PEMAKANAN LABU AIR CUCURBITA LAGENARIA L

PENYELIDIKAN TENTANG

MAKANAN
PERSPEKTIF NABAWI DAN
SAINTIFIK

Editor:

MOHD YAKUB @ ZULKIFLI MOHD YUSOFF
KHADHER AHMAD
MONIKA @ MUNIRAH ABD RAZZAK

2016

PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN: PERSPEKTIF NABAWI DAN SAINTIFIK

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua
bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan
sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih
dahulu.


Penyelidikan Tentang Makanan: Perspektif Nabawi Dan Saintifik
Cetakan Pertama 2016

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ISBN: 978-967-5534-52-2

Editor:

Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Khadher Ahmad & Monika @ Munirah
Abd Razzak

Buku ini disusun atur dengan menggunakan font Times New Roman dan
Traditional Arabic

Diterbitkan oleh:


Dengan kerjasama :

Jabatan al-Quran dan al-Hadith
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur.
Emel: api_quran@um.edu.my
Tel: +603-79676046
Faks: +603-79676143

Center for Natural Product Research
& Drug Discovery (CENAR)
University of Malaya
50603 Kuala Lumpur
Tel : 03-79674064
Faks : 03-79674193
Website: cenar@um.edu.my

ii




 SENARAI KANDUNGAN



SENARAI KANDUNGAN
PRAKATA

v
viiii

BAB I
Halaman
PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN
BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
1. PEMAKANAN LABU AIR (CUCURBITA LAGENARIA
3-16
L.)
DARI

PERSPEKTIF
HADITH:
ANALISIS
TERHADAP MANFAAT DARI SUDUT SAINS
KESIHATAN
Ahmad Za’im Sabirin Mohd Yusoff, Khadher Ahmad,
Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Monika @ Munirah
Abd Razzak
2.

LAWSONIA INERMIS LINNAEUS (INAI) DALAM
AGAMA ISLAM DAN TRADISI SERTA PENEMUAN
SAINTIFIK
Muhammad Remy Othman, Mohd Farhan Md Ariffin,
Nooraqilah Che Rozenan, Hazrina Hazni, Mohd Rais
Mustafa, Khalijah Awang, Rozana Othman

17-34

3.


INTERVENSI PENEMUAN SAINTIFIK DALAM ALQURAN DAN AL-SUNNAH: TINJAUAN TERHADAP
PERSEPSI KESARJANAAN
Selamat Amir, Ahmad Bazli Ahmad Hilmi

35-46

4.

ASPEK PENYEDIAAN PEMAKANAN MENURUT
PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH: SATU TINJAUAN
AWAL
Siti Sarah Izham, Khadher Ahmad, Mohd Yakub @ Zulkifli
Mohd Yusoff

47-56

5.

DETERMINATION OF THE CONCENTRATIONS OF

TOTAL
REDUCING
SUGARS
AND
TRACE
ELEMENTS IN DIFFERENT TYPES OF DATES
Ayman Ahmed Alkhidir Jacknoon

57-69

PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN: PERSPEKTIF NABAWI DAN SAINTIFIK

BAB II
Halaman
MANFAAT DAN KELEBIHAN PENEKANAN
TERHADAP SUNNAH DALAM ASPEK PEMAKANAN
6. RAWATAN HERBA DALAM MENGUBATI PENYAKIT
73-86
FIZIKAL: ANALISIS MENURUT AL-SAHIHAYN
Khairunnisa Mohamed Yusoff, Khadher Ahmad, Mohd

Farhan Md Ariffin, Mohamad Zaim Isamail
7.

KLASIFIKASI SAYUR-SAYURAN DALAM ALQURAN DAN KHASIAT PEMAKANANNYA
Monika @ Munirah Abd Razzak, Mohd Asmadi Yakob,
Nik Mohd Zaim Ab Rahim

87-106

8.

PRELIMINARY REPORT ON SUITABILITY OF
SUNNAH NABAWI FOOD IN FULFILLING THE
CRITERIA OF CONVENTIONAL DIETS FOR
CHILDREN WITH AUTISM
Feezyha Azmi, Siti Patonah Mohamad, Nazean Jomhari,
Noor Naemah Abdul Rahman, Mohd Yakub@Zulkifli
Mohd Yusoff, Durriyyah Sharifah Hasan Adli

107-115


9.

BAB III
Halaman
BENTUK-BENTUK SALAH FAHAM,
PENYELEWENGAN DAN KESAN TERHADAP
PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM
ASPEK PEMAKANAN
SALAH FAHAM DALAM AMALAN PEMAKANAN 119-128
KURMA MENURUT AL-QURAN DAN AL-HADITH:
PENILAIAN TERHADAP TERJEMAHAN MAKNA
KALIMAH AL-RUTAB DAN AL-TAMR
Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Selamat Amir, Zulkarnin
Zakaria

10. PENYALAHGUNAAN SUNNAH NABI DALAM
PELABELAN DAN PROMOSI PRODUK HALAL
Mohd Izzat Abd Shukur, Mohd Farhan Md Ariffin, Mohd
Anuar Ramli, Ahmad Rozaini Ali Hasan


129-138

11. LEGAL ISSUES IN SUNNAH FOOD LABELING.
WHAT’S IN A NAME?
Sayidah Asma Basir, Muhammad Remy Othman, Khadher
Ahmad

139-157

iv

BAB IV
Halaman
CADANGAN DAN RUMUSAN
DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN
ISTILAH SUNNAH DALAM PEMAKANAN
12. PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN 161-170
APLIKASI PRINSIP ‘UMUM AL-BALWA: SATU
TINJAUAN

