Penerapan Kemahiran Generik Melalui Pemb

Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-19
Tema : Reka Bentuk, Pembangunan, Penggunaan Dan Penilaian Teknologi Instruktional
Awana Portp Malai, Langkawi, Kedah Darul Aman
9 - 11 September 2006
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK MELALUI PEMBELAJARAN AKTIF DIKALANGAN
PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM UNTUK SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN
Noor Azean Atan, Norah Md. Noor, Mohd Fadzli Ali
Jabatan Multimedia Pendidikan
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai, Johor Bahru, Johor, Malaysia
[email protected], [email protected], [email protected]
Abstrak
Universiti Teknologi Malaysia telah menerapkan beberapa attribut kemahiran generik yang
bersesuaian dikalangan graduannya supaya boleh menyesuaikan diri dan cemerlang dalam
dunia kerjaya. Kemahiran generik tidak dapat dibina dalam sehari. Ia memerlukan penglibatan
pelajar yang proaktif dalam kelas, kokurikulum dan pelbagai aktiviti yang tidak formal. Kemahiran
ini boleh diterapkan dalam pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran di kelas dan aktiviti
kokurikulum. Salah satu teknik pengajaran yang sering diperkatakan dapat membantu
pembinaan kemahiran generik ialah Pembelajaran Aktif. Satu kajian telah dijalankan dikalangan
80 orang pelajar yang mengambil subjek Bahasa pengaturcaraan 1 (SPM 2102) di Fakulti

Pendidikan, UTM pada Semester II sesi 05/06 yang lalu bagi mengenalpasti samada
Pembelajaran Aktif benar-benar dapat membantu dalam membina tiga atribut kemahiran generik
dalam penyelidikan ini iaitu Kemahiran Komunikasi, Penyelesaian Masalah dan Kerja
Berkumpulan. Hasil daripada analisis data, didapati bahawa min bagi ketiga-tiga attribut graduan
yang disebut di atas berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.24. Pelajar juga bersetuju bahawa
pensyarah bagi subjek ini telah cuba melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran aktif
yang menekankan kemahiran generik berdasarkan kepada perolehan min pada tahap yang tinggi
iaitu 4.32. Secara keseluruhannya, pelajar juga didapati menggemari pendekatan pengajaran
yang berbeza berbanding sekadar ceramah berdasarkan kepada penerimaan pelajar terhadap
kaedah pengajaran dan pembelajaran ini yang amat baik.

1

PENGENALAN
Graduan daripada semua Institusi Pengajian Tinggi tidak hanya perlu menyiapkan diri dengan
kemahiran teknikal tetapi juga perlu mempunyai kelebihan dari segi kemahiran generik untuk
memastikan mereka sentiasa berani menonjolkan kelebihan diri, menambah pengetahuan baru
selaras dengan keperluan dan berupaya berkomunikasi dengan baik dikalangan pelbagai
kategori masyarakat. Ia juga membolehkan pelajar menggunakan kemahiran tersebut dengan
baiknya di alam pekerjaan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah cuba menerapkan beberapa attribut kemahiran
generik yang bersesuaian dengan graduannya bagi memastikan mereka berupaya untuk
menyesuaikan diri dan cemerlang dalam dunia kerjaya. Kemahiran generik tidak dapat dibina
dalam sehari. Ia memerlukan penglibatan pelajar yang proaktif dalam kelas, kokurikulum dan
pelbagai aktiviti yang tidak formal. Kemahiran ini diterapkan dalam pelbagai teknik pengajaran
dan pembelajaran di kelas dan aktiviti kokurikulum. Salah satu teknik pengajaran yang sering
diperkatakan dapat membantu pembinaan kemahiran Generik ialah Pembelajaran Aktif (active
learning) di dalam kelas.
Pendidikan masa kini menunjukkkan bahawa pelajar belajar dengan baiknya apabila mereka
dapat melibatkan diri secara terus dengan bahan pembelajaran dan dengan aktifnya mengambil
bahagian di dalam pembelajarannya seperti di dalam kelas.
Merujuk kepada model pembelajaran secara traditional, ianya meletakkan pelajar sebagai
penerima konsep/maklumat yang pasif dari pengajaran guru. Walaubagaimanapun, model
tersebut telah diperkembangkan dimana penyampaian maklumat pengajaran oleh guru kepada
pelajar memerlukan penglibatan sama pelajar secara aktif dan pelajar juga perlu terlibat dengan
penilaian dan tugasan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Justeru itu, kami sebagai pensyarah dari Fakulti Pendidikan, cuba menerapkan kemahiran
generik di kalangan pelajar-pelajar menerusi kaedah pembelajaran dan pengajaran aktif di dalam
kelas selaras dengan pernyataan misi dan visi UTM yang melahirkan graduan yang kompiten,
kreatif dan versatil dalam kerjayanya.

