorang murid itu mengenai kecenderungannya dalam
sesuatu jenis kecerdasan, maka murid itu tidak perlu merasa rendah diri
jika mereka lemah dalam sesuatu mata pelajaran.

2.0

UJIAN APTITUD AM

Ujian Aptitud Am menguji kemahiran menyelesaikan masalah numerik, penaakulan
numerik, penaakulan Bahasa Melayu dan penaakulan Bahasa Inggeris. Ujian ini
ditadbirkan kepada murid Tahun 3 untuk mengetahui kemajuan dalam pembelajaran
yang telah dilalui selama tiga tahun di sekolah. Ujian aptitud yang dibangunkan
adalah bersandarkan kepada teori perkembangan kognitif. Ujian Aptitud yang dibina
tidak berdasarkan kurikulum kebangsaan.
Ahli psikologi Eropah telah mengenal pasti asas pembentukan mental dan
hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Ahli kognitif juga telah
membuktikan bahawa manusia dapat mengkaji serta menghuraikan pembentukan
keupayaan mental berkembang dan sumbangan yang boleh diberikan oleh

perkembangan mental dalam setiap tahap perkembangan manusia. Pendapat ini
adalah berbeza dengan pendapat ahli teori pembelajaran tingkah laku. Pakar teori
3

perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia,
berupaya atau berpotensi besar untuk menggunakan segala keupayaan mental yang
ada. Keupayaan mental ini boleh digunakan untuk melakukan sesuatu tindakan atau
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.
Manusia tidak sahaja menerima maklumat tetapi memproses maklumat yang
diterima. Justeru, ahli teori perkembangan kognitif memegang prinsip bahawa setiap
orang merupakan ahli fikir yang dapat membentuk dan mencipta sesuatu
berdasarkan kebolehan masing-masing. Model ujian aptitud ini adalah berdasarkan
teori kognitif Piaget (Gagne, 1977). Pada pendapat Piaget, minda boleh
berkembang,

berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila

berinteraksi dengan persekitaran.
Beberapa konsep penting seperti Konsep Asas Teori Kognitif Piaget (Gagne, 1977)
perlu difahami sebelum kita membincangkan tahap perkembangan kognitif kanakkanak. Konsep-konsep tersebut ialah skema, asimilasi, akomodasi, adaptasi dan

keseimbangan.
Skema ialah potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu atau
bertindak dengan cara yang tertentu. Dengan kata lain, skema merupakan model
tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri
dengan persekitaran. Sejak

dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberpa

gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema, antaranya ialah gerakan menghisap,
memandang, mencapai, merasa, memegang, dan menggerakkan tangan serta kaki.
Dalam hal ini, skema boleh wujud menerusi gerakan fizikal atau gerakan mental.
Misalnya,

skema pegang merupakan struktur kognitif yang menjadikan semua

tindakan berhubung dengan memegang dapat dilakukan. Skema yang ada pada
bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas terhadap persekitarannya.
Asimilasi pula bermaksud penyatuan objek yang baru diperoleh dengan skema yang
sedia ada. Proses asimilasi semata-mata bergantung kepada keputusan struktur
kognitif seseorang. Struktur kognitif ini merupakan pengalaman sedia ada

seseorang. Apabila seseorang itu berhadapan dengan sebarang situasi dalam
persekitarannya, misalnya pembelajaran cara makan ala Barat, ia biasanya akan
4

menggunakan pengalaman, pandangan dan mentafsirkan situasi pembelajaran
tersebut untuk menerapkan pengalaman baru ke dalam pengalaman lamanya.
Contohnya , cara hidangan orang Barat yang meletakkan sudu di sebelah kanan dan
garfu di sebelah kiri pinggan makan. Ini dikenali oleh Piaget sebagai asimilasi.
Akomodasi pula adalah suatu proses perubahan struktur kognitif. Akomodasi
berfungsi apabila skema

tidak dapat mengasimilasikan persekitaran baru yang

belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Piaget menganggap
perubahan ini sebagai proses pembelajaran. Sebagai contoh, kanak-kanak berumur
dua tahun yang tidak pernah ditunjukkan kereta mainan akan menyatukan objek
baru kereta

dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap


kereta mainan itu. Dengan kata lain,

akomodasi merupakan sesuatu proses

psikologi yang berlaku semasa seseorang berusaha atas inisiatifnya sendiri untuk
mengubah struktur kognitif bagi mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang
dihadapi.
Contohnya:
2 + 2 adalah bersamaan 2 x 2 = 4
Jika seseorang murid yang telah belajar 2 + 2 = 2 x 2 = 4 akan membentuk prinsip
yang salah dalam struktur kognitifnya bahawa dua nombor bulat yang sama, apabila
ditambah atau didarab akan menghasilkan jawapan yang sama. Apabila diminta
memberi jawapan bagi 3 + 3 = 3 x 3 = ?, dia harus mengakomodasikan struktur
kognitifnya kerana struktur kognitif yang sedia ada tidak lagi sesuai dengan
keperluan yang baharu.
Adaptasi adalah suatu keadaan keseimbangan antara akomodasi dengan asimilasi
untuk disesuaikan dengan persekitaran.

Menurut Piaget, adaptasi merupakan

proses perubahan skema selaras dengan keperluan situasi. Proses adaptasi berlaku
kerana kehilangan keseimbangan buat sementara antara seseorang dengan
persekitarannya. Untuk mengekalkan keseimbangan ini, seseorang itu hendaklah
mengubahsuai dirinya melalui proses adaptasi. Menurut Piaget, proses perubahan

5

tingkah laku seseorang dalam mengadaptasikan dirinya dengan persekitaran
sebenarnya merupakan suatu proses pembelajaran.
Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara
satu sama lain. Keseimbangan menggunakan skema sebagai asas tindakan.
Sekiranya skema sedia ada seseorang telah memadai untuk memenuhi keperluan
semasa proses pengubahsuaian diri, maka seseorang itu tidak lagi perlu
memperoleh pengalaman baharu dan pembelajaran baharu tidak berlaku. Ini
bermakna skemanya belum berubah bentuk dan adaptasi pun belum berubah. Oleh
itu,

perhubungan dalaman dan luarannya dikatakan sedang di bawah keadaan

keseimbangan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak dapat menggunakan skema
sedia adanya

untuk mengadaptasikan keperluan

persekitarannya,

keadaan

keseimbangan antaranya dengan persekitaran akan hilang dan lenyap. Dalam
keadaan ini,

ia harus mengubah skemanya untuk mengadaptasikan keperluan

persekitaran bagi memulihkan keseimbangan kemudiannya. Konsep-konsep ini
boleh digunakan oleh guru sebagai panduan untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran

di

bilik

darjah.

Bahagian

seterusnya

membincangkan

tahap

perkembangan mental yang diasaskan oleh Piaget (Piaget, 1970).
Piaget menyatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan
yang tersendiri. Kanak-kanak

dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan

peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif
mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan
berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah penting bagi
perkembangan peringkat yang berikutnya, kerana ia mempengaruhi perkembangan
di peringkat berikutnya.
Piaget mendapati bahawa kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu
semasa proses perkembangan yang dilalui. Beliau membahagikan perkembangan
kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap perkembangan tersebut
ialah:
1. Tahap sensori motor atau deria motor (sejak dilahirkan sehingga 2 tahun)
2. Tahap praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun)

6

3. Tahap operasi konkrit (7 tahun hingga 11 tahun)
4. Tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun)
Pada tahap sensori motor atau deria motor , Piaget menekankan bayi dapat melihat
objek untuk mengetahui kewujudannya. Sebagai contoh, jika sehelai sapu tangan
diletakkan atas jarinya, bayi tersebut tidak akan mencari jari yang berada di sebalik
sapu tangan tersebut. Pada peringkat ini, otak bayi belum banyak berfungsi
menyebabkan dia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur. Walaupun
begitu, deria bayi berkembang dengan cepat dan dengan itu dia dengan cepat
memerhatikan alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula dengan gerak balas.

3.0

KERANGKA KONSEP PEMBINAAN INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 3
Pendekatan
Analisis logikal
pakar

Teori Piaget
(1970)
Taksonomi
Bloom

Kemahiran
penaakulan bahasa,
penaakulan matematik
dan
penyelesaian masalah
bahasa dan matematik

