Analisa tajuk projek tahun akhir yang di

1

Analisa tajuk projek tahun akhir yang dihasilkan pelajar di bawah penyeliaan,
2008-20121
Dr Haryati Hasan
Fakulti Sains Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim Perak
(haryatie@fsk.upsi.edu.my)
05-4505116 atau 012-4321941
Abstrak

Pembangunan dan kemajuan yang berlaku di sesebuah Negara banyak bergantung kepada
perkembangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Negara tersebut. Ini bermakna peranan IPT
amatlah penting bukan sahaja melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi
juga untuk membentuk serta mengawal sahsiah seseorang insan supaya dapat mengembangkan
ilmu dan daya kognitifnya bagi menghadapi cabaran hidup termasuk cabaran pekerjaan. Bagi
semua IPT, pencapaian akademik pelajar merupakan salah satu tanggungjawab penting dalam
pembangunan seseorang pelajar. Pencapaian akademik pelajar merupakan kayu-ukur
pembangunan pelajar sesebuah universiti. Sebelum bergraduat pelajar dikehendaki menghasilkan
projek tahun akhir. Di Jabatan Sejarah projek tahun akhir atau HSR3996 diambil oleh pelajar

semasa di tahun akhir pengajian yakni pada semester 8. Kursus ini merupakan latihan untuk
menghasilkan satu penulisan sejarah secara ilmiah. Penekanan diberikan kepada proses penulisan
berdasarkan metodologi penulisan sejarah seperti pentakrifan, objektif, permasalahan kajian,
mentafsir dan menganalisis data. Idea dipersembahkan dalam bentuk penulisan projek
penyelidikan sepanjang 18,000-20,000 patah perkataan. Artikel ini tidak membincangkan
kandungan kursus sebaliknya memfokuskan kepada pemilihan tajuk projek tahun akhir. Analisa
menumpukan kepada projek tahun akhir yang dihasilkan oleh pelajar di bawah penyeliaan
sepanjang tempoh lima tahun dari 2008 hingga 2012. Analisa ini penting sebagai menyediakan
satu garis panduan agar pelajar tidak memilih tajuk yang sama atau mengulangi apa yang telah
dihasilkan sebelumnya. Selain itu usaha kecil ini diharap dapat membantu jabatan sejarah untuk
mengenalpasti ruang yang masih boleh dikaji oleh pelajar dan sekaligus mampu
memperkembangkan pelbagai bidang penyelidikan dalam sejarah seperti sejarah politik,
ekonomi atau sosial.
Analisa, Projek, Pelajar

1 Kertas Kerja ini diubahsuai daripada sebahagian bab 3 penyelidikan Geran Universiti yang sedang
diusahakan.

2


Pengenalan
Penulisan ilmiah merupakan penulisan yang dijalankan secara saintifik. Ia mengkaji secara
teratur dan teliti tentang sesuatu masalah atau persoalan. Ia berbeza daripada kaedah lain seperti
penulisan novel yang berasaskan khayalan dan rekaan, dan generalisasi daripada pengalaman.
Kaedah saintifik berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima apabila disokong
oleh bukti. Seseorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak berat
sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran hipotesis dan mengabaikan
mana-mana yang tidak selari dengan kehendak peribadi penyelidik. Untuk membolehkan
pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah (sains), ia harus melalui jalan yang panjang.
Proses tersebut yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapat disusun seperti berikut;2
iiiiiiivvviviiviiiixxxi-

Pengumpulan data
Pengamatan data
Pemilihan data
Penggolongan data
Penafsiran data
Kesimpulan Umum
Perumusan hipotesis
Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris

Penilaian: menerima, menolak, menambah, ataupun mengubah hipotesis
Perumusan teori ilmu pengetahuan
Perumusan bukti atau hukum ilmu pengetahuan

Kaedah ilmiah ini telah diajar kepada pelajar di dalam kursus
dan Penulisan Sejarah