Mohd Farhan Md Ariffin, Muhammad Ikhlas Rosele, Muhd
Afiq Abd Razak, Mohd Anuar Ramli
13. TUMBUHAN INAI DALAM AL-QURAN DAN
HADITH: MANFAAT DAN CADANGAN LANJUTAN
BERASASKAN PENYELIDIKAN SEMASA
Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin, Monika @
Munirah Abd Razzak, Nurulwahidah Fauzi, Mohd Asmadi
Yakob

171-194

14. BUDAYA MAKANAN DAN PEMAKANAN HALAL
DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Mohd Anuar Ramli, Mohammad Aizat Jamaludin

195-206

15. A STUDY OF MALAYSIAN EDUCATION AND
PURCHASING PATTERNS ON PROPHETIC FOODS

Asmaddy Haris, Aimi Fadzirul Kamarubahrin

207-216



PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN: PERSPEKTIF NABAWI DAN SAINTIFIK





vi








BAB PERTAMA 
PENYELIDIKAN TERHADAP
ASPEK PEMAKANAN
BERASASKAN KEPADA
AL-QURAN DAN AL-SUNNAH



PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH



2

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

PEMAKANAN LABU AIR (CUCURBITA LAGENARIA L.) DARI
PERSPEKTIF HADITH: ANALISIS TERHADAP MANFAAT DARI
SUDUT SAINS KESIHATAN
Ahmad Za‘im Sabirin Mohd Yusoff1, Khadher Ahmad2, Mohd Yakub @ Zulkifli
Mohd Yusoff3, Monika @ Munirah Abd Razzak4



Abstrak
Perbincangan tentang labu menurut perspektif sunnah dapat dirujuk
melalui hadith dan kajian saintifik khususnya dalam menjelaskan
manfaatnya terhadap kesihatan manusia. Pemahaman yang jelas
mengenai pemakanan labu amat penting bagi membuktikan
kebenaran kata-kata Rasulullah SAW dan kaedah pemakanan labu
yang dijelaskan dalam hadith bagi mencegah dan merawat penyakit.
Kajian ini memfokuskan kepada analisis terhadap 115 hadith
mengenai labu dalam al-Kutub al-Sittah. Melalui metode analisis
induktif dan deduktif, kajian ini memfokuskan perbincangan
terhadap pelbagai aspek yang berkaitan labu. Hasil kajian mendapati
bahawa labu air (Cucurbita lagenaria L.) adalah salah satu makanan
kesukaan Rasulullah SAW. Baginda menyukai buah labu air kerana
sifatnya yang sejuk dan menyejukkan badan selain boleh merawat
penyakit demam panas, leukimia, hypertension, diarrhea,
anthelmintic, diabetes, insomnia, kanser prostat dan rheumatism.
Kata kunci: Lagenaria L., Cucurbitaceace, Manfaat, Sains
Kesihatan, al-Kutub al-Sittah
Pengenalan
Labu berasal daripada keluarga Cucurbitaceace. Keluarga ini terdiri daripada 90
genera dan melebihi 700 spesies yang ditanam di setiap pelosok dunia. Namun,
kebanyakan spesies ini mati dalam cuaca sejuk. Hanya yang mampu bertahan
dengan suhu yang panas sahaja masih hidup dan membesar di kawasan tropika
yang dimakan sebagai sayuran atau pencuci mulut. Kebanyakan labu dihasilkan
dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan penduduk setempat dan tidak
dieksport ke pasaran yang lebih besar sehingga hanya sesetengah spesies labu
sahaja dikenali.
1

2

3

4

Pembantu Penyelidik Projek Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM),
50603, Kuala Lumpur. E-mel: sabirinyusoff92@gmail.com.
Pensyarah Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala
Lumpur.
Profesor dalam bidang tafsir di Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
(UM), 50603 Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan, Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala
Lumpur.

3

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Sesetengah spesies labu mempunyai khasiat yang baik untuk diet
seharian. Buah labu digunakan dalam makanan sama ada ianya dimakan secara
mentah, dimasak, dibuat jeruk, dijadikan sebagai manisan, dikeringkan atau
dijadikan sebagai sos dan dimasukkan dalam masakan kari. Sebahagian spesies
labu mempunyai kulit yang keras apabila kering digunakan sebagai bekas
makanan dan minuman, alat muzik, dijadikan hiasan dan sebagainya.
Terminologi Labu
Terdapat tiga terminologi bahasa Arab yang merujuk kepada labu iaitu al-Yaq īn
(‫)اليَ ْق ِطيْن‬, al-Qar‘ (‫ )القَ ْرع‬dan al-Dubbā’ (‫)الدباء‬. Al-Quran menggunakan lafaz alYaq īn manakala hadith pula menggunakan perkataan al-Qar‘ dan al-Dubbā’
yang merujuk kepada labu.
Labu Dalam al-Quran
Lafaz Yaq īn tercatat sekali di dalam al-Quran dalam kisah Nabi Yunus AS.
Kisah Nabi Yunus AS tercatat dalam Surah al- aff t, ayat 139-148:
               
                 
                
      

Terjemahan: Sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami)
yang diutus. (Ingatkanlah peristiwa) ketika dia melarikan diri ke kapal
yang penuh sarat. (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun
turut mengundi, lalu menjadilah dia dari orang-orang yang kalah yang
digelungsurkan (ke laut). Setelah itu dia ditelan oleh ikan besar, sedang dia
berhak ditempelak. Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang
sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih). Tentulah dia akan
tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar
dari kubur. Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah
yang tandus (di tepi pantai), sedang dia berkeadaan sakit. Dan Kami
tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada
(kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih. (Setelah berlaku apa yang
berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati
kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masingmasing).

