Reka bentuk P and P mana yang sesuai men

TUGASAN 6 (15%)

1.0

PENGENALAN

Banyak diperkatakan mengenai kesesuaian P & P didalam IPT yang dihubungakaitkan
dengan industri, terutamanya jika ia membabitkan IPTA kerana kebanyakan rungutan yang
diterima adalah terlalu banyak tiori dan pembelajaran yang berasaskan kepada rujukan buku,
mekalah atau cadangan daripada ahli akademik tanpa mengambil kira asas sebenar atau
cadangan yang dikehendaki oleh pihak industri. Akibat daripada tanggapan seumpama ini,
feedback yang diterima daripada pihak industri menyatakan kebanyakan pelajar yang datang

dari IPTA tidak mempunyai kemahiran yang dikehendaki oleh mereka seperti komunikasi
dalam bahasa Inggeris, kurang sikap agresif untuk menjalankan tugas serta berkeupayaan
menjadi problem solver , kurang kekuatan untuk berdikari, tidak mampu bertahan menghadapi
tugasan yang mencabar dan tempoh masa bekerja yang lama serta melebihi masa kerja rasmi.
Keseluruhan masalah ini menjadi satu rumusan yang sentiasa diperkatakan kerana bagi pihak
industri apabila mereka mengambil seseorang graduan IPT, mereka itu sudah dianggap pakar
(experts) dalam bidang yang dikehendaki oleh industri. Mereka tidak dianggap sebagai
pelatih atau pembantu dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ini adalah anggapan

yang selalu disalah tafsirkan oleh kebanyakan IPT walaupun graduan mereka mencapai
keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi gagal menjadi seorang eksekutif cemerlang di
industri berkenaan. Soalnya, apakah IPT hanya mengikut kehendak industri sahaja?

Soalnya, reka bentuk P & P mana yang sesuai bagi menepati ciri-ciri yang dikehendaki itu
tanpa menjejaskan kepentingan yang dikehendaki oleh pihak MQA dan Kementerian
Pendidikan? Perlu juga diingatkan bahawa kepentingan tiori amat penting dalam sesuatu

1

pendidikan itu dan tanpa tiori, setiap pengurusan atau tugasan yang dilakukan itu tidak
mampu berkembang mengimbangi urusan kerja yang bersifat praktikal. Contohnya seorang
kerani akaun yang sudah bekerja lebih 10 tahun amat mahir selok belok akaun yang
dibuatnya tetapi dia tidak mungkin boleh menjadi seorang akauntan yang bertauliah tanpa
mengambil kursus perakauntan yang melayakkannya menjadi seorang akauntan. Soalnya,
kenapa orang yang sudah bertahun membuat kerja yang sama selama 10 tahun sehingga
dianggap ‘pakar dalam akuan syarikat’ tidak boleh disamatarafkan sebagai akauntan?
Sebabnya banyak lagi faktor pembelajaran di segi tiori dan programnya yang perlu dipelajari
kerana ia meliputi banyak aspek lain sehingga boleh melayakkan seseorang itu menjadi
Pengurus Akauntan. Begitu hebatnya tiori yang perlu dipelajari dan diserapkan dalam urusan

kerja yang sentiasa bersifat praktikal. Mungkin inilah keterangan yang tidak dijelaskan
sewajarnya kepada mereka yang datang dari industri untuk mengajar di IPT. Pengalaman
yang mereka perolehi sebagai practitioner itu adalah satu asset yang amat berharga ketika
mengajar tetapi ia tidak mencukupi untuk menjadikan pelajar itu berfikir secara intelektual
akibat kekurangan pengajaran tirorinya. Oleh itu, mereka yang datang dari industri wajar
melihat perspektif ini dengan lebih matang lagi dan perlu refleksi pendidikan tersendiri untuk
menjadikan pengalaman yang mereka perolehi itu sebagai sesuatu yang mampu menyumbang
kepada P & P IPT dengan sempurna dan cemerlang.