HSR3023 Penyelidikan

dan mereka telah mengambilnya semasa di semester

enam. 3 Ini

bermakna apabila mereka menjalankan penyelidikan dan menghasilkan latihan ilmiah secara
2 Sivachandralingam Sundara Raja, Pemikiran dan Penulisan Ilmiah, Utusan Publications & distributors
Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2001, hlm. 1-2.
3
Kursus ini membincangkan sumber/dokumen primer, tradisional dan moden yang digunakan dalam
penyelidikan dan penulisan sejarah. Ia juga menekankan kepentingan mengenal pasti kesahihan sumber termasuk
unsur-unsur plagiat. Ia diikuti dengan penyediaan satu kertas cadangan penyelidikan yang mengandungi tajuk,

tinjauan kajian terdahulu dan objektif kajian. Sila lihat Buku Panduan Akademik FSK, Program Ijazah Sarjana
Muda Sesi 2012/2013, hlm. 58.

3

umumnya mereka telah mempunyai ilmu dalam bidang penyelidikan. Namun, sejauhmana mana
mereka memahami dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari masih menimbulkan tandatanya. Ini
kerana ramai pelajar pada hari ini, termasuk yang di pusat-pusat pengajian tinggi4 menghadapi
masalah yang sama, apabila mereka menjalankan penyelidikan. Masalah pertama ialah kegagalan
mereka untuk menyediakan satu format penyelidikan yang konkrit, lengkap dan kemas. Masalah
ini disebabkan oleh kekurangan pengalaman dan panduan. Masalah yang kedua ialah
kebanyakan daripada mereka kurang meneliti prinsip-prinsip utama sesuatu penyelidikan. Ini
termasuklah pemahaman tentang konsep pendekatan, kaedah dan persoalan-persoalan teknik
yang lain.5
Sungguhpun terdapat pelbagai masalah, namun tidak dinafikan kebanyakan pelajar
berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan latihan ilmiah yang baik. Mereka perlu difahami
dalam kerangka kekangan waktu, batasan kewangan dan persekitaran yang kurang selesa dan
peruntukan masa yang minima dalam penyeliaan kerana bebanan tugas pensyarah harus
dijadikan kayu ukur dalam menilai hasilan pelajar ini.
Tulisan ini hanyalah merupakan usaha kecil dalam mengumpulkan maklumat mengenai

tajuk-tajuk pelajar di bawah penyeliaan sebagai menyediakan satu panduan kepada pelajar akan
datang agar tidak mengulangi tajuk-tajuk yang pernah dikaji. Tulisan ini juga cuba memberi
cadangan mengenai tema-tema yang masih boleh diterokai selaras dengan perkembangan semasa
khasnya pada menjelang pasca kemerdekaan dan arus globalisasi.
4 Semasa saya menjalankan penyelidikan di Arkib Negeri Cawangan Kelantan, pada Oktober 2012,
beberapa orang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia datang kepada saya untuk mendapatkan nasihat
mengenai tajuk yang telah mereka pilih. Di masa yang lain ada yang belum mengetahui apa yang patut mereka buat
dan masih meninjau apa maklumat yang mereka akan perolehi di Arkib. Januari lalu sekali lagi saya ke sana, kali
ini saya bertemu dengan beberapa orang pelajar dari Universiti Malaya. Mereka nampaknya tidak segan untuk
meminta nasihat dan panduan dalam menghasilkan tesis yang baik.
5
Selain pelajar di bawah penyeliaan dan penasihatan akademik saya terdapat juga sekumpulan pelajar lain
dari Jabatan Sejarah datang untuk berbincang dan meminta pandangan mengenai tajuk, sumber dan teknik
penulisan.