4

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Menurut Ibn Man ūr5, perkataan Yaq īn merujuk kepada semua jenis
tumbuh-tumbuhan yang tidak mempunyai batang seperti pokok al-Dubbā’, alQar‘, al-Bi īkh6, al- anẓal7, dan al-Qiththā’ (timun). Al-Sudd mengatakan
perkataan Yaq īn adalah sama makna dengan al-Qar‘ iaitu labu. Orang Arab pula
memanggilnya dengan nama al-Dubbā’8. Ibn al-Qayy m al-Jawziyy h
menjelaskan bahawa perkataan Yaq īn bermaksud pokok labu, manakala
perkataan al-Qar‘ dan al-Dubbā’ pula bermaksud buah labu.9
Labu Dalam al-Kutub al-Sittah
Hadith-hadith berkaitan labu banyak disebutkan dalam al-Kutub al-Sittah iaitu
sebanyak 115 hadith termasuk jumlah hadith yang berulang. Jadual 1.0
menunjukkan taburan hadith-hadith berkaitan labu dalam al-Kutub al-Sittah.
Jadual 1.0. Taburan Hadith-Hadith Berkaitan Labu Secara Umum Dalam al-Kutub al-Sittah
(Termasuk Jumlah Hadith Berulang)

Bil.
1.

Hadith Dalam
al-Kutub al-Sittah
B M AD T N IM

Matan Hadith

ِ
َِ ََ‫تَ َم َع‬
ََ‫بَ ُخبْ َزََ َشعِيََ َوَمََرقًاَفِ ِيه‬
ََ ‫بََفَ َقر‬
َُ ْ‫َفَ َذ َهب‬،ُ‫صنَ َعه‬
َ ََ‫ أَنََ َخياطًاَ َد َعاَالنِبََلطَ َعام‬23 32
ِِ ‫الن‬
.َ‫ُدَءََ َوقَ ِديد‬

8

4 41 7

Singkatan Abjad: B (al-Bukh r ẓ, M ẒMuslimẓ, AD ẒAbū D wudẓ, T ẒTirm dh ẓ, N Ẓal-Nas ’ ẓ,
dan IM ẒIbn M jahẓ

Hadith berkaitan labu disebutkan sebanyak dua puluh tiga [23] hadith
dalam a
al-Bukh r iaitu satu [1] hadith dalam Kit b al-Buyū‘, B b alKhayy , no.hadith 2092, tujuh [7] hadith dalam Kit b al-A ‘imah, B b Man
Tatabba‘ Haw lai al-Qa ‘ah Ma‘a a bih Idh Lam Ya‘rif Minh Kar hiyah,
no.hadith 5379, B b al-Thar d, no.hadith 5420, B b al-Dubb ’, no.hadith 5433,
B b Man A f Rajul Il a‘ m wa Aqbal Huwa ‘Al ‘Amalih, no.hadith 5435,
B b al-Maraq, no.hadith 5436, B b al-Qad d, no.hadith 5437, B b Man N wal
Aw Qaddam Il
ibih ‘Al al-M ’idah Shai’ , no.hadith 5439, satu [1] hadith
dalam Kit b al- m n, B b Ad ’ al-Khums Min al- m n, no.hadith 40, satu [1]
hadith dalam Kit b al-‘Ilm, B b Ta ri al-Nabiyy SAW Wafd ‘Abd al-Qais ‘Ala
An Ya fa ū al- m n wa al-‘Ilm wa Yukhbirū Man War ’ahum, no.hadith 87,
satu [1] hadith dalam Kit b Maw q al- ol h, B b Qawl All h Ta‘ l : Mun b n
Ilaih wa Ittaqūh wa Aq mū al- ol h wa La Takūnū Min al-Mushrik n [alRūm:31], no.hadith 523, satu [1] hadith dalam Kit b al-Zak h, B b Wujūb alZak h, no.hadith 1398, satu [1] hadith dalam Kit b Far al-Khams, B b Ad ’ alKhums min al-D n, no.hadith 3095, dua [2] hadith dalam Kit b al-Man qib, B b
al-Man qib, no.hadith 3492, B b Ẓ5ẓ, no.hadith 3510, dua [2] hadith dalam Kit b
5
6

7
8

9

Ibn Man ūr, Lis n al-‘Arab ẒKaherah: D r al-Ma‘ rif, 1996ẓ, 11:233.
Buah tembikai atau buah semangka. Lihat Dr. Abu Abdullah Hanafi Hj Dollah et al. Kamus Kontekstual Lengkap
Al-Khalil, (Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sendirian Berhad, 2006), 41.
Sejenis buah labu yang pahit. Lihat Ibid., 130.
Abū Ja‘afar al- ab r , Mu ammad bin Jar r bin Yaz d bin Kath r bin Gh lib al- mil , J mi‘ al-Bay n f Ta’w l alQur n. ed. A mad Mu ammad Sh kir ẒKaherah: Mu’assasah al-Ris lah, 2000ẓ 21:114.
Ibn Qayyim al-Jawziyy t, Mu ammad bin Abū Bakr, Al- ib al-Nabaw y, ed. Sa‘ d Mu ammad ‘Abd Kh liq
ẒBeirut: D r al-Fikr, 1957) 4:404.