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK
Hager et. al (2002) secara umumnya menyatakan bahawa kemahiran generik merujuk kepada
komponen kemahiran yang semakin penting di kalangan graduan Institusi Pengajian Tinggi.
Kemahiran ini tidak termasuk pada kemahiran teknikal dan pengetahuan spesifik dalam bidang
yang diceburi. Ia lebih kepada kemahiran berfikir secara analitikal dan kritikal, komunikasi, kerja
berkumpulan, dan lain-lain kemahiran yang diperlukan apabila graduan menempuhi dunia
pekerjaan.
Menurut Oliver & McLoughlin (1999), untuk menyenaraikan kemahiran generik bagi graduan
Institusi Pengajian Tinggi yang benar-benar diperlukan bukanlah satu tugas mudah. Terdapat
perbezaan pada senarai kemahiran yang diperlukan mengikut Negara. Pada tahun 1993, New
Zealand menyenaraikan 8 kemahiran yang diperlukan iaitu pengurusan diri, kemahiran kompetitif,
kemahiran fizikal, kemahiran numerik, kemahiran penyelesaian masalah dan koperatif juga
kemahiran pembelajaran dan pekerjaan. Pihak yang menguruskan Kurikulum di United Kingdom
pula menyenaraikan hanya 6 kemahiran iaitu kemahiran menggunakan nombor, kerja
berkumpulan, kemahiran menambah pengetahuan dan persembahan juga kemahiran
penyelesaian masalah.
UTM telah mengadakan satu bengkel bertajuk Pembinaan Atribut Graduan dan Penerapan
Kemahiran Generik di kalangan Pelajar-pelajar pada 17-20 Mac, 2004 bertempat di Hotel
Renaissance, Melaka untuk mengenalpasti beberapa atribut graduan bagi kemahiran generik
yang boleh diterapkan dikalangan pelajar. Ia bertujuan supaya graduan UTM berupaya bekerja


2

secara efektif dalam konteks kerjayanya dan juga keseluruhan sosialnya. Dengan pembangunan
atribut-atribut ini, akan dapat membantu pelajar mahir dalam bidang disiplin masing-masing atau
bidang kepakaran kerjayanya.
Berikut merupakan atribut-atribut yang di ketengahkan oleh UTM untuk diterapkan kepada
pelajar-pelajar.
Kemahiran Komunikasi (Communication Skills)
Kemahiran komunikasi merujuk kepada kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam
Bahasa Melayu dan Inggeris dalam pelbagai konteks dan audien.


CS1

Kebolehan mempersembahkan maklumat dan melahirkan idea dengan jelas,
efektif dan berkeyakinan samada secara bertulis mahupun lisan.
Kebolehan mendengar dan memberi respons secara aktif terhadap idea orang
lain.




CS2



CS3

Kebolehan untuk berbincang dan mencapai persetujuan.



CS4

Kebolehan membuat persembahan dengan jelas dan berkeyakinan bersesuaian
dengan kumpulan sasaran.



CS5


Kemahiran untuk menggunakan teknologi dalam persembahan

Bekerja dalam kumpulan (Teamworking)
Kebolehan bekerja dalam kumpulan meliputi kebolehan seseorang untuk bekerja dengan orang
lain yang datang dari latar belakang yang berbeza dalam mencapai sesuatu matlamat.


TW1

Kebolehan untuk membina reputasi yang baik, berinteraksi dan bekerja dengan
efektif dengan orang lain bagi mencapai objektif.
Kebolehan untuk memahami atau menjangkakan salingtukaran atau persamaan
peranan yang dimainkan oleh pemimpin dan juga pengikut.



TW2




TW3

Kebolehan untuk menyedari dan menghormati atitud,tindakan dan kepercayaan
orang lain.



TW4

Kebolehan untuk memainkan peranan dalam merancang dan mengendalikan
usaha dalam kumpulan.