Antara perlaksanaan penting dalam P & P ialah penyelarasan dalam OBE (Outcome Base
Education) yang banyak menumpukan kepada students centred learning (SCL) berbanding
lecturer centred learning (LCL). Bagaimana urusan OBE ini boleh tercapai bergantung

kepada kesungguhan setiap pensyarah yang mendidik graduan masing-masing menjadi
seorang yang menepati objektif-objektif yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan
kepada semua institusi tertinggi Negara ini. Perkara ini tidak boleh dirundingkan lagi. Antara

2

komponen terpenting dalam mencapai pemahaman ini ialah setiap P & P yang direka bentuk

itu mesti mematuhi ciri-ciri yang dikehendaki antaranya elemen Taxanomy Bloom yang
berkaitan dengan pembelajaran secara kognitif, psikomotor dan afektif serta elemen
kemahiran insaniah dalam urusan P & P itu. Oleh itu, setiap silibus yang direka bentuk untuk
tujuan itu mesti mematuhi ciri-ciri yang dikehendaki.

Memandangkan tumpuan P & P ini juga kepada SCL maka rekabentuk tertentu dalam P & P
ini juga wajib diubahsuai mengikut kehendak SCL dan tidak kepada LCL. Antara aktiviti
SCL yang boleh diberi tumpuan khas adalah Problem Based Learning (PBL), Case Studies,
Project Orientation Based Learning (POBL) dan Modular Studies. Ini bermakna setiap

kuliah yang diadakan itu memerlukan alat bantuan mengajar seperti computer, projector,
papan putih atau mungkin bahan bantuan lain seperti game appliances (antaranya ialah
Monoply Game, Risk dan sebagainya). Selain daripada itu, lawatan ke industri atau site visit

juga amat bermanfaat dalam P & P kerana pelajar secara langsung mendapat pengetahuan
sebenar mengenai sesuatu aktiviti yang berlaku di kilang pembuatan sesuatu produk itu dan
boleh membuat perbandingan dengan apa yang dipelajari dalam kuliah. Penilaian dan
pemarkahan juga dibuat dengan menggunakan rubric yan direka khas untuk tujuan
pembentangan projek dalam kelas dan juga laporan projek berkenaan. Komunikasi juga
menjadi sumber terpenting antara pelajar dan pensyarah untuk berbincang sesama mereka

terutamanya dalam bahasa Inggeris.

Selain daripada learning zone (kalau di UUM), mereka dapat berhubung melalui facebook
atau twitters yang lebih relaks dan tenang

apabila berhubung tanpa banyak tekanan

pembelajaran kerana ia lebih bersifat informal. Malah pensyarah dan pelajar juga dapat
mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik lagi dan masa juga tidak menjadi masalah

3

kerana mereka sentiasa dapat berhubung dengan baik pada bila-bila masa. Akhirnya ialah
peperiksaan akhir adalah berkisar dengan hasil pembelajaran (Learning Outcome atau LO)
yang berkait rapat dengan Taxanomy Bloom iaiatu kognitif, psikomotor dan afektif yang
wajib diseraskan dengan sempurna. Sebaiknya soalan yang dikemukakan adalah berkaitan
dengan tugasan projek yang dihubungkaitkan dengan pembelajaran dari buku teks. Ia
meberikan pembelajaran yang matang lagi sempurna kepada pelajar akan berkesannya SCL
yang dipraktikan dalam P & P ini.


2.0

ULASAN

TENTANG

KOMPONEN

SILIBUS

DAN

CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN

Kursus BJMP 3053 Strategi Operasi adalah antara teras program Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Teknologi dengan Kepujian BBA (Hons). Di dalam komponen teras program,
kursus ini diletakkan di bawah bidang Pengurusan Operasai Pengeluaran dengan nilai
sebanyak 3 jam kredit, yang syarat mendudukinya adalah lulus kursus BJMP 2033

Pengurusan Operasi dan BPMN 3023 Pengurusan Strategik.. Pelajar yang gagal menduduki
kursus ini tidak layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi Pengeluaran
(Kepujian) (Universiti Utara Malaysia. 2012). Perincian kursus ini dibincangkan seperti di
bawah.

2.1 Sinopsis
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan model
strategi operasi dan kaitannya dengan strategi korporat serta kepentingan startegi
operasi dalam menghadapi persaingan global. Di antara topik utama meliputi konsep

4

dan rekabentuk strategi operasi, hubungkait di antara strategi operasi dan strategi
korporat, dan keputusan- keputusan strategik di dalam pengurusan operasi.
2.2 Objektif
Pada akhir kursus ini, pelajar diharap dapat:



Memahami hubungkait di antara strategi operasi dan strategi korporat dan

bagaimana ianya dapat membantu sesebuah syarikat mencapai misi dan visinya.