5

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

al-Magh z , B b Wafd ‘Abd al-Qais, no.hadith 4368 dan 4369, tiga [3] hadith
dalam Kit b al-Ashribah, B b al-Khamr Min al-‘Asal wa Huwa al-Bit‘u,
no.hadith 5587, B b Tarkhi al-Nabiyy SAW f al-Aw‘iyah wa al- urūf ba’d alNahy, no.hadith 5594 dan 5595, satu [1] hadith dalam Kit b al-Adab, B b Qawl
al-Rajul Mar ab , no.hadith 6176, satu [1] hadith dalam Kit b Akhb r ald,
B b Wa h al-Nabiyy SAW Wufūd al-‘Arab an Yuballighū man War ’ hum,
no.hadith 7266 dan satu [1] hadith dalam Kit b al-Taw d, B b Qawl Allah
Ta‘ l : Wa Allah Khalaqakum wa Ma Ta‘malūn, no.hadith 7556.
Dalam a
Muslim didapati sebanyak tiga puluh dua [32] hadith
berkaitan labu iaitu dua [2] hadith dalam Kit b al-Ashribah, B b Jaw z Akl alMaraq wa Isti b b Akl al-Yaq n wa th r Ahl al-M ’idah Ba‘ ihim Ba‘ wa In
K nū if n Idh Lam Yakrah Dh lik
ib al- a‘ m, no.hadith 144 dan 145,
lima [5] hadith dalam Kit b al- m n, B b al-Amr bi al- m n bi All h wa Rasūlih
wa Shara’i‘ al-D n Ilaih wa al-Su’ l ‘Anh wa if ih wa Tabl ghih Man Lam
Yablighuh, no.hadith 23 , 24 , 25 , 26 dan 28, dua puluh lima [25] hadith dalam
Kit b al-Ashribah, B b al-Nahy ‘An al-Intib dh F al-Muzaffat wa al-Dubb ’ wa
al-Naq r wa Bay n Annah Mansūkh wa Annah al-Yawm al l Ma Lam Ya ir
Muskir , no.hadith 30, 31, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 44, 45, 46, 48, 51,
52, 53, 54, 55, 57, 58, 59, 60, dan satu [1] hadith yang tidak diwakili sebarang
nombor.
Labu turut disebutkan dalam Sunan Abū D wud sebanyak lapan [8]
hadith iaitu satu [1] hadith dalam Kit b al-A ‘imah, B b F Akl al-Dubb ’,
no.hadith 3782 dan baki tujuh [7] hadith lagi disebutkan dalam Kit b alAshribah, B b F al-Aw‘iyah, no.hadith 3690, 3692, 3693, 3695, 3696, 3697 dan
3700.
Sebanyak empat [4] hadith disebutkan dalam J mi‘ al-Tirm dh iaitu dua
[2] hadith dalam Kit b Abw b al-A ‘imah, B b M J ’a F Akl al-Dubb ’,
no.hadith 1839 dan 1850, satu [1] hadith dalam Kit b Abw b al-Ashribah, B b
Ma J ’a F Kar hiyah An Yanbidh F al-Dubb ’ wa al-Naq r wa al- antam,
no.hadith 1868 dan satu [1] lagi hadith disebutkan dalam Kit b al-‘Ilal, tanpa
dinyakan nama B b dan no.hadith.
Manakala dalam Sunan al-Nas ’ pula disebutkan sebanyak empat puluh
satu [41] hadith iaitu satu [1] hadith dalam Kit b al-Jan ’iz, B b Taswiyah alQubūr Idh Rufi‘at, no.hadith 2035, satu [1] hadith dalam Kit b al- m n wa
Syar ’i‘ih, B b Dhikr Sya’b al- m n, no.hadith 5034, tiga [3] hadith dalam Kit b
al-Z nah, B b Kh tim al-Dhahab, no.hadith 5172, 5173 dan 5174, tiga puluh
enam [36] hadith lagi dalam Kit b al-Ashribah, B b Ta r m al-Khamr, no.hadith
5550, 5551, 5559, 5592, 5593, 5613 dan 5615, B b Al-Nahy ‘an Nab dh al-Jarr
Mufrad , no.hadith 5618, 5626, 5627, 5628, 5629, 5630, 5631, 5632, 5633, 5634,
5635, 5636, 5637, 5638, 5639, 5640, 5641, 5642, 5643, 5646, 5637, 5648, 5650,
5651, 5652, 5658, 5681, 5684 dan 5695.