Model asas
pembinaan
instrumen
Teori Pengujian
Klasik dan Teori
Pengujian Moden

Instrumen
Aptitud Am
Tahun 3

Rajah 1 : Kerangka Konsep Pembinaan Instrumen
Pada tahap praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun), kanak-kanak telah mula menguasai
bahasa sebagai ganti gambaran benda-benda itu. Kebolehan

menggunakan

lambang sebagai ganti benda membebaskan pemikiran kanak-kanak daripada
terikat kepada benda atau kejadian yang berkenaan. Walau bagaimanapun,
perkembangan bahasa pada tahap ini masih awal dan belum mantap lagi. Di
samping memperkaya kefahaman tentang alam maya, kanak-kanak juga bertambah
daya untuk berimaginasi dan berfantasi di dalam dunia berpura-pura pada tahap ini.
7

Selain itu tumpuan perhatian dan ingatan mereka juga bertambah. Menurut Piaget,
kanak-kanak pada tahap ini berada dalam peringkat praolahan, iaitu mereka masih
belajar untuk mengaitkan perkataan dan lambang dengan cara intuisi dan bukannya
dengan penaakulan. Mereka

masih berada pada tahap permulaan pembinaan

konsep, iaitu pada tahap mengkelas benda dan kejadian. Konsep yang dibentuk
juga masih jauh daripada kesempurnaan. Tumpuan perhatian dan ingatan mereka
juga bertambah. Menurut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak
menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku dalam tahap ini,
iaitu:
1.

perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku
yang ketara seperti kebolehan mengira

2.

melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan
digenaralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil

3.

hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh kanak-kanak bagi mewujudkan
sesuatu pengukuhan tingkah laku, seperti gambaran mental asas tentang
kemajuan dan sesuatu objek.

Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan kepada tiga
fenomena mental yang penting, iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.
Kecerdasan

pada tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,

ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian kepada
hubungan antara peristiwa-peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan
utama proses kognitif pada tahap ini, iaitu egosentrik, konsep sebab-akibat,
peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri.
Pada tahap operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) kanak-kanak telah dapat menguasai
konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Dengan kebolehan
itu mereka dapat menguasai konsep angka kardinal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan
seterusnya yang tidak berubah sifatnya walaupun digunakan pada apa-apa benda
sekalipun. Selain itu dengan penguasaan konsep ini juga kanak-kanak dapat
menguasai susunan angka seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Pada
peringkat ini, kanak-kanak tidak lagi memusatkan diri sendiri tetapi mula beralih
perhatian kepada dua atau lebih dimensi benda itu pada satu-satu ketika. Kebolehan
8

itu menyebabkan kanak-kanak dapat mempertimbangkan saiz dan isi atau saiz dan
berat serentak. Proses pemisahan diri ini membolehkan kanak-kanak memahami
konsep pembalikan kepada keadaan asal. Contohnya air di dalam tabung yang
tinggi dan runcing dan air di dalam tabung yang rendah dan besar jika dituangkan ke
dalam bekas yang lain mempunyai kuantiti air yang sama banyak.
Operasi mental bertugas hanya apabila kanak-kanak mengemukakan keterangan
yang diperoleh secara langsung. Pada tahap ini kanak-kanak dapat menumpukan
perhatian mereka kepada sesuatu bidang dan memahami proses konservasi melalui
kuantiti perturutan proses. Konservasi dirujuk kepada kebolehan kanak-kanak untuk
memahami bahawa bahan akan tetap sama dari segi bahan, berat dan isi padu
selagi tidak ditambah atau dikurangkan. Pada tahap ini kanak-kanak dapat
menyelesaikan hal-hal yang berhubung dengan kombinasi iaitu dapat menyatukan
dua atau lebih kelas dalam satu kelas; reversibility, iaitu satu kemungkinan yang
tetap untuk berbalik semula kepada titik permulaan operasi dan penggabungan,
iaitu membuat penyampaian dalam pemikiran. Hasil daripada cara penyelesaian
yang berbeza itu dapat menunjukkan keputusan yang sama dan akhirnya mereka
telah dapat memahami identiti sesuatu objek.
Pada tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun) pula, tahap perkembangan
kanak-kanak berada pada peringkat tertinggi. Piaget mempercayai bahawa pada
umur 11 hingga 15 tahun kebolehan menguruskan unit yang bermakna, membuat
sintesis dan membuat penyeluruhan semakin bertambah. Perkembangan kognitif
manusia pada tahap ini telah sampai ke tahap maksimum. Pemikiran dan
penghuraian pendapat seseorang pada tahap ini lebih baik dan nyata. Kebolehan
yang paling nyata ialah pembentukan konsep. Kanak-kanak telah dapat membuat
keputusan, dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Pada peringkat
ini kanak-kanak mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan
rasional dengan

cara yang lebih bersifat sistematik, dan juga berupaya

menggunakan serta memahami logik dan konsep-konsep abstrak. Mereka juga
mempunyai kemahiran bahasa iaitu boleh menggunakan lambang dalam pemikiran
mereka. Ini membuatkan mereka mampu membina konsep yang abstrak pada hadhad tertentu.