Memahami langkah- langkah di dalam pembentukan strategi operasi.



Mengetahui bagaimana melaksanakan sesuatu startegi yang telah dirancang.



Memahami bagaimana proses membuat keputusan penting dalam pengurusan
operasi.

Cadangan
Objektif kursus ini boleh diluaskan lagi dengan menambahkan unsur-unsur kemahiran
insaniah yang meliputi elemen-elemen kemahiran generik yang terdiri daripada unsurunsur psikomotor dan efektif iaitu yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik
misalnya kemahiran berkomunikasi, kerjasama berpasukan, kepimpinan, etika dan nilainilai positif, dan pembelajaran berterusan. Sememangnya semua kemahiran ini amat
diperlukan untuk meningkatkan persediaan serta larispasaran (employability) para

pelajar bagi menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

2.3 Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:


Menjelaskan hubungkait di antara strategi operasi dan strategi korporat dan
bagaimana ianya dapat membantu sesebuah syarikat mencapai misi dan visinya
(C4, A3, P3).

5





Menjelaskan langkah- langkah di dalam pembentukan strategi operasi (C4,A3,P3).
Mengenalpasti langkah- langkah di dalam melaksanakan sesuatu startegi yang
telah dirancang (C2, A1,P1).




Menyenaraikan

pelbagai

keputusan

penting

dalam

pengurusan

operasi

(C1,A1,P2).

Cadangan
Selaras dengan kehendak kerangka kelayakan Malaysia (Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia, 2007), hasil pembelajaran di IPT hendaklah mengambilkira
keperluan untuk memastikan supaya pelajar dapat menguasai dan mengamalkan
bidang ilmu yang dipelajari. Para pelajar juga diharapkan supaya mendapat kemahiran
psikomotor (praktikal), menguasai keupayaan kognitif dan pendekatan saintifik dalam
pemikiran, penyelesaian masalah, dan pembuatan keputusan dengan penuh beretika.
Disamping itu, para pelajar juga haruslah mahir berkomunikasi dalam bahasa Malaysia
dan sekurang-kurangnya satu bahasa global, berkebolehan bekerja dalam satu pasukan
dan memimpin. Para pelajar juga diharapkan mempunyai keperibadian yang beretika,
bersikap profesional serta menghargai pembelajaran sepanjang hayat. Akhir sekali,
hasil pembelajaran juga diharap dapat membentuk para pelajar menjadi insan yang
mempunyai tanggungjawab sosial dan akauntabiliti demi kemajuan masyarakat,
negara, dan dunia.

2.4

Rujukan



Slack,N., & Lewis, M. (2011) Operations Strategy. Harlow: Pearson- Prentice

Hall.



Waters, D. (2006) Operations Strategy. London: Thomson.

6

Cadangan
Bahan-bahan pembelajaran terutamanya yang terdiri daripada buku-buku digunakan
sebagai sumber rujukan dan panduan supaya proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Oleh itu, pemilihan bahan-bahan
pembelajaran seperti buku-buku mestilah terdiri daripada penerbitan yang terkini,
misalnya terbitan tahun 2012 dan keatas,supaya para pelajar mendapat pengetahuan
yang terbaru mengenai sesuatu bidang pengajian yang dipelajari itu.Jelas bahawa
sumber rujukan yang digunakan juga tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk
menjamin agar keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.

2.5

Kandungan Kursus

NO
1

TOPIK
1.0

PENGENALAN KEPADA KURSUS

JAM
3 jam

Apakah Pengurusan Operasi dan mengapa ia penting

2

3

1.1

Apakah Strategi dan Pengurusan Strategi

1.2

Kandungan strategi operasi

2.0

PRESTASI OPERASI

2.1

Objektif- objektif prestasi operasi

2.2

Kepentingan objektif- objektif prestasi berubah mengikut masa

2.3

”Trade-off”

2.4

Sasaran dan fokus operasi

3.0

STRATEGI KAPASITI

3.1

Apakah strategi kapasiti

3.2

Tahap keseluruhan stratgei kapasiti

3 jam

3 jam

7

4

5

3.3

Jumlah dan saiz lokasi

3.4

Perubahan kapasiti

4.0

STRATEGI RANGKAIAN PEMBEKAL

4.1

Apakah strategi rangkaian pembekal?