6

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Dalam Sunan Ibn M jah pula hanya terdapat tujuh [7] hadith sahaja
berkaitan labu iaitu tiga [3] hadith dalam Kit b Abw b al-A ‘imah, B b alDubb ’, no.hadith 3302, 3303 dan 3304, empat [4] lagi hadith disebutkan dalam
Kit b Abw b al-Ashribah, B b Al-Nahy ‘an Tanb dh al-Aw‘iyah, no.hadith
3401, 3402, 3403 dan 3404.
Labu Menurut Perspektif Saintifik
Morfologi Dan Habitat Tanaman Cucurbita lagenaria L.
Cucurbita lagenaria L. adalah salah satu famili tumbuhan Cucurbitatceace
daripada genus Lagenaria Ser . Pokok Cucurbita lagenaria L. adalah jenis
pemanjat dengan batang yang mempunyai jalur-jalur panjang dan sulur yang
kuat. Sulur biasanya terbahagi kepada dua, satu lebih panjang daripada yang satu
lagi. Daunnya ringkas, susunan berselang-seli, membulat bujur, ukuran garis
pusat hingga 30cm, dan mempunyai 5 hingga 9 cuping kecil, berbulu serta
berbau. Tangkai daun berukuran sehingga 20cm panjang. Bunganya tumbuh pada
ketiak daun secara tunggul, berwarna putih dan ukuran garis pusat sehingga
12cm. Isi buahnya berwarna putih dan bertekstur lembut. Buahnya mempunyai
pelbagai saiz dan bentuk, kebanyakannya adalah bulat seperti bentuk air, panjang
sehingga 1m atau lebih. Buah yang sudah matang atau tua mempunyai kulit yang
keras dan tahan lama.

Rajah 1.0. Gambar pokok Cucurbita lagenaria L.

Cucurbita lagenaria L. dikatakan berasal dari kawasan tropika Afrika dan
sekarang mempunyai taburan di keseluruhan kawasan tropika dunia. Ia juga telah
lama ditanam di Asia dan juga Amerika.
Cucurbita lagenaria L. ditanam secara biji dan bercambah antara lima
hingga tujuh hari selepas disemai. Dua minggu selepas itu pokok mula memanjat
di mana pemanjangan berlaku pada kadar yang laju. Kadar pertumbuhan akan

7

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

menjadi lambat apabila ia mula berbunga iaitu antara 55 hingga 65 hari selepas
disemai. Pokok akan terus berbunga selama enam hingga tujuh bulan. Nisbah
bunga betina dengan bunga jantan menjadi lebih tinggi dalam keadaan cuaca
yang lebih sejuk. Bilangan bunga jenis betina sangat berkurangan jika lebih
daripada dua atau tiga labu air dibiarkan menjadi matang dan masak. Buah yang
sentiasa dipetik semasa ia masih muda akan menggalakkan tahap penghasilan
buah yang baru dan memanjangkan jangka masa penghasilan.
Tanah yang terlalu lembap menyebabkan pokok Cucurbita lagenaria L.
lebih mudah diserang penyakit, terutamanya penyakit busuk batang iaitu penyakit
utama yang dihasilkan oleh kulat dan virus. Serangga perosak pula terdiri
daripada penghisap cecair, pemakan buah dan penebuk daun10.
Sinonim dan Nama Vernacular
Cucurbita lagenaria L. adalah sinomin dengan nama Lagenaria vulgaris, L.
leucantha , dan Lagenaria siceraria (Molina) Standl.11 iaitu labu air12. Ianya
dikenali dengan pelbagai nama dalam bahasa vernakular. Jadual 1.1
menunjukkan kepelbagaian nama dalam bahasa vernakular13 bagi Cucurbita
lagenaria L.
Jadual 1.1. Nama-nama Cucurbita lagenaria L dalam bahasa vernakular

Bil. Bahasa Vernakular
1.
Malaysia
2.

Inggeris

3.
4.
5.

Perancis
Indonesia
Papua New Guinea

6.

Filipina

7.
8.

Kemboja
Laos

9.

Thailand

10.
11.
12.

Vietnam
Sepanyol
Cina

Nama
Labu air, Labu botol, Labu manis
Bottle gourd, Trumpet gourd, Calabash gourd,
White-flowered gourd14
Courge bouteille, Calebasse/Calabassier
Labu air, Labu putih, Kukuk (Jawa Barat)
Air wara, Sel kambang
Talagay, Cucuzzi, Zucca melon, Upo (Tagalog),
Tabungaw (Ilocano), Kalubay (Bisaya)
Khlôôk
Namz taux
Khi-luu-saa (Karen), Namtou (bandar Thailand),
Manamtao (utara Thailand)
B[aa][uf]
Cojombro, Guiro amargo
Mo kwa, Oo lo kwa

Sumber: Plant Resources of South-East Asia15 dan Vegetables in The Tropics16
10

11

12
13

14

15

Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd, 2003), 60.
Siemonsma, J. S. dan Piluek, Kasem. Plant Resources of South-East Asia 8. (Netherlands: Pudoc Scientific
Publishers, 1993). 190.
Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan. 60.
Bahasa vernakular ialah bahasa yang dipertuturkan oleh golongan atau kaum tertentu. Lihat Kamus Dewan Edisi
Keempat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005ẓ, 432, entri “vernakular.”
Whitaker, Thomas W. dan Davis, Glen N. Cucurbits Botany, Cultivation, and Utilization. (New York: Interscience
Publishers, Inc., 1962) 55.
Siemonsma, J. S. dan Piluek, Kasem. Plant Resources of South-East Asia 8. 190.