TW5

Komitmen dalam membuat keputusan secara kolektif.

Penyelesaian masalah (Problem solving)

Penyelesaian masalah meliputi kebolehan untuk berfikir secara kritikal, logikal, kreatif dan
analitik.


PS1

Kebolehan untuk mendefinisikan serta menganalisis masalah yang wujud dalam
domain yang kompleks, bertindihan serta tidak mempunyai struktur yang
menentu dan seterusnya melakukan penilaian yang mempunyai sokongan yang
kukuh.

3



PS2

Kebolehan untuk memvisualkan sesuatu dan membentuk konsep daripadanya.




PS3

Kebolehan untuk mendapatkan idea dan jalan penyelesaian alternatif.



PS4

Kebolehan untuk berfikir di luar kepompong tradisi.

Fleksibel atau mampu menyesuaikan diri (Adaptability)
Kebolehan menyesuaikan diri atau fleksibel meliputi kebolehan atau kesediaan seseorang untuk
bertukar berdasarkan situasi atau keperluan semasa.



AD1
AD2


Kebolehan untuk mengenal potensi bagi tujuan peningkatan atau pembaikan.
Kebolehan untuk mengaplikasikan jalan penyelesaian yang sedia ada.



AD3

Kebolehan untuk memula dan melaksanakan perubahan.



AD4

Kebolehan untuk bekerja dan mengekalkan keberkesanan walaupun dalam
tekanan.



AD5


Kebolehan untuk memahami dan mengadaptasi ke dalam budaya komuniti atau
persekitaran kerja yang baru.



AD6

Kebolehan untuk menjadi fleksibel dan konstan dan mengekalkan fokus dalam
sesuatu tugas.

Pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning)
Pembelajaran sepanjang hayat meliputi kebolehan untuk meneruskan pembelajaran secara
kendiri dalam mencapai pengetahuan dan kemahiran yang baru.



LL1
LL2

Kebolehan untuk mencari informasi yang relevan dari pelbagai sumber.
Bersikap terbuka dalam menerima idea baru dan berkemampuan dalam
mengarahkan diri sendiri atau pembelajaran kendiri.



LL3

Bersemangat dalam pembelajaran.

Keyakinan diri (Self-Esteem)
Keyakinan diri meliputi aspek-aspek berikut:



SE1
SE2

Berfikiran positif.
Komitmen dalam menjaga kehormatan dan maruah diri.



SE3

Yakin kepada diri sendiri.



SE4

Mempunyai kualiti dari aspek keyakinan



SE5

Seimbang dari aspek emosi dan rohaniah

Etika atau moral (Ethics)

4

Etika atau moral meliputi kebolehan untuk melaksanakan piawaian yang tinggi dari aspek etika
dalam interaksi profesional mahupun sosial.


ET1



ET2



ET3

Bertindak secara beretika dan bermaruah dalam melaksanakan tanggungjawab
sosial.
Memahami kesan ekonomi, persekitaran dan sosio-budaya terhadap kerjaya
profesional.
Menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah
melibatkan isu moral atau etika.

PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN AKTIF DI DALAM KELAS
Menurut Donald & Jennifer (2002), pembelajaran aktif secara mudahnya boleh didefinisikan
sebagai satu kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar di mana mereka tidak hanya
mendengar ceramah yang diberikan oleh pengajar secara pasif. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti
seperti membuat catitan atau rumusan terhadap pengajaran atau menyelesaikan masalah yang
diberikan oleh pengajar secara berpasangan atau berkumpulan.
Pembelajaran Aktif juga dikenali sebagai Pembelajaran berasaskan Pengalaman (experiential
learning) atau Pembelajaran hands-on yang merujuk kepada penglibatan dalam pembelajaran
yang aktif. (Hendrikson 1984)
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi mengaplikasikan konsep
pembelajaran aktif ini. Antara strategi yang boleh digunakan ialah seperti berikut.
 Latihan Individu – Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan cara memberi soalan secara
spesifik atau terbuka yang berkaitan dengan topik pada hari itu. Pelajar dikehendaki
menjawab secara spontan dalam tempoh satu minit bagi memastikan samada mereka
dapat memahami apa yang telah disampaikan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Kaedah ini dipanggil sebagai “One Minute Paper”.
 Soal jawab – Bagi mengalakkan pendengaran yang aktif, pelajar boleh diminta
merumuskan jawapan yang telah diberikan oleh rakan mereka dalam ayat mereka
sendiri.
 Perbincangan secara berpasangan – Aktiviti perbincangan secara berpasangan tidak
memerlukan kelas yang mempunyai susunatur yang tertentu dan masa yang panjang
untuk membahagikan ahli kumpulan. Pelajar boleh berkongsi pendapat dan nota bagi
memastikan mereka memahami konsep yang benar-benar tepat.
 Pembelajaran Koperatif - Ia amat sesuai dilaksanakan bagi tugasan atau projek yang
agak kompleks. Kelas digalakkan mencampurkan ahli daripada berbeza etnik, agama
dan pencapaian akademik. Terdapat pelbagai teknik seperti Jigsaw, Permainan, Debat
dan Role Play boleh digunakan bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam kelas.
(Robert 1995)
Terdapat pelbagai lagi strategi yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan pembelajaran aktif
di dalam kelas. Malah, pelajar sendiri boleh melibatkan diri dalam penilaian dan menentukan apa
yang lebih diperlukan bagi memahami topik yang diajar.
OBJEKTIF
1. Mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran aktif yang diaplikasikan di dalam kelas.