4.2

Keputusan untuk ”outsourcing”

4.3

Pendekatan tradisi bekalan berasaskan- pasaran

4.4

Bekalan berasaskan rakan kongsi (partnership)

4.5

Gelagat rangkaian

4.6

Pengurusan rangkaian

5.0

STRATEGI TEKNOLOGI PROSES

5.1

Apakah startegi teknologi proses?

5.2

”Scale- scalibility”- kapasiti setiap unit teknologi

5.3

Darjah automasi- Apakah yang boleh dilakukan oleh setiap unit

6 jam

6 jam

teknologi
5.4

Darjah ”coupling/connectivity”- sejauhmana boleh
digabungkan bersama

6

7

5.5

Matrix produk- proses

5.6

Menilai teknologi proses

6.0

STRATEGI PENAMBAHBAIKAN

6.1

Pembangunan dan penambahbaikan

6.2

Menentukan halatuju

6.3

Pemetaan kepentingan- prestasi

6.4

Membangunkan kebolehan- kebolehan operasi

6.5

”Deploying capabilites” di pasaran

7.0

PEMBANGUNAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

7.1

Kepentingan strategik pembangunan produk dan servis

8

3 jam

3 jam

7.2

7.3
8

9

Pembangunan produk dan perkhidmatan dari perspektif
sumber- sumber operasi

8.0

PROSES PEMBENTUKAN STRATEGI
’SUSTAINABLE ALIGNMENT’

8.1

Apakah ’sustainable alignment’?

8.2

’Sustainable alignment’ berkadar masa

8.3

Apakah yang dicapai oleh proses formulasi?

8.4

Analisis formulasi

8.5

Cabaran formulasi strategi operasi

9.0

PROSES PEMBENTUKAN STARTEGI
”SUBSTITUTES FOR STARTEGY?”

9.1
9.2

10

Pembangunan produk dan perkhidmatan dari perspektif
keperluan pasaran

OPERASI 3 jam

OPERASI- 6 jam

Pendekatan baru dalam operasi
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

9.3

Operasi ”Lean”

9.4

Perekayasaan (BPR)

9.5

”Enterprise Resource Planning (ERP)”

9.6

Six Sigma

9.7

Persamaan- persamaan dalam pendekatan

10.0 PROSES PEMBENTUKAN
PERLAKSANAAN

10.1 Apakah perlaksanaan?
10.2 Tujuan- konteks strategik
10.3 ”Point of entry”- konteks organisasi
10.4 Proses- konteks kaedah
10.5 Partisipasi- konteks pengoperasian

9

STRATEGI

OPERASI- 6 jam

JUMLAH 42

Cadangan
Selaras dengan hasrat Negara untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu
pengetahuan, berketrampilan, bersahsiah mulia, dan memiliki daya kepimpinan yang
tinggi, IPT perlu mengambilkira pembentukan satu silibus yang mampu menjurus
kepada kaedah pengajaran melalui aktiviti pembelajaran yang lebih berteraskan kepada
SCL. Di samping memberi pengetahuan, silibus yang digubal juga hendaklah
digarabkan bersama-sama dengan elemen-elemen nilai dan etika, semangat bekerja
secara berpasukan, kebolehan berkomunikasi dengan baik, dayaan alitikal yang tinggi,
dan penguasaan satu bahasa global selain dari bahasa Malaysia, bahasa Inggeris
misalnya (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2010).

2.6 KaedahPengajaran
Kuliah, kajian kes, perbincangan

Cadangan
Terdapat beberapa pendekatan lain yang mungkin boleh dipertimbangkan supaya proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Misalnya penggunaan PBL
sebagai salah satu antara komponen P & P dalam atau luar kuliah serta lawatan ke
kilang atau site visit sebagaimana yang dibincangkan awal tadi. Begitu juga penggunaan
POBL yang banyak menumpukan kepada projek pelajar yang bukan sahaja wajib
menghasilkan laporan tetapi juga pembentangan serta tayangan video sebagai satu
pembuktian keberkesanan pembelajaran mereka. Sesi soal jawab membantu semua
pelajar dalam kuliah untuk lebih peka dan berasa seronok apabila bertanya dan

10

menjawap soalan yang dikemukan sebagai satu usaha kegigihan mereka mempelajari
ilmu yang dimanfaatkan itu. Pendekatan ini menggalakkan para pelajar untuk
menggunakan maklumat yang disediakan sebagai asas pemikiran kritikal dan analitikal.
Pendekatan ini memberi penekanan kepada penglibatan aktif para pelajar dalam
pemikiran, menganalisis serta generalisasi, dan membuat kesimpulan (Hamimi Fadziati,
Mohd Taufiq, Hafizah Husain, Mohd Hairi & Aini, 2008).