8

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Kandungan Nutrisi Cucurbita lagenaria L.
Labu air atau Cucurbita lagenaria L. mengandungi nutrisi dan kimia yang
berbeza-beza pada buah, kulit buah, biji benih dan daun.
1.
Buah
Buah labu air mengandungi 2.5% karbohidrat, 0.2% protien, 0.1% lemak
(termasuk yang diekstrak), 0.6% serat, 0.5% bahan mineral, 98.9°F) atau suhu badan seseorang di waktu petang melebihi 37.7°C (>99.9°F)
dan perbezaan suhu sepanjang hari 0.5°C (0.9°F). Oleh itu, demam haruslah
diukur menggunakan thermometer bagi mendapatkan bacaan suhu tubuh.
Buah labu bersifat analgesik iaitu bertindak sebagai ubat yang dapat
meredakan rasa sakit tanpa mengakibatkan hilangnya kesedaran. Hal ini berlaku
kerana isi buah labu mengandungi vitamin C yang menguatkan sistem imunisasi
badan terutamanya apabila dimakan semasa demam.24 Vitamin C adalah vitamin
larut air juga dikenali sebagai Ascorbic Acid membantu mengawal dan
mengurangkan selsema.25
2.
Barah Darah (Leukimia)
Leukimia ialah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan
tidak matang ini terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sumsum tulang. Sel
darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang
berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Gejalanya
ialah lemah dan letih lesu, kurang selera makan dan kurang berat badan, bengkak
dan gusi berdarah, sakit kepala, bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran
hati, limfa dan lain-lain.26
Leukemia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam
sum-sum tulang. Sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit
Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu. Sel-sel tidak matang
dan terus membahagi dan membiak. Ia adalah sebahagian daripada kumpulan
penyakit yang dikenali sebagai neoplasma hematologi (Hematological
Neoplasm).
Penyakit leukimia berlaku disebabkan kekurangan komposisi nutrisi dan
kimia dalam tubuh badan kerana kurang pengambilan buah-buahan dan sayursayuran dalam diet seharian. Buah labu adalah salah satu sayur yang mampu
mencegah dan merawat penyakit Leukimia kerana isi buahnya mengandungi
23

24

25

26

Zubaidi Hj Ahmad, “Apakah Punca Demam?”, laman sesawang drzubaidi.com, dicapai pada 18 Disember 2015,
http://drzubaidi.com/blog/apakah-punca-demam/
Muhammad Akhbar Abdullah, “Manfaat Vitamin C: Berapa Dos Yang Diperlukan Sehari?”, laman sesawang
Healthmassa, dicapai pada 18 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/manfaat- vitamin-c-berapa-dos-yangdiperlukan-sehari/
Norman, “Vitamin C: Fungsi dan Kelebihannya”, laman sesawang Dr Norman-Live to Serve!, dicapai pada 18
Disember 2015, http://doknorm.blogspot.my/2012/08/vitamin-c-fungsi-dan- kelebihannya.html
Faszly Rahim, Wan Nasyruddin Wan Abdullah dan Aminah Abdullah, Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam
(cet. ke-1, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd., 2015), 153.

11

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

bahan antioksidan yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh
dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik
seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dan sebagainya.
3.
Hipertensi
Hipertensi (Hypertension ) atau darah tinggi merujuk kepada tahap tekanan darah
yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik. Pesakit yang
mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi
140/90mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi. Dengan
kata lain, penyakit darah tinggi atau hipertensi merupakan satu tekanan di dalam
sistem pengaliran darah yang membolehkan darah mengalir daripada jantung
melalui arteri terus ke vena dan kembali ke jantung.27
Pesakit darah tinggi digalakkan memakan buah labu air yang telah direbus
tanpa kulit bagi mengurangkan tekanan darah tinggi. Hal ini kerana pengambilan
buah labu air dalam diet seharian mengurangkan tekanan darah dalam arteri dan
kadar jantung.28
4.
Diarea
Diarrhea ialah diarea iaitu keadaan yang dicirikan sebagai penyakit buang air
besar (najis cair) yang terlalu kerap pengulangannya. Diarea lebih dikenali
dengan penyakit cirit-birit. Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi gejala
kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam
pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya
akan terhenti selepas rawatan simptomatik diberi serta-merta. Bagi orang dewasa,
keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, jika
penghidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.
Menurut Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, buah labu bersifat sejuk dan
lembap. Isi buah labu adalah lembut dan empuk serta cepat kesannya. Buktinya,
buah labu mampu melegakan perut yang sakit kerana buah labu mudah
meninggalkan perut walaupun belum hancur sempurna. Sekiranya buah labu
direbus dan airnya dicampur dengan madu akan menghasilkan banyak cairan
tubuh yang membantu proses pembuangan najis.
Antara masalah utama berlaku diarea ialah masalah kekurangan beberapa
jenis vitamin seperti vitamin B, asid folic, vitamin B-complex, thiamine, vitamin
D, kalsium, protien dan tenaga yang menyebabkan masalah darah yang tidak
sihat, kebas-kebas anggota kaki dan tangan, terencat perkembangan tulang dan
sebagainya.

27
28

Nurul Syafiqah, Soal Jawab Penyakit (Selangor: Era Ilmu Sdn. Bhd., 1995), 47.
Vishal Ramhari Mali dan Subhash Laxaman Bodhankar, Effect of Lagenaria siceraria (Ls) Powder on
Dexamethasone Induced Hypertension in Rats,