5

2. Mengenalpasti kemahiran generik (komunikasi, kerja-berkumpulan dan penyelesaian
masalah) yang diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran aktif di
dalam kelas serta kemahiran generik yang diperolehi.
METODOLOGI
Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif untuk mendapatkan tahap penerapan
kemahiran generik dikalangan pelajar yang mengambil subjek Bahasa Pengaturcaraan (SPM
2102) melalui kaedah pembelajaran aktif.
Kajian ini telah dijalankan dikalangan 80 orang pelajar tahun dua yang mengambil subjek Bahasa
pengaturcaraan 1 (SPM 2102) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Instrumen kajian ini iaitu menggunakan borang soal selidik yang merangkumi lima konstruk iaitu
berkenaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan, persoalan berkenaan ciriciri penerapan kemahiran generik yang hanya bertumpu kepada kemahiran komunikasi, kerjaberkumpulan dan penyelesaian masalah serta konstruk berkenaan penerimaan pelajar tehadap
pembelajaran aktif.
Instrumen ini merupakan soalan skala kadar iaitu kaedah Likert Lima dimana responden memilih
jawapan daripada satu kontinum.

6

ANALISIS DAN DAPATAN HASIL KAJIAN
Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 10.0. Setiap markah yang
dikutip dalam bentuk lima skala akan diberikan markah / skor 1 hingga 5. Bagi memudahkan
proses analisis dijalankan, data dalam bentuk lima skala ini akan dkelaskan menjadi tiga skala
yang lebih mudah berdasarkan skor min yang diperolehi sebagaimana yang ditunjukkan dalam
jadual pengelasan berikut.
Jadual 1 : Pengelasan Tahap Kaedah Pembelajaran Aktif
Skor Min
0.00-1.66
1.67-3.33
3.34-5.00

Tahap
Tidak Aktif
Sederhana
Aktif

Jadual 2 : Pengelasan Tahap Kemahiran Generik
Skor Min
0.00-1.66
1.67-3.33
3.34-5.00

Tahap
Rendah
Sederhana
Tinggi

Jadual 3 : Pengelasan Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Pembelajaran Aktif dan
Penerapan Kemahiran Generik
Skor Min
0.00-1.66
1.67-3.33
3.34-5.00

Tahap
Rendah
Sederhana
Tinggi

Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini merupakan pelajar tahun 2 yang mengikuti kursus
Sarjana Muda Pendidikan Sains seramai 20 orang, Sarjana Muda Sains Komputer serta
Pendidikan ( Fizik ) seramai 11 orang, Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan ( Kimia )
seramai 25 orang, dan Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan ( Matematik ) seramai
24 orang. Mereka merupakan pelajar yang bakal menjadi pendidik dengan kemahiran komputer
yang agak baik apabila tamat pengajian nanti.