4

Analisis tema tesis yang dihasilkan antara 2008-2012
Sebanyak 82 buah latihan ilmiah telah diselia sepanjang tempoh antara 2008 hingga 2012. Pada
sesi 2008/2009 sebanyak 11 buah tesis. Pada sesi 2009/2010 sebanyak 12 buah. Pada sesi

2010/2011 sebanyak 19 buah. Pada sesi 2011/2012 sebanyak 22 buah dan pada sesi 2012/2013
sebanyak 18 buah. Terdapat pelbagai tema yang dipilih oleh pelajar. Tema-tema ini ditentukan
semasa mereka menyediakan proposal. Di peringkat ini perbincangan adalah antara pelajar
dengan penyelaras kursus. Ini bermakna semasa pelajar diagihkan kepada penyelia masingmasing mereka telah mempunyai tajuk dan tema. Namun begitu ada juga segelintir pelajar yang
masih belum mempunyai tajuk bila berjumpa dengan penyelia. Dalam keadaan yang lain pula
ada dalam kalangan mereka yang berubah fikiran dan menukar tajuk lain walaupun proposalnya
telah diluluskan dengan tajuk asal.
Perbincangan di sini mencerakinkan kepada tema-tema kecil yang dibahagikan kepada
tema sejarah ekonomi, sejarah keluarga, sejarah tokoh, sejarah persatuan/pertubuhan/syarikat,
sejarah sekolah dan lain-lain.

1- Sejarah Ekonomi
Setelah menganalisa tajuk-tajuk latihan ilmiah yang dihasilkan sepanjang tempoh 2008 hingga
2009, terdapat beberapa tema yang sering menjadi tumpuan. Antaranya tema ekonomi.atau
sosioekonomi. Terdapat sebanyak 16 buah tesis mengenai tema ini. Sila lihat Jadual 1

5

JADUAL 1: Tema Ekonomi
Tajuk Tesis

1- Sosioekonomi Petani Melayu di Tumpat,
Kelantan
2- Sejarah Perkembangan Sosio-ekonomi
Masyarakat Masai, Johor Bahru
3- Pembangunan Ekonomi dan Sosial di
Daerah Kulim Kedah
4- Perkembangan
Sosioekonomi
Masyarakat Siam di Pengkalan Kubor
Tumpat, Kelantan
5- Sosioekonomi Masyarakat Melayu di
Kampung Sabak, Kelantan
6- Pintu Kawalan Ekonomi di Sempadan
Rantau Panjang-Sungai Golok
7- Kegiatan Ekonomi Penduduk Kg. Ulu
Legong, Baling
8- Penanaman Tembakau di Kelantan
9- Sejarah Perkembangan Tanaman Koko
di Kota Samarahan Sarawak
10- Perkebunan Kecil Getah di Muar, Johor

11- Perkembangan Tanaman Getah di Pasir
Mas, Kelantan
12- Perkembangan Perlombongan di Sungai
Lembing oleh Pahang Consolidated
Company Limited (PCCL)
13- Kesan Perlombongan Emas Terhadap
Persekitaran
14- Perlombongan Bijih Timah di Kulim
15- Perikanan Daerah Sabak Bernam
16- Kegiatan Perikanan di Tumpat

Skop tahun

Sesi

1930an1950an
1949-1981

2010/2011


1960-1970

2010/2011

(1990-2010)

2011/2012

(1957-2010)

2011/2012

2000-2008

2011/2012

(1980-2010)

2012/2013


1985-2005
1987-2000

2009/2010
2010/2011

1950-1970an
1945-1991

2010/2011
2011/2012

1906-1966

2010/2011

(1940-1960)