9

Pembangunan instrumen ujian aptitud Tahun 3 yang mengukur kemahiran menaakul
bahasa dan menaakul matematik adalah berdasarkan teori Piaget. Pada peringkat
ini kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit. Pada tahap ini kanak-kanak
dapat menyelesaikan hal-hal yang berhubung dengan kombinasi iaitu dapat
menyatukan dua atau lebih kelas dalam satu kelas. Konsep reversibility, iaitu satu
kemungkinan yang tetap untuk berbalik semula kepada titik permulaan operasi dan
penggabungan (association), iaitu membuat penyampaian dalam pemikiran.
Kemahiran kognitif inilah yang diperlukan oleh murid yang berumur 9 tahun untuk
melakukan penaakulan dan menyelesaikan masalah.

4.0

KEMAHIRAN YANG DIUKUR DALAM UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Kemahiran yang diukur dalam Ujian Aptitud Am Tahun 3 ialah:
1.

Domain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menguji kemahiran menaakul
seperti kemahiran perkataan, konsep verbal dan aplikasi kritikal. Kemahiran
perkataan menguji keterampilan murid mengeja perkataan, memahami makna
perkataan dan menggunakan perkataan dengan betul. Konsep verbal pula
menguji kecekapan murid memahami maksud yang tersirat dalam sesuatu
perkataan. Aplikasi kritikal

menguji kemahiran membaca yang merangkumi

kefahaman, menganalisis dan seterusnya membuat kesimpulan terhadap apa
yang telah dibaca.
2.

Domain Matematik

pula

menguji sistem numerik, penyelesaian masalah,

penaakulan matematik untuk tugasan logik nombor dan membuat persepsi.
Penyelesaian masalah memerlukan murid membuat penaakulan dengan
menganalisis maklumat yang diberikan dalam tugasan. Aspek sistem numerik
memerlukan murid menterjemahkan simbol yang mewakili nombor. Kemahiran
menambah,

menolak,

membahagi

dan

mendarab

diperlukan

untuk

menyelesaikan masalah sistem yang diberikan kepada murid. Penaakulan
matematik

pula memerlukan murid menganalisis maklumat yang diberikan

untuk menghasil logik dan membuat persepsi bagi menyelesaikan masalah
matematik.
10

5.0 CONTOH-CONTOH ITEM UJIAN APTITUD AM TAHUN 3
Contoh-contoh Item Bahasa Melayu
Kemahiran perkataan
1.

Pilih perkataan yang salah ejaannya.
A. cerdik

2.

B. almari

C. keruse

B. gumbira

C. sayang

Sedih mempunyai maksud yang sama dengan
A. menangis

6.

C. mesra

Pilih perkataan yang betul ejaannya.
A. kaseh

5.

B. perama

Pilih perkataan yang betul ejaannya.
A. gerobook

4.

C. bijaksanna

Pilih perkataan yang salah ejaannya.
A. garang

3.

B. pintar

B. pilu

C. mengilai

Gerimis mempunyai maksud yang sama dengan
A. renyai

B. lebat

C. terik

Kemahiran konsep verbal
7.

Paru-paru adalah kepada manusia, insang adalah kepada
A. semut

8.

C. ikan

Cantik adalah lawan hodoh, manakala malas adalah lawan
A. rajin

9.

B. kura-kura

B. lalai

C. leka

Permaidani adalah untuk lantai, manakala langsir adalah untuk
11

A. perabut
10.

B. tingkap

Manakah bukan dalam kumpulan yang sama?
A. Gembira

11.

C. bumbung

B. Riang

C. Duka

Manakah bukan dalam kumpulan yang sama?
A. Teh

B. Kopi

C. Santan

Kemahiran aplikasi kritikal (penyelesaian masalah)
Farid dan Amri adalah pemain bola sepak, tetapi Aziz dan Faris adalah pemain
bola keranjang. Farid dan Faris adalah pemain tenis.

12.

Siapakah pemain bola sepak dan tenis?
A. Farid

13.