7

Jadual 4 : Taburan bilangan pelajar mengikut kursus, kelayakan terakhir dan jantina
Kursus
Sarjana Muda Sains
Komputer serta
Pendidikan ( Fizik )
Sarjana Muda Sains
Komputer serta
Pendidikan ( Matematik )
Sarjana Muda Sains
Komputer serta
Pendidikan ( Kimia )

Lelaki

Jantina
Perempuan

STPM

Kelayakan terakhir
Diploma Matrikulasi

Jumlah

2

9

2

0

9

11

1

23

0

0

24

24

2

23

1

0

24

25

Sarjana Muda Pendidikan
Sains

2

18

1

1

18

20

Jumlah

7

73

4

1

75

80

Jadual 4 menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada responden merupakan pelajar
perempuan iaitu seramai 73 orang berbanding lelaki hanya 7 orang sahaja. Jika dilihat dari segi
kelayakan terakhir sebelum memasuki kursus masing-masing di Fakulti Pendidikan ini,
sebahagian besar daripada pelajar ini mempunyai latarbelakang pendidikan daripada Matrikulasi
dengan 75 orang diikuti 4 orang lepasan STPM dan seorang lepasan Diploma.
Berdasarkan data dari soal selidik, Jadual 5 hingga 10 memaparkan nilai min bagi setiap item
dan min bagi setiap konstruk.
Jadual 5 : Nilai Min bagi setiap item dalam konstruk Kaedah pengajaran dan pembelajaran Aktif
di dalam Kelas
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Soalan
Pensyarah saya ada memberi tugasan secara individu yang perlu
diselesaikan diluar kelas
Pensyarah saya ada memberi tugasan secara berkumpulan yang perlu
diselesaikan diluar kelas
Pensyarah ada memberikan contoh-contoh masalah dalam kelas untuk
dibincangkan secara berdua di dalam kelas
Pensyarah ada memberikan contoh-contoh masalah dalam kelas untuk
dibincangkan secara berkumpulan di dalam kelas
Pensyarah menggalakkan pelajar membentangkan hasil perbincangan
secara sukarela di hadapan kelas
Pensyarah memilih pelajar secara rawak pelajar yang perlu membentangkan
hasil perbincangan di hadapan kelas
Pensyarah ada membuat aktiviti peer-teaching di dalam kelas

8.

Pensyarah ada membincangkan kembali penyelesaian terbaik bagi masalah
yang diberi
9.
Pensyarah sering bersoal jawab berkaitan dengan topik yang diajar dalam
kelas
10. Pelajar diberi peluang mengutarakan soalan semasa proses P&P dijalankan
11. Pensyarah mengambil kira pemarkahan bagi tugasan yang dijalankan
secara kumpulan
12. Pensyarah mengambil kira pemarkahan bagi setiap pembentangan yang
dijalankan oleh pelajar

Min
4.19
4.66
4.19
4.30
4.36
4.22
3.85
4.29
4.45
4.55
4.59
4.15

8

Min Keseluruhan

4.32

Jadual 5 menunjukkan bahawa min bagi setiap konstruk adalah lebih dari nilai 4 kecuali pada sub
konstruk membuat aktiviti peer-teaching di dalam kelas dengan min 3.85. Namun dengan nilai
min keseluruhan 4.32, ini menandakan bahawa kaedah pengajaran yang dijalankan oleh
pensyarah subjek ini berada pada tahap yang aktif.
Jadual 6 : Nilai Min bagi setiap item dalam konstruk Penerapan Generik Skill - Komunikasi
Bil

Min
4.17

5.

Soalan
Kelas ini memberi peluang kepada saya membina kemahiran berkomunkasi
secara terbuka
Kelas ini memberi peluang kepada saya untuk berinteraksi dengan rakan –
rakan sekelas
Pembentukan kumpulan dalam subjek ini mengajar saya supaya boleh
menerima pendapat daripada ahli kumpulan yang lain
Pembentukan kumpulan dalam subjek ini memberi peluang kepada saya
untuk memberi pendapat kepada ahli kumpulan yang lain
Saya diberi peluang menyuarakan pendapat dalam kelas

6.

Saya diberi peluang membentangkan hasil tugasan di hadapan kelas

4.21

7.

Saya berupaya menulis laporan berkaitan tugasan yang diberi dengan jelas

4.09

8.

Saya diberi paluang berbincang secara berdua ( partner ) di dalam kelas

1.
2.
3.
4.

4.38
4.53
4.46
4.12

4.28

9.