2010/2011


1850-1940
1970-1980
1960-2000

2011/2012
2010/2011
2012/2013

2010/2011

6

Berdasarkan Jadual 1 pelajar memilih tema sosioekonomi (no.1-5). Tiga daripada latihan
ilmiah tersebut memperkatakan mengenai sosioekonomi di Kelantan dan masing-masing satu di
Johor dan Kedah. Selain itu dua buah latihan ilmiah memfokuskan kepada kegiatan ekonomi di
Sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok dan di Kg. Ulu Legong, Baling. Kegiatan ekonomi
yang sering diberi tumpuan ialah pertanian saradiri seperti padi dan tanaman eksport seperti
getah (no.10 dan 11). Tanaman tembakau (no.8) dan tanaman koko (no.9) turut diperkatakan.
Selain kegiatan pertanian terdapat juga dalam kalangan pelajar yang memilih untuk
menghasilkan tesis mengenai perlombongan. Ini termasuklah perlombongan emas di Sungai
Lembing, Pahang dan kesan daripada perlombongan serta perlombongan bijih timah di Kulim,
Kedah. Mengenai kegiatan perikanan pula terdapat dua buah latihan ilmiah mengenainya yang
membincangkan kegiatan perikanan di Sabak Bernam Selangor dan di Tumpat, Kelantan.
Sungguh pun terdapat pelbagai tajuk dihasilkan di bawah tema ekonomi tapi ini tidak
bermakna ruang untuk mengkajinya sudah terbatas. Banyak lagi tajuk yang boleh diterokai di
bawah tema ini. Di sini diperturunkan cadangan tajuk-tajuk yang masih boleh dikaji6
12345-

Menjual buah-buahan dan sayuran
Menjual bahan-bahan ternakan
Berkedai runcit
Meraih beras
Meraih ikan, udang dan segala tangkapan laut

6 Tajuk-tajuk tersebut boleh diubahsuai mengikut dapatan sumber dan perbincangan yang serius dengan
penyelia. Sila lihat, Haryati Hasan, “Kegiatan Ekonomi Wanita Kelantan”, Seminar Sehari Fakulti Sains
Kemanusiaan 2011.

7

6- Menjual tikar, bantal, tilam dan hamparan
7- Menjual kuih muih
8- Menjual ikan kering, jenis-jenis keropok
9- Menjual alat-alat keperluan dapur
10- Menjual kain dari rumah ke rumah
11- Menjual barang-barang kemas secara ansuran
12- Membuat berbagai-bagai jenis rempah dan mengedarkannya
13- Menenun kain dan mengambil upah membatik
14- Menjadi tukang jahit
15- Menjual alat-alat solek
16- Menjadi agen ansuran nyawa
17- Menjadi bidan dan tukang urut
18- Menjadi tukang pelamin dan mak andam
19- Menjadi pembantu di kedai-kedai
20- Membuat perusahaan batik dan kain songket
21- Menjadi pengurus gudang
22- Membuat tonik, makjun dan menjadi pengedarnya
23- Membuat budu, sos-sos lain dan mengedarkannya
24- Bekerja di kilang-kilang seperti kilang-kilang mancis, berlian dan batik
25- Bekerja sebagai tukang masak di restoran

2- Sejarah Keluarga
Selain tema ekonomi, turut mendapat perhatian pelajar mengkajinya ialah tema keluarga.
Sebanyak 15 buah latihan ilmiah dihasilkan. Kecenderungan menghasilkan latihan ilmiah
mengenai tema tersebut dapat dilihat dengan jelas pada sesi 2008/2009. Sila lihat Jadual 2.
JADUAL 2: Tema Keluarga
Tajuk Tesis
1- Salasilah Keluarga Awang Mumin
2- Salasilah Keluarga Shabudin bin
Ibrahim
3- Sejarah Keluarga Kayin@Kain bin
Kasandoriat
4- Sejarah Keluarga Rubani bin Kasni
5- Susur Galur Keluarga Mohd Khalis bin
Che Hussin