B. Amri

C. Aziz

D. Faris

Siapakah pemain tenis dan bola keranjang?
A. Farid

B. Amri

C. Aziz

D. Faris

Pelbagai makanan disimpan di dalam peti ais. Di dalam sebuah peti ais, terdapat
tiga rak. Marjerin disimpan di bawah rak telur, sementara santan disimpan di atas
rak susu. Marjerin juga disimpan di atas rak susu, tetapi telur berada di rak yang
sama dengan kek. Ais krim pula disimpan di atas rak santan.

14.

Apakah makanan yang disimpan di rak paling bawah?
A. Marjerin

15.

B. Telur

C. Santan

D. Susu

E. Ais krim

Makanan yang disimpan di rak yang sama adalah
A. majerin dan santan
B. ais krim dan susu
C. majerin dan ais krim
D. santan dan susu

12

Contoh-contoh Item Bahasa Inggeris
Kemahiran perkataan (word skills)
16.

One lion, many _____.
A. lions

17.

B. lionss

C. lioness

Over the hills far away,
Came little frogs hopping away,
Croak, croak said the frogs,
_____, _____ replied the ducks.
A. hoof, hoof

B. moo, moo

C. quack, quack

Kemahiran konsep verbal (verbal concept skills)
18.

19.

School : Student,

Hospital : ?

A. Nurse

B. Doctor

‘Calf’ is related to ‘cow’ in the same way as ‘kitten’ is related to
A. deer

20.

C. Patient

B. duck

C. cat

ant = fly = bee
Hamster = Squirrel = ?
A. Mouse

B. Cat

C. Spider

Kemahiran aplikasi kritikal (critical application skills)
21.

The day before yesterday was Monday, so tomorrow it will be
A. Friday

B. Thursday

C. Monday

13

Azizi, Teo and Sujit each has a pair of shoes, a jacket and a shirt. The three
shirts the three boys wear are of three different sizes: small, medium and large.
So are the jackets and the pairs of shoes. Each boy’s shoes, jacket and shirt are
all of different sizes. The jacket belonging to Sujit is not a medium one. Teo’s
shirt and Azizi ’s shoes have the same size label. Sujit’s shirt , Teo’s shoes and
Azizi’s jacket all have the same size label. Sujit’s shoes are large.

22.

What size are Teo’s shoes?
A. Small

23.

B. Medium

C. Large

What size is Azizi’s shirt?
A. Small

B. Medium

C. Large

Contoh-contoh item Matematik
Penaakulan matematik untuk sistem numerik

= 60
24.

= 200

= 20

Berdasarkan rajah di atas, yang manakah memberikan nilai yang terkecil?
A
B
C

14

=5
25.

=4

= 10

Berdasarkan maklumat di atas, kumpulan yang manakah mempunyai nilai
yang sama dengan 53 – 24 = ?
A
B
C

Penaakulan matematik untuk logik nombor
26

5

9

A

25

B

27

C

28

27

456
A

420

B

415

C

394

4233

28
A

4207

B

4209

C

4211

14

18

447

438

4220

?

23

429

4194

?

?

4181

15

Penaakulan matematik untuk membuat persepsi

29.
X

A
B

C

30.

?

Apakah urutan selepas ini?

A

B

C

16

Penyelesaian masalah
31.

Ali mengambil masa 20 minit untuk ke kedai.
Berapa lamakah masa yang diperlukan oleh Ali untuk pergi dan balik semula
ke rumahnya?

32.

A

15 minit

B

20 minit

C

40 minit

Dalam sebuah bakul terdapat 6 ikat rambutan. Setiap ikat mengandungi 20
biji rambutan. Terdapat 15 biji rambutan yang telah rosak dalam bakul itu. Ibu
mengambil 2 ikat dan 17 biji rambutan daripada bakul tersebut. Adik pula
mengambil 8 biji rambutan daripada bakul itu.
Berapakah baki rambutan yang tinggal?

33.