2.7 Penaksiran
Kerja Kursus

60%

Peperiksaan Akhir

40%

Cadangan
Secara amnya IPT hendaklah mengambilkira penaksiran pembelajaran yang melibatkan
semua elemen-elemen penyediaan ujian, kaedah pengukuran dan cara penilaian yang
menjurus kepada penyataanhasilan pembelajaran yang telah ditetapkan. Bagimana
menambahbaik kaedah penaksiran sedia ada, IPT boleh menggunakan pendekatan
penilaian formatif disamping pendekatan sumatif (Universiti Teknologi Malaysia,
2007). Melalui pendekatan formatif pengumpulan dana alisis berkaitan pencapaian para
pelajar dibuat secara berterusan melalui beberapa sumber dan strategi. Dalam hal ini
penaksiran juga dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung. Pendekatan formatif mula mendapat tempat kerana penilaian sumatif
gagal untuk member peluang kepada para pelajar memperbaiki kelemahan mereka.
Dengan perkataan lain, pendekatan sumatif kurangberkesan kerana guru dan pelajar
sukar untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam proses pembelajaran secara
lebih spesifik.

11

3.0

PENUTUP
Sebagai penutup, P & P yang berkesan amat bergantung kepada kesediaan pelajar untuk
menerima pembelajaran yang akan disampaikan oleh pensyarah. Oleh itu rekabentuk
kurikulum yang digubal mestilah mengambilkira pendidikan berasaskan matlamat
(OBE). Perlu diingatkan, sebagai practitioner sebelum terjun ke alam akademik ini, kita
sentiasa terkonkong dengan kemampuan yang tidak terbatas tetapi terlindung ketika
masih di industri sedangkan di IPT ilmu yang perlu diterokai itu tidak terbatas
langsung. Bezanya ialah sebagai practitioner mereka lebih banyak kepada hands-on-it
dan pengalaman bekerja tetapi di segi fokus, analisis dan kepadatan maklumat, tiori
serta assessment dan evaluation itu amat penting sebagai ahli akademik yang hanya
boleh diperolehi apabila mereka belajar mengkaji sesuatu perkara itu dengan mendalam.
Perkara ini tidak ada dalam diri practitioner berkenaan kecuali mereka mengambil Ph.d
atau DBA sebagai sebahagian kelengkapan diri seorang academician.

RUJUKAN
Hamimi Fadziati A. Wahab, Mohd Taufiq Mohd Yusof, Hafizah Husain, Mohd Hairi Mohd
Zaman, dan Aini Hussain (2008). Penggunaan penilaian formatif sebagai proses
melengkapkan gelung: Satuusaha penambahbaikan. Kertas kerja dibentangkan dalam
Seminar pengajaran den pembejaran berkesan 2008. Diperolehi pada 5 September 2013
dari http://www.ukm.my/p3k/images/sppb08/c/3.pdf
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007). Pelan strategic pengajian tinggi Negara .
Putra Jaya: KPT.
Universiti Teknologi Malaysia (2007). Polisi dan kod amalan pengajaran dan pembelajaran
program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda . Diperolehi pada 6 September 2013 dari
http://ctl.utm.my
Universiti Utara Malaysia (2012).Academic guide 2012/2013. Kedah: Universiti Utara
Malaysia.

12

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

Improving the Eighth Year Students' Tense Achievement and Active Participation by Giving Positive Reinforcement at SMPN 1 Silo in the 2013/2014 Academic Year

7 202 3

The Correlation between students vocabulary master and reading comprehension

16 145 49

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Improping student's reading comprehension of descriptive text through textual teaching and learning (CTL)

8 140 133

Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi penerapan manajemen mutu terpadu pada Galih Bakery,Ciledug,Tangerang,Banten

6 163 90

Efek ekstrak biji jintan hitam (nigella sativa) terhadap jumlah spermatozoa mencit yang diinduksi gentamisin

2 59 75

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

Pengaruh Rasio Kecukupan Modal dan Dana Pihak Ketiga Terhadap Penyaluran Kredit (Studi Kasus pada BUSN Non Devisa Konvensional yang Terdaftar di OJK 2011-2014)

9 104 46