Skop tahun

Sesi

1880an-1990an
1920an-1990an

2008/2009
2008/2009

1930an-1980an

2008/2009

1940an-1990an
1880an-1990an

2008/2009
2008/2009

8
6- Susur Galur Keluarga Suhaya Mohd Arif
7- Memorabilia Keluarga Norlina Rahmat
8- Perjalanan Kehidupan Keluarga Suhana
binti Noh
9- Melayu Banjar: Satu Kajian Sejarah
Keluarga Johari bin Ahmad
10- Enam Generasi Keluarga Khairiyah Md
Noor
11- Meniti Sejarah Keluarga Nadhilah binti
Zakaria
12- Lima Generasi Keluarga Norul Farha
binti Mohd Nor
13- 108 Tahun Keluarga Tok Wan Taraq
14- Lipatan Sejarah Keluarga Enam
Generasi Akib Bugis

15- Sejarah Keluarga
Zolmaldi

Nur

Zatia

binti

Dari
1927
sehingga 2007
(1920an-Kini)
1930an-1990an

2008/2009

1910an-199

2008/2009

2008/2009
2008/2009

2008/2009
1870-2007

2009/2010
2009/2010
2009/2010

Dari
Pertengahan
Kurun
ke-19
hingga Dekad
Pertama Kurun
ke-21
1908-an hingga
1990

2010/2011

2011/2012

Jadual 2 menunjukkan pada sesi 2008/2009 terdapat sebanyak 10 buah latihan ilmiah
dihasilkan dan pelajar telah memilih mengkaji tema keluarga (no. 1-10). Kecenderungan pelajar
menghasilkan tema ini kerana galakan daripada penyelaras latihan ilmiah pada waktu itu, iaitu
Prof. Madya Dr Badriyah Hj. Salleh. Menurut beliau,

Tema ini sebagai penting dalam mengangkat mertabat penulisan sejarah khasnya
berhubung dengan sejarah golongan bawahan yang masih tidak begitu banyak dikaji dan
kurang diberi perhatian sewajarnya. Biasanya tema yang mendapat tumpuan pengkaji
melibatkan isu besar seperti Negara atau orang atasan. Dengan itu secara tidak langsung
telah meminggirkan tema-tema kecil termasuklah tema tempatan ini sedangkan sejarah itu

9

hasil daripada sumbangnan dari bawah atau garapan dan tulisan orang kecil. Kerana tanpa
mereka siapalah orang atasan itu… 7

Pada sesi berikutnya semakin kurang tema kelurga diperbincangkan. Ini dapat diperhatikan
pada sesi 2009/2010 hanya tiga buah, pada 2010/2011 dan 2011/2012 masing-masing sebuah
latihan ilmiah dihasilkan mengenai tema ini. Pada pandangan saya, tema ini perlu dihidupkan
kembali dalam konteks memartabatkan sejarah tempatan. Pada sisi lain meminimakan pelajar
untuk menciplak tulisan terdahulu kerana sumber yang digunapakai sebahagian besarnya
berkisar pada sumber pertama milik ahli keluarga terdekat atau orang yang berkaitan.

3- Sejarah Persatuan/Pertubuhan/Syarikat
Selain tema kegiatan ekonomi dan keluarga, terdapat sebanyak 14 buah latihan ilmiah mengenai
sejarah persatuan, pertubuhan atau syarikat. Pelajar cenderung mengkaji tajuk-tajuk seperti
sejarah Felda, Felcra, KESEDAR, Pertubuhan Peladang dan Hutan. Ada juga yang memilih tajuk
seperti Jabatan Penjara, Kesihatan dan Majlis Perbandaran. Rumah Seri Kenangan dan Rumah
Warga Tua turut dikaji. Selain itu pertubuhan berbentuk politik iaitu UMNO dan syarikat
persendirian turut diperkatakan. Persatuan sukan mula mendapat tempat dengan terhasilnya
sebuah latihan ilmiah mengenai FAM. Sila lihat Jadual 3.