A

2 ikat

B

1 ikat, 10 biji

C

2 ikat, 5 biji

Berat sebiji tembikai ialah 3 kg. Berat dua biji durian ialah 3 kg lebih daripada
berat tembikai. Berat sebiji betik pula ialah 1 kg kurang daripada berat sebiji
durian.
Buah apakah yang paling ringan?
A

Betik

B

Durian

C

Tembikai

17

6.0

FORMAT INSTRUMEN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 mempunyai tiga komponen utama iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Terdapat 80 item objektif aneka pilihan
bagi instrumen ini, 30 item menguji aptitud Bahasa Melayu, 30 item menguji aptitud
Bahasa Inggeris dan 20 item menguji aptitud Matematik. Ujian ini mengukur
kemahiran menaakul (reasoning) dan kemahiran penyelesaian masalah. Tempoh
ujian ialah 1 jam 30 minit dan diwajibkan kepada semua murid Tahun 3.
7.0

PENTADBIRAN DAN PENGOPERASIAN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Pentadbiran instrumen ini perlu dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap
dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Semua arahan perlu
diikuti dan dipatuhi oleh murid yang mengambil ujian.. Sekiranya murid tidak hadir
pada hari ujian dengan alasan yang munasabah, murid dibenarkan mengambil ujian
atas budi bicara GPK/SUP pada hari yang lain. Cara pelaksanaan ujian di sekolah
adalah mengikut budi bicara pihak sekolah berdasarkan tarikh dan panduan yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengurusan Pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3 adalah seperti Rajah 2.

Muat naik di laman web LP

LP

JPN

PPD

SEKOLAH
Muat turun dan cetak

Rajah 2 : Pengurusan Pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3
18

Ujian Aptitud Am Tahun 3 hendaklah ditadbirkan berpandukan carta aliran pada
Rajah 3.

Hari Peperiksaan

Edaran kertas ujian dan
borang jawapan

Penerangan

Murid menjawab soalan

Guru mengumpul kertas
jawapan, memeriksa
jawapan dan memberi skor

GBKSM / GBK
mentafsir skor dan
menyediakan profil

Penyimpanan Fail

Masa
Sasaran
Tempat

:
:
:

Bulan Oktober
Murid Tahun 3
Sesuai dan kondusif
(Bilik darjah atau dewan)

Murid menjawab di atas borang jawapan

Masa Ujian

:

1 jam 30 minit

Bilangan soalan

:

80 soalan objektif aneka
pilihan

 Guru kelas memeriksa jawapan dan
memberi skor.
 Menyerahkan skor kepada Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) /
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)

GBKSM / GBK mencatatkan skor secara
manual, mentafsir skor dan menyediakan profil
 GBKSM / GBK menyimpan skor dan profil
murid di dalam fail, mengikut kelas.
 Pengesahan/tandatangan GBKSM / GBK /
GB
 Fail disimpan di Unit Bimbingan dan
Kaunseling.

Rajah 3 : Pentadbiran dan Pengurusan Ujian Aptitud Am Tahun 3
19

7.1

Prosedur Pentadbiran Ujian Aptitud Am Tahun 3
1)

Sediakan tempat ujian yang selesa, sesuai dan kondusif

2)

Murid perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian dan berada
dalam keadaan selesa

3)

Edarkan kertas soalan dan borang jawapan kepada setiap murid

4)

Beri arahan kepada murid :

5)

a.

tulis nama dan kelas pada borang jawapan

b.

hitamkan semua jawapan di borang jawapan

c.

jangan meniru

d.

semak jumlah halaman kertas soalan

e.

masa ujian ialah 1 jam 30 minit

Apabila masa ujian telah tamat, mohon murid supaya berhenti menulis
dengan meletakkan pensel di atas meja.

6)

Pengawas/Guru hendaklah mengumpul kertas soalan dan borang
jawapan, dan memastikan jumlah borang jawapan dan kertas soalan
yang dikumpul akur dengan jumlah calon yang hadir dalam jadual
kedatangan sebelum calon dibenarkan keluar dari

dewan/bilik

peperiksaan
7)

Guru kelas hendaklah memeriksa jawapan dan memberi skor

8)

Guru kelas hendaklah menyerahkan borang jawapan dan skor murid
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) /
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)

9)

GBKSM / GBK hendaklah masukkan skor murid dalam fail markah

10)

GBKSM / GBK perlu meyimpan skor murid dalam fail mengikut kelas
dan nama murid mengikut abjad di tempat yang selamat. Maklumat
skor murid hendaklah disimpan secara hard copy (file) dan soft copy
(sistem).

