Guru Dan Cabaran Semasa ppt

GURU DAN CABARAN SEMASA
ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN
SEMASA
GEJALA SOSIAL

DEFINISI
 Gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu),

alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam
kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan
adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau
bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang
bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan
gejala tunggal (istilah perubatan)

 Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang

berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan

 Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda


tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan
dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.

MASALAH GEJALA SOSIAL
Seks bebas dan jenayah seksual
Samseng dan gengsterisme
Ponteng sekolah
Black metal
Dadah dan merokok
Lari rumah
Vendalisme

PUNCA GEJALA SOSIAL
 Punca – punca utama yang mendatangkan

gejala sosial adalah globalisasi dan modenasasi.
 Perubahan-perubahan pantas tahap nasional
berlaku kerana perubahan pada arus global yang
digelar globalisasi.

 Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi
ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan
pemikiran. Pembudayaan kota (cityculture)
menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih
pantas dan agresif dengan adanya teknologi
maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang
amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi

Media Massa
 Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa

dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa
yang serba canggih.
 Media massa merupakan sumber maklumat yang
cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi.
 Golongan belia mudah terdedah kepada banyak
maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat
itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.
 Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia
mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat

disekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif
dari filem barat menimbulkan perasaaningin tahu dan
ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

Internet
 Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga

turut menyumbang kepada pemaparan gejalagejala negatif selain peranannya yang begitu
penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan
negara.
 Melalui internet umpamanya, masyarakat yang
berfikiran kurang sihat dengan mudahnya
boleh akses kepada maklumat-maklumat yang
boleh menjurus kearah pemikiran negatif

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
 Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh

menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan
mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu

bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama anak-anak
mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.

 Dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya

mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan
membuatanak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak
mustahil mereka akan mencarialternatif lain untuk mengisi
kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtanggayang
bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut
mempengaruhi remajauntuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang
tidak sihat

Cara Berpakaian
 Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan

muda di masa ini cukup memalukan.Cara
berpakaian mereka bertentangan dengan cara
pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan
dengan cara pemakaian yang digariskan Islam,

agama rasmi negara kita.

 Tidak semua dapat menerima pendapat bahawa

mereka ada memainkan peranan dalam
melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas.

Dunia Cinta Remaja
 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang

bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan
dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi
bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT.

 Gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah,

zina dan sebagainya.Bercinta tidak pernah dianggap
salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta
kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan
golongan manusia yang rugi.


Terlalu Banyak Masa Lapang
 
Sekiranya masa lapang golongan belia
terbatas,mereka akan rasa kurang
berminat pada kegiatan-kegiatan yang
tidak berfaedah. Pengisian masa lapang
yang kurangterarah, akan mendesak
remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak
bermanfaatseperti perbuatan negatif

KESAN GEJALA SOSIAL
Kesan kepada individu
Kesan kepada keluarga
Kesan kepada masyarakat
Kesan kepada negara

CARA MENANGANI
Perananan ibu bapa
Pendekatan akademik

Mewujudkan sistem perundangan di sekolah
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak

berkuasa seperti polis
Langkah-langkah pencegahan yang
bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah
memainkan peranan yang penting

Kesimpulan
Pelbagai langkah boleh diambil dan
dilaksanakan, tetapi apa yang lebih
penting: ibu bapa mestilah memainkan
peranan dan tanggungjawab dalam
mengatasi masalah keruntuhan akhlak di
kalangan remaja. Dengan kata lain, walau
apapun langkah yang diambil oleh manamana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu
bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.