JADUAL 3: Persatuan/Pertubuhan/Syarikat
Tajuk Tesis

Skop tahun Sesi

7 Petikan perbualan dengan Prof. Madya Dr Badriyah Hj. Salleh melalui telefon pada 10.30 pagi, 14 Mei
2013. Beliau bersara sebagai pensyarah di Jabatan Sejarah pada Disember 2010.

10

1- UMNO bahagian Pasir Mas Kelantan

1950-1978

2- Syarikat Nordin Batik Kelantan

1972-2003

3- Pembangunan Felda Trolak Timur,
di Perak
4- Sejarah
Felcra
Weng
Berhad
Baling, Kedah
5- Sejarah Pertubuhan Peladang di
Beruas, Perak
6- Peranan generasi kedua dalam
perkembangan sejarah felda Lui
Timur, Negeri Sembilan
7- KESEDAR

1976-2007

8- Sejarah Rumah
Taiping, Perak

(1950-an
hingga
1980-an)
(18001976)
(20022011)
1970-1983

Seri

Kenangan,

9- Sejarah
Majlis
Perbandaran
Seberang Perai, Pulau Pinang
10- Perkembangan Pusat Jagaan Harian
Warga emas Tanjung Malim
11- Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak
12- Perkhidmatan
Kemaman

Kesihatan

di

(19792007)
(19601990)
1980-2008

2009/20
10
2010/20
11
2010/20
11
2011/20
12
2011/20
12
2010/20
11

1978-1990 2009/20

1970-1980

10
2011/20
12
2011/20
12
2011/20
12
2012/20
13
2012/20
13

13- Sejarah dan Perkembangan Penjara
Simpang Renggam

(19872009)

2012/20
13

14- Sumbangan
Pembangunan
Malaysia

1950-an1990-an

2012/20
13

FAM
Bola

kepada
Sepak
di

4- Sejarah Tokoh
Tema mengenai tokoh bukanlah sesuatu yang asing dalam penghasilan kajian sejarah. Terdapat
banyak tulisan mengenai tokoh-tokoh politik. Selain itu, ada usaha dilakukan menghasilkan
mengenai tulisan yang berkaitan dengan individu seperti pemimpin tempatan, yang mempunyai
latarbelakang dalam bidang agama dan pendidikan. Mereka mendapat tempat di hati masyarakat

11

setempat kerana sumbangan terhadap bidang kebajikan dan pendidikan di tempat mereka tinggal
atau berkhidmat. Secara lebih terperinci sila lihat Jadual 4.
JADUAL 4: Tokoh
Tajuk Tesis

Skop tahun

Sesi

1- Haji Mat Nawawi bin Jusoh
2- Belasungkawa Zakaria bin Yusoff
3- Pemikiran Hassan Adli dalam Politik
dan Hasil Karya
4- Datuk Haji Jalani bin Jaffar
5- Ariffin bin Said
6- Razali bin Mamat

1944-1999
1945-2003
1950an-1980an

2008/2009
2008/2009
2010/2011

1982-1990
1960-1997
1969-2003

7- Che Min bin Che Ahmad

1947-2010

8- Tuan Haji Suhaimi Dzajuli:
Pengasas
Persatuan
Kebajikan Rumah Anak-Anak
Yatim Damai Kuang
9- Abdul Rahim Hj. Otsman:
Pengetua
Kanan
SMKA
Falahiah
10- Haji Zakaria bin Haji Sulaiman

1989-2010

2010/2011
2011/2012
2011/20
12
2011/20
12
2011/20
12

11- Matlob:
Sasterawan
Pejuang Jawi Johor

1989-2010

dan

(1951-2010)

2012/20
13

1954-2010

2012/20
13
2009/20
10

Jadual 4 menunjukkan pelajar cenderung memilih tokoh politik untuk diperbincangkan
(no.1-7). Kebanyakan pelajar berjaya membuat kupasan yang menarik di dalam tema ini. Latihan
ilmiah yang bertajuk Haji Mat Nawawi bin Jusoh, 1944-1999 dan Pemikiran Hassan Adli
dalam Politik dan Hasil Karya, 1950an-1980an telah mendapat gred A. Selain tokoh politik, tiga
lagi latihan ilmiah membincangkan mengenai tokoh yang mempunyai latarbelakang pendidikan
dan berkerjaya sebagai pengetua sekolah agama (no.9) dan pengasas Persatuan Kebajikan
Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang (no.8). Ketua kampung dan sasterawan tempatan di
Kelantan dan Johor turut diperkatakan. (no.10 dan 11).