20

7.2

Peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) dan Sekolah
JPN - (Pegawai Sektor Penilaian dan Peperiksaan)
1

Memberi taklimat kepada Pegawai PBS Daerah dan Pegawai
Pelajaran Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Daerah

2

Mengedarkan bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3 kepada PPD
melalui

Pegawai

PBS

Daerah

dan

Pegawai

Pelajaran

Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Daerah
3

Melaksanakan pemantauan pengendalian Ujian Aptitud Am
Tahun 3 di peringkat PPD

PPD - (Pegawai PBS Daerah dan Pegawai Pelajaran Bimbingan Kaunseling
dan Kerjaya Daerah)
1

Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing
menerima bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3

2

Mengadakan taklimat kepada semua Guru Besar di PPD
masing-masing berkaitan Ujian Aptitud Am Tahun 3

3

Memastikan pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3

di

peringkat sekolah
Sekolah - (Guru Besar)
1

Mengadakan perbincangan bersama guru kelas dan Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) / Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di sekolah masing-masing
mengenai pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3

2

Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Ujian
Aptitud Am Tahun 3

3

Memastikan guru kelas dan GBKSM / GBK melaksanakan Ujian
Aptitud Am Tahun 3 berdasarkan proses kerja yang telah
ditetapkan

21

Sekolah - (GBKSM / GBK)
1

Mengadakan

perbincangan

dengan

Guru

Besar

tentang

prosedur pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3
2

Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran
Psikometrik

3

Memberi taklimat kepada semua murid mengenai Pentaksiran
Psikometrik

4

Mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3

5

Menyediakan profil berdasarkan skor ujian aptitud am

6

Membuat intervensi, konsultasi dan sesi berdasarkan dapatan
profil

7

Menyimpan profil dan dokumen berkaitan di tempat yang
selamat dan mematuhi prosedur keselamatan

8

Menyimpan kertas soalan Ujian Aptitud Am Tahun 3 sebagai
bahan rujukan.

Sekolah - (Guru Kelas)
1

Mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3 kepada murid Tahun 3

2

Memeriksa jawapan murid dan menyerahkan skor kepada
GBKSM / GBK

3

Menggunakan hasil dapatan profil yang

telah dibincangkan

bersama GBKSM/GBK untuk penambahbaikan perancangan
pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan murid

22

Lampiran 1
Contoh Borang Profil Individu dan Interpretasi Skor Murid
Nama Murid :

…………………………………………………

Kelas

:

…………………………………………………

Tahun

:

…………………………………………………

Domain

Skor

Markah
Penuh

Interpretasi

Bahasa Melayu
Kemahiran perkataan

10

> 6 Baik, < 6 Kurang potensi

Kemahiran konsep verbal

15

> 10 Baik, < 10 Kurang potensi

Kemahiran aplikasi kritikal
(penyelesaian masalah)

5

> 4 Baik, < 4 Kurang potensi

Bahasa Inggeris
Word skills

5

> 4 Good, < 4 Low potential

Verbal concept skills

20

> 15 Good, < 15 Low potential

Critical application skills

5

> 4 Good, < 4 Low potential

Matematik
Penaakulan matematik
untuk sistem numerik dan
logik nombor

7

> 5 Baik, < 5 Kurang potensi

Penaakulan matematik
untuk membuat persepsi

4

> 3 Baik, < 3 Kurang potensi

Penyelesaian masalah

9

> 7 Baik, < 7 Kurang potensi

23

Lampiran 2
Contoh Borang Profil Kelas

Bil.

Nama

Domain

Domain

Domain

Murid

BM

BI

Matematik

1

2

3

4

5

6

7

8

Catatan

9

1

Kemahiran perkataan

2

Kemahiran konsep verbal

3

Kemahiran aplikasi kritikal (penyelesaian masalah)

4

Word skills

5

Verbal concept skills

6

Critical application skills

7

Penaakulan matematik untuk sistem numerik dan logik nombor

8

Penaakulan matematik untuk membuat persepsi

9

Penyelesaian masalah

Nama Guru Kelas

:

………………………………………….

Nama Guru Besar

:

………………………………………….

Tarikh

:

………………………………………….