Saya digalakkan untuk bertanya soalan terhadap pembentangan rakan lain
4.14
di hadapan kelas
10. Saya dibenarkan mengkritik pendapat rakan lain dalam kelas secara
3.84
terkawal
11. Saya digalakkan menggunakan bahan Bantu pembelajaran semasa
4.21
membentangkan tugasan ( papan putih, computer, ohp dll)
Min Keseluruhan
4.16
Jadual 6 menunjukkan bahawa semua sub konstruk mendapat nilai min lebih daripada nilai 3.34
yang membuktikan bahawa pelajar menyedari bahawa kelas ini melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang menggalakkan penerapan kemahiran komunikasi samada secara verbal atau bertulis.
Jadual 7 : Nilai Min bagi setiap item dalam konstruk Penerapan Generik Skill – Kerja
berkumpulan
Bil
1.
2.
3.
4.
5.

Soalan
Kelas ini memberi peluang kepada saya bekerjasama dengan rakan-rakan
untuk melaksanakan tugasan
Kelas ini memberi peluang kepada saya bertindak sebagai ketua di dalam
satu-satu kumpulan
Kelas ini memberi peluang kepada saya memainkan peranan sebagai ahli
kumpulan
Pembentukan kumpulan kerja memberi peluang kepada saya untuk
membuat keputusan secara bersama
Kelas ini memberi peluang kepada saya bekerjasama dengan rakan-rakan
untuk melaksanakan tugasan
Min Keseluruhan

Min
4.53
3.58
4.44
4.40
4.53
4.34

Berdasarkan Jadual 7 didapati min keseluruhan bagi konstruk Penerapan Kemahiran Generik
bagi Kerja berkumpulan adalah tinggi iaitu 4.34.

9

10

Jadual 8 : Nilai Min setiap item dalam konstruk Penerapan Generik Skill – Penyelesaian Masalah
Bil
1.
2.
3.
4.
5.

Soalan
Kelas ini memberi peluang kepada saya menyelesaikan tugasan
berkumpulan berdasarkan kepada perancangan yang dibuat
Kelas ini mengajar saya cara yang betul menganalisa dan mengenalpasti
masalah yang diberi
Kelas ini menggalakkan pencarian maklumat sokongan untuk
menyelesaikan masalah yang diberi
Kelas ini mengajar saya cara yang betul memindahkan masalah yang diberi
dalam bentuk diagram atau carta alir
Kelas ini menggalakkan saya menyediakan beberapa kaedah penyelesaian
terhadap masalah yang diberi
Min Keseluruhan

Min
4.45
4.27
4.36
4.20
4.21
4.26

Jadual 8 menunjukkan bahawa semua sub konstruk mendapat nilai min lebih daripada nilai 4
yang membuktikan bahawa pelajar mengakui dengan keyakinan yang agak tinggi bahawa kelas
ini melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan penerapan kemahiran generik bagi
menyelesaikan masalah secara sistematik.
Jadual 9 : Nilai Min bagi setiap item dalam konstruk Penerimaan pelajar terhadap kaedah
pembelajaran aktif dan penekanan kemahiran generik
Bil
1.

Pernyataan
Saya faham apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran aktif

2.

Saya tahu apa dia atribut bagi kemahiran generik yang ditekankan oleh UTM

4.01

3.

Saya suka diberi peluang bercakap di dalam kelas tentang topik yang diajar

3.7

4.

Saya suka pengajaran secara ceramah beserta soal jawab

3.8

5.

Saya suka jika pensyarah menerangkan dan menghuraikan kembali konsep
dalam proses pengajaran
Saya lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan yang dibuat
dalam kelas
Saya lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan yang dibuat
diluar kelas
Saya suka jika diberi peluang membentangkan hasil perbincangan di
hadapan kelas
Saya suka kuiz open book diadakan di akhir kelas

4.37

6.
7.
8.
9.

Min
4.31

4.10
4.09
3.90
4.3

10. Saya suka membuat latihan-latihan di dalam kelas bersama pensyarah

4.37

11. Saya suka diberi tugasan secara berkumpulan

4.47

Min Keseluruhan

4.13

Jadual 9 : Nilai Min bagi setiap item dalam konstruk penerimaan pelajar terhadap kaedah
pengajaran berbentuk ceramah dalam kelas yang senyap
Bil
1.

Pernyataan
Saya lebih suka pengajaran secara ceramah

Min
2.71

2.

