1.Perubahan Iklim Dan Pemusnahan Alam Se (1)

Perubahan Iklim Dan Pemusnahan Alam Semula Jadi

Alam semulajadi adalah persekitaran alam sekitar yang merangkumi
jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi tanpa
diusik oleh kegiatan manusia. Contohnya ialah tumbuh-tumbuhan, haiwan,
sungai, lautan, gunung-ganang dan hutan. Terdapat banyak kegunaan dan
faedah alam semula jadi yang telah menjadi sumber bagi manusia. Terdapat
dua jenis sumber semulajadi iaitu; biotik ialah yang diperoleh dari biosfera
(bahan hidup dan organik), seperti hutan dan haiwan, dan bahan-bahan yang
boleh diperolehi dari mereka dan abiotik adalah bahan yang berasal dari bahan
bukan hidup dan bukan organik seperti tanah, air tawar, udara dan logam
berat.

Sumber-sumber inilah yang membantu manusia untuk membuat
penempatan, membuat makanan dan minuman, membantu dalam perubatan,
membuat pakaian, membantu membina alat pergerakan dari suatu destinasi ke
destinasi yang lain dan membantu dalam pembuatan peralatan-peralatan yang
diperlukan dalam kehidupan harian manusia. Tetapi sumber semulajadi di
bumi ini semakin bekurangan dan semakin terancam disebabkan daripada
kegiatan manusia yang semakin meluas dan rakus.


Dengan arus kemajuan pembangunan dan pembinaan, manusia telah
banyak

melakukan

kerosakan

terhadap

alam

semulajadi.

Pembinaan

perumahan dan pembangunan telah memusnahkan tumbuhan-tumbuhan dan
kehidupan haiwan menyebabkan peningkatan suhu dan haiwan kehilangan
tempat tinggal.

Tumbuh-tumbuhan adalah amat penting bagi bumi untuk


mengekalkan udara yang segar, pengawalan suhu dan mengurangkan
kepanasan bumi. Pembalakan dan penerokaan hutan kini sangat berleluasa dan
telah menyebabkan tumbuhan-tumbuhan yang besar dan berkualiti dalam
menyeimbangkan ekosistem hutan hujan semakin berkurang dan pupus.

Pemusnahan tanaman tutup bumi ini telah menyebabkan hakisan tanah
di lereng bukit, banjir kilat dan boleh menyebabkan tanah runtuh. Malah,
kemusnahan ini turut mengakibatkan binatang buas dan liar seperti harimau,
ular dan kera kehilangan habitat asal mereka. Kehilangan tempat tinggal dan
sumber makanan memaksa haiwan-haiwan liar menceroboh ke kawasan
penempatan manusia. Kemusnahan ini juga turut menyebabkan kepupusan
flora dan fauna yang estetik yang merugikan generasi akan datang.

Pemusnahan hutan paya bakau untuk dijadikan kolam ternakan haiwan
dan penempatan telah menyebabkan sesebuah negara itu mudah menerima
bencana alam seperti tsunami. Ini adalah kerana hutan paya bakau adalah
benteng untuk mengelakkan hentaman ombak yang besar. Kerana kelalaian
manusia dalam menjaga alam semula jadi menyebabkan manusia sendiri
mengalami kerugian dan mudah ditimpa bencana.


Pembangunan perindustrian yang berlebihan menyebabkan bekalan
sumber semakin berkurangan dan berlaku pencemaran udara, air, bunyi dan
tanah. Perindustrian dan pembakaran terbuka telah menyebabkan udara yang
kotor. Sikap manusia yang sambil lewa seperti membuang sampah di dalam air
dan membuang bahan sisa toksik ke dalam air telah menyebabkan kekurangan
air yang bersih dan kebanyakan hidupan air mati kerana kualiti air yang tidak
sihat. Kehidupan haiwan laut dan kehidupan haiwan sungai semakin tidak
seimbang dan terjejas kemandirian spesisnya. Pembinaan bangunan dan
kenderaan yang banyak telah menyebabkan pencemaran bunyi yang bising dan
tidak aman. Pembinaan perumahan dan pembangunan telah mencemarkan
tanah dan menjadi tidak subur.

Di dalam tidak sedar, perubahan iklim semakin ketara dan ini sangat
mempengaruhi kebanyakan sumber semula jadi apabila tasik membeku atau
mencair, tidak ada tumbuhan yang berkembang pada musim bunga dan
perubahan suhu dan pemendakan akan menjejaskan sumber air seperti banjir
atau kemarau.

Perubahan iklim pada haiwan dan tumbuhan akan membuatkan

sesetengah habitat berpindah ke kawasan yang lain untuk perlindungan dan
mencari sumber makanan yang baru dan musim persenyawaan mereka akan
berubah.

Manakala

perubahan

iklim

pada

hutan

mungkin

akan

memperbanyakkan serangga yang boleh membawa penyakit yang berbahaya,
dan hutan yang kering boleh membawa kepada kebakaran yang sukar untuk

dikawal.

Perubahan iklim pada air pula akan mengakibatkan pencairan pada ais
di kutub utara dan selatan, ini akan menyebabkan kadar air laut semakin
bertambah. Cuaca yang melampau boleh mengakibatkan banjir yang lebih
kerap, hakisan tanah, kerosakan garis pantai, kegagalan infrastruktur dan
penurunan kualiti air. Kualiti air berkurang apabila terdapat banyak mikro
organisma. Corak hujan turut berubah dan akan menyebabkan musim kemarau
yang berpanjangan.

Memandangkan keadaan ini memberi kesan yang negatif kepada
tumbuhan dan haiwan, sebenarnya ia juga memberi kesan yang buruk kepada
manusia apabila bekalan makanan dan tenaga berkurang, ia menjadi semakin
bermasalah memandangkan populasi yang semakin bertambah memerlukan air
yang bersih, makanan untuk dimakan dan tenaga untuk memaksimumkan gaya
hidup mereka dan juga keperluan berkembang untuk pembangunan ekonomi.
Oleh itu, menguruskan sumber adalah teramat penting oleh seluruh
masyarakat dunia.

Kesan perubahan iklim dan pertumbuhan penduduk hanya akan terus

meningkat dari masa ke semasa. Sumber akan menjadi terhad, seperti minyak,
gas dan arang batu. Isu sumber semula jadi ini haruslah ditangani dengan cepat
dan mendapat kerjasama yang tinggi di kalangan masyarakat. Seperti
menyediakan bantuan untuk pemuliharaan tenaga hijau. Memberi tumpuan
untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan kesihatan kualiti air di
tasik dan sungai.