24

RUJUKAN
1

Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya. 2005.
Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publication

2

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Zurihanmi Zakariya. 2005.
Psikologi Kognitif. Johor : Penerbit UTM

3

Barrett, J. 2011. The Aptitude Test Workbook. London : Replika Press

4

Baumrind, D. 1991. Parenting styles and adolescence development. In
encyclopaedia of adolescence learner.
R.M. Peterson A.C and Brooks-Gunn, J.(Eds). New York : Garland

5

Baum, S., Viens, J & Slatin, Barbara. 2005. Multiple Intelligences in the
elementary school. New York : Teachers College Press

6

Chatterji, M. 2003. Designing and using tools for educational assessment.
USA : Pearson Education

7

Clark, R.d. dan Shileds, G. 1997. Family communications and deliquency.
Adolescence. 32(125)81-92

8

Fatanah Mohamed. 2007. Kajian terhadap masalah peribadi pelajar-pelajar
sekolah berasrama penuh dan tidak berasrama penuh di Pengkalan Chepa.
Disertasi Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia

9

Gardner. H. 1983. Frames of mind: A theory of multiple intelligences.
New York : Basic Books

10

Gregory, R. 2007. Psychological testing : History, Principles and Applications.
5th Edition. Boston : Pearson International Edition.

11

Guilford, J. P. 1959. Personality. New York : McGraw Hill Book Company

12

Guilford,J.P.1985. The structure of intellect model. In B.B. Wolman 1st Edition.
Handbook on intelligence : Theories, measurements and applications. New
York : Wiley

13

Humphreys, L. G. 1979. The construct of general intelligence.
Intelligence 3 : 105-120

14

Ibrahim Mohamed Zin. 2007. Membina dan mengesahkan instrumen
pentaksiran kecerdasan pelbagai.
Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia

15

Jensen, A. R. 1980. Bias in mental testing. New York : Free Press
25

16

Gagne, R.M. 1977. The Conditions of Learning. Third Edition. New York :
Rinehart & Winston

17

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2015. Kuala Lumpur

18

Kubiszyn , T & Borich, G. 2003. Educational Testing and Measurement.
7th ed., Singapore: John Wiley & Sons,Inc.

19

Murphy, K.R. & Davidshofer, C. O. 1998. Psychological Testing : principles
and applications. 4th edition. New Jersey: Prentice – Hall. New York :
Psychological Cooperation

20

Piaget, J.1970. Piaget’s Theory. Car Michael’s Manual of Child Psychology,
Vol. 1 (3rd edition). New York : Wiley

21

Salkind ,N.J. and Rashmussen, K. 2007.Encyclopaedia of Measurement and
Staistics. 1, London:SAGE Publications, Inc

22

Spearman, C. 1927. Nature of intelligence and the principles of cognition.
London : MacMillan

23

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor,
Ramlan Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah. 2009.
Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Kuala Lumpur : Oxford

24

Sternberg, R.J. 1994. Encyclopeadia of human intelligence. New York :
MacMillian Publishing Company

25

Tun Mahathir Mohamad . 2009. Merealisasikan wawasan negara. Jabatan
Perkhidmatan Awam Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

26

Wechsler, D. 1974. Manual for the Wechsler intelligence scale for childrenRevised

27

Wells, D. 2003. Applied Consumer Science. http://myschoolnet.ppk.kpm.my

26

Dokumen yang terkait

Analisis Pengaruh Pengangguran, Kemiskinan dan Fasilitas Kesehatan terhadap Kualitas Sumber Daya Manusia di Kabupaten Jember Tahun 2004-2013

21 388 5

PENGALAMAN KELUARGA DALAM MERAWAT ANGGOTA KELUARGA DENGAN GANGGUAN JIWA (SKIZOFRENIA) Di Wilayah Puskesmas Kedung Kandang Malang Tahun 2015

28 256 11

Analisis Pertumbuhan Antar Sektor di Wilayah Kabupaten Magetan dan Sekitarnya Tahun 1996-2005

3 59 17

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Peningkatan keterampilan menyimak melalui penerapan metode bercerita pada siswa kelas II SDN Pamulang Permai Tangerang Selatan Tahun Pelajaran 2013/2014

20 223 100

Pengaruh kualitas aktiva produktif dan non performing financing terhadap return on asset perbankan syariah (Studi Pada 3 Bank Umum Syariah Tahun 2011 – 2014)

6 101 0

Peranan Hubungan Masyarakat (Humas) Mpr Ri Dalam Mensosialisasikan Empat Pilar Bangsa Tahun 2014

4 126 93

Modul TK J 147 edit rizkiM 3 mei PenambahanN

18 338 152

Makna Kekerasan Pada Film Jagal (The Act Of Killing) (Analisis Semiotika Roland Barthes pada Film Dokumenter "Jagal (The Act of Killing)" tentang Pembunuhan Anti-PKI pada Tahun 1965-1966, Karya Joshua Oppenheimer)

17 109 98