12

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

5.
Kecacingan (Anthelmintic)
Secara ringkas, tanda-tanda kecacingan bergantung kepada jenis cacing yang
terlibat dan bagaimana cacing ini boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada
perumah. Secara umumnya, terdapat tiga jenis cacing iaitu; [Pertama] Cacing
kerawit (ancylosotomadoedenali necator americanus) yang boleh menyebabkan
anemia, tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal
dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing. [Kedua] Cacing gelang (ascaris
lumbricoides, ascaris suum) yang menyebabkan sakit perut, cirit-birit, saluran
pemakanan tersumbat dan tindak balas alergi. [Ketiga] Cacing rambu (Enterobius
vermicularis) yang menghalang makanan daripada dihadamkan dengan
sempurna, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak
cukup tidur dan aktiviti menggaru boleh menyebabkan jangkitan.
Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Amit Kumar yang
menggunakan sebatian daun labu air yang telah dikeringkan dan dikisar lumat
sebelum dicampur dengan air dan methanol menunjukkan aktiviti anthelmintic
yang mampu melumpuhkan cacing seterusnya membunuhnya dalam perut.
Cacing-cacing tersebut dibuang dari perut melalui dubur semasa proses
pembuangan najis besar.29
6.
Diabetes
Diabetes ialah keadaan yang dicirikan dengan perembesan dan perkumuhan air
kencing yang berlebihan yang dikenali dengan penyakit kencing manis. Penyakit
diabetes ialah sejenis penyakit di mana terdapat paras kandungan gula yang
sangat tinggi dalam darah seseorang yang menghidapinya. Kandungan gula yang
tinggi yang melebihi paras normal ini menjelma dalam air kencing.
Penyakit kencing manis berpunca apabila tubuh seseorang itu tidak
mengimbangi tahap gula dalam badannya disebabkan kurang insulin atau
kurangnya keberkesanan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas. Oleh itu tisu
tidak boleh menyerap gula dan menyebabkan tahap gula dalam darah menjadi
tinggi. Dalam keadaan ini, gula tersebut akan ditapis keluar oleh buah pinggang
dan keluar bersama air kencing. Selalunya pesakit kecing manis akan diperiksa
air kencingnya bagi menentukan tahap gula di dalamnya. Lazimnya, jika tahap
gula dalam darah tinggi, tahap gula dalam air kencingnya juga tinggi.
Pokok labu air sering digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun
temurun di kebanyakan negara bagi mengubati penyakit diabetes mellitus. Satu
kajian yang telah dijalankan dalam makmal menggunakan pucuk daun labu air ke
atas sekumpulan tikus yang dijangkiti penyakit diabetes. Hasil kajian memdapati
bahawa pucuk daun labu air membantu mengawal tahap gula dalam darah tanpa

29

Amit Kumar dan Sangh Partap, In Vitro Anthelmintic Activity of Lagenaria siceraria Leaves in Indian Adult
Earthworm, Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry bil 1:4, dicapai pada 3 Januari 2015.
http://www.phytojournal.com/vol1Issue4/Issue_nov_2012/5.1.pdf

13

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

menghasilkan hypolycemia disebabkan kandungan flavonoid dan polyphenolic
yang terdapat pada pucuk daun tersebut.30
7.
Insomnia
Insomnia ialah ketidakupayaan tidur iaitu ketidakupayaan tidur selama tempoh
yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya
menutup mata atau ‘merehatkan minda’ melebihi beberapa minit.
Menurut Dr Muhammad Akbar Abdullah31, sekiranya anda susah untuk
melelapkan mata atau mengekalkan tidur yang lena, ini bermakna anda
mempunyai penyakit insomnia. Insomnia berlaku disebabkan oleh tekanan emosi,
tekanan hidup seperti kematian orang tersayang, dibuang kerja dan sebagainya,
suasana yang tidak tenteram seperti bunyi yang bising, lampu yang terang di
kamar tidur, waktu tidur yang tidak teratur terutama bagi golongan pekerja yang
berkerja mengikut shif, kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit seperti heartburn,
lelah, migrain, arthritis dan sebagainya. Minda yang terlalu aktif serta sakit
fizikal juga boleh menjadi puncanya. Sekiranya tidak dibendung, insomnia boleh
menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mengantuk semasa berjaga,
sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugasan, sakit atau pening
kepala, letih, kemurungan, kurang selera makan dan naik berat badan.
Insomnia berlaku adalah disebabkan kekurangan vitamin B1 atau tiamin
yang akan membuat hilangnya nafsu makan, gangguan pencernaan, sembelit,
lemah otot, denyut nadi lebih lambat, depresi dan mudah tersinggung.
Berdasarkan fakta farmakologi, buah labu mengandungi vitamin B1 atau tiamin
yang membantu mengatasi masalah gangguan tidur atau insomnia.
8.
Kanser prostat
Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis, di depan
rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub
yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat
ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi,
menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar
bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH).
Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai
dengan kanser prostat.32
Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam
kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan
lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan mungkin
30

31

32

Prerona Saha, Upal K. Mazumder, Pallab K. Haldar, Sriparna Kundu Sen dan Sagar Naskar, Antihyperglycemic
Activity of Lagenaria siceraria Aerial Parts on Streptozotocin Incudec Diabetes in Rats, dicapai pada 15 Januari
2015, http://www.idb.hr/diabetologia/11no2-3.pdf.
Muhammad Akhbar Abdullah, “6 Tips Rawatan Penyakit Insomnia”, laman sesawang Healthmassa, dicapai pada 18
Disember 2015, http://www.healthmassa.com/tips-rawatan-penyakit-insomnia/
Arief Budiman Abdul Aziz, “Kanser Prostat”, laman sesawang MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, dicapai
pada 22 Disember 2015, http://www.myhealth.gov.my/index.php/kanser-prostat