12

Masih terdapat banyak ruang kosong yang boleh diperkatakan mengenai tokoh. Selain
dalam bidang politik, pelajar perlu digalakkan untuk mengkaji tokoh ekonomi dan pemimpin
dalam pertubuhan sosial, kelab serta NGO selaras dengan perkembangan Negara khasnya
menjelang pasca kemerdekaan.

5- Sejarah Sekolah
Ada dalam kalangan pelajar menjadikan sekolah sebagai tema kajian latihan ilmiah mereka.
Terdapat sebanyak tujuh buah latihan ilmiah mengenai tema ini. Dua buah latihan ilmiah adalah
mengenai sekolah Tamil di Jalan Khalidi Muar dan Kulim Kedah. Dua latihan ilmiah lagi
mengenai Sekolah Menengah Kebangsaan di Taman Kluang Barat, Johor dan Rantau Panjang
Kelantan. Masing-masing sebuah latihan ilmiah mengenai sekolah Cina, sekolah Mubaligh dan
sekolah Tahfiz. Sila lihat Jadual 5.
JADUAL 5: Sekolah
Tajuk Tesis
1- Sejarah Sekolah Yuk Cheng
2- Sejarah Perkembangan Sekolah Mubaligh
Kristian di Kuching, Sarawak
3- Sejarah Penubuhan dan Perkembangan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan
Khalidi Muar
4- Sejarah Penubuhan dan Pencapaian Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Kluang Barat
5- Sejarah Sekolah Tamil Methodist Kulim,
Kedah
6- Perkembangan Sekolah Tahfiz di Pasir Mas
7- Pelajar Melayu Selatan Thai di SMKRP

6- Lain-lain Tema

Skop Tahun

Sesi

1930an-1980an
1841-1946

2009/2010
2010/2011

1910-2008

2010/2011

1994-2006

2010/2011

(1948-1974)

2011/2012

1990-2010
1970-1990

2012/2013
2012/2013

13

Selain tema-tema yang telah disebutkan terdapat latihan ilmiah yang memperkatakan mengenai
isu masyarakat dan kepercayaan (Sila lihat Jadual 6), isu-isu terpilih hasil daripada analisa
penggunaan sumber akhbar dan majalah (Lihat Jadual 7) dan pengangkutan (Jadual 8).
JADUAL 6: Masyarakat/Kepercayaan
Tajuk Tesis

Skop Tahun

1- Sejarah Kedatangan Masyarakat Cina ke
Kampung Jelatok
2- Masyarakat Siam di Kampung Terbok, Tumpat,
Kelantan
3- Sistem Kepercayaan Masyarakat Murut di Sabah
4- Komuniti Chetti di Gajah Berang, Melaka

Sesi
2009/2010

1900-2000

2010/2011

1915-2005
1957-2010

2010/2011
2011/2011

JADUAL 7: Surat khabar/Majalah
Tajuk Tesis
1- Masalah Sosial dalam Utusan Malaysia
2- Isu Sukan dalam Utusan Malaysia
3- Isu-Isu Terpilih dalam Majalah Guru

Skop Tahun

Sesi

1967-1972
1967-1969
1920-an hingga
1960-an

2012/2013
2012/2013
2012/2013

JADUAL 8: Pengangkutan
Tajuk Tesis
1- Kepentingan Sistem Pengangkutan Keretapi
Tanjong Malim
2- Perkembangan Sistem Pengangkutan di Pasir
Mas
3- Pengangkutan Darat di Kuala Lumpur