Saya lebih suka kelas yang senyap

2.7

11

Min Keseluruhan

2.7

Berdasarkan kepada Jadual 9, didapati bahawa pelajar menggemari aktiviti-aktiviti yang di
arahkan oleh pengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan
memperolehi nilai keseluruhan min 4.13. Ini juga dibuktikan dalam Jadual 10 di mana pelajar
tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah pengajaran berbentuk ceramah dalam kelas tyang
senyap hanyalah sederhana dengan min keseluruhan 2.7.
DAPATAN, PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Berdasarkan soalan terbuka berkaitan pendapat pelajar samada pembelajaran aktif dapat
menekankan kemahiran generik, 64 daripada 80 responden (80%) menunjukan persetujuan dan
seringkali mengaitkannya dengan kemahiran kerja berkumpulan dan komunikasi.
Soalan
Pada pendapat anda, apakah pembelajaran aktif
boleh menerapkan kemahiran generik di kalangan
pelajar.

Setuju

Tidak setuju

Tiada komen

64

1

15

Beberapa komen positif pelajar
-

Ya, semua pelajar terlibat secara aktif dan tak terikat kepada pengajaran dan
pembelajaran tradisional
Ya, kerana ia akan melibatkan komunikasi dua hala antara pensyarah dan pelajar dan
pelajar dengan pelajar
Pembelajaran yang menarik minat pelajar terhadap subjek computer yang sukar untuk
difahami tanpa rasa kebosanan terhadap subjek
Ya, bagi saya ia sangat bagus disamping mewujudkan komunikasi 2 hala yang sangat
memberansangkan
Memberi peluang kepada pelajar menyampaikan / mengutarakan soalan terhadap
pembelajaran.
Pembelajaran aktif seperti perbincangan dalam kumpulan, sentiasa mengadakan
interaksi dua hala antara guru dengan pelajar. Pelajar juga berpeluang mengutarakan
pendapat masing-masing. =)
Ya, kerana disini pelajar akan belajar secara minds-on dan hands-on.
Ya, kerana saya dapat mencungkil bakat saya dalam kemahiran seperti komunikasi dll.

1 Komen negatif pelajar
- Mungkin tetapi depends kepada penerimaan pelajar
Kesimpulan yang diperolehi daripada soal selidik yang dijalankan mendapati bahawa percubaan
pengajar menggunakan kaedah pengajaran aktif dalam kelas Bahasa Pengaturcaraan ini
diterima dengan baik oleh pelajar. Mereka mempunyai keyakinan yang agak tinggi bahawa
kaedah ini lebih menarik dan bersetuju bahawa ia dapat menggalakkan penerapan 3 kemahiran
generik yang dikaji iaitu komunikasi, kerja berkumpulan dan penyelesaian masalah.

12

RUJUKAN
Donald, R., & Jennifer L. (2002). Active Learning for The College Classroom.
http://www.calstatela.edu/dept/chem/chem2/Active
Felder, R. M. & Brent., R (1999), FAQs. II a) Active Learning Vs. Covering the Syllabus; b)
Dealing with Large Classes, Journal of Chemical Engineering Education, 33(4), 276-277.
Hendrikson, L. (1984), Active Learning. ERIC Digest No. 17.
http://www.ericdigests.org/pre-921/active.htm
Hager, P., Holland., S. & Beckett, D. (2002), B-HERT Position Paper No. 9 : Enhancing The
Learning and Employability of Graduates : The Role of Generic Skills
http://www.bhert.com/Position Paper No 9.pdf
Luca, J., Oliver, R., Arshad Omari & Dunbar, A. ( 2001), Designing An On-Line Learning
Environment To Support The Development Of Generic Skills : A Case Study, Paper presented at
the AUC Academic & Developers Conference, Perth, James Cook University Townsville, 23-26
September.
Oliver, R. & McLoughlin, C. (1999). Using Web and Problem-Based Learning Environments to
Support the Development of Key Skills. Paper presented at the 16 th ASCILITE99
Conference, Queensland Australia, 5 – 8 December.
Robert E S. (1995). Cooperative learning : theory, research, and practice, Second Ed., Boston :
Allyn & Bacon
Schalkwyk, A.V (2002), Issues of Quality When Integrating Generic Learning Outcomes in Study
Programmes Geared at Career-Oriented Education, Paper presented at the HERDSA 2002
Conference, Perth, Western Australia, 3 – 6 July.
Center for Teaching & Learning, UTM (2005), Generic Skills & UTM’s Graduate Attributes
http://www.ctl.utm.my/students/pdf/gs.pdf

13