14

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat
(juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak di antara prostat.
Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi
kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser
prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat
yang teruk.33
Biji labu merupakan diet pemakanan yang baik untuk lelaki. Biji labu
mengandungi unsur alanine, glisina, glutamate, fitosterol dan mineral zink serta
magnesium yang diperlukan oleh kelenjar prostat. Kandungan fitiserol yang
terdapat dalam biji labu dapat membantu untuk mengimbangi tumbesaran prostat
dan seterusnya menggalakkan penghasilan hormon testosterone yang dapat
meningkatkan kandungan sperma lelaki.
Kesimpulan
Terdapat banyak persamaan antara fiqh al- ad th dan saintifik dalam menjelaskan
manfaat labu untuk kesihatan tubuh badan manusia. Labu air adalah sumber
vitamin, serat dan protien mampu merawat dan mencegah penyakit-penyakit
yang sering dialami oleh manusia seperti kencing manis, sakit jantung,
kecacingan, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Buah labu yang dimakan secara
mentah lebih baik kerana seluruh kandungan vitaminnya dapat diserap oleh tubuh
badan berbanding dengan buah labu yang telah dimasak yang boleh
menghilangkan jumlah kandungan vitamin.
Penghargaan
Penghargaan ditujukan kepada Universiti Malaya atas pemberian geran
penyelidikan TRGS (TR001A-2014Aẓ bertajuk ‘Safe and Health Uses of Fruits
and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal
Importance in Islamic Products in Malaysia ’.
Rujukan
Abū Zakari Mu y al-D n Ya ya bin Sharaf al-Nawaw . Al-Minhāj Shar Ṣa ī
Muslim bin al- ajjāj. Beirut: D r I y ’ al-Tur th al-‘Arab , t.t.
Amit Kumar dan Sangh Partap. “In Vitro Anthelmintic Activity of Lagenaria
siceraria Leaves in Indian Adult Earthworm”. Journal of Pharmacognosy and
Phytochemistry
bil
1:4,
dicapai
pada
3
Januari
2015.
http://www.phytojournal.com/vol1Issue4/Issue_nov_2012/5.1.pdf
Arief Budiman Abdul Aziz, “Kanser Prostat”, laman sesawang MyHealth
Kementerian Kesihatan Malaysia, dicapai pada 22 Disember 2015,
http://www.myhealth.gov.my/index.php /kanser-prostat

33

Ibid.

15

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2003.
Dr. Abu Abdullah Hanafi Hj Dollah et al. Kamus Kontekstual Lengkap Al-Khalil.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sendirian Berhad, 2006.
Faszly Rahim, Wan Nasyruddin Wan Abdullah dan Aminah Abdullah. Indahnya
Pemakanan dan Perubatan Islam. cet. ke-1, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.
Bhd., 2015.
Ibn Man ūr. Lis n al-‘Arab. Kaherah: D r al-Ma‘ rif, 1996.
Ibn Qayyim al-Jawziyy t, Mu ammad bin Abū Bakr. Al- ib al-Nabawīy, ed.
Sa‘ d Mu ammad ‘Abd Kh liq. Beirut: D r al-Fikr, 1957.
Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
2005.
Lim, T. K. "Benincasa hispida cv-gr. Wax Gourd" dalam Edible Medicinal And
Non-Medicinal Plants. Springer Netherlands (2012).
Muhammad Akhbar Abdullah, “6 Tips Rawatan Penyakit Insomnia”, laman
sesawang
Healthmassa ,
dicapai
pada
18
Disember
2015,
http://www.healthmassa.com/tips-rawatan- penyakit-insomnia/
Muhammad Akhbar Abdullah. “Manfaat Vitamin C: Berapa Dos Yang
Diperlukan Sehari?”. laman sesawang Healthmassa . dicapai pada 18
Disember 2015, http://www.healthmassa.com/manfaat- vitamin-c-berapa-dosyang-diperlukan-sehari/
Norman. “Vitamin C: Fungsi dan Kelebihannya”. laman sesawang Dr NormanLive
to
Serve!,
dicapai
pada
18
Disember
2015,
http://doknorm.blogspot.my/2012/08/vitamin-c-fungsi-dankelebihannya.html
Nurul Syafiqah, Soal Jawab Penyakit. Selangor: Era Ilmu Sdn. Bhd., 1995.
Prerona Saha, Upal K. Mazumder, Pallab K. Haldar, Sriparna Kundu Sen dan
Sagar Naskar. Antihyperglycemic Activity of Lagenaria siceraria Aerial Parts
on Streptozotocin Incudec Diabetes in Rats, dicapai pada 15 Januari 2015,
http://www.idb.hr/diabetologia/11no2-3.pdf.
Siemonsma, J. S. dan Piluek, Kasem. Plant Resources of South-East Asia 8.
Netherlands: Pudoc Scientific Publishers, 1993.
Tindal, H. D. Vegetables in the Tropics. London: Macmilan Education LTD,
1983.
Vishal Ramhari Mali dan Subhash Laxaman Bodhankar. Effect of Lagenaria
siceraria (Ls) Powder on Dexamethasone Induced Hypertension in Rats .
Whitaker, Thomas W. dan Davis, Glen N. Cucurbits Botany, Cultivation, and
Utilization. New York: Interscience Publishers, Inc., 1962.
Zubaidi Hj Ahmad. “Apakah Punca Demam?”. laman sesawang drzubaidi.com,
dicapai pada 18 Disember 2015, http://drzubaidi.com/blog/apakah-puncademam/


16