Skop Tahun

Sesi

1900-1980

2011/2012

1957-1990

2011/2012

1860
1960

2012/2013

hingga

14

Selain itu, terdapat pelbagai isu turut diperkatakan antaranya ialah mengenai isu
perceraian (no. 5 dan 7), perubatan tradisional dan penyakit (no. 4 dan 8), kajian teks
pensejarahan Melayu (no.2), Laporan Jawatankuasa Kabinet (no.1), undang-undang Buang
Negeri (no.3), seni bina (no. 6) dan peranan wanita (no.9). Untuk maklumat terperinci mengenai
tajuk-tajuk yang berkaitan sila lihat Jadual 9.

JADUAL 9: Lain-Lain Tema
Tajuk Tesis
1- Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 dan Akta
Pendidikan 1996.
2- Teks Kisah Pelayaran Abdullah dan masyarakat
Melayu Kelantan
3- Undang-Undang Buang Negeri
4- Perubatan Tradisional Abu Dakam bin Ahmad
5- Perceraian dalam Kalangan Masyarakat Melayu
di Bachok, Kelantan
6- Seni bina rumah panjang masyarakat Iban di
Sarawak
7- Perceraian dalam Kalangan Masyarakat Islam di
Pasir Putih, Kelantan
8- Malaria di Ulu Kelantan
9- Peranan dan Sumbangan Wanita dalam bidang
Pendidikan dan Dakwah di Daerah Pendang

Skop Tahun

Sesi
2009/2010
2009/2010

1940-1948
(1970-an-1990an)
(2005-2010)

2010/2011
2010/2011

1963-2010

2011/2012

(1980-2000)

2012/2013

1955-1980.
(1930-1970)

2012/2013
2012/2013

2011/2012

Kesimpulan
Selain tema-tema yang telah dibincangkan, saya mencadangkan agar skop penyelidikan
diperluaskan kepada berbagai bidang. Tema wanita salah satu daripadanya. Para pelajar perlu
digalakkan agar mengkaji mengenai;

15

1- Pekerjaan/gunatenaga wanita dan sumbangan kepada isi rumah
2- Wanita bekerja dan kesan terhadap rumahtangga
3- Penglibatan wanita luarbandar dalam industri
4- Penghijrahan luar Bandar
5- Peniaga-peniaga kecil wanita
6- Peranan wanita dalam pembangunan luar Bandar
7- Usahawan wanita
8- Moral, akhlak dan sosial wanita Islam
9- Kedudukan dan peranan wanita Islam
10- Kekeluargaan
11- Politik dan Kepimpinan
12- Hal-hal wanita dan perlindungan undang-undang keluarga Islam
13- Lain-lain
a. Wanita dan Akhlak
b. Wanita dan Demografi
c. Wanita dan Genetik
d. Wanita dan Islam
e. Wanita dan Kedudukan/Peranan
f. Wanita dan Keluarga
g. Wanita dan Kepenggunaan
h. Wanita dan Kesusasteraan
i. Wanita dan Komunikasi
j. Wanita dan Pekerjaan
k. Wanita dan Pembangunan
l. Wanita dan Perniagaan
m. Wanita dan Perubatan
n. Wanita dan Politik/Kepimpinan
o. Wanita dan Psikologi
p. Wanita dan Sosial
q. Wanita dan Sukan
r. Wanita dan Undang-Undang
Usaha perlu diambil untuk mendokumentasikan hasil-hasil kajian pelajar. Sekurang-kurangnya
langkah perlu diambil untuk menghasilkan satu pengkalan data atau bank maklumat yang
lengkap dan terkini mengenai penyelidikan dalam kalangan pelajar yang diusahakan di Fakulti
Sains Kemanusiaan amnya dan Jabatan Sejarah khasnya.

16

17